Pages

Saturday, May 21, 2011

Imej menakjubkan di tasik Iceland




IMEJ cahaya yang menajubkan dirakamkan oleh Stephane Vetter di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu.


REYKJAVIK - Seorang jurugambar, Stephane Vetter berjaya merakamkan gambar cahaya yang menakjubkan di Tasik Jökulsárlón, Iceland dua bulan lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. - Agensi

Jet NATO bedil lapan kapal Libya




ASAP daripada kebakaran menjulang tinggi selepas sebuah kapal tentera laut Libya dibedil jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di sebuah pelabuhan di Tripoli semalam.


TRIPOLI - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam menyatakan jet-jet pejuangnya menyerang lapan buah kapal tentera laut Libya selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meramalkan pemimpin negara ini, Muammar Gaddafi akan berundur atau digulingkan.
Pihak berkuasa Libya mengecam komen Obama sebagai tidak munasabah selain menafikan laporan bahawa isteri termasuk anak-anak perempuan Gaddafi telah lari ke Tunisia. Pegawai-pegawai Libya juga menafikan Menteri Minyak, Shukri Ghanem telah berpaling tadah.
"NATO meneruskan serangan udara yang tepat terhadap tentera Gaddafi dalam tempoh semalaman dengan serangan mengenai tentera Gaddafi di Pelabuhan Tripoli, Al-Khums dan Sirte," kata kenyataan NATO.
"Serangan pesawat-pesawat NATO mengenai lapan kapal perang tentera Gaddafi," tambahnya.
Beberapa letupan didengar di ibu kota Libya di sini awal semalam beberapa jam selepas serangan udara berkenaan menyasarkan pelabuhan negara ini dengan sebuah kapal masih terbakar.
Seorang pegawai NATO, Laksamana Muda Russell menyatakan, semua sasaran serangan udara NATO tersebut adalah sasaran ketenteraan.
Namun, jurucakap pemerintah Libya, Mussa Ibrahim mendakwa NATO cuba menakutkan firma-firma perkapalan antarabangsa daripada berlabuh di pelabuhan yang dikuasai pemerintah.
"Apa jua kapal yang dibedil, ia adalah mesej jelas NATO kepada syarikat-syarikat perkapalan antarabangsa supaya tidak lagi menghantar kapal-kapal mereka ke Libya," kata Ibrahim dalam satu sidang media di sini.
NATO yang turut disertai tentera AS campur tangan dengan melancarkan serangan di Libya atas alasan menguatkuasakan zon larangan terbang seperti yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengelak Gaddafi menyerang orang awam.
Tentera Gaddafi kini berdepan dengan kumpulan pemberontak dalam pertempuran yang berlaku sejak 15 Februari lalu.
Para pemberontak itu yang terpengaruh dengan kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir mahu gaddafi meletakkan jawatan selepas beliau berkuasa sejak 1969. - Agensi

Bekas ketua IMF diikat jamin RM3 juta


DOMINIQUE STRAUSS-KAHN (tengah) bercakap dengan peguamnya, William Taylor (kiri) semasa dia mahu meninggalkan kamar Mahkamah Tinggi di New York kelmarin.

NEW YORK - Bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn yang didakwa melakukan serangan seksual dan cubaan merogol terhadap seorang pengemas bilik hotel wanita di Hotel Sofitel di sini pada Sabtu lepas dibenarkan diikat jamin kelmarin oleh hakim sebuah mahkamah sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) dan bon sebanyak AS$5 (RM15 juta).
Ikat jamin itu disertakan dengan syarat dia berkurung di dalam sebuah apartmen di sini.
Sebagai syarat tambahan, seorang pengawal bersenjata akan ditempatkan di apartmen itu manakala Strauss-Kahn perlu memakai alat pengawasan elektronik.
Bekas ketua IMF berusia 62 tahun itu yang juga seorang ahli politik terkenal Perancis kelihatan lega buat seketika selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Michael J. Obus mengumumkan keputusan ikat jamin di dalam bilik mahkamah.
Strauss Kahn kemudian dilihat melemparkan ciuman kepada isterinya di dalam mahkamah.
Bekas ketua IMF itu yang meletakkan jawatan pada Rabu lalu ekoran skandal tersebut dikenakan tujuh tuduhan berhubung serangan seksual terhadap pengemas bilik yang berusia 32 tahun dari Guinea itu.
Dia ditahan di sebuah penjara di Rikers Island di sini selepas ditangkap anggota-anggota Pihak Berkuasa Pelabuhan New York di dalam sebuah pesawat Air France di Lapangan Terbang John F. Kennedy sebelum diserahkan kepada polis pada Sabtu lalu.
Sebelum ini pengemas bilik itu menyatakan bekas ketua IMF itu menariknya ke dalam bilik mandi di bilik hotel penginapan Strauss-Kahn dan memaksanya melakukan seks oral selain cuba menanggalkan seluar dalamnya.
Wanita itu kemudian berjaya melarikan diri dari bilik tersebut dan memberitahu pekerja hotel mengenai kejadian tersebut.
IMF ialah agensi pemberi pinjaman yang dianggotai 187 buah negara. - Agensi, kosmo

Melamar kekasih dengan filem sendiri




MATT STILL melutut di depan Ginny Jioner untuk melamarnya di dalam sebuah pawagam di Atlanta baru-baru ini.


ATLANTA - Seorang lelaki, Matt Still dari sini melamar kekasihnya di dalam panggung wayang yang menayangkan filem yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Kekasih Still, Ginny Joiner pada awalnya dikatakan ingin menonton filem Hangover 2 di sebuah pawagam.
Dia tidak tahu bahawa reaksinya terhadap lamaran akan dirakam secara rahsia, selain ahli keluarga dan rakan-rakan mereka berada dalam panggung yang sama.
Dalam filem itu, Still berbual dengan bapa Ginny bagi memberitahu dia mahu berkahwin dengan anaknya itu.
Ginny berasa terkejut apabila melihat adegan tersebut.
Still kemudian melutut di hadapan Ginny sebelum menyarungkan cincin di jarinya.
Semua yang ada di dalam pawagam itu bersorak dan menangis kegembiraan.
Rakaman itu yang bertajuk Greatest Marriage Proposal EVER!!! yang dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube berjaya menarik setengah juta tontonan dalam tempoh hanya dua hari. – Agensi, kosmo

NATO serang pelabuhan Tripoli


KEPULAN asap tebal kelihatan dari sebuah bot di Tripoli selepas serangan udara NATO ke atas pelabuhan di ibu negara berkenaan. Tripoli menjadi sasaran hampir setiap hari dengan serangan udara oleh pakatan antarabangsa, yang melancarkan serangan sejak 19 Mac lalu bagi menyekat tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi daripada menyerang orang awam. NATO mengambilalih operasi itu pada 31 Mac. - AFP

TRIPOLI: Tentera NATO lewat malam tadi melancarkan serangan udara yang mensasarkan pelabuhan di sekitar ibu negara Tripoli, lapor jurucakap rejim Muammar Gaddafi, Mussa Ibrahim.

“Saya baru dimaklumkan pelabuhan di Tripoli kini menjadi sasaran tentera udara NATO.
'Sebuah kapal sudah ditembak,' katanya pada sidang akhbar.

Sementara itu, beberapa saksi memberitahu AFP, mereka mendengar sekurang-kurangnya empat letupan di pelabuhan dan melihat kepulan asap dari kawasan itu.

“Pihak tentera dan kawasan awam kini menjadi sasaran serangan tentera Bersekutu ini,' katanya. - AFP"

Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Jepun

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Tokyo dan beberapa wilayah di timur Jepun, awal pagi ini, kata agensi meteorologi.

Gempa itu berlaku pada kira-kira jam 9.46 pagi waktu tempatan dan mengakibatkan beberapa bangunan di Tokyo bergegar.
Tumpuan kejadian itu ialah di wilayah Ibaraki, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara negara berkenaan, lapor agensi berita Jepun. - AFP"

Friday, May 20, 2011

Dua maut, 79 cedera gempa bumi di Turki


MENTERI Alam Sekitar Turki, Veysel Eroglu (Dua dari kanan) bercakap kepada media di depan bangunan di bandar Simav, dekat bandar Kutahya yang rosak susulan gempa bumi di negara itu, hari ini. Foto REUTERS

Berita Harian Online
ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter yang melanda Turki lewat Khamis (waktu tempatan) meragut dua nyawa dan mencederakan 79 yang lain, menurut Menteri Alam Sekitar negara itu, Veysel Eroglu.

