Pages

Tuesday, October 27, 2015

Suami obses kasut jenama Adidas


JASON Oxlee sangat taksub dengan kasut jenama Adidas sehingga mengabaikan keluarganya. Agensi
LONDON 26 Okt. – Seorang lelaki di Leeds, London yang begitu obses mengumpul kasut sukan jenama Adidas sehingga mengabaikan keluarganya, kini mungkin terpaksa berdepan dengan penceraian.
Jason Oxlee, 44, yang dilapor memiliki 150 pasang kasut jenama tersebut, dikatakan sanggup berhabis duit bagi menambah koleksinya sehingga mengabaikan keluarga.
Mirror UK melaporkan, keadaan itu menyebabkan isterinya, Faye, 36, memberi kata dua kepadanya sama ada mahu memilih keluarga atau kasut kesayangannya.
Menurut Faye, setiap bulan, Oxlee yang bekerja sebagai pengurus membelanjakan 100 pound (RM650) hanya untuk memastikan dia memiliki kasut yang diingininya.
Tambah wanita itu, suaminya sanggup meminta anak-anak mereka berkongsi bilik kerana mahu menyimpan kasut di bilik berkenaan.
“Rumah kami sudah penuh dengan kasut termasuk kotaknya sekali. Saya tidak tahu bagaimana untuk melalui kehidupan seperti itu dengannya.
“Saya terpaksa memintanya memilih antara saya atau Adidas. Adalah tidak normal untuk memenuhkan kasut di setiap ceruk rumah,” katanya.
Faye berkata, suaminya menyimpan 50 pasang kasut di bawah katil mereka, 80 pasang di loteng, dan 20 pasang lagi di setiap ceruk dalam rumahnya.
Koleksi kasut Adidas edisi khas Oxlee juga dianggarkan bernilai hampir 15,000 pound (RM96,000).
Oxlee dan Faye yang berkahwin sembilan tahun lalu, mempunyai tiga orang anak berumur antara lapan hingga tiga tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suami-obses-kasut-jenama-adidas-1.151008#sthash.hgcL7xMf.dpuf

Monday, October 26, 2015

Biskut Titanic dijual RM98,000


London: ‘Biskut paling berharga di dunia’ yang masih disimpan selepas kapal Titanic karam pada 1912 dijual dengan harga 15,000 pound (RM98,000) dalam lelong yang diadakan di United Kingdom, manakala gambar dipercayai menunjukkan bongkah ais yang menyebabkan nahas berkenaan dijual dengan harga 21,000 pound (RM137,000).

Jurulelong Andrew Aldridge dari firma lelong Henry Aldridge & Son berkata, biskut kering Spillers and Bakers Pilot itu yang ditemui dalam kit kecemasan dalam bot keselamatan dijual kepada pengumpul di Greece dan jauh menjangkaui harga jangkaan iaitu antara 8,000 hingga 10,000 pound (RM52,000-RM65,000).

Biskut itu disimpan James Fenwick, penumpang kapal Carpathia yang datang membantu mangsa Titanic yang terselamat.

Dia menyimpannya dalam sampul yang ditulis ‘Biskut Pilot dari bot keselamatan Titanic, April 1912.’



Gambar bongkah ais berkenaan pula dijual jauh menjangkaui 10,000 hingga 15,000 pound (RM97,000) yang dianggarkan pada awalnya.

Kapal Titanic karam selepas empat hari belayar melintasi Lautan Atlantik dari Southampton di England ke New York.

Ia melanggar bongkah ais pada 14 April 1912 mengakibatkan lebih 1,500 terbunuh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:10 AM


BISKUT (kiri) dan gambar bongkah ais dari nahas Titanic.

Gadis hidup mewah jual produk di internet


Zoe Sugg menunjukkan buku hasil tulisan pertamanya bertajuk Girl
Zoe Sugg menunjukkan buku hasil tulisan pertamanya bertajuk Girl Online yang berjaya dijual sebanyak 78,109 naskah dalam masa seminggu, tahun lalu. AGENSI
LONDON 25 Okt. – Penglibatan tidak sampai enam tahun dalam dunia media sosial ternyata membawa keuntungan kepada seorang gadis, kerana ia bukan sahaja membuat dia menjadi terkenal, tetapi juga mampu hidup mewah dalam sekelip mata.
Menurut portal Mail Online, Zoe Sugg, yang mula memuat naik video tentang fesyen dan kecantikan di saluran YouTubenya pada 2009, kini mula terkenal dan mempunyai 3.7 juta pengikut di Twitter.
Gadis berusia 24 tahun itu yang turut dikenali sebagai Zoella, turut berjaya menarik perhatian hampir 20 juta pengguna YouTube, walaupun video berkenaan diambil dari bilik tidurnya sendiri.
Sebelum ini, dia berjaya membeli sebuah rumah agam lima bilik berharga sejuta pound (RM6.4 juta) di kawasan Brighton, Britain hasil pendapatan yang diperolehi daripada penglibatannya dalam Internet.
Dia kini mengenakan bayaran 20,000 pound (RM129,268) sebulan kepada pengiklan yang mahu meletakkan produk mereka di laman sosialnya selain berkongsi panduan tentang kecantikan.
Tahun lalu, Sugg berjaya menjual buku pertamanya bertajuk Girl Online sebanyak 78,109 naskah dalam masa seminggu, sekali gus menewaskan beberapa nama besar dalam dunia penulisan termasuk penulis siri novel Harry Potter, J.K Rowling.
Buku Sugg yang bertajuk Girl Online itu juga lima kali ganda lebih laris daripada buku romantik berjudul Fifty Shades of Grey hasil tulisan, penulis EL James.
“Saya tidak pernah merasakan diri saya sebagai seorang selebriti yang mempunyai ramai peminat, sebaliknya saya adalah seorang gadis biasa yang bernama Zoella,” ujarnya ketika ditemubual bersama Richard Godwin, baru-baru ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-hidup-mewah-jual-produk-di-internet-1.150678#sthash.jySC4MZE.dpuf

Sunday, October 25, 2015

CEO Twitter beri 6.8 juta saham untuk naikkan semangat pekerja





SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey (gambar) berusaha menaikkan semangat saki-baki pekerjanya dengan memberikan 6.8 juta sahamnya di firma ber­kenaan kepada mereka.
Tindakan itu dibuat selepas Dorsey membuang lebih 300 pekerja menamatkan perkhidmatan 8 peratus tenaga kerja di Twitter dalam usaha membawa keuntungan pertama kepada syarikat itu selepas sembilan tahun penubuhannya.
Beliau melepaskan pegangan saham ber­kenaan yang bernilai lebih AS$200 juta (RM861 juta) untuk diagihkan kepada kakitangannya, menurut dokumen yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa kelmarin.
“Saya lebih gemar memiliki sebahagian kecil daripada sesuatu yang besar berbanding sebahagian besar daripada entiti kecil.
Saya yakin kita boleh membuat Twitter besar,” kata CEO itu di akaun Twitternya.
Dorsey masih memiliki seba­nyak 15 juta saham Twitter bernilai AS$460 juta (RM1.98 bilion) berdasarkan harga pasaran semasa.
Beliau sedang berusaha menjadikan Twitter lebih menarik kepada orang ramai, melangkaui sejumlah 300 juta pengguna setianya.
Laman sosial paling popular di dunia, Facebook pula mempunyai seramai 1.5 bilion pengguna. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3pWfgBLaj 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, October 24, 2015

Doktor selamatkan bayi terkecil



AGENSI - SAIZ Pixie semasa dilahirkan lebih kecil daripada tapak tangan ibunya.


CORNWALL, Britain – Pasukan doktor di sini bagaikan tidak percaya dapat menyelamatkan seorang bayi yang dilahirkan amat kecil dengan berat badan 0.5 kilogram (kg) dan bersaiz lebih kecil daripada tapak tangan ibunya.
Dilahirkan tiga bulan awal secara pembedahan caesarean, Pixie Griffiths-Grant dikejarkan ke pusat rawatan rapi dan terpaksa diletakkan di dalam bekas plastik sandwic pasar raya bagi memanaskan badannya.
Selepas berjaya menangani masalah jangkitan, pembedahan dan pemindahan darah, Pixie kini mencapai usia lima bulan dengan berat badan 3.4kg iaitu berat bagi seorang bayi normal yang baru lahir.
“Saya sangat gembira apabila diberitahu dapat membawa Pixie pulang. Ramai yang menantinya untuk kembali ke rumah,” ujar ibu Pixie, Sharon Grant, 37.
Oleh kerana saiz yang amat kecil, bayi perempuan itu diletakkan di dalam inkubator selama tiga bulan selepas dilahirkan, manakala Sharon tidak dibenarkan memeluk Pixie selama 18 hari pertama kerana setiap kali dipegang, dia akan kehilangan berat badan.
Bayi pramatang mudah terdedah kepada hipotermia dan beg plastik tersebut bertindak sebagai selimut bagi memanaskan tubuh kecil mereka. – Agens


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3pQqRtmJe 
Hakcipta terpelihara 

Senaman merangkak di China


Sekumpulan penduduk China percaya melakukan aktiviti merangkak
Sekumpulan penduduk China percaya melakukan aktiviti merangkak selama empat jam sehari boleh menyihatkan tubuh badan dan memberi kelegaan di bahagian belakang. AGENSI
HENAN, China 23 Okt. – Sekumpulan penduduk China percaya, berjalan menggunakan tangan dan kaki menyerupai aktiviti merangkak dalam tempoh tertentu boleh menyihatkan badan termasuk menguatkan tulang belakang mereka.
Menurut portal Mail Online, senaman itu menjadi trend terbaharu di bandar Zhengzhou, wilayah Henan di timur negara ini, apabila sekumpulan individu melakukan senaman fanatik itu selama empat jam sehari di sekitar sebuah taman, di sini.
Aktiviti itu disertai kumpulan wanita dan lelaki semua peringkat umur.
Beberapa peserta mendakwa mereka merasai lebih sihat dan boleh memberi kelegaan sakit di bahagian leher dan bahagian belakang selepas merangkak untuk tempoh tertentu.
Kebanyakan mereka memakai sarung tangan ketika merangkak bagi mengelakkan sebarang kecederaan di bahagian tangan.
Senaman luar biasa itu menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan itu.
Ketika melakukan senaman itu, mereka turut melakukan senaman-senaman ringan dengan mengangkat bahagian bahu dan kaki.
Ramai peserta percaya trend merangkak itu sangat berfaedah dan memberi kesihatan yang lebih baik.
Seorang peserta yang kerap melakukan senaman tersebut, Wang berkata, senaman itu menyembuhkan sakit belakang yang dialami sejak beberapa tahun lalu.
“Menjadi kelaziman kepada saya untuk melakukan senaman ini yang memerlukan saya merangkak di sekeliling taman ini,” ujarnya.
Sementara itu, seorang doktor dari hospital tempatan, Lu Peiwan menyifatkan senaman merangkak itu mampu mengurangkan berat badan dan boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi seseorang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/senaman-merangkak-di-china-1.149852#sthash.zBQ1DVHF.dpuf

Friday, October 23, 2015

Rakam awan bentuk UFO atas gunung berapi



FENOMENA awan UFO bukan kali pertama berlaku, tetapi Voychuk hanya sempat merakamkan gambar awan tersebut ketika lawatannya baru-baru ini.- AGENSI


KLIN, Rusia – Beberapa keping gambar yang dirakamkan seorang lelaki menunjukkan awan berbentuk seperti objek terbang tidak dikenali (UFO) di atas gunung berapi di sini baru-baru ini.
Awan itu terbentuk selepas udara lembap berarak ke arah gunung sebelum melentur ke bawah dan membentuk seperti sebuah kapal angkasa UFO.
Gambar-gambar menarik itu dirakamkan oleh Vladimir Voychuk yang menyatakan fenomena itu bukan kali pertama berlaku tetapi hanya berkesempatan merakamnya baru-baru ini.


BENTUK awan itu kelihatan menarik kerana terhasil daripada wap dan asap gunung berapi. - AGENSI


"Awan-awan itu sangat cantik kerana tidak hanya terbentuk disebabkan oleh wap malah turut terhasil daripada asap gunung berapi Klyuchevskaya Sopka," ujarnya.
Menurut Voychuk, walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, lokasi gunung berapi itu yang terletak di Kamchatka merupakan salah satu destinasi yang cantik untuk tujuan fotografi. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3pL1JeaUP 
Hakcipta terpelihara 

Bina istana pasir tertinggi di dunia



SEKUMPULAN 12 orang artis seni bertungkus lumus menyiapkan istana pasir.- AGENSI


FLORIDA – Sebuah binaan istana pasir yang dibina di pantai Virginia Key, Florida dengan menggunakan 1,800 tan pasir bakal dicatatkan sebagai istana pasir tertinggi di dunia.
Sekumpulan 12 artis seni membina istana yang mengagumkan itu dan bertujuan untuk menandingi rekod istana pasir tertinggi yang dicatatkan di bandar Niteroi, Brazil dengan ketinggian 12.6 meter.
ISTANA pasir di pantai Virginia Key, Florida ini bakal mencatat istana pasir tertinggi di dunia.– AGENSI


Proses pembinaan istana pasir itu telah dilakukan sejak tiga minggu lalu dan dijangka siap sepenuhnya hari ini, menurut portal WPLG.
Binaan tersebut juga akan dikekalkan di pantai terbabit sekurang-kurangnya selama tiga minggu.
Kumpulan penilai daripada Guinness World Records akan mengunjungi arca tersebut pada Isnin ini bagi mengukur dan mengesahkan pencapaian terbaharu itu.
Istana pasir berkenaan dibina atas permintaan syarikat penerbangan Turkish Airlines bagi menandakan perkhidmatan sulung syarikat penerbangan itu dari bandar Miami, Florida ke Istanbul, Turki. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3pL14t3dF 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, October 21, 2015

Tasik bertompok kaya mineral


MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
20 OKTOBER 2015
 Spotted Lake

 Spotted Lake

KAWASAN yang terletak berhampiran bandar Osoyoos di Kanada ini menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia.

Spotted Lake atau Tasik Bertompok ini mempunyai kepekatan pelbagai mineral yang sangat tinggi seperti magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat selain perak serta titanium.

Air di dalam tasik itu menyejat sepanjang musim panas dan meninggalkan ‘tompokan’ besar mineral tersebut dalam pelbagai warna bergantung kepada komposisi bahan terbabit.

Ketika Perang Dunia Pertama, mineral dari tasik tersebut telah digunakan untuk pembuatan peluru di timur Kanada.

Pada asalnya, tasik tersebut dimiliki oleh keluarga Ernest Smith selama hampir 40 tahun.

Pada 1979, penduduk pribumi cuba untuk membeli tasik tersebut selepas Smith dikatakan mahu membuka spa di kawasan terbabit.

Pada akhir Oktober 2001, satu perjanjian akhirnya dicapai selepas mereka gagal untuk memujuk Smith supaya menjual kawasan itu selama lebih dua dekad.

Kawasan berkeluasan 22 hektar itu akhirnya dibeli dengan harga AS$720,000 (RM3 juta), lapor amusingplanet.


INFO:

- Ia digelar Kliluk oleh penduduk asal di Lembah Okanagan. Tasik tersebut dianggap sebagai tempat suci.

- Kualiti air terapeutik telah diketahui beribu tahun lalu yang mana penduduk pribumi menggunakan lumpur dan air tasik tersebut untuk menyembuhkan penyakit.

Keunikan spesies Pokok botol


MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
20 OKTOBER 2015
Pokok botol

Pokok botol

BAOBAB adalah nama biasa bagi setiap sembilan spesies pokok genus Adansonia sempena nama naturalis, Michel Adanson.

Daripada sembilan spesies, enam berasal dari Madagascar, dua dari Afrika dan Semenanjung Arab manakala satu lagi spesies adalah dari Australia.

Ia juga dikenali sebagai pokok botol dan mampu mencapai ketinggia 5 hingga 30 meter (m) dengan diameter 7 hingga 11 m.

Batang pokok tersebut dikatakan boleh menyimpan air sehingga 100,000 liter dan dapat hidup selama lebih 500 tahun.

Beberapa spesies tumbuhan ini juga adalah sumber serat, pewarna dan bahan api.

Sejak 2008, pelbagai produk telah dihasilkan daripada pokok tersebut seperti hasil kraftangan, benih baobab dan serbuk buah-buahan kering. - Wikipedia

Jambatan ‘gantung’ hubungkan rumah, pusat beli belah


Dua buah jambatan pejalan kaki dibina pada tingkat 22 bangunan
Dua buah jambatan pejalan kaki dibina pada tingkat 22 bangunan untuk menghubungkan sebuah bangunan kediaman dan pusat beli-belah di bandar Chongqing, barat daya China. AGENSI
BEIJING 20 Okt. – Individu yang takutkan ketinggian pasti tidak akan menghuni sebuah pangsapuri di bandar Chongqing, barat daya negara ini, berikutan tindakan pemajunya membina dua buah jambatan pada tingkat 22 untuk menghubungkan bangunan berkenaan dengan sebuah pusat beli-belah.
Lebih menarik, jambatan yang ‘tergantung’ pada ketinggian 67.9 meter dan 65.8 meter dari atas tanah itu, dibina terbuka tanpa sebarang bumbung sekali gus boleh mengundang bahaya terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Mail Online yang memetik laporan People’s Daily Online melaporkan, setiap jambatan tersebut dibina sepanjang 22.8 meter dan 3.9 meter lebar sambil disokong sebanyak lapan buah kabel keluli.
Malah, pengguna juga boleh melihat bahagian bawah struktur berkenaan menerusi lubang yang terdapat pada bahagian sisi dua jambatan tersebut yang siap pada Di­sember tahun lalu dan Jun tahun ini.
Pembinaan dua infrastruktur itu memudahkan penduduk dan pejalan kaki untuk sampai ke Pusat Beli Belah Kuixing tanpa perlu melalui jalan raya yang sibuk di bawah bangunan.
Media tempatan China menyifatkan, struktur itu sebagai ‘jambatan paling menarik’ di negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jambatan-8216-gantung-8217-hubungkan-rumah-pusat-beli-belah-1.148799#sthash.GkTlZVi8.dpuf

Tuesday, October 20, 2015

Roti Perancis terpanjang di dunia


Milan: Sekumpulan pembuat roti Itali dan Perancis berganding tenaga mencipta roti ‘baguette’ sepanjang 122 meter yang diiktiraf sebagai yang terpanjang di dunia pada Pesta Dunia Expo Milan 2015, semalam.

Hakim Rekod Dunia Guinness mengesahkan roti Perancis itu - yang terkenal dengan bahagian luar keras manakala bahagian dalamnya lembut dan gebu - sebagai yang terpanjang di dunia selepas 60 pembuat roti menghabiskan hampir tujuh jam kelmarin untuk menyiapkannya.


Mereka turut menggunakan ketuhar mudah alih yang direka khas untuk membolehkan roti berkenaan dimasak di luar.

Pembuat roti terbabit menghabiskan 20 meter sejam dan mereka berdepan kesukaran cuaca sejuk selain terpaksa berhati-hati untuk memastikan baguette berkenaan tidak putus.

Pembuat roti, Dominique Anract berkata: “Memang mencabar membuat roti dalam cuaca sejuk seperti ini kerana boleh memberi kesan terhadap doh.

“Tetapi, kami berjaya melakukannya.”

Selain itu, pembuat lepa coklat Nutella, Ferrero, turut menyokong usaha untuk memecahkan rekod baguette sepanjang 111 meter dipegang sebuah rangkaian pasar raya Perancis sebelum ini.

Sebaik disahkan sebagai pemegang rekod baru, roti itu terus dipotong dan disapukan Nutella untuk dikongsikan dengan pengunjung Expo berkenaan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 7:01 AM

PEMBUAT roti Itali dan Perancis berjaya membuat baguette terpanjang dunia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86411#sthash.Fhh1JNlv.dpuf

Tak sah tanpa cili


 250
  3  0 Google +0 Agensi
Beijing: Seorang lelaki di Zhengzhou mempunyai tabiat pelik apabila ketagih cili dengan makan hampir 2.5 kilogram sehari.

Li Yongzhi dikenali sebagai ‘Raja Cili’ turut menanam lapan spesies cili dari seluruh dunia di depan rumahnya.

Li memberitahu wartawan dia gemar makan cili sejak kecil yang diambil tiga kali sehari bersama makan pagi, tengah hari serta malam.

“Saya tidak kisah makan nasi jika tiada daging atau telur, tetapi tanpa cili hidup saya tidak lengkap.

“Rasa pedas menggembirakan saya. Kalau orang lain memulakan pagi dengan menggosok gigi, bagi saya yang perlu dilakukan adalah makan cili dan membilas mulut selepas itu.



Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:09 AM

LI makan 2.5kg cili sehari.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86383#sthash.NOobfsNC.dpuf

Kaki 'Gergasi' Ubah Nasib Mangsa Buli


Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 3:41 PM

CARACAS: Nasib mangsa buli ketika usia awal remaja kerana memiliki kaki 'gergasi' berubah apabila kelebihannya itu berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness.
Pada usia 20 tahun, Jeison Orlando Rodriguez Hernandez menganggap kakinya yang bersaiz gergasi itu membawa tuah apabila ia  membolehkannya bermain sukan kegemaran, bola keranjang.
Hernandez, anak bongsu daripada empat beradik, membesar pada kadar normal sehingga tiba-tiba mengalami lonjakan pertumbuhan pada usia 10 tahun.
Ketika itu, kakinya tiba-tiba membesar dari saiz 5.5 kepada 11 dalam tempoh kurang setahun.
Kaki kanannya kini berukuran 40.1 sentimeter (sm) dan yang kiri 39.6sm atau saiz 32 di United Kingdom.
“Ketika berusia 14 tahun ibu terpaksa menggunakan kain seluar untuk membuat kasut saya, tapi ia hanya bertahan dua atau tiga minggu saja dan ada kadang saya terpaksa berkaki ayam.
“Saya sering dibuli, dihina dan dipukul di sekolah. Walaupun  suka belajar, namun sering trauma dengan layanan di sekolah kerana budak lain memperlakukan saya seperti anak patung,” katanya.
Pembuat kasut khas dari Jerman, Georg Wessels memperkenalkan Hernandez kepada Guinness selepas ke Maracay di barat Venezuela untuk membuat kasutnya.
Rekod sebelum ini dipegang petani Turki, Sultan Kosen dengan saiz kasut 32.

Saturday, October 17, 2015

Tuah, sumpahan kaki gergasi


Caracas: Seorang lelaki berusia 20 tahun memecahkan Rekod Dunia Guinness kerana memiliki kaki terbesar di dunia.

Bagi Jeison Orlando Rodriguez Hernandez, kakinya yang bersaiz gergasi itu bukan saja membawa tuah, tetapi juga satu sumpahan apabila membolehkannya bermain sukan kegemaran, bola keranjang, namun turut menyebabkannya menjadi sasaran pembuli ketika kecil.

Hernandez, anak bongsu daripada empat beradik, membesar pada kadar normal sehingga tiba-tiba mengalami lonjakan pertumbuhan pada usia 10 tahun.

Ketika itu, kakinya tiba-tiba membesar dari saiz 5.5 kepada 11 dalam tempoh kurang setahun.

Kaki kanannya kini berukuran 40.1 sentimeter (sm) dan yang kiri 39.6sm atau saiz 32 di United Kingdom.

“Ketika berusia 14 tahun ibu terpaksa menggunakan kain seluar untuk membuat kasut saya, namun kerana cuma tahan dua atau tiga minggu saya kadangkala berkaki ayam saja.

“Saya sering dibuli, dihina dan dipukul di sekolah. Saya suka belajar, namun sering trauma dengan layanan di sekolah kerana budak lain memperlakukan saya seperti anak patung,” katanya.

Seorang pembuat kasut khas dari Jerman, Georg Wessels memperkenalkan Hernandez kepada Guinness selepas pergi ke Maracay di barat Venezuela untuk membuat kasutnya.

Rekod sebelum ini dipegang petani Turki, Sultan Kosen dengan saiz kasut 32. Sultan juga lelaki tertinggi dunia dengan ketinggian 2.51 meter. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 6:57 AM

KASUT Hernandez (kiri) bersaiz gergasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85808#sthash.k1cUmqrP.dpuf

Pindah rumah selepas beli kereta kebal


Ruang di kediaman tidak cukup luas

Jeff Woolmer bersama anak perempuannya bergambar dengan kereta

Jeff Woolmer bersama anak perempuannya bergambar dengan kereta kebal yang dibeli daripada pusat lelongan dalam talian, baru-baru ini. AGENSI
AVONMOUTH 16 Okt. - Seorang lelaki tidak me­nyangka, tindakannya membeli sebuah kereta kebal daripada pusat lelongan dalam talian memberi ‘masalah’ kepadanya sehingga dia terpaksa mencari rumah lain selepas kenderaan tersebut mengganggu persekitaran kawasan kediamannya.
Menurut laman web mirror.co.uk, Jeff Woolmer, membuat bidaan untuk mendapatkan kereta kebal kegunaan bekas tentera Kanada,di laman web lelong dengan harga 9,000 pound (RM57,400) beberapa bulan lalu.
Woolmer memberitahu, dia terlupa dengan bidaan kereta kebal itu sehinggalah mendapat pang­gilan telefon daripada pusat lelongan berkenaan.
“Ketika di pejabat, saya mendapat panggilan daripada pusat bidaan yang menyatakan saya berjaya membeli kereta kebal seberat tujuh tan itu,” ujar Woolmeer yang merupakan seorang jurutera.
Jelasnya, rakan-rakan di pe­jabatnya tergelak selepas mendapat tahu tentang perkhabaran tersebut.
Dia yang tinggal di kawasan flat terpaksa mencari kediaman lain yang lebih besar memandangkan kereta kebal itu memerlukan ruang yang lebih luas.
“Saya akhirnya berjaya mendapat rumah yang lebih besar di Bradley Stoke dan mempunyai tempat yang lebih selesa untuk meletakkan kereta kesayangan ini,” ujarnya.
Dia memberitahu, sejak berpindah, jiran-jiran di kawasan per­umahan baharu memanggilnya sebagai ‘Tank Man’.
Woolmer berkata, walaupun kereta kebal itu tidak boleh berfungsi, dia merancang untuk ‘menghidupkan’ kereta kebal tersebut menggunakan bateri.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pindah-rumah-selepas-beli-kereta-kebal-1.147362#sthash.J133hq0i.dpuf

Friday, October 16, 2015

China paling ramai bilionair


Shanghai: Sebuah kajian tahunan melaporkan semalam, jumlah bilionair di China kini melebihi golongan itu di Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama dalam sejarah.

Majalah ekonomi Hurun Report melaporkan, China kini mempunyai 596 bilionair - peningkatan 242 orang berbanding tahun lalu, yang jauh menjangkaui 537 bilionair Amerika direkodkan.

Pengerusi Hurun Report, Rupert Hoogewerf berkata dalam satu kenyataan: “Walaupun ekonominya lembab, golongan kaya di China nampaknya tidak terkesan, malah tahun ini nampaknya yang terbaik untuk mereka.”

Menurut laporan itu, usahawan hartanah dan hiburan, Wang Jianlin mengalahkan pengasas Alibaba,
Jack Ma sebagai orang terkaya di China.

Wang - yang mengasaskan syarikat konglomerat Wanda - melihat kekayaannya meningkat lebih 50 peratus kepada AS$34.4 bilion (RM141 bilion) berikutan lonjakan harga sahamnya.

Wang terkenal kerana beberapa pembelian di luar China termasuk penganjur pertandingan Ironman, kumpulan pemasaran sukan Swiss, Infront, dan pegangan dalam kelab bola sepak Sepanyol, Atletico Madrid.

Dia menjadi terkenal pada 2012 selepas membeli rangkaian panggung wayang AS, AMC Entertainment, dengan harga AS$2.6 bilion (RM10.7 bilion).

