Pages

Tuesday, November 30, 2010

Pendedahan Wikileaks: Amerika pandang hina pemimpin dunia





2010/11/30


pix_gal0
WikiLeaks anggap Washington bersikap hipokrit dalam hal-ehwal antarabangsa

WASHINGTON: Laman web pembocor maklumat WikiLeaks semalam menyiarkan ratusan ribu dokumen diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mendedahkan secara terperinci bagaimana Washington memandang rendah hingga menghina pemimpin dunia.
Paling serius, kabel itu juga menunjukkan Amerika mengarahkan operasi pengintipan terhadap diplomat asing di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.
"Pembocoran maklumat itu adalah 'sejarah diplomatik Amerika' meliputi semua isu penting ketika Washington berdepan pendedahan memalukan"

Julian Assange
Pengasas WikiLeaks
Semua wakil tetap Majlis Keselamatan termasuk Russia, China, Perancis dan Britain menjadi sasaran intipan termasuk Setiausah Agung, Ban Ki-Moon.

Amerika menyifatkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy terlalu mudah tersinggung dan mempunyai gaya kuku besi; Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin digelar Batman manakala Robin ialah Presiden Dmitry Medvedev dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dirujuk sebagai ‘Hitler’.

Selain itu, pemimpin Itali, Silvio Berlusconi, suka berparti dan tidak cekap sebagai seorang pemimpin moden Eropah; pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pula dikatakan suka dengan seorang jururawat Ukraine yang montok dan mengiringinya ke mana saja manakala Canselor Jerman, Angela Merkel tidak suka mengambil risiko dan tidak kreatif.

Sementara itu, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, disifatkan ‘amat lemah dan tidak suka mendengar fakta tetapi mudah dipengaruhi sesiapa yang melaporkan komplot terhadapnya meskipun sukar dipercayai manakala pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, disifatkan ‘lelaki tua yang gendut’ dan mengalami trauma fizikal dan psikologi.
Akhbar The New York Times, The Guardian, akhbar Jerman Der Spiegel, akhbar Perancis Le Monde dan akhbar Sepanyol El Pais menyiarkan bahagian pertama dokumen berkenaan dan berkata susulan akan dibuat pada hari berikutnya.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyifatkan pembocoran maklumat itu sebagai ‘sejarah diplomatik Amerika’ yang meliputi semua isu penting ketika Washington berdepan pendedahan memalukan itu.

WikiLeaks mula menyiarkan 251,287 maklumat, 15,652 daripadanya dianggap ‘sulit’ dari 274 kedutaan Amerika di seluruh dunia di laman webnya sendiri http://cablegate.wikileaks.org

Dalam satu pengenalan, ia menyifatkan Amerika sebagai kuasa besar hipokrit dengan dua sikap berbeza ketika berada di khalayak dan ketika ‘di balik tabir’.

“Maklumat itu menunjukkan tahap pengintipan Amerika ke atas sekutunya dan PBB; ‘menutup sebelah mata’ dalam isu rasuah dan hal asasi dengan ‘negara rakan’ rundingan ‘belakang pintu’ dengan negara yang sepatutnya berkecuali; melobi untuk korporat Amerika dan kaedah yang diambil diplomat Washington untuk merebut peluang.

Dokumen juga mendedahkan pertelingkahan nuklear Pakistan hingga kepada gesaan pemimpin Arab Saudi agar Iran diserang.

Maklumat yang dibocorkan itu juga mendedahkan usaha kerajaan China menggodam laman web Google, rancangan menyatukan Semenanjung Korea selepas kejatuhan Korea Utara dan kenyataan Raja Arab Saudi bahawa Amerika perlu mengebom Iran untuk menghentikan program nuklearnya dengan berkata: “Potong saja kepala ular itu”.

Ia memperincikan kenyataan tertutup yang boleh mencetuskan skandal termasuk kata-kata Presiden Yaman kepada tentera Amerika, ‘Kami akan terus kata bahawa bom itu kepunyaan kami dan bukan anda’ ketika membincangkan serangan rahsia Amerika ke atas al-Qaeda. – AFP/Agensi

Telur ayam dua kali lebih besar




GAMBAR menunjukkan telur ayam biasa (kanan) dan telur ayam sepanjang 9 sentimeter (kiri).


CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.
Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.
Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun.
"Saya tidak pasti rekod dunia telur ayam tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.
Rekod dunia telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2sm dan lebar 6.3sm dengan berat 201 gram. - Agensi

Budak lapan tahun menari tarian breakdance




GAMBAR menunjukkan aksi Angelo Baligard yang disiarkan di laman YouTube.


HONOLULU, Hawaii - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari Hawaii menjadi sensasi di Internet kerana dia menari tarian breakdance dengan kepalanya ke bawah manakala kakinya ke atas, lapor sebuah akhbar semalam.
Video penari cilik itu, Angelo Baligad, kini ditonton oleh lebih 336,000 orang di laman YouTube.
Dalam klip video tersebut, budak lelaki itu mendapat tepukan lebih gemuruh daripada penonton berbanding lawannya, Joshua Lee 'Milky' Ayers yang lebih tinggi daripadanya. - Agensi

Hantu ditangkap mungkin penunggu



GAMBAR menunjukkan lembaga seperti separuh badan manusia (dalam bulatan) yang dipercayai hantu disimpan dalam sebuah botol selepas ditangkap di rumah Agus di Situbondo kelmarin.


SITUBONDO, Indonesia - Hantu yang ditangkap oleh seorang ahli paranormal dan disimpan di dalam sebuah botol kelmarin mungkin penunggu yang menjaga tombak lama di pekarangan rumah seorang penduduk tempatan, Agus, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Agus, paranormal yang menangkap hantu itu menyatakan jika ia berjaya ditangkap, kemungkinan makhluk tersebut merupakan penunggu yang menjaga sesuatu barang.
Tombak itu tertanam di pekarangan rumahnya dan selepas ia ditemui, hanya mata tombaknya sahaja kelihatan.
Menurut Agus, dia tidak mengetahui sama ada tombak itu peninggalan kerajaan zaman dahulu.
Namun, menurut ahli paranormal itu, tombak tersebut merupakan barang kuno.
"Kini, tombak itu sudah dibawa oleh paranormal (penangkap hantu)," katanya.
Kelmarin, akhbar Detikcom melaporkan bahawa hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap oleh seorang ahli paranormal di rumah Agus. - Agensi

Christopher Columbus sebenarnya anak raja



MADRID - Sejarah sekali lagi berubah apabila sepasukan penyelidik mendapati ahli pelayaran pertama yang menemui benua Amerika, Christopher Columbus merupakan anak lelaki Vladislav III, Raja Poland yang hidup dalam buangan di Sepanyol, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan mengejutkan itu sekali gus menyangkal fakta buku-buku sejarah bahawa Columbus yang dilahirkan pada tahun 1458 di kota Genoa, Itali berasal daripada keturunan orang kebanyakan kerana bapanya, Domenico Columbo bekerja sebagai seorang penenun dan memiliki sebuah kedai keju di kota berkenaan.
"Bukti-bukti yang dikemukakan menjadikan cerita bahawa Columbus adalah keturunan orang kebanyakan sukar diterima, hanya orang bodoh sahaja akan mempercayainya," kata ketua penyelidikan berkenaan, Manuel Rosa dari Universiti Duke Amerika Syarikat (AS).
Penemuan tersebut diketengahkan dalam sebuah buku terbaru yang dihasilkannya.
Menurut Rosa, Columbus dengan mudah dapat memujuk kumpulan bangsawan dan pemerintah Sepanyol ketika itu, Raja Ferdinand II supaya membiayai pelayarannya kerana dia juga berdarah bangsawan seperti mereka. - Agensi

Gunung Bromo terus keluar asap tebal



Gambar yang diambil daripada pesawat Tentera Udara Indonesia merakamkan gunung berapi Bromo menghambur asap tebal dan bahan volkanik ke udara, semalam. - AP


JAKARTA 29 Nov. - Gunung berapi Bromo di Jawa Tengah terus mengeluar kepulan asap tebal sehingga memaksa lapangan terbang di Malang ditutup hari ini.
Lapangan terbang tersebut, yang terletak di sebuah bandar sejauh 25 kilometer di sebelah barat gunung berapi tersebut akan ditutup sehingga 4 Disember ini, kata jurucakap kementerian pengangkutan, Bambang Ervan.
Gunung berapi setinggi 2,329 meter tersebut kembali aktif minggu lepas mengeluarkan serpihan volkanik. Kali terakhir ia meletus ialah pada 2004, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Letusan Bromo paling besar dicatatkan adalah pada 1974.
Ahli vulkanologi kebangsaan, Surono memberi amaran kemungkinan letusan besar akan berlaku selepas ini. - AP

WikiLeaks teruskan pendedahan





WASHINGTON 29 Nov. - Laman web WikiLeaks semalam mula mendedahkan lebih 250,000 dokumen diplomatik Amerika Syarikat (AS), termasuk berhubung kebuntuan membabitkan penyelidikan nuklear Pakistan dan desakan pemimpin- pemimpin Arab supaya AS menyerang Iran.
Dokumen lain turut melibatkan pembongkaran cubaan serangan siber kerajaan China terhadap Google, rancangan menyatukan semula semenanjung Korea selepas kejatuhan Korea Utara dan kenyataan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang meminta AS mengebom Iran bagi menghentikan program nuklearnya dengan berkata: 'Penggal sahaja kepala ular itu'.
Maklumat sulit itu yang kebanyakannya bertarikh dari 2007 hingga Februari lalu turut mendedahkan bagaimana Jabatan Negara AS mengarahkan diplomat supaya mengintip pegawai asing, selain mendapatkan kad kredit mereka serta nombor penerbangan yang mereka naiki.
Pendedahan itu juga memperlihatkan kata-kata tertutup yang boleh menimbulkan skandal termasuk kenyataan Presiden Yemen yang berbunyi: 'Kami akan terus menyatakan bom itu milik kami dan bukan kepunyaan kamu' semasa membincangkan serangan sulit AS ke atas al-Qaeda.
Satu dokumen lagi mendedahkan tentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang menunjukkan beliau memerlukan rawatan hampir setiap masa daripada seorang jururawat Ukraine berambut perang yang mengghairahkan.
Akhbar New York Times, The Guardian di Britain, Der Spiegel di Jerman, Le Monde di Perancis dan El Pais di Sepanyol semalam melaporkan tentang pendedahan itu dan berkata, lebih banyak dokumen akan dibongkar dalam masa beberapa hari lagi.
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyifatkan pendedahan tersebut sebagai 'sejarah diplomatik AS' yang meliputi semua isu besar.
Pada bahagian pengenalan pendedahan, WikiLeaks menggambarkan AS sebagai kuasa besar hipokrit dan menyerang percanggahan antara imej 'baik' negara itu yang ditonjolkan berbanding apa yang dikatakan secara tertutup.
"Dokumen-dokumen itu menunjukkan intipan meluas AS ke atas sekutu-sekutunya dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di samping sengaja 'membutakan mata' terhadap rasuah dan penderaan manusia di 'negara-negara yang bergantung kepadanya'," jelasnya.
White House dalam reaksinya berkata, pendedahan tersebut 'sangat tidak berasas dan meletakkan nyawa pegawai-pegawainya dalam bahaya'.
"Pendedahan seumpama ini membawa risiko kepada diplomat, pegawai risikan dan dan semua individu di dunia yang datang ke AS bagi membantu menggalakkan demokrasi serta kerajaan terbuka," kata Setiausaha Media, Robert Gibbs dalam satu kenyataan. - AFP

Monday, November 29, 2010

Kereta Aminulrasyid turut dikejar beberapa penunggang motosikal

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada hari dia mati ditembak, bukan sahaja dikejar kereta peronda polis malah oleh beberapa penunggang motosikal.

Saksi ke-32 pendakwaan, R Lokman Hakim R Daly, 23, berkata beliau dan dua rakannya mengejar kereta itu selepas ia melanggar kereta milik seorang rakannya yang bernama Syafiq.
"Saya dan dua lagi rakan saya bernama Abdul Hadi dan Sufian mengejar kereta Iswara tersebut untuk meminta ganti rugi," katanya pada perbicaraan Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lalu.
Jenain, 48, didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit
kesalahan.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Menceritakan insiden itu, Lokman Hakim yang bekerja sendiri berkata beliau sedang minum di sebuah restoran di Seksyen 7 apabila mendengar bunyi dentuman seperti kereta berlanggar pada kira-kira 12.15 malam.
"Syafiq kemudian pergi tengok dan dapati bumper bahagian depan kereta jenis Toyota Celica miliknya yang diletakkan di tepi jalan berdekatan restoran, telah tertanggal sedikit kerana dilanggar oleh kereta Iswara itu, yang kemudian
beredar meninggalkan restoran.

