Pages

Tuesday, April 27, 2010

Kesan Letusan Eyjafjallajokull Volcano di Iceland




Gambar Gunung Berapi  Eyjafjallajokull yang sedang memuntahkan laharnya

Kesan abu gunung berapi Iceland lebih buruk daripada yang dijangkakan. Abu yang muncul akibat letusan gunung tersebut telah melumpuhkan sistem pengangkutan udara Eropah.

Gambar ketika Gunung Berapi Eyjafjallajokull sedang menggelegak


International Air Transport Association (IATA) meramalkan syarikat-syarikat penerbangan menanggung kerugian pendapatan US$200 juta sehari. Ini tidak termasuk kos-kos lain melibatkan pejadualan semula dan penggunaan lencongan. Mungkin se baha gian syarikat akan terpaksa gulung tikar jika keadaan ini berterusan.

 Asap tebal menyeliputi pemandangan di sekitar Iceland

Kesan sebenar kepada ekonomi ialah kebekuan ekonomi akibat ketiadaan pengangkutan udara , bukan sekadar di Eropah malah di seluruh dunia. Tanpa pengangkutan udara , manusia tidak dapat bergerak untuk melaks ana kan tugas masing-masing , mesyuarat tidak berjalan , pertemuan terpaksa dibatalkan , persidangan dan perhimpunan besar terpaksa ditangguhkan. Sektor perkhidmatan dan pelancongan akan terjejas , tempahan hotel dan pusat peranginan terpaksa dibatalkan , kontrak tidak dapat dipenuhi.

Pengangkutan barangan tidak dapat dilaks ana kan , produk bernilai tinggi tidak bergerak , produk pertanian tidak dapat dihantar dengan segera , penghantaran produk kesihatan , perubatan dan saintifik tertangguh , sistem courier dan pos ekspres menjadi kelam kabut , alat ganti mesin dan kilang tidak dapat diperoleh.

 Pandangan dari udara - debu-debu hitamnya yang tidak mengandungi toksin ini sudah mula 'jatuh' di UK

Dalam surah ad-Dukhan , kita telah diberikan amaran baha wa kedatangan asap/kabut dari langit adalah sesuatu yang mengazabkan.
”Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata. Yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (Mereka berdoa): "Ya Rabb kami , lenyapkanlah daripada kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman.” 
(Ad-Dukhan 44: 10-12)

Kita tidak mengatakan abu gunung berapi Eyjafjallajokull inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini , tetapi yang penting , amaran Allah baha wa asap/kabut dari langit itu adalah salah satu azab bagi manusia dan merupakan salah satu tanda kedatangan kiamat.

Muslim perlu sentiasa sedar baha wa fenomena alam adalah tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

”Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi , dan pada pertukaran malam dan siang , ada tanda-tanda (kekuasaan , kebijaks ana an dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.” 
(Ali Imran 3: 190]

Bagi kita , letusan gunung berapi serta luapan abu terjadi dengan kudrat dan iradat Allah. Jelas kepada kita baha wa kuasa Allah jauh lebih tinggi , lebih hebat mengatasi kekerdilan teknologi ciptaan manusia. Kapal terbang manusia yang dianggap canggih tidak dapat terbang dan berfungsi hanya ker ana satu letusan daripada salah satu gunung berapi. Begitulah lemahnya manusia berbanding yang Maha Esa.

Debu dari Gunung Berapi Eyjafjallajokull boleh dilihat dengan jelas di laut berdekatan dengan Iceland

Sekarang ni , kilang kilang kita sudah mula kekurangan bekalan baha n baha n mentah akibat dari penerbangan udara yang tergendala rentetan dari letusan tersebut.

‘Kelumpuhan’ laluan udara melintasi Eropah ekoran abu gunung berapi , ‘menandingi penutupan besar-besaran’ perjal ana n udara yang dilakukan selepas berlakunya serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC)

 Debu tebal menyelubungi kawasan ladang Dr angsh lid di Eyjafjoll , Iceland

Ketika ini , melalui kebanyakan negara Eropah , tidak banyak penerbangan beroperasi. Ia sudah pastinya menandingi penutupan secara besar-besaran yang dilihat selepas serangan ke atas WTC pada 9 September 2001. Selepas Al-Qaeda menyerang New York dan Washington pada 2001 , ruang udara Amerika Syarikat (AS) ditutup selama tiga hari , memaksa sistem penerbangan Eropah menangguhkan semua penerbangan rentas Atlantik.


--
Kekadang Allah menyempitkan
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!


Jazakumullah Khairan Katsiran
Wassallam




This email is confidential and intended only for the use of the individual or entity named above and may contain information that is privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that any dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message. - This mail is sent via Sony Asia Pacific Mail Gateway.


14 Images | View Slideshow | Download Selected | Download All  

 

Antibiotik & kisahnya





Assalamualaikum,
Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.  
Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik d igunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh di baha gikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic) . Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, ker ana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii.. ... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan baha ya kepada tubuh. 


Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik? 


1. 
Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. 
Antibiotik mempunyai kesan sam pingan . Antibiotik boleh menyebabkan kesan sam pingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sam pingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sam pingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar. 
3. Antibiotik sebagai bom nuklear . Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu. 

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.
Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring 

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh. 

Apa yang berlaku, antibiotik yang sam a apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat ker ana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusa n sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia. 


Kos Perubatan Meningkat 


Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini ker ana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu? 


Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya? 


1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab... 

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat 
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar 
dibezakan untuk sesetengah pesakit. 
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik) 

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiot ik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan... 
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang ma sam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal ana k tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati. 

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". 
Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi ana knya antibiotik walaupun sedikit demam. 

Cara Saya 


Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak perna h memberi antibiotik kepada ana k saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tam baha n, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang. 

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan. 

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria. 


Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat! 


"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok". 

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat ker ana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat. 

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara. 

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sam a ku at juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan. 
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?




Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah
organisasi.


"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata
seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali
terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara.
Kesempatan
yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya
sepanjang
berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat
atau
mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam
sesi
sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan
sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya
sudah
berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang,
semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik
pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik. tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam
organisasi
ini telah mendapat ganjaran." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak
lebih
sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan
kepada
kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu
misteri
dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you
give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja,
tapi
Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah
encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan
akan
dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa
yang
berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu
jalan
yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah
kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong
kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun
beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya
sampaikan
dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau
setelah
berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita
pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya
memberi
laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita
bantu
tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk
membalas
kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak
pernah
merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam
kehidupan
manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang
membalas
kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak
itu
lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan
Maha
Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang
yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun
semula
kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi,
Allah
Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia
lagi."

"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang
setia.
Dan paling penting. hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan
yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat
atau
gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek
lebih
baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja. pangkat yang
mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi
ketenangan
hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back.
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan
juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada
kita.
Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek
mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang
lebar.


"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang
tinggal
tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata
orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan
oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi
kebaikan
hanya kerana tidak dapat penghargaan."
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita
buat
kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau
kepada
Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima
kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala.
Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi
apa
yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi. " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada
yang
derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang
tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan
ucapan
terima kasih
?"
"Ah, kita terlalu ego."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada
lintasan
hati oleh satu pertanyaan. orang ikhlas tertindas?

SUMBER:  .

Amalkan berwuduk sebelum tidur





Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi ber sama. 
Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidur selepas berjunub. Nabi s a w 
jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidur.
Sebaiknya dalan 
keadaan junub, haid dan nifas kalau nak tidur ambil wuduk
dulu. Sebabnya kalau tak wuduk bahaya menanti. Syaitan
boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka,
boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak
or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit
yang susah diubati seperti cancer. Seperti ustaz maklumkan
sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara
ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.

Sampaikan pesanan kepada Kawan2 kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan
menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum

Bahaya filem 3D terhadap kesihatan



TOKYO - Beberapa syarikat barangan elektrik di Jepun mengeluarkan amaran mengenai bahaya filem 3D terhadap kesihatan penonton. 

Kumpulan syarikat itu, termasuk Toshiba, Sharp dan Hitachi menjalinkan kerjasama dengan kerajaan untuk mengeluarkan buku panduan mengenai kesan sampingan akibat menonton imej 3D. 

Menurut kumpulan itu, filem-filem 3D mampu menyebabkan pening, loya dan mata lesu. 

"Kami tidak fikir ini akan menjadi masalah besar kepada majoriti penonton," kata jurucakap kumpulan syarikat itu, Koichi Imai. 

Menurutnya, penonton boleh mendapatkan buku panduan tersebut di pawagam dan premis perniagaan. 

"Perkara paling mudah untuk seseorang yang berasa tidak sihat kerana menonton filem 3D adalah dengan berhenti menonton," katanya.

“Alamak, saya lupa basuh tangan!”




“Anda masih ingat pada suatu masa bila ibu bapa kita berulang kali mengingatkan kita agar membasuh tangan dahulu sebelum makan? 

Mereka sering berkata “Makan dengan tangan bersih boleh elak penyakit!” 

Membasuh tangan juga dianggap satu tabiat baik di meja makan. Penulis masih ingat ketika beliau menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh, selain mengenakan pakaian yang kemas serta bersih sebelum makan malam, penghuni asrama juga dikehendaki beratur dan membasuh tangan mereka sambil diperhatikan penyelia asrama. 

Kenapa perlu basuh tangan? Pengurus jualan B Braun Medical Supplies Sdn Bhd (Bahagian Pesakit Luar) Wong Liang Min berkata, kuman wujud di mana-mana. Adalah mustahil untuk menghapus semua kuman, tetapi tangan bersih menghalang kuman yang menyebabkan penyakit daripada merebak. 

Menurut Wong, kuman boleh didapati pada barang permainan, tombol pintu, telefon termasuk telefon bimbit, beg tangan dan dompet, kereta tolak serta alat kawalan jauh dan suis lampu. 

“Mana-mana lokasi yang ada pergerakan manusia, sudah tentu ada pergerakan kuman. Anggaplah kedua-dua tangan anda sebagai satu Sistem Transit bagi kuman," katanya. 

        

Pemindahan kuman
      
Wong memberi beberapa contoh tentang bagaimana pemindahan kuman boleh berlaku. 

“Cuba lihat dari aspek makanan. Bila anda menyentuh makanan tanpa membasuh tangan atau memakai sarung tangan, kuman akan melompat dari permukaan tangan ke permukaan makanan dan bila makanan itu dimakan, boleh menyebabkan berlakunya penyakit. 

“Dari badan ke tangan dan permukaan. Bila anda gosok mata, menyisir rambut dengan jari atau sentuh mana-mana anggota badan dan sebelum menyentuh benda atau orang lain, maka berlakulah pemindahan kuman. 

“Apabila bersentuh dengan orang yang sakit, walaupun tiada tanda dan gejala yang ketara seperti seorang anak yang demam atau mengalami cirit-birit, kuman akan turut mengembara bersama anda sehinggalah anda membasuh tangan," katanya. 

Wong berkata, bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, bersentuhan dengan haiwan ini akan menyebabkan kuman melekat pada badan dan mendatangkan penyakit. 

Wong juga menyenaraikan beberapa faktor yang boleh menyebabkan kuman merebak seperti terkena tangan yang kotor, menukar lampin kotor, terkena air serta makanan tercemar dan juga cecair titisan daripada batuk atau bersin. 

"Cara lain ialah melalui permukaan tercemar atau sentuhan dengan cecair badan orang yang sakit. 

“Apabila kanak-kanak tersentuh kuman, dengan cara tidak sengaja mereka akan terkena jangkitan setelah menyentuh mata, hidung dan mulut mereka. Dan apabila anak-anak terkena jangkitan, sudah tentu ahli keluarga lain juga akan terkena jangkitan penyakit yang sama," katanya. 

Membasuh tangan dengan baik merupakan barisan pertahanan pertama terhadap jangkitan penyakit, sama ada daripada selesema biasa sehinggalah penyakit yang lebih serius seperti meningitis, Bronchiolitis, Influenza, Hepatitis A dan juga cirit-birit. 

        

Pentingnya basuh tangan
     
Menurut Wong, bukan sahaja penting bagi membasuh tangan secara kerap tetapi juga teknik membasuh tangan yang betul. 

Beliau berkata, membasahkan tangan sepintas lalu dengan air paip yang dingin hanya ‘membasahkan’ kuman. Untuk menghindari kuman, anda perlu mengikut cara membasuh tangan yang betul. 

“Basahkan tangan dengan air suam (sesuam mana yang boleh) dan gosok dengan sabun buku atau sabun cair dan gosok tapak tangan anda serta juga celah jari hingga berbuih. 

“Gosok secara kuat sekurang-kurangnya 20 saat dan pastikan semua permukaan tangan bersih termasuklah pergelangan tangan, belakang tapak tangan, celah jari-jari serta juga bawah kuku. 

“Bilas dengan air sebersihnya dan keringkan menggunakan tuala kering bersih atau tuala kertas,” katanya. 

Menurutnya, kepentingan membasuh tangan ialah ia menghalang jangkitan pelbagai penyakit. 

“Mempunyai tangan yang bersih, membuatkan anda rasa dilindungi sepanjang hari. Tangan yang bersih penting untuk kesihatan anda,” katanya. - Bernama

Kereta mewah raja dadah dirampas

LONDON: Dua kereta Bugatti Veyron adalah antara kereta mewah bernilai 4 juta paun (RM20 juta) yang dirampas polis malam tadi selepas dirampas daripada seorang raja penjenayah.
Polis menemui wang tunai berjumlah kira-kira £750,000 (RM3.7 juta) dalam kereta itu yang dirampas di beberapa tempat di Britain dan Switzerland.

Turut ditahan ialah empat Ferrari, dua daripadanya Enzo yang bernilai 800,000 paun (RM4 juta) , tiga Rolls Royce dan dua Porsche.

Setiap satu kereta Veyron itu berharga £750,000 (RM3.7 juta) .

Raja dadah, Alexander Surin, 44, ditahan sebelum itu dan akan didakwa di Perancis selepas diekstradisi dari Sepanyol.
Dia dipercayai menyembunyikan kereta mewah itu dan memandu kereta murah bagi mengelak perhatian.

Kunci kenderaan itu ditemui dalam serbuan terhadap beberapa rumah di London dan kawasan Midland.

Sebuah kereta Rolls Royce jenis Phantom berharga 150,000 paun (RM738,000) yang diletakkan di Lapangan Terbang Stansted di Essex ditemui dengan menekan alat kawalan jauh sehingga kunci kereta sebelah kanannya terbuka.

Seorang jurucakap Agensi Jenayah Terancang mengesahkan: “Kami menahan beberapa hartanah dan kereta mewah dalam siasatan terhadap Surin.” - Agensi

Kaya kerana buku, filem Harry Potter

LONDON: Kuasa magis Harry Potter membolehkan pengarang
buku  dan pelakon filemnya meraih lebih 600 juta paun
 (RM3 bilion)  secara  keseluruhannya.
JUTAWAN...Grint (kiri) Radclife dan Emma.











JUTAWAN...Grint (kiri) Radclife dan Emma.

JK ROWLING...bilionair.

JK ROWLING...bilionair.


Novelis, JK Rowling dilaporkan meraih kekayaan peribadi
mencecah  519 juta paun (RM2.5 bilion) menerusi siri buku itu,
 menjadikannya  pengarang paling kaya di dunia ketika ini,
menurut  Senarai Orang Paling Kaya Britain yang dikeluarkan
akhbar Sunday Times.

Daniel Radcliffe, 20, yang membintangi filem adaptasi daripada
 buku JK, disenaraikan sebagai warga muda Britain kelima paling
 kaya dengan jumlah harta sebanyak 42 juta paun (RM207 juta).

Ia meletakkan dirinya di tangga lebih atas berbanding Putera
 William dan Harry yang menduduki tempat ke tujuh dengan
 harta peribadi masing-masing berjumlah 28 juta paun
(RM137 juta) dalam kategori 30 tahun dan ke bawah senarai itu.

Emma Watson, 20, yang memegang watak Hermione Granger
dalam  filem Harry Potter, disenaraikan ditangga ke sepuluh
dengan harta berjumlah 22 juta paun (RM108 juta).
Rakannya dalam filem berkenaan, Rupert Grint, 21, yang
memegang  watak Ronald Weasley pula menduduki tangga ke-12
dengan jumlah harta sebanyak 20 juta paun (RM98 juta).

Sementara itu, Robert Pattinson, 23, yang memainkan peranan
 sebagai  Cedric Dighisgory dalam filem Harry Potter and the
Goblet of Fire yang  diterbitkan pada 2005, berada di tangga
ke-14 dengan harta berjumlah  13 juta paun (RM64 juta).
Semua bintang Harry Potter itu mengalahkan penyanyi, Leona
 Lewis,
Charlotte Church dan Cheryl Cole yang masing-masing berkongsi
 tangga  ke-16 dan 20 dalam senarai Warga Muda Britain Paling
 Kaya.

Senarai utama yang dikeluarkan akhbar itu juga menunjukkan
pencapaian  golongan kaya United Kingdom sepanjang 12 bulan
 lalu walaupun Britain  bergelut menghadapi pemulihan ekonomi
yang rapuh.

Dalam tempoh setahun sahaja, kekayaan keseluruhan 1,000
orang paling kaya negara itu meningkat sebanyak 30 peratus
dan kekayaan mereka  meningkat lebih 77 bilion paun
(RM379 bilion) kepada 333.5 bilion paun  (RM1.64 trilion),
peningkatan tahunan terbesar dalam sejarah 22
tahun senarai itu.

Jumlah bilionair juga meningkat seramai 10 orang kepada
53 dengan  hartawan keluli, Lakshmi Mittal terus berada di
 tangga teratas selama enam tahun berturut-turut dengan
hartanya dianggar berjumlah 22,450 bilion paun
 (RM110 bilion). - Agensi