Pages

Monday, August 24, 2015

‘Harta karun’ tersorok


Gunung Berapi Taupo simpan emas, perak

Ahli geosaintis mendedahkan, takungan air bawah tanah yang terletak
Ahli geosaintis mendedahkan, takungan air bawah tanah yang terletak di zon Gunung Berapi Taupo, New Zealand, mengandungi logam emas dan perak yang banyak. AGENSI
AUCKLAND, New Zealand 23 Ogos - Ahli geosaintis mendedahkan bahawa takungan air bawah tanah di zon Gunung Berapi Taupo, New Zealand kaya dengan kandungan emas dan perak.
Laman web UPI.com melaporkan, emas berkualiti tinggi bersama beberapa jenis logam lain yang dilaporkan terhasil daripada mampatan magma dan tekanan air panas itu terdapat di beberapa buah kawasan di gunung berapi berkenaan.
Pengkaji menyatakan, sehingga kini mereka berjaya mengenal pasti enam lokasi takungan air bawah tanah dipercayai mempunyai kandungan emas dan perak yang banyak.
Bagaimanapun, teknologi yang diperlukan bagi mengeluarkan emas dan perak berkenaan dengan selamat masih belum dicipta.
Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh jurnal Geothermics, kandungan emas dan perak yang terdapat di dalam perut bumi Gunung Berapi Taupo boleh mencecah harga berbilion ringgit mengikut harga pasaran.
Seorang ahli geosains dari Universiti Utah, Stuart Simmons berkata, teknologi bagi mengeluarkan mineral bernilai tinggi itu perlu dibangunkan terlebih dahulu kerana ketika ini tidak terdapat peralatan seumpamanya di dunia.
Simmons mencadangkan, proses membawa keluar emas dan perak tersebut dilakukan menggunakan gabungan paip bawah tanah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/8216-harta-karun-8217-tersorok-1.127816#sthash.ViaalubE.dpuf

Saturday, August 22, 2015

Belum masa dunia kiamat

Washington: Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) semalam menafikan khabar angin yang menjadi viral, kononnya dunia akan kiamat bulan depan.
Dalam satu kenyataannya, agensi itu menyifatkan dakwaan beberapa pihak kononnya asteroid akan melanggar bumi September ini sebagai tidak berasas.
Khabar angin itu mula disebarkan oleh satu komuniti berkait dengan teori kitab Bible yang mendakwa asteroid itu akan melanggar bumi antara 15 dan 28 September.
Mereka memberi amaran, kejadian yang diramal berlaku berhampiran Puerto Rico itu akan menyebabkan kemusnahan besar di sepanjang pantai Atlantik dan Teluk Amerika Syarikat, Mexico serta sebahagian besar Amerika Tengah dan Selatan.
Menurut program pengawasan objek hampir dengan bumi NASA, tidak terdapat asteroid atau komet yang boleh memberi kesan kepada bumi pada masa terdekat ini.
Ramalan itu disebarkan oleh paderi Efraid Rodriguez yang mendakwa dia mengetahui mengenai hari kiamat itu daripada Tuhan.
Menurutnya, asteroid itu akan terhempas di lautan dan menyebabkan gempa bumi yang kuat dan tsunami. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:07 AM


GAMBAR hiasan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72216#sthash.2QKycqHa.dpuf

Friday, August 21, 2015

Harta Karun Sepanyol Abad Ke-18 Ditemui Di Florida Amerika Syarikat


Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 7:43 PM
Inilah rupa syiling emas Sepanyol abad ke-18 yang ditemui oleh pencari harta karun di perairan Florida, Amerika Syarikat hujung Julai lalu. Nilai semasa harta karun berkenaan melebih AS$4 juta.

MIAMI: Pencari harta karun telah menemui kepingan syiling emas Sepanyol era abad ke-18 yang kini dianggarkan bernilai AS$4.5 juta di pasaran semasa.
Menurut laporan BBC, sejumlah 350 kepingan syiling emas telah ditemui dan dikutip berhampiran pantai Florida.
Emas berkenaan tidak terusik selama lebih 300 tahun sehinggalah ia ditemui hujung bulan lalu.
Syiling emas berkenaan merupakan sebahagian daripada kargo milik 11 kapal Sepanyol yang tenggelam ketika ribut petir ketika dalam perjalanan pulang dari Cuba ke Sepanyol semula.
Ini adalah penemuan terbesar kedua tahun ini. Jun lalu, para pencari harta karun telah menemui 50 keping wang syiling emas yang dianggarkan bernilai AS$1 juta.
Menurut laporan BBC itu lagi, 350 kepingan wang syiling emas yang baru ditemui itu adalah di kawasan air cetek tidak jauh dari pantai dan ditembusi pasir.
Di bawah undang-undang negeri Florida, kerajaan negeri mempunyai hak sehingga 20% ke atas sebarang keuntungan daripada hasil jualan harta karun yang ditemui di perairannya.
Pencari harta karun yang menemui syiling emas itu, William Bartlett dipetik oleh akhbar-akhbar tempatan sebagai berkata, dia hanyalah seorang pencari harta karun yang sentiasa bermimpi akan satu hari menemui harta sebegini rupa. Dia enggan mendedahkan berapakah jumlah yang akan diperolehinya hasil daripada penemuan tersebut.
Sementara itu, Brent Brisben, yang diberi hak perlesenan untuk mencari harta karun dari kapal Sepanyol itu pula berkata, antara artifek lain yang ditemui oleh pasukannya ialah sembilan keping syiling emas Sepanyol yang jarang-jarang ditemui dan memiliki nilai yang tinggi di pasaran semasa.
Setakat ini hanya terdapat 20 keping syiling emas dari siri berkenaan yang masih wujud di dunia sehingga yang terbaru ditemui Julai lalu.
"Kepingan syiling emas ini adalah edisi terhad yang dibuat atas arahan Raja Sepanyol," kata Brisben.

Nenek lahirkan kembar empat


Annegret Raunigk diiktiraf sebagai wanita paling tua melahirkan
Annegret Raunigk diiktiraf sebagai wanita paling tua melahirkan bayi kembar empat di dunia iaitu ketika berusia 65 tahun. AGENSI
BERLIN 18 Ogos – Seorang nenek diiktiraf sebagai wanita paling tua melahirkan bayi kembar empat di dunia pada usia 65 tahun, lapor Mail Online.
Annegret Raunigk bersama bayinya yang dilahirkan pramatang semasa kandungannya berusia enam bulan setengah, telah pun dibenarkan pulang selepas lebih tiga bulan ditahan di hospital.
Menurut doktor dari Jabatan Neonology Hospital Berlin Charite, anak kembar Raunigk yang dilahirkan melalui proses pembedahan, pada mulanya mengalami masalah berat badan tidak normal berbanding bayi biasa.
“Satu-satunya bayi perempuan kembar berkenaan iaitu Neeta memiliki berat badan 700 gram sahaja ketika dilahirkan dan terpaksa diletakkan di dalam inkubator.
“Namun, semuanya berjalan dengan lancar selepas Neeta bersama tiga abangnya iaitu Bence, Fjonn, dan Dries membesar dengan baik dan sihat dalam masa yang amat singkat,” kata Profesor Christoph Buhrer.
Tambah Buhrer, walaupun dibenarkan pulang ke rumah, kembar tersebut perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan mereka benar-benar sihat.
Pakar memberi amaran, jika kembar tersebut gagal membesar dengan baik mereka berkemungkinan besar bakal menghidap pelbagai jenis penyakit kronik seperti sakit jantung, usus serta komplikasi mata, dan otak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nenek-lahirkan-kembar-empat-1.125959#sthash.CPsEBzqV.dpuf

Kanak-kanak 5 tahun pukau binatang


20 Ogos 2015 1:34 AM
 

Seekor arnab tertidur selepas dipukau dan diusap Han Jiaying yang baru berusia lima tahun. AGENSI


Han Jiaying menunjukkan kemampuannya memukau haiwan sehingga tertidur dalam rancangan realiti Amazing Chinese, baru-baru ini. AGENSI

SHANGHAI 19 Ogos – Seorang kanak-kanak di China mempunyai ‘kuasa luar biasa’ apabila berkemampuan memukau haiwan sehingga tertidur yang membuatkan ramai terpegun dengan kebolehannya.
Daily Mail melaporkan, Han Jiaying yang baru berusia lima tahun bukan sahaja mempunyai keupayaan untuk menidurkan anjing, ayam, arnab, dan katak, malah reptilia seperti iguana dengan hanya mengusap dan menggunakan suaranya sahaja.
Ketika melakukan sebuah persembahan dalam satu program realiti Amazing Chinese di Shanghai baru-baru ini, Jiaying bukan sahaja membuatkan penonton kagum, malah rancangan itu turut dimuat naik dalam laman sosial sehingga mendapat beratus ribu ‘like’.
Lebih 250,000 orang telah menonton video tersebut di seluruh dunia dengan pelbagai reaksi yang rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan bakat dimiliki oleh si cilik tersebut.
Dalam rancangan itu, lima ekor haiwan tertidur sejurus Jiaying mengangkat tangan selepas kesemua binatang tersebut dilihat seolah-olah dipukau.
Kesemua haiwan itu tidur dengan nyenyak sebelum dikejutkan satu persatu selepas beberapa minit dengan satu jeritan oleh kanak-kanak tersebut.
Pada mulanya, anjing dan iguana bangun kemudian mula berjalan-jalan di atas pentas sebelum dikawal oleh Jiaying.
Menurut Jiaying, dia sedar mempunyai bakat itu apabila berjaya ‘memukau’ seekor katak di tadikanya setahun yang lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-5-tahun-pukau-binatang-1.126347#sthash.RkEE2rrT.dpuf