Sementara itu, Ma tersenarai di tempat kedua dengan kekayaan AS$22.7 bilion (RM93.2 bilion). Tempat ketiga kekal diduduki taikun minuman, Zong Qinghou dari Wahaha dengan kekayaan AS$21 bilion (RM86 bilion) manakala pengasas Tencent yang mengendalikan aplikasi popular WeChat di tempat keempat dengan AS$19 bilion (RM78 bilion).

Pemilik syarikat telefon pintar Xiaomi, Lei Jun pula tersenarai di tempat kelima selepas menggandakan kekayaannya kepada lebih AS$14 bilion (RMRM57 bilion).

Tempat keenam dan ketujuh masing-masing dipegang pemilik Yan Hao syarikat pembinaan China Pacific Construction serta pengasas enjin carian Baidu, Robin Li. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 6:47 AM

WANG (kiri) dan Ma.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85505#sthash.jUN4xaxy.dpuf

Thursday, October 15, 2015

Batu RM99 juta

Agensi
Beijing: Seorang pengumpul batu mendakwa sebiji batu dalam koleksinya bernilai 150 juta yuan (RM99 juta) kerana mempunyai corak dua beruang panda.

Lelaki itu, Li, berkata, corak pada atas batu itu kelihatan membentuk dua haiwan berkenaan, menjadikan batu itu amat berharga kepada peminat batu.

Menurutnya, dia menemui batu itu di pantai Qingdao, timur China, 12 tahun lalu.

Batu itu dikategorikan sebagai basanit, sejenis batu lama yang terbentuk hasil daripada pergerakan magma di dasar laut.

Di belakang, batu itu kelihatan seperti batu biasa.

Menurut Li, di atas batu itu ialah corak dua panda, satu besar dan satu lagi kecil.

Dia memberitahu wartawan, apabila menunjukkan kepada peminat batu lain, ramai yang kagum, malah ada yang menawar untuk membelinya dengan harga 700,000 yuan (RM462,000).

Ketika menunjukkan kepada sebuah syarikat untuk menilai, dia diberitahu harga batu itu boleh mencecah RM99 juta.

Penilaian itu bagaimanapun dipertikaikan beberapa pakar.

Ada yang berkata, nilai batu itu mungkin berpunca daripada penambahan bilangan peminat batu. Ada juga yang berkata, sukar untuk menentukan harga pasaran batu itu kerana tidak ada pihak berkuasa yang dapat mengesahkannya.

Mereka berpendapat, harga yang dinilaikan itu hanya spekulasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:29 AM

BATU yang dikatakan mempunyai corak dua panda.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85300#sthash.5J7NYfUN.dpuf

Wednesday, October 14, 2015

Objek misteri tsunami Jepun cetus kegemparan


Seorang lelaki enggan menghampiri objek misteri itu yang terdampar di sebuah pantai di Jepun. AGENSI
TOKYO 13 Okt. – Kemunculan objek misteri yang terdampar di sebuah pantai di timur Jepun sejurus bencana tsunami yang melanda negara itu pada 2011 membuatkan pengguna dalam talian kini kebingungan sehingga tidak dapat menentukan apakah benda tersebut yang menyerupai makhluk ganjil.
Rakaman video yang diambil penduduk yang terselamat daripada kejadian berkenaan menunjukkan objek besar berwarna putih menyerupai seekor ikan paus terdampar bersama sisa sampah di tepi pantai negara matahari terbit berkenaan.
Video berdurasi 30 saat itu yang dimainkan dengan latar belakang muzik seram turut menunjukkan pelbagai sudut makhluk misteri tersebut dan kini mula tersebar meluas di internet.
Mail Online melaporkan, meskipun makhluk itu menyerupai bentuk seekor ikan paus kecil menerusi pemeriksaan pada jarak dekat, namun objek berkenaan lebih menyamai sebongkah batu besar jika dilihat dari jauh.
Bagaimanapun, penemuan objek ganjil di pantai Jepun selepas bencana yang meragut lebih 18,000 nyawa itu bukanlah yang pertama kali dilaporkan berlaku kerana objek ganjil juga pernah terdampar di sepanjang pantai Amerika.
Kira-kira lima tan serpihan merangkumi sisa rumah, bot, dan pelbagai objek lain terdampar di pantai timur Jepun susulan tsunami yang melanda empat tahun lalu.
Sebanyak 70 peratus daripada serpihan itu tenggelam, manakala 1.5 juta tan sisa berkenaan terapung dan pada 2013, sampah hanyut seluas negeri Texas tersebut bergerak menuju California selepas dibawa arus Lautan Pasifik.
Malah pada April tahun ini, sebahagian daripada bot gentian kaca dapat dikesan terapung di perairan Oregon.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/objek-misteri-tsunami-jepun-cetus-kegemparan-1.146236#sthash.lsnUtSF2.dpuf

Tuesday, October 13, 2015

Lubang misteri sedut air tasik


Lubang misteri sedut air tasik

13 OKTOBER 2015
Lubang misteri sedut air tasik

SEBUAH tasik di Oregon, Amerika Syarikat mempunyai misteri tersendiri di mana pada kebanyakan bulan sepanjang tahun, ia tidak tumpah seperti kebanyakan tasik lain yang aman, bersih dan tenang.

Namun, setiap kali tiba musim sejuk sebuah lubang misteri muncul seolah-olah menyedut kesemua air tasik. Maka tidak hairanlah mengapa tasik ini diberi nama Lost Lake.

Menurut jurucakap Hutan Negara, Jude McHugh, lubang itu telah wujud di dalam kawasan tasik sejak berpuluh tahun lagi, dan sehingga kini apa yang menjadi tanda tanya kepada penyelidik adalah ke mana perginya air kesemua air itu.

Bagaimanapun, ahli geologi menyifatkan fenomena itu adalah disebabkan landskap gunung berapi. Mereka percaya tiub lava di bawah tasik terbentuk apabila lava yang mengalir mengeras berhampiran permukaan dan mengalir ke bawah.

McHugh mendakwa, air tasik mungkin meresap ke bawah permukaan tanah yang poros, masuk semula ke akuifer besar yang seterusnya menjadi mata air untuk Cascades. – Mail Online

Biskut berharga hampir RM65,000?


Biskut berharga hampir RM65,000?

13 OKTOBER 2015
Biskut berharga hampir RM65,000? Biskut berharga hampir RM65,000

WILTSHIRE - BRITAIN. Sekeping biskut yang didakwa sebahagian daripada kit kecemasan yang disimpan di bot simpanan kapal Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08).

Menurut ITV News Reports, biskut itu disimpan oleh seorang penumpang bot SS Carpathia yang membantu operasi menyelamat kapal Titanic.

Penumpang tersebut, James Fenwick menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem Kodak berserta nota tertulis 'Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912'.

Di biskut berkenaan tertulis 'Sallers & Bakers' dan 'Pilot'.

Biskut tersebut dianggap sebagai artifak dan akan dilelongkan melalui Henry Aldridge & Son di Devices 24 Oktober nanti.

Monday, October 12, 2015

35 tahun tak gunting rambut


Yunnan: Seorang wanita memiliki rambut sepanjang 2.52 meter selepas tidak mengguntingnya sejak 35 tahun lalu.

Gu Meiying, etnik Miao yang menetap di wilayah Yunnan amat mudah dikenali kerana dia satu-satunya penduduk tempatan yang memiliki rambut sepanjang itu.

Menurutnya, dia tidak pernah menggunting rambutnya sejak berusia 24 tahun dan ia akan tumbuh sepanjang enam atau tujuh meter setahun.

“Saya menganggap rambut saya sebagai harta dan juga tangkal,” kata Meiying yang juga percaya rambut panjang menyumbang kepada kesihatannya.

Menurutnya, dia pernah ditawarkan 19,000 yuan (RM11,000) untuk rambut itu, tetapi menolaknya.

“Saya mahu terus menyimpan rambut ini dan berhasrat untuk mencatatkan rekod dunia Guinness,” kata wanita itu.

Setiap kali bekerja di ladang, Meiying akan melilit lima kali rambut itu pada kepalanya atau tiga setengah pusingan pada pinggangnya.

Dia juga mengeluh kerana rambutnya mengambil masa seminggu untuk kering apabila dia membasuhnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 6:55 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84380#sthash.iuwjSeHZ.dpuf

Sunday, October 11, 2015

Pelajar Alami Alahan Teruk Jika Ke Sekolah


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:31 AM

SEORANG pelajar perempuan dilaporkan mengalami alahan teruk apabila dia berada dalam kelas.
Tiffiney Blakely, 13, dibawa ke hospital pada minggu lepas selepas mengalami 'lethal anaphylactic shock' apabila berada di dalam kelas untuk memulakan pembelajaran.
Menurut Tiffiney, dia mula rasa gatal-gatal dan kepeningan semasa berada dalam kelas Matematik.
"Saya mula kepanasan dan bengkak-bengkak di badan mula timbul bintik-bintik. Saya juga tidak dapat melihat dengan jelas dan tekak saya semakin sakit. Saya sangat takut seperti saya akan mati," katanya.
Tiffiney berasal dari Grimsby, sebelum ini mengalami alahan dengan kacang.
Doktor percayai alahan yang dialami Tiffiney tiada kaitan dengan kacang.
Sampel cat dan permaidani dari sekolahnya iaitu Akademi John Whitgift di Grimsby telah dihantar untuk mengenal pasti punca sebenar.