Pages

Sunday, December 20, 2015

Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:



Kenapa dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat..???

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera dari para Sahabat, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf" dan aqidah yang shohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, beraqidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid chechen yang menentang Russia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi, dan mereka hancurkan musuh dengan zikir.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia.

ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak-budak wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan sholeh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dizalimi dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan sholeh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah". Maka nusrah Allah pun hilang, dan tentera-temtera sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam Hasan Albanna yang bermazhab Hanafi, beraqidah asyari dan ahli tareqat tijani (tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab, menolak zikir, bida'ahkan orang lain sana sini dan mula pukul canang dengan slogan "islam itu mudah" dan mereka hanya mengikuti "al-qur'an dan as-Sunnah". Mereka sudah lupakan perjuangan asal imam Hassan Albanna yang pegang teguh pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Namun percayalah satu hari nanti Jemaah Ahli Sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya, dan hatinya penuh kebesaran hanya kepada Allah SWT dan mereka akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah Hadith contohnya sebuah Hadith yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika dajjal datang, dan hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka mengikuti dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti dajjal ketika itu wahai Rasulullah..??? Nabi SAW menjawab ZIKIR.

Begitu juga dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW khabarkan tentera-tentera Islam dari kalangan Ahli Sufi akan hancurkan musuhnya hanya dengan TAKBIR dan ZIKIR.

Tidak mungkin tentera-tentera Islam yang kuat bezikir ini akan datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat syirik syirik syirik kafir kafir kafir" yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, atau para Sahabat mahupun mana-mana Salafus Sholeh.

Maka Jemaah Zikir yang manakah Rasulullah SAW maksudkan yang akan menghancurkan dajjal serta sekutunya..???

Semoga Allah tetapkan hati kita dan seluruh keluarga kita serta keturunan kita dengan "Zikirrullah" yang sangat digeruni oleh dajjal dan sekutunya.

Ameen... ya Rabb.

Syaikh Muhammad Wang Zi Ping







THE LEGEND OF GRAND MASTER WUSHU SYAIKH WANG ZI PING HE IS HUI MUSLIM
==================================

Wang Zi Ping ( 1881 - 1973 ) adalah seorang Ulama sekaligus Grand master Wushu

180 kilometer dari utara Ibu Kota China Beijing terletak Changzhou, tempat tinggal suku Hui. Hui adalah suku Muslim di Cina. Namun, selain Islam, ada hal yang menjadi kecintaan anggota suku, yakni tradisi seni bela diri.

Saat itu masjid-masjid, bagi suku Hui, bukan hanya tempat untuk beribadah, tapi juga medan latihan bagi grandmaster untuk menempa dasar-dasar Wushu kepada murid-murid yang antusias.

Seperti banyak Hui yang lain, Wang Ziping lahir di tengah keluarga miskin. Ayahnya bekerja sebagai petinju bayaran. Saat masih bocah, Ziping menunjukkan keinginan kuat belajar Wushu. Bela diri ini adalah identitas Hui. Tidak ada Hui--yang saat itu hanya senilai upah garam--akan berani menjalani hidup tanpa "Latihan Delapanbelas Pukulan Pertempuran" dan "Tinju Diagram Delapan" melekat pada tubuh dan pikiran.

Selain Wushu, Hui juga mendalami ajaran Islam. Dengan demikian kehidupan Hui adalah campuran antara buruh miskin, latihan keras dan spiritual mendalam. Kemampuan luar biasa mereka dalam Wushu bukan sesuatu yang datang sekejap mata.

Begitu pula yang dialami Ziping. Di tengah pelajaran mengaji Al Qur'an, Ziping juga harus mengangkat batu berat untuk membangun stamina, kekuatan dan galian parit yang kian lama kiat luas begitu kemampuannya melompat meningkat. Keseimbangan yang baik diasah dengan cara berbahaya. Zipping ditanam dalam tanah.

Saat itu pula Zipping membaca lantunan zikir. Kekuatan dan keseimbangannya pun bertambah berlipat ganda. Konsentrasi yang biasa dilakukan saat shalat sebagai tuntutan dalam Islam menjadi tulang punggung sesolid batu bagi gerakan mengalir Wushu.

Iklim di Changzou cukup sejuk ketika musim panas, namun dingin saat musim salju. Dalam bulan-bulan musim dingin salju jarang turun sehingga memungkina latihan tetap digelar. Zipping berlatih dengan seluruh elemen untuk membuat tangguh tubuhnya. Begitu ia menginjak usia 14 tahun, ia sudah bisa melompat lebih dari 3 meter dari posisi berdiri.

Sayang bocah dengan tubuh setegap pria dewasa dan kualitas petarung itu tak memiliki guru. Ayahnya yang keras kepala menolak memasukkan Zipping ke sekolah Wushu. Setengah putus asa mencari guru dan teman, ia jatuh ke dalam komunitas rahasia yang menyebut diri mereka "Jurus Kebenaran dan Keharmonian".

Akhirnya Wang Zipping memutuskan pergi dan mengembara ke selatan Jinan, di mana ia menjadi musafir yang tinggal di sebuah Masjid Besar. Dalam ruang utama masjid itulah, Zipping bertemu pria seperti dirinya, seorang petinju. Ia bernama Yang Hongxiu, grandmaster Wushu yang akhirnya menjadi gurunya.

Dan Zipping pun dengan serius mulai mempelajari gerakan burung dan mamalia, seperti elang menukik menyambar mangsa, gerakan kelinci melintas padang rumput, hingga lompatan jitu anjing menghindar dari bahaya. Ia menyerap semua karakter gerakan itu kemudian menciptakan gayanya sendiri. Stamina dan refleksnya yang kian berkembang, membuat Zipping tak hanya kuat tetapi juga cepat--sebuah kombinasi mematikan dalam Wushu.

Seorang dianggap Grandmaster ketika ia mampu menggunakan alat apa pun sebagai senjata. Pengembangan kemampuan ini adalah seni sekaligus kebutuhan dalam Wushu. Zipping, menjadi luar biasa fasih dengan semua senjata utama.

Gadis Brazil seiras Puteri Elsa


RIO DE JANEIRO 18 Dis. – Seorang gadis dari Brazil yang digelar sebagai ‘Elsa’ dari filem Frozen mendakwa, penampilannya adalah asli dan tidak menjalani sebarang pembedahan plastik serta berlapar untuk kelihatan kurus.
Andressa Damiani
Mail Online melaporkan, Andressa Damiani dari Blumena memiliki penampilan tidak ubah seperti anak patung dengan mata besar dan pinggang ramping, yang turut menyerupai patung Barbie.
Katanya, penampilan itu kadang-kala mengundang rasa takut orang ramai jika dia bersiar-siar di bandar.
“Masyarakat tidak mempercayai apabila saya menyatakan bahawa saya tidak menjalani sebarang pembedahan dan tidak berlapar untuk kelihatan kurus. Mereka kata saya menipu.
“Ada sesetengah daripada mereka berterus terang tidak suka dengan penampilan saya. Saya juga dapat lihat raut wajah orang ramai yang terkejut apabila melihat saya berjalan di hadapan mereka,” jelasnya.
Damiani turut popular di YouTube dengan video tutorial solekan antaranya satu rakaman yang memaparkan wajah asalnya yang berubah seperti anak patung selepas disolek.
“Saya tidak kisah apa orang lain kata, asalnya apa yang saya lakukan dapat menggembirakan hati saya,” ujarnya lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-brazil-seiras-puteri-elsa-1.170500#sthash.o2uDiGdr.dpuf

Saturday, December 19, 2015

Kudung bukan penghalang cari rezeki


Kudung bukan penghalang cari rezeki
Lelaki berkenaan melukis menggunakan kakinya yang telah menarik minat ramai orang ramai.

CHONGQING - CHINA. Walaupun kehilangan kedua belah tangan, namun ia bukan penghalang seorang lelaki mencari rezeki sendiri dengan melukis menggunakan kaki.
Lelaki yang berusia 24 tahun yang namanya tidak didedahkan kehilangan kedua belah tangannya sejak dilahirkan namun dia tidak pernah berputus asa untuk mencari rezeki tanpa mengharapkan belas kasihan orang ramai.
Lelaki berkenaan dilihat melukis menggunakan kakinya di jalan di Chongqing yang telah menarik minat ramai orang untuk melihat kebolehannya itu.
Memetik China News, lelaki berkenaan mengambil masa lebih empat tahun untuk mempelajari teknik melukis menggunakan kaki yang kini menjadi sumber pendapatannya
.

Jalani pembedahan sambil main saksafon


Carlos Aguilera menjalani pembedahan sambil meniup saksafon

MALAGA - SEPANYOL. Seorang lelaki yang juga seorang pemuzik menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada otaknya sambil meniup alat muzik saksafon.
Carlos Aguilera, 27, memainkan beberapa muzik jazz seperti "Misty" ketika menjalani pembedahan yang mengambil masa kira-kira 12 jam.
Seramai 16 pakar pembedahan yang terlibat dalam pembedahan itu membiarkan lelaki berkenaan menjalani pembedahan dalam keadaan sedar untuk memastikan fungsi otaknya tidak terjejas terutamanya berkaitan percakapan, pendengaran dan pergerakan.
Jurucakap Hospital Wilayah Malaga berkata, teknik pembedahan ini merupakan kali pertama pernah dilakukan di Eropah
.

Jumpa ketulan emas bernilai AS$3.7 juta



SATU ketulan emas seberat 10.7 kilogram bernilai AS$3.7 juta. - AGENSI


SYDNEY, Australia – Satu ketulan emas seberat 10.7 kilogram bernilai AS$3.7 juta (RM15.8 juta) ditemui semula selepas tersimpan di dalam sebuah kotak wiket untuk menyimpan permainan kriket selama bertahun-tahun.
Ketua Menteri New South Wales, Mike Baird mendedahkan bagaimana turutan kejadian pelik yang menyebabkan ketulan emas sebesar buku roti yang diamanahkan kepada Perbendaharaan New South Wales itu ‘tersorok’ di depan mata.
“Seseorang secara teliti menyimpan emas itu dalam sebuah kotak. Masalahnya, mereka lupa untuk memberitahu sesiapa dan kotak itu menjadi peralatan untuk menyimpan alatan sukan kriket amatur,” jelas Baird.
Emas itu ditemui selepas seorang kakitangan jabatan berkenaan membuat keputusan untuk membuka kotak tersebut dan terperanjat apabila menemui ketulan emas yang digali di bandar Maitland pada 1887 itu.
Baird telah meminjamkan ketulan emas itu kepada Muzium Australia di Sydney Selasa lalu untuk pameran selama empat hari di samping mengarahkan jabatan perbendaharaan tersebut membuka semua kotak dalam simpanan mereka.
Ketulan emas itu pada asalnya dibeli Jabatan Perlombongan New South Wales pada tahun ia ditemui dan disimpan untuk memperingati kemuncak kegemilangan perlombongan emas abad ke-19. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3uiIW09DN 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki cipta katil kalis gempa bumi


