Pages

Friday, March 1, 2013

Tentera Syria seksa 12 orang awam sehingga mati




DUA orang kanak-kanak berdiri di hadapan bangunan yang musnah akibat dibom tentera rejim di Idlib kelmarin.- Agensi


DAMSYIk – Empat sekeluarga antara 12 orang awam yang mati diseksa ketika berada di dalam penjara selepas mereka ditangkap tentera rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad, lapor Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia semalam.
Menurut badan pemerhati yang beribu pejabat di Britain itu, pihak keluarga menerima kad pengenalan mangsa-mangsa daripada pasukan keselamatan pada malam Rabu lalu.
Katanya, kesemua lelaki tersebut berasal dari daerah Nahr Aisha, di sini.
Sementara itu, kumnpulan pejuang penentang Bashar berjaya merampas Masjid Umayyad di bandar raya Aleppo daripada pasukan tentera Syria awal pagi semalam selepas pertempuran sengit selama beberapa hari, lapor badan pemerhati sama.
Muzium masjid terbakar ketika pertempuran berlaku menyebabkan silingnya runtuh.
Dalam pada itu, satu letupan bom kereta turut dilaporkan berlaku di pinggir bandar Homs, barat Syria yang menyebabkan beberapa orang maut dan cedera, kata agensi berita SANA.
“Pejuang penentang meletupkan bom kereta di kawasan kejiranan Akrama Jadideh dengan laporan awal menyatakan ada mangsa yang mati dan cedera,” kata agensi itu.
Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas rakyat melancarkan penentangan ke atas rejim Bashar kerana menuntut pemerintahan demokrasi dan pembaharuan ekonomi.
Mereka turut menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam aspek pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2MEpKy0G0 
Hakcipta terpelihara 

No comments: