Pages

Saturday, October 4, 2014

Kisah Pemandu Kepada Bilionaire Tolak 2 Juta Pemberian Tuannya

Pemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi pemandu tersebut menolaknya kerana dia mendakwa sudah miliki 20 juta ditangannya. LKS berasa hairan kenapa bekas pemandunya ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja .


Pemandu LKS akhirnya mendedahkan bahawa ketika dia menjadi pemandu kereta beliau, LKS selalu membuat pesanan kepada pengurusnya melalui telefon, memberi arahan supaya membeli tanah atau saham yang mana satu. Pemandu tersebut memasang telinga dan secara tidak serius dan diam-diam membeli saham-saham yang LKS arahkan kepada pengurus beliau.

Lama kelamaan, selepas bermula secara kecil-kecilan bermain saham melalui curi-curi dengar arahan LKS kepada pengurusnya, pemandu tersebut berjaya mengumpul dana lebih 20 juta.

Anda Cerita:

Dalam perjalanan hidup, amat penting untuk kita memilih dengan siapa kita bersama. Bak kata pepatah, cari tandas, ikut lalat, cari bebunga, ikut lelebah, cari berjuta-juta, ikutlah jutawan !!

Bersama orang yang rajin, anda tidak akan malas, bersama orang bertekad anda tak akan murung, bersama orang yang pintar, anda jadi luarbiasa, bersama orang yang hebat, anda pasti berjaya!!!

InsyaAllah .. - ini Vocket

2 bulan jalan kaki tunai haji


Headline

Mina: Seorang warga emas berusia 75 tahun dari Yaman tiba di Mina empat hari lalu selepas berjaya berjalan kaki dari rumahnya selama kira-kira dua bulan.

Mohammed Ali Al-Mirfa (gambar) semalam berkata, dia memulakan perjalanan dari rumahnya di Yaman pada hari ketiga Aidilfitri, 3 Julai lalu. 
“Perjalanan itu memang terlalu meletihkan dan amat jauh namun saya tekad berjalan tanpa menghiraukan kesukaran yang hadapi,” katanya. 

Mohammed Ali berkata dia mengucapkan selamat tinggal kepada isteri, 12 anak dan saudara-maranya sebelum memulakan pengembaraan unik itu.

“Saya terlalu miskin dan menganggap tidak rugi apa jika mencuba pengembaraan ini.

“Sejujurnya ada kalanya hanya semangat dan keazaman saya yang kuat menjadi pendorong untuk terus melangkah setapak demi setapak, sehingga akhirnya saya diizinkan juga untuk berdiri di sini. 

Ketika ditemui, dia sedang minum teh sambil makan roti yang diberikan seorang tukang cuci. 

“ Alhamdulillah saya cukup gembira kerana berjaya sampai,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Polis Dubai guna Google Glass


Cermin mata itu mempunyai skrin komputer kecil yang dipasang pada sudut bingkai dan berupaya merakam gambar dan video. 
Seorang jurucakap semalam mengesahkan laporan akhbar bahawa perisian yang direka oleh polis Dubai berkenaan akan membolehkan si pemakai berhubung terus dengan pangkalan data orang yang dikehendaki. 

Sebaik peralatan itu boleh ‘mengecam’ suspek berdasarkan mukanya, ia akan memberi siyarat kepada pegawai yang memakai Google Glass itu.
Foto
GAMBAR hiasan.

Gajet berkenaan akan mula digunakan dalam fasa pertama memerangi pesalah trafik dan menjejaki kenderaan yang disyaki melakukan kesalahan jalan raya.

Fasa kedua akan menyaksikan teknologi itu digunakan oleh detektif. 

Syarikat Internet yang berpejabat di Amerika Syarukat itu berkata Mei lalu, sesiapa saja boleh membeli gajet berkenaan di Amerika Syarikat. 

Keputusan Dubai berkenaan dilihat selari dengan pihak berkuasa untuk melengkapkan pasukan polis mereka dengan peralatan canggih. 

Tahun lalu, pasukan itu mula menggunakan kereta Lamborghini berharga RM1.6 juta di kawasan tumpuan pelancong. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/04

Nombor plat BMW5 dapat bidaan tertinggi



NOMBOR plat kenderaan BMW menjadi rebutan pemilik kereta mewah tersebut selepas tendernya dibuka sejak Ogos lalu. – Gambar hiasan


SHAH ALAM – Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan BMW yang sinonim dengan jenama sebuah kenderaan mewah bu­atan Jerman mendapat sambutan luar biasa dan menarik perhatian ramai termasuk kerabat diraja, ahli perniagaan dan bintang sukan.
Keputusan tender nombor plat berkenaan yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Se­langor semalam menunjukkan nombor plat BMW5 memperoleh bidaan tertinggi iaitu RM188,100 oleh seorang kerabat diraja.
Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang baru meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan di Sukan Asia ke-17 juga memenangi nombor plat BMW6 de­ngan nilai bidaan RM97,777.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3F7fQgM52 
Hakcipta terpelihara 

Lembu ganggu sesi fotografi pengantin



Brian dan pasangannya terkejut apabila tiba-tiba dihampiri oleh seekor lembu yang cuba menyerang mereka.


TAMWORTH – Satu pasangan pengantin cemas selepas seekor lembu tiba-tiba cuba menyerang mereka ketika satu sesi fotografi di sebuah kawasan ladang di sini baru-baru ini lapor New York Daily News kelmarin.
Pasangan berkenaan, Brian dan Rebecca Pepper yang baru berkahwin pada 21 September lalu mengupah seorang jurugambar, Rachel Deane untuk merakamkan detik bahagia mereka.
Ketika pasangan berkenaan sedang merakamkan gambar di satu kawasan padang rumput tiba-tiba mereka dihampiri seekor lembu jantan.
Lembu jantan itu dilihat cuba menyerang Rebecca tetapi Brian yang menyedari perkara itu segera mempertahankan isterinya sebelum menghalau lembu tersebut.
Deane yang turut terkejut sempat merakamkan aksi Brian menghalau haiwan berkenaan dan gambar tersebut menarik perhatian pengguna internet selepas dia memuat naik gambar di laman Facebook miliknya.
“Lihatlah lembu ini yang cuba mencabar Brian untuk mendapatkan cinta Rebecca,” kata Deane. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3F7ePbuFQ 
Hakcipta terpelihara 

Jemaah haji bergerak ke Arafah



AFP - JEMAAH haji berhimpun di Padang Arafah, dekat kota suci Mekah untuk melakukan ibadah wukuf semalam.


MEKAH – Umat Islam dari seluruh dunia tiba di Padang Arafah, barat Arab Saudi kelmarin untuk menu­naikan ibadat wukuf pada musim haji tahun ini.
Kerajaan Arab Saudi me­nyatakan, hampir 1.4 juta jemaah dari 163 negara mengunjungi kota suci ini untuk mengerjakan haji.
Mereka bergerak keluar dari kota suci ini menuju ke Mina. Kebanyakan jemaah akan menunggu sehingga awal pagi semalam sebelum meninggalkan Mina untuk berhimpun di Arafah, menandakan ke­mun­cak ibadat haji.
Ketika wukuf di Arafah, jemaah haji akan melakukan ibadah seperti bersolat dan dan membaca al-Quran.
Bagaimanapun, sejumlah jemaah tiba awal di Padang Arafah lewat kelmarin termasuk Iman Izzidine, 42, yang melarikan diri daripada perang saudara di Syria.
“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat berada di tanah suci ini. Sukar untuk saya menggambarkan perasaan ini,” kata wanita itu.
Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi menempatkan seramai 85,000 anggota ke­selamatan dan beribu-ribu petugas kesihatan bagi memastikan musim haji kali ini berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3F7eFcDWx 
Hakcipta terpelihara 

Seni ilusi unik buat ‘bangunan terapung’


ALEX Chinneck bangga mempamerkan seni ilusi mata yang dihasilkannya, yang menunjukkan bangunan di belakangnya seolah-olah terbelah dua dan terapung. - AGENSI
LONDON 3 Okt. - Seorang penggiat seni dan pereka Britain mempamerkan kemahiran unik dalam seni ilusi apabila menjadikan sebuah bangunan di daerah pelancongan yang sibuk dekat ibu negara ini, kelihatan terapung di udara.
Lebih mengagumkan, seni yang dihasilkan oleh Alex Chinneck, juga dikenali sebagai pakar ilusi mata, mengelirukan orang ramai yang seolah-olah melihat bangunan bersejarah berusia 184 tahun di Covent Garden itu, terbelah dua.
Bahagian atas struktur bangunan itu seakan-akan terapung serta tidak bercantum dengan separuh lagi bahagian atas di bawah.
Menurut laporan portal berita Mail Online, seni tersebut yang dinamakan sebagai Take my Lightning but Don’t steal my Thunder, mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan serta melibatkan teknik silap mata yang rumit.
Jelas laporan berkenaan, bangunan sepanjang 12 meter itu diperbuat daripada rangka keluli dan sejenis polistirena yang dipanggil sebagai filcor, selain mengambil masa 500 jam untuk mengecat binaan tersebut menggunakan teknik digital khas bagi menampakkan pemandangan bangunan lain di sekelilingnya.
Selain itu, pengimbang yang kuat iaitu keluli yang disembunyikan di bahagian tepi bangunan tersebut, dipasang untuk menyokong bahagian atas struktur itu sehingga kelihatan terapung tanpa bercantum dengan bahagian bawah.
Chinneck berkata, orang ramai tidak dapat memastikan perkara yang palsu dan sebenar dengan menyentuh atau melihat bangunan tersebut yang terapung.
“Seni ini sangat rumit dan selagi orang ramai gembira melihatnya, saya sudah cukup berpuas hati.
“Ciptaan saya itu merupakan persoalan yang memerlukan pemikiran logik untuk mendapatkan penyelesaian," katanya.
Seni Take my Lightning but Don’t Steal my Thunder akan dipamerkan di Covent Garden East Piazza sehingga 24 Oktober ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141004/lu_11/Seni-ilusi-unik-buat-bangunan-terapung#ixzz3F7SfoaMx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, October 3, 2014

Pensyarah arah mahasiswa buka purdah

Seorang mahasiswi diarah membuka purdahnya sewaktu sesi pengajian berlangsung di Universiti La Sorbonne.
Seorang mahasiswi diarah membuka purdahnya sewaktu sesi pengajian berlangsung di Universiti La Sorbonne.
PARIS - PERANCIS. Kontroversi yang menyelubungi wanita Islam yang bertudung di Perancis kembali selepas seorang mahasiswi diarah membuka purdahnya sewaktu sesi pengajian berlangsung di Universiti La Sorbonne.

“Adakah anda merancang untuk memakai 'benda itu' sepanjang kelas saya?” soal pensyarah geografi kepada pelajarnya, lapor akhbar Perancis, Le Monde.

Bagaimanapun, nama pensyarah dan mahasiswi berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

"Saya di sini sedang membantu anda mengintegrasikan diri ke dalam kehidupan profesional dan 'benda itu' (purdah) akan menyebabkan anda bermasalah," tambah pensyarah itu.

Apabila mahasiswi itu enggan membuka tudungnya, pensyarah itu dilaporkan telah meminta wanita itu 'pergi ke kelas yang lain'.

Pada 2004, kerajaan Perancis menguatkuasakan undang-undang yang melarang memakai atau paparan simbol agama secara terbuka di sekolah-sekolah Perancis, tetapi ia tidak dikuatkuasa di universiti.

Dan pada 2010, satu undang-undang larangan mengenakan niqab atau burqa (tudung yang menutup keseluruhan wajah seorang Muslim) telah dikuatkuasakan di negara itu.

Undang-undang tersebut melarang pemakaian niqab atau burqa dihadapan umum, namun ia tidak termasuk tudung yang dipakai oleh seorang Muslimah bagi menjaga auratnya.

Perancis berpendapat, larangan tersebut yang telah diluluskan oleh Majlis Perlembagaan perlu digunapakai untuk melindungi budaya sekular negara dan beberapa peraturan lain antara agama dan negara.

Baru-baru ini sebuah agensi kerajaan Perancis mencadangkan pengharaman pemakaian hijab atau tudung bagi wanita Muslim di universiti di negara tersebut.


Insiden luar jangkaan

Tenaga pengajar atau profesor universiti Perancis pada kebiasaannya mengamalkan sikap keterbukaan dan tolak ansur dan Perancis pula difahamkan sebagai sebuah negara bebas.

Insiden pengharaman pemakaian purdah  oleh pelajar Muslim seolah menunjukkan rasa tidak hormat ke atas pelajar dan agama Islam itu sendiri.

Jean-Marie Salamito, profesor sejarah Kristian purba di Université Paris-Sorbonne 1, memberitahu Al Arabiya, ia insiden 'sangat jarang berlaku'.

Menurut Salamito, sikap tersebut menunjukkan peningkatan terhadap fahaman Islamophobia dalam sistem pendidikan Perancis.


Mohon Maaf

Ekoran kemarahan pelbagai pihak yang wujud akibat sebuah insiden di La Sorbonne, Presiden Universiti, Philippe Boutry tampil memohon maaf kepada pelajar pada minggu ini, lapor media barat, Le Monde.

Dalam surat permohonan maaf beliau, Boutry menyatakan kejadian itu adalah disebabkan salah faham pensyarah tersebut terhadap undang-undang pada 2004.

Bagaimanapun pelajar tersebut sebaliknya menuntut supaya pensyarah tersebut dikenakan tindakan tatatertib bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Insiden tersebut bukanlah yang pertama berlaku di Perancis, malah perbincangan mengenai pakaian Muslim dalam integrasi individu dalam masyarakat Perancis merupakan satu kelaziman biasa bagi para profesor untuk membincangkannya di dalam kelas.

Menurut Salamito lagi, hanya hijab jenis burqa sahaja yang mungkin bermasalah kerana profesor tidak dapat melihat wajah pelajar yang sedang berkomunikasi dengan mereka.

“Tudung sepatutnya tidak menjadi masalah. Ia adalah komunikasi biasa,” jelasnya.

Leila al-Hakim, seorang pelajar Muslim di La Sorbonne, melahirkan rasa terkejut berhubung kejadian yang menimpa.

Menurutnya, kakitangan universiti mesti menghormati pelajar tidak kira asal atau agama mereka.

Kata al-Hakim lagi, kejadian itu mencerminkan ketidaksamaan yang berterusan di antara Islam dan pelajar-pelajar lain di universiti.

Perancis adalah salah sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah Barat.

35,000 walrus terdampar di Alaska

Puluhan ribu walrus terdampar di pantai dipercayai akibat perubahan suhu air laut.
Puluhan ribu walrus terdampar di pantai dipercayai akibat perubahan suhu air laut.
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Sekurang-kurangnya 35,000 walrus terdampar di pantai Alaska susulan pencairan ais Artik yang berpunca daripada perubahan iklim, menurut pakar kaji cuaca, kelmarin.

Jurucakap Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, keadaan tersebut telah berlaku sejak hampir enam hingga lapan tahun lalu disebabkan pemanasan global.

"Anak walrus yang terdampar di pantai terdedah kepada risiko kematian akibat dipijak dan kebiasaannya haiwan mamalia yang menyerupai anjing laut itu hanya akan keluar ke permukaan ais untuk makan,"katanya, dipetik dari laporan AFP.

Sementara itu, Pegawai Penyiasatan dari udara Artik Marine Mamalia Megan Ferguson memberitahu, pada awalnya terdapat hanya 1,500 walrus yang terdampar, namun jumlah itu meningkat sehingga 24 kali ganda dalam beberapa hari.

Jambatan kaca setinggi 180 meter

GELAGAT dua pengunjung yang ketakutan ketika melintasi jambatan kaca di daerah Pingjiang dalam wilayah Hunan, tenggara China.