Kanak-kanak 
suka makan objek


Lily Mullins dari Britain mempunyai tabiat pemakanan yang pelik, gemar makan benda yang tidak sepatutnya dimakan. AGENSI
LONDON 20 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan Britain mempunyai tabiat pemakanan yang pelik apabila dia didapati gemar makan benda yang tidak sepatutnya dimakan seperti tuala mandi, sofa dan berus tandas, sebaliknya menolak makanan yang biasa dimakan individu normal.
Keadaan pelik yang dihadapi Lily Mullins, 2, dikenali sebagai Pica, keadaan yang disifatkan sebagai kecenderungan untuk makan objek bukan makanan dan tidak mempunyai sebarang nutrisi, lapor portal Mirror.co.uk.
Mullins tidak akan berhenti menggigit termasuk berus, tempat pancuran, pakaian dan banyak lagi benda lain, malah pernah cuba makan berus tandas.
Keadaan itu membuatkan ibu Mullins, Kate Ovington, 27, perlu sentiasa memantau pergerakan anaknya itu.
“Saya sentiasa bimbang akan apa yang akan cuba dilakukan dan dimakannya selepas ini. Saya cuba memberitahu Mullins bahawa objek yang cuba dimakannya akan membuatkannya rasa sakit, namun kanak-kanak itu tidak memahaminya.
“Dia suka mencabut rambut daripada anak patungnya dan akan memakannya, malah apabila saya melarang, Mullins akan menyorokkan rambut itu di bawah bantalnya sehingga ada kalanya saya sedar saya telah terlambat untuk menghalangnya,’’ kata ibu kepada dua anak tersebut.
Ovington berkata, anaknya mula mempunyai tabiat pemakanan pelik itu, sejak dia masih bayi lagi dan pada awalnya dia tidak mempedulikan perbuatan anaknya itu kerana menyangka ia hanya sifat ingin tahu anaknya seperti kanak-kanak lain.
Sementara itu, jurucakap bagi Challenging Behaviour Foundation berkata, Pica merujuk kepada makan objek yang tidak boleh dimakan, seperti batu, duit syiling, syampu, pakaian dan puntung rokok.
Tambahnya, punca yang mengakibatkan Pica masih tidak jelas dengan kajian bagi mengenal pasti punca tabiat itu agak terhad.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-8232-suka-makan-objek-1.126750#sthash.oB30f5gZ.dpuf

Saintis bangunkan otak dalam makmal


WASHINGTON 19 ogos – Sekumpulan saintis di Universiti Ohio State mendakwa berjaya membangunkan otak manusia bersaiz kecil yang hampir sempurna di dalam sebuah makmal, dalam satu langkah yang boleh membawa kemajuan besar untuk merawat penyakit neurologi.
Imej dikeluarkan Universiti State Ohio memaparkan bahagian otak yang dibangunkan institusi itu. AFP
Menurut laporan universiti itu, seorang profesor bernama Rene Anand sedang membangunkan otak berkenaan yang bersamaan saiz janin lima bulan di dalam piring petri di makmal.
“Walaupun apa yang kami bangunkan bukanlah menyerupai otak sebenar, organ itu mempunyai hampir semua sel genetik seperti di dalam otak,” ujar universiti berkenaan.
Menurut universiti itu, otak yang bersaiz sebiji kacang pea tersebut meliputi pelbagai jenis sel termasuk dari semua bahagian utama otak, namun tidak mengandungi sel dari sistem vaskular.
Otak itu dibangunkan daripada sel kulit manusia dan didakwa merupakan otak yang paling sempurna dari jenisnya.
Anand membentangkan kajiannya itu di sebuah acara kesihatan ketenteraan di Florida semalam.
Universiti Ohio State memaklumkan, Anand dan rakan penyelidiknya telah mengasaskan sebuah syarikat sebagai permulaan bagi mengkomersialkan sistem pertumbuhan otak itu.
Menurut beliau, organ yang dibangunkannya membolehkan ujian dilakukan dengan lebih mudah dan beretika bagi mengetahui kesan dadah terhadap otak, ketika para saintis lain masih mencari penawar untuk penyakit otak dan gangguan sistem saraf. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/saintis-bangunkan-otak-dalam-makmal-1.126385#sthash.MpNJ31qJ.dpuf

Thursday, August 20, 2015

Allah Bayar Tunai !!! 37 Orang Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Bertukar Jadi Monyet Dan Babi !!!


http://hebatsungguh15.blogspot.com/2015/04/hot-allah-bayar-tunai-37-orang-wanita.html





****Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu....

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya....

Seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru....

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah....

Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat....

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai....

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah....

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan....

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tenggelam sekelip mata. Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan....

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi. Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan....

Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan....

Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah....

WaAllahuAlam….

Si baik hati belanja anggota bomba makan


20 OGOS 2015
Si baik hati belanja anggota bomba makan

Si baik hati belanja anggota bomba makan

TINDAKAN seorang pelayan restoran membayar bayaran harga hidangan ahli bomba yang kepenatan selepas 12 jam mengawal kebakaran sebuah gudang menjadi viral dan menyentuh hati pelayar laman sosial.

Perkara tersebut didedahkan dalam sebuah nota oleh pelayan, Liz Woodward, 24, kepada dua orang ahli bomba, Tim Young dan Paul Hullings yang menikmati sarapan di restoran 130 Diner di Delran, New Jersey akhir bulan lalu.

"(Perbelanjaan) sarapan pagi anda saya tanggung hari ini. Terima kasih ke atas apa yang anda lakukan, berkhidmat untuk masyarakat dan pergi ke tempat yang orang lain akan larikan diri," kata Woodward.

"Tidak kisah apa peranan anda, anda adalah berani, penuh semangat dan kuat. Terima kasih. Berehatlah sekarang," akhiri nota tersebut.

Ahli bomba tersebut menangis terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Woodward sebelum meninggalkan restoran tersebut.

Salah seorang ahli bomba berkenaan, Tim Young kemudian kongsi kejadian tersebut di laman Facebook dan mendapat perhatian lebih Young dan Hullings kemudian mendapat tahu Woodward sedang mengumpul dana untuk membantu ayahnya yang quadriplegik, dan mereka bertindak membantu Woodward pula.

Dalam sebuah kempen laman maya GoFundMe, Woodward akhirnya berjaya mengumpul USD67,000 (RM27,4150.60) walaupun sasaran sebenar gadis berkenaan adalah USD17,000 (RM69,560.60)

Berkata kepada Today.com, Woodward mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua ahli bomba tersebut yang membantunya tanpa disangka.

"Ini adalah salah satu contoh bahawa masih terdapat manusia di dunia yang baik hati dan akan berbuat baik kepada manusia lain yang juga berniat murni," ucap Woodward terharu.

Burung ditahan kerana keluar kata-kata kesat


20 OGOS 2015

Burung ditahan kerana keluar kata-kata kesat

Burung  kerana keluar kata-kata kesat Burung berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perhutanan.

NEW DELHI - INDIA. Polis India menahan seekor burung kakak tua atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang warga emas.

Janabai Sakharkar, 85, membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas tidak tahan dengan perilaku burung kakak tua bernama Hariyal yang sering mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Janabai mendakwa, anak tirinya, Suresh melatih burung kakak tuanya itu untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Memetik laporan The Indendent, polis telah memanggil kedua-dua individu berkenaan termasuk menahan burung kakak tua itu.

"Walau bagaimanapun, semasa sesi soal siasat, burung berkenaan hanya diam dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata seperti yang didakwa wanita berkenaan," katanya.

Menurut polis, hubungan kedua-dua individu terbabit tegang berikutan mempunyai masalah berkaitan harta.

Burung berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perhutanan.

Wednesday, August 19, 2015

Pilih mana satu: Duduk rumah atau terbakar?


18 OGOS 2015
Pilih mana satu: Duduk rumah atau terbakar?

Pilih mana satu: Duduk rumah atau terbakar? Djalma Jardin yang maut akibat penyakit genetik Xeroderma Pigmentosum (XP)

SAO PAOLO - BRAZIL. Beratus-ratus penduduk sebuah kampung terpaksa mengelak dari terkena cahaya matahari akibat gangguan genetik Xeroderma Pigmentosum (XP).

Menurut Mirror, 600 daripada 800 penduduk kampung Araras menghidap penyakit berkenaan, dimana kulit mereka rasa seperti 'dibakar' jika terkena cahaya ultra violet (UV).

Seramai 20 penduduk kampung tersebut mempunyai simptom penuh penyakit tersebut yang menyebabkan risiko untuk menghidap kanser kulit semakin tinggi.

Salah seorang daripada mereka, Djalma Jardin maut tidak lama selepas ditemuramah.

"Saya rasa seperti dibakar matahari (jika keluar)," kata Jardin.

Muka Jardin 'hangus' dimamah penyakit XP dan menyebabkan sebelah matanya buta.

"Saya tidur dan keesokan harinya ada kesan (di muka) dan kesan tersebut semakin besar dan membutakan mata saya.

"Jika saya ingin tidur, saya terpaksa menggunakan pita pelekat," katanya selepas salah satu kelopak matanya gagal berfungsi.

Selain itu, seorang abang dan kakak kepada Jardin juga menghidap penyakit sama.

Pengembala tenusu, Deide juga 'kehilangan' sebahagian mukanya akibat penyakit XP.

"Saya terpaksa jalani pembedahan untuk mengeluarkan palate mulut dan rahang kanan.

"Tanpa menggunakan prosthesis (anggota tiruan), saya tidak mampu untuk bercakap," katanya lagi.

Seorang peniaga, Gleice Machado yang tidak menghidap penyakit tersebut gagal mengenal pasti punca sebenar atau asal usul XP.

"Ada yang percaya ianya disebabkan STD (sexual transmitted disease). Ada yang kata ini adalah hukuman dari tuhan," kata Machado yang menggerakkan kempen untuk menyedarkan masyarakat setempat mengenai bahaya penyakit tersebut.

Seorang ahli biologis genetik memberitahu beliau gagal mengenal pasti punca penyakit tersebut 'mengganas' di Araras.

"Kami pergi ke kampung tersebut dan cuba mengenalpasti mutasi genetik yang mereka hidap," kata Dr Carlos Menck.

"Orang awam beranggapan ianya satu penyakit yang merebak, tetapi sebenarnya ia penyakit yang diwarisi," jelas beliau.

Dr Carlos Menck juga orang yang bertanggungjawab memeriksa 600 penduduk yang menghidap penyakit tersebut.

Penyakit tersebut tiada penawar dan doktor hanya mampu menasihati penghidapnya supaya mengelak cahaya matahari jika ingin terus hidup.

Nenek lahirkan kembar empat


Annegret Raunigk diiktiraf sebagai wanita paling tua melahirkan
Annegret Raunigk diiktiraf sebagai wanita paling tua melahirkan bayi kembar empat di dunia iaitu ketika berusia 65 tahun. AGENSI
BERLIN 18 Ogos – Seorang nenek diiktiraf sebagai wanita paling tua melahirkan bayi kembar empat di dunia pada usia 65 tahun, lapor Mail Online.
Annegret Raunigk bersama bayinya yang dilahirkan pramatang semasa kandungannya berusia enam bulan setengah, telah pun dibenarkan pulang selepas lebih tiga bulan ditahan di hospital.
Menurut doktor dari Jabatan Neonology Hospital Berlin Charite, anak kembar Raunigk yang dilahirkan melalui proses pembedahan, pada mulanya mengalami masalah berat badan tidak normal berbanding bayi biasa.
“Satu-satunya bayi perempuan kembar berkenaan iaitu Neeta memiliki berat badan 700 gram sahaja ketika dilahirkan dan terpaksa diletakkan di dalam inkubator.
“Namun, semuanya berjalan dengan lancar selepas Neeta bersama tiga abangnya iaitu Bence, Fjonn, dan Dries membesar dengan baik dan sihat dalam masa yang amat singkat,” kata Profesor Christoph Buhrer.
Tambah Buhrer, walaupun dibenarkan pulang ke rumah, kembar tersebut perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan mereka benar-benar sihat.
Pakar memberi amaran, jika kembar tersebut gagal membesar dengan baik mereka berkemungkinan besar bakal menghidap pelbagai jenis penyakit kronik seperti sakit jantung, usus serta komplikasi mata, dan otak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nenek-lahirkan-kembar-empat-1.125959#sthash.nwnZsu4n.dpuf

Tuesday, August 18, 2015

Misteri kawah Patomskiy


MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
18 OGOS 2015
Misteri kawah Patomskiy

Misteri kawah Patomskiy kawah Patomskiy

PADA 1949, ahli geologi, Vadim Kolpakov telah menemui bukit batu kapur di utara wilayah Irkutsk di tenggara Siberia, kira-kira 360 kilometer dari daerah tengah Bodaibo.

Permukaan atasnya berbentuk seperti kawah dan bukit kecil setinggi kira-kira 12 meter (m) terbentuk di bahagian tengahnya.

Bukit setinggi kira-kira 40 m dan 100 m lebar itu dinamakan Patomskiy sempena nama sungai berhampiran kawasan tersebut, namun ia turut digelar the Fiery Eagle's Nest oleh penduduk tempatan.

Sejak penemuan kawah itu, terdapat pelbagai teori cuba untuk menjelaskan bagaimana ia terbentuk dan ada yang percaya ia akibat kesan hentaman meteorit.

Kewujudannya terus menjadi misteri kerana tiada bukti menunjukkan ia ada kaitan dengan meteorit atau pembentukan gunung berapi baharu.

Saintis tempatan yang melakukan kajian di kawasan sekitar menganggarkan usia kawah tersebut adalah kira-kira 250 tahun.

Sehinga kini, tiada objek seperti serpihan asteroid atau sebarang logam ditemui di kawah terbabit.

Penyelidikan terbaharu yang dilakukan ke atas kawah itu mendapati ia mungkin adalah gunung berapi gas dan bukit yang terbentuk itu dipercayai hasil pembebasan beberapa cecair bawah tanah seperti hidrogen.

Doktor geologi dan sains mineralogi, Alexander Pospeev memberitahu Siberian Times, mereka masih belum dapat membongkar asal usul kewujudan kawah tersebut. - amusingplanet

Isteri malas dipenjara


18 OGOS 2015
Isteri malas dipenjara

Isteri malas dipenjara Isteri malas dipenjara
SEORANG wanita di Mexico terpaksa bermalam dipenjara gara-gara enggan mencuci pakaian kotor suaminya.

Dulce Requena Garcia, 21, menghabiskan 12 jam di penjara Tampico selepas suaminya, Edgar Ivan Perez Alvardo menghubungi polis kerana menuduhnya mengabaikan tanggungjawab sebagai suri rumah.

Akibatnya, Dulce Raquena dikenakan denda penalti kerana menyebabkan gangguan.

Bagi 'mengajar' si isteri, Alvardo bertindak enggan membayar denda tersebut menyebabkan Dulce Raquena dipenjara.

Semasa perbicaraan di mahkamah, Alvaro memberitahu hakim bahawa dia mahu isterinya di penjara untuk tempoh yang lama supaya insaf dengan perbuatannya yang mengingkari perintah suami. - Daily Mail

Lif ke angkasa lepas


Inovasi akan mudahkan pelancaran kapal angkasa, satelit

Syarikat inovatif Thoth Technology mendedahkan lakaran lif berteknologi
Syarikat inovatif Thoth Technology mendedahkan lakaran lif berteknologi moden setinggi 20 kilometer, yang boleh digunakan untuk menghantar kapal angkasa ke angkasa lepas. AGENSI
LONDON 17 Ogos - Sebuah syarikat inovatif dari Kanada mendedahkan sebuah lakaran lif berteknologi moden setinggi 20 kilometer, yang boleh digunakan untuk menghantar kapal angkasa ke angkasa lepas.
Laman web The Telegraph me­laporkan, Thoth Technology memberitahu, lif berkenaan mampu mengurangkan kos penerbangan ke angkasa lepas sebanyak 35 peratus berbanding sebelum ini.
Lif yang dikenali sebagai Menara ThothX itu mempunyai landasan pendaratan pesawat yang juga boleh digunakan untuk aktiviti pelancaran satelit ke angkasa lepas.
“Lif elektrik setinggi 20 kilometer dari paras laut itu boleh mengangkut kapal angkasa sehingga mencecah ruang stratosfera, sekali gus menjadikan penerbangan untuk ke orbit menjadi lebih mudah.
“Ketika ini kapal angkasa memerlukan bahan api yang banyak untuk bergerak ke atmosfera sebelum tiba ke angkasa lepas,” jelas Thoth Technology.
Tambah Thoth Technology, lif tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain antaranya bagi tujuan kajian saintifik, dijadikan sebagai menara komunikasi dan pusat penjanaan tenaga elektrik melalui proses turbin udara.
“Pembinaannya mampu menjadi daya tarikan pelancongan terbaharu kepada penduduk, selain dapat mengurangkan kos penerbangan dan menjadikan aktiviti riadah menjadi lebih mudah,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Thoth Technology, Caroline Roberts.
Sumber melaporkan, Menara ThothX yang tidak didedahkan bila proses pembinaannya akan dijalankan mempunyai ketinggian 20 kali ganda lebih daripada Burj Khalifa di Dubai iaitu setinggi 828 meter.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lif-ke-angkasa-lepas-1.125563#sthash.rhrCRnc2.dpuf

Monday, August 17, 2015

Kampung nelayan unik di Kepulauan Shengsi


rumah-rumah di Kampung Houtou Wan di Kepulauan Shengsi, China
Rumah-rumah di Kampung Houtou Wan di Kepulauan Shengsi, China dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan liar setelah ditinggalkan penduduknya sejak 50 tahun. Agensi
BEIJING 16 Ogos – Sebuah kampung di sebuah pulau di Kepulauan Shengsi yang ditinggalkan penduduknya sejak 50 tahun lalu, menjadi sebuah taman rahsia yang indah selepas ditumbuhi tumbuhan liar.
Portal Oddity Central melapor­kan, kampung Houtou Wan yang terletak di satu daripada 394 pulau di Kepulauan Shengsi, merupakan bekas bandar nelayan yang membangun pesat beberapa dekad lalu tetapi ditinggalkan selepas kawasan itu tidak lagi mampu menampung kadar pertumbuhan penduduk dan industri perikanan di sana.
Pertumbuhan industri perikanan juga menyaksikan kapal-kapal besar tidak dapat lagi berlabuh di pulau tersebut kerana kece­tekan paras air di teluk di pulau itu sehingga mempengaruhi pemba­ngunan di bandar tersebut.
Kini, pokok ivy tumbuh meliar di setiap inci kebanyakan bangunan di kampung tersebut.
Kecantikan pemandangan di kampung tersebut menarik kembali manusia ke pulau tersebut, tetapi bukan untuk tinggal semula di situ, tetapi untuk melihat keindahan pemandangan di pulau berkenaan.
Beratus-ratus pengunjung me­ngunjungi Houtow Wan setiap hari untuk menyaksikan sendiri keunikan bandar lama tersebut.
Sejumlah warga emas yang merupakan bekas penduduk kampung tersebut turut kembali ke pulau berkenaan.
Seorang bekas nelayan, Sun Ayue, 59, juga membuat keputusan untuk tinggal di pulau tersebut tanpa bekalan elektrik dan air.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kampung-nelayan-unik-di-kepulauan-shengsi-1.125075#sthash.iByrH8X8.dpuf

Pencuri Ke-10,000 'Diraikan' Kakitangan Kedai


Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2015 12:01 PM

SATU rakaman video menunjukkan sekumpulan kakitangan bersorak 'meraikan' seorang wanita kerana menjadi pencuri ke-10,000 di kedai mereka sambil menghadiahkan sejambak bunga dan sepotong kek.
Portal Mirror melaporkan rakaman pelik itu bermula dengan seorang pengurus yang teruja mengesan pencuri di premisnya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kemudian mengarahkan kakitangannya membawa satu sepanduk.
Pengurus tersebut turut memaklumkan kepada pengawal keselamatan supaya menahan suspek bagi membolehkan mereka membuat gurauan terhadap wanita berkenaan.
Wanita tersebut kemudiannya dihadiahkan sejambak bunga dan sepotong kek dengan kumpulan pemuzik memainkan muzik.
Malah, pengurus terbabit meletakkan topi parti ke atas kepala wanita berkenaan.
Bagaimanapun wanita berkenaan secara jelas tidak dapat menerima layanan itu dan berlalu pergi. 

Dapat empat menantu sekali gus


Syed Mustafa dan isteri, Tuan Azizah (duduk tengah) bergambar bersama empat anak perempuan serta menantu mereka, semalam.
MARANG – Pasangan suami isteri, Syed Mustafa Tuan Seman dan Tuan Azizah Tuan Chik yang menetap di Kampung Pusu Tiga, Bukit Payong di sini, semalam, bersyukur kerana menerima empat menantu serentak.

Syed Mustafa dan isterinya mengambil keputusan untuk mengadakan majlis persandingan serentak untuk empat anak perempuan mereka di kediaman mereka.

Anak perempuan mereka iaitu Tuan Syarifah Noor Juliana, 26, mengahwini Mohd Muhaimin, 27, manakala Tuan Syarifah Noor Syuhada, 25, dengan pasangannya Mohd Amzar, 28, dan Tuan Syarifah Nur Shuhalai, 23, dengan Mohd Nor Azli, 29.

Sementara itu, Tuan Syarifah Nur Saibah, 20, pula mengahwini Muhammad Afifuddin, 29.
Majlis kenduri perkahwinan keempat-empat adik-beradik itu dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.

Tuan Mustafa berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dirancang itu akhirnya berlangsung seperti yang diharapkan.

Kata bapa tujuh anak itu, persandingan serentak itu merupakan idea anak perempuannya dan turut dipersetujui olehnya dan isteri serta ahli keluarga yang lain.

Saturday, August 15, 2015

Emirates lancar penerbangan paling jauh di dunia


15 Ogos 2015 1:24 AM


Syarikat Penerbangan Emirates akan memulakan penerbangan Dubai ke Panama City pada bulan Februari tahun depan. AGENSI

DUBAI 14 Ogos – Syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates akan melancarkan penerbangan paling jauh dan paling lama di dunia dengan melibatkan masa selama 17 jam dan 35 minit.
Menurut portal Daily Mirror, penerbangan dua hala itu dijadualkan bermula seawal Februari tahun depan, berlepas dari Dubai ke Panama City menggunakan sejumlah pesawat jenis Boeing 777-200LR.
Jelas laporan itu, kos tiket bagi penerbangan tersebut kira-kira 1,300 pound (RM7,977) melibatkan jarak perjalanan 13,830 kilometer, sekali gus mengetepikan perjalanan paling jauh setakat ini oleh syarikat penerbangan Australia, Qantas dari Sydney ke Dallas, Amerika Syarikat (AS) dengan dipisahkan jarak 16 kilometer.
Pemilik Emirates, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum berkata, Pa­nama City akan menjadi laluan pertama syarikatnya ke tengah benua Amerika dan dijangka dikembangkan lagi ke destinasi lain.
“Penumpang akan mempunyai pilihan untuk mengembara ke be­nua Amerika, Caribbean, dan utara bahagian Amerika Selatan dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan Emirates di Dubai,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pre­siden Republik Panama, Isabel Saint Malo de Alvarado berkata, usaha Emirates mengembangkan rangkaian penerbangan ke benua Amerika menunjukkan kejayaan di­plomatik untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran negaranya.
“Panama akan menjadi laluan baharu yang menghubungkan rantau Asia Barat secara terus, sekali gus memberi keuntungan yang besar kepada negara ini dan Amerika Latin,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/emirates-lancar-penerbangan-paling-jauh-di-dunia-1.124515#sthash.Wh5cyqzJ.dpuf

Friday, August 14, 2015

Tanam telinga pada lengan

Sydney: Seorang artis Australia merancang menyambungkan ‘telinga’ yang ‘ditanam’ di lengannya sejak beberapa tahun lalu ke Internet supaya orang ramai boleh mendengar dan menjejak pergerakannya.
Projek oleh profesor dari Universiti Curtin itu, dikenali sebagai Sterlac, adalah yang terbaru dalam beberapa siri karya yang meneroka penggabungan robotik, prostetik dan tubuh manusia.
“Internet semakin banyak digunakan oleh orang ramai untuk mendapatkan pelbagai pengalaman. Bayangkan jika saya mampu mendengar melalui telinga seseorang di New York dan pada masa sama melihat melalui pandangan mata seseorang yang berada di London,” katanya.
Mikrofon kecil dengan sambungan Internet tanpa wayar akan dimasukkan ke dalam ‘telinga’ berkenaan, manakala orang ramai boleh menjejaknya menggunakan alat GPS yang turut dimuatkan pada telinga itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 8:55 AM


STERLAC menunjukkan telinga yang ‘ditumbuhkan’ di lengannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/70055#sthash.2zDaDIWk.dpuf

Lelaki China miliki ular berkepala dua


Anak ular tedung berkepala dua milik Huang dihantar ke Zoo Nanning
Anak ular tedung berkepala dua milik Huang dihantar ke Zoo Nanning untuk rawatan pakar kerana enggan makan dan minum sejak menetas kira-kira 10 hari lalu. AGENSI
BEIJING 13 Ogos – Seorang lelaki China yang membela ular untuk menampung kehidupannya, dikejutkan dengan penemuan seekor anak ular tedung yang berkepala dua, baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online, pemilik ular itu yang hanya dikenali sebagai Huang, me­nyedari keunikan ular ber­kenaan kira-kira 10 hari lalu di sangkar ular miliknya di Yulin, selatan China.
Jelas laporan tersebut, pada asalnya Huang mahu menjual reptilia itu yang dijangka boleh mengaut keuntungan besar, tetapi menyedari ular sepanjang 20 sentimeter berkenaan tidak mahu makan atau minum.
Susulan itu, Huang bertindak menghantar anak ular terbabit ke Zoo Nanning untuk dirawat oleh pakar.
Seorang pakar zoo itu yang enggan dikenali berkata, setakat ini anak ular tersebut masih enggan makan dan hanya menukar kulit sekali sahaja, tetapi mereka teruja dengan kemampuan reptilia terbabit untuk hidup selama 10 hari.
Bagaimanapun, pakar zoo tidak pasti tempoh ular berkenaan mampu bertahan jika masih enggan makan atau minum.
Kebiasaannya ular berkepala dua boleh hidup selama beberapa bulan dan ada laporan yang mendakwa seekor ular yang mempunyai keunikan sama bertahan selama 20 tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-china-miliki-ular-berkepala-dua-1.123914#sthash.DdwMwmBT.dpuf

Thursday, August 13, 2015

Jerung paling besar pernah dirakam?

Jerung paling besar pernah dirakam?

Sedutan video yang dimuatnaik Mauricio Hoyos Padilla pada Isnin lepas

MEXICO CITY - MEXICO. Seekor jerung yang berukuran 20 kaki panjang dan berusia 50 tahun didakwa jerung terbesar pernah dirakam oleh penyelidik.

Laporan CNN mengatakan sekumpulan penyelidik, Pelagios Kakunja yang menamakan jerung tersebut 'Deep Blue' berjaya merakam haiwan berkenaan berdekatan pulau Guadaluope.

Pengarah Pelagios Kakunja, Mauricio Hoyos Padilla memuatnaik video tersebut ke laman sosial Facebook Isnin lepas dan berjaya menarik perhatian hampir 3 juta pelayar.

Kumpulan penyelidik juga sedang menjalankan kempen mengumpul dana untuk melindungi jerung 'Deep Blue' tersebut.

Difahamkan, video yang dirakam pada 2013 tersebut adalah untuk kegunaan sebuah dokumentari di Discovery Channel pada 2014.

Pelayar laman sosial kebanyakannya terkejut dengan saiz jerung tersebut.

"Ini salah satu video terbaik pernah salah satu lihat. Saiz jerung tersebut sangat mengejutkan!" kata Benjamin.

"Video yang sangat menarik, kawan! Saya terkejut selepas televisyen tempat menyiarkan video ini di televisyen. Sangat hebat!" kata Phil.

"Jerung ini sebesar kereta kebal. Sebuah kereta kebal!" kata Sharon terkejut.