Pages

Saturday, August 8, 2015

Kejam, ikan paus dipotong hidup-hidup


Badan ikan paus (kiri) yang dipotong dan ikan masih bernafas (kanan) ketika proses memotong.
SEBUAH video yang dimuatnaik ke laman YouTube dikecam majoriti pelayar dan aktivis haiwan liar kerana memotong badan ikan paus gergasi yang masih hidup.

Video mengerikan tersebut menunjukkan ikan paus gergasi jenis Whale Shark yang masih bernafas dipotong sedikit demi sedikit bermula dari bahagian ekor.

Menurut South China Morning Post, kejadian tersebut berlaku di Guandong, China.

Selama dua minit proses memotong tersebut berjalan, kedengaran orang ramai yang berada di sekitar ikan paus tersebut bersorak sambil segelintir dari mereka merakam menggunakan telefon bimbit.

Video tersebut yang dimuatnaik semalam kini sudah menarik perhatian lebih 60,000 pelayar, di mana lebih seratus pelayar memberikan tanda 'tidak menyukai' video berkenaan.

"Saya bukan aktivis, tapi mereka menjerit kegembiraan ketika ikan tersebut dipotong. Kenapa?" kata pelayar yang menggunakan nama samaran Wharg.

"Okey, potong dan makan. Tapi kenapa tidak dibunuh terlebih dahulu? Saya tak dapat dibayang penyeksaan yang dilaluinya!" kata Nira Katsumi.

Rakaman tersebut yang di China telah menyebabkan beberapa pelayar memberi komen tidak elok mengenai benua Asia.

"Perkara paling teruk adalah orang Asia tidak memikul tanggungjawab ke atas budaya mereka. Mereka menutup mata bila ikan paus dipotong atau anjing digoreng (sebagai makanan)," kata Anonymous.

Sementara itu, Pengarah Pemuliharaan Shark Trust, Ali Hood memberitahu, video tersebut sangat mengerikan.

"Melihat haiwan hebat dilayan tanpa ehsan menguatkan lagi Shark Trust untuk memperhebatkan kempen kesedaran tentang haiwan-haiwan tersebut," katanya Ali dipetik Dailymail.

Menurut beliau, bangkai seekor Whale Shark mampu mencecah USD30,000 (RM118,290) dimana dagingnya dijadikan makanan dan siripnya dijual kepada restoran.

"Whale Shark mendapat permintaan tinggi kerana sirip, daging dan minyak hatinya.

"Walaupun Whale Shark tersenarai dalam lindungan Konvensyen Spesis Migrasi, undang-undang selalu gagal mengesan aktiviti-aktiviti seperti tangkapan haram," jelasnya lagi.

Selain dijadikan makanan, bahagian-bahagian tertentu Whale Shark seperti kulit boleh diproses menjadi beg dan minyak hatinya dijadikan sebagai produk kesihatan.
Kejam, ikan paus dipotong hidup-hidup
Badan ikan paus (kiri) yang dipotong dan ikan masih bernafas (kanan) ketika proses memotong.
SEBUAH video yang dimuatnaik ke laman YouTube dikecam majoriti pelayar dan aktivis haiwan liar kerana memotong badan ikan paus gergasi yang masih hidup.

Video mengerikan tersebut menunjukkan ikan paus gergasi jenis Whale Shark yang masih bernafas dipotong sedikit demi sedikit bermula dari bahagian ekor.

Menurut South China Morning Post, kejadian tersebut berlaku di Guandong, China.

Selama dua minit proses memotong tersebut berjalan, kedengaran orang ramai yang berada di sekitar ikan paus tersebut bersorak sambil segelintir dari mereka merakam menggunakan telefon bimbit.

Video tersebut yang dimuatnaik semalam kini sudah menarik perhatian lebih 60,000 pelayar, di mana lebih seratus pelayar memberikan tanda 'tidak menyukai' video berkenaan.

"Saya bukan aktivis, tapi mereka menjerit kegembiraan ketika ikan tersebut dipotong. Kenapa?" kata pelayar yang menggunakan nama samaran Wharg.

"Okey, potong dan makan. Tapi kenapa tidak dibunuh terlebih dahulu? Saya tak dapat dibayang penyeksaan yang dilaluinya!" kata Nira Katsumi.

Rakaman tersebut yang di China telah menyebabkan beberapa pelayar memberi komen tidak elok mengenai benua Asia.

"Perkara paling teruk adalah orang Asia tidak memikul tanggungjawab ke atas budaya mereka. Mereka menutup mata bila ikan paus dipotong atau anjing digoreng (sebagai makanan)," kata Anonymous.

Sementara itu, Pengarah Pemuliharaan Shark Trust, Ali Hood memberitahu, video tersebut sangat mengerikan.

"Melihat haiwan hebat dilayan tanpa ehsan menguatkan lagi Shark Trust untuk memperhebatkan kempen kesedaran tentang haiwan-haiwan tersebut," katanya Ali dipetik Dailymail.

Menurut beliau, bangkai seekor Whale Shark mampu mencecah USD30,000 (RM118,290) dimana dagingnya dijadikan makanan dan siripnya dijual kepada restoran.

"Whale Shark mendapat permintaan tinggi kerana sirip, daging dan minyak hatinya.

"Walaupun Whale Shark tersenarai dalam lindungan Konvensyen Spesis Migrasi, undang-undang selalu gagal mengesan aktiviti-aktiviti seperti tangkapan haram," jelasnya lagi.

Selain dijadikan makanan, bahagian-bahagian tertentu Whale Shark seperti kulit boleh diproses menjadi beg dan minyak hatinya dijadikan sebagai produk kesihatan.

Belut raksasa muncul di Gorontalo


Noval bersama belut raksasa yang ditangkapnya.
NOVAL bersama belut raksasa yang ditangkapnya.
GORONTALO - Seekor belut `
‘raksasa’ dengan panjang lebih 
satu meter ditemukan nelayan di Danau Limboto di daerah ini, Selasa lalu.
Penemuan itu nyata menggemparkan penduduk di sekitar Danau Limboto yang pertama kali melihat saiz belut berkenaan yang amat besar.
Liputan6.com melaporkan, penduduk sekitar yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan baru pertama kali melihat belut seperti itu yang dianggarkan seberat 80 kilogram.
Seorang penduduk, Noval 
berkata, dia terkejut apabila 
berjaya menangkap belut tersebut.
“Saya terkejut kerana dapat belut itu, sekarang saya mahu jual kalau ada yang memberi tawaran tertinggi,’’ kata Noval.
Noval menjelaskan, oleh kerana saiz belut itu terlalu besar, 
sebanyak dua orang diperlukan 
untuk mengangkat haiwan 
berkenaan ke permukaan air.
Ketika ini, Noval menyimpan belut itu di rumahnya yang terletak di mukim Telaga.
Tambah Noval, buat masa ini, dia telah diberikan tawaran 
sebanyak 900,000 rupiah 
(RM 254) untuk menjual belut raksasa itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/belut-raksasa-muncul-di-gorontalo-1.121761#sthash.1H5YzTSD.dpuf

Sembelih ratusan ayam tanda syukur


Penduduk Kampung Gedangrejo, Karangmojo, Gunung Kidul mengadakan
PENDUDUK Kampung Gedangrejo, Karangmojo, Gunung Kidul mengadakan upacara cing-cing goling dengan menyembelih ratusan ekor ayam.
GUNUNG KIDUL, Yogyakarta – Penduduk Kampung Gedangrejo, Karangmojo di sini mengadakan upacara cing-cing goling dengan menyembelih hampir 500 ekor ayam, Isnin lalu.
Acara itu diadakan sebagai melahirkan rasa kesyukuran mereka di atas hasil tuaian yang mereka peroleh pada tahun ini di empangan Kali Dawe.
Ratusan ekor ayam yang disembelih itu kemudiannya dijadikan ‘ingkung’ yang merupakan cara menghidangkan ayam itu bagi melengkapkan majlis berkenaan.
Pemangku ketua kampung, Sugiyanto menjelaskan, ingkung akan dihidangkan dengan nasi yang dimasak dengan santan atau dikenali sebagai nasi gurih bersama lauk pauk lain sebelum dibacakan doa dan diberikan kepada pengunjung.
“Jika dikira, hampir 500 ekor ayam disembelih hari ini bagi melengkapkan upacara ini,’’ kata Sugiyanto sebagaimana lapor portal merdeka.com.
Selain diadakan sebagai bentuk kesyukuran, upacara itu diadakan untuk melindungi budaya masyarakat setempat, apatah lagi semakin ramai golongan muda tidak mengenali adat tersebut.
“Memelihara dan melindungi budaya, jadi tidak hanya sebagai rasa syukur kepada tuhan atas rezeki yang melimpah,’’ katanya.
Salah satu kelainan dalam upacara cing-cing goling, tukang masak tidak akan merasa masakan mereka kerana mereka percaya tindakan itu akan membawa musibah kepada keluarga.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sembelih-ratusan-ayam-tanda-syukur-1.121763#sthash.1Oo9v56n.dpuf

Ambil masa empat jam meniti tali setinggi 200 meter


Bruno GRACIANO sempat merakamkan pemandangan indah di Rio de Janeiro
BRUNO GRACIANO sempat merakamkan pemandangan indah di Rio de Janeiro ketika seorang pelagak ngeri meniti kabel pada ketinggian 200 meter, baru-baru ini. AGENSI
RIO DE JANEIRO 7 Ogos – Tiga pelagak ngeri mengambil masa selama empat jam untuk menamatkan cabaran meniti tali setinggi 200 meter yang menghubungkan beberapa bangunan ke puncak sebuah bukit di sini, baru-baru ini.
Aksi mendebarkan itu yang dilakukan oleh Ighor Pereira, Mitsu Kawaguchi dan Marcio Cardoso, sempat dirakamkan oleh jurugambar profesional tempatan, Bruno Graciano, 28.
Malah ketiga-tiga pelagak ngeri itu seolah-olah tidak berdepan sebarang ketakutan ketika mengimbangi badan untuk meniti tali yang berada pada ketinggian melebihi roda besar London Eye, yang menuju ke puncak Bukit Morro Cantalgo.
Graciano berkata, dia berasa bertuah kerana dapat merakamkan aksi memukau mereka itu yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
Tambahnya, selain merakamkan aksi lagak ngeri, dia tidak melepaskan peluang mengambil gambar indah pemandangan Tasik Rodrigo de Freitas.
“Saya berasa teruja untuk mengambil gambar pemandangan indah bandar raya Rio de Janeiro.
“Malah saya rasa gembira kerana berada di puncak bukit untuk melihat aksi mendebarkan pelagak ngeri meniti tali pada ketinggian 200 meter,” katanya seperti laporan portal Mirror.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ambil-masa-empat-jam-meniti-tali-setinggi-200-meter-1.121825#sthash.R4JeQeqG.dpuf

Kanak-kanak jadi datuk bandar AS


James Tufts
James Tufts
MINNESOTA 7 Ogos – Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, James Tufts menjadi Datuk Bandar Amerika Syarikat (AS) paling muda selepas memenangi pemilihan Datuk Bandar Dorset di sini.
Portal Mirror melaporkan, Tufts mengikut jejak langkah abangnya, Robert, 6, yang berkhidmat sebanyak dua penggal sejak umur empat tahun sebagai pemimpin rasmi dalam pentadbiran di bandar berkenaan.
Tufts sebelum ini meluangkan banyak masa berbual bersama pengundi dan menarik perhatian penduduk Dorset seramai 22 orang itu dengan janji akan membelikan mereka aiskrim jika menang.
Ibu kanak-kanak tersebut, Emma yang bekerja sebagai penyelaras perkhidmatan makanan berkata, anaknya itu gembira apabila diumumkan sebagai pemenang.
“Mereka menyambut kemenangan itu dengan bermain dan mengecat muka mereka. Kami bangga dengan usaha yang mereka lakukan untuk menjadi datuk bandar,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-jadi-datuk-bandar-as-1.121827#sthash.cxtr7Rx8.dpuf

Gambar kanggaru peluk anak patung jadi perhatian


Gelagat Doodlebug memeluk sebuah patung anak beruang menarik perhatian
Gelagat Doodlebug memeluk sebuah patung anak beruang menarik perhatian dan menyentuh perasaan dalam kalangan pengguna media sosial di Australia. AGENSI
SYDNEY 7 Ogos – Gambar seekor anak kanggaru yatim yang sedang memeluk sebuah anak patung beruang berjaya menarik perhatian dan menyentuh perasaan dalam kalangan pengguna media sosial di Australia.
Gambar mengharukan itu yang menunjukkan haiwan juga memerlukan kasih sayang dimuat naik oleh penasihat media kepada Senator Peter Whish Wilson, Tim Beshara menerusi akaun Twitter beliau, baru-baru ini.
Kanggaru kelabu timur diberi nama Doodlebug itu kini dipelihara oleh Gillian Abbott, ibu kepada Beshara yang tinggal di daerah Northern Rivers di New South Wales.
Beshara memberitahu akhbar Daily Mail yang kemudian dipetik portal Independet.ie, haiwan itu mungkin terjatuh daripada kantung ibunya atau ibunya telah mati.
“Doodlebug baru berusia beberapa bulan apabila haiwan itu diserahkan kepada syarikat hidupan liar milik ibu saya, WIRES,’’ katanya.
Beshara berkata, sejak detik itu, ibunya memelihara Doodlebug sehingga kesihatannya kembali pulih dan kini haiwan tersebut bergerak bebas berhampiran hutan dan hanya kembali ke rumah wanita berkenaan sekali sekala untuk makan atau dipeluk.
Menurut pemerhatian Beshara, haiwan dilihat bertindak balas terhadap permainan dalam cara yang saya dilakukan kanak-kanak.
“Mereka menganggap anak patung sebagai seorang rakan,’’ tambah Beshara.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gambar-kanggaru-peluk-anak-patung-jadi-perhatian-1.121829#sthash.FjpRCGcB.dpuf

Friday, August 7, 2015

Wanita telan sedozen paku



Memetik NetEase News, keluarganya berkata, wanita itu mampu menelan sedozen paku dengan hanya sekali telan.

Wanita tersebut kini telah menjalani tiga pembedahan berasingan dan menurut doktor, hampir 2 paun paku berjaya dikeluarkan dari perut wanita itu.

"Jika sebatang paku mempunyai berat 1 gram, ini bermakna wanita itu menelan 900 paku dan makan lebih dari sebatang paku sehari," katanya.

Tabiat pemakanan ini bagaimanapun tidak menjejaskan kesihatan dan organ wanita itu setakat ini.

Imbasan xray menunjukkan paku dalam perut wanita berkenaan.

Wanita tidak sedar kandungkan janin selama 60 tahun



AGENSI - imbasan X-ray menunjukkan janin yang terdapat dalam rahim Meléndez.


LA BOCA, Chile – Doktor yang merawat seorang wanita tua berusia 91 tahun di sini mendapati warga emas itu sebenarnya hamil sejak lebih 60 tahun lalu.
Pegawai perubatan yang merawat Estela Meléndez menemui janin itu selepas melakukan imbasan X-ray ke atas abdomen wanita berkenaan.
Doktor sebelum itu memberitahu Meléndez bahawa dia memerlukan pembedahan kerana terdapat satu ketumbuhan di dalam perutnya.
Para pegawai perubatan bagaimanapun terkejut apabila mendapati ketumbuhan itu sebenarnya janin yang telah berada di rahim wanita itu selama lebih enam dekad.
“Sepanjang berkahwin saya tidak dikurniakan anak sehingga membuatkan kami hidup merana,” kata Meléndez.
Suami Meléndez meninggal dunia pada Januari lepas pada usia 91 tahun. Doktor pada awalnya merancang untuk membuang janin tersebut tetapi menyatakan operasi pembedahan melibatkan seorang wanita 91 tahun adalah lebih berisiko berbanding membiarkannya di dalam kandungan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3i50xWne9 
Hakcipta terpelihara 

Meluncur di ‘udara’


Lexus hasilkan papan luncur mampu ‘terbang’

papan selaju futuristik atau `hoverboard yang mampu terbang
BARCELONA 6 Ogos - Syarikat kereta jenama mewah, Lexus didakwa berjaya menghasilkan papan luncur futuristik atau ‘hoverboard’ yang mampu terbang menerusi satu klip video demonstrasi yang kini tersebar meluas di Internet.
Teknologi baharu menyamai saiz papan luncur sebenar dan pernah ditunjukkan dalam filem Back to the Future II itu diperkenalkan dalam satu demonstrasi yang diadakan di sebuah taman papan luncur khas di Barcelona, Sepanyol.
Bagaimanapun, hoverboard diberi nama ‘Slide’ yang berukuran 75 sentimeter (cm) panjang dengan berat 11.5 kilogram dan mampu terbang setinggi 5 cm itu hanya boleh digunakan di trek khas dan agak sukar untuk dikendalikan.
Slide yang hanya mampu menampung berat sehingga 199 kilogram, boleh digunakan secara maksimum selama 30 minit.
Video promosi yang dimuatnaik di laman perkongsian video YouTube oleh syarikat itu memaparkan aksi pemain papan luncur profesional, Ross McGouran menaiki hoverboard berkenaan di sekitar taman khas di Barcelona.
Pada video pertama demonstrasi teknologi itu, Lexus enggan mendedahkan kepada umum bagaimana Slide berfungsi.
Bagaimanapun, cara Slide berfungsi didedahkan dalam video kedua.
Jelas Lexus, hoverboard itu terapung hasil operasi cecair nitrogen yang digunakan untuk menyejukkan superkonduktor sehingga 321 darjah di bawah paras beku supaya teknologi itu boleh menolak magnet daripada logam yang terdapat di bawah trek sekali gus menjadikannya terapung.
“Tidak ada perkara yang mustahil. Apa yang perlu adalah memikirkan bagaimana untuk melakukannya,’’ kata Ketua Jurutera Lexus, Haruhiko Tanahashi.
Sementara itu, Lexus masih enggan untuk mendedahkan butiran tentang Slide dapat dipasarkan apatah lagi harganya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/meluncur-di-8216-udara-8217-1.121416#sthash.p1t5Rozo.dpuf

Thursday, August 6, 2015

Jepun Sambut Peristiwa Pengeboman Hiroshima Ke-70


Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 9:49 AM

HIROSHIMA: Jepun pada Khamis menyambut ulang tahun memperingati peristiwa pengeboman bom atom di Horshima dan Nagasaki kali ke-70.
Dalam sambutan yang turut dihadiri oleh pegawai dari Washington menyaksikan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bertafakur selama beberapa minit pada pukul 8.15 pagi.
Hiroshima musnah pada tarikh sama iaitu hari ini (6 Ogos) apabila sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) B-29 yang dinamakan Enola Gay menjatuhkan bom atom bernama 'Little Boy'.
Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya.
Seramai 140,000 penduduk dilaporkan terbunuh dalam kejadian berkenaan termasuk mereka yang berjaya menyelamatkan diri akibat kesan radioaktif.
Selang tiga hari, iaitu pada 9 Ogos, Nagasaki turut diserang oleh bom atom sehingga mengakibatkan 70,000 penduduk terbunuh.
Akibat serangan berkenaan, Jepun mengaku kalah dalam perang dunia kedua pada 15 Ogos 1945.
Pada majlis memperingati peristiwa tersebut, Duta AS di Jepun, Caroline Kennedy turut menziarahi Taman Memorial Keamanan di Hiroshima.
Tags / Kata Kunci:

Bangkai ikan pelik di Britain


LONDON 5 Ogos – Penemuan bangkai seekor ikan pelik sepanjang kira-kira 1.52 meter di Tasik Hollingworth di Rochadale, Greater Manchester pada awal minggu ini menggemparkan penduduk dan media sosial.
Bangkai ikan yang ditemukan di sebuah tasik di Greater Manchester, England yang menggemparkan penduduk dan media sosial. Agensi
Portal Daily Mail melaporkan, ikan tersebut yang mempunyai gigi tajam dan penuh mengejut mereka yang beriadah di tasik tersebut.
Gambar-gambar yang disiarkan di media sosial oleh mereka yang melihat bangkai ikan tersebut mecetuskan perdebatan, sama ada ikan itu merupakan sejenis haiwan purba atau ikan pike.
Seorang jurujual, Jonny Beckett, 32, berkata, dia terkejut apabila melihat bangkai ikan tersebut ketika bersiar-siar dengan kekasihnya, Suzanne.
“Saya ingat bangkai itu seekor buaya atau haiwan purba dan saya terus mengambil gambarnya.
“Bangkai itu sangat besar. Sekumpulan kanak-kanak melihat saya mengambil gambar bangkai ikan itu dan mereka menjadi takut,’’ katanya.
Seorang lagi saksi, Myron Szymanskyj berkata, giginya lengkap dan mulutnya sebesar penumbuk tangan.
“Tetapi bangkai itu berbau sangat busuk,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bangkai-ikan-pelik-di-britain-1.120953#sthash.xHAp1RMp.dpuf