Pages

Saturday, May 19, 2012

Ban risau al-Qaeda di Syria

Ban Ki-moon (kiri) dan Bashar al-Assad
Ban Ki-moon (kiri) dan Bashar al-Assad

Setuju Damsyik hadapi ancaman pengganas bukan aktivis prodemokrasi

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menyuarakan kepercayaan bahawa kumpulan al-Qaeda adalah dalang dalam serangan besar-besaran di Syria minggu lalu.
Serangan bom dua kereta di luar bangunan perisikan tentera di Damsyik 10 Mei lalu dilihat menyamai taktik ala-al-Qaeda yang dilakukan di negara jiran, Iraq.
Beberapa hari lalu, satu serangan besar, serius dan besar-besaran berlaku. Saya percaya mungkin al-Qaeda yang merancangnya. Ini mencetuskan masalah yang amat serius. - Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Seramai 55 orang mati dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam letupan itu baru-baru ini. Kelmarin, Presiden Bashar al-Assad menuduh negara Barat memejam mata kepada serangan terhadap tentera Syria.

“Beberapa hari lalu, satu serangan besar, serius dan besar-besaran berlaku. Saya percaya mungkin al-Qaeda yang merancangnya. Ini mencetuskan masalah yang amat serius,” kata Ban dalam satu majlis di ibu pejabat PBB di sini.

Ban berkata, pembabitan al-Qaeda di wilayah itu mencetuskan masalah yang serius.

Beliau juga menyebut bahawa ada dua lagi serangan terhadap pemantau PBB yang cuba untuk mengurangkan keganasan di Syria dan bermula lebih setahun lalu dengan satu kebangkitan popular menentang Bashar. 
Kenyataan beliau dibuat kepada lebih 2,500 orang pelajar menghadiri Persidangan Model PBB yang berlangsung setiap tahun. 

Serangan bom kereta berkembar itu membunuh 55 orang dan mencederakan 372 di Damsyik pada 10 Mei, kata media tempatan, yang disifatkan serangan paling buruk di ibu negara Syria sejak penduduk melancarkan protes menentang pemerintahan Bashar mulai Mac 2011.

Damsyik sejak sekian lama mempertahankan bahawa mereka berhadapan dengan konspirasi ‘pengganas’ dari luar. Pada masa sama, ada kerajaan monarki yang kaya dengan sumber di Teluk termasuk Arab Saudi dan Qatar menggesa senjata dihantar kepada penentang Bashar.

Syria bulan ini menghantar kepada PBB nama 26 rakyat asing yang dikatakan diberkas selepas datang melawan di Syria. Ia menyifatkan 20 daripada mereka adalah ahli al-Qaeda yang memasuki negara itu dari Turki. 
– Reuters

Hashemi tuduh Maliki dalang cerita palsu

Berita Harian Online | Hashemi tuduh Maliki dalang cerita palsu:
Nuri al-Maliki
Nuri al-Maliki



ISTANBUL: Naib Presiden Iraq, Tariq al-Hashemi, yang diburu pihak berkuasa Baghdad dan Interpol menuduh Perdana Menteri, Nuri al-Maliki, dalang cerita palsu terhadapnya.

Mengulas keterangan bekas pengawal peribadinya, Hashemi menganggap apa yang disuarakan mereka dalam perbicaraan di Baghdad tanpa kehadirannya, mungkin disebabkan mereka dipaksa anggota keselamatan.
Perbicaraan terhadap Hashemi bermula minggu ini meskipun dia kini berada di Turki. Ketika memberi keterangan, seorang ejen yang bertanggungjawab melindunginya berkata, mereka diarahkan membunuh pegawai keselamatan dan menanam bom di tepi jalan.
Saya mungkin memutuskan untuk berhenti berurusan dengan sistem perundangan dan menarik semua peguam serta peguam bela supaya turut sama. - Tariq al-Hashemi, Naib Presiden iraq
Hashemi, seorang berfahaman Sunnah didakwa menyokong skuad pembunuh yang menyasarkan jemaah Syiah dan pegawai kerajaan. 

Hashemi juga memberitahu temuramah kelmarin bahawa beliau tidak bersalah dan menjadi mangsa dalam permainan politik Maliki, seorang Syiah. 

Maliki dan Hashemi sering bertelagah sejak beberapa tahun lalu ketika Iraq berusaha kembali selepas beberapa tahun dilanda perang dan penjajahan diketuai tentera AS yang menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003. 

“Saya mungkin memutuskan untuk berhenti berurusan dengan sistem perundangan dan menarik semua peguam serta peguam bela supaya turut sama. 
“Saya sememangnya tidak bersalah dalam semua pertuduhan,” kata Hashemi yang mendakwa perbicaraan itu adalah balas dendam politik atas penentangannya terhadap Maliki sejak bertahun-tahun lalu. 

Kes itu mengancam menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan Iraq dengan menyemarakkan kemarahan golongan Sunnah dan Kurdis terhadap Maliki yang dikritik membolot kuasa. 

Waran tangkap Hashemi dikeluarkan selepas pasukan terakhir tentera Amerika meninggalkan Iraq pada Disember lalu. – AP
'via Blog this'

Israel takut 60,000 roket musuh

Berita Harian Online | Israel takut 60,000 roket musuh:
SISTEM pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome' dilancarkan dari sistem peluru berpandu di bandar Ashdod dalam tindak balas terhadap pelancaran roket dari Gaza Palestin. - Foto AFP
SISTEM pertahanan anti roket Israel dipanggil
'Iron Dome' dilancarkan dari sistem peluru
 berpandu di bandar Ashdod dalam tindak balas
terhadap pelancaran roket dari Gaza Palestin. - Foto AFP



AS bantu Yahudi perkuat perisai sekat peluru berpandu Hamas, Hizbullah

WASHINGTON: Kumpulan lobi utama pro-Israel di Amerika Syarikat, AIPAC, menyambut baik keputusan Pentagon untuk memperuntukkan dana tambahan bernilai AS$70 juta (RM210 juta) bagi membantu memperkukuh sistem pertahanan anti roket Israel dipanggil 'Iron Dome'.
Penambahan dana terbabit diumumkan Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta (gambar kecil), kelmarin selepas berunding dengan rakan sejawatannya dari Israel, Ehud Barak.
Penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel. - Leon Panetta, Setiausaha Pertahanan Amerika
AIPAC menyambut baik keputusan Panetta dan percaya pengukuhan sistem ‘Iron Dome’ akan membantu Israel lebih berkesan melindungi penduduk daripada ancaman 60,000 peluru berpandu dan roket pejuang Hamas serta Hizbullah.

Sehingga April lalu, Israel menempatkan tiga unit sistem berkenaan yang dikatakan berjaya menyekat serangan roket pejuang Palestin ketika ketegangan meletus di Gaza.

Negara Yahudi itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa ia memerlukan 13 hingga 14 unit lagi perisai itu untuk melindungi beberapa kawasan lagi.

Pada Mac lalu, sistem berkenaan memintas 80 peratus sasaran apabila hampir 300 roket dan mortar dilancarkan ke selatan Israel, membolehkan banyak nyawa dilindungi, kata jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika. 
Sehingga ini, Amerika memberi bantuan AS$205 juta (RM615 juta) untuk membantu memperkuat sistem ‘Iron Dome’ yang dihasilkan firma kerajaan Israel, Raphael Advanced Defense Systems Ltd.

Sistem itu menggunakan peluru berpandu dilengkapi sistem radar bagi meletupkan roket Katyusha di udara, yang mempunyai jarak sasaran 5 hingga 70 kilometer, selain bom mortar.

Panetta berkata, penambahan dana itu adalah peruntukan bagi tempoh tiga tahun lagi berdasarkan penilaian tahunan terhadap keperluan keselamatan Israel.

“Matlamat saya ialah memastikan Israel memiliki dana diperlukan setiap tahun untuk menghasilkan sistem pertahanan itu bagi melindungi penduduknya,” katanya.

Panetta berkata, bantuan yang bernilai AS$70 juta itu akan diberi pada tahun kewangan terkini yang tamat pada September ini.

“Bantuan ini jika diluluskan Kongres bertujuan memastikan sistem berkenaan berfungsi dengan lancar,” katanya lagi. – Reuters
'via Blog this'

Penganut Kristian Filipina berhimpun bantah konsert Lady Gaga



SEJUMLAH penduduk berhimpun di Manila semalam bagi membantah konsert Lady Gaga yang akan berlangsung pada Isnin depan.


MANILA - Kira-kira 70 penganut Kristian yang terdiri daripada golongan muda di Filipina menjerit dalam satu perhimpunan di sini semalam bagi meminta konsert Lady Gaga dibatalkan.
Ketua protes yang juga bekas Ahli Kongres Filipina, Ben Abante berkata, kumpulan itu merancang untuk memfailkan kes terhadap Lady Gaga dan penganjur konsert itu.
Menurutnya, pihaknya akan berbuat demikian jika Lady Gaga menyanyikan lagu Judas semasa dia membuat persembahan pada Isnin dan Selasa depan.
Lagu itu dianggap menghina Nabi Isa.
Bekas Datuk Bandar Manila, Jose Atienza berkata, penyanyi dan pihak penganjur boleh dihukum kerana menyinggung perasaan bangsa dan agama.
Sebelum ini polis Indonesia enggan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta ekoran bantahan daripada beberapa kumpulan Islam. - Agensi

Asni jumpa botol arak cederakan pelancong



KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Saksi pendakwaan memberitahu mahkamah, Asni Omar, 37, yang dituduh membunuh Stephanie Foray, 30, (gambar kecil) mencari dan menjumpai sendiri botol arak jenama Malibuyang dijadikan senjata untuk mencederakan mangsa ketika tertuduh dibawa oleh polis ke tapak pelupusan sampah Sarang Tiong di Rompin dekat sini.
Perkara tersebut diberitahu saksi kedua pendakwaan, Lans Korporal Jef Anashrul Mohd. Jaafar ketika dia disoal peguam bela Hisham Abd. Rahim yang mewakili tertuduh semasa perbicaraan yang masuk hari kedua kes pembunuhan pelancong wanita warga Perancis di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini semalam.
Jef berkata, sebelum menemui botol arak itu, dia merupakan antara beberapa anggota polis yang mengiringi tertuduh ke lokasi pelupusan sampah itu untuk mencari barang bukti.
Kata saksi itu, polis meminta tertuduh mencari botol arak itu selepas usaha mencari botol arak yang diberitahu tertuduh digunakan sebagai senjata untuk mencederakan Stephanie gagal ditemui oleh polis yang mencari satu jam di lokasi sama.
Jef memberitahu, tertuduh menemui botol arak itu hanya selepas kira-kira 10 minit tertuduh diiringi mencari botol itu di tapak pelupusan sampah tersebut.

Maut kereta masuk longkang



BULATAN menunjukkan lokasi di mana kereta yang dipandu Zahidatul Akmam terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang semalam.


ALOR SETAR - Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang dekat sini ketika dalam perjalanan untuk melawat sepupunya yang terlibat dalam kemalangan.
Kejadian pukul 8 pagi semalam itu berlaku ketika Zahidatul Akmam Che Lah, 28, memandu kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd. Haris Mohd. Sobri, 17, dalam perjalanan ke Alor Punti untuk melihat keadaan adik Mohd. Haris, Mohd. Hanif, 15.
Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan, kereta dipandu Zahidatul Akmam terbabas ke dalam longkang menyebabkan wanita itu cedera parah dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Jarak lokasi kemalangan yang membabitkan Zahidatul Akmam dan Mohd. Hanif kira-kira satu kilometer.
Ibu mangsa, Som Abd. Ghani, 57, berkata, pada pukul 7.30 pagi, keluarganya menerima berita mengenai Mohd. Hanif yang menunggang motosikal berlanggar dengan sebuah kereta ketika dia dalam perjalanan ke tempat tuisyen di Tanah Merah, Pendang.
Dalam kejadian itu, Mohd. Hanif hanya cedera ringan di beberapa anggota badan.
"Sebaik menerima berita kemalangan membabitkan Mohd. Hanif, saya, menantu (Ahmad Nazri Ismail, suami Zahidatul Akmam) dan keluarga remaja itu bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta.

Besi tembus kereta



ROZIANA menenangkan suaminya, Mohd. Ali selepas kereta mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering di Taiping semalam.


TAIPING - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku kepada tiga beranak yang terselamat walaupun kereta Proton Saga yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya sepanjang 15 meter selepas kenderaan itu terbabas ke tepi lebuh raya.
Semasa kejadian pada pukul 2.30 petang di Kilometer 214.9, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Changkat Jering itu, pemandu kereta, Mohd. Ali Mohd. Hussin, 33, isterinya, Roziana Abu Samah, 29, dan anak lelaki pasangan itu, Mohd. Haziq, 3, dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Mohd. Ali yang memandu kereta dipercayai mengantuk menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang lebuh raya.
Kejadian itu menyebabkan, Mohd. Ali tersepit dalam kereta dipandunya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.
Difahamkan keluarga itu berasal dari Kulim, Kedah dan mahu ke Petaling Jaya untuk menziarahi kakak Roziana di Petaling Jaya.
Roziana yang sedang memangku anaknya ketika kejadian berkata, sebelum terbabas kereta dipandu suaminya bergerak terhuyung-hayang.
"Suami ketika itu juga memberitahu dia mahu berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat Changkat Jering yang terletak 10 kilometer dari tempat kejadian.
"Bagaimanapun, sebelum sempat berhenti rehat, kereta kami terlebih dulu terlibat dalam kemalangan," katanya yang hanya cedera ringan.

Lima terbunuh nahas Land Cruiser


Anggota polis memeriksa Land Cruiser yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 71.5, Jalan Sri Aman-Kuching dekat Simunjan Sri Aman semalam.


SRI AMAN - Lima lelaki termasuk tiga beradik terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 71.5, Jalan Sri Aman-Kuching berhampiran Simunjan dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.15 petang, kelima-lima mangsa yang terbunuh itu menaiki pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser dan sewaktu kejadian kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuching menghala ke Sri Aman.
Lima mangsa yang maut ialah tiga beradik, Chiu Siong Kai,32, Chiu Chi Siong,42, dan Chiu Seow Khong,38.
Dua lagi yang terbunuh ialah pemandu Land Cruiser, Wong Siew Yung, 36, dan seorang lagi penumpangnya Allan Richard Wan, 40.
Semua mangsa tersepit dalam Land Cruiser dinaiki mereka dan mayat kesemua mangsa terpaksa dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada Land Cruiser yang dipandu laju ketika hujan.
"Sampai di tempat kejadian yang berbukit dan sedikit berselekoh Land Cruiser itu terbabas memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler yang menghala ke arah Kuching.
"Pertembungan itu menyebabkan Land Cruiser tersebut remuk teruk manakala treler itu pula terbabas ke bahu jalan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Mati terkejut gerai terbakar


BEBERAPA peniaga hanya mampu melihat gerai mereka musnah dijilat api di Pasar Borong Kangar semalam.


KANGAR - Seorang pemborong sayur meninggal dunia akibat diserang sakit jantung selepas terkejut melihat gerai sayur miliknya di Pasar Borong Kangar di sini terbakar pagi semalam.
Kamaruddin Bahari, 72, (gambar kecil) sebelum itu, mengadu sakit dada sebaik gerai sayurnya musnah dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu.
Abang mangsa, Kafeli Bahari berkata, selepas tidak tahan dengan kesakitan dialaminya, Kamaruddin beredar pulang dan tidak lama selepas itu dia rebah ketika menunaikan solat Subuh di rumahnya di Kampung Sanglang di sini.
Ujarnya, mangsa yang ketika itu tenat terus dibawa oleh anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, sejam selepas dirawat, Kamaruddin meninggal dunia di HTF akibat serangan jantung," katanya di sini semalam.
Kafeli yang juga merupakan Setiausaha Pasar Borong itu berkata, abangnya terlalu sedih kerana gerai dan stor sayur miliknya yang diusahakan sejak 20 tahun lalu musnah dalam kebakaran itu.

Tangan robotik dikawal dengan minda


KOMBINASI gambar yang disiarkan pada Rabu lalu menunjukkan Hutchinson menggerakkan tangan robotik dengan menggunakan mindanya.


NEW YORK - Seorang wanita lumpuh dari negeri Massachusetts, Cathy Hutchinson mengawal pergerakan sebuah tangan robotik dengan menggunakan mindanya.
Teknologi terbaharu itu dapat membantu memudahkan kehidupan harian Hutchinson yang lumpuh seluruh badan sejak 15 tahun lalu.
Wanita itu mengarahkan tangan robotik tersebut untuk melakukan pelbagai tugas seperti mengangkat sebotol air kopi dan meletakkan minuman itu ke dalam mulutnya.
Inovasi tersebut disiarkan jurnal Nature di Internet pada Rabu lalu.
Ia dihasilkan oleh beberapa saintis Universiti Brown, Pusat Perubatan Providence VA di Pulau Rhode, Sekolah Perubatan Harvard dan beberapa tempat lain.
Tangan robotik tersebut dikawal dengan bantuan cip sebesar sebiji pil yang ditanam ke dalam otak manusia.
Ia menerima input aktiviti elektrik sel otak apabila individu berkenaan berimaginasi dia sedang menggerakkan tangannya.
Cip berkenaan kemudian menghantar isyarat tersebut ke sebuah komputer yang kemudian menggerakkan tangan robotik itu. - Agensi

Roda Ferris unik di Turkmenistan



SEBANYAK 24 kabin roda Ferris berpusing dalam sebuah struktur seni bina yang unik di Ashgabat semalam.


ASHGABAT, Turkmenistan - Sebuah roda Ferris di sini diiktiraf Guinness World Records sebagai yang terbesar di dunia bagi kategori berpusing di dalam sebuah struktur seni bina.
Sebanyak 24 kabin yang setiap sebuah mempunyai enam tempat duduk berpusing di dalam sebuah struktur seni bina tersebut.
Terdapat bentuk bola yang berwarna keemasan di bahagian tengah struktur seni bina itu.
Roda Ferris yang terletak di Taman Tema Aghgabat itu mempunyai diameter 47.6 meter. - Agensi

Bas terjunam ke tebing sungai, 34 maut




BEBERAPA anggota penyelamat mencari mangsa yang terselamat dalam bas yang terjunam ke tebing sungai di Dak Lak kelmarin.



HANOI - Sebuah bas terjunam dari sebuah jambatan di tengah Vietnam menyebabkan 34 penumpang terbunuh manakala 21 lagi cedera malam kelmarin.
Ia merupakan antara nahas jalan raya yang paling dahsyat di Vietnam.
Seorang pegawai tempatan, Tran Bao Que berkata, bas dengan 50 tempat duduk itu hilang kawalan sebelum ia menjunam pada ketinggian 18 meter ke tebing Sungai Serepok.
Sebahagian badan bas itu tenggelam ke dalam sungai tersebut.
"Semasa kejadian, penumpang bas sedang tidur," kata seorang mangsa yang terselamat, Nguyen Van Khanh kepada portal berita tempatan, Dan Tri.
Menurutnya, anggota-anggota penyelamat mengambil masa selama empat jam untuk mengeluarkan semua mayat mangsa.
Bas itu dalam perjalanan sejauh 350 kilometer menuju ke Bandar Ho Chi Minh dari wilayah Dak Lak. - Agensi

Friday, May 18, 2012

Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku


Gambar sebenar yang sukar untuk kita lihat: 

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."

