Pages

Tuesday, March 5, 2013

Pejabat syerif di AS guna helikopter kawalan jauh




GAMBAR yang dirakamkan pada 31 Januari lalu menunjukkan helikopter kawalan jauh Draganflyer X6 milik Pejabat Syerif daerah Mesa dipamerkan di Landasan Terbang Gand Valley Model, Mesa.- REUTERS


DENVER - Pejabat Syerif daerah Mesa di negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS) menggunakan dua buah helikopter kawalan jauh ciptaan firma Draganfly Innovations Inc.
Helikopter Draganflyer X6 itu boleh terbang setinggi 121.92 meter dan bergerak pada kelajuan 32.19 kilometer sejam.
Ia membawa kamera boleh terbang selama 15 minit.
Helikopter itu digunakan menjelang pengenalan ribuan dron tanpa juruterbang di langit Amerika Syarikat pada tahun 2015. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2McalKmVG 
Hakcipta terpelihara 

Monday, March 4, 2013

162 pasangan berkahwin di Ahmadabad




SEJUMLAH tetamu berjalan dekat hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada bakal pengantin.


AHMADABAD, India - Sebanyak 162 pasangan Islam berkahwin pada majlis yang diadakan di sini semalam.
Majlis perkahwinan beramai-ramai itu dianjurkan oleh pertubuhan sosial bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Golongan itu sukar untuk berkahwin disebabkan kos perkahwinan yang tinggi.
Kos yang tinggi itu meliputi pembelian hantaran perkahwinan dan hadiah-hadiah mahal yang lain. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2MXoVh1pe 
Hakcipta terpelihara 

Peluncur ditarik dengan kuda




REUTERS
SEORANG peserta peluncur salji ditarik dengan kuda di sebatang jalan di Leadville kelmarin.


LEADVILLE, Amerika Syarikat - Satu pertandingan meluncur dengan menggunakan kuda diadakan di sebatang jalan yang dipenuhi dengan salji di sini kelmarin.
Sejumlah peserta menyertai pertandingan itu yang diadakan buat kali ke-62.
Para peserta tersebut perlu merempuh beberapa halangan semasa mereka ditarik dengan kuda.
Halangan itu ialah timbunan salji yang berbentuk seperti 'bukit salji' sebelum tiba di garisan penamat.
Pemenang pertandingan itu akan diberikan sejumlah wang tunai. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2MXoGsCVv 
Hakcipta terpelihara 

Meteorit gergasi ditemui

Meteorit gergasi ditemui
Kumpulan penyelidik menyertai ekspedisi selama 40 hari itu bersorak kerana teruja dengan penemuan serpihan tahi bintang tersebut.
Meteorit gergasi ditemui
Meteorit ini adalah yang terbesar ditemui di Antartika Timur.
Sekumpulan penyelidik yang melakukan ekspedisi selama 40 hari untuk mencari serpihan tahi bintang dilaporkan telah menemui meteorit terbesar seberat 18 kilogram (kg) di Antartika pada akhir Januari lalu.

Ahli geologi dari Universiti Libre de Bruxelles, Vinciane Debaille yang mengetuai kajian itu memberitahu mereka sangat teruja dengan penemuan tersebut.

"Ia adalah meteorit terbesar yang pernah ditemui di Antartika Timur dalam tempoh 25 tahun. Saiznya yang agak besar membolehkan ia dilihat dengan mudah dari jarak 50 kilometer.

Tujuan kami mengkaji batu ini adalah untuk memahami bagaimana bumi terbentuk dan berkembang di dalam sistem suria," jelasnya.

Sehingga kini, kumpulan terdiri daripada lapan penyelidik dari beberapa universiti termasuk Jepun yang melakukan kajian di bawah Projek Samba tersebut sudah menemui 425 serpihan tahi bintang dengan jumlah berat keseluruhan 75 kg.

Tahi bintang gergasi itu kini berada di Jepun untuk melalui proses pencairan khas sebelum dikaji dengan lebih mendalam.

Bagaimanapun, Khamis lalu, International Polar Foundation berpusat di Brussels memaklumkan serpihan tahi bintang itu ialah kondrit biasa (mengandungi bahan silika). - MailOnline

Ular disangka penyamun


Ular disangka penyamun
Najmi mengangkat ular sawa yang ditembak penduduk kampung selepas membaham haiwan ternakan mereka.
LAMBOR KANAN, Perak - Dua pekerja warga Indonesia terkejut apabila bunyi bising dari arah belakang kediaman mereka yang disangka angkara penyamun, rupanya tindakan agresif seekor ular sawa sedang membaham lima ekor ayam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, sebanyak lima ekor ayam dibaham ular berkenaan di Kampung Tanjung Batu 16, Kampung Tua, di sini.

Seorang penduduk, Najmi Abdul Aziz, 18, berkata, pekerja berkenaan terjaga dari tidur dan segera memeriksa keadaan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing sebelum menemui ular sepanjang lapan meter itu di reban berkenaan.

Menurutnya, dua pekerja itu bertindak untuk menangkap ular berkenaan, namun beberapa kali gagal sebelum dapat menjerut kepala ular itu.

"Dengan tertangkapnya ular itu menjawab misteri penduduk di kampung yang sebelum ini sering mengalami kehilangan haiwan ternakan.

“Sebelum ini penduduk sering mengadu haiwan ternakan mereka dimakan ular, tetapi tidak dapat menangkap binatang liar itu, sebelum ini ular sama juga dikatakan membaham dua anak anjing,” katanya.

Mumia Pastrana disemadikan

Mumia Pastrana disemadikan
Poster pameran Pastrana.
Mumia Pastrana disemadikan
Jasad Pastrana akhirnya diberi penghormatan dengan disimpan di dalam keranda sebelum di hantar ke Mexico.
Mumia Pastrana disemadikan
Barbata (dua, kiri) bersama kumpulannya berusaha mengembalikan jasad Pastrana ke Mexico.
Mayat seorang wanita dilabel sebagai 'wanita paling hodoh di dunia' sejak 153 tahun lalu akhirnya, disemadikan di kampung halamannya di Mexico. Julia Pastrana mendapat gelaran 'terhodoh' apabila seluruh tubuhnya ditumbuhi bulu tebal selepas mengidap sejenis penyakit misteri.

Sebelum kematiannya, beliau menjadi sebahagian daripada bahan pameran seluruh Eropah sehingga meninggal dunia kerana komplikasi sewaktu melahirkan anak pada 1860.  Ketika beliau meninggal dunia, jasadnya diawet untuk dipamerkan ke seluruh dunia.

Sejak berdekad lalu, jasad wanita paling hodoh di dunia ini tidak lagi dipamerkan. Tetapi dijadikan bahan kajian sebelum disimpan dalam bilik penyimpanan mayat di Institut Penyelidikan Oslo, Norway.

Beberapa tahun kemudian, seorang artis visual, Laura Anderson Barbata mendesak dengan berkempen supaya jasad wanita istimewa ini dikembalikan semula ke Mexico.

"Saya merasakan beliau Pastrana berhak mendapatkan maruahnya semula dengan disemadikan di tempat kelahirannya sekali gus menjadi sejarah dunia," kata Barbata juga pengkaji sejarah hidup Pastrana.

Sejak mengkaji dan memperjuangkan maruah Pastrana lebih sedekad lalu, Barbata akhirnya berjaya membawa pulang jasad wanita itu untuk dikebumikan di Sinaloa de Leyva, Mexico. Episod kisah hidup Pastrana bermula pada 1854 apabila beliau dibeli oleh pentadbir kebudayaan Mexico lalu dipamerkan kepada orang ramai di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sejurus tiba di New York, Pastrana berkahwin dengan pengurusnya, Theodore Lent dan sejarah percaya lelaki tersebut mempunyai tujuan lain iaitu mahu mengawal sumber kewangan isterinya.

Lent kemudian mempamerkan Pastrana ke seluruh Eropah dengan gelaran 'wanita beruang'.

Pada 1859, Pastrana disahkan hamil dan anak dalam kandungannya juga membawa genetik sama seperti ibunya. Namun, bayi lelaki itu meninggal dunia selepas 35 jam dilahirkan.

Pastrana juga dilaporkan meninggal dunia lima hari selepas melahirkan anaknya di usia 26 tahun kerana masalah komplikasi dalaman.

Hayat Pastrana tidak sependek itu kerana Lent sanggup mengawet mayat isterinya dan anak lelaki mereka untuk tatapan umum.

Sejurus Lent meninggal dunia di pusat mental Rusia pada 1884, jasad kedua-dua anak beranak itu masih dipamerkan sehingga ia dicuri di Norway pada 1976.

Pada 1996, jasad Pastrana disimpan di dalam tempat penyimpanan di Institut Perubatan Forensik, Universiti Oslo.

Pada 2005, Barbata mempersoalkan kedudukan Pastrana dalam sejarah dan menggesa pihak universiti mengembalikan jasad wanita berbulu itu ke tempat asalnya.

Dalam 2012, Gabenor Sinaloa, Mario Lopez Valdez dan Duta Mexico ke Norway, Martha Bercena Coqui menawarkan untuk bekerjasama dengan universiti itu bagi membawa pulang jasad Pastrana.

Pada Ogos lalu, pihak universiti bersetuju menghantar pulang jasad wanita itu ke Mexico kemudian menyemadikannya di tanah perkuburan tempatan iaitu tempat kelahirannya. - MailOnline

Friday, March 1, 2013

Tanduk bola rosakkan otak



TEXAS 28 Feb. - Satu kajian saintis di sini mendapati, tindakan menanduk bola boleh menyebabkan kerosakan otak hingga menjejaskan tahap pemikiran seseorang.
Dr. Anne Serrano dari Universiti Texas berkata, golongan belia yang suka bermain bola sepak didapati kurang mampu melaksanakan tugasan yang memerlukan teknik pemikiran asas, berbanding mereka yang tidak menceburi sukan itu.
Dalam satu ujian, pelajar wanita yang bermain bola sepak dikehendaki berlawan satu siri permainan komputer dengan mereka yang tidak bermain sukan berkenaan.
Keputusan perlawanan itu yang disiarkan dalam jurnal sains, PLos ONE, menunjukkan reaksi pemain bola sepak 'lebih perlahan' berbanding pelajar lain yang tidak bersukan.
Dalam permainan komputer itu, subjek perlu menunjukkan sasaran yang terdapat pada paparan skrin komputer dengan pantas.
"Ujian yang kami jalankan terhadap pelajar terlibat memerlukan mereka bertindak balas dengan cepat secara spontan.
"Berdasarkan keputusan, kami mendapati kesan menanduk bola mungkin menyebabkan perubahan kepada fungsi-fungsi tertentu di bahagian otak dan menjadikan pelajar yang bermain bola sepak tidak dapat berfikir dengan pantas," jelasnya.
Bagaimanapun, hal yang dibangkitkan Serrano itu bukan satu berita buruk buat pemain bola sepak.
Serrano menjelaskan, keputusan lain menunjukkan beberapa pemain bola sepak masih mampu menjalani ujian tersebut dengan baik.
"Ujian yang digunakan dalam kajian kami ini merupakan cara pantas untuk mengesan sebarang perubahan otak pada atlet.
"Kajian yang kami jalankan ini bertujuan mengenal pasti kemungkinan penyakit saraf berpunca akibat bersukan," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130301/lu_07/Tanduk-bola-rosakkan-otak#ixzz2MEy3y5t2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Syria seksa 12 orang awam sehingga mati




DUA orang kanak-kanak berdiri di hadapan bangunan yang musnah akibat dibom tentera rejim di Idlib kelmarin.- Agensi


DAMSYIk – Empat sekeluarga antara 12 orang awam yang mati diseksa ketika berada di dalam penjara selepas mereka ditangkap tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad, lapor Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia semalam.
Menurut badan pemerhati yang beribu pejabat di Britain itu, pihak keluarga menerima kad pengenalan mangsa-mangsa daripada pasukan keselamatan pada malam Rabu lalu.
Katanya, kesemua lelaki tersebut berasal dari daerah Nahr Aisha, di sini.
Sementara itu, kumnpulan pejuang penentang Bashar berjaya merampas Masjid Umayyad di bandar raya Aleppo daripada pasukan tentera Syria awal pagi semalam selepas pertempuran sengit selama beberapa hari, lapor badan pemerhati sama.
Muzium masjid terbakar ketika pertempuran berlaku menyebabkan silingnya runtuh.
Dalam pada itu, satu letupan bom kereta turut dilaporkan berlaku di pinggir bandar Homs, barat Syria yang menyebabkan beberapa orang maut dan cedera, kata agensi berita SANA.
“Pejuang penentang meletupkan bom kereta di kawasan kejiranan Akrama Jadideh dengan laporan awal menyatakan ada mangsa yang mati dan cedera,” kata agensi itu.
Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas rakyat melancarkan penentangan ke atas rejim Bashar kerana menuntut pemerintahan demokrasi dan pembaharuan ekonomi.
Mereka turut menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam aspek pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2MEpKy0G0 
Hakcipta terpelihara 

Telefon bimbit tak perlu caj 15 tahun



SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA untuk bertahan selama 15 tahun.


BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.
Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.
Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.
"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.
Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.
"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh
Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2MEp6BTUw 
Hakcipta terpelihara 

Robot humanoid mampu bergerak seperti manusia



ROLF PFEIFER bersalaman dengan robot humanoid, 
Roboy pada satu sidang media di Zurich kelmarin.


ZURICH, Switzerland - Sepasukan saintis Switzerland berjaya mencipta sebuah robot humanoid yang dipanggil Roboy di Universiti Zurich kelmarin.
Pengarah makmal kepintaran buatan manusia (AI) Universiti Zurich, Profesor Rolf Pfeifer berkata, sebuah pasukan terdiri daripada beberapa cendekiawan dan wakil-wakil industri telah bekerjasama untuk menghasilkan robot masa depan itu sejak bulan Jun 2012 lalu.
Robot itu direka untuk kelihatan dan berkelakuan seperti seorang manusia.
Para saintis yang terlibat telah mengambil tempoh masa selama sembilan bulan untuk membina robot tersebut.
Katanya, apa yang membezakan Roboy dengan robot humanoid lain ialah cara ia bergerak.
Robot itu dibangunkan untuk berjalan seperti seorang manusia melalui penggunaan pacuan tendon berteknologi tinggi.
"Ia boleh digunakan dalam persekitaran isi rumah, yang boleh digunakan dalam persekitaran pembuatan, yang mana robot itu bekerjasama dengan orang dan saya fikir kerjasama ini adalah sangat penting.
"Manusia-robot ini amat berguna. Kita juga sering bercakap tentang proses penuaan dalam kalangan penduduk. Teknologi ini dapat membantu golongan warga emas tersebut," katanya.
Robot tersebut mempunyai ketinggian 1.2 meter dan diprogram dengan kecekapan mengenali muka seseorang. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2MEoosJWp 
Hakcipta terpelihara 

Berpuluh-puluh ikan pari terdampar



NELAYAN Palestin sedang memotong ikan pari untuk dibawa ke pasar.


GAZA - Berpuluh-puluh ekor ikan pari jenis Mobula ditemui terdampar secara misteri di pantai Bandar Gaza dalam wilayah Palestin kelmarin.
Penemuan itu sekali gus menjadi rezeki beberapa orang nelayan di sini yang bertindak melapah haiwan tersebut untuk dijual di pasar.
Dalam satu temu bual bersama media tempatan, seorang nelayan itu dipetik sebagai berkata, ini merupakan kali pertama ikan pari ditemui terdampar di pantai itu sejak enam tahun lalu.
Media tempatan melaporkan, ikan pari itu mampu mencapai berat 76 kilogram dan ia dijual pada harga lima shekel (RM4.21) untuk 0.5 kilogram di pasar tempatan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2MEmBsyoH 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, February 28, 2013

Peluang suami isteri berusia ke Marikh




28 Februari 2013
Peluang suami isteri berusia ke Marikh
Jika misi ini berjaya dilancarkan, ia akan tiba di Marikh selepas 228 hari dan mengambil masa 273 hari untuk kembali ke bumi.
CAPE CANAVERAL - Sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan semalam mengumumkan rancangan untuk merekrut pasangan suami dan isteri berumur lingkungan 50-an bagi melaksanakan misi penjelajahan selama 501 hari ke planet Marikh.

Kos keseluruhan projek di bawah Yayasan Inspirasi Marikh berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) itu akan dibiayai oleh penaja dan sumbangan persendirian.

Bagaimanapun, pengasas projek, jutawan Amerika Syarikat, Dennis Tito, 72, berkata, beliau akan membiayai kos untuk tempoh dua tahun pertama bagi memulakan sistem sokongan hidup dan teknologi lain.

"Peluang untuk menyertai misi itu adalah pada 5 Januari 2018 kerana ketika itu Marikh akan berada paling hampir dengan laluan orbitnya. Fenomena tersebut membolehkan kapsul menghampiri permukaan planet merah itu pada jarak 241 kilometer sebelum kembali ke bumi.

Tetapi, jika kita terlepas peluang tersebut, misi itu mungkin akan dilaksanakan pada 2031," jelasnya dipetik Reuters.

Pada 2001, Tito pernah menghabiskan kira-kira AS$20 juta (RM62 juta) untuk menjadi pelancong angkasa pertama di dunia yang mengadakan lawatan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan menaiki pesawat angkasa Rusia, Soyuz.

Wanita tertua di dunia




28 Februari 2013
Misao Okawa
Misao Okawa
MISAO Okawa, 114, diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai wanita tertua di dunia dalam satu majlis khas di Osaka, semalam.
Menurut Institut Penyelidikan Gerontologi yang berfungsi mengesahkan maklumat mengenai umur untuk Guinness, Misao dilahirkan pada 5 Mac 1898 dan beliau bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-115, minggu depan.

Pada masa ini, Jepun mempunyai lebih 51,000 penduduk berumur sekurang-kurangnya 100 tahun dan 87 peratus daripadanya ialah wanita.  - AP

Wednesday, February 27, 2013

Lelaki bogel luar bilik hotel




Lain kali, apabila anda mahu keluar dari bilik hotel, sesuatu yang perlu anda ingat ialah: Jangan sesekali melakukannya tanpa pakaian di badan.

Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.


Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.

Disebabkan terleka, pintu bilik hotel itu tertutup sendiri dan dia tidak memiliki kunci untuk membukanya. Dalam keadaan bogel, lelaki terbabit merayau ke sana-sini di sekitar hotel sambil cuba pergi ke kaunter penyambut tetamu.


Tanpa sesuatu untuk melindungi kemaluannya, dia cuma bergantung kepada dulang makanan yang menjadi punca masalahnya sementara dia berjalan mencari penyelamat.


Namun, sebelum sampai ke kaunter penyambut tetamu, lelaki terbabit terpaksa berdepan dengan ramai pelawat hotel berkenaan.

Foto
GELAGAT seorang lelaki berbogel yang terperangkap apabila pintu bilik hotelnya tertutup secara automatik.
Foto
GELAGAT seorang lelaki berbogel yang terperangkap apabila pintu bilik hotelnya tertutup secara automatik.
Foto
PENGUNJUNG hotel terkejut melihat lelaki bogel di lobi.


Seorang ibu dan anak lelakinya pula terpaksa berkongsi lif dengan lelaki terbabit dan reaksi mereka ternyata kurang menyenangkan. Walaupun amat terdesak, lelaki malang itu masih terpaksa bersusah-payah mendapatkan bantuan daripada petugas di situ kerana mereka tetap mahukan dia menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan sebelum kunci baru diberikan.


Sehingga semalam, rakaman video itu ditonton lebih 50,000 kali. Bagaimanapun, sebahagian besar penonton curiga terhadap kesahihan insiden itu dan yakin, ia dirancang lebih awal. - Daily Mail

20 kampung tiada wanita




Moscow: Lebih 20 kampung di pedalaman dan wilayah gersang di Russia didiami lelaki saja.

Menurut bancian rasmi Russia, 23 kampung kecil di wilayah Krasnoyarsk langsung tidak mempunyai wanita.


Kampung itu sebahagian daripada habitasi paling pedalaman di dunia dan ada beberapa kampung hanya mempunyai seorang penduduk sementara yang lain tidak lebih empat atau lima, lapor The Siberian Times.

Suhu di wilayah itu mencecah sehingga 40 darjah selius di bawah beku pada musim sejuk dan teramat panas pada musim panas.


Ketidakseimbangan jantina itu didedahkan pada Hari Pembela Negara, acara tahunan bagi memberi penghormatan terhadap peranan lelaki pada setiap 23 Februari.


Bagaimanapun, apabila diambil kira jumlah penduduk seluruh Krasnovarsk, wilayah kedua terbesar di Russia, jumlah penduduk wanitanya melebihi penduduk lelaki dengan angka 193,000. - Daily Mail

Asteroid besar kian jauhi bumi



 
Moscow: Asteroid besar 2012 DA14 terbang menghampiri bumi lewat kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.

Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700 kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca.
“Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit, dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk,” kata pakar kaji bintang Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin.

Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia.

Asteroid itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bercahaya paling terang dengan magnitud jelas kira-kira 7.0.

Seorang individu dengan penglihatan biasa dapat melihat objek cerah di langit pada magnitud 6.

Asteroid 2012 DA14, yang secara kasar bersaiz 50 meter dan seberat kira-kira 130,000 tan metrik, kali pertama dilihat sepasukan ahli astronomi Sepanyol di La Sagra Sky Survey.
Pengiraan mereka menunjukkan objek langit mungkin terbang hampir ke bumi pada 2013, dengan kemungkinan kecil pelanggaran.

Sementara itu di PASADENA, California, maklumat awal menunjukkan bahawa meteor di Chelyabinsk tidak dikaitkan dengan asteroid 2012 DA14, yang terbang menghampiri bumi kata Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) semalam.
AGENSI

Lembu paling berat jadi tumpuan




AFP
LEMBU jantan yang bernama Chabal menjadi tumpuan orang ramai pada Pameran Pertanian Antarabangsa di Paris kelmarin.


PARIS - Seekor lembu jantan berusia lima tahun menjadi haiwan paling berat yang dipamerkan pada Pameran Pertanian Antarabangsa di sini kelmarin.
Lembu jantan yang bernama Chabal itu seberat 1,790 kilogram.
Kira-kira 4,000 ekor haiwan dipamerkan pada pameran tersebut yang berlangsung pada 23 Februari lalu hingga 3 Mac depan.
Nama Chabal itu diberikan kepada haiwan tersebut sempena nama bekas pemain ragbi pasukan Perancis, Sebastien Chabal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2M3AP0Fba 
Hakcipta terpelihara 

Tengkorak haiwan dijual di pasar Mali




SEJUMLAH tengkorak haiwan yang dijual di sebuah pasar di Bamako pada Sabtu lalu. - AFP


BAMAKO, Mali - Sejumlah tengkorak haiwan dijual di sebuah pasar di sini yang dipercayai boleh digunakan untuk mengubah kehidupan pembeli.
Gerai milik Adama Kamara menjual tengkorak buaya yang dipercayai boleh menguatkan tenaga batin.
Tengkorak burung bayan dipercayai boleh membantu seseorang itu memperoleh pekerjaan.
Menurut kepercayaan penduduk tempatan, tengkorak anjing mampu mengubat sakit kepala.
Kamara merupakan penjual ubat-ubat tradisional. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2M3A6rTSP 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, February 26, 2013

Penduduk Aceh tarik balik saman berhubung bunyi azan




SAYED HASAN membaca sebuah buku Islam di rumahnya di Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH - Seorang warga emas Indonesia semalam menyatakan dia mendapat kemenangan luar jangkaan berhubung samannya ke atas sebuah masjid yang terlalu bising walaupun dia dipaksa menarik balik tindakan undang-undang tersebut selepas orang ramai mengugut mahu membunuhnya.
Aduan terhadap bunyi terlalu bising pembesar suara pada waktu azan ditentang hebat di Indonesia yang memiliki sekitar 800,000 buah masjid.
Apabila warga emas itu, Sayed Hasan, 75, mengemukakan saman pada Disember tahun lalu di sini, aduan tersebut mendapat bantahan orang ramai.
Warga emas itu mengadu dia diganggu oleh bunyi rakaman berterusan bacaan ayat suci al-Quran.
Bagaimanapun, lelaki tersebut berkata, dia mendapat kemenangan di luar jangkaannya selepas saman itu ditarik balik.
"Selepas saya menggugurkan kes saya, bunyi itu dikurangkan separuh," katanya.
Seorang pemimpin Islam tempatan berkata, imam masjid berkenaan memutuskan untuk mengurangkan bunyi rakaman itu.
Seramai 90 peratus daripada 240 juta penduduk Indonesia terdiri daripada orang Islam.
Walaupun kebanyakan mereka mengamalkan ajaran Islam sederhana, wilayah Aceh melaksanakan undang-undang syariah yang dikuatkuasakan oleh polis agama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2LxbNSuir 
Hakcipta terpelihara 

Monday, February 25, 2013

Jutawan India derma RM7.1 bilion




25 Februari 2013
NEW DELHI - Jutawan syarikat perisian India, Azim Premji, kelmarin bermurah hati mendermakan AS$2.3 bilion (RM7.1 bilion) kepada badan amal pendidikan.

Pengerusi syarikat Wipro itu memberitahu penubuhan Yayasan Azim Premji itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar dan membangunkan lebih banyak sekolah di negara tersebut yang masih berada di tahap kurang memberangsangkan.

Sementara itu, akhbar The Business Standard dan beberapa media lain melaporkan derma kepada badan amal itu adalah yang terbesar dalam sejarah di India.

Pada 2010, Azim pernah mendermakan kira-kira AS$2 bilion (RM6.2 bilion) kepada sebuah badan amal selepas beliau menyertai kelab ditubuhkan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dan jutawan pelabur, Warren Buffet.

Menurut majalah Forbes tahun lalu, beliau disenaraikan sebagai individu ketiga terkaya di India dengan jumlah kekayaan mencecah AS$16 bilion (RM50 bilion). - AFP