Pages

Saturday, November 1, 2014

Fahami agenda Kristian Evangelis


Baru-baru ini, seorang bekas menteri Melayu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad jemput Kunta Kinte ke pejabat dia sebab ada seorang rabbi nak jumpa dia. Rabbi adalah ketua agama Yahudi.Lebih kurang macam tok imam kita. Jadi kita pun jumpa dan bincang satu dua hal macam perdamaian di TimurTengah, rampasan tanah orang Palestin oleh peneroka Yahudi dan siapa dalangnya.
Kita juga bincang kemungkinan orang Islam dan Yahudi kerjasama wujudkan piawaian halal/kosher di negara- negara Eropah Timur di mana orang Islam dan Yahudi adalah minoriti. Bekas menteri itu kata, walaupun Presiden Barack Obama bukan kulit putih tapi dia pun tak berapa berminat dan tak berjaya bawa keamanan kepada Timur Tengah, khususnya antara Israel dengan negara-negara Arab.
Rabbi dari California, Amerika Syarikat itu kata, yang tentukan sama ada Israel dan Palestin berperang atau berdamai bukan orang Islam atau Yahudi. Juga bukan Israel atau negara-negra Islam. Yang tentukan perang dan damai di Timur Tengah adalah Amerika.
Rabbi itu kata lagi, di Amerika pula yang tentukan terhadap isu Arab-Israel dan Timur Tengah bukan presiden atau Kerajaan Amerika tetapi pelobipelobi Kristian. Pelobi-pelobi Kristian, kata rabbi itu, jadi kuat dan ekstrem masa pemerintahan Presiden George W Bush. Bush rapat dengan kelompok Kristian yang dikenali sebagai Christian Right dan golongan yang dipanggil Neo-Conservatives atau Neo-Cons.
Apa yang ditakutkan
Christian Right atau disebut juga Religious Right sangat cergas dalam politik. Pendirian mereka terhadap isuisu berkait Islam, Arab dan Palestin sangat keras. Bersama-sama dengan golongan Neo-Cons, mereka sokong dan desak Kerajaan Amerika guna kuasa tentera dalam krisis antarabangsa, khususnya yang babitkan dunia Islam.
Orang kita umumnya percaya Yahudi sangat berpengaruh ke atas dasar- dasar Amerika. Itu betul. Tapi yang gerakkan dasar pro-Israel adalah golongan Christian Right dan Neo-Cons. Kalau ikut logik, susah bagi orang Yahudi nak wujud dan pertahan negara Israel yang terletak di tengah-tengah dunia Arab kerana bilangan mereka tak ramai.
Ikut anggaran daripada badan amal Amerika, Carnegie Endowment for International Peace, pada tahun ini ada 2.01 bilion orang Kristian dan 2.08 bilion Islam. Bilangan orang Yahudi dianggarkan 13.9 juta orang saja pada tahun 2013. Inilah yang golongan Christian Right dan Neo-Con sangat takut - bilangan orang Islam mengatasi orang Kristian dan makin ramai orang Islam tinggal di negara-negara bangsa Eropah.
Balik kepada sejarah
Untuk lebih jelas mengenai peranan Christian Right dan Neo-Cons dalam isu Yahudi dan Israel, kita kena balik kepada sejarah. Mula-mula sekali, kita kena faham, iaitu bukan orang Yahudi yang wujudkan Israel.
Sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, orang Yahudi tak ada negara dan mereka bercempera di Eropah, Amerika Utara, Russia dan negaranegara Eropah Timur. Masa Perang Dunia Kedua mereka diseksa oleh Nazi Jerman. Masa itu, paling ramai orang Yahudi tinggal di Jerman. Yang sempat lari mereka cari perlindungan di United Kingdom (UK), Russia dan Amerika Utara. Lepas perang, dua kuasa besar Eropah - UK dan Perancis - bimbang orang Yahudi yang bercempera di negara mereka tuntut hak dan jadi lebih berpengaruh.
Salah satu cara atasi masalah itu ialah dengan hasut orang Yahudi berhijrah ke Palestin. Masa itu, UK dan Perancis kuasai sebahagian besar wilayah Arab yang dulunya milik Empayar Uthmaniyyah.
Hasil dasar dan tindakan British, Perancis serta Amerika itu lahirlah Israel sebagai negara Yahudi pada Mei 1948 walaupun ditentang keras oleh umat Islam. Asal usulnya bumi Israel adalah kawasan pelbagai kaum. Sehingga abad ketiga Masihi, majoriti penduduknya Yahudi. Selepas itu ia jadi wilayah Kristian. Daripada abad ketujuh sampailah pembentukan Israel, majoriti penduduknya Islam.
Hari ini, yang jamin kewujudan Israel adalah orang Kristian. Pada 14 Oktober lalu, seorang rabbi wanita Amerika bernama Jill Jacobs, menulis dalam surat khabar Washington Post mengatakan pembayar cukai Amerika adalah antara pihak yang bertanggungjawab membiayai pencerobohan Yahudi ke atas tanah dan harta milik orang Palestin di Tebing Barat.
Manakala penulis laman web Christian Science Monitor, Christa Case Bryant, pula dalam rencana 18 Disember 2012 berkata, gerakan Zionis semakin berpengaruh ke atas politik Amerika sejak 10 hingga 15 tahun dengan kerjasama Kristian Evangelis, khususnya dalam hal kepentingan Israel.
Konspirasi peringkat antarabangsa
Jadi dalam kita orang Islam bergaduh dan bertelagah sama sendiri, kita kena faham konspirasi yang sedang berlaku pada peringkat antarabangsa untuk terus laga-lagakan Islam dengan Yahudi hingga orang Islam terlupa atau terlepas pandang keadaan sebenar.
Cabaran terhadap umat Islam hari ini, termasuk di negara kita, adalah gerakan Kristian Evangelis, Neo-Cons dan golongan liberal. Mereka inilah yang menuntut pelbagai hak dan persamaan seperti penggunaan kalimah Allah, kebebasan seksual dan hak bersuara tanpa batasan.
Kalau orang Islam negara kita masih tak sedar dan bertelagah mengenai hal remeh macam sentuh anjing, jangan salahkan sesiapa kalau nasib mereka jadi macam nasib orang Palestin. Wallahuaklam.

Sekolah tidak benarkan rambut palsu merah jambu



AGENSI - SMITH memakaikan Ashanti yang menghidap sejenis penyakit penuaan dengan rambut palsu berwarna merah jambu.


SUSSEX, England – Seorang kanak-kanak yang dijangka tidak dapat hidup lama kecewa selepas seorang guru mengarahkannya supaya menanggalkan rambut palsunya yang berwarna merah jambu, lapor MailOnline semalam.
Pihak sekolah khuatir tindakan kanak-kanak itu, Ashanti Elliott-Smith, 11, yang menghidap sejenis penyakit penuaan yang jarang berlaku dan dikenali sebagai Hutchinson Gilford Progeria boleh menyebabkan pelajar lain akan turut mewarnakan rambut mereka.
Kanak-kanak itu yang kini kelihatan seperti seorang warga emas yang berusia 80 tahun dijangka tidak dapat meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-15.
Ibu kanak-kanak itu, Smith, 29, berkata, anaknya amat sedih apabila guru-guru di sekolahnya tidak membenarkan dia memakai rambut palsu.
“Warna rambut itu memang terang tetapi dia mempunyai hak untuk memakai apa sahaja warna rambut memandangkan dia tidak dapat hidup lama. Pihak sekolah menyuruhnya membuka rambut itu. Dia malu kerana keadaannya yang botak,” katanya.
Sementara itu, Pengetua Kolej Komuniti Oakmeeds, Colin Taylor berkata, pihaknya membenarkan kanak-kanak itu memakai topi atau rambut palsu pada musim sejuk tetapi cuma menggunakan warna semulajadi. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3HllY4O7C 
Hakcipta terpelihara 

