Pages

Monday, October 26, 2015

Biskut Titanic dijual RM98,000


London: ‘Biskut paling berharga di dunia’ yang masih disimpan selepas kapal Titanic karam pada 1912 dijual dengan harga 15,000 pound (RM98,000) dalam lelong yang diadakan di United Kingdom, manakala gambar dipercayai menunjukkan bongkah ais yang menyebabkan nahas berkenaan dijual dengan harga 21,000 pound (RM137,000).

Jurulelong Andrew Aldridge dari firma lelong Henry Aldridge & Son berkata, biskut kering Spillers and Bakers Pilot itu yang ditemui dalam kit kecemasan dalam bot keselamatan dijual kepada pengumpul di Greece dan jauh menjangkaui harga jangkaan iaitu antara 8,000 hingga 10,000 pound (RM52,000-RM65,000).

Biskut itu disimpan James Fenwick, penumpang kapal Carpathia yang datang membantu mangsa Titanic yang terselamat.

Dia menyimpannya dalam sampul yang ditulis ‘Biskut Pilot dari bot keselamatan Titanic, April 1912.’



Gambar bongkah ais berkenaan pula dijual jauh menjangkaui 10,000 hingga 15,000 pound (RM97,000) yang dianggarkan pada awalnya.

Kapal Titanic karam selepas empat hari belayar melintasi Lautan Atlantik dari Southampton di England ke New York.

Ia melanggar bongkah ais pada 14 April 1912 mengakibatkan lebih 1,500 terbunuh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:10 AM


BISKUT (kiri) dan gambar bongkah ais dari nahas Titanic.

No comments: