Pages

Thursday, October 23, 2014

Rakam gambar obor-obor bentuk kuning telur

Gambar obor-obor  kuning telur yang diambil Barry Bland  di Laut
Gambar obor-obor kuning telur yang diambil Barry Bland di Laut Mediterranean. – Agensi
LONDON 22 Okt. – Seorang jurugambar di Britain merasa bertuah apabila berjaya mengambil gambar obor-obor berbentuk seperti kuning telur ketika belayar di Laut Mediterranean, baru-baru ini.
Portal berita Mail Online melaporkan jurugambar itu, Barry Bland dari St. Albans, Hertfordshire berkata, dia sebelum ini hanya melihat obor-obor itu di kalender majalah National Geographic dan memasang keinginan untuk mengambil gambar haiwan tersebut.
“Jadi, ketika berada di Lautan Miditerranean, saya memberi tumpuan khas untuk mencari obor-obor tersebut,’’ katanya.
Bland berkata, obor-obor yang mempunyai warna menarik itu dengan bebola berwarna biru boleh dilihat bertukar bentuk seperti sebuah lampu hiasan dan kuning telur ketika haiwan itu berenang.
“Gambar saya menyaksikan obor-obor ini berenang-renang dalam kalangan kawanan ikan,’’ katanya.
Habitat obor-obor kuning telur itu boleh ditemui di Laut Mediterranean, selain di Laut Agean dan Adratic.
Obor-obor kuning telur dianggap lebih selamat berbanding jenis obor-obor lain ekoran sengatnya tidak memberi kesan kepada manusia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rakam-gambar-obor-obor-bentuk-kuning-telur-1.15808#sthash.cirnLhi2.dpuf

Wednesday, October 22, 2014

Saintis jumpa labah-labah sebesar tapak tangan


Saintis jumpa labah-labah sebesar tapak tangan
GUYANA - AMERIKA SELATAN. Seorang saintis menemui seekor Tarantula sebesar saiz tapak tangan seorang dewasa sewaktu meneroka hutan hujan Amazon di Guyana.

Menurut pakar serangga, Piotr Naskrecki, labah-labah itu ditemui di trek laluan pejalan kaki sewaktu dia menjelajah hutan itu.

“Saya boleh dengar dengan jelas saat kakinya menyentuh tanah. Saya juga boleh dengar bunyi daun kering seolah dipijak dengan sesuatu sewaktu binatang tersebut bergerak.

“Saya arahkan kamera saya ke arah bunyi tersebut, saya ingat saya mungkin akan terserempak dengan mamalia kecil, mungkin tikus hutan atau tupai,” jelasnya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk.

Namun apa yang ditemui ialah seekor tarantula sebesar saiz tapak tangannya.

“Labah-labah jenis itu mungkin merupakan satu-satunya tarantula yang menghasilkan bunyi ketika bergerak.

“Kakinya yang keras telah menghasilkan bunyi ‘klik’ yang aneh, tidak banyak bezanya dengan bunyi tapak kaki kuda di atas tanah,” tambahnya.

Tarantula yang ditemui Naskrecki merupakan jenis Goliath birdeater merupakan spesis labah-labah kedua terbesar pernah direkodkan dan hanya dijumpai di bahagian utara selatan Amerika, Utara Brazil dan bahagian selatan Venezuela.

Spesis ini dikatakan boleh menyerang dan memakan burung kelicap.

Ia mempunyai kepanjangan kaki yang boleh mencecah sehingga 30 cm dan beratnya pula boleh menyamai seekor anak anjing.

Peminta sedekah potong kaki unta untuk raih simpati



SEEKOR unta yang kudung keempat-empat kakinya dibawa dua orang lelaki ketika sedang meminta sedekah di bandar Fuzhou di wilayah Fujian, China baru-baru ini.


BEIJING – Sekumpulan peminta sedekah di China didakwa sanggup memotong kaki seekor unta untuk menggunakan haiwan tersebut meraih simpati orang ramai, lapor MailOnline semalam.
Seorang aktivis hak asasi haiwan di China, Xiong Kung mendakwa, mereka mengesan dua lelaki membawa seekor unta yang kudung keempat-empat kaki untuk meminta sedekah di bandar Fuzhou, dalam wilayah Fujian.
“Kami mendapat maklumat mereka memperoleh banyak wang daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib haiwan ini.
“Peminta-peminta sedekah itu mendakwa, unta berkenaan cacat selepas dilanggar sebuah kereta api dan mereka meminta dana daripada orang ramai untuk menjaga haiwan berkenaan.
“Polis mengesahkan haiwan itu sengaja dicacatkan sebagai salah satu cara untuk meraih simpati orang ramai,” katanya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa-apa terhadap individu berkenaan kerana di China tiada undang-undang berhubung penganiayaan terhadap haiwan,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3GovahOkL 
Hakcipta terpelihara 

Cipta payung khas anjing untuk elak panas, hujan



SATU kolar akan dipasang pada leher anjing sebelum disambung dengan payung khas tersebut.


LONDON – Sebuah syarikat pengeluar barangan penjagaan haiwan telah memperkenalkan payung yang direka khas untuk melindungi anjing daripada panas dan hujan.
Payung khas itu dikeluarkan oleh syarikat penjagaan haiwan, Puppia dan dijual pada harga harga £24 (RM126).
Satu kolar khas akan dipasang di leher anjing dan pemilik haiwan hanya perlu menyambung payung berkenaan pada kolar tersebut.
Payung khas itu juga boleh digunakan untuk kucing yang takutkan air ketika dibawa bersiar-siar oleh tuannya ketika musim hujan.
“Ada anjing tidak suka pada air, namun kini pemilik haiwan itu boleh menangani masalah tersebut dengan menggunakan payung khas ini,” kata seorang pengedar Puppia, Melody Lewis. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3GovB7PRT 
Hakcipta terpelihara 

Saintis dedah wajah sebenar Tutankhamun Kali pertama dipaparkan

BUAT kali pertama, imej sebenar Firaun Tutankhamun dikeluarkan
BUAT kali pertama, imej sebenar Firaun Tutankhamun dikeluarkan sekumpulan saintis menggunakan kaedah penggabungan imej. – AGENSI
Buat pertama kali, para saintis berjaya melakar bentuk badan dan wajah sebenar Firaun Tutankhamun atau lebih dikenali sebagai Raja Tut selepas 3,300 tahun beliau meninggal dunia.
Mail Online melaporkan, lakaran yang dihasilkan melalui penggabungan lebih daripada 2,000 imej yang diimbas menggunakan kaedah ‘autopsi maya’ itu menunjukkan Raja Tut memiliki saiz pinggul yang kecil, bergigi jongang dan berkaki tempang.
Para saintis berpendapat, Raja Tut yang memerintah Mesir pada tahun ke 14 sebelum Masihi dan gemarkan perlumbaan kereta kuda, berjalan menggunakan tongkat sepanjang hayatnya.
Saintis dari Institut Mumia dan Zaman Batu Itali, Albert Zink berkata, Raja Tut dilahirkan cacat kerana mengalami masalah genetik dan berdasarkan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati, masalah itu wujud selepas bapanya iaitu Raja Akhenaten menjalinkan hubungan kelamin bersama kakaknya sendiri.
Pensyarah Kolej Imperial London, Hutan Ashrafian berkata, perbuatan sumbang mahram telah menyebabkan bayi yang dilahirkan tidak sempurna.
“Ahli keluarga sebelum kelahiran Raja Tut semuanya meninggal dunia pada usia yang lewat, berbanding adik-beradik beliau yang meninggal dunia awal dan ini berkaitan rapat dengan masalah genetik,” jelas Ashrafian.
Fakta berkenaan sekali gus membuktikan bahawa Raja Tut meninggal dunia bukan disebabkan kemalangan ketika menyertai perlumbaan kereta kuda tetapi disebabkan oleh masalah kesihatan.
Raja Tut mula popular selepas mumianya dijumpai pada tahun 1922 bersama barang kemas dan artifak, termasuk topeng emas di sisinya.
Beliau menjadi firaun ketika berusia 10 tahun dan hanya sempat memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19 tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/saintis-dedah-wajah-sebenar-tutankhamun-1.15148#sthash.nmb8sX29.dpuf

Tuesday, October 21, 2014

Lembu guna lampin


Lembu guna lampin
PERATURAN baja baharu yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah (EU) menyebabkan lembu ternakan di negara rantau tersebut perlu memakai 'lampin'.

Memetik laporan The Mirror, di bawah peraturan tersebut, EU melarang penggunaan baja kompos di kawasan lereng bukit yang mempunyai kecerunan lebih 15 peratus.

Penternak haiwan yang melanggar arahan tersebut didakwa bakal kehilangan subsidi pertanian yang bernilai ribuan Euro pada setiap tahun.

Presiden Pertubuhan Peladang di Upper Bavaria, Anton Kreitmair berharap larangan itu dikecualikan di Jerman kerana ia didakwa memberi kesan besar kepada penternak di negara tersebut.

Menurut EU, peraturan tersebut sebenarnya adalah salah satu langkah penting untuk mengelakkan pencemaran air yang disebabkan oleh penyerapan baja asli di dalam tanah.

Kereta kebal jadi kenderaan peribadi



SEBUAH kereta kebal yang dipandu seorang lelaki diletakkan di hadapan sebuah pub di bandar Buckminster di Lancashier, Britain baru-baru ini. - AGENSI


BUCKMINSTER, Britain – Beberapa orang pelanggan di sebuah pub di sini terkejut selepas seorang lelaki datang dengan menaiki kenderaan peribadi iaitu sebuah kereta kebal untuk minum di situ.
Lelaki tersebut memandu sebuah kereta kebal jenis Vickers Abbot keluaran tahun 1950 sebelum meletakkan kenderaan itu di luar pub berkenaan yang terletak di bandar ini.
Pemilik pub itu, Steve Turner, 60, berkata, dia sangat terkejut melihat seorang pelanggan meletakkan sebuah kereta kebal di luar premisnya.
“Kehadiran lelaki itu bersama kereta kebal tersebut mengejutkan semua orang dan pada mulanya kami menyangka sekumpulan askar yang menaikinya.
“Orang ramai yang lalu di hadapan premis saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan kereta kebal tersebut,” katanya.
Bagaimanapun Turner menjelaskan, pemandu kereta kebal tersebut merupakan seorang pengumpul koleksi kenderaan tentera dan barangan antik di bandar itu. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Gid6EzD3 
Hakcipta terpelihara 

Monday, October 20, 2014

Ahli arkeologi jumpa kubur puntianak


Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.
Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.
BURGARIA - EROPAH. Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika melakukan aktiviti cari gali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.

Menurut laporan The Telegraph, dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.

Menurut laporan itu, penemuan tersebut dilakukan oleh Profesor Nikolai Ovcharov di sebuah kota kuno, Thracian.

Menurut Profesor Ovcharov, kubur tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Burgaria Indiana Jones’.

Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang berusia 40-50 tahun.

Bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan di samping rangkanya.

Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.

“Tidak ragu-ragu lagi, kita menyaksikan ritual anti-puntianak dijalankan ke atas mayat ini sebelum menanamnya,” katanya.

Profesor Ovcharov dikatakan seorang ahli arkeologi yang mengabadikan hidupnya demi menyingkap misteri peradaban kuno.

Fokus beliau ialah mencari gali dan menyiasat semua penemuan misteri yang terkubur sejak sebelum Perang Salib.

“Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.

"Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup,” jelasnya.

Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.

Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak.

Petani tanam labu seberat hampir satu tan



HAWKLEY bergambar bersama labu seberat hampir satu tan pada pertandingan labu terberat di California, Amerika Syarikat kelmarin.


LOS ANGELES – Sebiji buah labu yang ditanam oleh seorang petani di Napa Valley dalam negeri California diisytiharkan sebagai buah labu paling besar yang pernah ditanam di Amerika Utara. Buah labu seberat 933 kilogram yang ditanam oleh petani itu, John Hawkley berjaya memenangi satu pertandingan buah labu terberat yang berlangsung di sini kelmarin.
Pegawai pertandingan itu, David Stelts berkata, pihak penganjur merancang untuk membawa buah labu berkenaan ke New York untuk dipamerkan dalam satu pameran botani tidak lama lagi.
“Buah labu yang ditanam Hawkley ini lebih berat daripada rekod sebelum ini yang juga dicatatkan di daerah Napa Valley.
“Sebagai johan pertandingan ini, Hawkley memenangi wang tunai berjumlah AS$13,348 (RM43,704),” katanya.
Rekod buah labu paling berat di dunia dicatatkan oleh seorang petani dari Switzerland yang berjaya menanam labu seberat 952 kilogram. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Gf4kQjtK 
Hakcipta terpelihara 

Garaj buruk bernilai RM2.8 juta



GARAJ yang terletak di Jalan King, Chelsea ini menjadi garaj paling mahal di Britain. - AGENSI


LONDON – Sebuah garaj kereta yang terletak di Jalan King di Chelsea bakal menjadi garaj paling mahal di Britain apabila dilelong pada harga lebih £550,000 (RM2.8 juta), lapor MailOnline semalam.
Garaj yang hanya berkeluasan 3.35 meter panjang dan 2 meter lebar itu dibina menggunakan kayu serta batu-bata dan hanya boleh memuatkan sebuah kereta.
Sebelum ini garaj berkenaan yang terletak di antara deretan rumah teres dan bangunan lain digambarkan berada di lokasi yang tidak teratur dan tidak strategik.
Bagaimanapun, nilai hartanah di kawasan tersebut termasuk garaj berkenaan melambung tinggi selepas sebuah syarikat pemaju mendapat kelulusan untuk membina sebuah perumahan mewah di kawasan berkenaan.
Pemilik garaj berkenaan melelong tapak tersebut baru-baru ini dan ia dibeli oleh seorang pembida selepas mengetahui ia bakal menjadi lokasi eksklusif tidak lama lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Gf4cnWQo 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, October 18, 2014

Datuk terpaksa rantai tangan cucu


Wenwen (kanan) terpaksa dirantai bagi mengelaknya menyerang orang lain.
Wenwen (kanan) terpaksa dirantai bagi mengelaknya menyerang orang lain.
BEIJING - Seorang gadis berusia 17 tahun di bandar Lanzhou terpaksa menjalani kehidupan seperti banduan apabila tangannya dirantai hampir setiap hari oleh datuknya.

Cao Maolao, 65, berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana cucunya, Wenwen Cao memiliki sikap panas baran dan akan menyerang orang yang tidak dikenalinya lapor Mirror .

"Dia jadi begini kerana dia sakit. Bila tangannya dirantai, dia lebih terkawal dan tidak mendatangkan sebarang masalah," katanya.

Difahamkan, remaja berkenaan menghidapi masalah mental dan bertambah teruk ketika usianya 14 tahun.

Ikan yu gergasi sangkut pukat


Tawau: Penduduk Kampung Pukat Tanjung Batu, dekat sini, gempar dengan penemuan seekor ikan yu gergasi yang tersangkut pada pukat seorang nelayan di perairan Pasir Putih, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, ikan seberat lebih dua tan itu hanya berjaya dibawa ke pantai selepas lebih empat jam ditarik sebelum dilepaskan semula ke laut.

Menurut Mustapa Mustaming, 41, ketika kejadian dia bersama seorang ahli keluarganya ke laut pada petang sehari sebelum itu.

“Ketika kami cuba mengangkat pukat, ia terasa amat berat. Apabila gagal mengangkat pukat, saya syak ada penyu tersangkut, namun selepas diteliti, ia adalah ikan yu,” katanya ketika ditemui.

Mustapa berkata, disebabkan gagal melepaskan pukat daripada badan ikan itu, mereka menarik ikan itu ke pantai untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

“Kami menarik ikan itu dengan dua perahu dan tiba di pantai jam 4 pagi tadi (semalam).

“Kami membuka belitan pukat pada badan ikan berkenaan dan hanya berjaya melepaskannya jam 4 petang tadi (semalam),” katanya.

Menurutnya, penemuan ikan sepanjang 3.6 meter itu pertama kali sepanjang dia menjadi nelayan di kampung berkenaan.

“Saya sendiri tidak menyangka menemui ikan sebesar itu dan melepaskannya semula ke laut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:14 AM


IKAN yu gergasi ditemui di perairan Pasir Putih Tanjung Batu, Tawau.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2634#sthash.NutmcuRz.dpuf

Terkurung kerana gemuk

AYMAN di rumahnya.
Riyadh: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun terpaksa menghabiskan masa di rumah saja kerana terlalu gemuk untuk berjalan.
Ayman Al-Masoudi terkurung di rumahnya sejak beberapa tahun lalu, tidak dapat ke sekolah atau ke masjid berhampiran selepas berat badannya menjangkau lebih 160 kilogram.
Bapanya berkata, Ayman dilahirkan dua kilogram lebih berat berbanding berat purata bayi biasa.
“Saya membawa dia ke hospital sebaik dia dilahirkan dan doktor memberitahu dia mengidap masalah kelenjar,” kata bapanya di rumah mereka di Lith, bandar di barat Arab Saudi.
Lelaki itu merayu menteri kesihatan Saudi membantu merawat Ayman di sebuah hospital kerajaan selepas kes itu ditolak hospital lain. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Oktober 2014 @ 5:03 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2527#sthash.jtSWdAAv.dpuf

Penyelidik temui senjata purba


SEJENIS senjata purba yang ditemui di Gunung Padang, Indonesia. - AGENSI
JAKARTA, Jawa Barat - Para penyelidik di Indonesia menemui sejumlah artifak unik dan sejenis senjata khas purba yang diperbuat daripada logam dalam satu ekskavasi di Gunung Padang, Jawa Barat, baru-baru ini.
Jurucakap pasukan ekskavasi tersebut, Ali Akhbar berkata kepada Kompas.com, artifak yang ditemui itu telah diteliti dan didapati merupakan buatan manusia zaman prasejarah.
"Artifak prasejarah ini adalah batuan yang telah dipotong disemua bahagian permukaan dan dikikis serta digosok sehingga menjadi lebih halus," ujarnya.
Jelasnya, para penyelidik kini sedang berusaha untuk membawa artifak itu ke makmal di Jakarta untuk dianalisa dengan lebih lanjut.
"Kami mempunyai sejenis alat yang diberi nama mikrotemografi. Ia mampu mengklasifikasikan artifak yang ditemui itu berasal dari zaman bila," jelasnya.
Katanya lagi, senjata itu kemungkinan mengandungi zat-zat yang terlekat daripada tumbuh-tumbuhan atau telah digunakan untuk menebang pokok atau benda lain.
"Artifak senjata ini ditemui minggu lalu di bahagian teras kelima di selatan. Ia tertanam sangat dalam dan kami akan bawanya ke makmal di Jakarta untuk diteliti," katanya.
Selain itu, para penyelidik turut menemui beberapa artifak tembikar yang membuktikan bahawa manusia ketika itu sudah mampu menghasilkan perkakasan tembikar daripada tanah liat.
Hasil penelitian pakar tembikar didapati artifak perkakasan itu diperbuat menggunakan teknik tekanan tangan dan bukan putaran roda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141018/lu_07/Penyelidik-temui-senjata-purba#ixzz3GRl8EgOq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja lumpuh guna kaki bionik

KATIE Watson menggunakan teknologi kaki bionik untuk memulihkan penyakit lumpuh yang dialami akibat kemalangan. - AGENSI

LONDON 17 Okt. - Seorang remaja dari Britain yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya, menemukan sinar harapan baharu untuk meneruskan impiannya menjadi penunggang kuda profesional apabila menggunakan teknologi kaki bionik bagi membantunya mencapai cita-citanya itu.
Katie Watson, 19, dari Ilkeston, Derbyshire patah tulang leher selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Cirencester, Gloucestershire pada Februari lalu dalam perjalanan pulang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan lumba kuda yang pertama kali disertainya.
Sejak itu kakinya lumpuh akibat masalah saraf yang dialaminya.
Portal berita Mail Online me­laporkan, Watson terlantar selama lima bulan di hospital dan menjalani rawatan fisioterapi setiap hari sebelum diberikan kaki bionik untuk menjadi individu pertama menggunakan teknologi berkenaan di Britain.
Menurut laporan itu, peralatan yang dijana menggunakan kuasa bateri itu dipasang pada kaki Watson untuk membantunya bergerak dan berjalan.
Selepas berulang kali menggunakan kaki bionik itu, Watson sudah mampu berjalan tanpa dibantu dan mula menunggang kuda semula, selain berharap untuk kembali menyertai pertandingan lumba kuda.
Menurut Watson, pada mulanya, dua orang doktor memberitahu bahawa dia tidak akan dapat berjalan semula dan berita tersebut membuatkannya berasa sangat kecewa tetapi Watson tidak berputus asa untuk mencari jalan bagi memulihkan kakinya.
Syarikat pembuat kaki bionik itu, AlterG berkata, teknologi itu merupakan yang pertama di dunia dan digunakan untuk membantu pesakit yang me­ngalami masalah strok, cacat, pembedahan ortopedik dan kecederaan otak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141018/lu_06/Remaja-lumpuh-guna-kaki-bionik#ixzz3GRkHsEhX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, October 17, 2014

KISAH REINKARNASI SEORANG PEMUDA CHINA

Reinkarnasi
Leony Li - or Misteri Story

Reinkarnasi

MyMisteri Leony Li - Benarkah ada reinkarnasi? Dunia memang penuh misteri. Benar atau tidak nya, akan terus menjadi perdebatan. Banyak cerita beredar tentang individu yang mengaku menjadi reinkarnasi dari seorang tokoh sebelum dia hidup. Seperti kisah berikut ini. Percaya atau tidak, kami kembalikan pada penilaian anda.

Ada seorang anak, bernama Tang Jiangshan yang lahir pada tahun 1976 di Dong Fang, Kecamatan Gan Cheng, propinsi Hai Nan, China. Sewaktu berumur 3 tahun, tiba-tiba ia mengatakan kepada kedua orangtuanya.

"Saya bukan anak kalian. Pada kehidupan lampau nama saya adalah Chen Mingdao, ayah kehidupan lampauku bernama San Die. Rumah saya di Dan Zhou, dekat laut." Omongan ini kalau didengar orang lain bagaikan omong kosong, perlu diketahui, Dan Zhou terletak di utara pulau Hai Nan, berjarak 160 km dari kota Dong Fang.

Selain itu, Tang Jiangshan mengatakan bahwa dirinya dibunuh dengan menggunakan golok dan tombak di dalam aksi kekerasan pada masa revolusi kebudayaan, konon di bagian pinggangnya masih terdapat bekas luka bacok peninggalan kehidupan masa lalu.