HUNAN – Sepasukan jurutera membina sebuah jambatan kaca yang menghubung dua lereng bukit setinggi 180 meter di daerah Pingjiang dalam wilayah Hunan, tenggara China, lapor Metro Online kelmarin.
Jambatan sepanjang 300 meter ini berbeza daripada sebuah lagi jambatan gantung di wilayah Hebel kerana struktur tersebut berbuai apabila ditiup angin.
Seorang wanita tempatan, Yun Ku, 23, berkata, dia teruja apabila berpeluang menyeberangi jambatan kaca itu.
“Pada awalnya, saya tidak berasa apa-apa tetapi kaki saya longlai selepas berjalan kira-kira 100 meter di atas jambatan tersebut,” kata Ku.
Bantuan kakitangan yang dilatih khas turut disediakan bagi membantu pengunjung untuk menyeberangi jambatan tersebut. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3F2FRcgKg 
Hakcipta terpelihara 

‘Jemput datang mencuri’


Riyadh: Seorang lelaki yang berang selepas rumahnya berulang kali menjadi sasaran pencuri, meletakkan papan tanda di depan rumah dan mencabar pencuri terbabit mencuri lagi.

“Kepada pencuri yang sentiasa masuk ke rumah ini untuk mencuri. Saya sudah mengenali sebahagian daripada anda.


“Kerana hilang sabar, saya sudah membeli pistol dan mempunyai lesen. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakannya. Saya pelawa kamu supaya datang dan mencuri lagi. Saya akan pastikan semua pintu dibuka siang dan malam,” menurut tulisan pada papan tanda berkenaan.



Akhbar berbahasa Arab, Al Weam yang melaporkan kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan nama lelaki terbabit, mahupun alamat rumahnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

Rayu pulang seluar dalam


Bulawayo (Zimbabwe): Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan seluar dalamnya, dipercayai dicuri oleh bekas kekasih teman lelakinya yang mengancam untuk menyihirnya.

Ruth Ndlovu kini hidup dalam ketakutan selepas kekasih teman lelakinya, Shipilakahle Dube dari bandar sama datang ke rumahnya dan mencuri seluar dalam itu.


Ruth kelmarin merayu majistret di mahkamah awam Bulawayo, Mrylene Mtshina, mengarah Shipilakahle mengembalikan seluar dalamnya.



“Saya sentiasa dalam ketakutan. Wanita berkenaan mengancam untuk menyihir saya dengan mengguna seluar dalam itu. “Dia mengambilnya ketika saya tidak ada di rumah. Dia menuduh saya merampas teman lelakinya,” kata Ruth.


Dalam rayuannya itu, Ruth turut merayu mahkamah mengeluarkan perintah melarang Shipilakahle daripada datang ke rumahnya lagi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

4.1kg rambut dalam perut


Ayperi Alekseeva dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas mengadu sakit perut hingga tidak boleh menelan makanan dan sukar untuk minum.

Ujian pengimbasan sinar-X menunjukkan terdapat gumpalan rambut tersekat di dalam perutnya yang memerlukan dia menjalani pembedahan secepat mungkin.
Pakar bedah di hospital Bishkek, Profesor Bahadir Bebezov berkata gumpalan rambut di dalam perut Ayperi itu terbentuk akibat kegemarannya mengutip rambut yang digugur di permaidani sebelum memakannya. Dia juga mempunyai tabiat untuk mengunyah rambutnya sendiri.

“Keadaan perutnya begitu teruk. Ia membengkak kerana gumpulan rambutnya. Terdapat juga bulu permaidani bersama-sama rambutnya apabila kami mengeluarkan dari perutnya,” kata Bahadir.

Selepas menjalani pembedahan itu, Ayperi berjanji untuk menghentikan tabiat buruk itu.
Foto
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun.

Foto
GUMPALAN rambut seberat 4.1kg yang dikeluarkan dari perut gadis berusia 18 tahun.
Dia bukan satu-satunya orang yang terpaksa menanggung padah kerana mempunyai tabiat pelik.

Pada Oktober 2012, doktor di Indore, India membuang gumpalan rambut seberat dua kilogram dari perut dan usus kecil seorang wanita berusia 19 tahun.
Seperti Ayperi, dia juga suka memakan rambut, tetapi dicampur dengan kapur. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

Thursday, October 2, 2014

Jambatan Jamrah tampung 500,000 jemaah


Projek pembesaran Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat itu siap sepenuhnya pada 2008.
Projek pembesaran Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat itu siap sepenuhnya pada 2008.
MAKKAH - Jambatan Jamrah baharu kini boleh memuatkan 500,000 jemaah dalam satu masa, menurut Menteri Hal Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb, kelmarin.

