Pages

Sunday, November 13, 2011

2 terbunuh militia Libya bertempur sesama sendiri

TRIPOLI: Dua terbunuh selepas kumpulan militia tempatan bertempur berhampiran ibu negara Libya, kata pemimpin pasukan keselamatan semalam.

Insiden kelmarin itu adalah kejadian terbaru membabitkan kumpulan bekas pemberontak yang berjaya mengguling dan membunuh Muammar Gaddafi pada bulan lalu.


Muammar digulingkan selepas diserang pemberontak dan jet tentera udara Nato selama lapan bulan.

Perdana menteri sementara Libya, Abdurrahim el-Keib, berkata pada ketika ini sangat sukar melucutkan senjata kumpulan pemberontak bersenjata sebelum mereka ditawarkan sebarang pilihan pekerjaan.


Pada masa sama, kemarahan rakyat semakin meningkat - terutama di Tripoli - apabila masih ramai militia berkhemah di kawasan utama bandar raya berkenaan dan boleh mengancam keselamatan awam pada bila-bila masa.


Seorang komander militia tempatan berkata, pertempuran kelmarin bermula apabila militia dari kawasan Zawiya berselisih faham dengan pejuang dari Briged Warshefana.

“Pejuang Zawiya merampas senjata daripada seorang anggota Briged Warshefana pada Khamis.


“Berang dengan insiden itu, pejuang daripada Briged Warshefana melakukan sekatan jalanan sambil mengganggu pengguna jalan raya,” katanya.

Mereka juga melepaskan tembakan secara rambang, menyebabkan dua penduduk di kawasan Zawiya terbunuh. - APmyMetro2 terbunuh militia Libya bertempur sesama sendiri:

'via Blog this'

Itali dibayangi teka-teki pengganti Berlusconi

myMetroItali dibayangi teka-teki pengganti Berlusconi: "ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, dijangka melepaskan jawatannya selepas dewan perundangan negara itu meluluskan reformasi yang dituntut Eropah.

Pakar ekonomi disegani,Mario Monti, berada di kedudukan tertinggi sebagai pilihan utama presiden negara itu.


Penganalisis berkata, Monti diyakini mampu membawa Itali keluar dari krisis hutang.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika pembangkang mampu mendesak Presiden Giorgio Napolitano membentuk kerajaan baru dengan segera. - AP"

'via Blog this'

Komando, polis antipengganas Turki tembak mati pemberontak Kurdis rampas feri penumpang

ANKARA: Pasukan keselamatan Turki menembak mati seorang suspek pemberontak Kurdis awal pagi semalam, sekali gus menamatkan drama tebusan sebuah feri penumpang selama 12 jam.

Lelaki terbabit diserbu menjelang subuh ketika feri Kartepe itu terpaksa berlabuh di luar bandar pelabuhan Silivri, barat Istanbul, kerana kehabisan minyak.


Semua 24 penumpang dan kru feri itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gabenor Kocaeli, Ercan Topaca, berkata pemeriksaan ke atas suspek terbabit mendapati, dia mengenakan bom palsu yang dipasang dengan beberapa wayar elektrik.


Perampas terbabit juga, katanya, tidak membawa sebarang senjata lain.


Rampasan itu dibuat bagi menarik perhatian kerajaan terhadap perjuangan pemberontak Kurdis mendapatkan autonomi.

Suspek mendakwa memiliki bahan letupan pada badannya dan merampas feri berkenaan selepas ia memulakan pelayaran dari bandar Izmit petang Rabu.


Feri berkenaan terus diekori bot pengawal pantai sebaik saja insiden berkenan diketahui dan terpaksa berlabuh apabila kehabisan minyak. Komando tentera laut dan polis menyerbu Kartepe sejurus sebelum subuh semalam. - APmyMetroKomando, polis antipengganas Turki tembak mati pemberontak Kurdis rampas feri penumpang:

'via Blog this'

Penyanyi kecewa berhenti guna Twitter

LONDON: Penyanyi Sinead O'Connor berhenti menggunakan Twitter selepas mendapati dia terdedah kepada amalan salah laku keterlaluan.

Keputusan itu diambil hanya beberapa ketika selepas suami Demi Moore, Ashton Kutcher, menutup akaun Twitter peribadinya walaupun ketika itu dia memiliki 8.2 juta pengikut.


Sinead menyalahkan peminatnya apabila mengambil perhatian “terlalu serius” terhadap kisah seks kontroversinya.

Walaupun menganggap pengalaman itu sebagai “sangat menarik,” Sinead, 44, berkata dia tidak tahan berdepan dengan serangan yang melampau.


“Saya berhenti daripada menggunakan Twitter pada ketika ini walaupun ia sangat seronok pada awalnya,” katanya. Selepas berpisah daripada suaminya, Steve Cooney, pada Mac lalu, Sinead sering menulis mengenai pencarian kekasih baru.


Katanya, dia “sangat terdesak mahukan seks” dan bersemangat mencari pacar baru. - DMmyMetroPenyanyi kecewa berhenti guna Twitter:

'via Blog this'

Murray tak rasa bersalah

RAJA POP...kematian mengejutkan Michael menggemparkan seluruh dunia.
RAJA POP...kematian mengejutkan Michael menggemparkan seluruh dunia.
MURRAY...beri kenyataan bercanggah.
MURRAY...beri kenyataan bercanggah.

LOS ANGELES: Doktor peribadi Michael Jackson, Conrad Murray, berkata dia tidak menghubungi talian kecemasan 911 menjelang kematian Raja Pop itu kerana dia “ahli kardiologi terlatih.”

Dalam dokumentari berjudul Michael Jackson and the Doctor: A Fatal Friendship itu, Murray berkata, sebagai doktor terlatih, dia juga mampu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan paramedik jika dia menghubungi talian 911.


Dokumentari itu disiarkan melalui slot The Today Show di Britain semalam.

Kenyataan itu dirakam sejurus sebelum dia didapati bersalah atas tuduhan membunuh secara tidak sengaja oleh 12 juri di Mahkamah Tinggi Los Angeles awal minggu ini.


Dalam temu bual itu, Murray juga mengejutkan penonton apabila bertegas mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan.


Kenyataan Murray juga sama sekali bercanggah dengan keterangan diberikannya kepada polis yang menyiasat kematian Michael.

Kata Murray, dia menyuntik Michael dengan ubat bius sebelum meninggalkan bilik berkenaan untuk berbual di telefon “bagi mengelakkan penyanyi terbabit terjaga.” Kepada polis, Murray mendakwa dia hanya meninggalkan Michael selama dua minit.


Kegagalan Murray menghubungi paramedik secepat mungkin menjadi topik utama dalam penghujahan perbicaraannya sebelum ini.

Ditanya sama ada dia kesal kerana membiarkan Michael bersendirian dalam bilik berkenaan, Murray menjawab: “Saya kesal kerana Michael meninggal dunia.” Digelar sebagai Raja Pop, Michael, 50, disahkan mati di kediamannya di Los Angeles pada 25 Jun 2009.


Juri yang mendengar perbicaraan terhadap Murray mendapati doktor peribadi Raja Pop itu bersalah dan dia akan mengetahui nasibnya beberapa minggu lagi apabila hakim membuat keputusan.


Sementara menunggu keputusan itu, Murray diletakkan di penjara di bawah pengawasan ketat kerana pihak berkuasa berpendapat, dia terdedah kepada risiko membunuh diri.


Kata Murray, dia pasti berhenti menjadi doktor peribadi Michael jika ditakdirkan penyanyi popular itu masih hidup keesokan harinya.


