Pages

Thursday, November 14, 2013

WTC menara tertinggi Amerika

Imej grafik menunjukkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) baharu yang bakal menjadi pencakar langit tertinggi di Amerika Syarikat apabila siap pada awal tahun depan. - Agensi
NEW YORK 13 Nov. - Pusat Dagangan Dunia (WTC) baharu yang dibina di tapak runtuhan menara berkembar dalam kejadian 11 September 2001, di sini, diumumkan sebagai bangunan pencakar langit tertinggi di Amerika Syarikat (AS) sebaik-baik ia siap dibina, sekali gus mengenepikan Sea Towers di Chicago.
Arkitek di Majlis Bangunan-Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH) bersetuju bahawa antena berukuran 124.4 meter pada bangunan itu merupakan senibina tetap dan perlu dikira dalam menentukan ketinggiannya.
"Reka bentuk WTC itu sebagaimana diterangkan kepada kami, mengukuhkan peranannya sebagai simbol kebangkitan semula di tapak yang penting ini.
"Secara khususnya, puncak menara yang menempatkan lampu keselamatan, memancarkan simbolik ketinggian bangunan setinggi 1,776 kaki atau 541.3 meter itu,'' kata Pengarah Eksekutif CTBUH, Antony Wood.
Menurut CTBUH, ukuran ketinggian WTC yang mengambil kira tahun kemerdekaan AS dipilih bagi menegaskan prinsip-prinsip di sebalik penubuhan negara dalam menghadapi serangan yang memusnahkan bangunan asalnya sebelum ini.
Pencakar langit baharu itu dibangunkan di tapak asal WTC yang menjadi ikon menara berkembar sebelum runtuh dalam kejadian pada 2001 yang mengorbankan hampir 3,000 nyawa.
Tanpa antena itu, WTC hanya berketinggian 417 meter, lebih rendah berbanding Sears Tower di Chicago yang kini dinamakan sebagai Willis Tower dengan ketinggian 442 meter.
Setelah siap awal tahun depan, WTC baharu New York akan muncul sebagai bangunan ketiga tertinggi di dunia selepas bangunan pencakar langit Burj Khalifa di Dubai dan Menara Jam Diraja Mekah. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_11/WTC-menara-tertinggi-Amerika#ixzz2kb9rTj4l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Uighur dilarang bertudung, simpan janggut

BEIJING 13 Nov. - Para peguam di sebuah bandar di wilayah Xinjiang, digesa supaya melarang ahli keluarga mereka memakai tudung atau menyimpan janggut, satu langkah kontroversi yang dikutuk banyak pihak terhadap komuniti Uighur.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Kehakiman Xinjiang, larangan itu perlu dilaksanakan bagi membuktikan bahawa peguam di bandar Turpan, tenggara ibu negeri Urumqi, tidak terlibat dalam sebarang 'aktiviti keganasan' dan fahaman pelampau.
"Peguam perlu memastikan bahawa ahli keluarga mereka tidak memakai tudung, menyimpan janggut atau menyertai aktiviti keagamaan yang diharamkan," jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini sebanyak 57 peguam dan enam mahasiswa telah bersetuju mematuhi larangan berkenaan. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131114/lu_08/Uighur-dilarang-bertudung-simpan-janggut#ixzz2kb91a820
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pulang selepas 34 tahun diculik

Pulang selepas 34 tahun diculikSan Diego: Seorang lelaki kelahiran Amerika Syarikat yang diculik ketika kanak-kanak dan dibawa ke Mexico sejak 1979 berjaya pulang dan menghubungi ibunya di Wisconsin.

David Amaya Barrick, 37, ditahan Pengawal Sempadan Amerika bulan lalu tetapi dibebaskan selepas meyakinkan pihak berkuasa mengenai kewarganegaraannya dan menghubungi ibunya buat kali pertama sejak diculik.
Dia kemudian didapati hilang sekali lagi selama beberapa hari. Ibunya, Kathy Amaya, 60, terlalu sedih dengan kehilangannya sehingga menelefon polis San Diego minggu lalu untuk membuat laporan.

David mendapat perlindungan di Iglesia de Cristo Minesterios Llamada Final dan pegawai gereja sedang cuba menguruskan pertemuan dengan ibunya yang tinggal di Eau Claire, Wisconsin.

“Kami akan cuba menemukannya semula dengan keluarganya,” kata paderi Freddy Rivas.

David diculik dari Chicago oleh bapanya dan dibawa ke Mexico sebelum ditinggalkan bersama datuk dan nenek sebelah bapanya.

Dia membesar di wilayah utara tengah Mexico, San Luis Potosi, berjumpa bapanya beberapa kali, kemudian membuat perjalanan ke bandar timur laut Monterrey untuk belajar muzik.
Masuk secara haram

Minggu lalu, dia melintas masuk California secara haram dari Mexico tanpa dokumen dan ditahan Pengawal Sempadan 1.6 kilometer di timur Lautan Pasifik.
Ketika ditahan, David memberitahu anggota keselamatan bahawa dia warga Amerika kerana dilahirkan di sebuah hospital Chicago.

Dia juga memberitahu, dia dipukul dan wang, telefon bimbit serta pengenalan Mexico dirompak sebelum memasuki Amerika.

Anggota keselamatan yang memeriksa kisahnya berjaya mengenal pasti sijil kelahiran dan ibunya sebelum membenarkan mereka berbual di telefon dalam panggilan penuh emosi.
REUTERS

Berlian oren terbesar dunia dibeli RM101 juta

SEORANG kakitangan firma Christie’s memegang berlian oren di Geneva pada 31 Oktober lalu.- AFP

GENEVA, Switzerland - Sebutir berlian oren yang jarang ditemui dibeli dalam satu lelongan di Switzerland pada harga AS$31.5 juta (RM101.10 juta) kelmarin.
Lelongan itu dihadiri kira-kira 200 orang di sebuah hotel mewah di sini.
Firma Christie's yang menganjurkan lelongan itu tidak mendedahkan identiti pembeli tersebut.
Berlian seberat 14.82 karat itu ditemui di sebuah lombong batu permata di Afrika Selatan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2kZQHNXWs 
Hakcipta terpelihara 

Cuci rangka tulang dinosaur

SIMPSON menyedut habuk pada rangka tulang dinosaur di Muzium Field, Chicago kelmarin.

CHICAGO, Amerika Syarikat - Seorang ahli biologi, Bill Simpson mencuci rangka tulang dinosaur yang berusia 67 juta tahun di Muzium Field di sini kelmarin.
Dia menggunakan penyapu dan penyedut habuk semasa mencuci rangka tulang dinosaur Tyrannosaurus Rex.
Rangka tulang itu adalah yang hampir sempurna pernah ditemui di dunia.
Masa selama dua jam digunakan untuk mencuci rangka tulang tersebut.
Terdapat 280 tulang pada rangka dinosaur berkenaan.
Rangka tulang itu dibeli oleh pihak muzium tersebut dengan harga AS$8.4 juta (RM13.48 juta) dalam satu lelongan pada tahun 1997.
Tidak ada proses mengilat dilakukan dalam kerja-kerja mencuci yang dibuat dua kali setiap tahun. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2kZPzARyK 
Hakcipta terpelihara 

Lukisan termahal dunia dilelong RM457.3 juta

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud.- AP

NEW YORK - Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang di- adakan di sini kelmarin.
Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.
Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.
Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.
Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).
Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2kZPdN4r0 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, November 13, 2013

. APA SAKA DAN RASUK JIN?

Photo: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh... APA SAKA DAN RASUK JIN?

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.

TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.

Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.

ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?

Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.

Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.

Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.

Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.

Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.

BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?

Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan

Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.

Kaedah tradisional:

Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.

Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.

Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua .

Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.

Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.

Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.

Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.

HIPNOTERAPI AURASHIFA BISA MENGATASI GANGGUAN N SAKA DAN SIHIR

(Artikel Harian Utusan Malaysia)

SEORANG gadis yang mengadu sering sakit kepala diminta duduk dan memejamkan mata. Setelah disuruh bertenang dan mengosongkan fikiran, dia dibimbing secara lisan untuk cuba tidur dalam kiraan tiga berserta petikan jari. Gadis itu kemudiannya terlena.
“Dia sebenarnya masih dapat mendengar arahan saya dan boleh mengatasi sendiri masalahnya,” terang pakar terapi minda Aura Syifa’ dari Bandung, Indonesia, Rachmat Setiawan.
Selepas memberi arahan khusus tentang sesuatu, gadis tersebut dilihat merapatkan kedua tangannya seperti hendak menangkap sesuatu di belakang kepalanya. Kemudian dia membuat pergerakan tangan seperti mencampakkan sesuatu ke hadapannya.
Dahinya tidak lagi berkerut selepas itu. Dia lebih tenteram dan kemudian dikejutkan semula dalam kiraan tiga dan petikan jari.
Ini adalah apa yang diberitahu gadis itu kepada Jurnal: “Saya terlihat ada seekor burung besar yang mencengkam kepala dan tengkuk saya. Saya telah membuangnya ke laut. Selepas itu, sakit kepala saya beransur-ansur reda.
“Sebagai cabang ilmu hipnosis, itu adalah antara kaedah rawatan yang boleh anda temui dalam teknik terapi minda.
“Selalunya, sebarang bentuk gangguan kesihatan boleh diatasi sendiri oleh pesakit sementara pengamal kaedah ini hanya memberi bimbingan,” kata Rachmat yang meminta penulis mengetepikan dahulu spekulasi tentang bayangan burung besar itu.
Lazimnya, masyarakat kita terlalu cepat mengaitkan masalah kesihatan dengan gangguan entiti atau jin, hingga ramai yang ‘tunduk’ padanya tanpa mengetahui bahawa sesiapa pun mampu mengatasinya sendiri.
Melalui teknik seperti ini, penyelesaian bukan milik mutlak pengamal terapi. Keyakinan dan penaakulan logik pesakit dipertingkat ketika pesakit diprogram semula dalam keadaan alpha iaitu minda bawah sedar.

“Kita sering mendengar ahli paranormal yang melakukan pelbagai ritual pelik, mereka-reka cerita yang menakutkan serta kemudiannya mengenakan bayaran yang melampau. Dan kita mempercayai mereka,” ujarnya yang hadir ke pejabat Aura Syifa’ Malaysia di Shah Alam, Selangor.
Beliau juga tidak bersetuju dengan ahli paranormal yang berselindung di sebalik imej alim ulama seperti berserban, bercelak atau membawa tasbih di tangan tetapi ‘menipu’ apabila mengubati pesakit. Imej itu, kata Rachmat hanya akan memburukkan lagi pemahaman tentang Islam.
Kaedah rawatan di Aura Syifa’ bukan sahaja boleh digunakan untuk menangani masalah jiwa dan ‘gangguan’ makhluk halus. Malah, pendekatannya boleh membantu individu membina keyakinan diri, mencetus potensi rohani dan jasmani, seterusnya diperkembangkan dalam realiti hidup dan dunia kerjaya.
Rachmat dan rakan pakar terapi di cawangan Malaysia itu, Noor Azizan Abdul Majid, pernah digegaskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, untuk menawarkan khidmat mereka ketika kes histeria kronik mengganggu ketenteraman guru dan pelajar sekolah itu.
“Individu yang dirasuk atau histeria tidak dapat dirawat hanya dengan membacakan zikir atau ayat al-Quran sebagai kaedah utama. Ikhtiar lain perlu disertakan,” kata Rachmat.
Bersetuju dengan pendapat Rachmat, Noor Azizan menambah bahawa bacaan zikir dan ayat-ayat suci tidak dapat diproses oleh seseorang pesakit yang terlalu hanyut dibawa emosi akibat pengaruh ‘entiti’ tersebut.
“Ayat-ayat suci al-Quran bersifat preventif sebelum berlakunya sebarang kecelaruan jiwa yang mungkin disebabkan oleh gangguan entiti,” kata Noor Azizan.
Tetapi ketika dirasuk, tindakan dan pendekatan lain perlu segera diambil. Pemikiran manusia pula perlu ‘dibersihkan’ melalui kaedah terapi minda.
“Contohnya, sebuah komputer yang terjejas fungsi akibat jangkitan virus tidak akan pulih jika pengguna sekadar mengulang salin data antivirus yang sama.
“Komputer itu perlu diprogram semula dan dimasukkan paten antivirus baru. Barulah menampakkan hasil,” jelas Rachmat.
Tambahnya, rawatan hadir dalam pelbagai sumber dan cara yang boleh disepadukan. Selain pemantapan rohani melalui konsep ibadah, seseorang perlu mencapai status minda yang ideal melalui terapi. Jika perlu, rawatan perubatan termasuk rujukan pakar psikiatri.
Tidak mengapa tinggal serumah dengan entiti
Mengulas tentang kes individu atau keluarga yang mengadu tentang kehadiran entiti dalam kediaman mereka, Rachmat menerangkan bahawa ia perkara yang boleh diatasi.
“Mereka boleh dibimbing untuk berdialog dengan entiti tersebut. Kami yang akan menyelia sebarang maklum balas daripada apa yang ‘dilihat’ oleh mereka ketika minda mereka dilaras ke keadaan bawah sedar,” terang Noor Azizan.
Namun tidak dinafikan terdapat entiti degil yang melambatkan proses pengusiran atau berkeras tidak mahu berpindah. Jika itu berlaku, pemikiran manusia dalam rumah itu akan diprogram semula menggunakan teknik terapi minda untuk memutuskan semua hubungan komunikasi di antaranya.
“Ini bermakna, entiti masih berada dalam rumah itu bersama keluarga manusia. Masing-masing menjalani kehidupan tersendiri tetapi kedua-dua pihak tidak bertembung atau mempunyai sebarang medium komunikasi,” terangnya.
Menurut Rachmat, orang yang sentiasa ceria mempunyai semangat yang kuat dan sihat. Kesihatan minda dan tubuhnya tidak mudah mengalami gangguan.
“Sebaliknya, mereka yang suka bersendiri, penyedih, sugul, pemarah, berprasangka atau sering rasa terpinggir dan tidak disayangi, akan berhadapan dengan masalah. Ketika itulah, entiti akan cuba mempengaruhi minda bawah sedar,” ulasnya.Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh...
 APA SAKA DAN RASUK JIN?

“Sebaliknya, mereka yang suka bersendiri, penyedih, sugul, pemarah, berprasangka atau sering rasa terpinggir dan tidak disayangi, akan berhadapan dengan masalah. Ketika itulah, entiti akan cuba mempengaruhi minda bawah sedar,” ulasnya.

4,300 dipindahkan ekoran Gunung Sinabung meletus

Beberapa penduduk lari menyelamatkan diri selepas Gunung Sinabung
 meletus sebanyak dua kali di kampung Kuta Gugung, di Karo,
Sumatera Utara, Indonesia, kelmarin. - AFP

KARO, Sumatera Utara 12 Nov. - Kira-kira 4,300 penduduk di enam perkampungan di wilayah Karo, di sini dipindahkan ke pusat perlindungan sementara ekoran ancaman debu dan lahar yang dihamburkan oleh Gunung Sinabung, semalam.
Antara enam perkampungan tersebut termasuklah Kuta Gugung, Simacem, Bekerah, Suka Meriah, Mardinding dan Gurukinayan.
Proses pemindahan itu dilakukan oleh pasukan keselamatan termasuk polis serta tentera Indonesia, selain pihak pentadbiran tempatan memindahkan seramai 2,500 penduduk di Gurukinayan.
Jurucakap pihak berkuasa di Karo, Jhonson Tarigan berkata, penduduk di Gurukinayan dipindahkan kerana kedudukan perkampungan itu yang terletak kira-kira empat kilometer dari Sinabung.
"Kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan penduduk terus tinggal di kediaman mereka ketika debu yang dikeluarkan Sinabung mula sampai ke kawasan perkampungan.
"Selain debu, Sinabung turut mengeluarkan aliran lahar dan kepulan gas panas,' katanya.
Tarigan menjelaskan, Sinabung meletus sebanyak dua kali semalam pada pukul 6.14 pagi waktu tempatan (7.14 pagi waktu Malaysia) dan 7 pagi (8 pagi waktu Malaysia).
"Letupan pertama lebih kuat berbanding yang kedua sehingga menghamburkan debu setinggi 4,000 meter ke udara, diikuti kepulan gas panas.
"Lahar direkodkan mengalir sejauh 500 hingga 1,000 meter daripada kawah Sinabung," ujarnya.
Sehubungan itu, pentadbiran Karo mengisytiharkan darurat di wilayah ini sejak Sinabung mula meletus pada 5 November lalu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131113/lu_07/4300-dipindahkan-ekoran-Gunung-Sinabung-meletus#ixzz2kUZWmRBm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sewa teman lelaki

Beijing: Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan.
Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka. 
Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari. 

Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Foto
GAMBAR hiasan.

Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.

Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan. 

Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan. 

Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan. 

Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing. 

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja. 

“Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya. 

Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju. 

Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.- Agensi

Dron tentera Amerika mirip piring terbang

BEBERAPA anggota tentera melakukan persediaan untuk melancarkan dron X-47B di atas kapal pengangkut pesawat USS Theodore Rosevelt di luar pantai Virginia, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.

WASHINGTON D.C - Sebuah dron milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), X-47B kelihatan seperti sebuah piring terbang apabila ia terbang di angkasa.
Dron yang bernilai £1 bilion (RM5.11 bilion) itu diuji dalam satu latihan penerbangan yang diadakan di kapal pengangkut pesawat USS Theodore Rosevelt di luar pantai Virginia, AS pada Ahad lalu.
Pesawat tanpa juruterbang itu yang mampu terbang tanpa dikawal radar dicipta sebagai dron untuk kegunaan pada masa depan.
Beberapa komander akan menggunakan komputer untuk mengendalikan pesawat tersebut dalam misi mengintip atau melakukan serangan bom.
Saiz dron itu sebesar sebuah jet pejuang dan dicipta oleh syarikat pertahanan Northrop Grumman. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2kTVNFzZG 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, November 12, 2013

RAHSIA KEHEBATAN TENTERA-TENTERA ISLAM

Yazdigrid terpaksa pulang membawa kehampaan. Luka dihatinya belum terubat bahkan menambahkan lagi luka yang ada. Tiada apa-apa faedah berperang dengan orang Islam.

Benarlah firman Allah S.W.T,

“Sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.” [An Nisa : 88]

Meskipun begitu, Yazdigrid itu terus buta mata hatinya. Dia masih merintih bantuan daripada Raja China. Dia menghantar utusan kepada Raja China untuk meminta bantuan. Sebelum apa-apa, Raja China bertanya mengenai sifat-sifat tentera Islam yang sedang diperangi oleh Parsi. Raja China bertanya,

“Adakah mereka menepati janji?”

Jawab utusan Yazdigrid, “Ya.”

“Apakah yang diseru oleh mereka sebelum memerangi kalian?”

“Mereka menyeru kami supaya memilih satu daripada tiga perkara. Pertama, agama mereka. Jika kami menerimanya, mereka akan melayani kami seperti layanan sesama mereka. Jika tidak, kami terpaksa membayar cukai atau menghadapi peperangan.”

“Bagaimana ketaatan mereka terhadap pemimpin mereka?”

“Mereka adalah kaum yang paling taat kepada pemimpin mereka.”

“Apakah yang mereka halalkan dan apakah yang mereka haramkan?”

Utusan itu pun menceritakan mengenai perkara-perkara yang haram dan halal dalam agama Islam.

Raja China bertanya lagi, “Adakah mereka mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram?”

“Tidak”

“Sesungguhnya kaum itu tidak hancur selagi mereka tidak mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.” Raja China meneruskan pertanyaan, “Ceritakan kepadaku mengenai pakaian mereka.”

Utusan itu menceritakan perihal pakaian kaum Muslimin yang sangat sederhana.

Soalnya lagi, “Bagaimanakah keadaan tunggangan mereka?”

“Mereka menunggang kuda Arab.” Kemudian, utusan itu menjelaskan mengenai sifat-sifat kenderaan yang digunakan oleh kaum Muslimin tersebut.

Sambut Raja China, “Inilah sebaik-baik benteng pertahanan.”

Kemudian, utusan itu menceritakan dengan lebih jelas mengenai sifat unta, derumannya serta bangunnya untuk membawa muatan. Akhirnya, Raja China itu merasa takjub dengan sifat-sifat yang ada pada kaum Muslimin. Lalu, Raja China menulis surat kepada Yazdigrid.

Surat itu tertulis, “Sebenarnya, tidak ada keberatan bagiku untuk mengirim pasukan besar kepadamu. Aku boleh mengatur tentera yang banyak untukmu. Barisan hadapan berada di Marwa dan ia memanjang hingga barisan terakhir berada di China. Namun begitu, jika benar maklumat daripada utusanmu mengenai sifat-sifat musuh yang memerangimu, mereka pasti dapat menghancurkan gunung jika mereka menginginkannya. Jika aku membantumu dengan seluruh bala tenteraku, pastilah mereka akan menghabisiku dan membinasakanku. Maka berdamailah dengan mereka dan terimalah segala tuntutan mereka.” [Tarikh, Ibnu Jarir]

Akhirnya Kisra Parsi terus kecewa. Dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa selain menetap di wilayahnya sahaja dalam keadaan hina. Suatu masa di zaman kekhalifahan Sayyidina Uthman, Kisra Yazdigrid ini pun terbunuh. Maka, itulah Kisra terakhir Parsi sebelum empayar Parsi akhirnya hilang daripada peta dunia. [Riwayat Ibnu Jarir]
 
ICJ: Tanah Kuil Preah Vihear milik Kemboja

ICJ: Tanah Kuil Preah Vihear milik KembojaBANGKOK - THAILAND. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan kawasan tanah di sekitar kuil Preah Vihear yang menjadi pertikaian kepada Kemboja, satu keputusan yang menimbulkan kemarahan nasionalis Thai dan meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra.
  
Semasa menyampaikan penghakiman itu, Presiden ICJ Peter Tomka, berkata Kemboja mempunyai kedaulatan ke atas "seluruh wilayah tanjung Preah Vihear", dan Thailand perlu menarik balik tentera dari kawasan itu.
  
Dalam satu reaksi kepada keputusan itu, Timbalan Perdana Menteri Thailand dan menteri hal ehwal luar, Surapong Tovijakchaikul, berkata Thailand dan Kemboja gembira dengan keputusan mahkamah itu.  

Beliau berkata keputusan ICJ akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Bersama dengan rakan sejawatannya dari Kemboja.
  
Duta Thai di The Hague dan ketua pasukan perundangan Thailand Virachai Plasai, berkata mahkamah tidak menandakan wilayah dan Thailand tidak kehilangan tanahnya.
  
"Mahkamah juga mencadangkan supaya Thailand dan Kemboja bekerjasama menjaga kuil yang merupakan warisan dunia," katanya kepada media selepas keputusan ICJ itu.
  
Keputusan ICJ hari ini merupakan interpretasi kepada keputusan pada 1962 oleh mahkamah yang mengisytiharkan kuil itu milik Kemboja tetapi tidak membuat keputusan mengenai kawasan di sekitarnya.
  
Terdahulu, sebelum keputusan diumumkan, pesara tentera Jen Preecha Iamsupan, berkata mereka tidak akan menerima keputusan ICJ berhubung pemilikan ke atas sempadan yang menjadi pertikaian di sekitar kuil Pheah Vihear.
  
“Apapun keputusannya, baik atau buruk buat Thailand, kami tidak akan menerimanya. Thailand tidak boleh hilang walaupun seinci wilayahnya," katanya semasa demonstrasi yang diadakan di depan Kementerian Pertahanan. - Bernama

Turun 150 kilogram dalam masa dua bulan

Riyadh: Seorang pemuda Arab Saudi yang mempunyai berat badan 610 kilogram sangat gembira selepas kumpulan doktor di Bandar Perubatan Raja Fahd di Riyadh membantunya mengurangkan beratnya kepada 460 kilogram.
Khaled Shaeri menjalani program diet pemakanan khas dan rawatan naturopati intensif di hospital berkenaan. 
Pakar pembedahan laparoskopik dan obesiti yang juga ketua kumpulan perubatan yang merawat Khaled, Dr Ayed Al-Qahtani menyuarakan rasa puas hati terhadap kemajuan yang dicapai pemuda itu.

“Khaled memberi tindak balas pantas terhadap rawatan. Ia sangat menggalakkan,” katanya yang mengetuai kumpulan 21 doktor dan pakar perubatan.
Foto
BERAT badan Khaled berkurangan 150 kilogram dalam tempoh dua bulan.

“Terdapat perubahan yang baik dari segi keadaan sosial dan fikiran pesakit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Berat Khaled berkurangan 150 kilogram dalam tempoh dua bulan lalu.

Menurut Dr Ayed, fungsi jantung dan hati Khaled juga semakin baik.

“Doktor turut menyedari terdapat perubahan yang semakin baik pada kuasa otot kakinya.

“Banyak lemak sudah dibuang dari tubuhnya. Kami juga mengawal tahap gula dalam darahnya.

“Kami harap dia dapat menjalani kehidupan biasa tidak lama lagi,” katanya. - Agensi

Larian lembu tanduk berapi di Sepanyol

LEMBU jantan dengan tanduk terbakar mengejar seorang peserta pada festival Toro de Jubilo di Medinaceli kelmarin.

MEDINACELI, Sepanyol - Penduduk di sini mengadakan festival yang jarang diadakan di tempat-tempat lain di dunia.
Dinamakan Toro de Jubilo atau Festival Lembu Api, acara berkenaan berlangsung kelmarin di sebuah dataran utama di bandar ini.
Larian lembu api itu merupakan acara kuno yang berasal dari zaman gangsa.
Semasa acara berkenaan diadakan, penduduk mengikat jamung pada tanduk seekor lembu jantan dan api dinyalakan.
Haiwan itu kemudian dilepaskan. Peserta perlu mengelak daripada ditanduk atau terkena api tersebut sehingga jamung berkenaan padam sendiri.
Lembu jantan itu dilumur dengan lumpur tebal pada bahagian muka dan belakang untuk mengelakkan haiwan itu melecur. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2kNapezGx 
Hakcipta terpelihara 

Monday, November 11, 2013

Haiyan landa China, Vietnam

Beberapa penduduk memerhatikan kesan kemusnahan akibat Taufan Haiyan, ketika beberapa yang lain berdiri di atas sebuah kapal yang terdampar di daratan akibat impak taufan di Anibong, Tacloban, timur Kepulauan Leyte, Filipina, semalam. - AFP
HANOI 11 Nov. - Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 39,000 lagi dipindahkan selepas Taufan Haiyan yang membawa hujan lebat serta angin kencang melanda wilayah Hainan di selatan China, hari ini.
Kekuatan Haiyan bagaimanapun dilaporkan berkurang sejak membadai Filipina hujung minggu lalu dan menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 orang maut, tetapi tetap menjejaskan lebih 480,000 orang di wilayah Hainan.
Namun Haiyan turut menyebabkan berpuluh-puluh rumah musnah dan beratus-ratus lagi rosak, menurut Biro Hal Ehwal Awam Wilayah Hainan.
Tujuh krew sebuah kapal kargo pula dilaporkan hilang di luar perairan Hainan, kawasan yang berhampiran dengan Vietnam.
Haiyan yang turut menjejaskan wilayah Guangxi dan Guangdong, melanda China awal hari ini dengan membawa angin kencang kira-kira 120 kilometer sejam dan hujan sebanyak 291 milimeter dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, Pusat Ramalan Hidro Meteorologi Vietnam menjelaskan, wilayah Quang Ninh di pantai timur negara itu turut dilanda Haiyan awal hari ini yang membawa angin pada kelajuan 133 kilometer sejam.
Hujan lebat dan banjir dilaporkan berlaku di kawasan pantai timur dan tengah Vietnam, tetapi tidak menyebabkan sebarang kematian, meskipun 13 orang dilaporkan maut dan 81 lagi cedera ketika persiapan menghadapi taufan.
Perkhidmatan bot ke destinasi pelancongan popular di Ha Long Bay turut dihentikan hari ini, tetapi dijangka akan disambung semula esok.
Di Filipina pula, pasukan penyelamat yang bergelut untuk menyalurkan bantuan makanan, khemah dan ubat-ubatan, berdepan dengan halangan untuk ke kawasan bencana ekoran jalan raya dan lapangan terbang yang rosak.
Tiga hari selepas Haiyan melanda, kesan kemusnahan kini dapat dilihat dengan mayat tercampak di atas pokok dan bergelimpangan di jalan raya serta tidak kurang juga yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Kanak-kanak (UNICEF) Filipina, Tomoo Hozumi berkata, mereka sedang menghantar bekalan kepada mangsa bencana, tetapi sukar untuk sampai ke kawasan yang terjejas. - DPA/AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131112/lu_04/Haiyan-landa-China-Vietnam#ixzz2kUaAhgt4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kisah pengintip

Gordievsky ketika berjumpa bekas Presiden AS, Ronald Reagen selepas melarikan diri dari negara asalnya Rusia.
PENDEDAHAN yang dilakukan oleh bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden bahawa Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya menjalankan pengintipan terhadap Malaysia telah mengejutkan kita semua. Bukan Malaysia sahaja malah 35 negara lain juga termasuk dalam senarai negara yang diintip.
Segalanya dikatakan bermula apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara rahsia melalui dasar luarnya membenarkan pengintipan ke atas pemilik akaun media sosial, telefon dan e-mel.
Tindakan ini sememangnya dikecam hebat dan dianggap menceroboh ruang peribadi individu. Apatah lagi pengintipan itu bukan sahaja ke atas warga AS malah terhadap sesiapa sahaja di negara lain atas alasan “disyaki menggugat keselamatan AS".
Modus operandi pengintipan adalah merakamkan data interaksi secara sulit oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan NSA. Tujuannya sebagai langkah awal mengekang dan mengenal pasti pengganas yang mengancam AS.
Usaha ini dilihat sebagai pelan preemtif pasca serangan 11 September 2001 yang memusnahkan mercu tanda kebanggaan AS, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.
Program pengintipan itu berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehinggalah didedahkan oleh orang dalamnya sendiri iaitu, Snowden.
Tindakan mengintip yang disifatkan sebagai menceroboh ruang peribadi tanpa waran yang sah memberikan tamparan hebat terhadap rejim Obama.
Pada masa sama, dunia mempersoalkan tindakan AS yang dilabelkan sebagai "polis dunia" kerana menceroboh ruang peribadi warga negara lain yang dilindungi oleh undang-undang negara masing-masing.
Keadaan ini sudah tentu mendedahkan sesiapa sahaja di dunia termasuk kita serta ahli keluarga sebagai mangsa intipan menerusi akaun media sosial, e-mel atau perbualan telefon. Ini sekali gus menjadikan sebarang interaksi menerusi maya sudah tidak selamat kerana boleh diceroboh oleh pengintip AS.
Pancawarna minggu ini menyorot beberapa kisah pembongkaran kegiatan pengintipan oleh mereka yang belot dengan negaranya sendiri. Hakikatnya seperti Snowden, ada kalangan perisik diangkat sebagai hero kerana berani menjadi pembelot mendedahkan kegiatan risikan dan pengintipan oleh agensi atau negara yang mengambil khidmat mereka.
Amat malang bagi dunia yang dikatakan semakin bebas tanpa sempadan kini terdedah kepada pencerobohan yang direstui hanya untuk memenuhi kehendak kelompok yang mahu meneruskan kuasa sebagai polis dunia tanpa menghormati kerahsiaan dan keselamatan negara atau orang lain.
OLEG GORDIEVSKY
LELAKI ini begitu dikenali di Britain dan kisahnya sering sahaja menjadi buruan akhbar. Malah dia diberikan pingat dan kedudukan istimewa oleh kerajaan Britain atas `keberaniannya’ membelot.
Namun tindakannya ini menimbulkan dendam dan amarah yang tidak berkesudahan di pihak Rusia sehinggalah ke usia tuanya kini.
Memulakan tugas sebagai sebagai perisik untuk KGB pada 1938 sehingga dinaikkan pangkat sebagai kolonel dan kemudian diarahkan berpindah ke Belanda.
Ketika di negara itu, Gordievsky mula berubah sikap tentang polisi dan dasar komunis tetapi hanya berdiam diri. Pihak British berjaya menghidu perubahannya. Tindakannya semakin ketara setelah diarahkan berpindah ke Britain sebagai ketua biro perisikan di negara itu pada 1983.
Sejak itu pelbagai maklumat perisikan disalurkan kepada pihak Britain terutamanya melibatkan persenjataan nuklear dan kegiatan perisikan Rusia di negara itu.
Apabila rahsianya terdedah, dia diarahkan balik ke Moscow pada 1985.
Gordievsky telah didera, diberi dadah dan disoal siasat namun lima hari kemudiannya dibebaskan. Alasan yang diberikan adalah ketuanya memberi peluang kedua untuknya tetapi tidak dibenarkan lagi berkhidmat di luar negara.
Dia telah diletakkan dalam perhatian tetapi dibenarkan bergerak bebas di Moscow. Namun dua bulan selepas penahanannya, Gordievsky berjaya melarikan diri dengan bantuan M16 melalui Finland dan kemudian menaiki pesawat ke London dari Norway.
Isteri dan anaknya yang sedang bercuti di Azerbaijan ketika itu terpaksa ditinggalkan dan hanya dapat bersama semula selepas enam tahun. Itupun setelah Perdana Menteri ketika itu, Margaret Thatcher melobi Presiden Gorbachev dalam beberapa pertemuan sebelumnya.
Kehidupannya semakin baik ketika di London dan diberi beberapa jawatan menarik antaranya editor kanan majalah Intelligence and National Security serta penerbit di salah sebuah syarikat televisyen di London.
Dia juga menerbitkan beberapa buah buku antaranya KGB: The Inside Story, (1990), Instructions from the Centre: Top Secret Files on KGB Foreign Operations, 1975-85 (1991).
Selain itu dia dianugerahkan beberapa gelaran dan jawatan antaranya Doktor Kehormat Persuratan oleh University of Buckingham dan Companion of the Most Distinguished Order of St Michael and St George oleh Ratu Elizabeth.
Walaupun hidup sempurna di kota London namun dia tetap menjadi mangsa balas dendam dan mendakwa pernah diracun oleh pihak Rusia pada 2007 dengan menggunakan thallium.
Namun dia terselamat dan masih hidup sehingga kini serta masih gigih bercerita tentang kehebatannya sebagai perisik yang belot kepada dunia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131110/lu_02/Kisah-pengintip#ixzz2kHzt0Zwb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Unta RM4.49 juta

Dubai: Seekor unta daripada baka yang jarang ditemui dijual pada harga SR5.3 juta (RM4.49 juta) di Arab Saudi, semalam.
Akhbar menyifatkan ia sebagai satu daripada perjanjian terbesar menjual unta di negara Teluk itu. 
Pemilik unta terkenal Ibrahim Al Gammas membeli unta jantan berusia tiga tahun itu daripada Fuhaid Al Subaei di Rafha, utara Saudi, lapor akhbar.

“Unta ini digelar Sultan dan ia adalah satu daripada baka unta paling jarang ditemui di dunia,” katanya sebagaimana dipetik daripada akhbar Sabq. - Agensi
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/11

Komplot bunuh penggempur Syiah

KUANTAN – Sekumpulan tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah putih bertindak kejam apabila berkomplot menembak mati seorang ustaz yang terkenal dengan ketegasannya dalam menggempur ajaran Syiah dan maksiat di negeri ini dalam kejadian di Indera Mahkota 2 di sini semalam.
Kejadian menggemparkan pada pukul 1.55 petang itu mengakibatkan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, terbunuh selepas terkena tembakan dari jarak dekat di dada dan kerongkongnya.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang yang tegas terutama dalam membanteras isu Syiah dan maksiat di negeri ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2kHnVsEnY 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, November 10, 2013

Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh

Saman isteri kerana lahirkan anak hodohKetiga-tiga anak Feng dikatakan mewarisi genetik bekas isterinya.

BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.

Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.

Pisang berbuah dua kali

POKOK pisang milik Nna yang berbuah dua kali di Polewali Mandar. - AGENSI
POLEWALI MANDAR, Sulawesi Barat - Sebatang pokok pisang di Kampung Rea, mukim Binuang di daerah ini didapati kembali mengeluarkan buah daripada batang pokok itu walaupun ia telah ditebang pemiliknya, dua minggu lalu.
Pemilik kebun itu, Nona nyata amat gembira dengan penemuan tersebut kerana pisang berkenaan baru sahaja ditebang baru-baru ini dan kembali mengeluarkan buah, satu keanehan bagi pokok pisang.
"Saya gembira bila melihat pokok pisang itu kembali berbuah. Saya harap, pokok itu berbuah semula setelah ia ditebang supaya saya tidak perlu lagi menanam pisang,'' katanya kepada Tribunnews.com baru-baru ini.
Berita pisang berbuah dua kali itu pantas tersebar dalam kalangan penduduk kampung yang menyampaikan perkara tersebut dari mulut ke mulut.
Mereka datang berbondong-bondong ke kebun pisang Nona bagi melihat dengan lebih dekat pokok itu dan nyata kagum dengan apa yang dilihat mereka.
Selain berbuah dua kali, buah yang tumbuh dari celah-celah batang pisang itu turut mengeluarkan air.
Nona berkata, keadaan itu mengakibatkan ada di antara penduduk kampung mengambil air titisan pokok tersebut kerana percaya air itu dapat membuatkan mereka awet muda jika disapu di seluruh badan.
Malah, ada di antara penduduk percaya air titisan pokok pisang itu dapat menyuburkan rambut. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131109/lu_10/Pisang-berbuah-dua-kali#ixzz2kCbqQzhY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

11 bilion planet saiz bumi dikesan

11 bilion planet saiz bumi dikesan Taburan 11 bilion planet yang dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, NASA.
  Ahli astronomi anggar satu daripada setiap lima bintang mampu simpan air

New York: Saintis berkata, kira-kira 11 bilion planet yang sama saiz dengan Bumi dan mengelilingi matahari, wujud di galaksi Bima Sakti dan ada di antaranya mungkin boleh didiami.

Dengan menggunakan satu kaedah pintar untuk mengesan exoplanet bersaiz Bumi yang mungkin mereka terlepas pandang, ahli astronomi menganggarkan bahawa satu daripada setiap lima bintang pada pusat sistem suria memiliki sebuah planet yang mampu menyimpan air di permukaannya dan mempunyai bahan kimia yang menyokong kehidupan.
Kehidupan pintar

Penemuan itu disiarkan dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, mewakili satu lonjakan besar ke arah kemungkinan kehidupan termasuk kehidupan pintar di alam semesta,” kata ahli astronomi UC Berkeley, Geoffrey Marcy yang terbabit dalam kajian terbaru itu.

Keputusan menunjukkan bahawa Bima Sakti menempatkan 11 bilion planet seperti Bumi. Jika planet yang mengorbit bintang kerdil merah dimasukkan jumlahnya meningkat kepada 40 bilion, kata Marcy.

Bancian planet terbaru
Paling hampir mungkin sejauh 12 tahun cahaya.

Bancian planet terbaru itu berdasarkan data dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, pemburu planet utama NASA. Analisis itu juga mengenal pasti mengenal pasti 603 exoplanet termasuk 10 planet bersaiz Bumi yang mengelilingi zon dan boleh didiami.

“Sejak dilancarkan pada 2009, Kepler membantu mendedahkan pelbagai dunia asing di Bima Sakti,” kata William Borucki yang mengetuai misi Kepler di Pusat Penyelidikan Ames, NASA di Mountain View, California.

“Kebanyakannya unik dan aneh termasuk mini Neptune dan super Jupiter yang tidak seperti planet lain dalam sistem suria kita.”

Beberapa planet yang jauh mengandungi air keseluruhannya manakala yang lain mempunyai ketumpatan yang lebih besar dari besi atau lebih rendah berbanding Styrofoam.

Daripada beribu-ribu planet yang dikaji Kepler, ahli astronomi UC Berkeley, Erik Petigura mempunyai satu soalan: Berapa banyak planet yang serupa seperti Bumi? - AGENSI

Kisah isteri yang taat suami pada zaman Rasulullah s.a.w

Sebelum suaminya pergi meninggalkan rumah, dia sempat berpesan kepada isterinya, jangan keluar ke pekan sepanjang dia takda di rumah.

Pada satu ketika, bapa isteri sedang sakit tenat di luar kampung halamannya. Isteri serba salah lalu meminta nasihat dari Rasulullah s.a.w dan Nabi berpesan, dengar sahaja apa nasihat suami. Isteri akur dan tidak melawat bapanya yang sedang sakit.

Pada satu ketika pula, bapa isteri tadi meninggal dunia, isteri ingin melihat jenazah bapanya tapi teringat pesan suami. Isteri bertemu lagi Nabi s.a.w, dan Nabi menjawab, dengar sahaja apa nasihat suami.

Sehinggalah bapanya dikebumikan, isteri ni tadi tak dapat menziarahi arwah bapanya walaupun ketika bapanya sakit dan meninggal dunia.

Dan ketika suaminya pulang, isteri menceritakan yang dia tidak dapat menziarahi bapanya ketika sakit, ketika meninggal dunia dan ketika bapanya dikebumikan.

Suaminya pun sedih, suami tidak sangka isterinya begitu taat kepadanya. Sebenarnya dia tak bermaksud demikian. Kalau bapa sakit, meninggal dunia dan semasa pengkebumian, semua itu dikecualikan. Isterinya dibenarkan keluar.

Lalu kedua-duanya bertemu Rasulullah s.a.w, maka ketika itu Allah berfirman dan Nabi s.a.w menyampaikannya kepada kedua-dua suami isteri tadi bahawa kerana ketaatan isteri kepada suami, Allah telah ampunkan dosa bapanya dan menjadikan bapanya ahli syurga.

Orang alim beritahu, kadang-kala amalan dari anak-anak juga boleh jadi asbab untuk ibu bapa kita ke Jannah. Allahumma amin!

Hanya Allah Maha Mengetahui.