Pages

Tuesday, September 28, 2010

7 Fakta Menarik Baju Daging Lady GaGa





KUALA LUMPUR, 24 SEPT 2010:
 Acara MTV Video Music Awards 2010 memang sudah berakhir. Namun, ia masih meninggalkan kesan buat semua pemenang mahu pun penonton yang telah menyaksikannya secara siaran langsung dari Nokia Theater, Los Angeles, pada 13 September lalu.
Teks Oleh Ellyna Ali


Paling meninggalkan kesan ialah apabila penyanyi serta penghibur paling kontroversi di abad ini, Lady GaGa mengenakan baju dagingnya ke acara muzik hiburan yang boleh dianggap cukup berprestij itu.c Sehingga, ia telah mendatangkan kemarahan di kalangan kelompok pembela serta pencinta haiwan, PETA atau People for the Ethical Treatment of Animals.
Tentu ada yang tertanya-tanya, apakah baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa itu dioerbuat daripada daging yang asli. Kalau nak tahu kebenarannya, sila semak 7 fakta tentang baju daging Lady GaGa yang telah direka oleh pereka fesyen, Franc Fernandez ini.
1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .
2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk 
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.
3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm...Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.
4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.
5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?
6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?
7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.sumber asal

Yahudi bina semula penempatan haram





2010/09/28

  • Foto
    SEORANG penduduk Yahudi membawa sepanduk menyokong pembinaan di penempatan Tebing Barat, semalam.
Mahmud Abbas gesa Netanyahu lanjut tempoh pembekuan bagi selamatkan rundingan damai
Foto
SEORANG penduduk Yahudi membawa sepanduk menyokong pembinaan di penempatan Tebing Barat, semalam.


  • Foto
    PENDUDUK Yahudi berhimpun di kawasan pembinaan penempatan di Tebing Barat.


BAITULMAQDIS: Pendatang Yahudi memulakan semula pembinaan penempatan haram selepas tempoh pembekuan berakhir tengah malam tadi, ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggesa pemimpin Palestin Mahmud Abbas agar tidak meninggalkan meja rundingan.
Beberapa minit selepas tempoh pembekuan berakhir, Netanyahu mengemukakan rayuan kepada Abbas agar meneruskan rundingan yang dilancarkan awal bulan ini.
“Saya meminta presiden Abbas meneruskan dengan jujur dan ikhlas rundingan yang baru dimulakan dalam usaha mewujudkan perjanjian damai antara dua kumpulan penduduk,” katanya dalam usaha menghalang pemimpin Palestin itu daripada meninggalkan meja rundingan berikutan tamatnya pembekuan pembinaan penempatan itu.

Jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina berkata pemimpin Palestin itu yang berada di Paris memberi reaksi segera menggesa Netanyahu melanjutkan pembekuan pembinaan bagi menyelamatkan rundingan.

“Netanyahu mesti membuat keputusan untuk menangguhkan pembinaan penempatan Yahudi dalam usaha mewujudkan persekitaran lebih baik untuk mengadakan rundingan,” katanya.

Media Israel melaporkan sejurus selepas dinihari, jentolak dan sejumlah jentera berat lain memulakan kerja pembinaan di beberapa kawasan penempatan kecil di sekitar Tebing Barat pada skala sederhana.
Radio awam melaporkan, jengkaut juga dilihat mula bergerak di penempatan Adam di utara Baitulmaqdis di mana kira-kira 30 rumah dijadual dibina.

Stesen televisyen swasta Israel Channel 2, berkata pembinaan dijadual dimulakan di sekurang-kurangnya lapan penempatan kecil lain, termasuk di kawasan Kiryat Arba, di tengah Hebron yang dihuni 600 pendatang sayap kanan.

Tempoh berakhirnya pembekuan itu bermakna, sesiapa saja yang mempunyai permit sebelum ini boleh memulakan kembali kerja mereka.

Media tempatan menyatakan, pada peringkat ini kerja pembinaan dilihat terhad kepada kawasan penempatan terpencil kebanyakannya membabitkan beberapa ratus rumah yang sepatutnya dibina dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ia juga dijangka dimulakan pada skala terhad berikutan sambutan keagamaan penduduk Yahudi Succot yang akan berakhir Khamis ini. – AFP

Berniaga ikut lunas Islam

Oleh Kusyi Hirdan
kusyihirdan@gmail.com
2010/09/27

ADA 10 juta penduduk di Guangzhou, China dan 100,000 daripadanya beragama Islam. Guangzhou, kota ketiga terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai, pesat membangun padat dengan manusia yang sibuk mengejar masa dan wang.


DEMI REZEKI...pasangan Issa dan Salima tekad berniaga sendiri di tengah kepesatan Guangzhou.
DEMI REZEKI...pasangan Issa dan Salima tekad berniaga sendiri di tengah kepesatan Guangzhou.

BERKEMBANG...masjid di Guangzhou menjadi kunjungan umat Islam.
BERKEMBANG...masjid di Guangzhou menjadi kunjungan umat Islam.
Kita tidak boleh lambat atau jalan berlenggang di Guangzhou kerana selain ketinggalan kita mungkin juga akan kelaparan.

Dalam 10 juta manusia itu, penulis terserempak Salima Ma, 29, ketika meminta pertolongan menunjukkan jalan ke masjid. Senang mengenali Salima adalah Muslim kerana pakaiannya menutup aurat. Dia yang baru berbuka puasa waktu itu bersungguh-sungguh menunjuk jalan ke masjid kepada penulis.

Dengan bahasa Inggeris yang agak baik, agak mudah kami menjalin hubungan dengannya. Sebelum berpisah, ibu beranak satu itu sempat memberitahu mempunyai kedai menjual peralatan telefon dan memberi kad perniagaannya di Central Communication, Jalan Xi Ti Er berhadapan bangunan Plaza Namfang, berdekatan Sungai Pearl.

Tiga hari selepas itu baru berkesempatan bertemu Salima semula kerana hujan sangat lebat melanda Guangzhou sekali gus mengehadkan perjalanan.
Salima menyambut kami dengan penuh ramah dan kami diperkenalkan kepada suaminya, Issa.

Ma Sheng Xing atau Issa Ma, 29, berkelulusan komputer daripada Universiti North National aktif dalam bidang dakwah di kawasan tempat tinggal dan pekerjaannya.
Salima Ma mempunyai nama cina Ma Yu Lain, berkelulusan alam sekitar, sentiasa menjadi penyokong kuat suaminya.

“Di Guangzhou, ada 100,000 Muslim dengan pecahan 60,000 orang tempatan manakala selebihnya golongan pendatang,” cerita Issa sambil melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang ke kedainya.
Misi dakwah Issa dan rakan masjidnya sentiasa berjalan setiap minggu iaitu pada Khamis. Pada hari itu, mereka akan menerangkan kepada orang bukan Islam mengenai Islam tidak kira seorang, dua atau lebih ramai.

Issa memberitahu dia pernah ke Malaysia di Sri Petaling bagi kunjungan dakwahnya beberapa tahun lalu.

Salima berasal dari Dong Xiang, Gangsu manakala Issa pula dari Xinjiang. Mereka berkahwin lima tahun lalu setelah diperkenalkan oleh ayah Salima yang merupakan seorang imam. Pasangan berpendidikan tinggi itu tidak kisah tidak dapat makan gaji sesuai dengan kelulusan mereka.

“Untuk hidup di Guangzhou bukan mudah. Sebelum ini kami cuba bekerja dengan syarikat lain selama dua tahun tetapi tiada kesesuaian.

“Sukar mendapat rakan sekerja dan majikan yang memahami kita sebagai Muslim. Mereka akan mempertikaikan pelbagai perkara seperti mengapa kita tidak mahu makan bersama mereka, tidak makan makanan mereka dan tidak berpakaian seperti mereka yang menjolok mata. Cara hidup kita juga dipandang sinis,” katanya.

Menjadi kaum minoriti perit dirasakan terutama untuk mengamalkan Islam secara bebas. Contohnya laungan azan, langsung tidak dibenarkan berkumandang kuat seperti di Malaysia.

“Di rumah hanya boleh ada sebuah al-Quran, sekiranya kerajaan tahu ada lebih daripada itu, ia perlu diberikan kepada mereka.

“Mereka cukup risau sekiranya dengan al-Quran itu kami mahu memberontak walhal ia langsung tidak benar. Kami cuma mahu hidup aman damai dan melakukan amal ibadat terhadap Allah sebaik mungkin,” kata Salima.

Maka pasangan suami isteri itu tekad berniaga sendiri. Mereka bangkit dengan usaha sendiri walau kesusahan awal masih berbekas sehingga kini.

“Dahulu, waktu bekerja dengan orang, gaji saya 4,000 yuan dan jumlah itu tidak mencukupi kerana lebih daripada dua pertiga habis untuk sewa rumah dan perbelanjaan lain sangat tinggi.

“Menyewa rumah di Guangzhou sangat mahal sekitar 4,000 hingga 5,000 yuan (RM2,000 hingga RM2,500) sebulan. Jadi kami berazam, dengan berniaga sendiri pendapatan dapat digandakan untuk kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Untuk menyewa kedai sebesar enam kali lapan kaki luasnya, wang pendahuluan 20,000 yuan bagi kontrak lima tahun. Bayaran bulanan pula sangat tinggi iaitu 6,000 yuan. Memang sukar bagi mereka berdua yang datang daripada keluarga susah.

“Kami banyak berdoa pada Allah memohon bantuan-Nya. Alhamdulillah, setelah lima tahun, perniagaan kami makin kukuh dan kami berjaya membeli apartmen berharga 150,000 yuan.
“Walaupun kecil, ia cukup membanggakan kerana hartanah di Guangzhou sangat mahal,” kata Issa.

Menurut Issa dan Salima, peniaga lain tidak takut dosa kerana itu mereka tidak kisah menipu pelanggan.

“Ada yang mahu cepat untung dan menipu dengan menjual murah walhal barang yang dijual tidak menepati mutu sebenar tetapi bagi kami, hendak buat apa pun teringat balasan akhirat.

“Jadi kami menjual harga yang berpatutan tetapi kami berjanji tidak menipu. Jika rosak boleh pulang semula. Sebab itu pelanggan kami adalah pelanggan yang berulang dan itulah yang membuatkan kami berjaya sekarang.

“Buat masa sekarang, kerajaan tidak membenarkan rumah disewa kepada orang luar sehinggalah Sukan Asia berakhir,” tambah Salima, anak sulung daripada empat beradik ini.

Umat Islam di Guangzhou juga melalui cabaran besar mengukuhkan iman sebagaimana umat Islam di negara lain.

Menurut Issa, ramai saudara seagamanya di China yang dilihatnya tidak mempraktikkan Islam walaupun asal usul mereka jelas Islam.

Keadaan itu merisaukannya namun dia lega kerana kini banyak sekolah agama ditubuhkan dan ada kira-kira 20 sekolah semuanya.

Sekurang-kurangnya, ini membantu golongan muda untuk lebih mengukuhkan Islam. Maka tidak hairan sudah ramai anak-anak muda Islam di China boleh berbahasa Arab.

“Ketika saya mula sampai di sini pada 2003, kemudahan untuk orang Islam belum banyak seperti sekarang.

“Dulu, saya yang selalu menjadi tukang sembelih daging untuk semua orang tetapi kini semuanya mudah didapati, begitu juga kedai makan Islam,” kata Issa sambil menambah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Anak tunggal mereka, Sofia, setahun, tinggal di kampung bersama ibu Salima kerana bagi Issa, Guangzhou bukan tempat yang sesuai mendidik anak terutama menanam jiwa keislaman. Guangzhou mungkin boleh menjadi tempat mencari rezeki sahaja.

Air mata ibu mengalir kerinduan apabila Salima menunjuk gambar anaknya kepada penulis. Mereka dipisahkan jarak ribuan batu tetapi itulah harga mencari rezeki dan dakwah, kedua-duanya demi Islam.

Digantung tugas kerana buat tangkapan palsu



GAMBAR di laman YouTube menunjukkan seorang remaja lelaki (kanan) ditangkap oleh seorang pegawai polis (kiri) di rumahnya di San Jose, Amerika Syarikat.


SAN JOSE - Seorang pegawai polis bermotosikal di Amerika Syarikat (AS) digantung tugas selepas dia mempermainkan seorang remaja lelaki dengan menangkap dan menggarinya di rumah ibu bapa remaja itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang memakai pakaian seragam dan bersenjata pergi ke rumah remaja lelaki berusia 15 tahun itu di sini dan menggari tangannya seterusnya memarahinya selama lebih lima minit baru-baru ini kerana dia tidur dengan anak perempuan tiri pegawai polis tersebut yang berusia 14 tahun.
Pegawai polis itu memberitahu budak lelaki tersebut bahawa dia boleh didakwa kerana menjalin hubungan seks dengan seorang remaja bawah umur.
"Anda akan didakwa. Anda bodoh kerana mengacau anak perempuan seorang pegawai polis," katanya.
Kejadian itu dirakamkan oleh ibu bapa mangsa yang kemudian mengadu kepada pihak polis.
Rakaman insiden itu turut boleh ditonton di laman perkongsian video YouTube. - Agensi

Wanita direjam kerana berzina




GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen ABC menunjukkan beberapa orang lelaki yang merupakan anggota Taliban di lokasi hukuman rejam ke atas seorang wanita yang didakwa berzina di Pakistan.


ISLAMABAD - Seorang wanita ditanam pada paras dada sebelum sekumpulan lelaki melontar batu berulang kali ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman tersebut yang disiarkan stesen penyiaran ABC menunjukkan anggota-anggota Taliban merejam seorang wanita sehingga mati di barat daya Pakistan.
Hukuman rejam kerana berzina biasa dilaksanakan di Iran dan Arab Saudi.
Namun, wanita itu dipercayai direjam sehingga mati setelah dia dilihat bersama seorang lelaki bukan muhrim.
Hukuman tersebut dipercayai dilaksanakan dua bulan lalu di wilayah Orakzai.
Klip video berkenaan yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit diseludup keluar oleh seorang anggota Taliban yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu sebelum ia diserahkan kepada saluran televisyen Al Aan, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Klip itu juga boleh ditonton di laman YouTube.
Seorang menteri Kesatuan Eropah (EU), Jorge Barroso yang menonton klip video itu, menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.
"Kami mengutuk perbuatan itu yang tidak memiliki justifikasi dari sudut moral mahupun agama," katanya. - Agensi

Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook




RYAN HOMSLEY mengaku di akaun Facebook miliknya bahawa dia merompak sebuah bank di Oregon, Amerika Syarikat.


PORTLAND, Oregon - Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.
Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.
Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).
Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.
Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.
Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.
Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital. - Agensi

Filem animasi Jepun bahaya



ANTARA animasi Jepun yang dikatakan boleh merosakkan minda kanak-kanak.


KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.
"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.
"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam.

5 Perkara Membentuk Jiwa Murni


http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs220.ash2/50195_293977543430_2333_n.jpg
  1. Bergaul dengan orang-orang soleh.
  2. Membiasakan pekerjaan berfikir.
  3. Menahan hawa nafsu/ syahwat dan marah.
  4. Bekerja dengan teratur.
  5. Memeriksa cita-cita diri sendiri.
Tasauf Moden . m/s: 162

Imam pertahan projek masjid



NEW YORK 27 Sept. - Imam yang memainkan peranan utama dalam rancangan untuk membina sebuah pusat kebudayaan Islam dekat tapak serangan 11 September, 2001 di bandar raya ini berkata, projek itu bertujuan untuk mencegah serangan sedemikian daripada berulang.
Imam Feisal Abdul Rauf dalam rancangan 60 Minutes semalam berkata, beliau merasakan dirinya berkewajipan untuk membantu melindungi rakyat Amerika Syarikat (AS) yang bukan Islam daripada menjadi mangsa keganasan seumpama itu.
Rauf menyifatkan pembinaan pusat yang meliputi sebuah masjid itu, dua blok dari tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC) atau Ground Zero, sebagai 'langkah yang wajar diambil'.
"Amerika memerlukannya dan dunia Islam juga memerlukannya. Kita perlu mengusahakan keamanan," ujar beliau.
Pengkritik mendakwa pembinaan pusat Islam begitu hampir dengan Ground Zero adalah perbuatan tidak sensitif manakala penyokong projek menuduh ahli politik membangkitkan perbahasan penuh emosi itu menjelang pilihan raya Kongres AS pada 2 November ini.
Beliau menganggap 'kempen untuk memenangi hati dan minda sebagai sebahagian penting' daripada sebarang kempen ketenteraan untuk menentang anasir radikal di kalangan orang Islam.
Atas kerana itu Rauf berkata, beliau 'bersedia, rela dan berupaya untuk berkhidmat kepada negara ini dan mempertahankan tradisi rakyat negara ini yang berpegang kepada agama'.
''Jika serangan 11 September berlaku lagi, saya mahu menjadi orang pertama yang terkorban.
"Menjadi kewajipan saya sebagai seorang rakyat Amerika beragama Islam mempertahankan anda sebagai rakyat Amerika bukan Islam daripada puak radikal yang mahu menyerang anda," kata Rauf yang dilahirkan di Kuwait dan mendapat kerakyatan AS. - Reuters

Monday, September 27, 2010

Bukti kitab wahabi : wajib hancurkan kubah makam Nabi Muhammad S.a.w

Wajib Bakar Rumah Nabi & Hancurkan Kubah Rasul- Fatwa Jahat Wahhabi


CELAKA SUNGGUH WAHHABI. MEREKA SANGGUP MEMBAKAR RUMAH DAN BILIK NABI MUHAMMAD SERTA WAHABI SANGGUP HANCURKAN KUBAH DI ATAS MAQAM JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD. YA ALLAH TUNJUKKAN KEBENARAN AGAR DIPAMERKAN KEPADA UMUM SUPAYA RUMAH, KUBUR SELURUH HAK WAHABI TERBAKAR TERUK TIDAK LAMA LAGI.
Dalam buku Muhammad bin Abdul Wahhabi yang turut disyarahkan oleh tokoh-tokoh Wahhabi bahawa mereka (wahabi) bersetuju bilik Nabi Muhammad itu di BAKAR dan kubah di atas maqam Nabi dihancurkan. Lihat Bukti di atas (laknatullah ‘alal Musyabbihah).

Kedudukan sebenar 8 biji Hajarul Aswad


صور للكعبة المشرفة وبعض التفاصيل المخفية عن البعض ..

وأتمنى أن تحوز على رضاكم
الصورة الأولى وهي صورة الكعبة المشرفة من قبل وبعد الكساء
Kaabah sebelum dan selepas dipasang kelambu.
الصورة الثانية وهي صورة الحجر الأسود وكما يظهر لكم الثمان قطع الموجودة
Kedudukan 8 Biji batu Hajarul Aswad yang telah pecah.
الصورة الثالثة وهي صورة ثلاثية الأبعاد توصف المكونات من الداخل والمسميات
Gambar bahagian dalaman Kaabah.
الصورة الرابعة وهي تحدد أبعاد وقياسات الكعبة المشرفة من الداخل
Gambar keluasan Kaabah.

