Pages

Thursday, July 9, 2015

Tiada perikemanusiaan


Ibu biarkan anak hidup dalam kandang babi

Semasa dijumpai pekerja sosial, badan Liu Hongbo diselaputi najis
SEMASA dijumpai pekerja sosial, badan Liu Hongbo diselaputi najis babi selepas dibiarkan ibunya di dalam kandang haiwan tersebut di bandar Fangyu, wilayah Henan, tengah China. - AGENSI
BEIJING 8 Julai - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di China, ditemukan tinggal di dalam kandang babi akibat kekejaman ibunya, menyebabkan dia tidak mampu bercakap dengan manusia.
Kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan menyedihkan oleh pekerja sosial tempatan di sebuah kandang babi di rumahnya di bandar Fangyu dekat wilayah Hennan dengan keadaannya diselaputi najis dan kotoran termasuk kesan lebam dan luka di seluruh tubuh.
Malah, terdapat dakwaan yang menyatakan ibu bapa kanak-kanak itu turut mengabaikan kebajikan tiga anak yang lain sehingga menyebabkan semua mereka mati, manakala anak keempat pula dipelihara oleh ibu saudara mereka sejak dilahirkan.
Insiden berkenaan mula menarik perhatian ramai selepas gambar kanak-kanak tersebut sedang me­nunggang seekor babi di belakang rumah tersebar di media sosial.
Menurut media, kanak-kanak bernama Liu Hongbo sering menangis akibat dipukul ibunya.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, ibu kanak-kanak terbabit seolah-oleh tidak mempunyai perasaan apabila hanya tersenyum jika penduduk tempatan meminta dia menghentikan perbuatannya.
“Ibu kanak-kanak itu selalu memukul dan mencampak anaknya keluar dari rumah,” kata jiran itu seperti dilaporkan portal Daily Mirror.
Ketika ditemukan, kanak-kanak itu sedang tidur di luar rumahnya di atas timbunan pakaian di kandang babi yang kosong dan badannya berbau seperti haiwan tersebut.
Namun, pekerja sosial terlibat tidak dapat membawa kanak-kanak malang tersebut untuk mendapatkan perlindungan dan penjagaan yang lebih baik kerana mereka memerlukan kebenaran pihak berkuasa untuk campur tangan.
Portal iCrossChina melaporkan, kanak-kanak itu dihantar untuk tinggal bersama ibu saudaranya dan dimasukkan ke hospital tempatan untuk pemeriksaan fizikal.
Menurut pakar perubatan, Hongbo tidak boleh berkomunikasi dan memerlukan masa untuk bergaul dengan masyarakat bagi membolehkan dia bercakap dan menjalani kehidupan normal.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tiada-perikemanusiaan-1.112036#sthash.ZstXVHCB.dpuf

Rusia berkempen tangani selfie berbahaya


Pihak berkuasa Rusia melancarkan kempen Safe Selfie yang menggalakkan
PIHAK berkuasa Rusia melancarkan kempen Safe Selfie yang menggalakkan orang ramai berhati-hati ketika mengambil gambar diri sendiri bagi mengelak daripada berlaku kemalangan. - AGENSI
MOSCOW 8 Julai – Pihak berkuasa Rusia melancarkan kempen Safe Selfie yang menggalakkan orang ramai mengambil gambar diri sendiri atau selfie secara selamat bagi mengelakkan berlakunya kemalangan akibat tabiat tersebut.
Menurut portal The Guardian, langkah itu dilaksanakan selepas kira-kira 100 kecederaan dan berpuluh-puluh kematian dicatatkan pada tahun ini akibat kelalaian orang ramai ketika melakukan selfie sejak fenomena itu menjadi ikutan penduduk Rusia.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Yelena Alexeyeva berkata, kempen itu merangkumi pengedaran risalah, penyiaran video, dan nasihat selain meletakkan tanda amaran di sepanjang jalan raya yang menjadi tumpuan orang ramai melakukan selfie.
Satu daripada tanda amaran itu menunjukkan gambar orang memegang monopod sambil mengambil gambar sendiri di atas landasan kereta api dengan kete­rangan berbunyi ‘Selfie di landasan kereta api merupakan idea buruk jika anda menghargai hidup’.
Video tentang keselamatan awam juga disiarkan antaranya menyentuh sikap sesetengah individu yang berani mengambil gambar sendiri ketika memanjat bumbung rumah sebelum memuat naik foto berkenaan di media sosial.
“Fenomena itu menyebabkan banyak kes kematian dan kecederaan disebabkan sifat taksub orang ramai untuk mengambil gambar di tempat berisiko terutamanya kawasan tinggi.
“Sebelum mengambil gambar selfie, anda sepatutnya sedar bahawa keghairahan untuk mendapat perhatian di media sosial boleh mengundang padah jika tidak berhati-hati,” kata Alexeyeva.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-berkempen-tangani-selfie-berbahaya-1.112040#sthash.RrW0mEAa.dpuf

Coca-Cola buang label sempena Ramadan


Syarikat minuman ringan Coca-Cola membuang label jenama itu sempena
SYARIKAT minuman ringan Coca-Cola membuang label jenama itu sempena Ramadan. AGENSI
MESIR 8 Julai – Cawangan syarikat minuman ringan terkemuka, Coca-Cola di Asia Barat, mengumumkan langkah pengeluaran produk minuman Coca-Cola tanpa label sebagai kempen memerangi prejudis sepanjang bulan suci Ramadan.
Coca-Cola dalam kenyataannya menjelaskan, reka bentuk baharu produk itu hanya melibatkan jalur berwarna merah dan perak, tetapi perkataan Cola-Cola dipadamkan.
Jelas kenyataan tersebut, di belakang tin minuman berkenan slogan berbunyi ‘Label hanya untuk tin, bukan manusia’ dicetak bagi mempromosikan kempen menangani sikap prejudis dalam kalangan segelintir masyarakat.
Coca-Cola juga menyiarkan satu rakaman video menerusi laman perkongsian video, YouTube yang memaparkan situasi salah faham yang boleh tercetus akibat perasaan buruk sangka.
“Menerusi kempen ini, Coca -Cola menggalakkan dunia untuk melihat tanpa label, tetapi sebaliknya membuka hati dan melihat melalui hati mereka.
“Coca-Cola membuang label sendiri dalam usaha untuk mempromosi dunia tanpa label dan pre­judis,” jelas kenyataan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/coca-cola-buang-label-sempena-ramadan-1.112049#sthash.prGW2LeN.dpuf

Wednesday, July 8, 2015

Berpuasa dalam cuaca panas

Berpuasa dalam cuaca panas
NOR HANAFARIZA HARUN
KEDATANGAN Ramadan adalah paling dinantikan bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Malah, ia merupakan Rukun Islam kelima yang memerlukan umatnya untuk menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Pada pertengahan musim panas yang juga serentak dengan bulan Ramadan, tempoh berpuasa akan menjadi lebih lama berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Umat Islam yang tinggal berhampiran Kutub Utara akan berpuasa lebih lama berbanding mereka yang tinggal di bahagian lain di dunia.

Terdapat beberapa ulama Islam yang meluluskan fatwa berhubung tempoh berpuasa atau mengikut waktu berpuasa seperti di Makkah.

Namun, sesetengah konservatif Islam menyatakan kesediaan mereka untuk berpuasa lama dan mengatakan mereka perlu mematuhi undang-undang Islam.

Selain itu, cabaran lain bagi umat Islam pada tahun ini adalah cuaca panas terutama bagi mereka yang tinggal di padang pasir, seperti di Arab Saudi, Afrika Selatan dan selatan Maghribi.

Manakala, umat Islam di hemisfera utara pula akan mengalami Ramadan pada musim sejuk dengan suhu tidak lebih 25 darjah Celsius.

Paling lama, tempoh berpuasa boleh bertahan sehingga 20 jam di hemisfera utara seperti di negara Sweden, Denmark, Finland dan Iceland. Di negara Eropah pula seperti di Jerman, Rusia, United Kingdom dan Poland.

Bagi tempoh paling singkat, di hemisfera selatan seperti di Argentina dan Chile, umat Islam hanya perlu berpuasa 9 jam hingga 9 jam 30 minit. Semenara di Timur Tengah, tempoh berpuasa akan bertahan selama antara 16 hingga 18 jam, tetapi dengan suhu tinggi.

Noor Inayat Khan srikandi kebanggaan Britain

NOOR INAYAT KHAN

BRITAIN pernah memiliki seorang srikandi Islam semasa Perang Dunia Kedua.

Wanita yang dimaksudkan ialah Noor Inayat Khan. Wanita kelahiran Rusia ini berketurunan India dan Amerika Syarikat (AS).

Bapanya, Hazrat Inayat Khan adalah tokoh Islam yang dipandang tinggi manakala ibunya, Ameena Begum mempunyai pertalian darah dengan Sultan Tipu iaitu pemimpin kerajaan Islam Mysore di India.

Kehidupan awal

Khan lahir di St Petersburg Rusia pada 2 Januari 1914. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Selepas beberapa tahun menetap di Rusia, keluarga Khan mengambil keputusan berhijrah ke Perancis.

Di Perancis, Khan mengambil jurusan psikologi kanak-kanak di Sorbone dan kemudian mempelajari muzik di Paris Conservatory.

Khan turut mempelajari puisi dan menulis untuk majalah kanak-kanak.

Buku dongeng Twenty Jataka Tales menjadi karya pertamanya yang diterbitkan pada 1939.

Jadi pengintip

Khan dikenali sebagai seorang gadis yang memiliki sikap lembah lembut dan bersopan santun.

Namun, tiada siapa menyangka beliau mempunyai kemahiran sebagai seorang ejen rahsia.

Kisahnya bermula apabila Perancis diceroboh Jerman pada 1939. Situasi tidak menentu di Perancis memaksa keluarganya melarikan diri ke Bordeaux sebelum menyeberang ke selat Inggeris dan tiba di Falmouth, Cronwall pada 22 Jun 1940.

Khan yang tidak suka dengan negara yang menceroboh negara lain akhirnya mengambil keputusan menyertai tentera udara Britain - Women's Auxiliary Air Force (WAAF) - sebagai kerani biasa dan jururawat tentera.
Beliau kemudian direkrut ke dalam unit khas sebagai pengintip pada 1942.
Pada awalnya, beliau diberi nama samaran Nora Baker Khan dan kemudian diberi nama rahsia 'Madeleine'.

Korek rahsia Nazi

Pada 1943, Khan menjadi wanita pertama diberi peluang sebagai operator radio dan dihantar secara rahsia ke Paris.

Di Paris, Khan ditugaskan untuk mengawasi pergerakan tentera Nazi dan mengirim banyak maklumat penting ke London.

Maklumat disampaikan Khan berjaya menyelamatkan banyak nyawa bahkan, beliau menjadi satu-satunya penghubung kepada kerajaan Britain dan pemberontak Perancis.

Kelibat Khan akhirnya berjaya dihidu pihak Nazi dan beliau menjadi individu paling dikehendaki di Paris.
Bagaimanapun, Khan enggan kembali ke Britain sebaliknya mahu meneruskan tugasnya mengirim lebih banyak maklumat ke London.

Beliau berjaya mengelak ditangkap selama tiga bulan dengan berpindah-pindah lokasi.

Ditangkap Jerman

Khan akhirnya ditangkap tentera Nazi pada 13 Oktober 1943. Beliau ditangkap selepas dikhianati dua pemberontak Perancis, Henri Dericourt dan Renee Garry.
Beliau disoal-siasat selama sebulan dan turut diseksa. Pada 27 November 1943, Khan dibawa ke Jerman sebagai tahanan perang dan dipenjarakan di Pforzheim.

Khan ditahan selam 10 bulan dan digari sepanjang masa. Sikap kental Khan dan keengganannya untuk membocorkan rahsia sulit menimbulkan lagi kemarahan Nazi dan akhirnya beliau bersama tiga lagi ejen rahsia Britain dipindahkan ke kem tahanan Dachau.

Hukuman mati

Pada pagi 13 September 1944, tentera Nazi melaksanakan hukuman mati ke atas Khan dan tiga lagi pengintip wanita yang berkhidmat dengan Britain.

Khan yang ketika itu berusia 30 tahun, tidak menunjukkan reaksi gentar malah beberapa saat sebelum ditembak, beliau sempat melaungkan perkataan Liberte yang bermaksud merdeka.

Bagi mengenang jasanya, Britain memberikan penghargaan pingat George Cross kepada Khan.

Manakala Perancis memberinya gelaran Croix de Guerre.

Anugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi kepada tentera Inggeris yang menghadapi musuhnya dengan gagah berani.

Pakistan keluar fatwa benarkan berbuka awal

Pakistan keluar fatwa benarkan berbuka awal

KETIKA Pakistan dilanda gelombang panas mengorbankan lebih 750 penduduknya, ulama kanan di negara itu mengeluarkan fatwa yang membenarkan rakyatnya yang beragama Islam untuk berbuka lebih awal pada bulan Ramadan.

Ketua masjid terbesar di Karachi, Mufti Mohammad Naeem berkata, gelombang panas yang melanda bandar itu boleh mengancam nyawa dan penduduk dibenarkan berbuka puasa terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

“Jika doktor memberitahu bahawa nyawa anda terancam kerana panas, atau keadaan kesihatan akan menjadi lebih buruk jika terus berpuasa, maka anda dibenarkan untuk berbuka.

“Bagaimanapun, pelepasan ini bergantung kepada keadaan kesihatan dan bagaimana penduduk bertindak balas dengan haba. Ia bukannya diberi kepada semua orang,” katanya.

Naeem juga menolak bahawa idea itu akan menimbulkan kontroversi. Malah, mengukuhkan pendapatnya dengan mengatakan, Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya.

Sementara itu, seorang lagi ulama Tahir Ashrafi memberitahu, Islam telah menggariskan syarat untuk berpuasa dan di dalam al-Quran juga menekankan bahawa pesakit serta pelancong yang berisiko untuk jatuh sakit adalah diberi kelonggaran.

Difahamkan, Perdana Menteri Nawaz Sharif turut mengarahkan tentera menubuhkan pusat perubatan khas untuk merawat pesakit yang mengalami strok haba.
Perubahan cuaca membimbangkan

Cuaca panas melampau, kekurangan air dan kenaikan harga makanan menimbulkan masalah baharu untuk umat Islam ketika berpuasa.

Di seluruh negara Asia, Afrika dan Timur Tengah, jutaan umat Islam tetap terus berpuasa walaupun berdepan masalah seperti cuaca panas, kekurangan air atau pun harga makanan melambung tinggi berikutan kegagalan tanaman hidup subur.

Lima daripada 10 negara yang paling terdedah kepada perubahan iklim, menurut agensi penarafan kredit antarabangsa adalah negara yang mempunyai penduduk Islam besar seperti Bangladesh, Senegal, Nigeria, Filipina dan Indonesia.

Meskipun, cabaran adalah berbeza mengikut geografi setiap negara, kebanyakan yang paling terjejas adalah masyarakat luar bandar di negara membangun, di mana kerajaannya mempunyai sumber terhad untuk menangani perubahan pesat.

Hospital bayar pampasan £65,000 kerana rosakkan anak patung pesakit


DUNN bergambar bersama anak patung milik Hearsey yang dirosakkan oleh seorang jururawat di Hospital Walsall Manor. - AGENSI


WALSALL, Britain – Seorang wanita di sini menerima pampasan berjumlah £65,000 (RM385,777) selepas seorang kakitangan hospital merosakkan anak patungnya yang dianggap sebagai anak sendiri.
Susan Hearsey, 64, yang mempunyai masalah pembelajaran akan membawa patung kesayangan dinamakan sebagai Rachel itu ke mana sahaja dia pergi termasuk sentiasa memakaikan patung tersebut dengan pakaian bayi.
Keluarga Hearsey mengambil tindakan undang-undang selepas mendapati dia menerima layanan buruk ketika dimasukkan ke Hospital Walsall Manor akibat terjatuh pada September 2013.
Mereka mendakwa pekerja perubatan di situ menyeksa anak patung Hearsey di depan matanya kerana wanita berkenaan enggan melakukan sesuatu yang disuruh oleh kakitangan berkenaan.
Mainan yang dikerat-kerat itu ditemui di atas lantai dengan tangan terputus, pakaiannya hilang, kaki rosak dan sebahagian daripada rambutnya tiada sehingga memberikan kesan buruk kepada Hearsey dan keluarganya.
“Saya sangat marah. Saya marah kepada hospital itu kerana mereka menyembunyikan apa yang berlaku, mereka semua tahu apa peranan patung itu kepadanya,” ujar kakak kepada Hearsey, Jane Dunn. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3fFJpjZR2 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, July 7, 2015

Momoi, Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Dunia


Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 12:33 PM
Sakari Momoi (kanan) menerima sijil pengiktirafan Guinness World Records sebagai lelaki tertua di dunia pada Ogos tahun lalu.

TOKYO: Sakari Momoi yang diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pada Selasa.
Beliau berusia 112 tahun.
Momoi yang juga bekas guru sering mengamalkan diet pemakanan sihat dan yang tidur mencukupi
Beliau banyak menghabiskan usianya melukis kaligrafi dan menyertai kegiatan rekreasi di hospital, tempat beliau tinggal.
Momoi dilahirkan pada Februari 1903 di Fukushimam, iaitu kawasan yang teruk ditimpa bencana tsunami dan kebocoran nuklear empat tahun lalu. 
Semasa menerima sijil pengiktirafan tersebut pada Ogos 2014, Momoi memberitahu beliau mahu diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupannya.

"Saya mahu hidup dua tahun lagi," katanya.

Susulan kematian Momoi, gelaran lelaki tertua di dunia mungkin akan diambil alih seorang lagi warga Jepun, Yasutaro Koide. 
Koide lahir pada Mac 1903, kira-kira sebulan selepas Momoi.
Sementara itu, warga Amerika Syarikat, Susannah Mushatt Jones, 116, pula diiktiraf sebagai wanita tertua di dunia.

China guna haiwan ramal gempa bumi

Gambar yang dirakam pada 3 Julai lalu ketika gempa bumi 6.5 melanda wilayah Pishan, utara China menyebabkan ribuan rumah runtuh atau rosak serta enam mati. - Foto AP
Beijing: Penyelidik kerajaan China yang cuba menggunakan ayam, ikan dan katak untuk meramalkan gempa bumi, sudah mengubahsuai tujuh ladang haiwan menjadi stesen seismologi.
Akhbar China Daily melaporkan pemilik ladang di Nanjing itu diarah memberi maklumat mengenai kelakuan haiwan di ladang mereka dua kali sehari kepada agensi seismologi.
Keganjilan kelakuan dan tindak balas haiwan boleh dikaitkan dengan gempa bumi seperti ayam terbang ke atas pokok, ikan melompat keluar dari kolam dan katak bergerak secara berkumpulan.
Akhbar itu melaporkan, tujuh lagi ladang di Nanjing akan dipilih tahun ini dengan menyediakan kemudahan menempatkan tiga jenis haiwan itu serta peralatan pemantauan.
Penggunaan haiwan bagi meramal gempa bumi bukan baru di China kerana tahun lalu, Nanchang menggunakan anjing untuk meramalkan gegaran. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 4:22 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62454#sthash.dk2xS4xX.dpuf

Hidup berdua mati bersama

San Diego: Jeanette dan Alexander Toczko berusia lapan tahun apabila mereka mula berkawan rapat dan 22 tahun kemudian pada 1940, mereka berkahwin dan sejak itu tidak pernah berpisah.
KGTV-TV melaporkan pasangan itu yang berpindah ke San Diego pada awal 1970-an, memberitahu anak-anak bahawa mereka mahu mati bersama dan bulan lalu, beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan ke-75, impian Jeanette dan Alexander tercapai.
Keadaan kesihatan Alexander yang berusia 95 tahun semakin buruk selepas pinggulnya patah menyebabkan dia hanya mampu terbaring. Pada hari kematian mereka, anak-anak membaringkan Jeanette di sebelah suaminya,.
Menurut anak mereka, Aimee Toczko-Cushman, selepas Alexander meninggal dunia, Jeanette berkata: “Tunggu saya, saya juga akan ke sana.”
Mereka meninggalkan Jeanette di samping mayat Alexander dan beberapa jam kemudian, mendapati ibu mereka itu juga meninggal dunia, memeluk suaminya.
Pasangan itu dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Kebangsaan Miramar. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 3:54 PM

Jeanette dan Alexander ketika berkahwin pada 1940. - Foto KGTV-TV/10news.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62447#sthash.CLnoBrVQ.dpuf

Budak perempuan cabut gigi guna anak panah


aksi Alexis menggunakan anak panah untuk mencabut giginya.  Agensi

Aksi Alexis menggunakan anak panah untuk mencabut giginya. Agensi
NEW YORK 6 Julai – Pengguna media sosial gempar menyaksikan video seorang kanak-kanak perempuan mencabut giginya menggunakan anak panah.
Video selama kira-kira satu setengah minit itu menunjukkan kanak-kanak bernama Alexis berumur 11 tahun itu mengikat giginya kepada anak panah sebelum memanah ke arah kotak sasaran.
Bapa kanak-kanak tersebut turut dapat dilihat dalam video itu memberikan penerangan dan arahan mengenai aksi mereka.
Alexis bukan sahaja berjaya mencabut giginya itu tetapi anak panah yang dilepaskan turut mengenai sasaran.
Kanak-kanak perempuan tersebut boleh didengar menjerit apabila giginya tercabut selepas anak panah berkenaan dilepaskan.
Bagaimanapun, Alexis tidak menangis, malah dapat dilihat tersenyum sambil menunjukkan rongga giginya yang sudah dicabut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-perempuan-cabut-gigi-guna-anak-panah-1.111359#sthash.BtS10ACN.dpuf

Bina rumah bergerak elak bayar sewa

Joel Weber bergambar bersama rumah bergerak yang dibinanya dengan

Joel Weber bergambar bersama rumah bergerak yang dibinanya dengan kos AS$20,000 (RM75,450) bagi mengelakkan membayar sewa rumah sepanjang pengajian di Universiti Texas. AGENSI
TEXAS 6 Julai – Seorang pelajar di Amerika Syarikat (AS) tampil dengan idea yang unik untuk menjimatkan wang sepanjang pengajiannya di universiti tanpa perlu menyewa rumah atau membayar yuran kampus dengan membina rumah sendiri dengan kos yang rendah.
Portal Mirror melaporkan, pelajar Universiti Texas di Austin, Joel Weber membina rumah mudah-alih dalam tempoh setahun dengan kos sebanyak AS$20,000 (RM60,000), sekali gus mengelak daripada membayar sewa rumah sebanyak AS$800 sebulan.
Malah Weber masih mampu meraih keuntungan dengan menjual semula rumah tersebut apabila dia menamatkan pengajiannya kelak.
Menurut laporan Mirror, walaupun rumah berkenaan hanya berukuran 44 meter persegi, berkonsepkan karavan, ia sudah memadai untuk keperluan seorang pelajar kerana ia turut dilengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik, air, dapur, sinki, bilik mandi dan dua loteng.
Weber berkata, dia menggunakan duit simpanannya dan mengutip bahan yang didermakan oleh penduduk tempatan untuk membina rumah tersebut, selain menerima bantuan daripada seorang tukang kayu dan juru elektrik.
“Saya melakukan kerja sambilan termasuk mengasuh dan kerja-kerja seni taman di kawasan setempat untuk mencari duit belanja.
“Jika mempunyai wang berlebihan, saya akan mengambil upah murah dengan penduduk tempatan yang mengambil saya bekerja, sebagai balasan kepada mereka kerana membantu saya membina rumah ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bina-rumah-bergerak-elak-bayar-sewa-1.111362#sthash.CuLRygam.dpuf

Monday, July 6, 2015

Tembok Besar China akan hilang

Tembok Besar China
Tembok Besar China

BEIJING - CHINA. Media tempatan China melaporkan kira-kira 30 peratus bahagian Tembok Besar China yang dibina sejak era Dinasti Ming telah hilang berpunca daripada kejadian semula jadi dan aktiviti manusia termasuk mencuri batu bata untuk membina rumah.
Akhbar Beijing Times melaporkan bahawa sepanjang 1,962 kilometer Tembok warisan dunia Unesco itu sudah terhakis selama beradab-abad lamanya.
"Hakisan itu menjangka ribuan kilometer panjang dari Shanhaiguan di Pantai Timur sehingga Jiayuguan di pinggir padang pasir Gobi," petik kenyataan akhbar Beijing Times.
Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir‎ abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan‎ Turkik.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai ‎ di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China ‎ dan Manchuria, sehingga Lop Nur‎ di sebelah tenggara wilayah Xinjiang‎. 
Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km.

Sunday, July 5, 2015

Enam lawan seekor pari

Kota Tinggi: Seorang nelayan berjaya menangkap ikan pari gergasi dianggarkan seberat 150 kilogram di Sungai Johor berdekatan Pulau Layang,di sini, kira-kira 7.30 pagi semalam.
Nelayan terbabit, Md Noh Atan, 50, berkata dia terkejut apabila mendapati rawai yang dipasang, petang kelmarin, disambar ikan berkenaan.
Katanya, dia terpaksa meminta bantuan lima nelayan lain untuk menarik ikan berkenaan ke dalam bot.
"Sepanjang 35 tahun menjadi nelayan, inilah kali pertama saya menangkap ikan seberat dianggarkan 150 kilogram.
"Sebelum ini ikan paling besar pernah saya tangkap di perairan ini seberat 60 kilogram sahaja," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 12:18 PM


FOTO Ahmad Otman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62073#sthash.3H5aRQJC.dpuf

Seludup lembu sama seperti rogol gadis Hindu

New Delhi: India melancarkan kempen membanteras kegiatan penyeludupan lembu dengan menyamakan tindakan membunuh seekor binatang itu sama seperti ‘merogol gadis Hindu.’
Seramai 30,000 askar India yang ditempatkan di sempadan dengan Bangladesh kini diberi mandat baru - menyekat lembu daripada di seludup secara haram ke negara jiran yang mempunyai penduruk majoriti beragama Islam.
Penganut Hindu menganggap lembu haiwan suci hingga ke tahap menyembahnya.
Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi yang memenangi pilihan raya dengan bantuan kumpulan pelampau Hindu Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) mahu menamatkan penyeludupan haiwan itu.
Kira-kira dua juta lembu diseludup dari India ke Bangladesh setiap tahun.
“Membunuh atau menyeludup lembu sama dengan merogol gadis Hindu atau memusnahkan kuil Hindu,” kata jurucakap RSS Benggala Barat Jishnu Basu.
Perdagangan lembu seludup dengan Bangladesh berkembang empat tahun lalu dan dianggap sah oleh Dhaka.
Sejak beberapa hari lalu, askar yang bersenjatakan buluh dan tali meredah sawah dan ladang jut serta berenang merentasi kolam untuk menghalang lembu menyeberang ke sempadan Bangladesh.
Kempen itu tanda paling jelas mengenai pengaruh ideologi pelampau Hindu dalam dasar kerajaan India yang diketuai Modi.
Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh yang melawat sempadan itu minggu lalu menggesa pasukan keselamatan meningkatkan kawalan bagi menghalang lembu diseludup dengan berkata: “Kita mahu pastikan rakyat Bangladesh tidak lagi makan daging haiwan suci kita.”
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 5:34 AM


LEMBU dianggap haiwan suci oleh masyarakat Hindu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62208#sthash.NF63Tpv7.dpuf