“Saya percaya apa yang berlaku ke atasnya adalah kerana perbuatan saya,” katanya. - HGmyMetroMurray tak rasa bersalah:

'via Blog this'

PM Itali letak jawatan

Berita Harian Online | PM Itali letak jawatan: "


2011/11/13

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meletak jawatan semalam selepas krisis hutang negara itu menamatkan eranya selama hampir dua dekad dalam kancah politik.

Pengumuman peletakan jawatan Berlusconi dibuat oleh pejabat media Presiden Giorgio Napolitano yang secara rasmi menerima peletakan jawatan berkenaan.
Sementara itu, pakar ekonomi, Mario Monti disebut-sebut bakal menggantikan Berlusconi untuk mengatasi krisis hutang yang melanda negara berkenaan. - AFP"

'via Blog this'

Tinggal isteri, anak atas jalan

GERIK: Akibat terlalu takut selepas merempuh seorang anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya, seorang suami tergamak memecut laju motosikalnya meninggalkan isteri dan dua anak mereka yang sedang mengerang kesakitan dalam kejadian di Jalan Air Suda, di sini kira-kira jam 8.10 malam kelmarin.

Kejadian berlaku di satu simpang berdekatan persimpangan lampu isyarat ketika lelaki berusia 25 tahun itu menunggang motosikal membawa anak lelaki berusia dua tahun dan anak perempuan tiga tahun serta isterinya berusia 22 tahun.
Ketika dalam perjalanan dari pekan ini, dia melanggar lampu isyarat merah dan terus membelok masuk ke simpang Jalan Air Suda sebaik melihat empat anggota polis trafik sedang membuat operasi.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum, berkata dalam keadaan kelam kabut, lelaki terbabit merempuh Koperal Rozi Ahmad, 45, yang berada di tengah jalan menyebabkan semua yang berada di atas motosikal terjatuh ke atas jalan.

“Dia yang cedera di betis dan tangan bagaimanapun pantas mencapai motosikal sebelum memecut laju membiarkan anak dan isterinya mengerang kesakitan di atas jalan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Gerik di sini, semalam.

Abdul Manab berkata, Rozi cedera teruk dengan tangan kiri patah apabila tulang menembusi daging lalu dibawa ke Hospital Gerik (HG) sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping (HT), manakala dua anak lelaki terbabit dan isterinya cedera di badan dan kaki dibawa ke HG untuk rawatan.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 9 malam tadi (kelmarin) lelaki itu muncul di HG untuk mencari anak dan isterinya lalu ditahan polis. Mengikut keterangan isterinya, lelaki itu sangat takut kepada polis dan sering lari jika terserempak pasukan keselamatan itu,” katanya. Berita Harian Online | Tinggal isteri, anak atas jalan:

'via Blog this'

Suu Kyi mahu tanding pilihan raya

YANGON: Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkemungkinan besar bertanding dalam pilihan raya kecil yang diadakan dalam masa beberapa bulan lagi, kata jurucakap partinya semalam, berikutan perubahan kepada undang-undang pendaftaran parti.

Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), tidak disenaraikan tahun lalu kerana memulaukan pilihan raya, akan mempertimbangkan untuk mendaftar semula sebagai parti politik, membuka jalan kepada Suu Kyi untuk kembali ke arena politik.
“NLD berkemungkinan besar mendaftar dan Suu Kyi berkemungkinan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil akan datang,” kata jurucakap parti, Nyan Win.
Tidak diketahui bila pilihan raya kecil akan diadakan tetapi ada 40 kerusi dalam dua dewan Parlimen.

NLD menang dalam pilihan raya 1990 tetapi tidak dibenarkan memerintah, dan ia memulaukan pilihan raya tahun lalu kerana peraturan yang memaksa ia menyingkirkan anggota yang dipenjarakan. Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah ketika itu.

Beliau dibebaskan beberapa hari selepas pilihan raya November lalu yang dikritik sebagai dipenuhi penipuan oleh Barat dan dicemari dakwaan berlaku penipuan.

