Pages

Thursday, August 20, 2015

Burung ditahan kerana keluar kata-kata kesat


20 OGOS 2015

Burung ditahan kerana keluar kata-kata kesat

Burung  kerana keluar kata-kata kesat Burung berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perhutanan.

NEW DELHI - INDIA. Polis India menahan seekor burung kakak tua atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang warga emas.

Janabai Sakharkar, 85, membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas tidak tahan dengan perilaku burung kakak tua bernama Hariyal yang sering mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Janabai mendakwa, anak tirinya, Suresh melatih burung kakak tuanya itu untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Memetik laporan The Indendent, polis telah memanggil kedua-dua individu berkenaan termasuk menahan burung kakak tua itu.

"Walau bagaimanapun, semasa sesi soal siasat, burung berkenaan hanya diam dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata seperti yang didakwa wanita berkenaan," katanya.

Menurut polis, hubungan kedua-dua individu terbabit tegang berikutan mempunyai masalah berkaitan harta.

Burung berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perhutanan.

No comments: