Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya. Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’ Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala. DuIu, mereka menyembah sebuah berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung Iembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung lembu betina. itu. Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka Iakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram.Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing IeIaki penyembah berhala setiap kaIi dia menggauli isterinya. Jadi Syaitanpun turut mencampuirl isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah. (Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh adDajjaI menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, IaIu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan) Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya dia memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika kedua-duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki itu dengan anak perempuan. Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor Iembu betina gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam. Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan. Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sama seperti melihat manusia melihat filem X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat kandungan perempuan itu sejak awal Iagi. Namun begitu syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitlan tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelakit tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki. Perempuan itu pun melahirkan anak Ielaki tetlapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar. lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal. “Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya. Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan. Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup. Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga.” Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung Iembu betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristlwa yang terjadi itu telapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan meletakkannya dipangkuan tuhan-tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja. Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun-duyun ke rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari berkai dari budak itu. Namun, hakim-hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi. Ayah menceritakan perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima kenyataannya, laIu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut. Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertoIongan atau mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim. Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun disebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeIuarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan. Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam kabut. Tiba-tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir dari kata Samirah) Dulu Ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Syam.” Telapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila. Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak bercakap tentang hal itu akan dihukum. Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-sebab lain. Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal aImutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan). Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil. Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya. Setahun kemudian, iaiitu kelika berumur Iima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orangorang di sekeliling istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus. Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa. Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama sekali. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam memerangi Dajjal. Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu. Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril,”Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman. (Riwayat ini didapati dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar bin Anif Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip mengerikan yang menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya yang mempunyai asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang alim ini masih hidup dan berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota moden. Segenap hidupnya dihabiskan dikhemah-khemah di padang pasir sahara bersame-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh Iebih muda dari dia, iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah. Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya, die menjawab bahawa dia tidak pernah meninggaikkan sembahyang malam, tidak pernah meninggaikan sembahyang dan waktu yang ditentukan dan jarang memakan daging dan garam. Makanan yang paling banyak dimakannya iaiah madu, kurma, susu dan air putih.) Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah atstsu ‘ban ar-rahib we ad-dabbah al-halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat bercakap-cakap dengan berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini dan Ia menguasai pulau itu. UIar itu adalah penjaganya dan buta matanya. Haiwan itulah yang mengarahkannya. Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu yang membentuk satu petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar airnya serta dikelilingi pokokpokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli berbagai-bagai jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi bukan seperti kepala syaitan yang hodoh. lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan. Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan planet-planet lain. Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kenana ia telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam, namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t. Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua. Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya. Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap sahaja. Pada mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada di sisinya, sehingga habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. Diwaktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir. Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas. “Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril kepada anak itu. Anak kecil itu pun berjalanjalan mengelilingi sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati. Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana. Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham. Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.” Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis kata-kata: Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah) Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya) Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.” Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.” Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Rja.”Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.” Batu Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului Muhammad maka Allah akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga Iaknat Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi menyayangi orang-orang yang terusir dari rahmat Nya. Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanahtanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam. Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!’ Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwah emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15) lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita. Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah salu di antara mereka.Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja. Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t. Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu. “Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat. Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikata Jibril itu. Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu.
Saturday, February 27, 2010
TIPU DAYA SYAITAN SEMASA SAKARATUL MAUT
Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaitan-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya yang telah mati. Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya. "Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau Nasrani". Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang nazak. Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin. Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi. Maka orang mukmin itu berkata :"Berikan air itu kepadaku". Lalu syaitan menjawab :"Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa di alam ini, barulah aku memberi air kepadamu". Bayangkan bagaimana keadaan kita....tertipukah kita ??? Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mu’min tadi sambil mengerakkan mangkuk berisi air. Lalu kata mukmin tadi : "Berikan air itu kepadaku". Syaitan menjawab : "Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu". Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka ini.
Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : "Aku tidak akan mengucapkannya". Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : "Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku" Mereka menjawab : "Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali". Kali ketiga engkau mengatakan : "Aku tidak mengucapkannya". Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk. Ia berkata kepadaku : "Apakah engkau memerlukan air" Lalu saya berkata : "Ya memang". Seterusnya iblis berkata : "Katakanlah bahawa Isa anak Allah". Maka saya berpaling dari arahnya. Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali. Kemudian dia berkata lagi : "Katakanlah, tidak ada tuhan". Lalu aku mengatakan : "Aku tak akan mengatakannya". Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan. Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : "Aku tidak akan mengikuti kamu semua".

Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT
Allah telah memuliakan Nabi Musa as. pada hari Sabtu, dan ia memerintahkan kepada kaumnya agar tidak bekerja pada hari itu dengan segala urusan keduniaan seperti jual-beli, perdagangan, berwasiat dan lain-lain.
Pada suatu negeri yang bernama Ailah, penduduknya adalah para nelayan penangkap ikan. Allah mengutus kepada mereka Nabi Daud as. membawa risalah dari Tuhan berupa larangan bagi para nelayan itu untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, sedangkan pada hari-hari lain dibolehkan.
Maka Nabi Daud pun menyampaikan risalah Tuhan itu kepada penduduk Ailah, tetapi mereka menolaknya. Lalu Allah mencuba mereka dengan suatu cubaan iaitu dijadikan pada setiap hari Sabtu semua ikan berkumpul di laut mereka, sedangkan pada hari lainnya seekor ikan pun tidak mereka temui. Sehingga timbullah kesusahan yang panjang, dan Allah menimpakan kelaparan kepada mereka.
Akhirnya mereka berusaha untuk tetap menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka membuat benteng dan sungai-sungai itu ke dalam benteng-benteng pada hari Sabtu. Bila mereka melihat benteng itu telah penuh dengan ikan, maka mereka menutup muara sungai tersebut.
Para ulama, hukama dan orang-orang zahid berulang-ulang menasihati mereka, namun mereka tetap sahaja melakukan pelanggaran tersebut. Sehingga ulama-ulama itu berpisah daripada kehidupan mereka kerana khuatir akan terkena bencana bersama-sama mereka yang engkar.
Ketika Allah hendak menyeksa mereka, Allah biarkan mereka berbuat sesuka hati mereka selama dua tahun. Di samping itu Allah tetap mengutus kepada mereka orang-orang yang akan memberikan peringatan dan nasihat. Namun mereka tetap berdegil dan tidak mahu menerima peringatan dan nasihat.
Akhirnya, pada suatu hari para ulama, hukama dan orang-orang zahid itu memasuki kota tersebut, mereka tidak berjumpa dengan seorang pun. Kemudian mereka membuka pintu-pintu rumah dan masuk ke dalamnya, tiba-tiba mereka melihat lelaki dan perempuan telah berubah menjadi kera-kera atau monyet.
Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka Tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim dengan seksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka mengerjakannya, kami katakan kepadanya “Jadilah kamu kera yang hina.” (Al-A’raf: 165-166)
Allah telah menceritakan kisah ini kepada kekasihnya Muhammad SAW:
1. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya diwajibkan (menghormati) hari Sabtu atas orang orang (Yahudi) yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi putusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan itu.”(An-Nahl: 124)
2. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina.”(Al-Baqarah: 65)
3. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan telah Kami angkat ke (atas) kepala mereka bukit Thursina untuk menerima perjanjian (yang telah Kami ambil dari) mereka dan Kami perintahkan kepada mereka: “Masuklah pintu gerbang itu sambil bersujud.” Dan Kami perintahkan pula kepada mereka “Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai hari Sabtu, dan Kami mengambil dari mereka perjanjian yang kukuh.” (An-Nisa’: 154)
4. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, diwaktu datang kepada mereka ikan-ikan yang berada di sekitar mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.” (Al-A’raaf: 163)
Maha Suci Allah Zat yang perbuatan-Nya tidak sama dengan perbuatan makhluk. Tidak mengetahui hikmat yang terkandung di dalamnya melainkan mereka yang mempunyai hati yang bersih dan terbuka. Demikianlah seekor ikan yang diambil oleh orang Yahudi telah menjadikan mereka kera-kera yang hina. Dan seekor ikan yang diambil oleh nabi, menjadi raja segala ikan. Iblis yang asal kiblatnya adalah Arsy akhirnya menjadi terhina, sedangkan Umar bin Khattab yang asal kiblatnya adalah berhala menjadi orang yang dicintai dan disenangi.