“Seorang remaja 18 tahun terbunuh apabila dihempap batang konkrit, manakala lelaki berusia 62 tahun yang menjalani pembedahan jantung beberapa hari lalu, meninggal dunia (berikutan kegagalan jantung),” katanya.
Daripada 79 yang tercedera, beliau berkata, seorang cedera parah dan gempa bumi terbabit menyebabkan kerosakan teruk pada kebanyakan rumah di kawasan itu. - AFP"

Kisah Nadia Gadis Iraq Yang Diperkosa Hampir 10 kali Setiap Hari Oleh Tentera Amerika Syarikat Di Penjara Abu Ghraib


http://www.awda-dawa.com/photos/image/nesa-004.jpghttp://media1-cdn.malaysiakini.com/361/b06ea245074298fe4af520dafa538aeb.jpg


GADIS bernama Nadia ini bercerita. "Semasa aku sedang mengunjungi rumah salah seorang kerabatku, tiba-tiba tentera Amerika (AS) memasuki rumahnya dan mulai menggeledah rumah itu. Mereka menemui beberapa senjata ringan. Maka merekapun menangkap semua orang di rumah itu termasuk aku.

Aku cuba jelaskan pada penerjemahnya, bahawa aku hanyalah seorang pengunjung, tetapi sia-sia. Aku menangis, memohon pada mereka, sampai hilang kesedaran kerana takut... ketika mereka membawaku ke penjara Abu Ghraib" Nadia melanjutkan, sambil air mata mengalir di pipi.

“Mereka tempatkan aku seorang diri di sebuah sel penjara gelap dan kotor. Aku berharap aku akan segera dibebaskan, setelah terbukti aku tidak bersalah. Hari pertama sangat menyusahkan. Selnya berbau tidak sedap, lembab dan gelap, membuatku semakin lama semakin takut. Suara ketawa tentera di luar sel tambah menakutkan. Aku bimbang apa yang menimpaku nanti.

Pertama kali aku merasa berada dalam cengkaman sulit. Memasuki sebuah dunia yang tidak pernah ku rasai sebelum ini. Ditengah aneka ragam perasaanku saat itu, aku dengar suara seorang tentera wanita AS bercakap dalam bahasa Arab padaku: “Aku tak kira, walau penjual senjata di Iraq ini perempuan!”

Ketika aku cuba jelaskan keadaan sebenarnya, dia memukulku dengan kejam. Aku menangis dan berteriak “Demi Allah! Aku dianiaya, demi Allah! Aku dianiya!!”

Tentera wanita itu terus mencaci. Tak pernah ku bayangkan, aku akan diperlakukan seperti itu. Dia mulai tertawa dan mengatakan dia telah monitorku sepanjang hari dengan satelit. Katanya, mereka mampu melacak musuh-musuh mereka meskipun sedang berada di dalam bilik tidur mereka sendiri dengan teknologi AS.

Dia tertawa lagi dan berkata, ”Aku mengawasimu ketika kamu bercinta dengan suamimu.”

“Tatapi aku belum berkahwin” Jawabku dengan suara kebingungan. Dia memukuliku selama lebih dari 1 jam. Dia memaksaku minum segelas air, yang kemudian kuketahui mereka bubuh ubat di air itu. Setelah 2 hari baru aku sedar dan berada dalam keadaan telanjang. Rupanya, aku telah kehilangan sesuatu yang tidak akan dapat dikembalikan lagi. Aku telah diperkosa. Aku jadi histeria tak terkontrol. Aku hantukkan kepalaku kuat-kuat ke tembok.

Hingga lebih dari lima tentara AS diketuai wanita itu masuk ke sel dan mulai memukuliku. Mereka perkosaku berganti-ganti sambil tertawa dan menperdengarkan musik dengan kuat. Begitulah setiap hari mereka perkosa dan merogolku, dan sentiasa menggunakan cara baru yang lebih kejam dibanding sebelumnya.”

