Pages

Friday, January 3, 2014

"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .

Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.

Kurang tidur punca otak rosak


STOCKHOLM 2 Jan. - Satu kajian yang dijalankan sebuah universiti Sweden mendapati, individu yang tidak tidur semalaman boleh berdepan kerosakan otak, sama seperti kesan dipukul di bahagian kepala.
Menurut penyelidik, kajian yang dijalankan ke atas belia lelaki yang tidak tidur menunjukkan peningkatan dalam jumlah kimia yang sama seperti kerosakan otak.
Pensyarah Universiti Uppsala, Profesor Christian Benedict berkata, bahan kimia NSE dan S-100B di dalam kepala merupakan petunjuk bagi kerosakan otak contohnya yang mengalami gegaran.
"Menurut penemuan kajian, jumlah dua bahan kimia itu yang berada dalam darah responden, meningkat jika mereka tidak tidur semalaman.
"Semasa tidur, otak menjalankan tugas pembersihan daripada bahan toksik, manakala bahan kimia NSE serta S-100B meningkat sebagai tindak balas kepada bahan-bahan tersebut,'' katanya.
Benedict berkata, penemuannya itu menyokong penyelidikan sebelum ini yang menyatakan bagaimana otak menggunakan waktu tidur untuk melakukan tugas pembersihan.
Selain itu katanya, penemuan tersebut turut menyokong kajian sebelum ini yang mengaitkan kurang tidur dengan risiko mendapat penyakit nyanyuk, Parkinson dan penyakit sclerosis.
Sebagai rumusan tambahnya, penemuan kajian itu menunjukkan tidur yang cukup pada waktu malam amat penting untuk mengekalkan kesihatan otak. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140103/lu_12/Kurang-tidur-punca-otak-rosak#ixzz2pHo97fep
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Berbaris beli ganja di Colorado

BEBERAPA orang berbaris dalam cuaca sejuk untuk membeli ganja di Kelab Kanabis di Breckenridge, Colorado kelmarin.


PUEBLO BARAT, Colorado - Sejumlah orang sanggup berbaris di luar sebuah kedai yang menjual ganja di sini kelmarin.
Situasi yang sama juga kelihatan di Kelab Kanabis di Breckenridge apabila beberapa orang beratur dalam cuaca sejuk untuk membeli ganja.
Penjualan 28 gram ganja untuk setiap penduduk negeri Colorado yang berusia 21 tahun ke atas mula dilaksanakan pada 1 Januari lalu.
"Saya telah menunggu sepanjang hidup saya untuk membeli ganja seperti ini," kata seorang penduduk, Scott Van Pelt yang berusia 43 tahun di luar Kelab Kush di Denver, negeri ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2pHPebXQo 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, January 2, 2014

Gergaji kaki sendiri kerana miskin

Gergaji kaki sendiri kerana miskin1 Januari 2014

 Zheng memotong kaki sendiri pada tahun 2012 kerana beliau tidak mampu untuk membayar kos perubatan hospital. - Foto Ihsan BBC News

HEBEI - CHINA. Seorang petani di China memotong sendiri kakinya yang telah dijangkiti kerana tidak mampu menampung rawatan di hospital.

Jangkitan kaki Zheng Yanliang dari provinsi Hebei di utara China itu bermula tahun lalu sehingga dia berdepan kegagalan aliran darah.

Ketika menemui doktor sebelum itu, Zheng, 47 tahun mula sedar bahawa dia bakal kehilangan kaki apabila doktor memberitahu dia perlu menjalani pembedahan.

“Saya bertanya berapa kos pembedahan tersebut dan doktor memberitahu satu kaki mencecah RM 162,000 dan lebih RM 541,000 bagi kedua-dua kaki.

“Saya tak mampu. Saya hanya ada RM 10,000,” katanya yang dipetik dari BBC.

Kes Zheng ini menunjukkan kelemahan dalam sistem penjagaan kesihatan China terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

Mereka dilindungi bagi beberapa rawatan perubatan di bawah skim insurans kesihatan luar bandar kerajaan tetapi mereka terpaksa membayar kos pendahuluan dan hanya boleh menuntut kembali sebahagian daripada kos tersebut.

“Saya terbaring di tempat tidur lebih daripada tiga bulan. Kaki saya bertukar hitam. Kulit dan daging semua jadi hitam.

“Ada ulat dalam daging. Saya boleh nampak tulang kaki kanan saya. Setiap kali tengok, saya rasa sakit,” katanya.

Jelasnya, perkara itu dilakukan tanpa persetujuan isterinya.

“Saya memberitahu isteri bahawa saya mahu memotong kaki saya menggunakan gergaji dan dia tidak gembira dengan perkara itu lalu kami bertengkar sebelum dia keluar dari rumah.

“Saya jumpa gergaji besi di bawah tempat tidur dan pisau kecil...saya terus gergaji kaki dan ia ambil masa 20 minit,” katanya.

Istana lama ditawarkan dijual pada harga RM2 juta



BENTUK Istana Kilmartin yang mahu dijual oleh pemiliknya di Lochgilphead, Argyll, Scotland.


LONDON - Sebuah istana Scotland yang dibina pada abad ke-16 lengkap dengan sebuah menara kecil, tiga buah bilik dan taman seluas 0.4 hektar akan dijual di Lochgilphead, Argyll.
Istana Kilmartin itu dijual oleh satu pasangan yang telah membelinya sebagai rumah kedua mereka pada tahun 1980-an.
Pasangan itu telah membelanjakan sejumlah wang untuk melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan membaikpulih semula istana tersebut.
Mereka juga telah menjual sebuah lagi istana lama dua tahun lalu.
Istana Kilmartin itu terletak di kawasan yang dekat untuk memancing ikan, melihat rusa, belayar dan bermain golf. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2pDmyKuKk 
Hakcipta terpelihara 

Ahmet hasilkan baju diperbuat daripada emas


AHMET bergambar dengan baju ciptaannya yang diperbuat daripada emas.


IZMIR, Turki - Seorang tukang emas di sini telah mencipta sepasang gaun yang diperbuat daripada emas bagi menarik perhatian pembeli sempena tahun baru.
Tukang emas itu, Ahmet Atakan mencantumkan 78,000 kepingan emas kecil seperti manik bagi menyempurnakan rekaan itu.
Pakaian seberat tiga kilogram ini mampu memukau setiap mata yang memandangnya.
Ia berharga hampir £85,000 (RM461,332). - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2pDmapQnz 
Hakcipta terpelihara 

Dubai cipta rekod baharu


PERTUNJUKAN bunga api kelihatan di kepulauan buatan manusia, The Palm Jumeirah, Dubai semalam.


DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu - Dubai mencipta rekod baharu apabila lebih 500,000 bunga api digunakan bagi menyambut ketibaan tahun baru, kata pihak Guinness World Records semalam.
"Selama sepuluh bulan dirancang, lebih 500,000 bunga api digunakan pada persembahan yang berlanjutan selama enam minit," lapor laman web Guinness World Records.
Persembahan bunga api itu dibuat di sepanjang 94 kilometer pantai Dunai termasuk di kepulauan buatan manusia dan di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.
Rekod lama dipegang Kuwait apabila 77,282 bunga api digunakan pada pertunjukan yang diadakan dalam tahun 2011.
Sebuah syarikat Amerika Syarikat, Fireworks by Gucci merangka persembahan bunga api itu dengan menggunakan 100 buah komputer dan 200 juruteknik.
Kos untuk pertunjukan bunga api itu ialah AS$6 juta (RM19.66 juta). - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2pDlhYczJ 
Hakcipta terpelihara 

Topi Tahun Baru Sanbenito (bentuk kon) dan Murtadnya Orang Islam Andalusia

Setiap pergantian tahun baru Masehi, trompet dan topi kon tidak boleh ditinggalkan. Di balik semua itu, ada sejarah yang tersimpan berkaitan dengan umat Muslim di masa lalu.
Topi Sanbenito
Dalam kajian Kristologi yang disampaikan Irena Handono, semasa Raja Ferdinand dan Ratu Isabela (keduanya penganut Kristian) berkuasa di Andalusia, ketika itu kaum Muslimin dibunuh tetapi memberi jaminan hidup kepada orang Islam dengan satu syarat, yakni keluar dari Islam.