Yang membuat orang merasa takjub ialah Tang Jiangshan mampu berbicara dialek Dan Zhou dengan sangat fasih. Orang Dan Zhou berbicara bahasa Jun, berbeda sekali dengan dialek Hok Kian yang digunakan oleh penduduk kota Dong Fang. Bayangkan, seorang bocah baru berumur beberapa tahun (balita), bagaimana bisa?

Pada saat Tang Jiangshan berumur 6 tahun, ia mendesak orang tuanya agar membawanya mengunjungi kerabatnya pada kehidupan masa lampau. Keluarganya tidak mau, maka ia mogok makan, akhirnya sang ayah menurutinya, dan mereka pun pergi menuju tempat yang dimaksud. Yaitu desa Huang Yu, kecamatan Xin Ying kota Dan Zhou.

Tang Jiangshan langsung menuju ke hadapan pak tua Chen Zan Ying, menggunakan bahasa Dan Zhou dan memanggilnya "San Die", mengatakan dirinya bernama Chen Mingdao, yang pada masa revolusi besar kebudayaan oleh karena bentrokan fisik sehingga dibinasakan orang. Sesudah meninggal terlahir kembali di kecamatan Gan Cheng kota Dong Fang, kini datang mencari orang tua kehidupan masa lampaunya.

Mendengar penuturan itu, Chen Zan Ying sejenak tertegun tak tahu bagaimana harus bersikap. Kemudian si anak kecil menunjukkan kamar tidur kehidupan masa lampaunya, dan menghitung satu persatu benda-benda pada kehidupan lampaunya.

Menyaksikan semuanya ini dengan kenyataan pada masa lalu sama sekali tidak meleset, pak tua Chen Zan Ying saking terharunya berpelukan menangis dengan Tang Jiangshan dan memastikan ia memang adalah kelahiran kembali anaknya yang bernama Chen Mingdao.

Tang Jiangshan juga telah mengenali kedua kakak perempuan dan kedua adik perempuannya serta para sobat kampung lainnya, bahkan termasuk teman wanita pada kehidupan masa lampaunya: Xie Shuxiang. Semua kejadian ini telah membuat takjub kerabat dan tetangga Chen Mingdao. Sejak saat itu,

"Manusia aneh dari 2 masa kehidupan" ini, Tang Jiangshan, memiliki 2 rumah dan 2 pasang orang tua.

Ia setiap tahun hilir mudik antara Dong Fang dan Dan Zhou. Si tua Chen Zan Ying beserta keluarga dan orang-orang desa menganggap Tang Jiangshan sebagai Chen Mingdao.

Oleh karena Chen Zan Ying tidak memiliki putra lainnya, Tang Jiangshan berperan menjadi anaknya dan berbakti hingga tahun 1998 ketika Chen Zan Ying meninggal dunia.

Kisah ini sempat dimuat beberapa media lokal, termasuk Majalah Femina Dunia Timur. Para editor majalah tersebut pada awalnya juga tidak percaya akan hal tersebut, namun melalui pemeriksaan berulang kali dan pembuktian lapangan, mau tak mau mengakui kebenaran tentang kejadian tersebut.
http://www.mymisteri.com/2013/01/kisah-reinkarnasi-seorang-pemuda-china.html

Bangsa Jepun adalah suku Yahudi yang hilang - pengkaji sejarah Arimasa Kubo


Bagaimana mungkin Jepun, negara yang terletak agak jauh dari Mesir, pusat dan asal dari Kabbalah (ajaran Yahudi) mempunyai kaitan dan bahkan diyakini masih satu hubungan darah. Bukankah orang Jepun mempunyai kepercayaan sendiri yang diberi nama Shintoisme dan orang-orang Israel juga mempunyai kepercayaan sendiri yang dinamakan Agama Yahudi dengan kitab Talmudnya?

Sebuah fakta menarik akan didedahkan di sini, persoalan besar yang akan dijawab dari dua penyelidik sejarah Jepun-Yahudi yakni Arimasa Kubo dan Joseph Eidelberg. Kedua-dua bangsa yang berbeza, Jepun dan Yahudi, ternyata mempunyai banyak persamaan dalam tradisi kunonya.

Yang pertama bernama Arimasa Kubo. Dia merupakan orang Jepun asli yang dilahirkan di bandar Itami di Hyogo tahun 1955 dan lulusan dari Tokyo Bible Seminary pada tahun 1982. Di usia ke 22 tahun Arimasa Kubo telah mendapat kepercayaan untuk memimpin majalah penginjilan Remnant dan berkhidmat di Gereja Tokyo selama enam tahun. Ketika ini, Pendeta Arimasa Kubo memimpin Remnant Publishing dan pensyarah tetap di Bible and Japan Forum.

Arimasa Kubo melakukan kajian terperinci tentang tradisi asal bangsa Jepun dan Yahudi. Dia mendapati banyak persamaan antara kedua-duanya sehingga meyakini jika nenek moyang bangsa Jepun sebenarnya masih berdarah Yahudi dari suku yang hilang. Hasil penelitiannya ini diterbitkan dalam banyak artikel dan buku. Salah satunya buku berjudul "Israelites Came o Ancient Japan".

Sedangkan yang kedua, Joseph Eidelberg yang merupakan penyelidik berdarah Yahudi yang menulis buku "The Biblical Hebrew Origin of the Japanese People".

Di bawah ini Kami paparkan sebahagian kecil persamaan antara tradisi kuno bangsa Jepun dengan tradisi kuno bangsa Yahudi atau Bani Israel yang berasal dari buku Pendeta Arimasa Kubo tersebut.

Ontohsai Dan Kisah Ishaq

Salah satu kesamaan antara tradisi kuno bangsa Jepun dengan Yahudi terdapat dalam upacara tradisional. Ada sebuah festival atau upacara di Jepun yang menggambarkan kisah Ishaq. Di wilayah Nagano, Jepun, terdapat sebuah kuil besar Shinto bernama "Suwa-Taisha". Shinto sendiri merupakan agama tradisional asli Jepun yang menyembah Amaterasu, Dewa Matahari, sama seperti bangsa Mesir kuno yang menyembah Dewa Ra, Dewa Matahari.

Setiap tarikh 15 April, di Suwa-Taisha diadakan festival tradisional bernama "Ontohsai". Festival ini menggambarkan kisah Ishaq seperti yang terdapat dalam Bab 22 Kitab Kejadian (Genesis), iaitu kisah mengenai Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya sendiri, Ishaq. Festival "Ontohsai" ini diadakan sejak zaman dahulu kala dan dianggap sebagai festival terpenting di "Suwa-Taisha".
Di sebelah kuil "Suwa-Taisha", ada sebuah gunung bernama Gunung Moriya (dalam bahasa Jepun disebut "Moriya-san"). Penduduk di kawasan Suwa memanggil dewa Gunung Moriya dengan sebutan "Moriya no kami", yang bermaksud "dewa Moriya". Pada festival tersebut, seorang anak laki-laki diikatkan dengan tali pada sebuah tiang kayu, lalu ditempatkan di atas tikar buluh. Seorang paderi Shinto menghampiri sang anak sambil menyiapkan sebilah pisau. Sebelum pisau itu diayunkan, tiba-tiba datang seorang pembawa mesej yang kemudian membebaskan kanak-kanak lelaki itu daripada ritual korban. Hal ini tentu saja mengingatkan kita pada kisah ketika Ishaq dibebaskan setelah malaikat datang pada Ibrahim.

Ritual serupa juga terdapat dalam tradisi umat Islam yang dikenali dengan Iedul Adha, hanya dalam Islam yang akan dikorbankan oleh nabi Ibrahim adalah Ismail bukan Ishaq seperti pemahaman umat kristian. Hanya di Jepun, pada festival ini yang dikorbankan adalah 75 ekor rusa, yang satu di antaranya diyakini cacat telinganya. Rusa ini dipercayai telah disediakan oleh tuhan. Hal ini mungkin ada kaitannya dengan biri-biri jantan yang dipersiapkan tuhan dan kemudian dikorbankan setelah Ishaq bebas. Namun di zaman dahulu, penduduk berfikir bahawa kebiasaan pengorbanan rusa ini adalah hal yang aneh, sebab pengorbanan binatang bukanlah sebuah tradisi Shintoisme.

Penduduk menyebut festival ini sebagai "festival untuk dewa Misakuchi". "Misakuchi" mungkin berasal dari "mi-isaku-chi". "Mi" bererti "besar", "isaku" mungkin saja "Ishaq" (dalam bahasa Hebrew adalah "Yitzhak"), dan "chi" adalah sesuatu (seperti zarah-pen) yang digunakan untuk akhir suatu kata. Nampaknya penduduk Suwa menjadikan Ishaq sebagai dewa, mungkin kerana pengaruh dari para kaum pagan.

Kini upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki pembebasannya itu tidak lagi dipraktikkan, tapi kita di sana masih boleh melihat tiang kayu yang disebut "oniye-basira" yang bererti "tiang pengorbanan" (sacrifice-pillar). Kini penduduk menggunakan haiwan tiruan sebagai pengganti bintang asli dalam melaksanakan pengorbanan. Bagi rakyat di zaman Meiji, lebih kurang satu abad silam, mengikat seorang anak laki-laki yang diikuti dengan pengorbanan binatang dianggap sebagai perbuatan biadab, dan kebiasaan tersebut dihentikan. Tapi festival itu sendiri sehingga hari itu masih berlangsung.

Upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki tersebut dipertahankan hingga permulaan zaman Meiji. Masumi Sugae, seorang terpelajar Jepun dan pencatat perjalanan yang hidup di zaman Edo, lebih kurang dua abad silam, menuliskan catatan perjalanannya dan mencatat apa yang ia lihat di Suwa.
Catatan ini memperlihatkan keterangan terperinci mengenai "Ontohsai". Catatan ini mengatakan bahawa upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki dan pembebasannya tersebut, serta binatang korban, masih berlangsung pada zaman Sugae. Catatan Sugae ini disimpan di museum dekat Suwa-Taisha.

Festival ini dipertahankan oleh keluarga Moriya sejak zaman dahulu kala. Keluarga Moriya berfikir bahawa "Moriya-no-kami" (dewa Moriya) adalah dewa leluhur mereka. Dan mereka berfikir bahawa "Gunung Moriya" adalah tempat suci mereka. Nama "Moriya" mungkin berasal dari "Moriah" (dalam bahasa Hebrew adalah "Moriyyah") yang juga terdapat dalam Injil kitab Kejadian 22: 2. Keluarga Moriya menganjurkan festival tersebut selama 78 generasi. Diterjemahkan dari sumber islampos.com
http://detikislam.blogspot.com/2012/11/bangsa-jepun-adalah-suku-yahudi-yang.html#

Jugun Ianfu: Kisah Hamba Seks Tentera Jepun.




KONFLIK perang bermula di Asia beberapa tahun sebelum pertikaian dimulai di Eropah.  Iaitu setelah Jepun menjajah Cina tahun 1931 jauh sebelum Perang Dunia II, yang mulai di Eropah pada 1 September 1939-14 Ogos 1945.

Pada 1 Mac 1931 Jepun mengarah Henry Pu Yi menjadi raja di Manchukuo, Negara boneka di Manchuria. Pada tahun 1937 perang telah dimulai ketika Jepun mengambil paksa Cina. Tahun 1936 tentera Jepun menduduki kota Shanghai mulai melaju menuju kota Nanjing yang berjarak sekitar 360 km dari Shanghai. Balatentara Jepun yang berada di sana seluruhnya berjumlah sekitar 135,000 orang.