Beliau memaklumkan kementeriannya juga merancang untuk memperluaskan laluan di Mina untuk memberi keselesaan kepada jemaah haji pada masa akan datang.

"Anggota keselamatan akan turut ditempatkan di sekitar Jambatan Jamrah untuk memantau pergerakan jemaah sepanjang ibadat melontar," katanya dalam laporan Arab News.
Sementara itu, Gabenor Makkah, Putera Mishaal bin Abdullah mengesahkan persediaan menerima kedatangan jemaah berjalan lancar seperti dijadualkan.
Difahamkan, beberapa pemimpin negara Islam termasuk Presiden Sudan, Omar Bashir, Presiden Somali, Hassan Sheikh Mahmoud dan Presiden Maldives, Abdullah Yameen turut mengerjakan Rukun Islam Kelima itu pada musim ini.
Dalam satu kenyataan lain, Presiden Meteorologi dan Alam Sekitar melaporkan cuaca di Makkah, Madinah dan kawasan sekitarnya adalah sederhana dengan suhu di bawah 36 darjah Celsius.

1 Kor Kor 1111 RM2.5 juta


Siswa jurusan undang-undang di Universiti Assumption, Thanapat Tuntisevekul, semalam menerima plat bernombor 1 Kor Kor 1111 itu daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Darat, sekali gus mencatat rekod bidaan tertinggi sejak amalan melelong diperkenalkan pada 2003.
Thanapat turut dibenarkan mencipta sendiri rekaan untuk nombor plat berkenaan dan memilih tajuk “Lapan Kuda di Sungai Permata” yang dipercayai menjamin tuah, kemakmuran dan keselamatan kereta berkenaan.

Dengan harga sebegitu, nilai plat berkenan mempunyai nilai 52 kali ganda daripada kereta Nissan Almera yang akan menggunakannya.
Foto
Thanapat menunjukkan nombor plat yang dibidanya.

Kereta model itu biasanya berharga hanya 480,000 baht (RM48,000) di Thailand.

Hak ke atas nombor 1 Kor Kor 1111 itu boleh dipindahkan melalui jualan atau diwariskan kepada individu yang dipersetujui.

Thanapat juga dikenali sebagai James berkata, dia ditawarkan sebanyak 33 juta baht (RM3.3 juta) untuk nombor plat berkenaan namun menolaknya kerana jumlah dibayarnya tidaklah terlalu mahal.

“Keluarga saya sedia membayar 50 juta baht (RM5 juta) untuk plat ini,” katanya.

Menurut Thanapat, keluarganya mempunyai perniagaan hartanah. 
Tambahnya, dia sekeluarga juga gembira wang itu akan digunakan untuk tujuan yang baik iaitu sebahagian daripada dana bagi mempromosikan keselamatan jalan raya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengangkutan Darat Asdsathai Rattanadilok Na Phuket berkata wang itu akan diserahkan kepada Dana Keselamatan Jalan untuk menjalankan kempen mengurangkan kadar kemalangan selain meningkatkan kesedaran mengenai cara pemanduan selamat.

Setakat ini lebih 320 juta baht (RM3.2 juta) berjaya dikumpulkan untuk dana berkenaan sejak bidaan seumpama itu diadakan, 11 tahun lalu.

Rekod bidaan tertinggi sebelum ini adalah untuk nombor plet Yor Ying Yor Ying 9999 iaitu 11 juta baht (RM1.1 juta). - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/02

Lelaki terkuat miliki 19 rekod dunia



FAST memiliki 19 rekod dunia dan menggunakan wang yang diperoleh untuk acara kebajikan.