(Surah al-Baqarah ayat 120).

Sedarlah sahabat2 sasaran sebenar golongan yang benar2 memusuhi Islam di setiap negara Islam ialah para Ulama'

As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar bersedia untuk syahid

Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahan Itali, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua sebegini.”

Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang Itali itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika.

Semoga Allah meninggikan darjat As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.

Syahid di tali gantungan

As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikuti jejak langkan As Syahid As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar, Ameen..

18 sebab jin merasuk manusia.


18 sebab jin merasuk manusia.

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Penulis terbit buku khas pertikai wasatiyyah Najib


Muhammad Faizal,18 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Penulis, S H Alattas menulis buku khas bertajuk 'Memo untuk Najib' bagi menceritakan wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak sedikit pun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang dicadangkan.

Bagi beliau, wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan dan harus dimanifestasikan dalam semua bidang kehidupan sama ada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk juga mengelola pantadbiran negara.

Dalam tulisannya lagi, beliau menulis, Najib tidak patut lupa dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Mentari yang mempunyai seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai sikap bermewah mewahan dalam berbelanja.

Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit dan yang terbaru melibatkan kos perbelanjaan majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409,767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.

Jelas penulis itu lagi, rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh pihak hotel berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.

Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

S H Alattas menceritakan di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewah.

Menurut penulis, apalah ada pada ungkapan wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat hidup tersepit dengan kos sara hidup, kedua suami isteri itu terus hidup bermewah.

Rakyat akan terus mempertikaikan konsep wasatiyyah Najib dengan merelakan Rosmah terkait dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob & co. RM24 juta kononya atas dasar pertunjukan sulit semata-mata.

Rakyat akan terus mengenang sikap wasatiyyah keluarga Najib yang hanya menunjukkan sikap bermewah terlampau yang cukup jauh bezanya dengan kehidupan rakyat.

Sementara itu melalui buku yang sama, penulis juga turut menceritakan '13 dalil kenapa Najib mesti letak jawatan'.

Pesan Al-Habib Umar al-Hafiz di kuliah subuhnya



Pesan Al-Habib Umar al-Hafiz di kuliah subuhnya semalam

Telah berkata ahli hikmah.." Manusia akan MATI bila-bila masa..tetapi TULISAN boleh KEKAL selama-lamanya...maka tulislah PERKATAAN yang menyebabkan kita GEMBIRA diakhirat kelak..."
 

Pengguna Twitter Britain cecah 10 juta



LONDON 17 Mei - Twitter secara rasminya mengesahkan seramai 10 juta penduduk Britain kini menggunakan laman mikro blog itu, sekali gus menjadi pengguna keempat terbanyak di dunia.
Menurut syarikat itu dalam akaun rasminya di Twitter semalam, sebanyak 10 juta penduduk Britain aktif menggunakan media sosial itu dengan 80 peratus daripada mereka melayarinya melalui telefon bimbit.
Negara yang paling ramai menggunakan Twitter ialah Amerika Syarikat, Brazil dan Jepun.
"Sebanyak 140 jenama turut diiklankan dalam laman sosial itu sejak kami membuka cawangan di United Kingdom pada September lalu.
"Setahun lalu, kami bermula tanpa seorang pekerja, tetapi kini kami memiliki 30 kakitangan," kata jurucakap syarikat itu.
Terdapat 140 juta pengguna Twitter di seluruh dunia dan mikro blog itu mengendalikan kira-kira 340 juta tweet setiap hari.
Walaupun Twitter mempunyai pengguna yang ramai kerana selebriti gemar mengemas kini perkembangan terbaru mereka di rangkaian sosial itu, ia sebenarnya masih kecil berbanding media sosial lain seperti Facebook yang kini memiliki 900 juta pengguna.
Bagaimanapun, Twitter telah menambah pelbagai ciri baru untuk bersaing dengan laman media sosial lain. - AGENSI

Saif enggan lantik peguam Libya



THE HAGUE 17 Mei - Anak bekas pemimpin Libya, Saif al-Islam enggan melantik peguam dari Libya untuk membelanya atas dakwaan membunuh dan menyeksa ketika kebangkitan rakyat menentang pentadbiran bapanya.
Timbalan Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bansga Bersatu (PBB), Ibrahim Dabbashi memberitahu Majlis Keselamatan PBB, undang-undang negara itu menghalang Saif daripada dibicarakan tanpa peguam.
“Hal ini berlaku adalah kerana Saif enggan melantik peguam untuk membelanya. Jadi perkara ini tidak terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa Libya tetapi defendan dan tiada halangan untuknya melantik peguam,’’ katanya.
Tekanan semakin meningkat di Tripoli supaya menyerahkan Saif kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mendakwanya melakukan jenayah kemanusiaan.
Kerajaan Libya dan ICC juga berdebat sejak beberapa bulan lalu tentang siapakah yang akan membicarakan anak bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi itu.
Libya dilihat perlu memaklumkan kepada ICC bagaimana ia ingin membicarakan Saif kerana sistem kehakiman negara itu masih dipersoalkan beberapa pihak.
Dalam pada itu, pendakwa raya ICC semalam berkata, hakim akan membuat keputusan sama ada Saif akan didakwa di Libya atau di tribunal di The Hague, Belanda.
Dabbashi menegaskan, sistem perundangan Libya bersedia menjalankan perbicaraan yang adil dan telus yang memenuhi standard antarabangsa.
Bagaimanapun, Badan Pemantau Hak Asai Manusia (HRW) menyatakan, beberapa undang-undang baru Libya yang dilaksanakan menimbulkan persoalan serius sama ada perbicaraan boleh dijalankan secara adil. - REUTERS

Sekatan AS ke atas Myanmar dilanjut



WASHINGTON 18 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengumumkan sekatan negara ini ke atas Myanmar dilanjutkan, dengan menyifatkan usaha pembaharuan kerajaan dan perkembangan hak asasi manusia sebagai `baru bermula’.
Langkah Obama itu dibuat selepas gesaan daripada ahli perniagaan dan pemimpin parti di AS, Eropah dan Asia supaya sekatan ke atas Myanmar ditarik balik bagi menggalakkan pembaharuan oleh kerajaan yang dipimpin Presiden Thein Sein.
Obama berkata, Myanmar telah membuat kemajuan dalam beberapa bidang termasuk membebaskan tahanan politik, meneruskan rundingan gencatan senjata dengan kumpulan etnik dan membuka dialog dengan pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi.
``Saya telah memutuskan mengenai kepentingan untuk meneruskan `darurat’ ke atas Myanmar dan mengekalkan sekatan sebagai tindak balas kepada ancaman itu,’’ katanya. -AFP

Ketua pembangkang Syria letak jawatan



BEIRUT 18 Mei - Ketua blok pembangkang utama Syria, Burhan Ghalioun mengumumkan akan meletakkan jawatannya namun tidak menamakan penggantinya, selepas dua hari kontroversi berhubung pelantikan semula beliau ke jawatan itu.
``Saya tidak akan membenarkan diri saya menjadi calon bahagian dan saya tidak tertakluk kepada apa-apa jawatan.
``Justeru, saya mengumumkan peletakan jawatan saya ini selepas satu calon dipilih sama ada secara sebulat suara atau pemilihan,’’ katanya.
Burhan yang mengetuai Majlis Kebangsaan Syria secara sebulat suara tanpa melalui undian dipilih semula sebagai ketua kumpulan pembangkang utama dalam satu pemilihan yang dilakukan di Rome, Selasa lalu. AFP