Pages

Wednesday, June 6, 2012

Kembalikan Kami Ke Dunia..

TAJUK: Kembalikan Kami Ke Dunia..

"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini, setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yg zalim." "Duduklah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata kepadaku" (al-Mu'minun 107,108)

Golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "wahai Tuhanku, kembalikanlah daku supaya aku dapat mengerjakan amal soleh dalam perkara-perkara yg telah aku tinggalkan". Tidak! Mana boleh? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan semula. (al-Mu'minun 99-100)

Sesungguhnya, kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata "alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amal dan menerima balasan)". (an-Naba' 40)

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada Allah serta taat kepada rasul Allah. (Al-Ahzaab 66)

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka, lalu mereka berkata : "Sekiranya kami dikembalikan ke dunia, kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman". (al an'aam 27)

Dan berilah amaran kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan ? (Ibrahim: 44)

Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata: "alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yg benar bersama-sama rasul? (al-furqaan 27)

Dan jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami, kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as-Sajadah: 12)

Nota: Gambar Hiasan, bukannya neraka sebenar kerana neraka itu satu tempat yang sangat dahsyat yang tak pernah mata melihatnya, tak pernah telinga mendengarnya, tak pernah hati terlintas mengenainya.

Ketika Allah menenggelamkan Firaun, Firaun berkata: Saya percaya bahawasanya tiada Tuhan kecuali Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil




Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: "Ketika Allah menenggelamkan Firaun, Firaun berkata: Saya percaya bahawasanya tiada Tuhan kecuali Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, Jibril berkata: "Hai Muhammad, kalau kamu melihat ku ketika itu saya mengambil lumpur laut, saya jejalkan lumpur itu di mulutnya, kerana saya khuatir ia mendapatkan belas kasihan".

Sunan At-Tirmidzi Jilid 4. Hadith Nombor 4208. Hadith ini hasan.

Dari Ibnu Abbas yang salah satunya menyebut Nabi s.a.w bahawasanya beliau menyebutkan bahawa Jibril menjejalkan lumpur di mulut Firaun kerana Jibril khuatir kalau Firaun mengatakan "Laailaaha Illallaahu" (Tiada Tuhan selain Allah) dan dia mendapatkan rahmat dari Allah atau Jibril khuatir dia di beri rahmat".

Sunan At-Tirmidzi Jilid 4. Hadith Nombor 4209. Hadith ini hasan gharib sahih.

------------------

Hadith ini berkait rapat dengan firman Allah mengenai sejarah Firaun mengejar Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israil di Laut Merah..

Apa yang berlaku adalah dengan izin Allah yang mana dari doa Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s:

Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Al Quran | Surah Yunus | Ayat 88

Lalu Allah perkenankan doa baginda dalam ayat seterusnya:

Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).

Al Quran | Surah Yunus | Ayat 89

Dan dijelaskan pula dalam ayat seterusnya dalam firman Allah:

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).

Al Quran | Surah Yunus | Ayat 90

Dalam ayat ini Firaun barulah sedar dan menerima kebesaran Allah setelah atas apa yang berlaku, namun di saat di penghujung nyawa itu, iman dan taubat tiadalah berguna lagi.. Sepertimana sambung ayat ini lagi:

(Allah berfirman): Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.

Al Quran | Surah Yunus | Ayat 91

Dan Allah berfirman lagi:

Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!.

Al Quran | Surah Yunus | Ayat 92

Dan sesungguhnya Kami telah menempatkan Bani Israil di negeri yang baik (sesudah Kami binasakan Firaun) dan Kami mengurniakan mereka dengan benda-benda yang baik. Maka mereka tidak berselisihan (mengenai Nabi Muhammad melainkan) setelah datang kepada mereka pengetahuan (dari bukti-bukti yang nyata). Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

Al Quran | Surah Yunus | Ayat 93

Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

Al Quran | Surah Yunus | Ayat 94
 —

Pesawat solar antara benua pertama mendarat di Maghribi

Berita Harian Online | Pesawat solar antara benua pertama mendarat di Maghribi:

PESAWAT tenaga solar mendarat di Rabat, ibu negara Maghribi, awal pagi ini selepas berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dari Sepanyol untuk menjadi pesawat pertama seumpamanya merentas benua menggunakan tenaga matahari.  - Foto AP

"RABAT: Sebuah pesawat tenaga solar mendarat di Rabat, ibu negara Maghribi, awal pagi ini selepas berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dari Sepanyol untuk menjadi pesawat pertama seumpamanya merentas benua menggunakan tenaga matahari.

Pesawat dipandu ahli fizik dan pengendali belon panas, Bertrand Piccard, 54, dari Swiszerland mendaratkan pesawat yang dikenali Solar Impulse tepat jam 11.30 malam waktu tempatan ketika bulan penih di Lapangan Terbang Rabat Sale.
Ketibaannya disambut pegawai Agensi Tenaga Solar Maghribi (MASEN).
Pendaratan pesawat berkenaan turut ditayangkan secara langsung menerusi laman web solarimpulse.com.

Pesawat berkenaan akan berada di Rabat untuk lima hari lagi sebelum berlepas ke Ouarzazate di selatan Maghribi bagi upacara pelancaran loji janatenaga solar terbesar oleh Raja Mohammed VI.

Pesawat solar berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Barajas, Madrid, jam 5.22 pagi waktu tempatan. - AFP "

'via Blog this'

2 cedera serangan udara Israel di Gaza

Berita Harian Online | 2 cedera serangan udara Israel di Gaza: "GAZA CITY: Pesawat tempur Israel menyerang dua sasaran di Semenanjung Gaza, awal hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin cedera.

Sumber pegawai perubatan menyebut, seorang daripada mereka parah dalam serangan di kawasan yang menempatkan kemudahan pasukan keselamatan Palestin di utara Semenanjung Gaza itu.
Satu lagi serangan mensasarkan kawasan ternakan di Rafah.
Tentera Israel mendakwa serangan itu dibuat kerana kedua-dua sasaran adalah kawasan penempatan senjata api yang besar.

Israel juga mendakwa, serangan balas itu dibuat selepas pejuang Gaza menembak roket ke arah selatan Israel beberapa jam sebelum itu tetapi tiada yang cedera. - AFP"

'via Blog this'

34 terkorban serangan terbaru di Syria

Berita Harian Online | 34 terkorban serangan terbaru di Syria: "BEIRUT: Seramai 15 anggota tentera terkorban dalam pertempuran antara pasukan tentera dan pemberontak di wilayah barat Latakia, Syria hari ini yang menjadikan jumlah angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 34 orang.

Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, Abdel Rahman, berkata 15 anggota tentera manakala tiga pejuang terkorban dan berpuluh yang lain cedera dalam pertempuran berterusan di beberapa kampung di wilayah Al-Heffa, Latakia.
“Dua orang awam turut terbunuh di wilayah itu,” katanya.
Abdel Rahman berkata, pertempuran berlaku di perkampungan Bakas, Shirkak, Babna, Al-Jankil dan Al-Dafil di wilayah Al-Heffa. - AFP"

'via Blog this'

Gempa bumi bermagnitud 5.9 gegar Taiwan

Berita Harian Online | Gempa bumi bermagnitud 5.9 gegar Taiwan: "TAIPEI: Gempa bumi kuat bermagnitud 5.9 menggegarkan pesisir pantai tenggara Taiwan, hari ini dan tiada laporan kerosakan harta benda serta kematian diterima.

Biro Cuaca Kebangsaan Taiwan berkata, gempa bumi yang melanda jam 9.08 pagi tadi dikesan pada 52 kilometer (km) pusat gempa iaitu tenggara di bandar Taitung.
Bagaimanapun, Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu dicatatkan pada magnitud 5.7.
Katanya, gempa bumi itu tidak dirasai di ibu kota Taipei, iaitu kira-kira utara 400 km dari pusat gempa. - AP "

'via Blog this'

AS sahkan pemimpin nombor dua Al-Qaeda terbunuh

Berita Harian Online | AS sahkan pemimpin nombor dua Al-Qaeda terbunuh: "ISLAMABAD: Amerika Syarikat (AS) hari ini mengesahkan pemimpin nombor dua Al-Qaeda, Abu Yahya al-Libi terbunuh dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan di Pakistan, semalam.

Susulan perkembangan itu, AS menyifatkan ia sebagai tamparan hebat kepada gerakan pengganas, Al-Qaeda sejak kematian Osama bin Laden.
Libi disifatkan pemimpin kedua tertinggi dalam hierarki Al-Qaeda selepas pengganti Osama, Ayman al-Zawahiri.
“Kerajaan AS hari ini mengesahkan kematian Al-Libi,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney di Washington, hari ini. - AFP/Reuters "

'via Blog this'

Kes jenayah banyak di Facebook

Kes jenayah banyak di Facebook:

LONDON 5 Jun - Maklumat yang dikumpul akta kebebasan maklumat United Kingdom mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.
Tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu.
Bukan setakat itu, Facebook juga dijadikan rujukan bagi penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.
Maklumat tersebut menyatakan, kira-kira separuh anggota polis di England dan Wales menyediakan maklumat berkaitan dengan Facebook dalam laporan jenayah mereka.
Dalam sesetengah kes, pertelagahan yang bermula dalam laman sosial itu terbawa-bawa hingga ke alam realiti dan laman tersebut juga didapati memudahkan golongan fidofilia mencari mangsa.
Dalam satu kes, seorang wanita yang menjadi saksi kes rogol di Cleveland diserang suspek selepas dia dihubungi melalui Facebook oleh lelaki itu kerana menyampaikan bukti kepada pihak polis.
Di Manchester, seorang kanak-kanak lelaki diganggu fidofilia yang menghantar gambar tidak senonoh kepadanya, menyebabkan ibu bapa kanak-kanak itu bertindak membuat laporan polis.
Seorang aktivis dari kumpulan Families Fighting for Justice, Jean Taylor menyifatkan Facebook mempunyai banyak jawapan kepada pelbagai persoalan.
"Orang menggelarkannya laman rangkaian sosial, namun ia menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sangat mudah bagi seorang fidofilia untuk memuat naik gambar mereka dan mencari mangsa. Facebook patut ditutup," katanya.
Bagaimanapun, jurucakap Facebook berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan polis bagi membawa pesalah serius ke muka pengadilan.
"Seperti juga telefon bimbit dan televisyen, Facebook adalah sebahagian daripada kehidupan kita," katanya. - AGENSI

'via Blog this'

Syria setuju PBB teruskan bantuan kemanusiaan

Syria setuju PBB teruskan bantuan kemanusiaan: "GENEVA 6 Jun - Syria semalam bersetuju untuk membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi antarabangsa yang lain meneruskan bantuan kemanusiaan di negara itu.

"PBB akan membuka kem bantuan di empat wilayah bergolak utama iaitu Deraa, Deir al-Zor, Homs dan Idlib.

"Kebebasan adalah satu pergerakan dan peluang untuk meneruskan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Syria merupakan perkara yang paling penting," kata pegawai kanan bantuan kemanusiaan PBB, John Ging. - REUTERS"

'via Blog this'

Gempa 5.6 skala Richter gegar Pulau Sumatera

Gempa 5.6 skala Richter gegar Pulau Sumatera: "BANDA ACEH 6 Jun - Satu gempa bumi sekuat 5.6 skala Richter menggegarkan Pulau Sumatra, semalam, namun tiada kemusnahan atau kecederaan dilaporkan.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berpusat pada 75 kilometer ke barat Banda Aceh dengan kedalaman lebih 35 kilometer.

Gempa yang berlaku pada pukul 7 petang waktu Malaysia itu mencetuskan panik di kalangan penduduk tempatan. - AFP"

'via Blog this'

Remaja dirogol kenalan Facebook

Berita Harian Online | Remaja dirogol kenalan Facebook:
PELAJAR Tingkatan Satu   dirogol remaja berusia 16 tahun yang ditemui  di Pusat Khidmat BN, Ipoh semalam.
PELAJAR Tingkatan Satu dirogol remaja berusia
 16 tahun yang ditemui di Pusat Khidmat BN,
Ipoh semalam.



Mangsa terpedaya pemberian barang kemas

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial Facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit.
Pelajar Tingkatan Satu itu mula mengenali remaja berusia 16 tahun dan sering berhubung menerusi Facebook sebelum membuat keputusan mengadakan pertemuan kali pertama pada 25 Mei lalu.
Adik saya turut akui menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin. - Lee, Abang mangsa
Malah, mangsa ponteng sekolah beberapa hari dan bersembunyi dua hari di rumah keluarga pasangannya itu untuk melepaskan rindu sebaik berjumpa sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 3 petang, 25 Mei kerana anak mereka tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, mangsa ditemui selamat selepas dihantar ibu teman lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. 

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 29, berkata dia mengesyaki perubahan sikap ketara pada adiknya selepas menjalinkan perkenalan dengan teman lelakinya itu, termasuk sering ponteng sekolah, mengabaikan pelajaran dan berubah sikap.

“Adik saya turut mengakui pernah menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin emas dihadiahkan remaja itu. 
“Saya percaya lelaki itu memperdayakan adik saya dengan pelbagai hadiah sebelum bertindak merogolnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Katanya, dia dan keluarga meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap remaja lelaki terbabit, termasuk ahli keluarga lelaki itu kerana bersubahat menyembunyikan adiknya selama dua hari di rumah mereka.

Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes rogol yang berpunca daripada perkenalan di laman sosial sejak tahun lalu.

Katanya, empat daripada kes berkenaan membabitkan kes rogol di mana kebanyakan mangsanya berusia lingkungan antara 13 hingga 20 tahun.

“Justeru, saya meminta ibu bapa dan penjaga supaya dapat mengawasi tingkah laku anak masing-masing. Selain itu, pihak polis juga perlu memandang serius tingkah laku pelajar mereka dan segera memaklumkan kepada ibu bapa pelajar bagi mengelak masalah terus berlarutan,” katanya.
'via Blog this'

Tarantula cetus panik di India

Berita Harian Online | Tarantula cetus panik di India:
LABAH-LABAH dipercayai spesies tarantula yang mencetuskan ketakutan di timur laut India. - Foto AP
LABAH-LABAH dipercayai spesies tarantula
yang mencetuskan ketakutan di timur
laut India. - Foto AP



Dua maut diserang labah-labah gergasi

GAUHATI: Penduduk timur laut India berada dalam keadaan panik selepas beberapa kumpulan labah-labah gergasi spesies tarantula menyerang mereka menyebabkan dua kematian setakat ini.
Lebih merumitkan keadaan, cubaan merawat tempat yang bengkak kerana gigitannya dikatakan boleh membawa maut, kata pegawai negeri Assam, semalam.
Ada mangsa yang mendakwa labah-labah itu melekat pada mereka selepas menggigit. - Saikia, Penduduk
Kedua-dua kematian berlaku di pekan Tinsukia. Pada masa sama, pihak berkuasa belum mengakui kematian itu disebabkan racun daripada gigitan labah-labah berkenaan.

Ini kerana ada kemungkinan ia disebabkan cara rawatan pawang tempatan yang menghiris tempat gigitan dengan pisau cukur untuk mengeluarkan racun itu.
Tiada bedah siasat dilakukan sebelum dua mangsa berkenaan dibakar.

Doktor di hospital bandar Sadiya berkata, tujuh mangsa gigitan labah-labah itu sudah diberi antibiotik selepas mereka cuba mengeringkan tempat yang digigit.
Pakar ekologi Universiti Dibbrugarh, L R Saikia berkata, labah-labah berbulu lebat itu mungkin daripada spesies baru tarantula.

Pegawai kerajaan tempatan mengakui turut panik kerana ancaman baru berkenaan dan menyembur racun DDT dengan harapan dapat menghalang labah-labah itu terus mengganas.

Penduduk pula berkata, detik paling menakutkan mereka ialah labah-labah itu muncul secara berkumpulan dan mempunyai peri laku agresif.

“Ia melompat ke arah apa jua yang berada dekatnya. Ada mangsa yang mendakwa labah-labah itu melekat pada mereka selepas menggigit,” kata Saikia.

Penyelidik masih meneruskan uji kaji bagi memastikan sejauh mana tahap keracunan bisanya. - AP/Agensi
'via Blog this'

China desak henti laporan mutu udara

Berita Harian Online | China desak henti laporan mutu udara:
SEORANG penunggang motosikal elektrik melintas jalan raya Beijing yang berjerebu.
SEORANG penunggang motosikal elektrik melintas
 jalan raya Beijing yang berjerebu.



BEIJING: Pihak berkuasa alam sekitar China memberitahu kedutaan luar asing semalam supaya berhenti menerbitkan laporan mereka berhubung kualiti udara di negara itu dengan merujuk kepada mesej Twitter Kedutaan Amerika Syarikat yang mengesan pencemaran di bandar negara itu yang berjerebu. 

Wu Xiaoqing, seorang timbalan menteri alam sekitar memberitahu media dalam satu taklimat di sini, hanya kerajaan China diberi kuasa memantau dan menerbitkan maklumat kualiti udara dan memberi amaran bahawa data daripada sumber lain mungkin tidak seragam atau tidak tepat.
Kedutaan Amerika memberi bacaan setiap jam kualiti udara bandar ini menerusi maklumat Twitter yang mengumpul lebih 19,000 pengikut sejak ia diwujudkan pada 2009. Ia menggunakan garis panduan ketat untuk kadar pencemaran yang ditetapkan kerajaan China.
Wu berkata, adalah tidak adil untuk menghakimi udara China mengikut standard Amerika kerana China adalah sebuah negara sedang membangun. 

Katanya, Amerika secara berperingkat memperketat garis panduan alam sekitarnya dari semasa ke semasa. 

“Piawai yang digunakan China mengambil kira paras peringkat pembangunan terkini. Menurut konvensyen antarabangsa, diplomat perlu menghormati dan akur kepada undang-undang di negara penerima mereka. Mereka juga tidak boleh campur tangan dalam isu domestik negara berkenaan. 

“Kami harap kedutaan dan konsulat akan menghormati undang-undang China dan berhenti menyiarkan data mutu udara,” kata Wu. 
Beijing kerap diliputi jerebu kuning. Bangunan sejauh beberapa blok tidak jelas kelihatan, namun rekod indeks kualiti udara rasmi ibu kota ini mencatat tahap pencemaran sebagai ‘ringan’ - bacaan yang pelik kerana ia tidak dirasai oleh kebanyakan penduduk. 

China mensyaratkan kepekatan partikel halus digelar PM2.5 di bawah purata harian 75 mikrogram setiap meter padu - dua kali ganda lebih ringan berbanding standard di Amerika. – AP
'via Blog this'

Israel ada cara halang pelawat pro-Palestin

Berita Harian Online | Israel ada cara halang pelawat pro-Palestin:
BAITULMAQDIS: Israel menggunakan taktik baru untuk menyekat aktivis pro-Palestin masuk ke wilayahnya dengan memaksa mereka membuka emel ketika pemeriksaan di sempadan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. 

Salah seorang mangsa ialah Sandra Tamari ketika dia tiba di lapangan terbang antarabangsa apabila disuruh membuka emel Gmail supaya ‘mendaftar masuk.’
Ejen itu mengesyaki Tamari terbabit dalam aktiviti pro-Palestin dan mahu memeriksa akaun emel peribadi untuk mendapat bukti. Warga Amerika berketurunan Palestin itu enggan menyebabkannya diusir.
Pengalaman Tamari bukan sesuatu yang unik. Menyasarkan hanya individu Islam atau Arab, ia bertujuan mengusir pelawat yang mempunyai sejarah aktiviti pro-Palestin. 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekurang-kurangnya tiga wanita Amerika diusir. Tidak dapat dipastikan sejauh mana meluasnya amalan ini. 

Ditanya mengenai kes Tamari, agensi keselamatan Shin Bet mengesahkan wanita itu disoal siasat dan berkata ejennya bertindak mengikut undang-undang. 

Israel sekian lama mempunyai sejarah menggunakan profil etnik, menggelarnya satu keperluan kerana pengalaman diserang pengganas. 
Pelawat Arab dan sesiapa saja dilihat sebagai risiko sering menjadi subjek soal siasat hebat termasuk dibogelkan. 

Diana Butto, bekas penasihat perundangan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan fellow di jurusan Pentadbiran Harvard Kennedy, berkata dasar pemeriksaan emel, satu ketika dulu digunakan secara rawak, lebih meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Butto berkata beliau mengetuai tiga kumpulan pelancong ke rantau itu sejak beberapa tahun lalu dan dalam setiap kes, sekurang-kurangnya seorang anggota kumpulan diminta membuka emel. 

Katanya, individu Islam, Arab dan India biasanya menjadi sasaran dan dalam kebanyakan kes tidak dibenar masuk. – AP
'via Blog this'

Syria haram diplomat asing

Berita Harian Online | Syria haram diplomat asing:
pix_gal0

Balas tindakan Barat, Turki usir duta, kakitangan kanan diplomatik

DAMSYIK: Syria mengisytiharkan diplomat dari negara Barat dan Turki sebagai orang yang dilarang masuk ke negara itu atau digelar 'persona non grata.'
Kementerian Luar Syria berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap duta Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Turki, sebagai membalas pengusiran diplomatnya daripada negara berkenaan.
Negara Barat mengusir diplomat Syria berikutan pembunuhan beramai-ramai akhir Mei lalu yang menyaksikan 108 orang terbunuh di tengah pekan Houla, satu daripada perbuatan kejam paling buruk di negara itu sejak kebangkitan penduduk meletus mulai Mac 2011.
“Ada negara baru-baru ini memaklumkan ketua misi dan kakitangan kedutaan kami tidak dialu-alukan di negara mereka,” menurut satu kenyataan.

Malah, kenyataan itu juga memaklumkan tindakan sama ke atas duta Kanada, Itali, Sepanyol dan kakitangan kedutaan dari Belgium, Bulgaria dan Jerman.

Ia menekankan, Syria masih percaya kepada dialog berdasarkan dasar kesaksamaan dan hormat menghormati dan diplomat adalah alat sesuai untuk negara menyelesaikan sengketa.

“Kami berharap negara itu akan memegang kepada prinsip yang sama dengan membenarkan hubungan kembali normal,” katanya. 
Negara Barat mengusir diplomat Syria berikutan pembunuhan beramai-ramai akhir Mei lalu yang menyaksikan 108 orang terbunuh di tengah pekan Houla, satu daripada perbuatan kejam paling buruk di negara itu sejak kebangkitan penduduk meletus mulai Mac 2011. 

Di medan konflik, anggota tentera dan militia pro pemerintah dibantu kereta perisai melakukan serangan terhadap pemberontak, merampas pekan tengah Kfar Zita selepas mengebom tiga hari, kata agensi Hak Asasi Pemantauan Syria, sambil menambah pemberontak sudah berundur.

Kumpulan militia pro kerajaan juga merompak rumah dan kedai selepas penduduk melarikan diri, dakwa pemerhati. 

Difahamkan, empat orang awam terbunuh semalam dalam operasi ketenteraan besar-besaran di kawasan Kfar Oweid, Idlib, wilayah yang bersempadan dengan Turki yang juga kubu kuat pasukan pemberontak. 

Pemberontak dan militia berkenaan turut bertempur di beberapa kawasan di wilayah barat laut Syria, kata pertubuhan hak asasi Observatory yang berpejabat di Britain. 

Ia berkata beberapa daerah bandar Homs, juga di utara Damsyik, diserang bedilan artileri, sebahagian taktik askar kerajaan menghancurkan penentang. 

Di Latakia, satu kawasan dekat rantau Mediterranean, dua pemberontak terbunuh kerana serangan tentera kerajaan terhadap pekan al Hafa.

Salah seorang yang terbunuh itu adalah pegawai yang belot daripada pasukan tentera dan menyertai pemberontak. – AFP
'via Blog this'

80 askar Syria maut

myMetro | 80 askar Syria maut:

BEIRUT: Tentera pemberontak membunuh hampir 80 askar Syria beberapa hari lalu dan aktivis semalam mendakwa jumlah itu melebihi 100. Angka itu menunjukkan korban terbesar askar kerajaan sejak pemberontakan di negara itu bermula 15 bulan lalu.
Badan Pemerhatian Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain yang mempunyai rangkaian pelbagai sumber di negara itu berkata, 113 askar terbunuh dalam pertempuran dengan tentera pemberontak di seluruh negara sejak Jumaat lalu. Angka itu tidak dapat disahkan, tetapi kerajaan Syria mengesahkan hampir 80 askar terbunuh sejak tiga hari lalu.

“Kerajaan mengalami kehilangan besar,” kata ketua badan itu, Rami Abdul-Rahman.
Pemberontakan di Syria bermula secara aman, tetapi tindakan keras kerajaan dengan kereta kebal, mesingan dan penembak hendap mendorong mereka menyandang senjata. Kini konflik di negara itu bertukar menjadi pemberontakan bersenjata. Keganasan semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu dan sukar untuk menuding jari siapa yang patut dipersalahkan atas banyak insiden pertumpahan darah yang berlaku ketika negara itu menuju ke arah perang saudara. Kerajaan mengehadkan wartawan daripada bergerak bebas hingga mustahil untuk membuat penilaian terhadap kedua-dua belah pihak.

Video dan fotografi yang dimuat naik ke dalam talian oleh aktivis menunjukkan kereta kebal yang musnah dan kenderaan persendirian dilengkapi senjata sejak beberapa hari lalu.

Dalam satu rakaman video dimuat naik Sabtu lalu dan dikatakan dirakam di kawasan Douma, di pinggir Damsyik, sebuah kereta perisai musnah dan sekurang-kurangnya dua mayat askar rentung dilihat dekat dengan kenderaan itu. - AP

'via Blog this'

Bekas ketua Mossad ulangi risiko serang Iran

myMetro | Bekas ketua Mossad ulangi risiko serang Iran: "TEL AVIV: Bekas Ketua Mossad, Meir Dagan sekali lagi memberi amaran bahawa sebarang serangan terhadap loji nuklear Iran akan membabitkan Israel dengan perang yang akan memberi kesan kemusnahan kepada Tel Aviv.

“Serangan adalah terlalu mudah dan memperdaya. Tiada siapa mempersoal apa akan berlaku lima minit selepas serangan? “Lima minit selepas serangan, kita akan terjebak dengan perang,” katanya sepertimana dilaporkan Ynet.


Dagan berulang kali memberi amaran kepada kerajaan Israel mengenai kesudahan memusnahkan jika melancarkan serangan terhadap Iran, yang disifatkannya sebagai “idea paling bodoh” pada tahun lalu."

'via Blog this'

Pakistan tak akan buka semula laluan

myMetro | Pakistan tak akan buka semula laluan: "ISLAMABAD: Pakistan menegaskan ia tidak akan membuka semula laluan bekalan tentera NATO ke Afghanistan kecuali Amerika Syarikat meminta maaf atas serangan udara November lalu yang mengorbankan 24 tentera Pakistan.

Permohonan maaf AS adalah “sesuatu yang perlu dilakukan ekoran insiden yang berlaku dan ia bukan saja tuntutan, tetapi juga perlu,” kata Menteri Luar negara itu, Hina Rabbani Khar dalam satu wawancara dengan majalah Polisi Antarabangsa yang diterbitkan kelmarin. Islamabad menutup laluan yang digunakan untuk memindahkan bekalan kepada tentera AS di negara jiran Afghanistan enam bulan lalu selepas serangan udara AS terhadap tentera Pakistan."

'via Blog this'

Blogger ‘antiIslam’ Maldives parah ditikam

myMetro | Blogger ‘antiIslam’ Maldives parah ditikam: "COLOMBO: Seorang penulis blog Maldives yang lantang bersuara dan terkenal mempunyai pandangan liberal dalam agama, dimasukkan ke unit rawatan rapi semalam, selepas ditikam oleh penyerang di luar rumahnya di Male.

Ismael Rasheed, yang lebih dikenali sebagai “Hilath” mendapati blognya disekat oleh pihak berkuasa telekomunikasi Maldives yang mendakwa ia mempunyai kandungan antiIslam.


Lelaki berusia 37 tahun itu beberapa tahun lalu, pernah menerima ugutan bunuh dan ditahan dalam satu bantahan yang dianjurkan olehnya pada Disember lalu, menyokong toleransi agama dan dipenjara berbulan-bulan lamanya.

Jurucakap polis, Hassan Haneef berkata, “Kami tidak tahu siapa yang menyerangnya. Keadaannya stabil sekarang.” Katanya, mereka kini cuba menjejaki penyerangnya.


Kerajaan Maldives mengutuk serangan itu dan berkata Hilath perlu mendapatkan perlindungan. - AFP"

'via Blog this'

Paderi cabul budak lelaki

myMetro | Paderi cabul budak lelaki: "TAIPEI: Seorang lelaki Taiwan yang melatih sofbol dan judo di sekolah, ditahan kerana disyaki melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 12 budak lelaki.

Lelaki itu yang dikenali dengan nama Hu, ditahan semalam, selepas beberapa ibu bapa kepada budak lelaki menjumpai mesej lucah di Facebook dan melaporkan kepada polis.
Siasatan mendapati, Hu yang mengaku sebagai paderi dan diberi gelaran “Daddy Hu” oleh beberapa pelajar, disyaki melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 12 budak lelaki di beberapa buah sekolah rendah dan menengah rendah di Taipei. - AFP"

'via Blog this'