COBOURGE – Seorang lelaki yang juga paderi di sebuah gereja di Kanada telah diiktiraf sebagai individu terkuat di dunia apabila berjaya memecahkan 19 rekod dunia dalam acara menarik objek berat, lapor MailOnline semalam.
Lelaki itu, Kevin Fast, 51, sehingga kini masih memegang sembilan rekod dunia yang masih belum dicabar mana-mana individu lain seperti menarik kapal terbang seberat 188.83 tan.
Fast turut memegang rekod menarik sebuah jentera bomba sejauh 30 meter selain pernah mencipta rekod menarik sebuah rumah seberat 40 tan.
Lelaki yang tinggal di Cobourge, Kanada itu pernah bersaing secara profesional dalam banyak acara di Amerika Utara dan masih mengekalkan sembilan rekod dunia tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pesaing.
“Kebanyakan masyarakat sukar untuk mempercayai saya mampu melakukan semua perkara ini dan beranggapan saya hanya seorang paderi biasa,” kata Fast yang telah bertugas sebagai paderi selama 22 tahun.
Tahun lalu, Kevin telah mencipta empat rekod dunia masing-masing dalam acara menarik trak dengan lengan seberat 12.5 tan, menimbang 11 orang di atas bahu, melontar 14 batang kayu balak dalam masa tiga minit dan menarik kereta luncur salji seberat 17.5 tan. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3EwOjwuhb 
Hakcipta terpelihara 

Bilionair mahu bina hospital ‘kapal layar’



LAKARAN hospital berbentuk kapal layar yang akan dibina oleh Klyukin. - AGENSI


MOSCOW – Seorang bilionair Rusia merancang untuk membina sebuah hospital berbentuk seperti sebuah kapal layar, lapor akhbar MailOnline semalam.
Bilionair tersebut, Vasily Klyukin berkata, binaan yang dinamakan Hospital dan Spa White Sail itu kelak akan muncul sebagai hospital paling menarik di dunia.
Klyukin berkata, beliau mendapat ilham untuk mendirikan hospital unik selepas menjalani ujian kesihatan untuk menyertai program pelancongan ke angkasa lepas.
“Saya akan berlepas ke angkasa lepas tahun hadapan. Saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan.
Saya mahu membina hospital yang tidak menakutkan pesakit,” tambah Klyukin.
Hospital itu akan dibina di Bandar Raya Ekonomi Tunisia, Enfidha.
Projek tersebut disokong oleh firma Arab Saudi, Lalei Al Barakah Est dan akan dibina oleh firma kejuruteraan Thornton Tomasetti. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3EwOHJFAG 
Hakcipta terpelihara 

Miao Room gua paling besar di dunia


Sungai Getu He yang berwarna hijau, menambahkan keindahan ruangan dalam Gua Miao Room. - AGENSI
BEIJING 1 Okt. - Sebuah gua di China diumumkan sebagai gua paling besar di dunia sekali gus mengatasi rekod keluasan Gunung Mulu yang terletak di Taman Negara Mulu di Sarawak, Malaysia.
Perkara itu diumumkan laman web National Geographic, baru-baru ini selepas satu kerja pengukuran gua yang diberi nama sebagai Miao Room itu dilakukan sebuah pasukan dari Universiti Lancaster, United Kingdom, tahun lalu.
Miao Room dilaporkan mempunyai keluasan 10.78 juta meter padu, melebihi keluasan Gua Mulu di Sarawak dengan kiraan lebih 10 peratus dan boleh memuatkan sebuah pesawat Boeing 747.
Bagaimanapun, Gua Mulu masih kekal sebagai gua yang mempunyai ruang permukaan terbesar di dunia iaitu dengan keluasan kira-kira 47,005 meter padu.
Gua besar yang terletak pada kedudukan 100 meter dari bawah tanah itu terletak di Taman Negara Ziyun Getu He di ibu negeri wilayah Guizhou, Guiyang, di China, kawasan yang turut menempatkan beberapa gua terbesar di dunia.
Miao Room pertama kali direkodkan oleh pasukan geologi China-Eropah pada 1989, namun usaha mengukur saiz sebenar gua itu hanya dilakukan tahun lalu.
"Bagi saya, gua ini adalah ibarat penemuan K2 atau puncak Himalaya yang lebih besar berbanding Gunung Everest," kata ketua bersama ekspedisi yang mengkaji gua di China, Tim Allen kepada National Geographic sebagaimana lapor Mail Online.
Melalui kerja pengukuran yang menggunakan teknik pemetaan laser tiga dimensi (3D), Miao Room digambarkan mempunyai dua kubah yang besar dan hanya boleh dimasuki menerusi saluran air bawah tanah Sungai Getu Hu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141002/lu_04/Miao-Room-gua-paling-besar-di-dunia#ixzz3EwNBU1Uq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Datuk terbangkan belon udara ke perut Bumi