Oleh kerana terus menerus berperang, tentera Jepun mulai kehabisan persediaan makanan. Mereka menyusun strategi baru dengan cara mencari makanan dari musuh. Ertinya mereka mulai memasuki rumah-rumah penduduk untuk memperoleh makanan, sebagai upaya bertahan hidup. Hal ini menimbulkan kemarahan rakyat Cina, yang dalam keadaan tersepit.

Rakyat Cina mulai melawan dengan memakai cara apa saja. Tindakan orang Cina ini tentu saja menimbulkan masalah baru bagi tentera Jepun yang sedang melakukan upaya kolonialisasi. Akibatnya tentera Jepun mengeluarkan perintah, “Bunuh saja orang Cina yang terjumpa di depanmu!”

Kini masih ramai orang berfikir bahawa dalam situasi perang segalanya dapat terjadi secara mendadak tanpa perancangan. Termasuk peristiwa pahit yang menimpa ratusanribu perempuan Asia dan Belanda dalam praktek sistem perhambaan seksual dengan nama Jugun Ianfu.

Benarkan praktik Jugun Ianfu sebuah peristiwa yang tidak berperancangan dalam situasi perang Asia Pasifik? Benarkan Jugun Ianfu sebuah profesyen pelacuran yang menerima upah atas khidmat layan seksual kepada tentera Jepun?



Secara praktikalnya tentera Jepun mula membunuh orang-orang Cina tanpa membedakan kelompok awam  atau tentera. Pembunuhan keji tanpa strategi ini mengakibatkan ramai tentera Jepun rosak mental dan jadi gila. Bukan hanya mereka melakukan pembunuhan awam, bahkan mula melakukan perkosaan secara brutal kepada semua perempuan Cina yang terlihat di jalan-jalan

Akibatnya sebahagian besar tentera Jepun mengalami penyakit kelamin, penyebab kekuatan mereka di Cina menjadi lemah. Sehingga Tokyo terpaksa mengirim seorang doktor bernama Aso Tetsuo untuk menyelidiki kes terebut. Kerana itu Jepun segera membangun fasilitas pelacuran khusus yang dikawal langsung oleh pihak tentera. Sila lihat peristiwa bersejarah ini dalam buku 'Karyubyo no Sekkyokuteki Yobaho (Positive Precautinary Measure of Sexual Disease)' tahun 1939. Aso Tetsuo mengungkapkan peristiwa tersebut dalam tulisannya  'Shanghai kara Shanghai he (Shanghai to Shanghai)'

Prototipe Ianjo Pertama di Dunia


Pembentukan Ianjo yang menyediakan khidmat layanan seksual bagi tentera dan awam Jepun dimulai sejak tahun 1932, setelah terjadi kekejaman luar biasa tentera Jepun terhadap rakyat Cina di Shanghai. Hampir 1 dekad sebelum penggunaan istilah Jugun Ianfu meluas dan menjadi gejala umum di semua daerah dikuasai Jepun di Asia Pasifik,menjelang berakhirnya Perang Dunia ke II.

Penguasa Jepun terpaksa pertimbangkan disiplin dan moral tentera. Rancangan pusat hiburan pertama kali diperkenalkan tahun 1932 dibawah pengawasan tentera Jepun.Dikatakan  ada bukti tulisan tangan salah satu komandan kempen Shanghai, Letnan Jenderal Okamura Yasuji, yang mengakui dalam buku hariannya, bahawa ia menjadi pembuat usulan pertama kali Ianjo untuk tentera.

Jugun Ianfu

Jugun Ianfu (Hamba  Seks) pertama adalah orang Korea dari pulau Kyushu Utara di Jepun atas permintaan salah seorang penguasa tentera yang dikirimkan oleh Gubernur Prefektur Nagasaki. Dasar pemikiran dibalik pembentukan sistem formal Ianjo adalah pengembangan layanan seksual. Ianya perlu diawasi dan dikawal untuk mengurangi jumlah terjadinya pemerkosaan yang dilaporkan dari tempat-tempat base tentera Jepun.

Dalam proses rekrut tersebut tidak hanya tentera terlibat  tetapi juga Jabatan Dalam Negeri di bawah Gabernur dan polis. Cabang khusus Shanghai menggunakan penghubung-penghubung di kalangan pedagang  Untuk memperoleh keperluan perempuan sebanyak-banyaknya pada akhir 1937 perempuan dipaksa bekerja di Ianjo-Ianjo terletak diantara wilayah Shanghai dan Nanking, dikelola langsung oleh tentera, dan menjadi model Ianjo-Ianjo selanjutnya.

Oleh kerana pembangunan Ianjo terus mengalami perkembangan, pengelolanya tidak selalu menjadi tanggung jawab tentera. Sebahagian pengelola adalah orang-orang awam yang diberi pangkat tentera. Namun demikian pihak tentera tetap bertanggung jawab termasuk aspek kesihatan. Sementara perang terus berlangsung dan jumlah tentara Jepun yang berpangkalan di berbagai daerah Asia Pasifik terus mengalami peningkatan.

Oleh sebab itu permintaan Jugun Ianfu untuk tentera juga meningkat. Sehingga cara-cara baru untuk mengurus perempuan diciptakan. Hal ini menyangkut peningkatan penggunaan cara-cara penipuan dan kekerasan di banyak tempat di kawasan Asia Timur (khususnya Korea yang telah dikolonisasi Jepun tahun 1910).

 3 Jenis rekruitmen dapat diidentifikasikan, antara lain.
  • perempuan yang menyediakan diri mereka secara sukarela (pekerja seks komersial),
  • Tipu daya kepada perempuan dengan tawaran pekerjaan dengan upah tinggi di restoran sebagai tukang masak/tukang cuci 
  • dan penculikan disertai tindak kekerasan secara kejam di sejumlah negara di Asia Pasifik dibawah kekuasaan Jepun.


Maka Undang-undang Mobilisasi Umum Nasional dikeluarkan pada tahun 1932, namun belum sepenuhnya dilaksanakan sampai mendekati akhir perang. Dengan mendesaknya keperluan perang atas sumber daya manusia, setiap lelaki-perempuan dipanggil menyumbangkan tenaga. Maka Korps Pelayanan Sosial Perempuan didirikan sebagai dalih mengumpulkan perempuan bekerja di pabrik atau melakukan tugas-tugas berkaitan perang.
Ianjo-Ianjo dapat ditemukan dimanapun tentara Jepun berada. Ianjo-Ianjo dikenal juga melalui berbagai sumber di Cina, Taiwan, Indonesia, Filipina, Kepulauan Pasifik, Singapura, Malaysia, Myanmar dan Indonesia. Peraturan dalam pengurusan Ianjo di berbagai wilayah di Asia Pasifik memiliki kesamaan sistem seperti harga masuk, belian tiket masuk ke Ianjo, jam berkunjung, kontrol kesihatan, pemberian kondom, larangan menggunakan senjata dan penggunakaan alkohol di lingkungan Ianjo.

Kini, di Shanghai masih ditemukan utuh bangunan Ianjo pertama di dunia yang dibangun tahun 1932 itu. Seorang ahli sejarahwan Cina Prof. Su Zhiliang melakukan penelitian selama 15 tahun mengenai lokasi Ianjo di Cina.  Sekitar 149 Ianjo di temukan menyebar di 20 provensi di Cina. Ia merupakan temuan memorabilia sangat penting. Daiich Saloon berada di Shanghai. Hingga saat ini Daiich Saloon masih ada meski dibeberapa bahagian bangunan telah berubah.

Begitu kisah hamba seks tentera Jepun, bagaimana dengan hamba seks sekarang, makin banyak atau makin berkurang, walaupun penjajahan kononnya sudah tiada?(IH/pelbagai sumber)
http://www.ibnuhasyim.com/2012/11/jugun-ianfu-kisah-hamba-seks-tentera.html

Kisah Tentera Jepun Bersembunyi Selama 30 thn Menyangka Perang Belum Tamat

Dipetik dari Sky News,19 Januari 2014, seorang tentera yang berasal dari Jepun yang bertugas semasa Perang Dunia II terus bersembunyi di dalam hutan Filipina selama lebih dari 30 tahun. Dia menolak untuk keluar dari hutan kerana tidak percaya Perang Dunia II telah tamat.

Tentera bernama Hiroo Onoda itu keluar dari hutan di Filipina yang dihuninya sejak tahun 1944 itu, selepas bekas komandannya datang dan menjelaskan kepadanya bahawa Perang Dunia II sudah berakhir.

Onoda merupakan seorang pegawai tentera yang bertugas mencari maklumat dan dilatih untuk melakukan perang gerila. Onoda dihantar oleh Jepun ke Pulau Lubang di Filipina pada tahun 1944 lalu.

Onoda diperintahkan oleh komandannya untuk tidak pernah menyerah, rela bunuh diri untuk menyelamatkan maklumat, dan harus terus bertahan di dalam hutan sehingga bala bantuan datang.

Onoda bersama tiga rakannya terus mematuhi perintah tersebut, walau Jepun telah kalah pada Perang Dunia II di tahun 1945.

Diketahuinya kehadiran Onoda terjadi pada tahun 1972. Dia bersama dua rakannya terlibat insiden tembak-menembak dengan tentera Filipina. Dua rakannya tewas dan Onoda berjaya melarikan diri.

Insiden itu mengejutkan Jepun. Lantas kerajaan Jepun menghantar wakil ke Filipina untuk menjemput Onoda untuk pulang ke Jepun, dan menjelaskan padanya bahawa Perang Dunia II telah tamat.

Dalam kenyataan akhbar selepas kembali ke Jepun, Onoda mengatakan bahawa tindakannya hidup selama 30 tahun di hutan bukan tindakan yang membuang-buang waktu.

"Tanpa pengalaman seperti itu, mungkin saya tidak boleh hidup sampai saat ini," kata Onoda pada media.

Selepas kembali ke Jepun pada tahun 1975, Onoda terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Tidak lama kemudian, ia berhijrah ke Brazil menjadi ushawan ternakan lembu.

Namun, tentera komited tinggi itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 17 Januari 2014 di usia 91 tahun.

Kepala budak tersangkut di tingkat 15



SEORANG kanak-kanak tersangkut di geriji tingkap di sebuah pangsapuri di bandar Chongqing, China baru-baru ini.


BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terselamat daripada maut selepas kepalanya tersangkut di besi geriji tingkap selepas dia cuba keluar dari tingkap sebuah apartmen yang terletak di tingkat 15 di sini, lapor Mail Online kelmarin.
Kejadian di bandar Chongqing itu berlaku selepas kanak-kanak itu cuba keluar dari rumahnya melalui tingkap selepas dibiarkan berseorangan oleh ibu bapanya yang keluar bekerja.
Beberapa jiran yang terkejut melihat kanak-kanak itu tergantung di tingkap di tingkat 15 segera menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.
Satu pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian telah bertindak memecah kediaman tersebut sebelum memotong besi geriji untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.
Seorang jurucakap bomba berkata, kanak-kanak tersebut cuba keluar dari rumah tersebut dengan menyusup di celah geriji tingkap berkenaan.
“Badan kanak-kanak itu berjaya melepasi geriji berkenaan tetapi kepalanya yang lebih besar tersangkut menyebabkan dia tergantung.
“Kanak-kanak ini berbasib baik kerana kepalanya tersangkut , jika tidak dia mungkin sudah mati,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3GM1lj5Sm 
Hakcipta terpelihara