Maka untuk membezakan yang mana sudah murtad dan yang mana belum keluar dari Islam adalah dengan mengenal pasti seseorang muslim itu memakai baju seragam dan topi berbentuk kon dengan nama Sanbenito. Jadi, Sanbenito adalah sebuah tanda berupa pakaian khusus untuk membezakan individu yang telah keluar dari agama Islam ( murtad ).

Ketika itu umat Islam di Andalusia dibunuh, kecuali bagi mereka yang memakai topi Sanbenito. Topi itu digunakan semasa keluar rumah termasuk ketika ke pasar. Dengan menggunakan sanbenito, mereka selamat dan tidak akan dibunuh.

Selepas pembunuhan selesai, agenda Ratu Isabela selanjutnya adalah mengejar orang Islam yang lari dan bersembunyi ke Amerika Selatan. Orang Islam yang ditangkap lalu diseret ke lembaga inkuisi (penyeksaan) yang dilaksanakan oleh orang gereja. Adapun paderi pertama yang dilantik Ferdinand dan Isabela untuk melaksanakan penyeksaan tersebut adalah paderi bernama Torquemada. Dia adalah Pengarah Yahudi yang dikenali sebagai pembunuh umat Islam Andalusia.

Bukan hanya orang Islam sahaja yang diseret ke lembaga penyiasatan, tapi juga orang Yahudi yang menolak masuk Kristian. Di tanah lapang, ada yang dibakar hidup-hidup, ada pula yang diseksa dengan kayu yang diruncingkan sehingga punggungnya akan tertusuk. Penyeksaan lain seperti mematahkan tulang kaki berlaku.

Selepas enam abad peristiwa kejam tersebut, berjuta-juta umat Muslim di dunia mengenakan topi kon Sanbenito ketika menyambut tahun baru Masehi. Ketika pergantian tahun, mereka dengan wajah gembira membunyikan trompet, teeeeet ! dan sama sekali tidak faham makna topi di kepalanya itu.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com / Gambar sumber dari Google

Wednesday, January 1, 2014

Gunung Sinabung meletus

Gunung Sinabung1 Januari 2014

Gunung Sinabung meletus malam semalam.

JAKARTA - INDONESIA . Lebih 19,000 penduduk menyelamatkan diri selepas gunung berapi Sinabung meletus di Sumatera, Indonesia, malam semalam.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan Sutopo Purwo Nugroho berkata, gunung berapi yang aktif sejak sembilan bulan lalu itu dilaporkan meletus dan membebaskan batu panas dan abu setinggi 7,000 meter ke udara.

“Sinabung terus meletus. Orang ramai diminta menjauhkan diri dari kawasan terbabit,” katanya, dipetik dari JPost

Sementara itu, polis menahan individu disyaki pengganas yang sebelum ini dikatakan menjadi dalang dalam serangan nekad di sebuah balai polis di Sulawesi, Jun lalu.

Jurucakap Polis Boy Rafli Amar berkata, Skuad Anti Keganasan, menahan Ato Margono yang selama ini dilaporkan sudah meninggal dunia.

“Suspek dipercayai terlibat dalam pengeboman motosikal, restoran dan pembunuhan di daerah Poso,” katanya.

Tolak sambut tahun baharu

Tolak sambut tahun baharu1 Januari 2014

Saudi mengharamkan sebarang sambutan tahun baharu memandangkan negara itu menggunakan kalendar Islam.

BEBERAPA negara menolak sambutan tahun baharu kerana berpendapat, sambutan itu bercanggah dengan Islam.

Di Daghestan dan Azerbaijan, beberapa pergerakan Islam mengeluarkan kenyataan mengharamkan sambutan itu.

Mereka juga mengisytiharkan sambutan itu bukan sebagai cuti umum.

Di Indonesia, polis merampas ribuan mercun dan membuat pemeriksaan di kafe dan hotel selepas pihak berkuasa Banda Aceh mengharamkan sambutan tersebut buat kali pertama.

Pegawai polis Reza Kamilin berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan tersebut.

“Tiada aktiviti sambutan tahun baru. Pengharaman dibuat bagi melindungi moral orang ramai,” katanya, menurut laporan Agensi.

Di Arab Saudi, Okaz daily melaporkan, Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar atau Mutawaa mengeluarkan fatwa  supaya orang ramai tidak meraikan sambutan itu.
“Saudi mengikut kalendar Islam, bukan kalendar Gregorian” katanya.

Menurut kenyataan Ketua Mutawaa Abdulatif Abdulaziz al-Sheikh, larangan itu dibuat bagi mengelakkan maksiat dan menjaga aurat.

Nama keluarga 36 abjad dalam lesen

Honolulu: Seorang wanita Hawaii yang mempunyai nama terdiri daripada 36 abjad akhirnya mendapat lesen memandu dan kad pengenalan sempurna.
Janice Lokelani mempunyai nama keluarga ‘Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele’ yang mengandungi 35 huruf ditambah dengan okina, tanda yang biasa digunakan dalam abjad Hawaii.

Dia menerima lesen memandu dan kad pengenalan baru selepas usahanya untuk memuatkan nama penuhnya dalam dokumen berkenaan mendorong Jabatan Pengangkutan Negara menambah bilangan abjad yang boleh tampil pada dokumen terbabit. Janice, 54, semalam berkata, dia gembira kerana dapat membantu menyelesaikan masalah kad pengenalan yang kekurangan ruang untuk mereka yang mempunyai nama yang panjang.
“Kini di Hawaii, kami bukan lagi warga negara kelas kedua disebabkan oleh nama kami yang panjang,” katanya. Lesen memandu dan kad pengenalan Hawaii sebelum ini hanya mempunyai ruang untuk nama dengan 35 abjad. Dasar baru itu membenarkan 40 abjad nama keluarga, 40 abjad untuk nama pertama dan 35 abjad untuk nama kedua dimuatkan dalam lesen memandu.

Janice mendapat nama keluarga Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele apabila berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Hawaii pada 1992.
Foto
LESEN memandu baru Janice.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01

Rawatan pelik pulih pesakit dirasuk jin



KUBUR-KUBUR penghuni pusat pemulihan yang meninggal dunia boleh dilhat dari dalam bilik kurungan.


AKIBAT bertengkar dengan bapanya, Muhammed Din dikurung di dalam bilik kecil di sebuah tempat suci Afghan. Dia turut dirantai dan hanya diberi makan roti untuk 40 hari.
Muhammed dipaksa untuk menjalani perubatan tradisional di pusat pemulihan, Mia Ali Baba yang terletak di perkampungan Samar Khel di pinggir bandar Jalalabad, bagi memulihkannya daripada rasukan jin.
Walaupun selepas sedekad bantuan kewangan antarabangsa dan pakar perubatan disalurkan kepada Afghanistan, kebanyakan penduduk tempatan masih mempercayai kaedah perubatan tersebut.
"Saya bertengkar dengan bapa kerana saya mengambil duitnya untuk membeli sebuah motosikal," kata lelaki muda berbadan kurus yang duduk di atas selimut kotor dengan pergelangan tangan dan buku lalinya dirantai.
"Saya amat marah dan tidak berpuas hati dengannya kerana meletakkan saya di sini," katanya.
Halau semangat jahat
Muhammed dikatakan mempunyai lima parut di badannya yang diperoleh ketika berkhidmat dalam pasukan tentera Afghan. Dia ditempatkan di pusat tersebut yang mempunyai 20 bilik kecil diperbuat daripada batu.
Struktur siling dan dinding tidak berplaster, cuaca lembap serta tiada kipas angin menjadikan keadaan di tempat tersebut bertambah buruk.
"Para pesakit akan dirantai selama 40 hari dan hanya diberi makan roti bersama lada hitam. Ia bertujuan untuk menghalau semangat jahat di dalam badan mereka," kata Malik yang merupakan penyelia pusat tersebut.
KANAK-KANAK dari kawasan berhampiran turut dibenarkan mengunjungi pusat pemulihan Mia Ali Baba.


Pemulihan tersebut telah berjalan sejak 360 tahun lalu dan dipercayai ribuan pesakit berjaya dipulihkan. Pada peringkat akhir pemulihan, para pesakit akan diberi minum air rebusan kepala kambing untuk melengkapkan proses pemulihan.
Kesemua penghuni pusat pemulihan tidak bercakap antara satu sama lain kerana keletihan selepas mengikuti kaedah rawatan yang ketat semasa proses pemulihan. Ia juga menyebabkan tahap kesihatan mereka semakin merosot.
"Saya tidak mahu masuk ke sini, abang memaksa saya masuk. Dia kata mahu membawa saya berjumpa doktor dan meminta wang sebanyak 5,000 Afghani (RM293) daripada saya. Tidak lama kemudian, saya berasa pening dan mula sakit kepala," kata seorang lagi pesakit, Abdul berumur 30-an yang tidak mampu menjelaskan punca dia dihantar ke pusat pemulihan itu.
Keadaan bilik kurungan Abdul sangat menjijikkan. Ia berbau busuk dan dipenuhi sampah sarap. Kanak-kanak yang melintasi kawasan tersebut selalu mengetawakannya sebelum mereka melarikan diri.
Mengurung pesakit
Menurut pengarah dan juga seorang doktor di Hospital Psikiatri Kabul, Dr. Shah Temor Mosamim, dia tidak bersetuju dengan kaedah rawatan tersebut kerana ia tidak mempunyai rujukan asas mengikut aspek penyelidikan sains.
"Tidak kira berapa agresifnya seseorang pesakit, jika tidak memberinya makanan dalam tempoh 40 hari mereka akan lemah," katanya.
Menurutnya, di Afghanistan, terdapat beberapa rawatan tradisional untuk merawat pesakit mental iaitu merantai dan mengurung di dalam bilik atau menghantar mereka ke pusat pemulihan.
MUHAMMED dikurung di pusat pemulihan Mia Ali Baba selepas mengambil duit bapanya untuk membeli sebuah motosikal.


Kumpulan kempen Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) menggesa pusat pemulihan tersebut ditutup yang turut mendapat reaksi sama daripada aktivis hak asasi tempatan.
"Pusat pemulihan ini perlu ditutup kerana mengamalkan kaedah rawatan yang tidak sesuai dengan hak-hak asasi manusia," kata penyelidik HRW, Heather Barr.
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Afghanistan, Rafiullah Bidar mempersoalkan tindakan keluarga yang sanggup membiarkan ahli keluarga mereka hidup di sana.
"Mereka fikir, ia pilihan terakhir... kita tidak boleh menolak kenyataan ini. Keluarga tersebut tidak berpuas hati dengan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan, sebab itu mereka bergantung kepada perkhidmatan pusat pemulihan berkenaan.
"Persekitaran tempat tinggal pesakit di pusat pemulihan itu tidak sihat, mereka membuang air besar dan kencing di dalam bilik kecil masing-masing. Saya masih ingat keadaan bau busuk dan suasana yang tidak sihat di pusat pemulihan itu ketika saya melawatnya dahulu," katanya.
Bagi Muhammed dan Abdul, ketakutan terbesar apabila berada di sana ialah kematian dan bukan sembuh daripada penyakit masing-masing.
Dari bilik kurungan, mereka boleh melihat kubur-kubur mereka yang telah meninggal dunia.
"Sesetengah keluarga tidak datang semula melihat pesakit sehingga mencecah enam hingga lapan bulan dan adakalanya pesakit tersebut meninggal dunia. Kami mengebumikan mereka di sana," kata penjaga pusat pemulihan itu, Mir Shafiqullah sambil menunjukkan satu kawasan perkuburan di luar pusat pemulihan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2p619YOKy 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, December 31, 2013

Susu ibu jadikan anak lebih bijak


2013/12/31
 
Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik.

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.


Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan.

Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyedari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula.

Sepasukan penyelidik diketuai Unit Epidemiologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah.

Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fizikal.

Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif. - AGENSI

Jadi 'tahanan' di rumah sendiri

Jadi 'tahanan' di rumah sendiriCopeland bersama pelbagai ubatan untuk menangani masalah alahan teruk yang dialaminya. Durham: Seorang remaja yang mengalami alahan teruk tidak mempunyai cara lain kecuali membungkus badannya dengan balutan. Brianie Copeland dari Bearpark, Durham sentiasa dalam kesakitan kerana beliau dikatakan alah terhadap hampir semua benda.

Remaja berusia 17 tahun itu mengalami ekzema teruk, dermatitis, artritis dan asma dengan beberapa alahan pada kulit dan makanan.

Beliau mengalami arahan teruk terhadap makanan, ejen pembersih, habuk, cahaya kuat, panas, gentian buatan manusia malah rumput di taman belakang rumahnya.

Beliau juga diibarat seperti tahanan maya di rumah sendiri kerana jika terdedah kepada dunia luar boleh menyebabkan kulitnya menggelembung dan ruam.

