Pages

Tuesday, April 20, 2010

Kenali pasukan Dajjal dan sekutu kuat dajjal.



Salaaaamun alaikum wa.b.t……pada post untuk kali ini saya agak berminat untuk menyelongkar serba sedikit tentang Dajjal dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya. semua isi didalam ini banyak saya ambil dari blog-blog yang banyak mengkaji tentang dajjal. semoga dapat berkongsi

Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal, dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.
Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons . Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggilIlluminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.
Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.
Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.
Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons
Sepintas lalu berkenaan Freemaso
Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;
Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illumiati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.
Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.
Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.
Antara kegiatan-kegiatan mereka
Menurut buku Dajal dan Simbol Setan - Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.
Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati
Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu
Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya
 
Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.
Church of Satan
Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagaiChurch of Satan ataupun Gereja Syaitan.
Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.
Bohemian Club
Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.
Skull and Bones
Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.
Bendera Israel
Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.
Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.
Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan dengan Star of David.
Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;
Pentagram kuno - bintang terbalik
Pentagram moden - bintang tak terbalik
Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.
Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu seperti di bawah;
Menjadi
Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga
Menjadi
Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.
Apa kaitannya dengan Dajjal?
Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).
“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.
Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.
Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.
Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalah The Freemasons yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.
Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.
Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, ada di sebutkan dalam hadis Rasulullah. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”

Di Malaysia juga sebenarnya telah hadir ejen-ejen dajjal ini, yang mane terdiri dari individu dan kumpulan-kumpulan yang berpengaruh. Mungkin anda juga telah terpedaya dengan mereka, kerana mereka amat bijak melindungi identiti sebenar mereka. Dan mereka juga bijak dalam menipu dan mengunakan helah tanpa kita sedari....
Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal
1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.
‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)
2 - Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,
اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال
‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”
Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam :)

"Alien"








Tema 'alien' atau makhluk asing menjadi popular sama ada dalam filem-filem mahupun fiksyen.Kini gelombang media The Elite semakin memutarkan idea kiamat atau kemusnahan Bumi.Apakah kaitannya dengan isu 'alien'?Adakah tiba seorang penyelamat yang dinanti-nantikan itu?

Ini adalah Jigsclue #12 di bawah codename 'Alien'


'Dengar' baik-baik.






-M.O






Pada Julai 1947,seorang petani di sebuah ladang di Roswell telah mendengar satu dentuman misteri betul-betul dibelakang rumahnya.Petani bergegas membuka pintu.

Malam itu hujan renyai-renyai.

Petani itu keluar dan berjalan perlahan-lahan.Dia memandang ke hadapan.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bangkai pesawat aneh yang besar dihadapannya.

Ketika dia mahu mara lebih jauh lagi,tiba-tiba bahunya dipegang orang.Petani itu menoleh,anehnya...seorang lelaki berpakaian seperti seorang pegawai tentera kini berada dihadapannya.

"Balik ke rumah awak.Lupakan hal ini.Kawasan ini sudah diwartakan kawasan larangan sekarang.Ingat,jangan ceritakan pada sesiapa"

Petani itu melihat keadaan sekeliling.Alangkah terperanjatnya dia apabila melihat kawasan itu sudah dibanjiri konvoi-konvoi tentera.Petani itu pun berjalan pulang ke rumahnya,meninggalkan seribu tanda tanya.Tiba-tiba dia terlihat satu objek aneh yang agak bersinar di atas tanah.Dia pun mengambilnya.

Objek itu adalah kepingan logam yang ringan.Namun di atas permukaannya terdapat corak-corak aneh.Seperti plan satu bandar besar.Bangunan-bangunan dan jalan-jalan yang berselirat.

Pada tahun 1948,transistor dicipta.







"Alien"










Malam itu
langit cerah dihiasi bintang
Truman mengeluh perlahan
di manakah Pleiades
di manakah gugusan Reticuluum
dia mencongak bintang
di dada jendela
segalanya reverse engineering

Skull & Bones pada singgahsana Hitler
bagaikan rahmat pada Mr. President
Einstein dan Neumann ingin tahu
adakah Tesla kehabisan idea?

Dana dan modal bukanlah alasan
jika mahu memilikinya
apa jua mahunya Aleister Crowley
bukankah Rockefeller dan Rothschild sedia membantu?

Di Roswell
para petani tunduk membisu
soldadu ada di mana-mana
sedangkan kebenaran jauh
berada di seberang sana

bukankah dari cebisan Sky-Station itu
mereka membina
Silicon Valley?



Namanya ialah Benda Terbang Yang Tidak Dikenali.Bahasa Inggerisnya Unidentified Flying Object atau ringkasnya UFO.Bila bercakap tentang UFO,tidak boleh tidak perkataan 'alien' atau makhluk asing pasti dikaitkan sama.Soalannya sekarang,siapakah sebenarnya 'alien' itu?

Adakah 'alien' ini benar-benar datang dari planet lain,galaksi yang lain?Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat?Benda-benda aneh yang terbang di langit kerapkali menjadi perhatian manusia.Pada zaman moden cerita tentang UFO ini bermula dengan kisah seorang usahawan Amerika, Kenneth Arnold.Pada 24 Jun 1947 ketika memandu pesawat peribadinya berdekatan Gunung Rainier, Washington,dia telah ternampak sembilan objek terbang bersinar melintasi Gunung Rainier menuju Gunung Adams dengan "kecepatan yang luar biasa". Dia bercerita kepada seorang wartawan akhbar bahawa benda itu bergerak dengan kecepatan 1600km/jam.Arnold kemudiannya mengatakan bahawa mereka "terbang seperti piring jika dilemparkan melintasi air" dan dia juga mengatakan bahawa mereka "pipih seperti pai", "berbentuk seperti piring", dan "berbentuk seperti bulan sabit, lonjong di depan dan cembung di belakang, ... mereka kelihatan seperti cakera pipih yang besar" (namun kemudian digambarkan berbentuk seperti sabit). Laporan Arnold tersebut membuat masyarakat dan media masa tertarik perhatian sehingga munculah istilah 'Piring Terbang' (flying saucer).Pada Julai tahun yang sama,terjadilah Peristiwa Roswell yang terkenal itu menjadikan UFO lebih fenomena.



Sebenarnya situasi sebegini sudah muncul jauh sebelum tahun 1947 seperti kejadian di Nuremberg pada 14 April 1561.Ketika itu penduduk melihat langit dipenuhi cakera-cakera bercahaya.Beberapa anekdot lain juga melaporkan hal yang sama.Tetapi di sini bukanlah hendak menghuraikan berkenaan UFO.Ini tidak penting.Di sini kita ingin tahu siapakah di sebalik UFO iaitu apa yang dinamakan sebagai 'alien' tadi.

'Alien' dan 'UFO' popular amnya selepas peristiwa Kenneth Arnold dan Roswell.Kedua-duanya berlaku pada tahun 1947.Peliknya,selepas peristiwa itu beratus-ratus laporan tentang penyaksian UFO telah diterima di seluruh Amerika.Kemudian pihak media,penulis buku,filem dan pelbagai lagi medium mula menggembar-gemburkan kehadiran makhluk asing.Kemudian kes UFO dan makhluk asing menjadi tema yang popular dalam Teori Konspirasi.Antara yang popular ialah siri televisyen X-File.Di dalam siri ini,Kerajaan Amerika digambarkan mempunyai hubungan sulit dengan makhluk luar bumi dan kerap menutup penglibatan mereka dengan fenomena UFO.

Benarkah terdapat makhluk luar bumi?

Kami akan beritahu anda sebentar lagi siapakah sebenarnya makhluk pintar dan cerdas ini,sebagaiman yang ingin 'shadow government' mahukan kita semua mempercayainya.

Sebelum itu mari kita bermain dengan 'jigsaw puzzle' kita.

Terdapat ciri-ciri khas bagi semua 'alien' yang didapati dari saksi-saksi yang pernah menjadi mangsa penculikan ataupun sekadar terlihat sahaja.Mereka telah melukiskan lambang-lambang yang dipakai oleh 'alien' ini.Mereka juga telah melukiskan gambaran fizikal makhluk asing tersebut.Mari kita analisis penemuan mereka.




Lambang di sebelah kiri adalah lambang burung berkepala dua,sedang menggenggam sebiji bola.Di sebelah kanannya ialah seekor ular.Di sebelah bawah kanan ialah satu segitiga dan ular,disebelahnya pula ialah seekor burung (helang?).Disebelah bawahnya ialah satu segitiga di dalam bentuk bujur.

Ini pula adalah lambang satu 'puak' makhluk asing iaitu Reptilian.Lihat segitiga dan ular.




Buat pengetahuan anda,mengikut kajian para pengkaji UFO dan makhluk asing,terdapat beberapa puak makhluk asing yang biasanya dikategorikan berdasarkan rupa,bahasa dan lambang pada pakaian.Ada di antaranya telah mengalami proses hibrid.Antara nama-nama kelompok makhluk asing yang biasa adalah seperti Sirian,Reptilian,Pleiadian,Orion dan sudah pasti,Grey.









Dua kelompok yang popular ialah Grey dan Reptilian.Grey (atau Zeta Reticuli) senang dikenali dengan trademark wajahnya yang berbentuk bujur,berkepala besar dan matanya yang unik.



Wajah Grey seringkali muncul dalam filem,buku,majalah dan menjadi logo komersil (AlienWorkShop misalnya).Reptilian pula lebih kepada campuran haiwan-haiwan bersifat reptilia seperti biawak,ular dan cicak.Kadangkala mereka digelar 'Serpent Tribe' atau 'The Lizard Race'.










*Grey




*Reptilian



SETAKAT INI ANDA SUDAH KENAL SIAPAKAH SEBENARNYA 'ALIEN' INI?



Antara fenomena yang dikaitkan dengan 'alien' ialah kejadian kehilangan organ-organ haiwan.Anehnya kejadian ini juga banyak terjadi di Amerika.Haiwan-haiwan ini ditemui mati dengan kehilangan organ dalaman dan ada yang tanpa kepala.Namun yang anehnya,tiada kesan-kesan darah ditemui.

Lihat gambar makhluk asing atau 'alien' di bawah ini.Wajahnya sungguh hodoh.Fizikalnya buruk dan seperti haiwan dari spesis dinosor.Perhatikan betul-betul dan cuba kaitkan semua misteri ini.Tentang kerajaan Amerika,kejadian UFO,rupa 'alien' yang hodoh,cicak,ular,segitiga dan teknologi canggih.




ANDA SUDAH SIAP MENCANTUM PUZZLES ANDA?




Kami tidak mahu berceloteh panjang lagi.Kepada yang masih terkial-kial mencantum,biar kami beritahu sahaja.Berdasarkan beribu-ribu laporan UFO,fail-fail saksi penculikan,pengkaji dan survivor projek/program rahsia Amerika.Juga catatan Jan Van Helsing,Philip J. Corso,dan lain-lain.Juga tidak dilupakan pandangan bijak dari ilmuan konspirasi Islam,Muhammad Isa Dawud,teori unik dari Val Valerian dengan Krill Files,MJ12 dan Matrix...

bahawa...

Tidak diragukan lagi bahawa semua 'alien' yang digembar-gemburkan oleh media terutamanya dari Amerika itu adalah satu propaganda.

Propaganda.

Propaganda yang menjenamakan semula makhluk-makhluk JIN & SYAITAN kepada makhluk pintar dan cerdas dari luar angkasa.JIka di alam Melayu kita dimomokkan dengan rupa jin yang hodoh dan menggerutu dalam kisah-kisah rasukan dan gangguan jin.Di Amerika tiada bezanya,modus operandinya sama.Cuma yang membezakan dan mengelirukan ialah istilah-istilah saintifik yang digunakan.Hallucination,abduction,space travel,implant,mutilation dan pelbagai lagi adalah angkara makhluk yang sama.Makhluk yang juga banyak menculik dan menghilangkan kanak-kanak di dalam pengalaman orang-orang Melayu.Bezanya di Amerika,terdapat campur tangan manusia.

Apa kaitan kerajaan Amerika dengan semua ini?

Kerajaan Amerika,yang semua kita ketahui dikuasai oleh tangan-tangan tersembunyi,atau kita panggil The Hidden Hand,Illuminati,Freemason,konspirasi Yahudi atau apa sahaja adalah mengadakan kerjasama sulit dengan propaganda ini.Pertukarannya adalah teknologi.

Jin adalah makhluk mukallaf.Maksudnya mereka juga dipertanggungjawabkan kehidupan di dunia.Mereka juga mendapat balasan syurga dan neraka.Sebab itu ada Jin Islam dan Jin Kafir.Jika sudah kategori mukallaf seperti manusia,maka pada masa yang sama,mereka juga memiliki fikiran untuk berkembang maju seperti manusia.Jadi siapakah perantara antara makhluk Jin dan manusia dalam konspirasi yang dasyat ini?

Dajjal dan para penyembah Iblis.

Dajjal adalah manusia pintar yang termasuk antara makhluk yang ditangguhkan ajalnya,sebab itu tiada seorang nabi pun diutuskan melainkan dia akan mengingatkan kaumnya akan bahaya fitnah Dajjal.Dajjal juga mempunyai teknologinya sendiri hasil pembelajarannya yang lama,disamping itu dia tahu kewujudan para jin ini yang hidup lebih dahulu dan lama dari manusia.

Untuk balasannya Kerajaan Amerika atau 'shadow government' perlu melakukan tugas khas.Apakah tugas itu?Tugas itu adalah kerja-kerja mempromosikan 'alien' sebagai makhluk luar angkasa yang pintar dan cerdas.Untuk apa?

Pertamanya adalah untuk menimbulkan panik dan ketakutan awam.

Keduanya untuk propaganda susulan.Iaitu 'upgrade' imej 'alien' kepada para dewa atau Tuhan yang kononnya pernah singgah dan menguasai Bumi.Kini para dewa ini akan kembali dan kita mesti meraikannya (ingat kemunculan Dajjal?).Istilah popular yang sering digunakan ialah Annunaki (Annunaki adalah salah satu dewa Sumeria)

Ketiganya untuk membiasakan manusia dan menjadikan para jin dan syaitan ini idola atau penyelamat bagi manusia.Para jin yang asalnya hodoh ini rupa-rupanya adalah makhluk pintar yang memiliki teknologi canggih seperti UFO kononnya.

Dari premis di atas,para Elit telah mengeksploitasikannya sebagai salah satu cara mengelirukan fikiran awam.Contohnya kewujudan pergerakan Raelian yang menyembah 'alien' ini.Mereka juga memiliki kitab suci sendiri iaitu Urantia Book yang ditulis oleh nabi makhluk asing itu.Para cendekiawan juga diupah untuk menulis tentang Annunaki atau 'ancient astronauts' yang kononnya merupakan para dewa-dewi sembahan manusia pada masa dahulu yang 'hilang' kini kembali untuk menguasai bumi.


Kita akan tahu siapakah dalang disebalik semua ini apabila mengkaji dengan lebih jauh.Lambang burung berkepala dua itu adalah lambang khas pertubuhan Dajjal.Freemason adalah organisasi yang biasa menggunakan lambang ini.Begitu juga lambang helang.Lambang helang pada mohor Amerika adalah helang yang sama pada logo Nazi.Salah satu bacaan yang agak baik ialah The Nazi Hydra In America.

Ular adalah lambang kultus-kultus penyembah Iblis.Segitiga adalah lambang khas kultus sihir dan juga materialis.Semua puak 'alien' menggunakan kombinasi lambang-lambang ini.Anehkan?Mereka dari 'tuan' yang sama.

Cuba lihat salah satu tulisan 'alien' yang sempat direkodkan.






Sesiapa yang sudah biasa dengan kod rahsia atau bidang kriptografi pasti sudah dapat mengecam jenis tulisan ini.Ini adalah kod yang biasa digunakan oleh para Mason sehingga dilabel sebagai Mason Code.Sudah terang lagi bersuluh.

Seperkara lagi,teori yang mengatakan mereka adalah tentera-tentera Dajjal dari golongan manusia yang diculik terutama di Segitiga Bermuda juga boleh difikirkan (Muhammad Isa Daud).Pakaian dan sarung kulit boleh dicipta dengan mudah seperti yang ditonton dalam filem-filem Holywood.

Sebagai tambahan,ular adalah salah satu jelmaan yang paling kerap dan paling mudah bagi jin.Maksudnya jin mudah untuk muncul dalam dimensi manusia dalam bentuk ular.Cicak pula adalah lambang pengkhianat.Teliti kisah Nabi bersembunyi di dalam gua dari kejaran kaum musyrik.Dan apa rahsia sabda nabi yang mensunatkan bunuh cicak?

Riwayat dari Ummu Syarik:"Sesungguhnya nabi
s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah"

Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.


"The Lizard Race"


JIka anda memahami semua maksud ini,anda akan tidak lagi hairan dengan aksi-aksi mereka seterusnya.
















FIKIRKAN SEMULA

Bukti Dajjal Adalah Manusia (Bahagian 2)



pyramid_dollar
Sebelum ini telah dibentangkan hujah pada bahagian 1 tentang mengapa tanggapan (Hipotesis) bahawa Dajjal sebagai suatu ‘konsep’ tidak boleh diterima. Pembetangan kali ini cuba melihat berkenaan mengapa kita perlu percaya bahawa Dajjal itu manusia.
Saya juga meyakini (sepanjang pembacaan dan penelitian) bahawa Dajjal itu manusia bukan sahaja atas faktor hadith, tetapi melalui pembuktian perkembangan yang berlaku dalam sejarah dunia khususnya benua Eropah. Perkembangan yang berlaku ini sejak ratusan tahun dahulu didapati selari dengan perkembangan agama Judais yang juga mengalami perkembangan sejak ratusan tahun dahulu juga.
Berikut adalah sebab kedua mengapa saya katakan Dajjal itu manusia:
  • Penubuhan Illuminati pada 1776 di Perancis
  • Perjumpaan 100 tahun sekali para Rabbi (Paderi Yahudi)
  • Pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam Protokol Pemimpin Zionis
Bukti 1 : Penubuhan Illuminati pada 1776 di Perancis
Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt merupakan seorang Profesor Undang-Undang di universiti Ingoldstald, Perancis. Sepanjang penubuhanIlluminati ini, Weishaupt telah menghasilkan suatu kertas kerja pada 1 Mei 1776 yang merangkumi perancangan-perancangan Illuminati untuk menguasai dunia bermula dengan negara-negara Eropah.
Perancangan tersebut ditulis dengan mengandaikan bahawa Yahudi dapat menguasai dunia dalam tempoh kurang dari 300 tahun. Kertas kerja perancangan ini telah diedarkan oleh untuk semua ahli-ahli Illuminati di seluruh Eropah. Namun demikian, pembawa buku rahsia Illuminati ini telah mati dipanah kilat pada 1784 semasa membawanya di Perancis.
Pihak berkuasa Perancis telah mengkaji dokumen rahsia ini dan mengedarkannya ke seluruh Perancis dan beberapa negara Eropah sebagai tanda amaran akan bahayanya pertubuhan Illuminati. Dokumen tersebut dikeluarkan semula dengan tajuk “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”.
Pada 1789, salah seorang pemimpin Freemason iaitu Robinson yang kurang sefahaman dengan Weishaupt telah menerbitkan suatu buku bertajuk “The Proof of a Conspiracy to Destroy All Governments and Religions”.Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk memberi amaran kepada golonganDiraja Perancis tentang perancangan Weishaupt untuk mencetuskanRevolusi Perancis pada tahun yang sama iaitu 1789.
Dimana kaitannya penubuhan Illuminati dan kewujudan Dajjal?
Hujah yang akan saya kemukakan untuk mengukuhkan pendapat bahawa Dajjal itu adalah manusia ialah dengan membawa pembaca merujuk kepada dokumen rahsia Illuminati yang bertajuk “The Proof of a Conspiracy to Destroy All Governments and Religions” dan “The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”. Kedua-dua dokumen ini adalah pendedahan dari Robinson dan Polis Perancis pada 1780-an.
Persoalannya, dokumen tersebut mengandungi perancangan rahsia yang menyebut tempoh 300 tahun. Dalam pemikiran logik kita sebagai manusia biasa, mampukah kita merancang sesuatu perkara dengan mengambil tempoh yang begitu panjang ?
Di dalam dokumen tersebut menyebut bagaimana melaksanakan revolusi-revolusi di seluruh Eropah. Kemudian dokumen itu juga menyebut bagaimana menjatuhkan pemerintahan beraja negara-negara Eropah. Dalam erti kata lain, untuk menulis dokumen yang menceritakan perancangan seluruh Eropah, ia memerlukan seseorang yang pernah menjelajah ke seluruh dunia dan memahami segala bentuk kekuatan dan kelemahan kerajaan-kerajaan Eropah.
Persoalannya, benarkah dokumen tersebut  dari idea asal Weishaupt, sedangkan ia sibuk bekerja sebagai Profesor Undang-Undang di Ingoldstadlt? Selain itu dalam masa yang sama beliau juga sibuk dengan pembinaan Kuil Syaitan (Synagogue of Satan) di Gereja Katholik. Di manakah masa yang ia gunakan untuk mengkaji seluruh pentabdiran di semua negara-negara Eropah.?
Tidak lain tidak bukan, ianya adalah perancangan DAJJAL.
Bukti 2 : Perjumpaan 100 tahun sekali para Rabbi Yahudi.
Suatu yang agak aneh dan tidak terdapat pada mana-mana pertubuhan di dunia ini untuk membuat perjumpaan ialah ia mengambil tempoh yang begitu lama. Perjumpaan ini ialah perjumpaan 100 tahun sekali yang dihadiri oleh paraRabbi Yahudi yang menyokong Zionis dan idea One World Govermentyang diperkenalkan oleh Illuminati.
Perjumpaan 100 tahun sekali ini merupakan suatu perjumpaan rahsia, yang mana ia secara tidak sengaja didedahkan oleh Rabbi Reichhorn semasa berucap pada majlis pengkebumian Rabbi Semeon Bin Yehuda. Ucapan ini dilakukan pada 1869.
Dalam ucapan tersebut, Reichhorn menyatakan dengan jelas iaitu:
“Pada setiap 100 tahun kami Pendeta-Pendeta Israel, pada kebiasaannya akan berjumpa di Sanhedrin untuk meneliti kemajuan kita ke arah penguasaan dunia seperti yang telah dijanjikan oleh Jehovah, dan penaklukan kita ke atas musuh kita iaitu Kristian.”
Ucapan Reichhorn telah didedahkan oleh sebuah  penerbitan Rusia bernama La Vieilla France pada 21 Oktober 1920 (no. 195).
Dimana kaitannya ucapan Rabbi Reichorn dengan kewujudan Dajjal?
Kaitannya boleh dilihat pada tempoh perjumpaan yang ditetapkan dan pada beberapa prkataan yang terkandung dalam ucapan beliau. Tempoh 100 tahun adalah terlalu lama, sekiranya seseorang itu menghadiri perjumpaan pada hari ini, kemungkinan besar dia tidak mungkin lagi dapat menghadiri perjumpaan seterusnya. Ini kerana tempoh perumpan seterusnya adalah 100 tahun lagi.
Apakah rasionalnya perjumpaan itu ditetapkan tempoh selang masa 100 tahun. Seperti yang diketahui, 100 tahun bersamaan 1 abad. Setiap perjumpaan akan disertakan suatu laporan tentang perkembangan 100 tahun lepas. Mampukah kita membaca, menilai dan meneliti perkembangan 10 tahun lepas untuk dibuat perbincangan?
Dajjal tahu dia mampu hidup lama, malah dia tahu dia adalah manusia akhir zaman. Jadi apalah gunanya tergesa-gesa menetapkan sesebuah mesyuarat 10 tahun sekali atau 2 tahun sekali. Penetapan tarikh mesyuarat 100 tahun sekali sememangnya adalah untuk kemudahan Dajjal membuat pertimbangan dan penilaian ke atas perkembangan manusia.
Bukti 3 : Pernyataan jelas kewujudan Dajjal dalam Protokol-Protokol Rahsia Zionis
Bukti ketiga adalah bukti paling kukuh untuk menyokong hadith-hadith nabi, bukti pertama dan kedua yang telah dinyatakan sebelum ini. Para pemimpinZionis telah mengeluaran kenyatan yang mengaku bahawa mereka sedang melakukan persiapan untuk menanti ketibaan Raja Yahudi mereka.
Para pemimpin Zionis tahu bahawa Raja mereka wujud dan akan muncul. Cara mereka (zionist) bekerja juga telah dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka menantikan seseorang yang hebat yang bakal memerintah dunia kelak.
Pernyataan ini jelas apabila kita merujuk pada
Protokol No. 15  iaitu :
“Bila Raja Israel meletakkan di kepalanya yang suci, mahkota yang diberikan kepadanya oleh Eropah, beliau akan menjadi penjaga dunia. Mangsa-mangsa yang diperlukan olehnya mengikut kesesuaian mereka…”
Protokol No. 17 iaitu :
“….Melalui penyamaran ini, kita akan menyusup masuk ke dalam institusi Pope ini, dan memastikan bahawa kita tidak akan meninggalkannya sehinggalah kita telah menghancurkan seluruh kekuatan yang tinggal di dalam institusi ini.Raja orang Yahudilah akan menjadi Pope Sejagat yang sebenarnya, ketua bagi sebuah Gereja Antarabangsa.”
Kesimpulan
Maka benarlah apa yang dikatakan Rasulullah SAW dalam hadithnya iaitu:
“…sesungguhnya al-Masikh ad-Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, berambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud, kitab Taqrijul Misykat)