Budak hidap penyakit tidak lapar

Perbezaan wajah Landon Jones, 12, selepas menghidap penyakit misteri
Perbezaan wajah Landon Jones, 12, selepas menghidap penyakit misteri yang membuatkan dia tidak berasa lapar atau dahaga. Gambar kiri diambil pada tahun lalu, manakala gambar kanan merupakan gambar terbaharu. – AGENSI
NEW YORK 31 Okt. – Seorang budak lelaki di Amerika Syarikat (AS) menghidap sejenis penyakit misteri apabila dia tidak berasa lapar atau dahaga sejak lebih setahun lalu, sekali gus mengundang kebimbangan ibu bapanya terhadap kesihatan anak mereka itu.
Portal odditycentral.com melaporkan kanak-kanak tersebut, Landon Jones, 12, mula mengalami keadaan pelik itu sejak 14 Oktober tahun lalu selepas makan piza dan aiskrim dengan banyak pada malam sebelumnya.
Apabila dia bangkit dari tidur keesokan harinya, Landon telah kehilangan rasa lapar dan dahaga, menyebabkan keadaan badannya menjadi lemah tidak bertenaga dan sering mengalami pening kepala.
Meskipun Landon, yang berasal dari Iowa, dibawa ke banyak klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi kebanyakan doktor buntu mencari punca sebenar kanak-kanak tersebut menghidap penyakit misteri itu.
Pakar perkembangan otak kanak-kanak di Klinik Mayo, Dr. Marc Patterson berkata, kes Landon mungkin satu-satunya kes di dunia dan dia mungkin mengalami gangguan fungsi hipotalamus iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab untuk mengawal deria lapar, haus, suhu badan, tekanan darah dan kitaran tidur, namun tidak ada bukti kukuh menyokong teori itu.
Ayah Landon, Jones pula menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan anaknya yang kehilangan berat badan daripada 47 kilogram kepada 30 kilogram, selain tidak bersemangat dan tidak menjamah walaupun sedikit roti atau seteguk air.
“Anak saya hanya hadir ke sekolah sebanyak 65 hari dalam tempoh setahun sejak menghidap penyakit tersebut dan banyak menghabiskan masa terbaring di atas sofa di rumah.
“Dia akan menjalani ujian kesihatan di Institut Kesihatan Negara, tempat yang hanya mengkaji kes unik seperti Landon dan saya berharap dia akan pulih semula menjadi kanak-kanak yang riang dan sihat seperti dahulu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-hidap-penyakit-tidak-lapar-1.19264#sthash.rXjayhDw.dpuf

Kumpulan militan IS bunuh 300 pengikut Sunnah


Orang ramai memerhati berpuluh-puluh mayat yang bergelimpangan
Orang ramai memerhati berpuluh-puluh mayat yang bergelimpangan dipercayai pengikut Sunnah yang ditembak mati oleh kumpulan militan IS di sebatang jalan di bandar Hit, 140 kilometer ke barat Baghdad, pada 29 Oktober lalu, – AP
BAGHDAD 31 Okt. - Kumpulan militan Negara Islam (IS) dilapor membunuh lebih 300 penduduk Iraq sepanjang minggu ini, sebagai membalas dendam terhadap tindakan puak kabilah di barat ibu negara ini membantu tentera pakatan menentang IS.
Menurut saksi, dua kubur besar turut ditemui di berasingan di wilayah Anbar mengandungi kira-kira 300 mayat pengikut Sunnah Muslim Albu Nimr dengan kesemua mangsa dipercayai berusia antara 18 dan 55 tahun.
Kesan tembakan jarak dekat turut ditemui ada mayat-mayat tersebut.
Selain itu, lebih 70 mayat lelaki daripada kumpulan yang sama ditinggalkan dekat pekan Hit yang merupakan kawasan majoriti penduduk Sunnah di wilayah tersebut.
Kebanyakan mangsa merupakan anggota polis atau pejuang anti-IS yang digelar sebagai Sahwa (kebangkitan).
Satu lagi kubur besar ditemukan dekat bandar Ramadi di wilayah yang sama, mengandungi 150 mayat pengikut tersebut.
“Militan IS mengarahkan pengikut kumpulan itu meninggalkan kampung mereka dan berpindah ke Hit, terletak kira-kira 130 kilometer di barat Baghdad dan memberi jaminan mereka tidak akan diapa-apakan.
“Tetapi militan IS bertindak kejam apabila menahan dan menembak mati kesemua mangsa tersebut,” kata saksi berkenaan yang enggan dikenali.
Dalam perkembangan di Syria, militan IS mendakwa menawan sebuah lapangan minyak di wilayah tengah Homs, selepas bertempur dengan tentera kerajaan, serta berjaya merampas lima kereta kebal, dua kenderaan berperisai, mesingan dan peluru.
Di pekan strategik Kobani pula, kumpulan pertama puak Kurdis Iraq tiba untuk membantu kumpulan bersenjata puak Kurdis Syria menentang kemaraan militan IS yang tidak terjejas, walaupun diserang tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat. – REUTERS/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kumpulan-militan-is-bunuh-300-pengikut-sunnah-1.19269#sthash.vBf8eOQE.dpuf

Friday, October 31, 2014

Budak dua tahun mendaki di 40 buah negara



AGENSI - BENNETT telah berjaya melakukan pendakian gunung yang ekstrem di sekitar Amerika Syarikat.


SACRAMENTO, California –Seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun telah melakukan pendakian sejauh 482 kilometer di 40 buah negara dengan ibu bapanya, lapor MailOnline semalam.
Kanak-kanak itu, Bodhi Bennett telah menerokai kebanyakan gunung di taman negara sekitar Amerika Syarikat.
Ibunya, Shannon, 27, berkata, anak sulungnya itu telah dibawa melakukan pendakian pertama ketika berusia lima hari.
“Ketika mengandungkan Bodhi, saya dan suami tidak mahu kehidupan kami berubah selepas bergelar ibu bapa. Ramai yang mengatakan anak akan mengubah kehidupan pasangan suami isteri kerana selepas menjadi ibu dan bapa, kita dianggap tidak dapat lagi melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan.

AGENSI - Shahnon tidak mahu anak menjadi penghalang dalam aktiviti pendakiannya.


Namun, tanggapan itu sama sekali tidak benar memandangkan sejak kecil lagi, kami telah mengajar Bodhi mendaki dan dia kelihatan seronok melakukannya,” katanya.
Namun demikian, Shahnon menegaskan dia amat menitikberatkan soal keselamatan ketika Bodhi melakukan pendakian kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku.
Dia yang telah mendokumentasikan pendakian mereka kini mempunyai beribu-ribu pengikut dalam laman Instagram. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3HgDue9ul 
Hakcipta terpelihara 

Wanita hidap penyakit misteri disisih

Carly Findlay
Carly Findlay menghidap penyakit dikenali Ichthyosis yang sehingga kini pakar perubatan belum dapat mencari penawarnya. – AGENSI
MELBOURNE 30 Okt. – Seorang wanita di sini, sering kali dijadikan bahan jenaka, ekoran dia menghidap sejenis penyakit misteri yang jarang ditemui yang mengakibatkan kulitnya bertukar warna menjadi kemerah-merahan serta berminyak.
Portal Mail Online melaporkan, Carly Findlay menghidap penyakit yang dikenali sebagai Ichthyosis yang sehingga kini, pakar perubatan belum dapat mencari penawarnya.
Findlay berkata. penyakit yang dialaminya itu berlaku kepada setiap 10 atau 20 individu dalam satu juta penduduk dunia.
Katanya, Ichthyosis bukan sahaja menyebabkan kulitnya bertukar menjadi merah, tetapi turut mengakibatkan kulitnya mengelupas dan bersisik.
“Penyakit ini telah menyebabkan ramai orang takut kepada saya, ada sesetengah kanak-kanak menyorok apabila nampak saya. Perkara ini begitu menyedihkan saya.
“Saya tidak tahu kenapa mereka perlu takut, saya berharap persepsi sebegini akan berubah,” jelas Findlay.
Findlay bagaimanapun tidak menyatakan bilakah dia mula mengidap penyakit berkenaan.
Findlay berharap orang ramai akan dapat menerimanya seperti manusia normal, bagi membolehkan dia menikmati kehidupan dengan lebih sempurna.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-hidap-penyakit-misteri-disisih-1.18781#sthash.hGDeA36h.dpuf

Pakai baju T bertanda umur kerana menipu

31 Oktober 2014 12:55 AM

Kevin Jones

LOUSIVILLE 30 Okt - Kerana berang dengan sikap anak perempuannya yang menipu berkenaan umur sebenarnya di dalam akaun laman sosial rahsia untuk mengadakan temu janji dengan orang yang lebih dewasa daripadanya, seorang bapa memaksa anaknya itu memaksa anaknya itu memakai beg kanak-kanak dan baju T yang memaparkan umurnya yang sebenar.
Portal Mail Online melaporkan, Kevin Jones dari Louisville, Kentucky terkejut mendapati anaknya berusia 10 tahun itu cuba menipu tentang umurnya dan mendakwa mempunyai teman lelaki serta pernah bercinta.
Kanak-kanak itu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter kelihatan lebih matang daripada umurnya yang sebenar. Kesempatan itu digunakannya untuk menyamar sebagai seorang yang berusia 15 tahun.
Menyedari perbuatan anaknya itu, Jones memutuskan untuk menghukum anak perempuannya itu supaya perbuatannya itu diketahui umum.
“Dia mendakwa sedang bercinta dan keluar bersama seorang teman lelaki yang menyalahi peraturan yang saya tetapkan.
“Saya mendapati dia telah melakukan perbuatan ini untuk tempoh yang lama. Maka hukuman ini adalah setimpal dengan perbuatannya itu,” kata Jones di laman Facebooknya.
Jones telah menempah sehelai baju T yang comel yang tertera umur sebenar anaknya itu, meletakkan penyepit rambut dan menyediakan sebuah beg bercorak puteri untuk anak kesayangannya itu.
Anaknya didapati tidak gembira dengan hukuman berkenaan.
Sementara itu, ibu bapa dari seluruh dunia menyokong tindakan Jones itu, sambil menyifatkan Jones melakukan tindakan yang betul dan menganggap dia seorang bapa yang baik.
Gambar anaknya itu dimuat naik di Internet pada 21 Oktober lalu dan seramai 250,000, pengguna menekan butang likes dan dikongsi hampir 77,000 kali.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pakai-baju-t-bertanda-umur-kerana-menipu-1.18785#sthash.rBtZL4Jx.dpuf

Kerana berang dengan sikap anak perempuannya yang menipu tentang umur sebenar di dalam akaun laman media sosial rahsia untuk janji temu bersama orang yang lebih dewasa, seorang bapa memaksa anaknya memakai beg kanak-kanak dan baju T yang memaparkan umurnya yang sebenar. – AGENSI -
Kevin Jones

Thursday, October 30, 2014

Si kecil penjinak gajah

Buon M’Lieng (Vietnam): Ini gambar mengagumkan, mengisahkan seorang budak perempuan yang berjaya menjinakkan seekor gajah liar dewasa.
Kim Luan dari etnik M'Nong yang mendiami kawasan tengah Vietnam kini tidak boleh berpisah dengan gajah peliharaannya itu atau erti kata lain, mereka berkawan baik.
Sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan masyarakat M’Nong untuk menjinakkan gajah liar sebelum memperkenalkan kepada masyarakat dan mengekalkannya sebagai haiwan peliharaan.
Gajah itu kemudian digunakan untuk bekerja dengan penduduk kampung di ladang, mengangkut barang dan membina rumah.
Dan Kim yang baru berusia enam tahun, sudah menjalinkan hubungan akrab dengan gajah itu.
Jurugambar warga Perancis Rehahn, 35, merakam gambar Kim dan gajah itu di Buon M'Lieng baru-baru ini.
“Gajah dianggap sebahagian daripada anggota masyarakat M’Nong. Saya terkejut dengan kemesraan antara Kim dengan gajah itu. Malah, kanak-kanak perempuan itu lebih takut kepada saya daripada gajah berkenaan,” kata jurugambar itu.
Menurutnya, dia sudah menetap di Vietnam sejak tujuh tahun lalu, merakam kira-kira 45,000 gambar di negara berkenaan.
Bagaimanapun, ini kali pertama dia melihat interaksi antara masyarakat M’Nong dengan gajah mereka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 5:28 AM


KIM bersama gajah liar yang dijinakkannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5311#sthash.dDrKdNIv.dpuf

Bela harimau di belakang rumah



AGENSI - BOVARD bermain dengan seekor harimau dan singa yang dipelihara di belakang rumahnya di Florida, Amerika Syarikat.


TALLAHASSEE, Amerika Syarikat – Seorang lelaki membela enam ekor harimau dan dua ekor singa di belakang rumahnya sebagai salah satu cara untuk mendidik orang ramai mengenai spesies terancam itu.
Lelaki tersebut, Carl Bovard menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Single Vision bagi menggalakkan orang ramai datang ke rumahnya di negeri Florida untuk melawat haiwan berkenaan.
Selain harimau dan singa, Bovard juga membela dua ekor anak beruang, seekor harimau bintang serta dua ekor buaya.
Bovard berkata, ketika pengunjung melawat kediamannya, dia akan bermain-main termasuk memeluk haiwan berkenaan bagi meningkatkan kesedaran berhubung pentingnya memastikan kewujudan haiwan terancam tersebut terus terpelihara.
“Membela haiwan seperti ini di belakang rumah anda memang sangat bahaya dan saya mengambil beberapa langkah untuk memastikan keselamatan saya serta orang ramai terjamin.
“Haiwan ini walaupun jinak tetapi mereka masih mempunyai naluri pembunuh dan saya perlu berhati-hati ketika bermain bersama mereka,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3HZgIUyZG 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, October 29, 2014

Pesawat tanpa tingkap


Pesawat komersil masa depan yang dipaparkan ini seolah-olah gambaran masa hadapan yang mungkin membuatkan sesetengah orang kagum.

Bagaimanapun, jika semuanya menjadi kenyataan, ia mungkin menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang kurang gemar menaiki kapal terbang.

Tapi, apa yang cuba ditengahkan ialah sebuah pesawat masa depan yang tidak mempunyai tingkap yang membolehkan penumpang melihat awan, langit, gunung dan laut serta dilengkapi pelbagai kemudahan digital dan akses tanpa wayar tanpa batas.

Pesawat komersil generasi akan datang yang dicadangkan ini mungkin menyaksikan tingkap digantikan dengan skrin penuh yang membolehkan penumpang melihat pemandangan luar. Malah, penumpang juga boleh menghidup atau mematikan skrin paparan di tempat duduk mereka mengikut kehendak masing-masing serta melayari Internet.

Konsep awal pesawat tanpa tingkap adalah idea sebuah organisasi yang bekerjasama dengan beberapa syarikat di England untuk menghasilkan produk baru dikenali sebagai Centre for Process Innovation (CPI).

Direka berdasarkan teknologi yang digunakan telefon bimbit dan televisyen, CPI membayangkan bagaimana skrin definisi tinggi yang ringan dan besar berupaya memaparkan imej yang dirakam kamera di luar pesawat.

“Skrin akan diperbuat daripada diod cahaya organik atau OLED yang fleksibel seperti yang diperkenalkan syarikat elektronik LG, baru-baru ini.

“Jika kita berupaya menghasilkan OLED yang mudah lentur kita juga boleh mencipta paparan skrin yang fleksibel," kata Dr Jon Helliwell daripada CPI.

Katanya, konsep untuk pesawat berkenaan muncul selepas perbincangan bersama pihak industri aeroangkasa dan dijangka boleh menjadi realiti dalam 10 tahun lagi. - Guardian

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:22 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4968#sthash.j6bsm88Y.dpuf

Tuesday, October 28, 2014

Kaki Remaja Reput Akibat Dipatuk Ular


Diterbitkan: Selasa, 28 Oktober 2014 4:37 PM

SEORANG remaja perempuan berusia 13 mengalami pengalaman perit apabila kakinya reput selepas dipatuk ular.
Gadis yang tidak dikenali itu dibawa ke Hospital Carcaras, Venezuela selepas dia gagal dalam rawatan tradisional selama sebulan untuk memulih kakinya yang mereput sehingga meninggalkan tulang.
The 13 year old girl suffered severe necrosis - the premature death of cells - due to a snake bite that was treated with local indigenous remedies for a month before she was brought to a hospital in Carcaras
Doktor yang merawatnya turut terkejut dengan penyakit remaja berkenaan sebelum dimaklumkan bahawa dia pernah dipatuk ular berbisa.
Seorang Doktor dari Liverpool, Arun Ghosh yang melihat gambar tersebut berkata, kaki remaja terbabit mereput kerana bisa tersebut telah mematikan sel dan tisu.
"Gambar itu jelas menunjukkan bahawa tisu pada kaki remaja terbabit telah mati sepenuhnya dan yang tinggal hanya tulang," katanya.
Berdasarkan gambar itu juga, doktor berkenaan tidak menolak kemungkinan bahawa remaja terbabit berisiko untuk maut selepas ini.

Fenomena Api biru


Sulfur bertoksik yang dibebaskan dari kawah itu mencetuskan fenomena api biru.
Sulfur bertoksik yang dibebaskan dari kawah itu mencetuskan fenomena api biru.
ADAKAH anda sanggup mencabar adrenalin untuk berkunjung ke kawasan yang terkenal dengan fenomena 'api biru' di Indonesia ini?

Jika ya, anda sememangnya mempunyai keberanian sama seperti sekumpulan pelancong yang sanggup menggadai nyawa mereka semata-mata untuk menyaksikan sendiri keindahan sekitar kawasan kawah beracun Gunung Ijen, Jawa Timur pada waktu malam.

Api biru setinggi lima meter yang memukau pandangan mata dan menjadi tarikan utama pelancong dipercayai terhasil daripada pembebasan sulfur bertoksik dari kawah terbabit.

Penduduk tempatan pula menjadikan kawah gunung berapi tersebut sebagai punca pendapatan mereka menerusi aktiviti perlombongan belerang.

Ia telah lama beroperasi sejak era pemerintahan Belanda dan masih diteruskan hingga kini.

Tangkap haiwan aneh di padang pasir

Jeddah: Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.
Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.
“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.
“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 5:07 AM


HAIWAN menyerupai anjing yang ditangkap di padang pasir Jeddah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4575#sthash.KOgg75Wy.dpuf

Ratu cantik bayi bijak hiburkan penonton

Bobbi Boyden digelar Baby Beyonce kerana 
pandai menari  mengikut
Bobbi Boyden digelar Baby Beyonce kerana pandai menari mengikut rentak lagu Single Ladies dalam satu pertandingan ratu cantik kanak-kanak di Essex, London baru-baru ini. – AGENSI
ESSEX 27 Okt. – Dia mula belajar berjalan lima bulan lalu, namun bayi yang digelar sebagai ‘Baby Beyonce’ dari Colchester, Essex itu mampu menguasai pentas dengan gerak tari lagu Single Ladies seperti seorang diva dalam satu pertandingan ratu cantik kanak-kanak baru-baru ini.
Walaupun hanya berusia 19 bulan, Bobbi Boyden pandai menghiburkan penontonnya dengan rutin tarian yang dipelajarinya menerusi video muzik penyanyi Beyonce Knowles.
Mail Online melaporkan, ibunya, Stephanie Boyden, 32, berkata, Bobbi sememangnya gemarkan perhatian.
“Pada awalnya, kami mencari muzik yang sesuai untuk pertandingan ratu cantik Bobbi dan kawan saya mencadangkan lagu Single Ladies kerana seperti Beyonce, anak saya juga gemar menari.
“Kami memainkan lagu itu dan Bobbi mula menari. Setiap kali dia mendengar lagu itu, dia akan menari,” kata ibunya.
Bobbi mula menyertai pertandingan ratu cantik kanak-kanak Jun lalu bersama kakaknya, Eleanor, 10, dan Demi, 8, dan dia Bobbi telah memenangi beberapa pingat.
Menurut Stephanie, dia menghabiskan wang sebanyak 5,000 pound (RM26,352) dalam masa tiga bulan untuk pakaian dan wang pendaftaran ratu cantik yang disertai Bobbi dan dua lagi anaknya.
“Satu pakaian berharga 200 pound (RM1,054) dan walaupun Bobbi hanya boleh memakai pakaian itu sebanyak dua kali, saya tidak berhasrat untuk mengurangkan perbelanjaan untuknya,” jelas Stephanie.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ratu-cantik-bayi-bijak-hiburkan-penonton-1.17562#sthash.DJzSiCCO.dpuf