Terpaksa sapu krim


“Saya terpaksa menyapu krim dua atau tiga kali sehari dan saya memakai balutan setiap malam untuk mengekalkan krim pada kulit saya. Saya juga terpaksa mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika tidak kulit saya merekah dan kering. Ia amat sakit.
“Saya perlu mengelak makanan tertentu seperti produk tenusu, gandum, soya, kacang dan oat. Jika saya makan tekak saya akan mula membengkak dan tertutup. Saya juga terpaksa mengambil 10 tablet sehari,” katanya.

Brianie yang mempunyai tiga adik perempuan dan tiga adik lelaki disekat daripada melakukan perkara yang biasa dilakukan remaja lain disebabkan penyakitnya itu.

Beliau tidak boleh memakai solekan atau produk rambut dan tidak pernah membuat tatu atau tindikan.


Tak pernah lawat ladang

Brianie tidak pernah melawat ladang disebabkan alahan terhadap binatang kecuali burung dan beliau tidak boleh menghabiskan masa lama di luar disebabkan tahap debunga yang tinggi.

Beliau juga tidak boleh berenang di laut ketika bercuti kerana garam akan menyebabkan kulitnya melepuh.

Walaupun berhadapan dengan keadaan tidak mempunyai penawar itu, Brianie tidak membiarkan masalah itu mengganggu pelajarannya.

Beliau meninggalkan sekolah dengan memiliki GCSE dan kini belajar penjagaan kanak-kanak di New College Durham dengan harapan untuk bekerja dengan kanak-kanak istimewa.

Brianie berkata: “Saya membesar dengan memakai balutan jadi saya tidak tahu sebarang perbezaan.

“Orang ramai berkata jika ada penawar bolehlah saya ambil tetapi saya tidak fikirkan begitu.

“Walaupun kadang kala ia sukar, saya suka menjadi berbeza daripada orang lain. Saya tidak punya cara lain lagi.” - AGENSI

Kutub menyongsang pada 2015?

Kutub menyongsang pada 2015?SINAR HARIAN
 30 Disember 2013

 KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

Sentuh lembu dapat anak lelaki

Sentuh lembu dapat anak lelakiRaj sanggup memulangkan wang jika pelanggannya melahirkan bayi perempuan.

RAIPUR - INDIA. Puluhan wanita membanjiri pekarangan rumah seorang petani hanya untuk menyentuh kuku seekor lembu berkaki lima.

Mereka yang percaya dengan amalan karut itu mendakwa, pasangan suami isteri akan mendapat cahaya mata lelaki sekiranya berbuat demikian.

Pemilik lembu berkenaan Raj Pratap mendakwa, kehadiran lembu ‘keramat’ itu telah mengubah nasib ramai pasangan yang menginginkan kehadiran anak lelaki dalam setiap keluarga.

“Seorang wanita yang sebelum ini mempunyai empat anak perempuan akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki dengan hanya meminta restu dengan menyentuh kuku anak lembu yang kami gelar sebagai 'Raju'," katanya.

Menurutnya, setiap wanita perlu membayar 500 rupee (RM27) untuk sekali sentuhan.

“Kami sanggup memulangkan semula wang mereka jika mereka gagal mendapatkan bayi lelaki,” katanya.

Beliau mendakwa, lebih 30 wanita mendapat cahaya mata lelaki selepas menyentuh lembu istimewa itu. - Dailymail

Bangga miliki pinggul besar

Chicago: Seorang wanita yang juga ibu dua anak, Sarah Massey, 33, mengakui pernah menyebabkan mangkuk tandas pecah selepas duduk di atasnya.
Sarah yang berasal dari Chicago dan mencatat rekod dengan garis pusat pinggul sepanjang 213 sentimeter kadangkala tidak muat untuk memasuki pintu bangunan atau pasar raya.

Sarah seberat 203 kilogram mengakui saiz tubuhnya yang terlebih besar itu menyukarkan kehidupannya dan dia turut menerima bantuan AS$1,236 (RM4,070) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak.
“Setiap hari ada saja komen dilemparkan kepada saya sama ada yang baik mahupun yang buruk.

“Dulu saya malu dengan keadaan tubuh saya tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Di sekolah, saya selalu diejek mempunyai pinggul seperti lori sampah tetapi keadaan saya ini diwarisi daripada keluarga dan tidak banyak yang boleh dilakukan.
Foto
SARAH yang mempunyai ukuran punggung 213 sentimeter sibuk memasak di dapur.
“Dulu saya selalu bimbang dengan apa yang orang kata mengenai diri saya tetapi sekarang saya bangga dengan diri sendiri,” katanya. Sarah berkata, kini dia juga tidak segan untuk tampil melakukan sesi fotografi kepada peminat yang meminati susuk tubuh wanita bersaiz besar.

Selepas menemui komuniti jejaka di Internet yang menghargai saiz tubuhnya, Sarah berkata, dia tidak pernah kekurangan peminat. “Semuanya bermula apabila saya mengambil gambar untuk satu sesi penurunan berat badan. Seorang rakan yang juga jurugambar kemudian memuat naik foto saya di Facebook. “Terdapat ramai pengikut yang gemarkan foto saya dan rakan saya itu kemudian tampil dengan idea untuk menghasilkan gambar model yang bertubuh besar. Semua foto saya mendapat sambutan hangat,” katanya. Walaupun Sarah selesa dengan bentuk tubuhnya, tetapi memenuhkan almari pakaiannya memakan perbelanjaan yang tinggi.
“Disebabkan saiz tubuh saya yang besar, sukar untuk saya membeli pakaian di kedai biasa. Bahagian atas tubuh saya bersaiz 7 kali XL, manakala bahagian bawah 10 kali XL, jadi saya terpaksa menempah pakaian khusus. Kebanyakan pakaian saya dibeli secara dalam talian kerana terdapat beberapa kedai yang menjual pakaian untuk individu dengan saiz tubuh terlebih besar. “Pakaian bersaiz besar sangat mahal, jadi saya perlu membelanjakan kira-kira AS$659 (RM2,171) setiap bulan untuk membeli pakaian,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/31

Riper miliki setem gambar kapal terbang terbalik




GAMBAR menunjukkan setem kapal terbang terbalik keluaran 1918 yang dicetak semula oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat.- AP


NEW YORK - Seorang pemilik kedai barang kemas, Art Van Riper berasa bangga kerana dia memiliki setem kapal terbang yang terbalik.
Setem kapal terbang terbalik itu pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1918 oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat sebelum ia ditarik balik.
Namun pada September lalu, setem yang tersilap cetak itu dikeluarkan semula oleh pihak perkhidmatan pos tersebut.
Ia dikeluarkan bagi tujuan menggalakkan orang ramai mengumpul setem.
Setiap satu lembaran mengandungi enam keping setem terbalik itu.
Perkhidmatan pos itu hanya mengeluarkan 100 lembaran setem tersebut.
Setiap lembaran setem itu berharga AS$12 (RM39.53).
Riper memperoleh setem itu semasa dia membeli 45 lembaran setem di pejabat pos di Waverly baru-baru ini.
Namun, salah satu lembaran tersebut mempunyai gambar kapal terbang terbalik yang telah dicetak semula oleh pihak perkhidmatan pos.
Van Riper berkata, dia enggan menjual lembaran setem itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2p0MyCLfq 
Hakcipta terpelihara 

20,000 objek berbentuk sfera di Teluk Marina




SEBAHAGIAN daripada 20,000 objek berbentuk sfera terapung di sebatang sungai di Teluk Marina, Singapura semalam.- REUTERS


SINGAPURA - Kira-kira 20,000 objek berbentuk sfera terapung di sepanjang Teluk Marina di sini semalam menjelang sambutan tahun baharu.
Sfera itu ditulis oleh penduduk di negara ini tentang hasrat mereka untuk tahun 2014.
Golongan tua dan muda dari beberapa badan kebajikan diberi peluang untuk menulis hasrat mereka pada objek tersebut.
Cahaya akan muncul di objek tersebut pada malam sambutan tahun baharu.
Pada sambutan itu, persembahan konsert turut diadakan bagi meraikan kedatangan tahun baharu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1231&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2p0MNL7L7 
Hakcipta terpelihara 

Monday, December 30, 2013

Anjakan kutub bumi

Anjakan kutub bumi30 Disember 2013
KEADAAN cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Medan magnet bumi berganjak

Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8  mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.