Pages

Thursday, August 8, 2013

Penduduk Tunisia anjur tunjuk perasaan besar-besaran


beribu-ribu penduduk Tunisia mengadakan tunjuk perasaan mendesak kerajaan Islam Tunisia meletak jawatan berhubung pembunuhan dua pemimpin pembangkang, di Tunis, kelmarin. - AP
TUNIS 7 Ogos - Beribu-ribu penduduk Tunisia mengadakan tunjuk perasaan, di sini semalam bagi menuntut kerajaan dibubarkan, tunjuk perasaan antikerajaan terbesar setakat ini, ketika krisis politik di negara ini semakin memburuk.
Krisis politik di Tunisia meruncing sejak pembunuhan anggota Parlimen pembangkang, Mohamed Brahmi pada 25 Julai lalu.
Seorang pegawai polis menganggarkan kira-kira 40,000 orang menyertai perhimpunan itu.
Pemimpin pembangkang bagaimanapun meletakkan jumlah mereka yang menyertai tunjuk perasaan itu ialah 100,000 hingga 200,000 orang.
Tunjuk perasaan diadakan di jalan-jalan raya di ibu negara Tunis bagi menggesa kerajaan pimpinan parti berhaluan Islam sederhana, Parti Ennahda meletak jawatan.
Pembunuhan Brahmi, selain seorang lagi ahli politik pembangkang, Chokri Belaid dipersalahkan kepada kumpulan pelampau, tetapi Kabinet pimpinan Ennahda dikritik kerana kurang berusaha mengelak kejadian itu.
Tunjuk perasaan kali ini juga disertai oleh pelbagai parti pembangkang daripada sayap radikal dan sayap kanan.
Penunjuk perasaan turut membawa gambar kedua-dua pemimpin pembangkang yang terbunuh itu, sambil melaungkan slogan 'Rakyat mahu kerajaan ditumbangkan' dan 'Kerajaan akan berakhir hari ini'.
Sementara itu, Dewan Perlembagaan Kebangsaan (ANC) yang merupakan satu badan yang dipilih pada 2011 untuk merangka Perlembagaan baharu akan digantung.
Speaker Dewan, Mustapha Ben Jaafar berkata, penangguhan akan dibuat sehinggalah kerajaan dan pembangkang berunding untuk memecahkan kebuntuan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130808/lu_02/Penduduk-Tunisia-anjur-tunjuk-perasaan-besar-besaran#ixzz2bKQyT0ZM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, August 7, 2013

6 jam selamat lelaki 400kg

Foto
JENTOLAK mengangkut Lehberger ke hospital.
Riegelsberg: Seorang lelaki seberat 400 kilogram terpaksa diselamatkan mengguna jentolak selepas dia diserang sakit jantung.
Michael Lehberger menelefon perkhidmatan kecemasan sebaik menyedari ada tanda-tanda dia akan diserang penyakit itu.

Bagaimanapun, dia tidak boleh dibawa ke hospital oleh pasukan penyelamat kerana terlalu gemuk untuk dibawa keluar menerusi pintu rumahnya di Riegelsberg, Jerman.
Anggota bomba terpaksa meruntuhkan dinding di bahagian tepi rumahnya untuk membuat lubang bagi menyelamatkannya.

Lehberger kemudian diturunkan dari biliknya di tingkat dua rumah dengan mengguna jentolak yang sudah dipasang dengan kusyen.

Pakar penyelamat sebelum itu menghabiskan masa membina perancah di luar rumah tetapi mendapati ia terlalu bahaya untuk mencuba dan mengangkatnya.

Operasi mengeluarkan Michael dari rumah itu memakan masa enam jam dan dia kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans yang direka untuk memuatkan empat orang.

Di hospital, dia ditempatkan di bilik khas yang dilengkapi dengan keperluan pesakit sepertinya.
Ketua operasi Volker Klien berkata: “Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Dia terlalu berat untuk dibawa dengan kereta.” Seorang jiran berkata, dia tidak pernah melihat Michael keluar dari rumah itu sejak dua tahun lalu. - AFP

Gempa bumi 5.1 magnitud gegar selatan Mexico


MEXICO CITY: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 magnitud menggegar bangunan di sini dan menyebabkan sebahagian orang ramai cemas menyelamatkan diri di atas jalan raya.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu berlaku pada kira-kira jam 3.17 petang (waktu tempatan) kira-kira 500 kilometer selatan Mexico City.
Pusat gempa ialah lapan kilometer barat laut bandar Xochistlahuaca, wilayah Guerrero dan pada kedalaman 30 kilometer.

Datuk Bandar Mexico City, Angel Mancera berkata, tiada laporan awal mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan. - AP 

Tuesday, August 6, 2013

Mekah edar 1.3 juta pek makanan


Ketua Pengarah Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Mansour bin Amer (kiri), menyampaikan pek makanan berbuka puasa kepada seorang jemaah di Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi, baru-baru ini. - Agensi
JEDDAH 5 Ogos - Lebih 1,300 pekerja sukarelawan bekerja setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk menyediakan makanan di atas pelapik plastik sepanjang empat kilometer di sekitar Masjidilharam di sini.
Pelapik plastik itu sentiasa penuh dengan minuman kopi dan kurma untuk diberikan kepada jemaah dari dalam dan luar negara sebagai juadah berbuka puasa.
Pihak pengurusan masjid itu juga turut menyediakan kira-kira 100,000 kilogram kurma yang diedarkan di dalam 1.9 juta kotak bersama kopi.
Imam dan pendakwah Masjidilharam, Dr. Saleh bin Muhammad Al- Taleb berkata, pihaknya menyediakan 1.3 juta pek makanan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini dan jika disusun, makanan tersebut akan membentuk barisan sepanjang 129 kilometer.
Ketua Pengarah Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Mansour bin Amer berkata, ahli persatuannya adalah kumpulan pertama yang memberi perkhidmatan kepada lebih 15 juta jemaah masjid setiap tahun. - AGENSI

Budak dipilih jadi datuk bandar buat kali kedua


KALI pertama Robert "Bobby" Tufts (kanan) menjadi datuk bandar pada usia tiga tahun. Ahad lalu, namanya terpilih sekali lagi.


DORSET, Minnesota - Seorang kanak-kanak berusia empat tahun sekali lagi telah dipilih sebagai datuk bandar di sebuah bandar pelancongan kecil di utara Minnesota.
Kanak-kanak itu, Robert "Bobby" Tufts masih belum memasuki alam prasekolah tetapi telah pun dipilih sebanyak dua kali sebagai datuk bandar di sini.
Nama datuk bandar Tufts dipilih semula kelmarin semasa festival tahunan Taste of Dorset untuk menjadi datuk bandar Dorset buat penggal kedua.
Bandar itu tiada pemerintah pentadbiran yang formal dan mempunyai populasi seramai 22 sehingga 28 orang. Jumlah itu bergantung kepada sama ada menteri dan keluarga berada di bandar atau tidak.
Sesiapa sahaja layak mengundi seberapa banyak yang mereka kehendaki. Setiap undian dikenakan bayaran sebanyak AS$1 (RM3.22).
Para pengundi boleh membuang undi di mana-mana sahaja peti undi yang disediakan di sekitar bandar berkenaan. Hasil kutipan undi tersebut akan gunakan untuk mengelolakan pesta berkenaan.
Bobby telah dipilih sebagai datuk bandar buat pertama kali ketika berusia tiga tahun pada tahun lalu.
Ibunya, Emma Tufts berkata, dia dan anaknya yang akan mencecah usia lima tahun pada bulan Oktober depan, terkejut selepas nama "Bobby" dipilih semula untuk pemilihan pada Ahad lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2bAvZMzqo 
Hakcipta terpelihara 

Penerjun pakai kostum Superman

MICHAL NAVRATIL melakukan terjunan dengan memakai kostum Superman pada Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam.


BARCELONA - Seorang penerjun pada Kejohanan Terjun Dunia berpakaian seperti adi wira Superman sebelum melakukan terjunannya di Barcelona, Sepanyol, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Michal Navratil yang mengimpikan mahu terbang seperti watak kartun adi wira kegemarannya sewaktu kecil itu bertindak memakai kostum watak Superman ketika melakukan terjunan pada kejohanan berkenaan.
Aksi ngeri Navratil, 28, yang berasal dari Republik Czech itu dirakam dan mendapat sambutan hangat selepas dimuat naik ke internet.
Justeru, apabila berpeluang menyertai kejohanan dunia kali ini, dia mengambil kesempatan tersebut dengan membuat terjunan setinggi 27 meter dengan berpakaian Superman.
"Ia adalah satu impian di zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan. Apabila saya mencecah usia 15 tahun dan menyertai acara terjunan di Prague, salah seorang rakan mencadangkan agar saya melakukan aksi terjunan seperti Superman," katanya.
Navratil menduduki tangga keempat dalam kejohanan tersebut. Dia mula menyertai sukan terjun akuatik ketika berusia 18 tahun dan melakukan aksi somersault setinggi 20 meter. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2bAvF2P9J 
Hakcipta terpelihara 

Monday, August 5, 2013

Anjing bawa jodoh

Foto
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka.
London: Semuanya bermula gara-gara sepasang anjing milik dua individu cacat penglihatan, Venice dan Rodd.
Kedua-dua anjing itu dibawa pemilik mereka menghadiri latihan selama dua minggu dan akhirnya haiwan berkenaan menjadi rapat.

Keadaan itu kemudian mendorong pemilik Venice, Claire Johnson, 50, berkenalan dengan tuan Rodd, Mark Gaffey, 52.
Dalam tempoh dua minggu menghadiri kursus berkenaan, bukan saja Venice dan Rodd menemui pasangan, sebaliknya Claire dan Gaffey saling berkenan dan mula bercinta.

Sebelas bulan kemudian, pasangan Claire dan Gaffey akhirnya memutuskan untuk berumah tangga.

Media semalam melaporkan, Gaffey mengesyaki Venice dan Rodd mengetahui sesuatu yang tidak mereka sangka. “Venice dan Rodd sentiasa bermain bersama-sama dan jurulatih kami memberitahu, anjing peliharaan kami sedang bercinta,” katanya ketika ditemui.

Dalam keadaan begitu, kata Gaffey, dia juga terdorong untuk mengenali Claire dengan lebih dekat.

Sementara itu Claire berkata ketika dia tidak akan melupakan detik ditunangkan dengan Gaffey, peristiwa yang menemukan mereka berdua juga akan kekal dalam ingatannya.
“Kami tidak akan bersama tanpa Venice dan Rodd,” katanya. Di rumah, kata Claire, mereka berkongsi kegembiraan dengan anjing masing-masing.

“Venice dan Rodd berkongsi katil, sama seperti saya dan Gaffey.

“Apabila kami dikahwinkan nanti, Venice dan Rodd akan mengiringi kami untuk disahkan sebagai suami isteri,” katanya dalam temu bual. - Agensi

Jepun hantar robot sebagai teman angkasawan


ROBOT humanoid Kirobo setinggi 34 sentimeter dan seberat satu kilogram ini akan menjadi peneman kepada angkasawan Koichi Wakata dari Jepun.


TOKYO - Jepun telah berjaya melancarkan roket yang membawa bekalan kepada kru di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Turut dihantar sebuah robot kecil untuk menjadi teman angkasawan di sana.
Imej yang disediakan oleh pihak Agensi Eksplorasi Angkasa Lepas Jepun (JAXA) menunjukkan roket H-2B berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Tanegashima di Tanegashima, selatan Jepun pada Sabtu, pukul 4.48 pagi waktu tempatan.
Modul roket tersebut dijangka berlabuh di ISS pada 9 Ogos ini. Roket yang tidak dikendalikan oleh manusia itu membawa bekalan air minuman, makanan, pakaian dan peralatan untuk bertugas seberat lima tan kepada enam angkasawan di ISS.
Sebuah robot dikenali sebagai Kirobo turut menyertai misi tersebut. Android itu direka sebagai teman berbual kepada angkasawan Koichi Wakata yang dijadual tiba di ISS menjelang akhir tahun ini.
Memiliki ketinggian 34 sentimeter dan seberat satu kilogram, Kirobo diprogram untuk berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Ia juga akan merekodkan perbualannya dengan Wakata yang menjadi angkasawan Jepun pertama mengetuai ISS.
"Kirobo boleh mengecam wajah Wakata. Ia akan menjadi robot pertama tiba di ISS," kata pereka Kirobo, Tomotaka Takahashi.
Penghantaran robot ke angkasa lepas adalah sebahagian daripada kajian yang bertujuan untuk melihat bagaimana robot mampu menawarkan sokongan emosi kepada angkasawan dan perlu berada di angkasa lepas bagi tempoh lama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2b2kQtHLW 
Hakcipta terpelihara 

Kelly Clarkson dihalang bawa pulang cincin Jane Austen

CINCIN milik novelis terkenal Britain, Jane Austen yang dijual pada harga RM739,157 dalam satu acara lelongan tahun lalu.


LONDON - Kerajaan Britain kini dikatakan cuba untuk menghalang penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat (AS), Kelly Clarkson (gambar) daripada membawa keluar sebentuk cincin emas dengan batu berwarna biru dari negara itu.
Cincin itu pernah dimiliki oleh novelis terkenal, Jane Austen. Pemenang pertama pertandingan nyanyian American Idol itu membeli cincin tersebut dalam satu acara lelongan tahun lalu pada harga AS$227,000 (RM739,157).
Menteri Kebudayaan Britain, Ed Vaizey membuat keputusan untuk tidak memberikan lesen import cincin tersebut atas dasar ia mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Britain, jelas satu kenyataan daripada Jabatan Budaya, Media dan Sukan Britain.
"Gaya hidup Jane Austen dan kematian awalnya bermakna apa jua barangan yang berkaitan dengannya sangat sukar ditemui.
"Saya harap orang Britain tampil untuk membelinya kembali. Jadi, cincin ini boleh kekal berada di Britain," kata Vaizey.
Cincin berkenaan adalah satu daripada tiga barang kemas yang dimiliki oleh penulis ikonik tersebut. Austen pernah manghasilkan karya-karya hebat seperti Pride and PrejudiceEmma dan Persuasion.
Para pembeli berpotensi mempunyai tempoh sehingga 30 September depan untuk membeli cincin itu yang ditawarkan pada harga AS$232,836 (RM758,160).
Sekiranya tiada siapa yang berminat, lesen import akan diberikan kepada Clarkson selepas 30 Disember 2013. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2b2k9JNCC 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, August 4, 2013

Juadah berbuka sepanjang 4 kilometer


Ketua Pengarah, Persatuan Kebajikan Hadiyat Al-Haj wal Mu'tamir, Sheikh Mansour Al-Aamir (kiri) mengedarkan bungkusan iftar kepada seorang jemaah umrah. - AGENSI
JEDDAH 3 Ogos - Lebih 1,300 sukarelawan bekerja setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini bagi menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang empat kilometer di kawasan Masjidilharam di Mekah.
Meja-meja yang disusun di kawasan Masjidilharam itu sentiasa penuh dengan juadah kopi dan kurma sebagai hidangan berbuka kepada jemaah umrah dan pengunjung dari dalam dan luar Arab Saudi.
Pihak pentadbiran Masjidilharam juga menawarkan kira-kira 100,000 kilogram kurma yang diagih-agihkan di dalam 1,922,160 bekas yang turut memuatkan minuman kopi.
Susunan 'meja gergasi' itu membawa ribuan jemaah tanpa mengira kaum, bangsa dan umur dalam keadaan selamat dan selesa.
Setiausaha Agung Liga Dunia Islam bagi Keajaiban Saintifik dalam al-Quran, Dr. Abdullah Abdul Aziz Al-Musleh berkata, meja itu mewakili imej hormat dan bangga membabitkan tahap tertinggi layanan yang sentiasa diadakan sepanjang Ramadan.
Sementara itu, seorang imam dan pendakwah di Masjidilharam, Dr. Saleh bin Muhammad Al-Taleb berkata, terdapat lebih 1.3 juta makanan diagih-agihkan kepada jemaah sepanjang bulan Ramadan ini dengan panjang susunan mampu mencecah 129 kilometer. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130804/lu_03/Juadah-berbuka-sepanjang-4-kilometer#ixzz2b0feYqvP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MANUSIA MEMANG TAMAK DAN HALOBA

Ramli Joned
Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI AHAD 4 OGOS 2013:
MANUSIA MEMANG TAMAK DAN HALOBA

SUATU HARI NABI ISA 'ALAHIS-SALAAM berjalan dengan seorang teman yang baru dikenalnya... Keduanya menyusur di tepian sungai, sambil MEMAKAN TIGA POTONG ROTI... Nabi Isa A.s. satu potong dan satu potong untuk orang itu, bakinya satu potong... Kemudian Nabi Isa A.s. pergi minum ke sungai, dan bila kembali, ROTI YANG SEPOTONG ITU TIDAK ADA... beliau bertanya kepada temannya, "SIAPAKAH YANG TELAH MENGAMBIL SEPOTONG ROTI TADI?".. JAWAB TEMAN ITU, "AKU TIDAK TAHU.".... 

Keduanya meneruskan perjalanan... TIBA-TIBA TERLIHAT SEEKOR RUSA DENGAN DUA ANAK... Lalu ditangkap seekor dari anak rusa itu, lalu disembelih dan dipanggang... Kemudian makan mereka berdua, lalu Nabi Isa A.s. menyuruh anak rusa yang telah dimakan itu, supaya hidup kembali.... maka hiduplah ia dengan izin Allah SWT, kemudian Nabi Isa As bertanya, "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?" ... Jawabnya, "AKU TIDAK TAHU." .... Kemudian keduanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tebing sungai, lalu Nabi Isa As memegang tangan temannya itu dan mengajaknya berjalan di atas air, hingga sampai ke seberang... "Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?"... JAWABANNYA TETAP TIDAK TAHU.... 

Ketika berada di hutan dan keduanya sedang duduk-duduk, Nabi Isa As mengambil tanah dan batu kerikil, lalu diperintahkan, "JADILAH EMAS DENGAN IZIN ALLAH.".... Tiba-tiba batu kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibagi menjadi tiga bagian.. "UNTUKKU SEPERTIGA, DAN KAMU SEPERTIGA, SEDANG SEPERTIGA INI UNTUK ORANG YANG MENGAMBIL ROTI." SERENTAK TEMAN ITU MENJAWAB, "AKULAH YANG MENGAMBIL ROTI ITU.".... Lantas Nabi Isa A.s. berkata, "Ambillah semua bagian ini untukmu."... Keduanya pun berpisah... Nabi Isa A.s. menuju ke arah lain, manakala kenalan barunya tadi menuju ke arah lain.... 

Tidak lama kemudian kenalan barunya itu DIDATANGI DUA ORANG PEROMPAK yang hendak membunuhnya... Teman Nabi Isa A.s. itu berkata: "AKU ADA EMAS.... BAIK KITA BAGI TIGA ORANG SAJA.".. Mereka bersetuju... Kemudian salah seorang disuruh pergi ke pasar, membeli makanan... Maka timbul di fikiran orang yang ke pasar itu, "UNTUK APA EMAS ITU DIBAHAGI TIGA, LEBIH BAIK MAKANAN INI AKU LETAK RACUN, BIAR KEDUANYA MATI, DAN EMAS INI JADI MILIKKU...".... Makanan itu pun dibubuhnya racun... Sementara dua orang yang tinggal pula berkata, "UNTUK APA KITA MEMBAHAGI EMAS INI UNTUK TIGA ORANG, JIKA IA DATANG LEBIH BAIK KITA BUNUH SAJA, dan emas ini kita bahagi dua..".... Ketika orang yang ke pasar itu datang, dibunuhlah oleh keduanya.... Lalu emasnya dibahagi dua.... Setelah itu, keduanya memakan makanan yang telah dibubuh racun itu, dan mereka berdua pun mati... dan tinggallah harta itu di hutan... 

Ketika Nabi Isa A.s. dan sahabat-sahabatnya berjalan di hutan dan menemukan emas itu, ia berkata kepada sahabat-sahabatnya, "INILAH CONTOH DUNIA, MAKA BERHATI-HATILAH KAMU KEPADANYA."...

Saturday, August 3, 2013

Kisah Anak Derhaka Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka


pasar-daging-babi

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.

Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.

Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.
 Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur.
Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak.
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.

Goreng telur di atas jalan raya

Goreng telur di atas jalan rayaSeorang kanak-kanak menggoreng telur dan udang di tepi jalan ketika tengah hari dalam timur wilayah Shandong, China.

ANDA tidak perlukan dapur serta api untuk menggoreng udang atau telur.  Di China, penduduk boleh memasak telur dan makanan laut hanya di tepi jalan.

Menurut laporan AP, tahun ini, cuaca panas yang meningkat secara mendadak iaitu mencecah suhu 40 darjah Celsius di 40 buah bandar dan daerah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di China.

Malah, suhu panas yang berlaku selepas 140 tahun itu menyebabkan beberapa papan iklan lebuh raya terbakar dengan sendirinya.

Pihak berkuasa pula, buat julung-julung kalinya mengisytiharkan kepanasan melampau di China berada pada 'tahap 2' yang digunakan untuk mengkategorikan peringkat bahaya taufan dan banjir.

Gelombang haba mendadak itu menyerang Shanghai dan beberapa bandar di wilayah timur dan selatan sejak awal Julai lalu yang dijangka membakar China sehingga pertengahan Ogos ini.

Setakat ini, kawasan ditimur Fenghua dicatatkan paling panas dengan suhu 42.7 darjah Celsius, Julai lalu.

408 belon udara panas pecah rekod dunia di Britain

KEADAAN langit di Chambley bertukar menjadi penuh warna-warni sejurus 408 buah belon udara panas berlepas ke udara dan mencipta rekod dunia.- Agensi


CHAMBLEY - Sebanyak 408 buah belon udara panas mengambil bahagian dalam usaha untuk mencipta rekod baharu dunia di Chambley di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Semua belon itu berlepas dari sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Chambely kelmarin dalam percubaan untuk mencipta rekod pelepasan belon udara panas paling banyak di dunia.
Acara itu berlangsung pada Festival Belon Udara Panas Antarabangsa Lorraine Mondial bertempat di Chambley-Bussieres Aerodrome di Perancis.
Sejurus kesemua belon udara panas itu berlepas ke udara keadaan langit mula menjadi sangat luar biasa dan penuh warna-warni.
Percubaan kali ini dilakukan bagi memecahkan rekod yang dicatatkan sebelum ini pada festival yang sama dengan 343 buah belon udara panas berjaya diterbangkan ketika itu.
Rekod yang dilakukan itu telah memecahkan rekod sebelum ini yang dicatatkan pada 2009.
Festival popular itu telah berlangsung di Paris sejak tahun 1989. Ia telah menarik minat ramai pemilik belon udara panas di seluruh dunia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2arnrOv75 
Hakcipta terpelihara 

Spa tawar rawatan muka guna najis burung



SEORANG pelanggan sedang mendapatkan rawatan kecantikan muka menggunakan sejenis krim rawatan berasaskan najis burung bulbul kelmarin.- AP


NEW YORK - Sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa mewah di sini menawarkan khidmat rawatan kecantikan muka menggunakan najis burung pada harga AS$180 (RM586).
Pemilik spa Shizuka New York itu, Shizuka Bernstein berkata, pusat kecantikannya menawarkan khidmat rawatan tradisional Jepun dengan menggunakan najis burung bulbul bersama dedak beras yang diimport khas.
Setiap bulan seramai 100 wanita dan lelaki datang ke salon kecantikan kulit Shizuka New York itu untuk mendapatkan rawatan. Salon itu terletak berdekatan Fifth Avenue Manhattan.
"Kesemua pelanggan datang ke situ untuk mendapatkan rawatan sebagai cara untuk memastikan kulit muka menjadi lembut dan licin," katanya yang telah menawarkan rawatan itu sejak lima tahun lalu.
Tambahnya, sejenis enzim di dalam tahi burung itu juga dipercayai mampu melakukan proses pengelupasan secara perlahan-lahan bagi mencantikkan kulit muka.
Ujarnya lagi, najis burung bulbul sahaja digunakan di spanya kerana spesies burung tersebut hanya memakan bijirin yang menghasilkan enzim semula jadi sebagai bahan aktifnya.
"Kami tidak gunakan najis burung di Central Park untuk rawatan kecantikan muka kerana burung di sana memakan sampah," katanya. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2armgHjor 
Hakcipta terpelihara 

Friday, August 2, 2013

Kereta naik beca

Foto
KERETA Honda Accord yang dibawa menggunakan beca.
Beijing: Seorang pemilik beca di utara China mengejutkan pengguna jalan raya apabila mengayuh kenderaan itu dengan membawa sebuah kereta di atasnya.
Kereta Honda Accord yang remuk dengan berat melebihi 1.5 tan diimbangkan dan diikat di bahagian penumpang.

Pembawa beca itu hanya mengayuh becanya untuk membawa kenderaan berkenaan di sepanjang jalan raya di Shijiazhuang, wilayah Hebei. - Agensi

Haiwan Pelik Ditemui Di Marang


haiwan-pelik

MARANG – Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.
Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.
Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.
“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.
Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.
“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.
sumber: Sinar Harian

Misteri Manusia Berjalan Merangkak

Sewajarnya, manusia berjalan dengan dua kaki atau disebut dengan istilah bipedal. Namun, ternyata ada sebuah keluarga di Turki yang semua anggotanya berjalan dengan tangan dan kaki alias merangkak.

Penemuan di tahun 2004 itu sangat menggemparkan kerana kebiasaan tersebut terlihat aneh dan disebut dengan istilah beruang merangkak.
Bahkan, kebiasaan ini telah berlaku sekian lama dan rupanya diwariskan turun temurun. Di tahun 1931, seorang antropolog bernama Aleš Hrdlička pernah menulis buku berjudul Children Who 
Run on All Fours: And Other Animal-Like Behaviors in the Human Child.

Buku tersebut ditulis akibat ketertarikannya pada fenomena unik tersebut. Buku ini berisi pengakuan dari beberapa orang tua yang menceritakan kebiasaan balita mereka yang sudah terbiasa berjalan, namun lebih menyukai merangkak seperti beruang.

Bahkan, salah satu pengakuan yang ditulis dalam buku tersebut mengisahkan seorang budak yang dapat bergerak cepat dengan merangkak dibandingkan dengan ketika ia berjalan tanpa sedikit pun merasa lelah.

Dalam buku tersebut, Hrdlička menyimpulkan bahawa kebiasaan tersebut ada kaitannya dengan leluhur manusia, dalam hal ini adalah kera.

Sementara itu, kasus yang terjadi pada keluarga di Turki sangat istimewa. Mereka tinggal di sebuah desa terpencil dan terdiri dari 19 anak yang semuanya berjalan dengan kaki dan tangan. Sebenarnya, mereka mampu berdiri dengan tegak asalkan boleh berkonsentrasi. Namun, mereka akan mudah goyah dalam beberapa detik dan kembali merangkak.

Para pengkaji mengungkapkan penemuan lain terkait dengan kondisi otak dari keluarga bersaudara di Turki tersebut. Otak mereka kurang berkembang sehingga sukar untuk mengawal keseimbangan.
Anehnya, kondisi otak semacam itu seharusnya tidak memungkinkan seseorang berdiri tegak. Kenyataannya, mereka masih boleh berdiri meskipun akan kembali merangkak. Para pengkaji Turki menyebut fenomena tersebut sebagai ‘evolusi terbalik’.

Sementara itu, ada penjelasan yang lebih aneh bahawa keluarga Turki ini telah menciptakan kebiasaannya sendiri. Ada yang mengatakan bahawa anak-anak tersebut tak pernah diajarkan cara berjalan tegak oleh orang tuanya.

Terbukti setelah berita mengenai mereka tersebar ke serata dunia, anak-anak tersebut mendapatkan terapi motorik. Hasilnya, mereka dapat berjalan dengan dua kaki.

Pekara tersebut membuktikan bahawa pengajaran cara berjalan tegak harus tetap diajarkan oleh orang tua. Apalagi, beberapa tahun setelah kasus di Turki muncul, ada beberapa penemuan sama yang terjadi pada beberapa keluarga di Irak, Turki dan Amerika Selatan.

Bagaimanapun juga, bipedalisme merupakan pekara dasar yang membuat manusia menjadi manusiawi. Psikolog Esther Thelen menyebutkan bahawa berjalan dengan dua kaki bukanlah sesuatu yang muncul dengan sendirinya. Itu akan sangat tergantung pada respons otak, kreativitas dan proses sensitif. Tentunya, itu juga mesti dilatih sejak kecil.

Pelik! Bagaimana Wanita Ini Boleh Mengandung Ular Sawa

Seorang wanita yang dikenali sebagai Rasheedan Bibi merupakan warga Pakistan berumur 50 tahun. Dirinya telah disyaki mengandung anak ular apabila doktor melakukan imbasan bayi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Pelik! Bagaimana Wanita Ini Boleh Mengandung Ular Sawa  | Satu kejadian pelik telah menimpa seorang wanita berusia 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Wanita ini dikenali sebagai Rasheedan Bibi. Dirinya telahmengandung seekor ular sawa selama sekitar 7 bulan. Apabila merasakan perutnya membuncit, dia menyangka dirinya sedang mengandungkan bayiTetapi sebenarnya Rasheedan Bibi telah mengandungkan seekor ular sawa.
Selang tujuh bulan kemudian perutnya semakin membesar. Tetapi dia semakin merasa sakit seiring perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi merasa cemas.
Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya membuat keputusan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun kehidupan sehariannya dibelenggu kemiskinan. Apabila doktor yang memeriksanya membuat imbasan bayi, keputusan yang diterima amat mengejutkan.
Bukan silap mata dan bukan juga sihir, hasil imbasan bayi menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.
Bibi merasakan kejadian pelik bin ajaib ini bermula dari air yang diminumnya. Ketika itu Bibi telah minum air dari telaga di rumahnya. Dia merasakan mungkin ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya.
Dia sudah merasa keanehan ketika dua bulan selepas itu apabila Bibi mulai merasakan sakit pada perutnya yang mulai membesar. Nafsu makannya pun melonjak-lonjak. Dia mampu untuk menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.
Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor memintanya untuk dibedah. Kerana kemiskinan dan tidak punya wang, Bibi telah meminta pertolongan Perdana Menteri Pakistan, Punjab CM.
Bersyukurlah Perdana Menteri Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular sawa itu telah berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu.
Melayukini.net - Walaupun berita ini seperti sukar untuk diterima oleh kita, namun jika ia memang berlaku itu semua adalah kuasa di tangan Allah SWT. Seperti yang dimaklumkan di atas, wanita ini berpendapat bahawa ular yang berada dalam perutnya adalah disebabkan dirinya pernah minum air dari sebuah telaga. Pada masa yang sama, beliau merasakan terdapat benih ular di dalamnya. Oh sungguh pelik!
Melayukini.net 

Robot ajar tulisan kaligrafi di Jepun



SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo, Jepun kelmarin.


TOKYO - Khuatir seni kaligrafi Jepun akan pupus, seorang saintis di sini mencipta sebuah robot kaligrafi bagi memudahkan rakyat negara itu menguasai tulisan tersebut.
Robot itu dibina dengan beberapa enjin dan satu tangan mekanikal yang disertakan sebatang berus. Ia mampu menulis seperti seorang pakar kaligrafi.
Rekaan aneh berkenaan dicipta oleh Profesor Seiichiro Katsura dari Universiti Keio, Tokyo.
"Apabila anda memegang berus, robot ini akan membantu anda menulis kaligrafi," kata pembantu Katsura, Ayaka Matsui.
Dia berharap rekaan berkenaan dapat membantu mengajar generasi muda Jepun untuk menguasai kemahiran kuno yang semakin dilupakan itu.
"Proses memindahkan ilmu melalui tangan biasanya memakan masa yang lama, teknik betul dan pengalaman. Dengan robot ini, proses itu menjadi lebih cepat dan efisien," kata Katsura. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2al58RL00 
Hakcipta terpelihara 

Burung purba ditemui di China



KIRI: Gambar yang disediakan oleh jurnal Nature menunjukkan fosil Xiaotingia Zhengi yang menyerupai dinasour Archaeopteryx dan memiliki berat 800 gram.


PARIS - Bukti terkini menunjukkan bahawa Archaeopteryx, dinosaur bersayap, memiliki otak mirip burung moden dan makhluk itu didakwa mampu terbang, menurut kajian terbaharu.
Archaeopteryx dipercayai burung pertama di dunia yang mempunyai bulu dan hidup sekitar 150 juta tahun lalu.
Menurut kajian yang disiarkan kelmarin, sekurang-kurangnya beberapa spesies dinosaur yang hidup sezaman Archaeopteryx mempunyai otak dengan saraf untuk terbang.
Keputusan kajian diperoleh menerusi imbasan tiga dimensi (3D) terhadap tengkorak burung awal dinosaur tersebut. Fosilnya sebelum ini dikenali sebagai Xiaotingia Zhengi dan hidup pada zaman Jurasik China.
Kajian diketuai oleh ahli paleontologi, Amy Balanoff dari American Museum of Natural History dan diterbitkan dalam jurnal Nature. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2al44DjCc 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, July 31, 2013

Kisah pendek untuk pedoman



Anak perempuan Hulagu Khan, pemimpin tenteraTatar Mongolian telah besiar-siar di Baghdad maka dia melihat orang ramai berkumpul pada seorang lelaki.
Beliau bertanya mengenai lelaki itu...

Dia diberitahu bahawa dia adalah salah seorang Ulama Islam, jadi dia diperintahkan untuk membawanya ke khemah dia, maka Dia bertanya kepada ulama tersebut: Adakah kamu beriman kepada Allah?

Ulama berkata: Ya.
Dia berkata: Bukankah Allah berfirman dalam al-Quran maka membantu memberi kemenangan kepada hambanya yg dicintai dan taat padaNya?
Ulama berkata: Ya.
Dia berkata: Bukankah Allah membantu kami berbanding kamu dan kami menang?
Ulama berkata: Ya.
Dia berkata: Maka Allah adalah lebih cintakan kami daripada kamu ?
Ulama berkata: Tidak
Dia berkata: Kenapa?!
Ulama berkata: Adakah tahu gembala?
Dia berkata: Ya.
Ulama berkata: Bukankah setiap gembala mempunyai beberapa anjing?
Beliau berkata: Ya.
Ulama berkata: Apakah yang gembala lakukan jika beberapa gembalaannya tersasar dan sesat dan menderhaka kepadanya?
Beliau berkata: Dia akan menghantar mereka anjing untuk membawa gembalaannya utk kembali ke tempat asal!
Beliau berkata: Untuk berapa lama akan mengejar kambing ini berterusan?
Beliau berkata: Selagi Ulama yang sesat dan pulang dan menurut perintah!

Beliau berkata: "Anda Tatar adalah ibarat anjing-anjing Allah SWT di atas tanah, beliau menghantar kepada kami yakni umat Islam sehingga kami kembali kepada Allah SWT"

Ya hari ini Allah menghantar kaum Syiah dan Zionis kepada kita, untuk kita membersihkan hati kita , kembali mengamalkan ajaran Islam yg sebenar, menyeru umat Islam kembali BERPEGANG teguh pd ALQURAN & SUNNAH dan menyatukan kita di bawah pemerintahan khilafah Islam suatu hari nnt, insyaALLAH. Amin. ‪#‎ayuh‬gerakkan dakwah dan tarbiyah ‪#‎pray‬ Syria, free Syria

Bayi gergasi pecah rekod

Foto
PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram.
Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.


Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.

Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.

George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. - Agensi

Tuesday, July 30, 2013

Tidur di bawah kerlipan bintang di New York

PEMANDANGAN bilik tidur di bahagian atas Hotel AKA Central Park di New York yang menawarkan pengalaman unik kepada pelanggannya.


NEW YORK - Sebuah hotel bertaraf lima bintang di sini, AKA Central Park menawarkan penginapan mewah di bawah cahaya bintang yang sukar dialami di mana-mana hotel lain.
Hotel berstruktur moden dengan dinding kaca itu menawarkan pemandangan terus ke langit tanpa sebarang panel tingkap atau langsir.
"Apabila kami mengenal pasti cara untuk menggembirakan pelanggan dan memberi mereka peluang penginapan yang tidak boleh didapati di tempat lain, kami dengan segera cuba merealisasikan impian tersebut," kata jurucakap rangkaian hotel mewah AKA, Elana Friedman.
Hotel mewah AKA Central Park menjanjikan bilik tidur di luar bertaraf lima bintang yang lengkap dengan katil kelamin, makan malam romantik, sesi perapian, makanan ringan dan teleskop untuk melihat bintang di langit.
Hotel tersebut menawarkan harga berpatutan yang bermula daripada AS$1,995 (RM6,432) untuk penginapan semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2aVnyyKz8 
Hakcipta terpelihara 

Penyokong Morsi anjur protes sejuta orang


PARA penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi bersolat beramai-ramai di Bandar Nasr, Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi meminta protes baharu diadakan semalam, sekali gus meruncingkan lagi krisis dalaman negara berkenaan.
Perkembangan itu berlaku ketika ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan pembangkang Mesir.
Dalam satu kenyataannya, Ashton meminta supaya proses peralihan kuasa di Mesir melibatkan semua pihak termasuk pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin.
"Saya juga mengulangi gesaan supaya semua keganasan dihenti- kan. Saya amat kesal dengan kehilangan nyawa yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Perikatan Anti-Rampasan Kuasa yang meng- anjurkan bantahan menentang tindakan tentera menggulingkan Morsi menggesa penunjuk perasaan berarak menuju bangunan-bangunan keselamatan semalam.
Kumpulan tersebut turut meminta agar sejuta penduduk Mesir keluar mengadakan bantahan hari ini.
Gesaan itu dibuat selepas Majlis Pertahanan Negara memberi amaran kelmarin pihaknya akan bertindak tegas terhadap penunjuk perasaan jika mereka melampaui batas.
Ketegangan di negara itu memuncak selepas sebanyak 72 penunjuk perasaan terbunuh dalam perhimpunan pro-Morsi yang diadakan di sini pada Sabtu lalu.
"Kami menyeru sejuta orang berarak esok (hari ini)," kata seorang wakil Perikatan Anti-Rampasan kuasa dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beribu-ribu penyokong Morsi masih berkhemah di dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, tempat tunjuk perasaan menentang kerajaan peralihan Mesir bermula.
Terdahulu, sumber kumpulan tersebut menyatakan, dua pemimpin parti politik yang menyokong Ikhwanul Muslimin, Abul Ala Mady dan penolongnya, Essam Sultan telah ditahan pihak berkuasa Mesir kelmarin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2aVc17Z7w 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, July 28, 2013

70 penyokong Mursi ditembak mati

Foto
Foto
PENYOKONG yang cedera diberikan rawatan oleh petugas perubatan Ikhwan.
Foto
SEORANG lelaki yang cedera dibawa dengan motosikal untuk mendapatkan rawatan.
Foto
PENYOKONG Mursi bertempiaran lari apabila anggota polis melepaskan tembakan dengan dibantu penentang bekas pemimpin itu yang melontar batu di timur Kaherah, semalam.
Kaherah: Pasukan keselamatan Mesir semalam menembak mati sekurang-kurangnya 70 orang penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi awal semalam, sekali gus memburukkan lagi kekacauan yang mencengkam Mesir sejak beberapa minggu lalu.

Rangkaian televisyen Al Jazeera melaporkan 120 orang mati dan 4,500 cedera dalam serangan ke atas penyokong Ikhwan yang berkumpul berhampiran sebuah masjid di Kaherah.


Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tentera mula menembak sebelum solat Subuh.

“Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi sengaja untuk membunuh. Kepala dan dada menjadi sasaran,” katanya.


Seorang wartawan berkata, dia melihat 20 mayat di selimut kain putih yang berlumuran darah di kawasan lapang yang dijadikan pusat rawatan sementara oleh anggota Ikhwan di Masjid Rabaa al-Adawiya, sebuah masjid di timur laut Kaherah.


Mangsa lain dibawa ke hospital berlainan.



Penyokong dan penentang Mursi mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara semalam, menghimpunkan ratusan ribu di jalan raya serta memburukkan lagi perpecahan di kalangan rakyat negara paling ramai penduduk itu.


Lebih 200 orang terbunuh dalam keganasan yang meletus sejak penggulingan Mursi, termasuk sembilan kelmarin, kebanyakannya penyokong Ikhwan.



Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang memainkan peranan utama menggulingkan Mursi selepas tunjuk perasaan menentang pemerintahannya, menggesa rakyat Mesir mengadakan perhimpunan untuk memberikannya mandat bagi menangani keganasan.


Ratusan ribu menyahut gesaannya, tetapi penyokong Ikhwan tetap dengan tunjuk perasaan mereka, menuntut pelantikan semula Mursi yang semalam menghadapi tuduhan jenayah, termasuk membunuh.


Gehad berkata, polis mula menembak gas pemedih mata selepas jam 3 pagi (6 pagi waktu Malaysia), menyasarkan penunjuk perasaan.


“Ketika asap menyelubungi kawasan itu, peluru pula mula terbang,” katanya.


Beliau berkata, selain polis beruniform serba hitam, tembakan juga dilepaskan daripada anggota bersenjata yang menguasai bumbung bangunan di universiti kawasan berkenaan dan sebuah jambatan berhampiran.


Agensi berita rasmi Mesir yang anti-Mursi memetik sumber keselamatan sebagai berkata, hanya gas pemedih mata dilepaskan untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Tidak ada senjata digunakan.


Gehad berkata, penyokong Mursi terpaksa mengguna batu untuk mempertahan diri mereka. Di atas pentas masjid Rabaa, seorang penceramah menggesa orang ramai berundur selepas polis melepaskan tembakan. Bagaimanapun, penyokong lelaki enggan berundur kerana melindungi wanita dan kanak-kanak yang berada di dalam masjid itu.


Ini kali kedua pembunuhan beramai-ramai dilakukan polis dan tentera Mesir terhadap penyokong Mursi. Pada 8 Julai lalu, 53 orang mati apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai selepas solat Subuh berhampiran perkarangan pejabat tentera di Kaherah.


“Kejadian hari ini (semalam) lebih ganas. Tembakan dilepaskan secara rambang,” kata Gehad. - Agensi