Pages

Wednesday, January 12, 2011

Siasatan baru sahkan Arafat mati diracun

BAITULMAQDIS: Siasatan baru terhadap kematian bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat mendedahkan beliau mati akibat racun talium yang diletakkan di dalam makanan atau minumannya.
Bekas penasihat khas Arafat, Bassam Abu Shareef berkata, siasatan yang dilakukan pakar forensik Briain itu mengesahkan perkara itu.
Talium mempunyai kandungan toksik yang tinggi.

Kes keracunan bahan itu biasanya berlaku selepas makan.


Bassam berkata, beliau akan mengemukakan lebih banyak maklumat mengenai siasatan itu kepada jawatankuasa penyiasat pembunuhan Arafat sedikit masa lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pasukan penyiasat yang melakukan siasatan itu.

Bassam menuduh Israel meracun Arafat menerusi makanan atau minuman yang diterimanya ketika bekas pemimpin Palestin itu dikepung di ibu pejabatnya di Ramallah.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada 11 November 2004, dikatakan akibat penyakit misteri. - Agensi

Planet 10b seakan bumi




2011/01/12

DUA imej planet 10b yang menyerupai bumi.
DUA imej planet 10b yang menyerupai bumi.
Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan

BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.
“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.

Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.

“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.

Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer. 
“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.

Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.

“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.”

Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi. 

“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi

INFO: Planet 10b

  • 40 peratus lebih besar dari bumi

  • Berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi

  • Adalah planet batu 

  • Mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi 

  • Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius 
  • Maut kena renjatan elektrik

    DI SINI...nenek mangsa, Leba Mat Min, menunjukkan tempat  cucunya  maut terkena kejutan elektrik.
    DI SINI...nenek mangsa, Leba Mat Min, menunjukkan tempat cucunya maut terkena kejutan elektrik.


    TUMPAT: Seorang wanita terbunuh selepas terkena renjatan elektrik apabila wayar dipegangnya ketika menaiki tangga di hadapan rumah terputus sebelum dia terjatuh ke dalam air dalam satu kejadian di Kampung Simpangan Hulu, di sini, semalam.
    Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari apabila mangsa, Sazila Rosli, 27, yang tinggal sementara di rumah ibu mentuanya, terpegang wayar berkenaan apabila dia hampir jatuh selepas gagal mengimbangi dirinya ketika menaiki tangga berkenaan.

    Wayar masih mempunyai voltan elektrik itu terputus dan Sazila yang terkena renjatan terjatuh ke bahagian bawah tangga yang masih ditakungi air akibat banjir baru-baru ini.

    Suami mangsa, Mahadi Yahya, 30, yang terdengar jeritan berkenaan segera mendapatkan isterinya dan mengejarkannya ke Hospital Kelaboran, di sini, sebelum isterinya disahkan meninggal dunia.


    Menurutnya, dia dan Sazila tinggal di rumah ibunya sejak tiga hari lalu berikutan rumah mereka di Kampung Pauh Sebanjar, di sini, tenggelam akibat banjir.


    “Ketika kejadian, saya sedang membersihkan kawasan rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan isteri.

    “Sebaik terdengar jeritan, saya berlari ke arah jeritan itu dan terkejut mendapati dia dalam keadaan tertiarap berhampiran tangga,” katanya.

    Mahadi berkata, mereka berkahwin sejak 10 tahun lalu dan belum dikurniakan anak.

    “Arwah terlalu inginkan anak dan kami sebenarnya berhajat mengambil anak angkat,” katanya yang terkilan kerana hasrat itu tidak terlaksana.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

    “Polis mengklasifikasikan kes menimpa Sazila ini sebagai kematian mengejut,” katanya.myMetro | Maut kena renjatan elektrik

    Permainan video air kencing di Tokyo




    KONSOL mengukur tekanan air kencing terletak di atas mangkuk tandas yang akan diletakkan di dalam tandas empat buah stesen tren di Tokyo, Jepun.


    TOKYO - Satu permainan video ganjil akan diletakkan di dalam tandas di lima buah stesen tren di Tokyo, Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.
    Permainan itu akan menguji air kencing si lelaki bagi mengetahui kelajuan dan kepanasannya menerusi sensor di bawah mangkuk tandas.
    Alat permainan itu akan memberi keuntungan kepada penciptanya, syarikat Sega kerana iklan komersial akan disiarkan pada konsol sebelum permainan bermula.
    Permainan itu dicipta dengan tujuan untuk menjadikan tandas sebagai suatu tempat yang menarik. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Harimau bintang mengamuk ditembak mati




    SEORANG anggota polis menembak mati seekor harimau bintang di bandar Karad, India pada Ahad lalu.


    KARAD, India - Seekor harimau bintang yang mengamuk mati ditembak selepas haiwan itu menyerang seorang lelaki di sebatang jalan raya di sini pada Ahad lalu.
    Harimau itu ditembak mati oleh seorang anggota polis selepas ia mencederakan beberapa orang termasuk seorang lelaki dekat pintu sebuah garaj pada Sabtu lepas.
    Polis kini melakukan siasatan bagi mengetahui bagaimana harimau itu memasuki bandar ini. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Jatuh dalam mesin pemotong batu




    SEORANG anggota bomba mengikat pinggang Chen Xiangjin dengan tali.


    NANNING, China - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa mesin pemotong batu selepas seorang pekerja mendengar jeritannya, lapor sebuah akhbar semalam.
    Wanita itu, Chen Xiangjin tergelincir jatuh ke dalam mesin itu di sini baru-baru ini ke dalam timbunan batu menyebabkan kakinya tidak boleh bergerak.
    Seorang pekerja yang mendengar jeritan wanita itu bertindak segera dengan menutup enjin mesin tersebut.
    Wanita itu diselamatkan oleh beberapa anggota bomba dengan menggunakan tali bagi menariknya keluar dari timbunan batu dengan hanya mengalami kesan-kesan calar. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Pemaju musnahkan tangga untuk usir penduduk




    TANGGA sebuah apartmen dimusnahkan oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pemaju di Mianyang, China baru-baru ini.


    MIANYANG - Sebuah keluarga menyaman syarikat pemaju perumahan yang memusnahkan tangga apartmen tujuh tingkat dengan tujuan untuk mengusir mereka keluar, lapor sebuah akhbar semalam.
    Seorang anggota keluarga itu, Zhao Yanhong, 42, mendakwa pemaju itu mahu memusnahkan apartmen tersebut bagi mendirikan sebuah kilang.
    "Pada satu hari, pekerja-pekerja lelaki memecahkan semua tangga untuk memerangkap kami di sini," katanya.
    "Satu-satunya cara untuk kami keluar adalah dengan menggunakan tangga dan memanjat tetapi ia perbuatan berbahaya," tambahnya.
    Hakim mengarahkan kerja-kerja pembinaan dihentikan selama enam bulan sehingga siasatan selesai dilakukan selain mengarahkan pembinaan semula tangga untuk keluarga itu.
    Pemaju perumahan itu mengemukakan alasan bahawa apartmen itu miliknya dan menafikan melakukan sebarang salah laku. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Kucing boleh bercakap mama di Jawa Timur



    KUCING bernama Keting ini didakwa boleh bercakap beberapa patah perkataan.


    JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.

    "Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbardetikSurabaya.com semalam.

    Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.

    "Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.

    Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.

    Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.

    Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - AgensiKosmo! Online - Dunia

    Jika ingin tempat terpuji diakhirat jangan tinggalkan sembahyang tahajjud

    وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَاماً مَّحْمُوداً
     Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

    Tuesday, January 11, 2011

    Luar biasa!! Pernahkan Anda membayangkannya?



    []
    Pada waktu benda-benda angkasa ini diperbandingkan

    []

    kita menjadi sadar betapa kecilnya bumi dan kita para penghuninya. 

    []


    Jagad raya yang sangat besar.
     

    []

    Dalam skala ini bumi kita tidak kelihatan lagi
     

    []
    Di sini matahari hanya sebesar debu! 

    Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.
     


    Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.
      Lalu . . .
    siapakah kita?
    apakah tujuan hidup kita?
    Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?
    Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata "inilah aku!"...??
    Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Tuhan yang mencipta sekelian alam.

    lambang bulan & bintang


    lambang bulan & bintang
    Kekuasaan Allah wujud di mana-mana tak kira di langit atau di bumi. Manusia perlu menjadikan sesuatu yang berlaku itu adalah kekuasaan Tuhan sepenuhnya. Kita biasa melihat lambang bulan dan bintang pada bendera atau di mana-mana sahaja. Namun yang aneh di sini adalah lambang ini dapat dilihat di tengah-tengah lautan yang luas. Ia merupakan sebuah pulau. Gambar ini diambil dari sudut atas dan dapat dilihat sepenuhnya. Ia berbentuk bulan dan bintang. Itulah kekuasaan Allah yang tiada bandingannya. klik

    SARANG LEBAH BERBENTUK KALIMAH SUCI






    kalimah suci pd sarang lebah
    Kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya, setiap kejadian yang terjadi ada hikmahnya. Kebijaksanaan Allah dapat kita lihat wujudnya  sarang lebah yang membentuk kalimah suci "

    ALLAH" dengan jelas sekali.
    kalimah suci
    Ini pula beberapa bentuk kalimah suci yang terbentuk dari sarang lebah

    .


    sini

    POKOK RUKUK


    pokok rukuk
    Sesungguhnya bukan manusia sahaja yang tunduk menyembah Ilahi, namun makhluk lain turut mengabdikan diri kepada Tuhan. Seperti mana yang dapat dilihat pada fenomena ini yang berlaku di hutan berhampiran Sidney. Ia menunjukkan seolah-olah batang pokok ini sedang tunduk dan patuh terhadap yang Esa. Dapat dilihat separuh daripada batang pokok itu bongkok seperti seorang muslim sedang sembahyang dan juga seperti tangan manusia yang berada di lutut sewaktu rukuk. Justeru itu kita sebagai hamba di muka bumi ini haruslah mengambil iktibar daripada kejadian aneh ini.asal

    POKOK BERBENTUK KALIMAH 'LA ILAHA ILLALLAH

    kalimah la ilaha illallah pd pokok
    Gambar ini menunjukkan barisan pokok yang mempunyai kalimah 'La Ilaha Illallah' yang terdapat di Jerman.

    BUKIT PUN MAMPU TERSENYUM


    bukit tersenyum
    bukit tersenyum pandangan menegak
    Keagungan Tuhan mampu menunjukkan pelbagai keanehan dan keajaiban semulajadi kepada manusia.Gambar diatas menunjukkan sebuah bukit yang turut mampu tersenyum seolah olah sentiasa bersyukur dengan kekuasaan Allah. Gamabar 1 jika dilihat ia tidak kelihatan jelas yang dikatakan bukit tersebut tersenyum.Ia hanyalah sebuah bukit biasa sahaja,namun apabila dilihat gambar tersebut secara menegak jelas kelihatan rupa wajah manusia tersenyum.Itulah menunjuukan kekuasaan allah yang tidak terbanding.Waalahualam...sumber

    SUMPAHAN


    sumpahan ke atas manusia
    Seorang manusia yang dikatakan telah di sumpah menjadi separuh ikan, mengikut cerita pengirim (peminat setia ruangan Kebesaran Ilahi). Menurut cerita dari yang mendapat gambar asal ini bahawa ada seorang permaisuri raja telah menderhaka kepada raja sehingga raja terlalu murka lalu menyumpahnya seperti sedemikian. Akan tetapi jawapannya WALLAHU 'ALAM - Allah sahaja Yang Maha mengetahui segala-galanya.sumber

    BAYI TERSEMBUNYI


    bayi tersembunyi
    Allah itu Maha Besar dan Maha Agung. Sesungguhnya akal manusia yang waras amat sukar menerima hakikat bahawa alam dijadikan dengan begitu indah, luas, dikawal, diatur dan ditadbir oleh Allah s.w.t. semata-mata untuk menyempurnakan kehidupan manusia. Keajaiban yang dapat dilihat dari ciptaan semulajadi ini ialah kewujudan gambaran seorang bayi yang berada dalam kandungan seorang ibu. Jika diperhatikan seorang bayi yang sempurna dalam kandungan ibu jelas dapat dilihat. Jika dilihat bemula dari kanan ia merupakan sepasang kaki bayi seterusnya ke kiri adalah kepala dan sehinggalah muka atau wajah bayi tersebut. Justeru itu penciptaan alam dan manusia mesti mempunyai matlamat yang utama. Jika tidak, sia-sialah Allah s.w.t. menjadikannya. Sedangkan Allah s.w.t yang bersifat Maha Sempurna tidak akan manjadikan sesuatu yang sia-sia.sumber

    3 Sifat Murni Hassan Al-Banna yang mengguncang dunia



    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYMbGPLDLpz9OHxu_tDn_-GjGYoa7boxpvzxX90lhjdNX2_yas7mUo3AYC_QKxDEKOj6ps7cfFCzZb1JveYtyMKhuSqCPBtj4JlPszgrP2-TBVfCymCYW8-nSp_0CoByget8Lh5v3jX5M/s1600/imam-shahid-hasan-al-banna.jpg
    1-Prihatin- mengambil berat kepada hal ehwal suadara sesama Islam.
    2-Sentiasa bersangka baik kepada semua orang.
    3-Mewujudkan suasana kasih sayang.
    3 Sifat mulia Hassan Al-Banna ketika bersalam dengan pengikut-pengikutnya:
    1-Memberi salam.
    2-Merenung ke arah mata orang disalam.
    3-Menyebut nama orang yang disalam.
    Sedutan dari Tazkirah daripada Radio Ikim. 21/12/2010.

    Hati yang Allah SWT jadikan keras seperti batu


    http://www.shroog.org/vb/imgcache/6482.imgcache.jpg
    39:22
    Surah Az-Zumar, ayat :  22
    Sahih International
    So is one whose breast Allah has expanded to [accept] Islam and he is upon a light from his Lord [like one whose heart rejects it]? Then woe to those whose hearts are hardened against the remembrance of Allah . Those are in manifest error.
    Malay
    Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
    2:74
    Surah Al-Baqarah, ayat :  74.
    Sahih International
    Then your hearts became hardened after that, being like stones or even harder. For indeed, there are stones from which rivers burst forth, and there are some of them that split open and water comes out, and there are some of them that fall down for fear of Allah . And Allah is not unaware of what you do.
    Malay
    Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
    22:53
    Surah Al-Haj, ayat 53
    Sahih International
    [That is] so He may make what Satan throws in a trial for those within whose hearts is disease and those hard of heart. And indeed, the wrongdoers are in extreme dissension.
    Malay
    (Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.
    42:40
    Surah Syraa, ayat : 40
    Sahih International
    And the retribution for an evil act is an evil one like it, but whoever pardons and makes reconciliation - his reward is [due] from Allah . Indeed, He does not like wrongdoers.
    Malay
    Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
    Hati Orang Yang Allah Selamatkan pasti sentiasa selamat.
    22:54
    Surah Al-Haj, ayat 54
    Sahih International
    And so those who were given knowledge may know that it is the truth from your Lord and [therefore] believe in it, and their hearts humbly submit to it. And indeed is Allah the Guide of those who have believed to a straight path.
    Malay
    Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.
    Analisis Roh,Ibnu Qayyum. m/s : 482-483

    Berkenalan Dengan Ciri - Ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah

    Santapan Rohani Utk Sahabat Seislam
    A: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah amat memberi penekanan kepada akhlak yang mulia.
    Ia mencerminkan kesahihan dan kematangan ilmu yang dimiliki oleh seseorang.
    Ciri-ciri seorang Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dapat dikenali berdasarkan akhlak mulia yang ditampilkannya.

    Penjelasan: Terdapat sekian banyak dalil yang membuktikan bahawa akhlak yang mulia merupakan ciri-ciri seorang Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah.

    Di antaranya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berkenaan ciri-ciri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia
    .
    [al-Qalam 68:04]

    Seterusnya Allah menyuruh kita meneladani akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat,serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).


    [al-Ahzab 33:21]

    Antara tujuan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diutuskan adalah menyempurnakan akhlak yang shalih: Sesungguhnya aku diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak yang shalih.[1]

    Akhlak yang mulia mencerminkan kesempurnaan iman:Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.[2]

    Akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling memberatkan timbangan amal:Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat) berbanding akhlak yang baik.[3]

    Orang yang memiliki akhlak yang mulia menjadi orang yang dicintai oleh Allah:Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan.[4]

    Dalam riwayat yang lain, para sahabat radhiallahu ‘anhum pernah bertanya: “Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?”Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Orang yang paling baik akhlaknya.”[5]

    Orang yang memiliki akhlak yang mulia juga menjadi orang yang dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan menduduki tempat yang hampir dengan baginda di Hari Akhirat: Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kaliandan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong.[6]

    Akhlak yang mulia menghiasi seseorang: Sesungguhnya tidaklah sikap lemah lembut terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap lemah lembut) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.[7]
    Akhlak yang mulia merupakan salah satu faktor penentu kejayaan: Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah lembut,Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap kekasarandan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi kelembutan).[8]


    Demikian di antara dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang menerangkan tentang keutamaan dan kepentingan akhlak yang mulia. Berdasarkan dalil-dalil ini, ketahuilah bahawa kesahihan dan kematangan ilmu seseorang diukur berdasarkan akhlak dirinya.


    Kesahihan dan kematangan ilmu tidak diukur dengan jumlah sijil yang dipegang, jumlah kertas kerja seminar yang dibentang atau jumlah hadis yang dihafal, tetapi diukur dengan akhlak yang ditampilkan. Semakin mulia akhlak yang ditampilkan, semakin sahih dan matang ilmu yang dimiliki.


    Dengan itu juga, ketahuilah bahawa kedudukan seseorang sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan tahapnya dalam berpegang kepada ciri-ciri Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dikenal dan diukur berdasarkan akhlak yang ditampilkannya dalam kehidupan harian.