الصورة الخامسة والأخيرة وهي توضح اتجاهات البلدان للكعبة المشرفة
Arah Kiblat mengikut negara-negara di dunia.

2 Orang mati ditembak semasa menunaikan solat


http://i.okezone.com/content/2010/09/25/18/375905/h23tMhUZAN.jpg
LAHORE – Sekelompok penembak menyerang sebuah masjid di timur Pakistan hari ini. Mereka menyerang jemaah yang sedang melakukan salat, menyebabkan dua orang tewas dan tujuh lainnya terluka.
Penyerangan ini terjadi di Kota Bahawalpur, sekira 400 kilometer tenggara Lahore. “Tiga orang yang dilengkapi dengan pistol memasuki Masjid Al Qamar dan menembaki para jemaah,” ungkap Kepala polisi Bahawalpur Babar Bakht, seperti dikutip AFP, Sabtu (25/9/2010).
Lebih lanjut Bakht menambahkan, jika dua dari tujuh korban yang terluka saat ini dalam kondisi kritis. Bakht sendiri belum dapat mengkonfirmasi motif di balik penyerangan ini.
Hingga saat ini belum ada pihak yang menyatakan bertanggung jawab atas penembakan tersebut. Polisi sendiri masih terus melakukan penyelidikan intensif di lokasi serangan.
Sumber : okezone.com

3 Nikmat Semasa Bertemu Dengan Allah SWT

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs610.snc4/59081_154657897895405_132656250095570_397887_42382_n.jpg
  1. Hadrat Rububiah iaitu nikmat melihat keagungan Allah SWT.
  2. Hadrat Rahmaniah iaitu nikmat melihat kecantikan Allah SWT.
  3. Hadrat Ilahiah iaitu nikmat melihat kesempurnaan Allah SWT.
Kitab Sarah Hikam. m/s : 173.

Pendatang haram Yahudi keras kepala



KAWASAN penempatan haram Yahudi di Revava berdekatan kampung Salfit di Tebing Barat, Palestin. – AP


BAITULMAQDIS 26 Sept. – Pendatang haram Yahudi mengangkut peralatan pembinaan ke sebuah kawasan penempatan yang terletak jauh di tengah Tebing Barat, sebagai persiapan untuk memecah tanah di sebuah projek perumahan baru.
Perkembangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) bertungkus lumus berusaha untuk mencegah rundingan damai terbaru daripada menemui kegagalan dengan berakhirnya tempoh pembekuan yang dikenakan oleh kerajaan Israel ke atas pembinaan kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin.
Berakhirnya pembekuan aktiviti pembinaan itu lewat hari ini menimbulkan krisis besar pertama dalam pusingan terbaru rundingan damai Asia Barat yang dilancarkan di White House oleh Presiden Barack Obama awal bulan ini.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menguatkuasakan pembekuan itu 10 bulan lalu sebagai langkah perdamaian berkata, beliau tidak akan melanjutkannya sekalipun digesa berbuat demikian oleh Obama.
Bagaimanapun pihak Palestin yang menentang segala aktiviti pembinaan Israel di wilayah yang mereka tuntut untuk sebuah negara merdeka pada masa depan, memberi kata dua akan membatalkan rundingan jika pembinaan diteruskan.
“Israel mesti membuat pilihan antara perdamaian dengan penerusan aktiviti pembinaan kawasan penempatan,” kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam.
Katanya, Palestin dan seluruh Asia Barat terus-menerus dihimpit sehingga terjerumus ke dalam kancah keganasan dan konflik disebabkan ‘mentaliti Israel yang suka menceroboh dan mendominasi’.
Abbas meninggalkan AS lewat semalam untuk rundingan di Perancis.
“Amerika terus berusaha untuk menyelamatkan rundingan damai. Usaha penting itu dijalankan dengan sungguh-sungguh tetapi belum berjaya mendapatkan komitmen Israel untuk menghentikan aktiviti pembinaan kawasan penempatan,” kata jurucakap Palestin, Nabil Abu Rdeneh.
Abbas meminta menteri-menteri luar Arab mengadakan mesyuarat di Mesir pada beberapa hari akan datang bagi membincangkan perkembangan terbaru, katanya.
Ketika masa semakin suntuk, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton cuba merundingkan kompromi saat-saat akhir sebelum tempoh pembekuan tamat tengah malam ini, dengan harapan untuk mengelakkan kegagalan rundingan. – AP