Bagaimanapuni kerajaan baru yang disokong tentera mengejutkan pengkritik dengan mengadakan siri perubahan.
Ia termasuk penggubalan undang-undang ke atas parti politik, diluluskan oleh Presiden Thein Sein, yang memansuhkan syarat semua parti perlu setuju untuk memelihara Perlembagaan 2008 negara itu, menurut media.

Keputusan untuk mendaftar semula NLD memang dijangka selepas 100 anggota kanan parti berkumpul di Yangon semalam untuk membincangkan langkah itu.

Nyan Win tidak memberi kenyataan mengenai kawasan yang akan diwakili Suu Kyi, tetapi sumber parti berkata beliau akan bertanding
di Yangon. – AFP Berita Harian Online | Suu Kyi mahu tanding pilihan raya:

'via Blog this'

Raja Bhumibol pengsan akibat banjir

BANGKOK: Raja Thailand berdepan masalah kesihatan yang menyebabkan beliau tidak sedarkan diri, kata anaknya Puteri Chulaborn yang, mengaitkan kejadian itu dengan tekanan berikutan krisis banjir yang melanda negara berkenaan.

Berita meluas mengenai masalah kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej, 83, dianggap Puteri Chulabhorn sebagai tidak menyenangkan ketika Thailand masih belum pulih daripada banjir yang menenggelami kawasan pedalaman dan sebahagian Bangkok.
Lebih 500 penduduk maut manakala kemusnahan dianggarkan bernilai berbilion dolar dan tengah Bangkok masih diancam bencana alam itu.
Chulabhorn, anak bongsu Raja Bhumibol kelmarin berkata ketika melawat mangsa banjir di wilayah Nonthaburi di utara Bangkok, bapanya tidak sedarkan diri selepas mengalami pendarahan perut dan tekanan darah rendah mendadak.

Berita rasmi disiarkan kelmarin menyatakan kesihatan Raja Bhumibol kembali pulih selepas menerima rawatan di hospital.

Raja Bhumibol yang ditabalkan pada 1950, dimasukkan ke hospital September 2009 apabila Istana Diraja berkata beliau dirawat kerana demam dan keletihan melampau.

Puteri itu berkata, doktor memberitahu pendarahan mungkin disebabkan kebimbangan berhubung banjir teruk di Thailand.
Chulabhorn tidak memaklumkan bila kejadian berlaku tetapi kenyataan menunjukkan ia terjadi lebih seminggu lalu. Beliau menyatakan mengenai perkara itu pada 7 November lalu walaupun tidak secara terperinci.

Kelmarin beliau berkata ia berlaku pada hari sama raja itu melawat mangsa banjir di Ayutthaya, juga berhampiran Bangkok. Beliau tyurut melawat kuil Buddha di situ pada 4 November lalu.

Raja Bhumibol dilihat sebagai ikon perdamaian dalam masyarakat Thai, dan masalah kesihatan Raja Bhumibol berkebetulan dengan masalah di negara itu. Thailand berdepan krisis sejak rampasan kuasa tentera pada 2006 yang membawa ketidakstabilan politik, berikutan bantahan jalanan ganas.

Kelibat Raja Bhumibol yang jarang kelihatan di khalayak ramai turut menimbulkan persoalan mengenai apa yang akan berlaku selepas kematiannya. Anak lelakinya dan pewaris takhta, Putera Mahkota Vajiralongkorn, tidak mendapat penghormatan dan kemuliaan sama seperti bapanya daripada rakyat. – AP
Berita Harian Online | Raja Bhumibol pengsan akibat banjir:

'via Blog this'

Drama tebusan feri Turki berakhir

Pemberontak Kurdis ditembak mati

ISTANBUL: Seorang pemberontak Kurdis yang merampas sebuah feri dengan 24 penumpang ditembak mati awal semalam manakala semua tebusan berjaya diselamatkan selepas menempuh saat menakutkan selama lebih 12 jam, kata pihak berkuasa.

“Tidak lama selepas pasukan keselamatan Turki memulakan operasi, perampas berjaya dibunuh,” kata Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu, kepada stesen televisyen NTV.
Beliau berkata, perampas berusia 30 tahun itu adalah anggota pertubuhan militan, merujuk kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan. Mutlu menambah lelaki itu turut membawa bahan letupan.

Feri berkenaan, yang dinamakan Kartepe, dirampas kira-kira jam 5.35 pagi waktu tempatan di laut Marmara. Pemimpin PKK, Abdullah Ocalan dipenjarakan di pulau berkenaan.

Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim, sebelum itu menyatakan ada empat atau lima perampas, tetapi Mutlu berkata hanya seorang yang terbabit dalam rampasan itu.

“Semua penumpang dan krew selamat,” tambah Mutlu, ketika rakaman televisyen menunjukkan mereka dipindahkan dengan bot.
Pasukan keselamatan yang bertindak atas arahan Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin, menaiki feri itu di luar pantai Silivri, di barat Istanbul.

Yildirim berkata, 18 penumpang, lima daripada mereka wanita, empat krew dan dua pelatih berada di dalam feri terbabit, yang sedang dalam pelayaran biasa di utara Laut Marmara apabila ia dirampas.

Datuk Bandar Ismail Karaosmanoglu, memberitahu rangkaian televisyen NTV perampas memberitahu kapten feri terbabit dia cuma mahukan publisiti media.

Yildirim menambah perampas turut meminta makanan dan minyak menerusi kapten kapal itu.

Bahan letupan yang ditemui pada perampas itu akan dianalisis oleh pakar bom. Perkhidmatan bot dan feri antara Istanbul dan Yalova, dibatalkan selepas serangan itu, lapor media.

Pulau Imrali, lokasi Ocalan ditahan, terletak kira-kira 120 kilometer ke barat daya tempat rampasan dilakukan. Media Turki berkata, perampas merancang menuju ke pulau berkenaan.

“Kawalan keselamatan dipertingkatkan sekitar pulau Imrali, lokasi pemimpin PKK, Abdullah Ocalan, yang tidak dibenarkan bertemu peguamnya sejak ditahan selama berbulan-bulan,” lapor agensi berita pro-Kurdis, Firat. – AFP
Berita Harian Online | Drama tebusan feri Turki berakhir:

'via Blog this'

Ular sawa telan kucing peniaga ditangkap



IBRAHIM (kiri) bersama penduduk memegang ular sawa yang ditangkap di Kampung Badak Mati, Bukit Marak dekat Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU - Kehilangan seekor kucing milik seorang peniaga restoran akhirnya terjawab apabila seekor ular sawa batik sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram ditemui di dalam premis tersebut di Kampung Badak Mati, Bukit Marak dekat sini kelmarin.

Pemilik kedai makan tersebut, Khairul Azman Hasbullah, 33, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia mahu mengambil air untuk membasuh pinggan.

Reptilia itu ditemui dalam keadaan berlingkar dan tidak bergerak.

"Saya terus menghubungi pihak bomba kerana bimbang ular tersebut bertindak agresif dan mengancam saya ataupun para pelanggan.

"Sebelum ini, saya kehilangan kucing peliharaan sejak tiga hari yang lalu dan saya percaya kucing tersebut telah menjadi mangsa ular berkenaan," katanya ketika ditemui kelmarin.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Penduduk gempar jalan meletup



PENDUDUK kampung melihat kesan letupan yang dipercayai berpunca daripada saluran paip bawah tanah di Jalan Mohamad Taib, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Penduduk Kampung Wadihana di sini yang sedang bersarapan gempar apabila dikejutkan oleh satu bunyi letupan yang kuat di Jalan Mohamad Taib di sini semalam.

Kejadian letupan yang berlaku pada pukul 7.15 pagi itu dipercayai berpunca daripada saluran paip bawah tanah.

Letupan itu menyebabkan permukaan jalan tar merekah teruk dan sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan berdekatan kejadian turut mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Syed Najib Syed Yassin, 46, berkata, beliau dan keluarganya baru bersarapan apabila dikejutkan bunyi dentuman tersebut.

“Bunyi kuat macam bom, dentuman tersebut sekali saja, tiada gegaran atau sebagainya,” katanya.

“Saya rasa ia disebabkan tekanan yang kuat pada paip bawah tanah itu menyebabkan jalan ini pecah,” katanya.

Syed Najib menambah, bekalan air dari paip itu telah terputus sejak semalam kerana kerja-kerja penyelenggaraan saluran paip yang dilakukan berdekatan kawasan tersebut.

Sementara itu, pemilik kereta yang rosak, Ismail Abdullah, 55, berkata, menjadi kebiasaan dia meletakkan kenderaannya di bahu jalan itu.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Tiga maut kemalangan awal pagi



DUA anggota polis melihat keadaan kereta Proton Satria yang terlibat dalam kemalangan di Yan semalam.


YAN - Tiga lelaki maut manakala dua wanita mengandung cedera parah apabila sebuah kereta dinaiki empat orang melanggar seorang pejalan kaki di Jalan Alor Setar- Sungai Petani, Batu 13, Bukit Besar di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, pemandu kereta dan seorang penumpang serta pejalan kaki maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta jenis Proton Satria Neo, Eiew Eng Khoon, 29, penumpang tempat duduk hadapan, Ooi In Too, 47, dan pejalan kaki yang belum dikenal pasti identitinya.

Dua penumpang kereta warga Myanmar iaitu Lee Pa Mei, 30, dan Man Shut Kyi, 31, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini.

Pa Mei disahkan mengandung empat bulan manakala Shut Kyi mengandung lima bulan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Supritendan Ismail Abu memberitahu, kejadian berlaku apabila sebuah kereta dari arah Alor Setar menghala ke Sungai Petani melanggar seorang pejalan kaki.

"Selepas merempuh pejalan kaki itu, pemandu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit di dalam kereta," katanya di sini semalam.

Menurut Ismail, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan sama ada pemandu di bawah pengaruh alkohol atau tidak.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Penoreh getah temui ajal disengat lebah



MOHD AZRI melakonkan aksi Ameen menjirus air ke badannya semasa disengat lebah di ladang getah Kampung Tanah Pinggir Meriang, Nyalas, Jasin semalam.


JASIN – Seorang penoreh getah maut apabila diserang sekumpulan lebah ganas ketika dia dalam perjalanan untuk menoreh getah di ladang getah milik ibunya di Kampung Baru, Tanah Pinggir Meriang, Nyalas di sini pada pukul 3.15 petang kelmarin.

Mangsa, Ameen Md. Tahir, 32, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Bekoh selepas terkena lebih 100 sengatan pada muka dan badannya.

Turut disengat lebah tersebut ialah anak saudara mangsa, Mohd. Azri Abdullah, 31, yang tiba di ladang tersebut kira-kira 10 minit selepas mangsa diserang serangga berkenaan.

Dia bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami bengkak pada belakang badan akibat puluhan sengatan lebah tersebut.

Mohd. Azri berkata, mangsa menuju ke ladang berkenaan menunggang motosikal bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Abbey kira-kira enam kilometer dari ladang itu pada pukul 3 petang manakala dia hanya keluar 10 minit kemudian juga dengan menunggang motosikal.

“Ketika hampir tiba di ladang, tiba-tiba saya diserang sekumpulan lebah dan disengat pada muka serta badan. Saya terus memecut laju bagi melarikan diri namun lebah-lebah ini berterusan menyengat saya.

“Namun, kira-kira 200 meter, saya memberhentikan motosikal apabila melihat motosikal arwah terbalik di atas jalan manakala arwah sedang kelam-kabut menjirus badannya dengan air di tepi sebuah tong bagi mengelakkan sengatan lebah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, Ameen kemudian melompat ke dalam tong berisi air itu namun, lebah tersebut masih dapat menyengatnya kerana air di dalam tong berkenaan sedikit.

Mohd. Azri memberitahu, akibat tidak tahan sakit disengat, dia dan Ameen yang membonceng motosikalnya beredar dari situ namun, kumpulan lebah tersebut terus mengekori dan menyengat mereka sehingga kira-kira 300 meter lagi.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Jam Rolex James Bond akan dilelong



AKSI Roger Moore sebagai James Bond dalam filem Live & Let Die menggunakan jam tangan Rolex untuk melepaskan dirinya.


GENEVA - Seutas jam tangan Rolex milik James Bond yang lengkap dengan satu gergaji bulat dan medan magnetik kuat untuk memesongkan peluru akan dilelong di Geneva pada hari esok.

"Jam ini unik dan direka oleh jurutera terkenal Syd Cain," kata pengarah antarabangsa untuk jam tangan dari firma lelongan Christie's, Aurel Bacs.

Jam tangan Rolex jenis Oyster Perpetual buatan tahun 1972 itu dipakai oleh aktor Roger Moore dalam filem James Bond, Live & Let Die yang ditayangkan pada tahun 1973.

Dalam filem tersebut, Bond menggunakan gergaji kecil itu untuk memotong tali dan melarikan diri dengan watak Solitaire yang dimainkan oleh pelakon Jane Seymour.

Jam yang tidak berfungsi sebagai jam tangan itu dijangka dapat dijual pada harga AS$220,000 (RM690,800) apabila ia dilelong pada 14 November depan. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Setiausaha Menteri Mexico maut nahas



PEGAWAI forensik dan teknikal memeriksa serpihan helikopter yang terlibat dalam nahas dan membunuh Blake di Tlamanalco, Mexico.


MEXICO CITY - Setiausaha Menteri Dalam Negeri Mexico, Francisco Blake Mora yang juga merupakan tokoh penting dalam perang Mexico ke atas kartel-kartel dadah terbunuh dalam satu nahas helikopter di Tlamanalco berhampiran Mexico City semalam.

Turut maut ialah tujuh individu lain. "Malangnya, setiausaha menteri, pegawainya dan krew helikopter ditemui mati," kata jurucakap kerajaan, Alejandra Sota dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Blake, 45, menjadi setiuasaha menteri yang kedua meninggal dunia dalam nahas udara sepanjang pemerintahan Presiden Mexico, Felipe Calderon.

Blake dan pegawainya dikatakan dalam perjalanan dari Mexico City menuju ke Cuernavaca, negeri Morelos untuk menghadiri mesyuarat dengan sekumpulan pendakwaraya.

Operasi mencari bermula selepas helikopter terbabit hilang daripada laluan sepatutnya. Visual di televisyen kemudian menunjukkan serpihan bangkai helikopter ditemui di sebuah kawasan pergunungan.

Calderon yang membatalkan pemergiannya ke persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berikutan insiden itu memberitahu, nahas mungkin berlaku akibat cuaca buruk, selain berjanji satu siasatan penuh akan dilakukan. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Tujuh keajaiban alam sekitar dunia


HUTAN hujan Amazon cukup terkenal dengan spesies flora dan fauna yang ada di dalamnya.


GENEVA - Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.

Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut.

Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS).

Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu.

Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar. - AFPKosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Saturday, November 12, 2011

Isteri bekas Presiden Tunisia ada 1,000 pasang kasut

2011/11/12

TUNIS: Kediaman rasmi bekas Presiden Tunisia, Zine Al Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi mencemarkan nama baik negara itu apabila terdapat 1,000 pasang kasut pereka terkenal, 1,500 barang kemas dan sejumlah produk penjagaan wanita yang banyak, kata laporan semalam.

"Saya rasa memalukan. Memang ada alasan negara ini patut berasa malu," kata pakar perundangan, Neji Baccouche ketika menyampaikan laporan kepada Jawatankuasa Penyiasatan Negara mengenai penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin rejim sebelum ini.
Baccouche mencadangkan bekas istana presiden di Sid Bou Said, dekat Tunis, dijadikan muzium sebagai amaran bahawa wujudnya penyelewengan ketika pemerintahan Zine Al Abidine dan isterinya, Leila. - AFP
Berita Harian Online | Isteri bekas Presiden Tunisia ada 1,000 pasang kasut: "

Anggota parti Hosni Mubarak dilarang sertai pilihan raya

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

12/11/2011 2:27am

KAHERAH 12 Nov. – Sebuah mahkamah Mesir memutuskan anggota parti pimpinan bekas Presiden, Hosni Mubarak perlu dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada bulan ini.

Agensi berita MENA melaporkan mahkamah pentadbiran di bandar Mansoura, Delta itu kelmarin membuat keputusan Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang kini telah dibubarkan tidak dibenarkan menjadi calon.

Keputusan tersebut akan menimbulkan gelombang memfailkan tindakan undang-undang sama di seluruh Mesir sebelum pusingan pertama pilihan raya umum pada 28 November ini. - Reuters"

'via Blog this'

Empat maut, 5 parah dalam tragedi


SLIM RIVER 11 Nov. – Empat maut manakala 36 lagi cedera termasuk lima parah dalam nahas ngeri yang menjadi tragedi menyayat hati apabila sebuah bas membawa 39 penumpang terbalik sebelum dirempuh sebuah treler di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Behrang, Perak hari ini.
Dalam kemalangan pukul 4.20 pagi itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sederhana, beberapa meter dari tempat kejadian lalu terbalik di bahu jalan.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, sebuah treler yang sarat dengan muatan guni pasir merempuh bas berkenaan dari arah belakang ketika kebanyakan mangsa sedang merangkak keluar menyelamatkan diri.
Nahas berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah untuk bercuti di Genting Highlands, kira-kira 87 kilometer dari tempat kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, keempat-empat mangsa maut akibat dirempuh ketika cuba menyelamatkan pelajar yang tersepit selepas bas berkenaan terbalik.
“Bas tersebut yang membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru serta seorang pemandu kedua, hilang kawalan lalu terbalik sebelum dirempuh oleh treler berkenaan.
“Bagaimanapun, kita masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya, di sini hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan insiden itu berpunca akibat kecuaian.
Mereka yang terbunuh ialah seorang guru, Siti Hajar Mohamad, 33, serta dua pelajarnya, Khairul Anwar Azhan dan Maysarra Zaidi, kedua-duanya berusia 15 tahun.
Tragedi menyayat hati itu turut mengorbankan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Alor Teja, Basarah Saad yang kebetulan berhenti di tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan pelajar yang tersepit sejurus bas tersebut terbalik.
Difahamkan, Basarah, 45, sebelum itu dalam perjalanan bersama sebuah lagi bas persiaran membawa rombongan ahli Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Kedah ke program Titian Ilmu di Tanjung Karang, Selangor.
Mayat Maysarra dijumpai pada pukul 10.45 pagi dalam timbunan pasir ketika pasukan penyelamat sedang mencari kaki seorang lagi mangsa yang terputus dalam nahas itu.
Md. Tahir memberitahu, Siti Hajar meninggal dunia di Hospital Slim River, di sini, manakala tiga yang lain maut di tempat kejadian dan dua guru serta tiga pelajar yang parah dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, kelima-lima mereka kini dilaporkan kritikal ekoran kecederaan serius termasuk patah anggota badan.
Beliau berkata, pemandu bas yang berusia 25 tahun serta pemandu treler kini ditahan bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua kenderaan dibawa ke Balai Polis Slim River untuk siasatan dan kita minta saksi atau orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil memberi keterangan,” ujarnya.
Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'