Katil kalis gempa bumi yang dilengkapi bekalan makanan dan air
Katil kalis gempa bumi yang dilengkapi bekalan makanan dan air dipercayai dapat mengurangkan jumlah kematian setiap kali bencana itu berlaku. AGENSI
BEIJING 18 Dis. – Seorang pereka cipta China merancang untuk membangunkan katil kalis gempa bumi yang dipercayai dapat memberi penyelesaian mengurangkan jumlah kematian setiap kali bencana itu berlaku.
Katil yang diperbuat daripada logam itu direka Wang Wenxi selepas dua kejadian bencana sama yang meragut kira-kira 87,000 nyawa di Wenchuan pada 2008, manakala hampir 2,700 orang maut dalam gempa di Yushu pada 2010.
Meskipun Wenxi telah mendapatkan paten bagi pembangunan katil itu pada 2010, namun dia hanya mendedahkan video konsep terbaharu kelengkapan berkenaan di laman perkongsian YouTube, baru-baru ini.
Akhbar The Telegraph melapor­kan, katil itu mampu bertindak balas terhadap gegaran dengan melindungi individu yang berada di atas tilam ke dalam ruang bawah katil, sekali gus menjadikannya seperti sebuah kotak besi mini.
Individu yang berada di dalam kotak besi itu hanya perlu menunggu di dalam struktur yang dianggap seperti sebuah bilik panik kecil tersebut sehingga bantuan tiba.
Bagaimanapun, mereka yang berada di dalam ruang kecil itu tidak perlu risau kerana katil kalis gempa tersebut turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan air, makanan dalam tin, dan beberapa keperluan lain.
Namun, video itu tidak menunjukkan bagaimana individu yang berada di dalam kotak tersebut dapat keluar sekiranya kelengkapan berkenaan dihempap serpihan konkrit besar.
Bercakap kepada media pada 2010, Wenxi berkata, gempa bumi di Wenchuan dan Yushu mengakibatkan kemusnahan besar di China dan kejadian itu mendatangkan idea kepadanya.
“Oleh itu, saya berfikir tentang sesuatu perkara yang boleh saya lakukan dengan mencipta sesuatu yang dapat mengurangkan kematian,’’ katanya.
Jelas pereka itu, katil tersebut sesuai untuk kegunaan di rumah banglo dan pangsapuri yang diperbuat daripada batu bata dan kon­krit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-cipta-katil-kalis-gempa-bumi-1.170506#sthash.6XdeKhEn.dpuf

Friday, December 18, 2015

Gadis teruja jumpa ‘kembar seiras’


Shannon Lonergan dan Sara Nordstrom kelihatan seperti kembar seiras.
Shannon Lonergan dan Sara Nordstrom kelihatan seperti kembar seiras. Agensi
LONDON 17 Dis. – Bagaimana reaksi anda dan ahli keluarga jika dipertemukan dengan seseorang yang memiliki paras rupa seiras anda?
Itulah yang terjadi apabila dua orang gadis bernama Shannon Lonergan dan Sara Nordstrom dipertemukan baru-baru ini, sehinggakan bapa kepada Lonergan tidak dapat mengenali anak pe­rempuannya.
Lonergan, 21, yang berasal dari Ireland dan Nordstrom, 17, dari Sweden dipertemukan di Dublin baru-baru ini selepas kedua-dua­nya mendaftar dalam laman po­pular Twin Strangers yang diper­kenalkan awal tahun lepas yang mempertemukan individu dengan wajah seiras di seluruh dunia.
Akhbar Daily Mail melaporkan, kedua-dua gadis itu bukan sahaja kelihatan seperti kembar, malah senyuman, kelakuan, serta penampilan mereka juga hampir sama.
Menurut Lonergan, pada awalnya, dia resah dan tidak sedap hati apabila diberitahu akan dipertemukan dengan ‘kembarnya’.
“Namun, apabila saya melihat wajah Nordstrom, saya bukan sahaja terkejut dan hairan kerana seolah-olah melihat diri sendiri dalam cermin, tetapi rasa takut itu bertukar menjadi teruja.
“Kami duduk sehari suntuk bercakap tentang diri masing-masing dan baru kami sedar, persamaan kami terlalu banyak,” katanya.
Nordstrom yang juga penuntut sekolah tinggi berkata, dia merasakan seperti sudah lama mengenali Lonergan.
“Memang benar dakwaan ada tujuh orang yang serupa dalam dunia ini.
“Kami berdua seperti kembar, mempunyai minat dalam sukan yang sama. Kami seperti sudah lama kenal, seperti adik-beradik kembar,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-teruja-jumpa-8216-kembar-seiras-8217-1.170054#sthash.pSvDiQkq.dpuf