Abdurrahman bin Auf



Sedikit berbagi mengenai pribadi sahabat Rasulullah saw. yang layak dicontoh :
adalah Abdurrahman bin Auf yang kesuksesannya dalam berbisnis dan urusan akhirat bisa menjadi teladan bagi seluruh kaum muslim. Selain sebagai konglomerat, beliau juga termasuk salah satu dari sepuluh sahabat yang dijamin masuk surga.
Berikut disarikan prestasi-prestasi Abdurrrahman bin Auf :
• Abdurrahman bin Auf termasuk sahabat yang masuk Islam sangat awal, tercatat beliau orang kedelapan yang bersahadah 2 hari setelah Abu Bakar.
• Beliau termasuk salah satu dari enam orang yang ditunjuk oleh Umar bin Khattab untuk memilih khalifah sesudahnya.
• Beliau seorang mufti yang dipercaya oleh Rasulullah SAW untuk berfatwa di Madinah padahal Rasulullah SAW masih hidup.
• Beliau terlibat dalam perang Badar bersama Rasulullah SAW dan menewaskan musush-musuh Allah. Beliau juga terlibat dalam perang Uhud dan bahkan termasuk yang bertahan disisi Rasulullah SAW ketika tentara kaum muslimin banyak yang meninggalkan medan peperangan. Dari peperangan ini ada sembilan luka parah ditubuhnya dan dua puluh luka kecil yang diantaranya ada yang sedalam anak jari. Perang ini juga menyebabkan luka dikakinya sehingga Abdurahman bin Auf harus berjalan dengan pincang, dan juga merontokkan sebagian giginya sehingga beliau berbicara dengan cadel.
• Suatu saat ketika Rasullullah SAW berpidato menyemangati kaum muslimin untuk berinfaq di jalan Allah, Abdurrahman bin Auf
menyumbang separuh hartanya yang senilai 2000 Dinar atau sekitar Rp 2.4 Milyar nilai uang saat ini(saat itu beliau ‘belum kaya’ dan hartanya baru 4000 Dinar atau Rp 4.8 Milyar). Atas sedeqah ini beliau didoakan khusus oleh Rasulullah SAW yang berbuny i “Semoga Allah melimpahkan berkahNya kepadamu, terhadap harta yang kamu berikan. Dan Semoga Allah memberkati juga harta yang kamu
tinggalkan untuk keluarga kamu.” Do’a ini kemudian benar-benar terbukti dengan kesuksesan demi kesuksesan Abdurrahman bin Auf
berikutnya.
• Ketika Rasullullah membutuhkan dana untuk perang Tabuk yang mahal dan sulit karena medannya jauh, ditambah situasi Madinah
yang lagi dilanda musim panas. Abdurrahman bin Auf memeloporinya dengan menyumbang dua ratus uqiyah emas sampai-sampai Umar bin Khattab berbisik kepada Rasulullah SAW “ Sepertinya Abdurrahman berdosa sama keluarganya karena tidak meninggali uang belanja sedikitpun untuk keluarganya”. Mendengar ini, Rasulullah SAW bertanya pada Abdurrahman bin Auf, “Apakah kamu meninggalkan uang belanja untuk istrimu ?” , “ Ya!” Jawab Abdurrahman, “Mereka saya tinggali lebih banyak dan lebih baik dari yang saya sumbangkan”. “Berapa ?” Tanya Rasulullah. “ Sebanyak rizki, kebaikan, dan pahala yang dijanjikan Allah.” Jawabnya.
• Setelah Rasulullah SAW wafat, Abdurrahman bin Auf bertugas menjaga kesejahteraan dan keselamatan Ummahatul Mu’minin (para
istri Rasulullah SAW).
• Abdurrahman bin Auf pernah menyumbangkan seluruh barang yang dibawa oleh kafilah perdagangannya kepada penduduk Madinah
padahal seluruh kafilah ini membawa barang dagangan yang diangkut oleh 700 unta yang memenuhi jalan-jalan kota Madinah.
Selain itu juga tercatat Abdurrahman bin Auf telah menyumbangkan dengan sembunyi-sembunyi atau terang-terangan antara lain 40,000 Dirham (sekitar Rp 1.4 Milyar uang sekarang), 40,000 Dinar (sekarang senilai +/- Rp 48 Milyar uang sekarang), 200 uqiyah emas, 500 ekor kuda, dan 1,500 ekor unta
• Beliau juga menyantuni para veteran perang badar yang masih hidup waktu itu dengan santunan sebesar 400 Dinar (sekitar Rp 480 juta) per orang untuk veteran yang jumlahnya tidak kurang dari 100 orang.
• Dengan begitu banyak yang diinfaqkan di jalan Allah, beliau ketika meninggal pada usia 72 tahun masih juga meninggalkan harta yang sangat banyak yaitu terdiri dari 1000 ekor unta, 100 ekor kuda, 3,000 ekor kambing dan masing-masing istri mendapatkan warisan 80.000 Dinar. Padahal warisan istri-istri ini masing-masing hanya ¼ dari 1/8 (istri mendapat bagian seperdelapan karena ada anak, lalu seperdelapan ini dibagi 4 karena ada 4 istri). Artinya kekayaan yang ditinggalkan Abdurrahman bin Auf saat itu berjumlah 2,560,000 Dinar atau sebesar Rp 3.072 trilyun untuk kurs uang Rupiah saat tulisan ini dibuat !.
Saat pemakamannya, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib berkata, “Anda telah mendapat kasih sayang Allah, dan anda telah berhasil menundukan kepalsuan dunia. Semoga Allah senantiasa merahmati anda. Amin.”
Bagaimana Abdurrahman bin Auf bisa sangat sukses berdagang dan juga dijamin masuk surga ?, berikut adalah yang bisa kita tiru dari beliau :
• Seluruh usahanya hanya ditujukan untuk mencari Ridhla Allah semata.
• Bermodal dan berniaga barang yang halal dan menjauhkan diri dari barang yang haram bahkan yang subhat sekalipun.
• Keuntungan hasil usaha bukan untuk dinikmati sendiri melainkan ditunaikan hak Allah, sanak keluarga dan untuk perjuangan di Jalan
Allah.
• Abdurrahman bin Auf seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, bukan harta yang mengendalikannya.
• Sedeqah telah menyuburkan harta Abdurrahman bin Auf, sampai-sampai ada penduduk Madinah yang berkata “ Seluruh penduduk
Madinah berserikat dengan Abdurrahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkannya pada mereka, sepertiga untuk membayari
hutang-hutang mereka, dan sepertiga sisanya dibagi-bagikan kepada mereka”.
• Keseluruhan harta Abdurahman bin Auf adalah harta yang halal, sehingga Ustman bin Affan RA. yang sudah sangat kayapun bersedia menerima wasiat Abdurahman ketika membagikan 400 Dinar bagi setiap veteran perang Badar. Atas pembagian ini Ustman bin Affan berkata, “ Harta Abdurahman bin Auf halal lagi bersih, dan memakan harta itu membawa selamat dan berkat”.