"Saya dan dua lagi rakan terus menaiki motosikal untuk mengejar kereta
Iswara itu bermula dari Seksyen 8 terus ke Seksyen 9 hingga ke Bulatan Kayangan,
dan akhirnya ke Persiaran Dato' Menteri di mana saya telah terjatuh di tepi
jalan," katanya sambil menambah bahwa kereta Iswara itu dipandu laju dan
melanggar kira-kira enam lampu isyarat.

Ditanya bagaimana boleh terjatuh, Lokman Hakim berkata selepas memasuki
Persiaran Dato' Menteri, kereta Iswara itu dipandu perlahan berikutan keadaan
jalan yang berbukit dan ketika cuba memotong kereta tersebut, beliau telah
dihimpit ke kanan jalan menyebabkan beliau terpaksa menjatuhkan badan bagi
mengelak daripada terlanggar pembahagi jalan.

"Saya tidak dapat cam wajah pemandu itu tetapi berdasarkan tangan dan
tubuhnya yang kecil, saya lihat pemandu kereta itu ialah seorang budak lelaki
berumur lingkungan 17 tahun tahun dan penumpang di sebelahnya juga seorang budak
lelaki yang kurus, kecil dan sebaya dengannya pemandu itu," katanya.

Saksi itu berkata beliau cedera di kedua-dua belah tangan serta lutut dan telah mendapatkan rawatan di sebuat pusat perubatan di Seksyen 20 sebelum
membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 3.30 pagi hari yang
sama.

Terdahulu, Lans Koperal Madi Samsudin dari Cawangan Persenjataan Balai Polis Seksyen 6 yang menyambung keterangannya hari ini berkata, sejumlah 10 butir peluru telah digunakan oleh senjata milik anggota peronda polis konstabel
sokongan Mohd Izham Mahayadin, yang turut mengejar Aminulrasyid pada hari
kejadian.

Saksi ke-26 pendakwaan itu berkata, beliau memberi selaras submachine gun jenis HK MP5 dan empat magazine mengandungi 100 butir peluru kepada Mohd Izham, yang menjalankan tugas rondaan pada 25 April lepas, namun hanya menerima 90 butir peluru apabila anggota polis itu memulangkannya semula pada pagi 26 April.

"Semasa menyerahkan semula senjata, Mohd Izham beritahu dia ada lepaskan
tembakan tetapi dia tidak pasti berapa banyak. Selepas itu, saya kira jumlah
peluru yang tinggal dan saya dapati ada kekurangan 10 butir peluru daripada 100
butir peluru yang saya beri sebelum itu," katanya.

Turut memberi keterangan pada perbicaraan hari ini ialah Konstabel Rozaini Haili yang bertugas di cawangan persenjataan Balai Polis Seksyen 6 di sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung esok. - BERNAMA 

10 Langkah Membina Hidup Yang Positif



http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRF6brz3imWOhFZyCO9zxX_LPIrOM8o8sTRCBTrRh6uMSar2Abi
Mungkin sudah seringkali kita mendengar ungkapan tentang keuntungan berpikiran positif. Memang menurut beberapa penelitian ditemukan bahwa orang-orang postif cenderung menjalani kehidupan lebih bahagia dan sehat. Namun, dengan lingkungan pergaulan dan pikiran-pikiran yang berkecamuk di kepala kita, rasanya tak mudah untuk terus-menerus mempertahankan sikap positif. Akan tetapi, untuk sebuah tujuan yang bagus tak ada salahnya jika kita mengusahakan yang terbaik. Berikut beberapa panduan melakukan langkah-langkah kecil untuk mempertahankan sikap positif.
1. Mulailah Selangkah Demi Selangkah - Adakalanya saat menginginkan perubahan, kita ingin mengubah segalanya secara menyeluruh. Daripada mengubah secara keseluruhan, lebih baik perbaiki setahap demi setahap. Buat catatan tentang hal yang membuat Anda merasa tak puas, cari sisi yang membuat Anda merasa tak senang, lalu mulailah melakukan tindakan untuk mengubahnya. Melakukan perubahan selangkah demi selangkah justru memiliki peluang besar untuk mendapatkan hasil maksimal.
2. Berbincang Dengan Diri Sendiri - Diantara seminggu penuh waktu kita untuk beraktifitas, luangkan sehari saja untuk merasakan kedekatan dengan diri Anda sendiri. Dengarkan secara seksama kata hati Anda. Pecayalah, Anda akan merasa kaget saat mengetahui betapa kerasnya Anda terhadap diri sendiri. Cerna setiap ungkapan kata hati dan gantikan pikiran-pikiran negatif dengan pemikiran yang positif.
3. Berhenti Membandingkan - Sudah sewajarnya jika kita melihat orang lain sebagai tolok ukur, tapi jangan lantas membuat Anda membandingkan kehidupannya dengan kehidupan Anda sendiri. Membandingkan hubungan dengan pasangan, pekerjaan yang Anda miliki dengan apa yang dimiliki orang lain hanya akan memukul keras harga diri Anda. Memandang kelebihan orang lain hanya akan mengembangkan fantasi, yang justru akan mendorong Anda jatuh ke dalam rasa tak peraya diri.
4. Nasehati Diri Sendiri - Kebanyakan orang cenderung lebih mahir menyelesaikan permasalahan orang lain dari pada mengatasi masalahnya sendiri. Jika Anda berhasil menghibur seorang teman yang ditimpa masalah, tanyakan padanya apa yang telah membuatnya merasa terhibur. Lain kali jika Anda mendapatkan masalah, mungkin penghiburan Anda tersebut dapat berguna untuk diri sendiri.
5. Utamakan Diri Sendiri - Jika Anda lebih sering menempatkan kepentingan diri sendiri diurutan terakhir, sebaiknya sekali-kali lakukan sesuatu untuk diri sendiri. Memprioritaskan kepentingan sendiri diurutan akhir biasanya akan mendorong Anda mengasihani diri sendiri, dimana justru mendorong timbulnya rasa frustasi. Jika kemarahan-kemarahan tersebut bertumpuk, justru orang-orang yang Anda cintai yang akan jadi tempat pelampiasan kekesalan. Adakalanya Anda boleh tidak ikut bepergian dengan keluarga hanya untuk menyaksikan serial kesayangan Anda. Sesekali mementingkan diri sendiri justru akan mempertahankan keseimbangan dan membawa hasil yang lebih baik untuk Anda serta orang-orang yang Anda sayangi.
6. Berfokus Pada Diri Sendiri - Tumbuhkan kesadaran kalau Anda tak dapat mengubah orang lain, tapi Anda bisa mengubah diri sendiri. Cara ini membantu Anda melepaskan banyak bagasi emosional. Mungkin ucapan kekasih yang sedang marah terasa menyakitkan hati, tapi saat Anda menerima bahwa itu hanyalah masalah dia bukan masalah Anda, maka perasaan buruk yang diakibatkan kata-kata pedasnya tak akan membawa dampak buruk bagi perasaan Anda.
7. Luangkan Waktu Untuk Bermain - Setiap orang pasti memiliki sisi anak kecil di dalam dirinya. Rangkulah sisi itu sekali-kali. Bermain memiliki efek memperbaiki emosi. Rasa ingin tahu lebih membangun dari pada kritikan. Kembangkan prilaku seperti anak-anak saat berbeturan dengan masalah, lebih baik bertanya bagaimana cara kerja komputer Anda dari pada marah-marah karena orang lain lebih baik dari Anda.
8. Minta Dukungan Dari Teman - Kita memang tak selalu berhasil mempertahankan semangat. Alangkah baiknya jika Anda meminta bantuan teman untuk mememberi dukungan. Ceritakan pada teman terpercaya Anda kalau Anda sendang memperbaiki sikap, biarkan teman dia memberikan dukungan sekaligus pelatihan. Minta pendapatnya tentang bagaimana Anda berekasi terhasap suatu permasalahan secara emosional.
9. Nikmati Proses - Tujuan dalam hidup memang sebuah titik penting untuk dicapai. Tapi terpancang pada hasil justru membuat kita mengabaikan proses. Mengimpikan apa yang jadi tujuan Anda hanya akan membuat impian itu ada diawang-awang. Tapi hanya bertindak selangkah demi selangkah yang akan membawa Anda mendekati apa yang ingin Anda capai.
10. Jangan Lupa Bersyukur - Kadang kita lupa betapa banyak yang telah kita dapat dalam hidup ini. Sebenarnya, menyadari rahmat yang kita terima justru akan membawa warna cerah dalam kehidupan itu sendiri. Mulailah membuat catatan bahagia setiap hari. Ingat tiga hal yang patut Anda syukuri selama sepanjang hari yang Anda lalui, niscaya itu akan membuat Anda lebih menghargai hidup.
Kalau hidup positif dapat membuat kita lebih bahagia dan sehat, rasanya kita semua patut untuk mengusahakannya. Dan semoga sepuluh panduan diatas dapat membantu Anda melakukannya.
Dipetik dari: suryaningsih.wordpress
(Artikel berbahasa Indonesia)

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.




http://filer.deltacis.net/users/hashim/007.jpg
Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.
Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”
Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”

# Rezeki tidak lancar

Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”
Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.
# Keterasingan antara Allah
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.
Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”
# Keterasingan antara manusia
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.
# Allah akan menyulitkan urusannya
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.
# Kegelapan dalam hati
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.
# Maksiat melemahkan kekuatan hati
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.
Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.
# Malas mengerjakan ibadat
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.
# Terbiasa berbuat dosa
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.
Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.
Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

8 Langkah Supaya Allah SWT Mencintai Kita



http://www.go-makkah.com/upload/images/news/go-makkah-hajj-oumra-h31koo-go-makkah-hajj-oumra-097hxq-hajj-2010jpgjpg.jpg
Alangkah bahagianya hidup ini jika kita disayangi dan dicintai, apatah lagi jika yang menyayangi dan mencintai kita itu adalah Tuhan yang menciptakan kita, Raja segala Raja. Pastinya Allah akan sentiasa dekat dengan hamba yang menjadi kekasihNya dan sentiasa menolong dan membimbingnya ke arah keselamatan dan kebahagiaan, di dunia dan di akhirat.
Sebenarnya petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah ada di dalam al Quran.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."
[al Baqarah:222]

" Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[ali Imran:31]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."
[ali Imran :146]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
[ali Imran: 159]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
[al Maidah: 93]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa."
[at Taubah:7]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."
[al Mumtahanah:8]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." [as Saff :4] 
Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

1. Sentiasa bertaubat dan mensucikan diri (zahir dan batin).

2. Sentiasa melakukan segala apa yang diperintahNya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sentiasa bersabar.

4. Sentiasa bertawakkal.

5. Sentiasa berbuat kebajikan.

6. Bertaqwa.

7. Sentiasa berlaku adil.

8. Berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.
Sesungguhnya cinta Allah itu tiada tandingan.
Ya Allah, kami mencintaiMu... 

Kanada menghantar pegawai penyiasat ke setiap masjid



http://www.hespress.com/_img/canadaprayers4.jpg
Pasukan FBI telah menghantar pegawai penyiasat ke setiap masjid. Kini Kanada didiami 700 Ribu penganut Agama Islam yang dianggap melebihi 2% daripada penduduk kesluruhan penduduk Kanada yang berjumlah 32.8 orang penduduk. Kini segala kegiatan di masjid telah dipantau oleh  FBI.

3 Gerak Geri Allah SWT




http://psdfan.com/wp-content/uploads/2009/08/hdspace4.jpg
* Allah SWT mengatur perjalanan hayat alam ini mengikut syariat yang Allah SWT telah tetapkan.
*  Semua pergerakkan makhluk adalah mengikut arahan Allah SWT, pergerakkan tersebut Allah bahagikan kepada 3 pergerakkan :
  1. Gerak yang dipaksa- seperti pergerakkan bumi, matahari yang membakar, lautbyang berombak dan angin yang bertiup.
  2. Gerak yang diredhai- seperti sujud seorang hamba, puasa seorang hamba, pemaaf seorang hamba, tawaduk seorang hamba dan taqwa seorang hamba.
  3. Gerak yang dimurkai- seperti seorang yang berzina, minum arak, berjudi, penguasa yang bertindak zalim, peniaga yang makan riba, peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan, tidak mahu membayar hutang dan menipu timbangan dan kiraan.
Diantara ketiga-tiga gerak geri tersebut, gerak geri yang diredhai adalah gerak geri yang diredhai adalah pilihan terbaik.
Kitab Melihat dengan mata hati, m/s : 128.