Ivan Trifonov menerbangkan belon udara panas di Gua Mamet yang memiliki kedalaman 205 meter dan lebar 60 meter, bulan lalu.- AGENSI
ZAGREB, Croatia 1 Okt. - Seorang warga emas berjaya mencatatkan nama di dalam Guinness Book of Records selepas berjaya menjadi manusia pertama memandu belon udara panas ke dalam perut Bumi.
Mail Online melaporkan, pakar penerbangan, Ivan Trifonov, 70, berjaya melakukan aksi itu di Gua Mamet di sini, yang memiliki kedalaman 205 meter dan lebar 60 meter, bulan lalu.
Trifonov berkata, bagi memastikan usaha tersebut berjalan lancar, dia perlu mengubah suai reka bentuk belon udara berkenaan menjadi lebih kecil daripada saiz biasa, yang turut menyaksikan dia terpaksa duduk di atas tangki gas.
"Peluang seperti ini berlaku sekali dalam seumur hidup. Ini satu ekspedisi yang amat sukar. Anda perlu pastikan belon udara dan cuaca baik.
"Saya tidak rasa ada orang lain yang sanggup melakukan aksi berbahaya seperti ini lagi," jelasnya, sambil menambah usaha berkenaan mendapat bantuan daripada Lembaga Pelancongan Croatia.
Ekspedisi pemanduan belon udara panas tersebut yang diinspirasi daripada buku Journey to the Centre of the Earth tulisan Jules Verne berlangsung selama 25 minit.
Trifonov sebelum ini pernah mencatat nama dalam Guinness Book of Records selepas memandu belon udara panas ke Kutub Selatan, Kutub Utara, merentasi Laut Mediterranean selain menjadi orang pertama berdiri, menyelam dan terbang di Kutub Utara dalam masa 12 jam.
Sementara itu, Lembaga Pelancongan Croatia berharap aksi mencabar yang dilakukan oleh Trifonov dapat menarik perhatian ramai pelancong untuk datang ke negara ini bagi menikmati keindahan pemandangan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141002/lu_05/Datuk-terbangkan-belon-udara-ke-perut-Bumi#ixzz3EwLsRKLY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, October 1, 2014

Nama Terpanjang, Popular Dalam Rekod JPN


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 8:38 PM
Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah nama terpanjang dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

PUTRAJAYA: Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
'Ahmad', 'Alex' dan 'Ravi' pula adalah antara nama paling popular rakyat Malaysia yang didaftarkan JPN.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman Keling berkata nama 'Ahmad' yang direkodkan ialah sejumlah 63,049 orang, diikuti 'Alex' 16,992 orang dan 'Ravi' 10,866 orang.

"Nama-nama berkenaan paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini," katanya ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.

Jelas Sulaiman, 1 Oktober diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara sempena tarikh pengeluaran kad pengenalan pertama negara yang juga dikenali sebagai kad beras.

"Kad beras dikeluarkan kepada orang awam secara sistematik dan teratur mulai 1 Oktober 1948 dengan kad yang pertama bernombor siri 0000001 dikeluarkan kepada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara.

"Kad beras pada mulanya dikeluarkan sebagai pengenalan identiti di samping bertindak sebagai satu daripada langkah untuk membendung anasir komunis di tanah air," katanya.

Jelas Sulaiman, warga JPN melihat pemilihan 1 Oktober sebagai Hari Pendaftaran Negara sebagai bertepatan dan sesuai dengan peranan JPN sebagai satu-satunya organisasi di Malaysia yang menguruskan dokumen rekod pengenalan diri bermula dari awal kelahiran hinggalah rekod selepas kematian.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merasmikan majlis itu berkata berdasarkan Laporan Perbelanjaan JP Ndalam tempoh tiga tahun, sejumlah RM1.13 bilion telah dibelanjakan merangkumi tanggungan pengeluaran MyKad.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM46 juta untuk projek percetakan teragih MyKad di 43 pejabat cawangan terpilih.

"Dengan bertambah pusat percetakan teragih, urusan permohonan dan pengeluaran kad (MyKad) dapat dipercepatkan," katanya.
mstar