Nadia terus menjelaskan lagi. “Setelah sekitar satu bulan, seorang tentera negro memasuki selku dan melemparkan 2 potong pakaian tentera AS kepadaku. Dalam bahasa Arab yang lemah dia mengatakan agar aku memakainya. Setelah dia menutup kepalaku dengan kantong hitam, dia menuntunku ke toilet umum yang ada paip air sejuk dan panas. Dia memintaku mandi. Dia menutup pintu dan pergi. Aku rasa sangat letih dan sakit. Aku pun mandi.

Belumpun selesai mandi, tentera negro tadi masuk ke dalam. Aku ketakutan dan memukul mukanya dengan mangkok air. Namun dia sangat kuat, dia memperkosaku dengan kejam dan meludahi mukaku. Kemudian dia pergi dan kembali lagi dengan 2 tentera yang membawaku kembali ke sel. Perlakuan seperti itu terus berlanjutan. Kadang aku diperkosa sampai 10 kali sehari, membuat kesehatanku sangat buruk.”

Nadia terus mengungkapkan perbuatan ngeri kebiadaban AS terhadap wanita-wanita Iraq. Katanya. “Setelah lebih dari 4 bulan, seorang tentera wanita datang. Namanya Mary. Dia berkata kepadaku, “Sekarang kamu memiliki kesempatan emas, kerana seorang petugas yang memiliki jawatan tinggi akan kunjungi kita hari ini. Jika kamu hadapinya dengan sikap positif, kamu akan dibebaskan. Terutama kerana kami sekarang yakin kamu tidak bersalah.”

Aku jawab,”Jika kamu yakin aku tidak bersalah, mengapa kamu tidak membebaskan?” Dia menjerit dengan gelisah, ”Satu-satunya yang menjamin kebebasan kamu adalah sikap positif kamu terhadap mereka!”

Dia membawaku ke toilet umum, dan dia mengawasiku mandi sambil membawa tongkat tebal untuk memukulku jika aku tidak melakukan perintahnya. Kemudian, dia memberiku make up, dan memperingatkan aku untuk tidak menangis dan merusak make up ku. Lalu dia membawaku ke sebuah ruangan kosong. Di situ tidak ada apapun kecuali sebuah penutup lantai. Setelah satu jam dia datang dengan ditemani 4 tentera yang memegang kamera.

Dia membuka bajunya dan mulai menggangguku seoalah-olah dia adalah seorang lelaki. Tentera lainnya tertawa dan perdengarkan musik bising. Mereka mengambil photoku dalam berbagai pose, dan menunjuk-nunjuk wajahku. Yang wanita menyuruhku tersenyum, jika tidak dia akan membunuhku. Dia mengambil pistol dari salah satu temannya dan menembakkan empat peluru dekat kepalaku seraya bersumpah, peluru kelima akan ditembakkan tepat di kepalaku.

Setelah itu, keempat tentara lainnya memperkosaku secara bergantian sampai aku hilang kesedaranku. Bila sedar, aku dapati diriku berada di sel dengan bekas-bekas gigitan, kuku dan rokok ada di sekujur tubuhku.”

Nadia berhenti bercerita tentang tragedi yang menimpanya untuk menyeka air matanya, kemudian dia melanjutkan lagi. “Kemudian suatu hari Mary datang dan mengatakan kepadaku supaya aku memberi kerjasama dan akan dibebaskan setelah aku menonton filem yang mereka rakam. Aku merasa sakit setelah menonton filem itu. Mary mengatakan,”Kamu telah diciptakan hanya untuk membuat kami bersenang-senang”.

Masa itu aku jadi sangat marah. Aku menyerangnya meskipun aku takut reaksinya. Aku akan membunuhnya kalau tentera lain tidak turut campur. Ketika tentera melepaskanku, Mary menghujaniku dengan pukulan. Kemudian mereka meninggalku. Setelah kejadian itu, tidak ada seorangpun yang datang menggangguku lagi selama lebih dari satu bulan. Aku menghabiskan masa itu dengan beribadah dan berdoa pada Allah Ta’ala yang memiliki seluruh kekuatan untuk menolongku.

Mary datang lagi dengan beberapa tentera yang memberiku pakaian. Pakaian yang kupakai ketika mereka menangkapku dulu. Mereka membawaku dengan sebuah kereta AS. Lalu mereka melemparkanku di sebuah jalan raya, setelah memberiku 10,000 dinar Iraq. Aku pergi ke sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat aku dibuang itu, untuk mengetahui reaksi keluargaku. Aku memilih mengunjungi salah seorang kerabatku supaya mereka mengetahui apa yang telah menimpaku ketika menghilang.

Aku mengetahui bahawa saudaraku telah memasang papan tanda duka untukku selama lebih dari 4 bulan. Mereka menganggapku sebagai orang yang sudah mati. Aku faham, serangan malu sudah menungguku. Maka, aku pilih pergi ke Baghdad bertemu sebuah keluarga baik yang sanggup membantuku. Aku bekerja dengan keluarga ini sebagai pembantu dan guru peribadi bagi anak-anaknya.

“Siapa yang akan memuaskan dahagaku? Siapa yang akan mengembalikan keperawananku? Apa salah keluarga dan familiku? Aku mengandung seorang bayi, bahkan aku pun tidak tahu siapa ayahnya.” Dan Nadia mengakhiri ceritanya sampai di sini.
Sumber

N'N:Seluruh maruah ummat Islam telah diperkosa Amerika, Zionis dan Sekutunya termasuk APCO dan yang bersekongkol dengan APCO......
Na'im Nik'mat @blog

Mana lebih baik ilmu atau harta?

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

SAIDINA ALI K.W 

Empat disyaki militan terbunuh di Yala

SH: "

BANGKOK - Empat orang disyaki militan terbunuh dalam pertempuran 10 minit dengan tentera dan polis di Yala di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Yala Kol Peera Boonliang berkata, insiden berbalas tembakan itu berlaku setelah militan terbabit enggan menyerah diri selepas rumah mereka di daerah Tharn To, Yala, dikepung oleh tentera dan polis pada 6.30 pagi.

'Mereka yang mula melepaskan tembakan dan menghalakan peluru ke arah pasukan keselamatan. Kami kemudian membalasnya,' katanya.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Arsae Hulu, 30, Masawbee Arsue, 28, dan Muhammad Orlee, 28. Identitii mangsa keempat masih belum diketahui.

Beliau berkata, pasukan keselamatan turut menemui dua laras raifal AK47, dua pucuk pistol .38 dan peluru di rumah itu.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan -- Narathiwat, Pattani dan Yala -- tujuh tahun lalu.
- Bernama"

Kirkuk bergegar



ANGGOTA bomba Iraq memadamkan api pada sebuah kereta yang musnah di salah satu tapak serangan bom di Kirkuk, kira-kira 250 km ke utara Baghdad, Iraq, semalam. - REUTERS


KIRKUK, Iraq 19 Mei - Satu siri serangan bom yang disasarkan terhadap polis di Kirkuk, utara Iraq mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang hari ini serta mencederakan 70 yang lain, keganasan terburuk yang menggemparkan negara dalam tempoh dua minggu.

Pegawai keselamatan Mejar Salam Zangan berkata, tiga letupan tersebut dilancarkan selang satu jam antara satu sama lain dengan letupan pertama berlaku kira-kira pukul 9.20 pagi waktu tempatan (2.20 petang waktu Malaysia) apabila sebuah bom meletup di sebuah tempat letak kereta di ibu pejabat polis bandar ini.

Katanya, sebuah lagi bom kereta turut meletup tidak lama selepas polis dan kakitangan kecemasan tiba di lokasi kejadian.

"Letupan hari ini mengorbankan 27 orang dan mencederakan 70 yang lain. Kebanyakan yang maut ialah anggota polis," kata Pengarah Jabatan Kesihatan wilayah Kirkuk, Sadiq Omar Rasul.

Seorang wartawan AFP melaporkan, letupan berkembar itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada kenderaan polis dan orang ramai yang berada berhampiran.