Thursday, December 17, 2015

2 ular gergasi ditemui


Dipercayai berusia lebih 100 tahun

Seekor daripada dua ekor ular yang ditemukan pekerja lebuh raya sepanjang 3.75 meter di Yunnan dipercayai berumur 100 tahun. AGensi
BEIJING 16 Dis. - Sekumpulan buruh yang sedang membina sebuah lebuh raya di Yunnan terkejut apabila menemui dua ekor ular sawa gergasi dipercayai berusia lebih 100 tahun.
Mail Online melaporkan, kedua-dua ekor ular yang masing-masing berukuran panjang 3.76 meter dan berat 31 kilogram serta 2.2 meter dan berat tujuh kilogram ditemukan di sebuah gua besar di Chuxing Yi.
Kedua-dua ekor haiwan reptilia itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhutanan yang kemudiannya melepaskannya di satu kawasan hutan.
Menurut stesen televisyen tempatan, Dushi Channel, buruh-buruh berkenaan sedang bekerja di gua berkenaan apabila ternampak sesuatu bergerak di dalam gelap.
Mereka menggunakan asap untuk menghalau haiwan berkenaan.
Menurut pakar Jabatan Perhutanan, ular sepanjang 3.76 meter itu dipercayai berusia lebih 100 tahun, manakala haiwan reptilia yang lebih kecil itu berusia 60 tahun.
Menurut petani tempatan, kedua-dua ekor ular berkenaan telah lama berada di kawasan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/2-ular-gergasi-ditemui-1.169672#sthash.YgnLI04J.dpuf

Wednesday, December 16, 2015

Pertambahan billionaire wanita lebih pantas berbanding lelaki

SELASA, 15 DISEMBER 2015 @ 11:24 PM

ZURICH: Jumlah billionaire wanita dunia meningkat dengan lebih pantas dalam tempoh dua dekad lalu berbanding lelaki, kebanyakannya membabitkan usahawan wanita Asia, menurut satu kajian diterbitkan hari ini. Terdapat 145 billionaire wanita hingga akhir 2014 berbanding hanya 22 pada 1995, menurut kajian terbabit. Ia adalah penyelidikan bersama bank UBS dan firma pengauditan PwC. Billionaire lelaki masih mendominasi seramai 1,202 orang tetapi jumlah mereka meningkat hanya 5.2 kali ganda dalam tempoh sama berbanding peningkatan 6.6 kali ganda dalam kalangan wanita. Di Asia, jumlah billionaire wanita naik lebih lapan kali ganda, iaitu daripada tiga kepada 25 orang. Mengikut kajian itu, sekurang-kurangnya separuh wanita terkaya Asia adalah generasi pertama ketua korporat. Mereka menuntut di Eropah atau Amerika Syarikat sebelum membuat kekayaan di negara masing-masing. Sebagai perbandingan, kebanyakan billionaire wanita di Eropah dan Amerika Syarikat mewarisi kekayaan mereka. Kajian itu menunjukkan, mereka sering aktif dalam membangunkan perniagaan berbanding generasi wanita sebelumnya. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105431

Keunikan pokok jabuticaba


SPESIES pokok anggur Brazil digelar jabuticaba yang boleh ditemui di Minas Gerias dan Sao Paulo, selatan Brazil ini mempunyai keunikan tersendiri.
Ini kerana buah-buahan tersebut dihasilkan dari dahan dan batang pokok tersebut.
Menurut amusingplanet.com pokok jabuticaba yang menghasilkan buah berbentuk bulat kecil itu dengan diameter berukuran kira-kira 3 hingga 4 sentimeter itu hanya berbuah sekali atau dua kali setahun.
Tetapi, buah yang mempunyai rasa manis itu boleh didapati sepanjang tahun di kawasan tropika.
Buah ini biasanya digunakan untuk membuat jem atau tart kerana ia tidak tahan lama selepas dipetik.
Selain itu, buah ini turut mempunyai banyak kegunaan dalam bidang perubatan.
Ia digunakan secara meluas untuk rawatan batuk berdarah, asma, cirit birit dan ubat kumur bagi radang tonsil kronik.
Buah yang mempunyai banyak khasiat ini juga mempunyai beberapa ciri antioksida, antiradang dan antibarah. 

Ubahsuai bas sekolah jadi rumah mini


Bas sekolah yang diubahsuai menjadi rumah mini bergerak

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki bersama bapanya mengambil inisiatif mengubahsuai sebuah bas sekolah kepada sebuah rumah mini bergerak.
Patrick Schmidt yang tidak bekerja dan tinggal di California membeli bas sekolah dengan harga AS$ 4,500 (RM 19,366) pada Mac lalu dan kemudian memperuntukkan tiga bulan untuk menjadikan bas tersebut sebuah rumah mini bergerak.
Dengan bantuan bapanya, Patricks  mengubahsuai bas yang berkeluasan 189 kaki persegi kepada sebuah rumah mini menggunakan bahan-bahan yang dibeli dari kedai serba guna dan secara dalam talian.
Projek tersebut yang menelan belanja £5,919 (RM28, 063) dilengkapi dengan penghawa dingin, dapur, bilik tidur serta tandas.
Patrick turut mengembara bersama rumahnya iaitu lebih 10,000 batu perjalanan merentasi 30 negeri termasuklah California, Colorado dan New York.
"Saya akan terus menambahbaik Skoolieslove (rumah mininya) dan mempromosikan kehidupan ringkas. Meneruskan pengembaraan, bertemu orang ramai dan mencari pengalaman baru,' kata Patrick dipetik MailOnlin
e

Fenomena lautan kapucino


JIKA dilihat sekali imbas, kita mungkin akan menyangka pemandangan menakjubkan di Cape Town, Afrika Selatan ini adalah sebuah pantai beku.
Tetapi, fenomena jarang berlaku ini sebenarnya adalah buih yang menyebabkan laut tersebut bertukar menjadi seperti lautan kopi kapucino.
Ia berlaku akibat tindak balas air laut dengan kotoran bahan organik seperti plankton, bangkai hidupan akuatik dan elemen lain yang terapung di permukaannya.
Arus yang kuat menyebabkan air laut tersebut membentuk buih kecil yang akan menghasilkan fenomena unik itu lapor Daily Mail.
Kajian saintis menunjukkan arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk 'bergabung' dan menghasilkan buih tersebut.
Buih yang melekat antara satu sama lain itu dibawa dari bawah permukaan laut oleh arus ke permukaan tepi pantai.
Apabila ia mula terbentuk pada permukaan, pergerakan air menyebabkan gelembung tersebut berpusar dan 'bergabung' untuk menjadi buih.
Pada 2007, fenomena jarang berlaku itu turut berlaku di utara pantai Sydney.
Hampir keseluruhan pantai dan bangunan berhampiran di Yamba, New South Wales tersebut dilitupi buih. 

Jual udara segar dari pergunungan di Kanada

Beijing: Sejak pencemaran udara di Beijing mencecah tahap amaran merah pada minggu lalu, jualan botol yang mengandungi udara segar dari kawasan pergunungan di Kanada semakin popular di China.
Dua usahawan dari Alberta, Kanada menjual botol udara segar yang dikenali sebagai Vitality Air lebih setahun lalu, tetapi dalam dua minggu terakhir ini jualan mereka di China meningkat mendadak.
Amaran merah diisytiharkan pihak berkuasa Beijing pada 7 Disember lalu dan bertahan selama tiga hari apabila pencemaran udara mencecah tahap bahaya.
Pencemaran udara di Beijing berpunca daripada pelepasan asap kilang dan kenderaan.
Vitality Air diasaskan dua rakan baik Moses Lam dan Troy Paquette pada 2014.
Syarikat itu mengambil udara segar dari kawasan pergunungan di Alberta sebelum dibotolkan dan dieksport ke luar negara.
Wakil Vitality Air di China, Harrison Wang berkata, mereka baru memasarkan produk berkenaan di China lebih sebulan yang lalu, tetapi sambutan diterima sangat luar biasa.
“Kami memasarkan produk ini di Internet dan ia habis dalam tempoh beberapa hari sahaja,” katanya.
Menurutnya, Vitality Air dijual pada harga mencecah 400 yuan (RM266) sebotol bergantung pada saiz botol. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 7:32 AM


SEORANG model lelaki di China menunjukkan cara menghirup udara segar dari botol Vitality Air.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100365#sthash.drsn4c9s.dpuf

Budak dianggap ‘Pinocchio’


Kanak-kanak dari Wales hidap otak membesar dari dalam bahagian hidung

Ollie Trezise yang dianggap sebagai Pinocchio sebenar oleh ibunya selepas pembedahan dilakukan ke atasnya. AGENSI
CARDIFF 15 Dis. - Seorang kanak-kanak lelaki dari Wales disifatkan oleh ibu­­nya sebagai ‘Pinocchio se­benar’ selepas otaknya didapati membesar dari dalam bahagian hidungnya hingga membentuk wajahnya sama seperti watak animasi itu yang popular pada tahun 1940.
Ollie Trezise dari bandar Maesteg dilahirkan dengan menghidap penyakit misteri yang belum pernah ditemui sebelum ini yang mengakibatkan bahagian otaknya membesar melalui rekahan dalam tengkoraknya hingga memasuki ke dalam hidungnya.
Mail Online melaporkan, kea­daan itu memaksa Trezise, 21 bulan menjalani beberapa pembedahan bagi membantunya bernafas dan menutup ruang pada bahagian tengkoraknya itu.
Ibu Trezise, Amy Poole, 22, berkata, sejurus kelahiran anaknya itu, dia sering menerima ejekan daripada orang yang tidak dikenalinya termasuk ada yang membe­ritahu ‘Trezise tidak sepatutnya dilahirkan’, dan ada yang mencemuh anaknya sebagai ‘hodoh’.
“Penghinaan itu amat menya­kitkan. Pernah ada seorang wanita memberitahu bahawa saya tidak sepatutnya melahirkan Trezise, saya terus menangis.
“Bagi saya. Ollie adalah sempurna. Dia merupakan Pinocchio sebenar dan saya amat berbangga dengannya,’’ kata Poole, ibu kepada dua orang anak.
Poole berkata, dia hanya mengetahui tentang keganjilan pada diri anaknya itu semasa dia melakukan imbasan pada minggu ke-20 selepas dia dilahirkan setelah doktor memaklumkan terdapat tisu yang sedang membesar pada wajah anaknya itu.
Poole yang selepas itu berpisah dengan bapa Trezise berkata, dia amat terkejut semasa pertama kali diberikan peluang memegang anaknya malah hampir tidak dapat berkata-kata.
“Dia terlalu kecil namun terdapat gumpalan besar seperti bola golf pada hidungnya.
“Pada mulanya saya tidak tahu sama ada saya dapat berdepan dengan situasi itu, namun saya tahu saya akan mencintainya tanpa mengira bentuk wajahnya,’’ kata Poole.
Sementara itu, seorang pakar di Hospital Kanak-Kanak Birmingham, Martin Evans berkata, kes Trezise dianggap sebagai ganjil dan mungkin berlaku sekali dalam setahun.
“Kami gembira kerana pembedahan ke atasnya berjaya dan mendoakan yang terbaik untuk masa depannya,’’ kata Evans.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-dianggap-8216-pinocchio-8217-1.169349#sthash.WOjEr8Rq.dpuf

Nelayan China jumpa cicak purba


Salamander yang dijumpai di sebuah gua batu kapur di China. Agensi
BEIJING 15 Dis. – Seorang nelayan di barat daya China berjaya menangkap seekor haiwan purba menyerupai cicak salamander yang dikategorikan sebagai haiwan amfibia tertua di dunia yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal sejak kira-kira 170 juta tahun lalu.
Mirror Online melaporkan, Wang Yong menemukan cicak gergasi berukuran 122 sentimeter panjang itu secara tidak sengaja selepas terpijak badan haiwan pelik tersebut ketika sedang berjalan di dalam gua batu kapur di daerah Chingqing.
“Ia merupakan haiwan paling tua di dunia dan haiwan berusia 200 tahun itu ditemui di dalam gua selepas saya terpijak sesuatu yang lembut dan berlendir.
“Haiwan ini merupakan spesies paling tua di dunia. Ketika ia dilahirkan Raja George IV sedang menaiki takhta dan Britain sedang terlibat dalam perang Waterloo,” katanya.
Yong kemudian bertindak menelefon beberapa pakar hidupan liar yang mengambil haiwan amfibia itu untuk dipindahkan ke habitat semula jadinya selepas mendapati ia sakit.
Haiwan pelik itu yang dipanggil wa wa yu atau ikan bayi kerana tangisannya berbunyi seperti tangisan seorang bayi yang baru lahir.
Haiwan itu juga disenarai sebagai spesies paling terancam dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Hidupan Liar (ICUN) dan dilindungi di China.
Haiwan itu mampu membesar sehingga 1.8 meter panjang dan berat melebihi 50 kilogram.
Walaupun diletakkan sebagai spesies terancam, cicak salamander masih menjadi buruan golongan kaya di China ekoran kepercayaan bahawa daging haiwan itu boleh mengatasi ketuaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nelayan-china-jumpa-cicak-purba-1.169352#sthash.t8SIDUTZ.dpuf

Ikan keli gergasi ditangkap di sungai Itali


Yuri El Diablo bergambar bersama ikan keli gergasi yang berjaya ditangkapnya ketika memancing di Sungai Po. AGENSI
Menurut laman web Mirror.com, lelaki berkenaan, Yuri El Diablo Grisendi berjaya menewaskan ikan tersebut ketika memancing di Sungai Po selepas bertarung selama sejam untuk menaikkan ikan gergasi berkenaan,
Lelaki berusia 38 tahun dari Renggio Nell Emilia itu, yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam dunia memancing, mengakui tidak pernah melihat ikan keli sebesar itu sebelum ini.
“Saya berpengalaman dalam memancing selama 20 tahun lalu namun tidak pernah melihat ikan sebesar ini,” ujarnya yang terlalu teruja selepas berjaya menangkap ikan berkenaan.
Grisendi berkata, pengalaman menangkap ikan keli gergasi itu sangat menakjubkan dan dia terpaksa bergelut selama sejam bersendirian di atas bot kecil miliknya sebelum berjaya membawa ikan itu ke darat.
“Walaupun berdepan dengan kepayahan ketika menangkap ikan gergasi ini, tetapi ia memberi kepuasan kepada saya,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ikan-keli-gergasi-ditangkap-di-sungai-itali-1.169374#sthash.NC10x7Bv.dpuf

Monday, December 14, 2015

Tawaran menginap di hotel tanpa bumbung



RUMAH Pokok Bangkok di Thailand dibina di tengah-tengah hutan bagi memberi peluang 1pelancong menyaksikan keindahan alam semula jadi. - Agensi


LONDON – Beberapa hotel unik di seluruh dunia menawarkan pengalaman menginap di bilik-bilik yang dibina di kawasan terbuka sambil menyaksikan keindahan alam semula jadi.
Hotel-hotel itu ada yang dibina di atas pokok, di dalam hutan dan lereng bukit untuk memberikan pengalaman berbeza kepada pelancong.
Beberapa gambar yang dimuat naik di internet menunjukkan sebuah hotel mewah lima bintang dibina di atas beberapa batang pokok di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.
Hotel itu dibina di atas pokok untuk membolehkan pengunjung melihat hidupan liar seperti singa, gajah, harimau bintang secara semula jadi.
Bilik hotel itu dilengkapi dengan sebuah katil, sofa dan meja makan.
Sementara itu, Hotel L’Albereta Relais & Chateaux di Erbusco, Itali pula menyediakan bilik yang tidak berbumbung.
Hotel unik itu mampu menimbulkan suasana romantis pada waktu malam khusus untuk pasangan kekasih dan suami isteri. Pengunjung akan tidur berbumbungkan langit sambil memerhatikan kerlipan bintang.
Sementara itu, Rumah Pokok Bangkok di Thailand memberi peluang kepada pelancong untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi.
Para pelancong boleh menginap di atas pokok serta mandi-manda di sebuah kolam semula jadi di tengah hutan.
Malah, Rumah Pokok Bangkok itu mempunyai peraturan untuk mengeluarkan 1 kilogram sampah dari Sungai Chao Phraya setiap kali menerima tempahan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3uGuptGIf 
Hakcipta terpelihara