Pages

Tuesday, October 21, 2014

Kereta kebal jadi kenderaan peribadi



SEBUAH kereta kebal yang dipandu seorang lelaki diletakkan di hadapan sebuah pub di bandar Buckminster di Lancashier, Britain baru-baru ini. - AGENSI


BUCKMINSTER, Britain – Beberapa orang pelanggan di sebuah pub di sini terkejut selepas seorang lelaki datang dengan menaiki kenderaan peribadi iaitu sebuah kereta kebal untuk minum di situ.
Lelaki tersebut memandu sebuah kereta kebal jenis Vickers Abbot keluaran tahun 1950 sebelum meletakkan kenderaan itu di luar pub berkenaan yang terletak di bandar ini.
Pemilik pub itu, Steve Turner, 60, berkata, dia sangat terkejut melihat seorang pelanggan meletakkan sebuah kereta kebal di luar premisnya.
“Kehadiran lelaki itu bersama kereta kebal tersebut mengejutkan semua orang dan pada mulanya kami menyangka sekumpulan askar yang menaikinya.
“Orang ramai yang lalu di hadapan premis saya juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan kereta kebal tersebut,” katanya.
Bagaimanapun Turner menjelaskan, pemandu kereta kebal tersebut merupakan seorang pengumpul koleksi kenderaan tentera dan barangan antik di bandar itu. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Gid6EzD3 
Hakcipta terpelihara 

No comments: