Pages

Tuesday, October 30, 2012

Kisah kekejaman syiah keatas gadis-gadis bernama Aisyah

[Trajedi Kilang Gula]

(Kisah penodaan kesucian gadis-gadis Sunni bernama Aisyah di sebuah kilang gula kerana dendam kesumat Syiah) diterjemah oleh: Syria Care

Kisah ini telah diterjemahkan dari seorang gadis Syria bernama (Aisyah) di sebuah hospital di Istanbul, Turki. Segala butiran maklumat berkaitan kisah ini dilengkapkan dari salah seorang warga Syria yang terselamat yang tinggal beberapa hari di kilang gula yang sama.

Tarikh: 15-28 June 2011
Lokasi: Sebuah kilang gula di Jisr Al-Shughour, Utara Syria, 20 kkm dari sempadan Turki/Syria.

Pada 14 June 2011, tentere laknatullah Bashar mengepung Jisr Al- Shughour, sebuah bandar Sunni dengan kekuatan 3000 askar dan 200 kereta kebal, hanya untuk merompak bandar tersebut pada keesokan paginya yakni 15 Jun 2011. Berita terakhir yang bocor dari bandar tersebut adalah berkaitan dengan 30 (lelaki) penduduk awam bandar tersebut dibunuh dan ditanam di dalam kilang gula terbabit, kemudian anjing-anjing Basyar membina satu lapisan simen diatas kawasan dimana mayat-mayat tadi ditanam. Pada keesokkan harinya sehingga 28 Jun 2011, berita mengenai bandar Jisr Al- Shughour tidak dapat diperolehi, berita pertama berkaitan dengan bandar ini diperolehi 13 hari berikutnya yakni pada 28 Jun 2011apabila tentera laknatullah Basyar meninggalkan bandar tersebut untuk merompak bandar berikutnya.

Pada hari Jumaat 17 Jun 2011, jeneral-jeneral Assad membunuh 30 lelaki muda (penduduk awam bandar tersebut) dan menanam mereka dalam kilang gula tersebut dan menutup kawasan tersebut dengan satu lapisan konkrit. Tapi apabila malam menjelma, jeneral-jeneral tersebut tidak dapat jumpa kawasan yang sesuai untuk bermalam melainkan hanya kilang gula tersebut, jadi mereka mengubahsuai kilang tersebut dan menjadikan kilang itu sebagai markas untuk menyerang/merompak bandar terbabit.

Dengan kilang gula tersebut dijadikan markas , timbul idea di kalangan jeneral-jeneral terbabit, mereka perlukan ‘hamba-hamba Sunni’ untuk dijadikan hiburan buat mereka! Mereka mengarahkan askar-askar untuk memburu dan menangkap gadis yang paling lawa dalam bandar tersebut yang bernama Aisyah. Sudah tentu, tentera-tentera tersebut menangkap 20 orang gadis muda yang bernama Aisyah.

“Kali pertama kami memasuki kilang gula itu, kami dibogelkan, dimalukan dan dipukul. Kemudian para jeneral tersebut mengarahkan orang bawahan mereka berhenti memukul kami kerana mereka (para jeneral) hendak menikmati tubuh badan kami yang bersih tanpa parut (akibat pukulan).” Kata Aisyah.

“ Selepas beberapa hari, saya tidak kisah dirogol, ianya telah jadi sebahagian dari hidup sy, tapi sekurang-kurangnya jika mereka (para jeneral) hendak merasa tubuh saya, menyuruh saya menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan the dan kopi, mereka seharusnya menyediakan pakaian untuk saya pakai, saya benci manjadi hamba yang berbogel, saya cuma harap mereka membenarkan saya menutup (berpakaian) badan saya.” Kata Aisyah.

“Perbuatan memalukan kami dibuat dengan sengaja, kami dipilih kerana kami bernama Aisyah, jadi apabila para jeneral pulang dari perang, kami diarahkan untuk berbaris dan menjilat but-but mereka sehingga bersih, sebagai tanda terima kasih kepada mereka (para jeneral) kerana mereka mengatakan yang mereka membunuh ‘pemberontak’ dan melindungi kami dari dirogol. Mereka selalu berkata: “Aisyah…mari ke mari dan jilat but aku”, “Aisyah…bawa kopi aku”, “Aisyah….Siapa ALLAH engkau sekarang?” dan juga beberapa lagi perkataan yang menjijikan.” Menurut Aisyah.

“Saya tahu apa akan berlaku kepada saya kerana saya menyedari yang mereka (anjing-anjing Basyar) hanya menangkap gadis-gadis muda yang lawa, tapi saya tidak pernah terfikir mereka memilih kami hanya kerana kami bernama Aisyah dan memalukan kami dalam segala bentuk, kemudian baru kami faham apa niat mereka sebenarnya.” Kata Aisyah.

Aisyah:” Pada hari pertama, dia (salah seorang jeneral) menyuntik sesuatu pada kaki saya menyebabkan saya tidak boleh bangun, saya cuma berharap dia menamatkan riwayat saya pada malam itu juga, tapi dia kemudiannya tidak lagi menyuntik kami selepas itu (hari-hari berikutnya)".

“Pada hari ketiga, mereka (anjing-anjing Basyar) membunuh salah seorang gadis, gadis malang itu melawan mereka, kemudian mereka memotong puting payudara gadis tersebut kerana melawan, kemudian kami dapat tahu yang tentera-tentera tersebut merogol gadis itu dan membunuhnya serta menanam mayat gadis malang itu dengan “yang lain” di dalam kilang tersebut apabila mendengar perbualan tentera-tentera tersebut.! Hanya untuk menakutkan gadis-gadis yang lain untuk tidak melawan segala kehendak mereka.” Kata salah seorang yang terselamat.

“Kami semuanya takut jadi kami memastikan yang kami menggembirakan mereka (para tentera dan jeneral), kami memuaskan nafsu mereka walaupun di tempat umum, malah mereka memuaskan nafsu mereka diatas meja tempat mereka membincangkan cara-cara untuk memusnahkan bandar kami (meja strategi perang), hanya satu sahaja yang membuatkan kami selesa iaitu kami memasak untuk mereka. Sudah tentu kami tidak dibenarkan untuk bercakap atau memandang wajah yang lain, tapi kami dapat menikmati makanan yang elok kerana kami yang memasaknya. Kata Aisyah.

“Selepas 10 hari, mereka (anjing-anjing Bashar) bangun dari tidur dan terus menghilangkan diri, kami berbogel dan ditinggalkan bersendirian dalam kilang tersebut., kami tidak berani untuk melarikan diri, kami tidak berani untuk bertanya sesama sendiri samada kami boleh bercakap atau tidak, kami benar-benar takut, kemudian para pemuda dari kampong kami datang dan menyelamatkan kami. Kata Aisyah.

“Alhamdulilah, saya telah selamat melakukan penguguran (dirogol berulang kali sehingga mengandung) dan saya boleh berjalan seperti biasa, saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar mereka berasal. Saya bersumpah akan menuntut bela, hanya abang saya sahaja yang tahu kisah penuh saya. Saya tidak boleh memberitahu keluarga saya kerana mereka akan menghalau saya selepas saya dirogol oleh puak Syiah, tiada lelaki yang akan mengahwini saya kerana dahulunya saya seorang hamba (seks), saya akan cuba menukar nama saya supaya tiada siapa mengenali saya”, Kata Aisyah.

P/s: Anda boleh tahu kenapa mereka (puak Syiah) memilih nama Aisyah untuk dimalukan? Kerana peristiwa 'unta'.

Videoklip kedatangan tank-tank yang menyerang pada hari itu:
http://www.youtube.com/watch?v=TRNIwL5DdQA

MELONTAR DI JAMRAH KUBRA



LEBIH empat juta jemaah yang sedang menunaikan haji di Mekah berhimpun di Jamrah Kubra semalam untuk menunaikan rukun haji dengan melakukan aktiviti melontar selepas mereka selesai melontar di Jamrah Sughra dan Jamrah Wusta. Sebelum itu, jemaah haji telah bergerak ke Muzdalifah untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan ibadat melontar di ketiga-tiga jamrah tersebut. Selepas itu, para jemaah akan kembali ke Mekah untuk melakukan tawaf widak, tawaf selamat tinggal sebelum pulang ke negara masing-masing.n lEBIH empat juta jemaah haji dari seluruh dunia bersesak-sesak di kompleks Jamrah Kubra bagi melakukan ibadat melontar sebelum mengakhiri ibadat haji, semalam. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121030/lu_06/MELONTAR-DI-JAMRAH-KUBRA#ixzz2AlnBzEp8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

New York lumpuh akibat Taufan Sandy



New York lumpuh akibat Taufan Sandy
Taufan Sanday memusnahkan beribu kediaman di selatan AS.
New York lumpuh akibat Taufan Sandy
Pihak berkuasa tempatan membuat pengadang sekitar bangunan kerajaan.
NEW YORK - Semua pengangkutan awam New York, Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan berikutan ketibaan badai Taufan Sandy, yang disifatkan sebagai paling membahayakan.

Pihak berkuasa tempatan arah sistem pengangkutan ditangguhkan kerana dikhuatiri berlakunya banjir dan kerosakan angin akibat taufan yang dijangka melanda pantai timur laut Amerika.

Manakala, pihak berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, yang mengendalikan lima lapangan terbang di wilayah New York turut melakukan tindakan sama dengan membatalkan semua jadual penerbangan domestik dan antarabangsa mulai semalam.

“Kami jangkakan akan berlaku gangguan teruk dan berterusan sehingga Rabu,” katanya.

Sementara itu, semua pasaran saham AS juga ditutup awal semalam, bagi menghentikan segala urusan pelaburan.

Semua penduduk juga giat melakukan tebing penghalang dengan menggunakan beg pasir yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan serta menerima bantuan makanan dan minuman bagi bekalan kecemasan.

Taufan Sandy yang mengancam selatan AS, memaksa beratus ribu penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Laman web perkhidmatan ramalan menunjukkan angin berkelajuan 120 kilometer sejam bakal melanda beberapa bandar di timur AS hari ini dengan purata ombak setinggi 3.4 meter. - Reuters

Jaktogo kot serba guna ekonomik

JAKTOGO boleh memuatkan pelbagai barang dengan berat sehingga 10 kilogam.
JAKTOGO boleh memuatkan pelbagai barang dengan berat sehingga 10 kilogam.
JIKA perlu, beg ciptaan Power boleh dijadikan pakaian.
JIKA perlu, beg ciptaan Power boleh dijadikan pakaian.
LONDON: Seorang jurutera menemui cara terbaik membawa barang yang banyak menaiki pesawat tanpa perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk bagasi.
John Power berkata, rekaannya itu dikenali sebagai Jaktogo kot berharga �56 (RM270) yang boleh menjadi beg pakaian. Produk itu pada asasnya adalah sehelai kot tetapi boleh ditukar menjadi beg supaya pemakainya boleh membawa lebih banyak barang ketika menaiki pesawat.

Kata Power, 57, kot itu mampu diisi pelbagai barang sehingga 10 kilogram sebagai bagasi tangan.

“Ia sesuai digunakan untuk penerbangan bajet rendah,” katanya. Menurut Power, Jaktogo juga dilengkapi banyak poket untuk diisi peranti terkini seperti iPad dan kamera, selain keperluan pengembara seperti buku, pakaian dan tuala.

“Jika di tempat bercuaca panas, Jaktogo boleh digunakan sebagai pakaian tanpa lengan,” katanya. Sesuai dengan dirinya yang sering pergi ke merata tempat, Power mendapat idea mencipta Jaktogo kerana bosan dengan pelbagai bayaran dikenakan syarikat penerbangan tambang murah. Ryanair, misalnya, mengenakan caj antara �15 hingga �50 (RM75 hingga RM250) bagi setiap beg dengan berat maksimum 15 kilogram yang ingin dimuatkan dalam kargo.

Caj itu meningkat sehingga �130 (RM650) jika beg itu tidak didaftarkan sebelum penumpang tiba di lapangan terbang.

Syarikat penerbangan itu membenarkan penumpang membawa bagasi tangan seberat 10 kilogram dan hanya satu dibenarkan dibawa bagi setiap penumpang. Sesiapa yang ingin membawa bagasi tangan lebih daripada satu, mereka dikenakan caj tambahan �50 (RM250) Power - kini menetap di Antwerp, Belgium berkata, sejak syarikat penerbangan tambang murah mengenakan pelbagai syarat, dia mula mencari jalan menjimatkan masa menunggu bagasi di lapangan terbang. “Saya sering nampak penumpang terkandas di lapangan terbang hanya kerana sedikit lebihan berat bagasi atau mereka dipaksa mendaftarkan barangan mereka untuk dimuatkan dalam kargo kerana bagasi tangan melebihi had dibenarkan,” katanya. Kata Power, keadaan itu sangat tidak adil.

“Justeru, saya mencari jalan mengatasinya tanpa kelihatan bebal,” katanya. - DM

88 terbunuh dalam keganasan kaum di Rakhine


         
SITTWE: Sekurang-kurangnya 88 orang terbunuh dalam keganasan kaum di Myanmar bulan ini.

Pihak berkuasa negara itu juga berkata, lebih 26,000 orang terpaksa melarikan diri akibat keganasan dan perbuatan membakar kediaman.


Ratusan rumah dibakar sepanjang hujung minggu lalu ketika pasukan keselamatan berusaha menangani pertempuran antara penduduk Buddha dengan Islam di Rakhine, barat Myanmar.

Semalam, empat lagi kematian dilaporkan, Bagaimanapun, punca kematian dipercayai akibat pertempuran sebelum ini.


‘Secara keseluruhan, 49 lelaki dan 39 wanita terbunuh. kata seorang pegawai kerajaan.


Jumlah itu meningkatkan angka kematian sejak Jun lalu kepada 180 orang.



Kumpulan hak asasi bimbang angka kematian sebenar mungkin lebih tinggi. - AFP

Askar Syria lancar 48 serangan paling hebat

Penduduk Syria berkumpul di depan bangunan yang musnah selepas bom kereta meletup  di Jaramana, semalam. - Foto AP
Penduduk Syria berkumpul di depan bangunan yang musnah
selepas bom kereta meletup di Jaramana, semalam. - Foto AP
Amman: Tentera Syria semalam melancarkan 48 serangan udara paling hebat dalam negara itu sejak pesawat tempur digunakan buat kali pertama musim panas lalu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Penduduk Damsyik melaporkan serangan udara itu ke atas pinggir bandar Qaboun, Zamalka dan Irbin tengah malam kelmarin dan semalam dikatakan paling sengit sejak jet dan helikopter mengebom kedudukan pembangkang di ibu negara itu buat kali pertama Ogos lalu.
Stesen televisyen berkata, wanita dan kanak-kanak adalah antara yang maut akibat bom kereta pengganas berhampiran kedai roti di Jaramana, di tenggara Damsyik. Penduduk Damsyik berkata, wilayah itu dikawal oleh tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.


Rejim mencari jalan untuk mencapai kemenangan sebenar. Pertempuran berlaku di semua kawasan, kata pengarah badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman.

Badan beribu pejabat di Britain itu melaporkan 11 serangan udara ke atas kampung dan bandar seluruh wilayah Idlib, yang menyaksikan tentera rejim dan pejuang pembebasan terbabit dalam pertempuran sengit di pangkalan tentera Wadi Daif.

Kedua-dua pihak saling menuding jari kerana melanggar perjanjian gencatan senjata ketika Aidiladha yang diatur oleh wakil antarabangsa, Lakhdar Brahimi, yang berjanji meneruskan usaha damainya.

Menurut SOHR, dua lelaki maut dan berpuluh lagi cedera dalam serangan di Idlib, dan bilang yang maut berkemungkinan meningkat disebabkan oleh mangsa yang mengalami kecederaan teruk.
Di Damsyik, serangan udara adalah antara yang terhebat kedengaran sejak permulaan konflik 19 bulan Syria.

Pengeboman dilancarkan pada hari terakhir Aidiladha, selepas kegagalan usaha mengekang keganasan di negara itu oleh Brahimi.
AFP

New York umpama bandar raya berhantu




REUTERS
SEBUAH trak melalui sebatang jalan raya yang dipenuhi air di tepi pantai Southampton, New York semalam.


NEW YORK - Pihak berkuasa New York kelmarin mengarahkan 375,000 orang berpindah dari kawasan pantai sebelum ketibaan taufan Sandy.
Lebih 7,400 penerbangan turut dibatalkan manakala kakitangan pentadbiran yang tidak penting diarah supaya tidak datang ke pejabat.
Semua perkhidmatan bas dan tren di kawasan tepi pantai digantung.
Perkhidmatan pengangkutan awam juga tidak beroperasi di Philadelphia dan Washington.
Bangunan pejabat Bursa Saham New York dan Nasdaq juga ditutup.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membatalkan mesyuarat di ibu pejabatnya di sini.
Pertunjukan teater Broadway di sini juga ditutup kepada orang ramai.
Semua sekolah di Baltimore, Boston dan Washington turut ditutup bagi menghadapi kedatangan taufan Sandy.
Taufan itu dari Lautan Atlantik itu bergerak ke pantai timur Amerika Syarikat.
Bandar raya ini juga kelihatan lenggang.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta semua penduduk di bahagian timur negaranya supaya mengambil langkah-langkah perlindungan dengan segera.
Sebelum ini, lebih 1,800 orang terbunuh ekoran kelemahan mengambil perhatian serius terhadap bencana taufan Katrina di New Orleans pada 2005.
Obama turut mengisytiharkan perintah darurat di negeri Massachusetts, Connecticut, Rhode Island, New York, New Jersey dan Pennsylvania.
Taufan itu menyebabkan lebih 60 juta penduduk di timur laut AS turut terjejas.
Setakat pukul 8 pagi kelmarin, Sandy berada sekitar 498 kilometer di selatan dan tenggara bandar raya ini. Ia bergerak ke utara dengan membawa angin selaju 281 kilometer sejam.
Sebelum ini, sekurang-kurangnya 66 orang terbunuh ketika Sandy bergerak ke AS merentasi kepulauan Caribbean termasuk 51 orang di Haiti.
Kebanyakan mangsa maut dalam banjir kilat dan banjir lumpur yang dicetuskan oleh ribut tersebut. - Agensi

Jet-jet tentera Syria serang Damsyik




AP
SEJUMLAH orang menyaksikan lokasi letupan bom kereta di Jaramana, Damsyik semalam.


DAMSYIK - Beberapa letupan menggegarkan bandar raya ini semalam selepas jet-jet pejuang rejim Presiden Bashar Al-Assad melancarkan serangan udara paling besar sejak Mac tahun lalu.
Seorang wartawan agensi berita AFP berkata, serangan kali ini menyebabkan tingkap-tingkap bangunan di pusat bandar di sini bergegar.
Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia memberitahu, tentera Bashar melancarkan sekurang-kurangnya 48 serangan udara di seluruh negara semalam.
Pengarah kumpulan pemerhati berkenaan, Abdel Rahman berkata, jet-jet tentera Syria mengebom sekurang-kurangnya 11 sasaran di sekitar bandar raya ini.
Menurutnya, serangan disasarkan ke atas kedudukan penentang yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria di sini.
Serangan itu disusuli letupan bom kereta yang mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di kawasan penempatan penduduk Kristian dan Druze di Jaramana, pinggir bandar raya ini.
Kumpulan pemerhati itu memberitahu, seramai 12 orang maut dan 15 yang lain cedera dalam letupan itu.
Keganasan terbaharu itu berlaku ketika kuasa-kuasa besar masih meneliti kegagalan gencatan senjata di Syria yang bermula pada Jumaat lalu.
Ekoran kegagalan gencatan senjata itu, Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)/Liga Arab, Lakhdar Brahimi bersiap sedia mengemukakan idea baharu kepada Majlis Keselamatan PBB bagi menamatkan konflik di Syria.
Beliau kini berada di Moscow dan dijangka berada di China pada hari ini dan esok bagi membincangkan krisis tersebut.
"Saya telah mengulangi beberapa kali bahawa krisis di Syria amat berbahaya dan kini menjadi semakin buruk," kata Lakhdar selepas menemui Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.
Menurut kumpulan pemerhati tersebut, lebih 400 orang terbunuh sejak Hari Raya Aidiladha termasuk 35 orang semalam.
Rakyat Syria bangkit menentang rejim Bashar kerana menuntut kebebasan dan pemerintahan demokrasi dengan penentangan tersebut mengorbankan lebih 35,000 nyawa setakat ini. - Agensi

Tsunami pernah berlaku di Tasik Geneva






PARIS - Satu kejadian tsunami akibat runtuhan batu yang berlaku 1,500 tahun lalu telah mencetuskan ombak setinggi 13 meter sekali gus menenggelamkan kawasan di sepanjang tebing Tasik Geneva, Switzerland, lapor beberapa saintis kelmarin.
Kejadian tersebut membayangkan bandar raya Geneva dan Lausanne mungkin dilanda tsunami.
Ia juga boleh berlaku di beberapa buah bandar lain yang terletak di tepi tasik kawasan pergunungan dan fiord di Switzerland.
"Risiko tersebut dipandang remeh oleh kebanyakan orang yang tidak mengetahui bahawa tsunami boleh berlaku di kawasan tasik," kata seorang saintis di Universiti Geneva, Switzerland, Katrina Kremer.
Dalam sepucuk surat kepada jurnal saintifik, Nature Geoscience, sekumpulan saintis yang diketuai Kremer menyatakan mereka telah mengkaji bencana itu yang berlaku pada tahun 563 dan dikenali sebagai Peristiwa Tauredunum.
Menurut para saintis itu, terdapat bukti bahawa sebahagian tanah di sebuah kawasan pergunungan jatuh ke dalam Sungai Rhone, lima kilometer dari tasik berkenaan.
Pasukan Kremer itu menggunakan radar canggih untuk meninjau kawasan yang paling dalam di tasik tersebut.
Anggota-anggota kumpulan itu menemui timbunan mendapan sepanjang lebih 10 kilometer (km), lebar 5km dan ketebalan sehingga 5m.
Menurut Kremer, sepanjang tempoh 10,000 tahun lalu, beberapa kejadian tsunami yang besar berlaku di Tasik Geneva.
Justeru, katanya, kejadian itu boleh berlaku lagi.
Sebelum ini kejadian tsunami kerap dikaitkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di dasar laut berdekatan kawasan pantai. - AFP

Kapal mewah peninggalan Steve Jobs




GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan kapal mewah Venus sepanjang 80 meter.


NEW YORK - Pencapaian terakhir pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat, Steve Jobs (gambar) sebelum beliau meninggal dunia ialah sebuah kapal sepanjang 80 meter, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Namun, Jobs tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini, setahun selepas kematiannya.
Ia yang dibina sebuah syarikat pembinaan kapal di Belanda diberi nama Venus.
Kos pembinaan kapal berkenaan tidak dapat dipastikan.
"Saya tahu, saya mungkin meninggal dunia dan meninggalkan isteri saya, Laurene bersama sebuah kapal yang separuh siap," kata Jobs kepada penulis biografi, Walter Isaacson.
Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 akibat komplikasi kanser pankreas tidak sempat melihat kapal berkenaan siap sepenuhnya.
Keluarga Jobs memberikan alat pemain muzik iPod Shuffle kepada setiap kru yang membantu membina kapal tersebut.
Antara peralatan canggih yang terdapat dalam kapal itu ialah komputer iMac. - Agensi

Bumbung apartmen jadi tempat tanam sayur di Palestin




AFP 
BEBERAPA bekas yang mengandungi pelbagai jenis sayur 
di atas sebuah bangunan apartmen di Bandar Gaza pada 9 Oktober lalu.


BANDAR GAZA, Palestin - Penduduk di sini menanam pelbagai jenis sayur dan tanaman herba di atas bumbung apartmen mereka.
Banyak bumbung rumah dan bangunan apartmen di bandar ini dilengkapi sistem penanaman yang menggunakan air serta bahan kumuhan dari tangki-tangki ternakan ikan tilapia sebagai baja.
Sistem tersebut menggunakan saluran paip yang panjang dihubungkan ke tempat menanam sayur-sayuran dan tumbuhan lain.
Projek tersebut dibiayai sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Ia adalah untuk membantu penduduk paling miskin di bandar ini menghasilkan makanan sendiri tanpa menggunakan racun serangga," kata timbalan pengurus projek berkenaan, Mohammed El Shatali.
Seorang penduduk berusia 51 tahun, Abu Ahmed menanam salad, brokoli dan beberapa tumbuhan herba lain di atas bumbung rumahnya dengan menggunakan sistem tersebut.
Abu mampu memberikan 13 anggota keluarganya makan sayur-sayuran segar dan ikan menerusi penglibatannya dalam projek itu. - AFP

Ribuan biri-biri 'tawan' Madrid




AP 
SEJUMLAH orang menyaksikan ribuan ekor biri-biri itu.


MADRID, Sepanyol - Lebih 2,000 ekor biri-biri melalui kawasan di tengah bandar raya ini kelmarin sehingga menjadi tumpuan para pelancong.
Sejumlah pengembala mengawasi biri-biri milik mereka yang menggunakan beberapa laluan di bandar raya ini untuk pergi ke kawasan padang dan hutan.
Biri-biri itu sebelum ini ditempatkan di kawasan tanah tinggi yang sejuk.
Laluan itu telah digunakan untuk laluan haiwan tersebut sejak 1273. - AP

Seramai 3.1 juta jemaah selesai laksana ibadah haji




REUTERS 
SEBAHAGIAN jemaah haji mengelilingi Kaabah di Mekah semalam.


MEKAH - Seramai 3.1 juta jemaah selesai menyempurnakan ibadah haji pada hari terakhir di sini semalam tanpa berlaku sebarang insiden besar.
Pihak berkuasa Arab Saudi menganggap musim haji tahun ini sebagai antara yang paling berjaya.
Mereka turut mengucapkan tahniah kepada para jemaah walaupun terdapat sejumlah daripada mereka memasuki kota suci ini tanpa permit yang sah.
"Semuanya berjalan begitu baik," kata Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal kepada pemberita.
Menurut beberapa pegawai, sekitar 120,000 anggota polis bersama pegawai kesihatan telah dikerahkan mengawasi perjalanan haji selama lima hari.
Kumpulan terakhir jemaah haji melontar jamrah semalam di Mina.
Mereka kemudian menuju ke kota suci ini untuk melakukan tawaf widak sebelum meninggalkan Arab Saudi untuk pulang ke negara masing-masing.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Abdullah Al-Rabia berkata, tiada sebarang penyebaran penyakit dilaporkan berlaku pada musim haji kali ini.
Pada tahun ini sahaja, Arab Saudi membelanjakan lebih AS$293.3 juta (RM870.3 juta) untuk projek pembangunan di Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi keselesaan jemaah. - AFP

Monday, October 29, 2012

Gempa bumi sederhana melanda Sumatera Utara




29 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada Skala Ritcher melanda Sumatera utara, Indonesia pada 10.22, pagi.
  
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata gempa itu berpusat di 105km tenggara Nias, Indonesia dan 414km barat daya Klang, Selangor.
  
Gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.  - Bernama

Gempa berukuran 5.5 skala Ritcher landa Pakistan



ISLAMABAD 29 Okt. - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Ritcher menggegarkan barat laut dan utara Pakistan semalam.
Ketua Meteorologikal serantau, S. Mushtaq Shah berkata, gempa itu berlaku di sempadan Afghanistan dan Tajikistan pada kedalaman 201 kilometer .
Katanya, beberapa bandar besar di barat laut negara ini turut merasai gegaran tersebut termasuk di Peshawar, Nowshera, Mardan, Charsadda dan juga di bandar utara Chitral. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121029/lu_12/Gempa-berukuran-55-skala-Ritcher-landa-Pakistan#ixzz2AeJUvPUo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jemaah haji bersesak di Jamrah Kubra



PANDANGAN dari udara menunjukkan khemah jemaah haji di Mina pada hari kedua ibadat melontar jamrah, kelmarin. - REUTERS
MINA 28 Okt. - Hampir empat juta jemaah haji bersesak di kompleks Jamrah Kubra bagi melakukan rukun melontar pada hari kedua tasyriq hari ini, sebelum tamat ibadat melontar ketiga-tiga jamrah esok.
Rukun itu dilakukan antara selepas subuh dan Maghrib, sebelum jemaah meninggalkan Mina selepas itu.
Terdapat juga jemaah yang membuat keputusan untuk bermalam di situ sehingga esok, iaitu hari terakhir melakukan ibadat melontar.
Selepas itu, para jemaah akan melakukan tawaf wida', tawaf selamat tinggal sebelum pulang ke negara masing-masing.
Rukun melontar batu di Mina, dianggap antara fasa mencabar ketika menyempurnakan ibadat haji termasuk insiden khemah terbakar dan maut akibat tolak-menolak antara jemaah, berjalan dengan aman untuk musim haji kali ini tanpa sebarang insiden.
Beberapa tahun lalu, pihak berkuasa Arab Saudi menyediakan khemah kalis api dan jemaah dilarang memasak di dalam khemah tersebut.
Kawasan melontar juga diperbesarkan dengan menyediakan kawasan lima tingkat di sekitar tiga tiang yang menjadi simbolik acara melontar, bagi memudahkan jemaah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121029/lu_02/Jemaah-haji-bersesak-di-Jamrah-Kubra#ixzz2Ae9RM9AW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kambing ‘suci’ RM640,000

JAIPUR: Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000.
Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha.

Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.

“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.

“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.


Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.

“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.

Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.

Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.

“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam. - TS

Ketumbuhan 28kg dibuang

IRMSTRAUD merasakan dirinya seperti orang baru selepas menjalani pembedahan.
IRMSTRAUD merasakan dirinya seperti
orang baru selepas menjalani pembedahan.
DRESDEN (Jerman): Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun.
Wanita berkenaan, Irmtraud Eichler, sebelum ini dikatakan obese selepas berat badannya meningkat apabila ketumbuhan pada ovarinya itu membesar.

Doktor memberinya ubat antiobesiti untuk memerangi berat badannya yang naik secara mendadak.

Tetapi apabila ketumbuhan itu membesar sehingga Irmtraud tidak boleh berdiri, anaknya mendesak dia menjalani satu lagi pemeriksaan.

Imbasan ultrasound yang dilakukan ke atas wanita itu menunjukkan dia menghidap ketumbuhan yang semakin membesar.

DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan yang dibuang.
DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan
yang dibuang. 
Pakar bedah di Klinik Universiti di Dresden, timur Jerman, menghabiskan masa tujuh jam untuk membuang ketumbuhan yang berukuran 60 sentimeter kali 50 sentimeter, bersama-sama dengan rahim, ovari dan tiroid Irmtraud.

Berat pesakit itu berkurangan 40 kilogram selepas pembedahan berkenaan dan berkata, dia amat gembira dengan keadaannya sekarang.

Seorang jurucakap hospital berkata, wanita itu sudah pulih sepenuhnya dan boleh berjalan semula dengan bantuan tongkat. “Saya amat berterima kasih kepada doktor terbabit. Saya merasakan diri saya sebagai orang baru sekarang,” kata Irmtraud kepada agensi berita tempatan, DPA. - DM

Iran miliki pesawat tanpa pemandu canggih



DUBAI: Iran mendakwa memiliki pesawat tanpa pemandu yang setakat ini dikatakan lebih maju daripada pesawat sama dimiliki Hizbullah yang dilancarkan ke ruang udara Israel bulan ini, kata menteri pertahanan Iran Ahmad Vahidi (gambar) semalam.

Tentera Iran sering kali mengumumkan perkembangan kejuruteraan dan pertahanan mereka walaupun sesetengah penganalisis kadang kala meragui kebenaran laporan seumpama itu.
Awal bulan ini, Israel menembak jatuh sebuah pesawat tanpa pemandu yang terbang kira-kira 55 kilometer ke negeri Yahudi terbabit. Kumpulan militan Lubnan, Hizbullah mendakwa bertanggungjawab terhadap pesawat itu dengan mengatakan sebahagiannya dibuat di Iran dan dipasang di Lubnan.

Republik Islam Iran pada masa ini memiliki pesawat tanpa pemandu dengan teknologi paling terkini berbanding pesawat yang dihantar pasukan Hizbullah ke ruang udara regim Zionis (Israel), kata Vahidi.
Reuters

Pemberontak, tentera Syria bertempur semula

Seorang awam Syria menangis berhampiran anggota keluarganya yang cedera akibat pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak di Aleppo, semalam. - Foto AP
Seorang awam Syria menangis berhampiran anggota keluarganya
 yang cedera akibat pertempuran antara tentera kerajaan
 dan pemberontak di Aleppo, semalam. - Foto AP
Beirut: Pemberontak Syria melancarkan satu siri serangan terhadap kedudukan tentera semalam ketika serangan udara rejim menggegarkan bandar yang dikuasai pembangkang berhampiran Damsyik selepas kegagalan usaha gencatan senjata sempena hari raya Aidiladha.

Pasukan pemisah menguasai tiga pos tentera di Douma, Damsyik dan membunuh empat tentera di satu lagi pusat pemeriksaan di wilayah terbabit, kata aktivis Pemantau Hak Asasi Syria.
Pesawat perang rejim menembak sasaran dalam tiga serangan udara di bandar Irbin, Zamalka dan Harasta di mana tentera sejak beberapa minggu cuba untuk mengusir tentera pemisah, kata kumpulan terbabit.


Pertempuran berlaku selepas kegagalan usaha untuk melaksanakan gencatan senjata selama empat hari di negara yang dilanda perang sempena sambutan Aidiladha yang bermula Jumaat lalu.

Gencatan senjata hanya bertahan beberapa jam diikuti dengan pertempuran, bedilan dan serangan bom yang menyebabkan 114 terbunuh pada Sabtu termasuk 47 orang awam, 36 tentera dan 31 pemisah, kata kumpulan itu.

Tiga kedudukan tentera di Douma, sebuah bangunan 14 tingkat yang menempatkan penembak curi rejim dan dua pusat pemeriksaan ditawan semula berikutan pertempuran, kata pengarah kumpulan itu Rami Abdel Rahman.

Ia satu petanda bahawa rejim tidak dapat mengawal kedudukan untuk tempoh yang panjang, katanya.
Sementara itu di MAKKAH, pihak berkuasa Arab Saudi berjaya meleraikan segera satu bantahan beratus-ratus jemaah Syria menggesa kejatuhan Presiden Bashar al-Assad dan mengutuk apa yang disifatkan mereka kegagalan antarabangsa untuk menghentikan pertumpahan darah di Syria.

Penunjuk perasaan membawa bendera pemisah dan berarak ke arah Jambatan Jamarat di Mina, di timur Makkah, di mana lebih tiga juta umat Islam berhimpun untuk menunaikan ibadat haji.

Reuters/AFP