Tentang makna hari Sabtu ini ada beberapa pendapat. Sebahagian ulama mengatakan bahawa Sabtu itu ertinya ‘Agung’ sebab hari Sabtu itu diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi. Ulama yang lain mengatakan bahawa Sabtu itu ertinya istirehat, kerana orang-orang Yahudi pada hari Sabtu itu beristirehat daripada urusan duniawi.
Dikisahkan bahawa ketika ditanyakan kepada orang-orang Yahudi: “Apakah sebabnya kamu semua tidak bekerja dengan urusan duniawi pada hari Sabtu? Mereka beberapa orang Yahudi datang menghadap Rasulullah SAW, mereka bertanya: Ya Muhammad, ceritakanlah ke pada kami apa yang telah diciptakan Allah pada hari-hari dalam seminggu?”
Rasulullah SAW menjawab: “Pada hari Ahad, Allah menciptakan langit dan bumi. Pada hari Isnin, Allah menciptakan gunung-ganang. Pada hari Selasa Allah menciptakan bintang. Pada hari Rabu Allah menciptakan cahaya. Pada hari Khamis Allah menciptakan Syurga dan neraka. Dan pada hari Jumaat, Allah menciptakan Adam dan Hawa. Orang Yahudi itu berkata: Baginda benar, apabila baginda sempurnakan jawapan tersebut.”
Rasulullah bertanya: “Apakah kesempurnaannya itu? Mereka menjawab: Ketika Allah telah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi, maka Ia duduk bersandar dengan menyilangkan kedua belah kaki-Nya dan beristirehat, dan itu terjadi pada hari Sabtu. Itulah sebabnya kami jadikan hari Sabtu itu sebagai hari raya kami dan kami berehat pada hari itu.”
Mendengar perkataan Yahudi itu Rasulullah sangat kecewa. Maka Allah SWT menurunkan wahyu yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan“ (Qaaf: 38)
Keletihan itu hanya menimpa kepada orang-orang yang bekerja dengan menggunakan anggota badan. Sedang Allah SWT menciptakan sesuatu itu hanya dengan ucapan, maka akan jadilah segala apa yang dikehendaki-Nya.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kejapan mata.” (Al-Qamar: 50)
Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya “kun (jadilah),” maka jadilah ia.” (An-Nahl: 40) Sesungguhnya orang-orang Yahudi telah melanggar perintah Allah pada hari yang ditetapkan, maka Allah merubah wajah mereka. Bagi orang-orang Mukmin telah berbuat taat kepada Allah dan menunaikan solat Jumaat, maka Allah merubah dosa-dosa mereka menjadi kebaikan. Firman Allah SWT ertinya: “Maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Furqan: 70) Allah tidaklah merubah rupa seorang Yahudi itu kerana mereka menangkap ikan, namun mereka dirubahkan kerana mereka telah meremehkan perintah Allah SWT, dan mengerjakan larangan-Nya.
Dalam sebuah hikayat dikisahkan, bahawa seorang yang terkenal kefasikan dan kejahatannya, suka minum arak dan membuat kemaksiatan yang lainnya, pemuda tersebut bernama Utbah Al-Ghulam. Pada suatu hari ia mengikuti majlis pengajian Hasan Al-Basyri. Di situ ia mendengar salah seorang qari membaca ayat Al-Quran: “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Hadid: 16) Kemudian Syeikh menafsirkan ayat tersebut, dan membahasnya dengan penyampaian yang baik sehingga sangat berkesan di hati pendengarnya. Orang-orang yang hadir di situ mencucurkan air matanya kerana merasa terharu.
Seorang pemuda bangun di antara mereka dan berkata: “Wahai imam, apakah Allah SWT akan menerima taubat orang yang durhaka seperti saya? Syeikh itu menjawab: Ya, Allah akan menerima taubatmu, sekalipun kejahatanmu itu seperti Utbah Al-Ghulam.”
Ketika Utbah mendengar perkataan Syeikh tersebut, maka wajahnya berubah menjadi pucat, dan menggigil seluruh tubuhnya, lalu ia memekik dengan kerasnya sehingga ia tidak sedarkan diri.
Setelah ia sedar kembali, maka ia menghampiri Syeikh tersebut dan duduk di dekatnya, lalu Syeikh tersebut melafazkan sebuah Syair: “Wahai pemuda yang telah mendurhaka kepada Tuhan Arsy
Tahukah engkau apa balasan bagi penderhaka?
Neraka Sairlah bagi mereka, tempat kebinasaan
Celakalah mereka di hari rambut diikat.
Jika engkau sabar di neraka, maka bermaksiatlah
Jika tidak, jauhilah maksiat itu,
Dah dosa yang telah engkau lakukan
engkau telah menghina diri sendiri
Maka berusahalah untuk membebaskannya.” Mendengar syair tersebut, maka Utbah memekik sekali lagi, sehingga ia tidak sedarkan diri. Setelah sedar ia berkata: “Wahai Syeikh, apakah Tuhan akan menerima taubat daripada orang seperti aku? Syeikh menjawab: Siapa lagi yang akan menerima taubat seorang hamba yang berdosa, selain Tuhan yang Kuasa.”
Kemudian Utbah mengangkatkan kepalanya dan berdoa, dengan tiga doa yang masyhur:
1. “Ya Allah, seandainya Engkau terima taubatku, dan Engkau ampuni dosa-dosaku, maka kurniailah aku dengan pemahaman dan kuat dalam hafalan, sehingga nantinya aku dapat mengingat semua ilmu dan ayat-ayat Al-Quran yang-Ku dengar.”
2. “Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dengan suara yang baik dan merdu, sehingga setiap orang yang mendengarkannya akan bertambah lembut hatinya, sekalipun ia berhati keras.”
3. “Ya Allah, kurniakanlah untukku rezeki yang halal dari jalan yang tak diduga.”
Maka Allah mengabulkan segala permintannya itu, sehingga bertambah kuat pemahaman dan hafalannya. Jika ia membaca ayat-ayat Al-Quran maka orang-orang yang mendengarkannya menjadi lembut hatinya dan akhirnya bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Begitu juga rezekinya yang sentiasa diberikan oleh Allah SWT.
Tipu Daya Kaum Quraisy Terhadap Rasulullah SAW
Tipu Daya Kaum Quraisy Terhadap Rasulullah SAW
...
an ingatlah bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memasukkan kamu ke dalam penjara atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.” (Al-Anfal: 30)
Di Kota Mekah pada zaman Nabi Muhammad SAW ada suatu tempat yang disebut dengan “Daarun Nadwah.” Jika ada perkara-perkara penting yang akan dibincangkan, para pemuka Quraisy berkumpul di situ. Begitu juga halnya ketika mereka hendak menggagalkan dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW. Maka berkumpullah lima pemuka kaum Musyrikin iaitu: Utbah, Syaibah, Abu Jahal, Abul Bukhtari, dan Al-Ash bin Wa’il. Riwayat lain mengatakan bahawa yang hadir di situ seramai dua belas orang.
Ketika mereka memasuki Darun Nadwah, maka Iblis yang menyamar sebagai seorang tua yang bertongkat sama-sama masuk. Abu Jahal berkata kepadanya: “Kami berkumpul di sini untuk membincangkan sesuatu yang sangat rahsia, maka balik sajalah tuan.”
Iblis itupun menjawab: “Saya adalah seorang ulama dari negeri Najd, saya telah hidup beberapa zaman dan telah mencuba berbagai perkara. Saya juga mengetahui cara mentakwilkan dan menafsirkan secara baik, oleh sebab itu izinkanlah saya masuk bersama-sama anda. Supaya saya juga dapat membantu mana perkara yang benar dan mana-mana perkara yang salah.”
Akhirnya mereka membiarkannya masuk ke dalam Daarun Nadwah itu. Kemudian mereka pun memulai mesyuaratnya. Berkata Utbah: “Maut itu hak, maka bersabarlah kamu semua sampai Muhammad itu meninggal, dan kita selamat dari ancaman kejahatannya.”
Iblis berkata: “Cis, sungguh bodoh sekali pendapatmu, engkau tidak sesuai untuk ikut berbincang, melainkan hanya sesuai sebagai pengembala ternak dan keldai. Seandainya kamu semua bersabar menunggu sampai Muhammad meninggal dunia, maka agamanya telah berkembang di Timur dan Barat. Kemudian berkumpullah tenteranya yang sangat besar, lalu memerangi kamu semuanya, sehingga kamu binasa.”
Mereka menjawab: “Benar juga apa yang dikatakan oleh Ulama Najd ini.” Kemudian Syaibah berkata: “Saya berpendapat agar Muhammad itu kita penjarakan dalam sebuah rumah, kemudian kita kunci pintunya sampai ia mati kelaparan dan kehausan.”
Iblis berkata: “Itu juga tidak tepat, kerana sudah tentu Bani Hasyim akan berkumpul dan membebaskannya daripada kamu semua, dan akan timbullah permusuhan yang besar antara kamu semua dengan Bani Hasyim.” Mereka semua menjawab, bahawa benar apa yang dikatakan oleh Imam Najdi itu.”
Kemudian Al-’Ash bin Wail berkata: “Kita ikat sahaja Muhammad pada seekor unta, kemudian kita lepaskan di padang sehingga ia mendapat kebinasaan di sana.”
Maka berkatalah Iblis: “Itu juga masih belum tepat, kerana Muhammad itu orangnya tegap, bagus bentuk rupanya, fasih dalam bertutur kata serta manis ucapannya. Mungkin ia akan berjumpa dengan seseorang yang akan menunjukkan jalan kepadanya. Kemudian orang ramai akan membenarkan setiap ucapannya setelah itu ia berhasil mengumpulkan pengikut yang ramai. Kemudian baru ia pulang dengan tenteranya yang besar untuk memerangi kamu semua.” Mereka berkata benar apa yang diucapkan oleh Iman Najdi itu.
Kemudian tiba giliran Abu Jahal untuk menyampaikan pendapatnya, ia berkata: “Sebaiknya setiap kabilah mengeluarkan seorang pemudanya, masing-masing disiapkan dengan senjata. Bila malam telah tiba, kita serang Muhammad secara bersama, lalu kita bunuh bersama-sama, sehingga tidak ada yang mengetahui siapa pembunuh yang sebenarnya. Dan jika kerabatnya meminta denda, maka kita dapat mengumpulkan harta daripada setiap kabilah dan kita berikan kepada mereka. Dengan demikian kita hentikan tuntutan mereka dan kita semuanya bebas daripada kejahatannya.”
Maka Iblis itu pun berkata: “Pendapatmu itu Wahai Abu Jahal tepat sekali“. Mereka pun berbincang akan melaksanakan pendapat Abu Jahal tersebut. Mereka menuju arah yang berbeza keluar dari Darun Nadwah tersebut.
Kemudian turunlah Jibril as. dengan membawa ayat 30 surah al-Anfal kemudian berkata kepada Rasulullah: “Wahai Muhammad, Allah SWT berkata: “Keluarlah dari Kota Mekah ke Kota Madinah, kerana dalam urusan itu ada suatu rahsia yang sedang aku rencanakan.” Janganlah gentar sebab setelah kesulitan ada kemudahan, pada setiap sesuatu itu ada masa dan aturan. Dan setiap keadaan kita, Allah sentiasa memperhatikan di atas rencana kita Allah jualah yang mentakdirkan.
Ketika petang telah sampai, Rasulullah SAW mengadakan mesyuarat dengan para sahabatnya, baginda berkata: “Siapakah di antara kamu yang akan menemani aku, kerana Allah telah memerintahkan kepadaku untuk berhijrah ke Madinah.” Kemudian Abu Bakar menjawab: “Saya bersedia ya Rasulullah.”
Kemudian Rasulullah melihat ke arah sahabat-sahabatnya, dan berkata: “Siapakah di antara kamu yang bersedia tidur di atas tempat tidurku, aku akan menjaminkannya agar Allah memasukkannya ke Syurga.” Maka berkatalah Ali ra.: “Saya sanggup ya Rasulullah, saya bersedia mengorbankan nyawaku demi baginda.”
Berkata Jabir bin Abdullah: “Saya mendengar Ali bin Thalib membacakan syairnya sedangkan Rasulullah mendengarkannya: “Aku saudara Musthapa, tiada keraguan dalam nasibku
Nenekku dan nenek Rasulullah adalah satu.
Aku membenarkannya sedang manusia dalam kegelapan
kesesatan, syirik dan kemelaratan.
Segala puji bagi Allah,
Tidak ada sekutu bagi-Nya
yang sangat baik kepada hamba dan kekal sepanjang masa.” Mendengar bait-bait syait tersebut, maka Rasulullah tersenyum dan berkata: “Benarlah engkau wahai Ali.”
Pada malam itu Ali tidur di atas tempat tidur Rasulullah. Orang-orang kafir datang mengepung rumah baginda, mengintai bila Rasulullah akan keluar. Di antara mereka terdapat Iblis laknatullah. Kemudian Allah memberikan rasa mengantuk dan lalai kepada mereka sehingga mereka tertidur semuanya, termasuk juga Iblis yang tidak pernah tidur senyenyak malam tersebut.
Maka keluarlah Rasulullah SAW diiringi oleh Abu Bakar. Baginda melihat orang-orang kafir itu tertidur, senjata-senjata mereka berada di samping mereka. Lalu baginda menaburkan debu di atas kepala mereka.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah membaca surah Yaasin ketika akan melewati orang-orang kafir itu, sehingga tidak seorang pun di antara mereka dapat melihat baginda, berkat kemuliaan surah Yassin tersebut. Ketika Rasulullah telah pergi, maka Iblis pun terbangun, kemudian ia membangunkan mereka dan ia berkata: “Muhammad telah pergi, tidakkah kamu melihatnya bahawa ia telah menaburkan debu di atas kepala kamu.”
Mereka bangun dan mencari Rasulullah di tempat tidur baginda. Maka yang ada di sana Ali bin Abi Thalib. Mereka bertanya: “Mana Muhammad? Ali ra. menjawab: Tuhan Yang Maha Tinggi telah membawa pergi Nabi-Nya ke arah yang di kehendaki-Nya. Maka janganlah kamu semua mencarinya, kerana mungkin ia telah berada di tempat yang tinggi.”
Setelah mereka tidak menemukan Rasulullah di dalam rumahnya, maka mereka mengadakan mesyuarat selama tiga hari. Kemudian mereka mengutus Suraqah bin Malik mengikuti jejak Rasulullah di Madinah. Di suatu tempat ia berjumpa dengan baginda Rasulullah. Suraqah tergolong salah seorang pahlawan Arab yang kuat dan berani, namun Rasulullah tidak merasa khuatir.
Setelah dekat maka Suraqah menghunuskan pedang dan ia berkata: “Hai Muhammad, siapakah yang akan membelamu pada hari ini daripada kekuatanku? Rasulullah menjawab: Allahlah yang akan membelaku. Kemudian Jibril pun turun, sambil berkata: Ya Muhammad Allah telah berfirman untukmu: Aku menjadikan bumi itu tunduk kepadamu, maka perintahkanlah ia sesuka hatimu.”
Rasulullah pun berkata: “Wahai bumi benamkanlah ia.” Maka bumi pun menelan Suraqah hingga ke lututnya. Suraqah berusaha memacu kudanya namun tidak dapat digerakkan. Kemudian ia berkata: “Hai Muhammad, berilah keamanan kepadaku, demi kemuliaan Uzza, jika kamu selamatkan aku, maka aku akan berpihak kepadamu.” Kemudian Rasulullah menyelamatkannya daripada bencana tersebut. Dikisahkan bahawa Suraqah mengulangi perbuatannya itu sampai tujuh kali, setiap kali ia mengingkari janji maka bumi menelannya.
Akhirnya pada kali kelapan, ia sungguh-sungguh bertaubat. Kemudian ia mengeluarkan satu anak panah, lalu diberikannya kepada Rasulullah SAW. Ia berkata: “Ya Rasulullah, aku mempunyai ternak di arah perjalananmu ini, maka temuilah pengembalanya dan mintalah apa yang tuan perlukan daripada mereka.”
Rasulullah menjawab: “Ya Suraqah, engkau tidak mahu memeluk ajaran Islam, maka aku pun tidak tertarik dengan harta dan ternakmu.” Suraqah berkata: “Ya Muhammad, kelak dakwahmu akan muncul ke seluruh alam, dan baginda akan menguasai manusia, maka marilah kita membuat perjanjian, bila sampai hari tersebut aku akan menyatakan Islamku padamu.”
Kemudian Rasulullah mengambil tembikar (pasu kecil) dan diberikannya kepada Suraqah dan berkata: “Inilah perjanjianku denganmu.” Suraqah berkata: “Mintalah hajatmu kepadaku ya Muhammad.” Rasulullah menjawab: “Wahai Suraqah, permintaanku kepadamu iaitu agar engkau menyuruh kepada pasukan Quraisy tersebut berpaling arah.”
Kemudian pulanglah Suraqah, di tengah perjalanan ia berjumpa dengan Abu Jahal, lalu berkata: “Hai Abu Jahal, Muhammad tidak menempuh jalan ini.” Mereka pun semuanya pulang. Abu Jahal pun berkata kepadanya:
“Wahai Suraqah, aku kira engkau telah berjumpa dengan Muhammad, ceritakanlah kepada kami apa sebenarnya yang terjadi?” Maka Suraqah pun bermadah: “Hai Aba Hakam, demi Latta, bila tuan menyaksikan
di hadapan kudaku ketika ia terbenam.
Tuan akan tahu, dan tidak akan ragu bahawa Muhammad itu
seorang utusan yang membawa bukti nyata,
kenapa kita tidak memuliakannya.
Hendaklah tuan memulangkan pasukan darinya,
kerana aku yakin kemuliaan dan kedudukannya
akan muncul suatu hari nanti.”

Panduan Menghafaz Al-Quran
Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya.
Menghafaz Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.
Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Khuram Murad menyebutkan di dalam bukunya Way to the Qur'an (1991) dengan mengatakan bahawa:
The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includes
both understanding and practice. In fact there is no English word
which can accurately reflect its true and full meaning.
Hifz is an essential way of making the Qur'an penetrate you. It is not
a mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotional
impotence. Through Hifz one can read in prayers and ponder its
meaning. It makes the Qur'an flow on your tongue, reside in your
mind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion.
Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur menghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telah lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga dengan selalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini juga merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian.
Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz Al-Quran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan. Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz, elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan menghafaz Al-Quran.
Firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang
Surah Al-Isra 9.
FimanNya lagi:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab
Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:
Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan firman Allah:
Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat
Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah. Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudya:
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada Al-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya.
Di bawah ini dipeturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yang berminat. Jika ada kemusykilan, sila hubungi penulis.
Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran
Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.
Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz. Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.
A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran.
Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah:
Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.

paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang
mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar"
Surah Al-Isra 9.
FimanNya lagi:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab
Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki
yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara
terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak
akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan
menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka
dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa
kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat
bersyukur". Surah Fatir 29-30.
Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka
baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan
sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf,
tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". Riwayat Ibnu
Mas'ud.
Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari
Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya"
Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan firman Allah:
Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat
Al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin".
Surah Isra 82.
Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah
(Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat
Ibnu Abbas r.a.
Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah. Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudya:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan
mengajarnya kepada orang lain"
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak
menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan
sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang
masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang
kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita
baik daripada Allah Ta'ala".
Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran
di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir
runtuh" Hadis riwayat Tarmizi.
Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada Al-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya.
Di bawah ini dipeturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yang berminat. Jika ada kemusykilan, sila hubungi penulis.
Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran
Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.
Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz. Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.
A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran.
Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah:
1. Bersuci dan berwuduk
2. Memakai pakaian yang bersih
3. Berada di tempat yang bersih dan sunyi
4. Mengadap kiblat
5. Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah
dan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana
sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan
B. Teknik menghafaz Al-Quran
1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan
lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya
sahaja.
2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-
betul lancar.
5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa
melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat
mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat
mushaf.
6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat
mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti
langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari
awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,
melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di
dalam solat.
10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.
Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.
Friday, February 26, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)