Beberapa kenderaan polis melalui pembesar suara turut meminta orang ramai menderma darah untuk mangsa-mangsa terlibat.

Seorang pegawai polis, Kolonel Aras Mohammed berkata, satu lagi letupan berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan berhampiran satu konvoi yang membawa pegawai polis kanan di Kirkuk.

Jelas beliau, pegawai tersebut dan 13 lagi pengawalnya cedera dalam kejadian tersebut.

Angka korban dalam kejadian letupan hari ini merupakan yang tertinggi di Iraq sejak 29 Mac lalu apabila sekumpulan anggota militan al-Qaeda dan pengebom nekad menyerbu sebuah bangunan pentadbiran wilayah di Tikrit yang membunuh 58 orang. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Sekumpulan paderi New York ramal dunia kiamat esok


NEW YORK: Berbekalkan kemeja-T, brosur, buku dan poster, seorang paderi bersama rakan-rakannya tekun memberi amaran kepada orang ramai di New York bahawa dunia akan kiamat esok.

Menggunakan perkiraan daripada Bible, Manny mendakwa akan berlaku gempa bumi di seluruh dunia pada 21 Mei, tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada kejadian itu berlaku serentak atau tidak.

Katanya, dia tidak pasti bagaimana ‘bencana’ itu berlaku atas faktor perbezaan masa sesuatu tempat di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, sepatutnya gempa bumi itu berlaku pada waktu sama di seluruh dunia,” katanya.

Manny, 56, berkata walaupun tarikh 21 Mei kelihatan rambang, dia merujuk kepada analisis Presiden Family Radio - sebuah komuniti penyiar keagamaan di California, Harold Camping.

Ketika sibuk berceramah, teman Manny, Borce, 43, mengedarkan risalah mengenai ramalan kiamat mereka.


Melalui risalah itu, mereka mendakwa orang ramai mempunyai beberapa jam untuk bertaubat. - AFP

Isteri, anak Gaddafi di Tunisia


TUNIS: Isteri dan anak perempuan Muammar Gaddafi dilaporkan berada di Tunisia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pemergian itu berkaitan misi diplomatik atau mencari perlindungan.
Sumber keselamatan Tunisia berkata, Safia Gaddafi dan anaknya, Aisha, tiba di negara itu pada 14 Mei lalu dan kini berada di Pulau Djerba.

Dipercayai isteri dan anak Gaddafi itu tidak menyertai pegawai kanan Libya, Shokri Ghanem, yang berpaling tadah.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negara Tunisia semalam menafikan ahli keluarga Gaddafi ada di negara itu.

Memetik jurucakap kementerian itu, stesen televisyen al-Jazeera berkata, mana-mana ahli keluarga Gaddafi yang tiba di sempadan Tunisia akan ditangkap sesuai dengan kedudukan mereka yang dikenakan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sumber pembangkang Libya pula mendakwa, Safia berada di Djerba bagi menemani suami Aisha yang mendapatkan rawatan selepas cedera dalam konflik di negara mereka. - Reuters

AS gesa Bashar letak jawatan


DAMSYIK: Amerika Syarikat memberitahu Presiden Syria, Bashar al-Assad, supaya segera melaksanakan peralihan kuasa atau meletak jawatan, semalam.

Pada masa sama, Washington turut mengenakan sekatan ke atas Bashar, langkah yang segera dikecam akhbar Syria dan menganggapnya sebagai tekanan bagi Damsyik memutuskan hubungan dengan Iran, Hezbullah dan Hamas.

Selama dua bulan, kerajaan Syria berdepan gerakan prodemokrasi dengan bertindak tegas ke atas aktivis, termasuk menyebabkan kematian, penangkapan dan penderaan.
Wartawan al-Jazeera, Dorothy Parvaz, semalam mendakwa ketika ditahan di penjara Syria, dia terdengar jeritan tahanan diseksa. Dorothy baru saja dibebaskan kelmarin.

Dalam kenyataan mengenai sekatan itu, Washington menganggap Bashar hilang kelayakan memerintah Syria.

Tindakan sama pernah diambil Washington ke atas Muammar Gaddafi. - AFP
myMetro

Jejak Osanma bin Laden: Pintu sempadan Tarkhum mudah bolos




PAKISTAN dan Afghanistan hanya dipisahkan oleh pintu gerbang tanpa proses
imigresen yang membolehkan anggota pengganas, termasuk Osama Bin Laden
berulang alik antara dua negara ini.

PAKISTAN dan Afghanistan hanya dipisahkan oleh pintu gerbang tanpa proses imigresen yang membolehkan anggota pengganas, termasuk Osama Bin Laden berulang alik antara dua negara ini.

Osama ulang alik Pakistan-Afghanistan untuk elak daripada komando AS

PEMIMPIN al-Qaeda, Osama Bin Laden yang dibunuh pasukan khas Amerika Syarikat pada 2 Mei lalu dipercayai melarikan diri ke Pakistan melalui Tarkhum, sebuah pekan terpencil berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan kira-kira lima jam perjalanan dari bandar raya ini.

Pernah dikuasai pemberontak Taliban yang juga sekutu kuat al-Qaeda, Pekan Tarkhum dipercayai laluannya berulang alik antara kedua-dua negara, sama ada untuk bersembunyi atau merancang pelbagai siri keganasan di seluruh dunia.
Berita lanjut, dapatkan naskhah akhbar Berita Harian hari ini

Tak percaya SMS isteri kahwin




SABRI menunjukkan foto isterinya, Roslina  yang hilang sejak 22 April lalu.
SABRI menunjukkan foto isterinya, Roslina yang hilang sejak 22 April lalu.

Suami syak mesej dihantar guna telefon bimbit Roslina dibuat penculik

KUALA LUMPUR: ‘Saya sudah selamat berkahwin sekarang... tolong jangan cari saya,” demikian SMS pertama dihantar pegawai bank, Roslina Awang Kechik, 37, kepada suaminya, Jumaat lalu, sejak dilaporkan hilang pada 22 April lalu.

Bagaimanapun, sebaik SMS itu diterima, suaminya, Sabri Man, 38, cuba menghubungi semula nombor itu beberapa kali, termasuk menghantar SMS kerana mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri, namun tidak dibalas sebelum telefon bimbit isterinya itu dimatikan.
“Saya pasti SMS itu bukan daripada Roslina berdasarkan ayat digunakannya, sebaliknya saya percaya ditulis lelaki yang menculik isteri saya.
“Bagaimanapun, sekiranya perkara diungkapkan itu benar, saya mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Secara logiknya, kenapa perkara sebegitu penting hanya dimaklumkan menerusi SMS dan bukannya bersemuka. Saya tegaskan, kami masih pasangan suami isteri dan Roslina tidak boleh berkahwin lain,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan kehilangan kakitangan bank itu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.

Sabri berkata, sejak kehilangan isterinya sebulan lalu, kehidupan mereka sekeluarga sepi terutama anak bongsunya berusia lapan tahun yang sering memanggil ibunya.
“Suami mana tidak sedih, isteri hilang begitu saja tanpa sebab. Malah, rumah tangga saya sebelum ini tidak dilanda sebarang masalah yang boleh menjadi punca Roslina melarikan diri.

“Saya cuba menjalankan tugas sebagai suami merangkap ibu sebaik mungkin untuk tiga anak saya walaupun dalam keadaan tertekan kerana saya tidak mahu anak terasa kehilangan ibu mereka,” katanya.

Beliau berharap individu yang menjadi dalang kehilangan isterinya itu melepaskan Roslina segera supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga bagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. 

Obama syor sempadan Palestin, Israel


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, buat kali pertama semalam berkata sempadan Israel dan negara Palestin di masa depan sepatutnya mengikut sempadan 1967 dan membabitkan pertukaran tanah.


“Sempadan Israel dan Palestin patut berasaskan garisan 1967 membabitkan pertukaran tanah yang dipersetujui bersama supaya sempadan yang kekal dan diiktiraf dapat diwujudkan bagi dua negara itu.
“Pengunduran penuh berperingkap tentera Israel sepatutnya diselaraskan mengikut tanggapan bahawa anggota keselamatan Palestin berdaulat akan bertanggungjawab di negara tanpa tentera,” kata Obama yang memberi ucapan dasar mengenai isu Asia Barat.
Obama menekankan Amerika juga perlu mengubah dasarnya dalam menghadapi dunia Arab atau berdepan dengan jurang semakin luas dengan rantau berkenaan.

Obama juga berkata: “Tempoh peralihan kepada pemerintahan sendiri mesti dipersetujui bersama dan keberkesanan pelaksanaan perjanjian keselamatan mesti dibuktikan.”

Beliau juga menekankan kepada Israel bahawa impian kaum Yahudi untuk mentadbir negara sendiri secara demokratik tidak boleh berasaskan penjajahan (ke atas bangsa lain) selama-lamanya.

Obama juga memberi amaran bahawa sebarang langkah untuk memulaukan Israel di pentas antarabangsa tidak akan berjaya. – AFP/Reuters
Berita Harian Online

Didakwa jual kopi ada DNA babi






KLUANG - Tiga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menjual kopi yang mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di kopitiam Kluang Rail Coffee di sini tanpa mempamerkan kewujudan elemen haiwan berkenaan pada bungkusan serbuk minuman itu Mac lalu. Tertuduh yang merupakan pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd., Lim Jit Chiang, 37; Lim Jit Tong, 42; dan Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas dakwaan menjual serbuk kopi tersebut di antara pukul 3 dan 4 petang di Jalan Tasik di sini pada 25 Mac lalu.
Mereka didakwa menjual serbuk kopi itu kepada pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan. Keputusan analisis terhadap serbuk kopi yang dilakukan di Jabatan Kimia, Petaling Jaya menunjukkan terdapat DNA babi dalam kopi itu seperti yang didakwa. Bagi pertuduhan lain, tertuduh didakwa menjual 20 paket kopi uncang dalam bungkusan yang mengandungi DNA babi di lokasi dan hari yang sama.

Eropah cari ketua IMF baharu


BRUSSELS - Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) perlu bersetuju memilih seorang calon yang berwibawa dari Eropah bagi menggantikan Dominique Strauss-Kahn sebagai Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), kata Suruhanjaya Eropah semalam.

Jurucakap Suruhanjaya Eropah, Pia Ahrenkilde Hansen berkata, sebagai penyumbang terbesar IMF, 27 negara EU perlu memilih seorang calon bagi menggantikan Strauss-Kahn.

"Kami percaya bahawa kami boleh mencari calon-calon yang berwibawa dari Eropah bagi menggantikan Strauss-Kahn," katanya.

"Kami percaya adalah biasa untuk mencalonkan seorang calon berwibawa dari Eropah dan pada masa yang sama, keupayaan calon tersebut dan bukan kerakyatannya atau jantinanya yang menentukan sama ada dia adalah calon yang tepat untuk jawatan ini," tambah Hansen.

Strauss-Kahn meletak jawatan sebagai ketua IMF dengan alasan dia perlu memberi tumpuan untuk melawan tuduhan bahawa dia melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel di New York.

Penangkapannya pada hujung minggu lalu mencetuskan perdebatan sama ada tradisi selama 65 tahun yang menyatakan seorang ketua dari Eropah dilantik mengetuai badan global yang beribu pejabat di Washington itu patut dikekalkan. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia

Pesawat minyak terbakar namun penumpang selamat




PESAWAT Boeing 707 terbakar di landasan terbang Stesen Tentera Udara Point Mugu, Ventura di California Selatan, Amerika Syarikat kelmarin.


VENTURA - Sebuah pesawat Boeing 707 yang membawa muatan minyak terbabas kelmarin di landasan terbang sebelum terbakar semasa berlepas dari Stesen Tentera Udara Point Mugu di sini, utara Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut jurucakap stesen itu, Terry Reid, tiga orang yang menaiki pesawat itu sempat menyelamatkan diri dan mereka hanya mengalami cedera ringan.
Sebuah helikopter digunakan untuk menyembur air ke atas pesawat itu yang terbakar.
Reid berkata, pesawat itu dikendalikan oleh Perkhidmatan Mengisi Minyak Udara Omega yang mempunyai kontrak dengan tentera udara Amerika Syarikat. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia