GAMBAR khemah yang menjadi tempat tinggal Knight dekat bandar Rome disiarkan polis selepas dia ditangkap.- REUTERS
ROME, Maine - Seorang lelaki, Christopher Knight yang hidup dalam khemah selama beberapa dekad di dalam hutan dekat sini dan melakukan lebih 1,000 perbuatan mencuri untuk mendapatkan makanan akhirnya ditangkap di sebuah kem, kata pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Knight, 47, ditangkap pada 4 April lalu semasa perbuatannya memecah masuk dan mencuri makanan di sebuah kem untuk golongan kurang upaya di sini dirakamkan menerusi sebuah kamera pemantauan.
Lelaki tersebut mengaku kepada polis bahawa dia bertanggungjawab melakukan lebih 1,000 perbuatan mencuri sejak bertahun-tahun lalu.
Bagaimanapun, Knight menyatakan, dia hanya mengambil barang-barang yang diperlukan bagi membolehkannya meneruskan kehidupan.
Seorang anggota polis di negeri Maine, Diane Perkins-Vance berkata, Knight memberitahu, dia tinggal di dalam hutan sejak tahun 1986.
Menurutnya, lelaki tersebut mengaku dia tidak pernah berkomunikasi dengan manusia sejak pertengahan tahun 1990-an.
Knight kini ditahan atas dakwaan mencuri di Penjara Kennebec, Maine dengan ikat jamin sebanyak AS$5,000 (RM15,174), lapor akhbar Portland Herald Press. - Agensi
SEORANG wanita melihat Guanjung bermain alat muzik di dalam 'rumah bergerak' miliknya di Taiyuan semalam.- REUTERS
TAIYUAN - Seorang suami, Li Guanjung mencari isterinya yang hilang semasa mereka mengembara ke Beijing, China dua tahun lalu.
Guanjung, 57, mengubah suai sebuah motosikal roda tiga miliknya menjadi 'rumah bergerak' dalam usahanya untuk mencari isterinya yang mengalami masalah mental itu.
Lelaki tersebut yang sebelum ini menjadi petani turut bertukar kerjaya sebagai seniman jalanan untuk memperoleh pendapatan semasa dia mencari isterinya. - Agensi
Polis Dubai semalam menyiarkan gambar sebuah kereta sport Lamborghini Aventador yang digunakan untuk rondaan dan mencegah jenayah. - AFP
DUBAI - Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu menggunakan sebuah kereta Lamborghini Aventador yang berharga hampir AS$550,000 (RM1.66 juta), lapor agensi berita AP semalam.
Kereta sport buatan Itali itu yang boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam dicat dengan warna hijau dan putih.
Harga petrol di Dubai adalah lebih murah berbanding harga minuman.
Kelmarin, ibu pejabat polis Dubai menyiarkan gambar kereta tersebut di depan pusat beli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall.
Pihak berkuasa di negara ini berdepan masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian disebabkan kenderaan dipandu laju.
Menurut laporan media tempatan, seramai 33 orang mati akibat nahas jalan raya di Dubai dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Kereta sport itu juga digunakan polis Itali, Panama dan United Kingdom. - Agensi
GAMBAR fail menunjukkan radar SBX (dalam bulatan) milik tentera Amerika Syarikat.- AFP
WASHINGTON - Sebuah radar berkuasa tinggi milik tentera Amerika Syarikat (AS) kini berada di laut untuk mengesan pelancaran peluru berpandu Korea Utara, menurut seorang pegawai kanan pertahanan AS.
Radar SBX itu mirip sebiji bola golf gergasi itu boleh mengesan peluru berpandu yang dilancarkan rejim Pyongyang.
Radar terapung itu terletak di atas platform yang sama seperti pelantar minyak.
Lokasi radar tersebut tidak didedahkan.
Ketinggian radar itu ialah 85 meter dan ia boleh mengesan peluru berpandu pada jarak 2,000 kilometer.
Tentera AS dan Korea Selatan kini dalam keadaan berjaga-jaga dan menjangkakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu miliknya sebelum 15 April ini iaitu sempena sambutan hari kelahiran bekas pengasas negara itu, Kim Il-sung.
Korea Utara yang merupakan sebuah negara komunis sebelum ini turut meminta semua warga asing di Korea Selatan meninggalkan negara itu kerana mendakwa perang nuklear akan berlaku.
Ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan pengimportan barang mewah dan perpindahan wang tunai untuk tujuan program nuklear ke atas Korea Utara pada Mac lalu.
Sekatan itu dibuat setelah Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un berusia dalam lingkungan 30-an telah melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.
Beberapa pesawat kalis radar milik AS turut ditempatkan di Korea Selatan bagi menghadapi serangan dari Korea Utara.
Tentera Korea Selatan turut menempatkan pelancar peluru berpandu Patriot di beberapa kawasan di Seoul sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi serangan dari Korea Utara.- Agensi
MANILA 11 April - Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter, menggegar Kepulauan Batan, utara Filipina pagi ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gegaran tersebut berlaku kira-kira pukul 4.20 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 4.2 kilometer.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menyatakan, gegaran yang berlaku kira-kira 29 kilometer di timur Itbayat itu, turut dirasai di kawasan-kasawan pedalaman yang kurang penduduk.
Dua gegaran susulan turut direkodkan, namun tiada laporan kerosakan dibuat. - Agensi
Seorang wanita Iran diberi rawatan selepas mengalami kecederaan dalam gempa bumi di bandar Shonbeh, selatan Iran, kelmarin. - AGENSI
TEHERAN 10 April - Angka korban gempa bumi kuat yang melanda barat daya Iran semalam, meningkat kepada 37 orang hari ini dengan jumlah mangsa yang cedera pula kira-kira 850 orang.
Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter yang menggegarkan bandar Bushehr itu berlaku berhampiran stesen tenaga nuklear Iran, tetapi pihak berkuasa Teheran dan Rusia yang bertanggungjawab membinanya menyatakan, kemudahan itu tidak terjejas.
Kira-kira 700 kediaman yang dibina menggunakan batu-bata dan lumpur turut musnah akibat bencana alam itu dan pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa yang terselamat.
Pasukan Bulan Sabit Merah yang menyediakan makanan dan tempat perlindungan, turut membantu pencarian mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Gegaran yang berpusat 89 kilometer ke tenggara bandar pelabuhan Bushehr itu, turut menyebabkan pejabat-pejabat di Qatar dan Bahrain dikosongkan.
Gegaran dapat dirasakan sehingga ke hub kewangan di Dubai.
Iran adalah satu-satunya negara yang mengendalikan loji nuklear yang tidak menganggotai Konvensyen Keselamatan Nuklear yang ditubuhkan selepas bencana nuklear Chernobyl pada 1986.
Reaktor Bushehr terus menjadi punca kebimbangan dunia, ekoran kemudahan itu didirikan di atas titik persilangan tiga plet tektonik. - AGENSI
Phitsanulok (Thailand): Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu semalam.
Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya.
Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan kelihatan seperti gabungan buaya dan ikan, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan berat lebih 10 kilogram.
Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula. Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya.
Dia percaya ikan berkenaan dipelihara oleh penduduk yang mengambil keputusan untuk melepaskannya selepas ia menjadi terlalu besar.
Menurut Issara, buaya gar adalah besar, hidup lama, memakan ikan kecil dan burung serta boleh menghasilkan banyak anak. Ekosistem boleh terjejas jika jumlah haiwan itu terlalu banyak di habitat asli Thai.
Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan.
“Ia akan dijual atau diserahkan kepada pegawai perikanan jika mereka datang untuk mengambilnya,” kata Malee. - AFP
IMEJ sinar-X menunjukkan belut dalam perut lelaki itu.
Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.
Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.
Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: “Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya.” Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.
“Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.
“Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam,” kata anggota pasukan perubatan itu.
“Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan,” kata jurucakap polis. - Daily Mail
BEBERAPA buah kenderaan berperisai milik tentera Amerika Syarikat digunakan dalam latihan ketenteraan dengan askar-askar Korea Selatan di Yeoncheon, di sempadan Korea Utara semalam.- AP
SEOUL - Korea Selatan semalam menyatakan terdapat kemungkinan besar tentera Korea Utara akan melancarkan sebuah peluru berpandu jarak sederhana pada bila-bila masa.
Beberapa kenderaan pengangkut peluru berpandu dilihat berada di wilayah Hamgyong Selatan di sepanjang pantai timur Korea Utara yang mungkin akan dilancarkan.
Ketua Pemerintah Tentera Amerika Syarikat (AS) di Pasifik, Laksamana Samuel Locklear menyatakan, pihaknya percaya Korea Utara telah memindahkan sejumlah peluru berpandu Musudan ke pantai timurnya.
Peluru berpandu Musudan itu mampu bergerak sejauh 3,500 kilometer dan sekali gus mengancam Pulau Guam yang mempunyai pangkalan tentera AS di Lautan Pasifik.
Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se memberitahu Parlimen, Korea Utara mungkin melancarkan sebuah perluru berpandu Musudan selepas meneliti maklumat perisikan yang diperoleh pihaknya dan AS.
Para pengendali syarikat pelancongan China juga telah menghentikan lawatan ke Korea Utara selepas ketegangan meningkat di Semenanjung Korea.
Kelmarin, Korea Utara meminta warga asing di Korea Selatan meninggalkan negara itu kerana perang nuklear semakin hampir.
Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan pengimportan barang mewah dan perpindahan wang tunai untuk tujuan program nuklear ke atas Korea Utara pada Mac lalu.
Sekatan itu dibuat setelah Korea Utara melakukan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu. - Agensi
Amerika akan menempatkan senjata pancaran laser di atas kapal-kapal perangnya bagi melumpuhkan operasi kapal musuh. - AGENSI
WASHINGTON 9 April - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), semalam mengumumkan bahawa mereka akan menempatkan senjata pancaran laser di atas kapal-kapal perang mereka yang berupaya menembak jatuh drone (pesawat tanpa juruterbang) dan melumpuhkan operasi kapal musuh.
Jurucakap Pejabat Penyelidikan Tentera Laut bagi Program Teknologi Laser Negara, Peter Morrison menyifatkan senjata tersebut sebagai senjata masa depan yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap keselamatan negara.
"Senjata laser itu menggunakan elektrik, maka ia boleh menembak selagi ada sumber elektrik," katanya.
Ketua Penyelidikan Tentera Laut, Laksamana Muda Mathhew Klunder pula berkata, senjata itu lebih menjimatkan biarpun menggunakan tenaga elektrik.
"Berbanding senjata perang lain seperti peluru berpandu, senjata laser ini lebih menjimatkan apabila ia hanya melibatkan kos serendah AS$1 (RM3.1) bagi setiap satu tembakan yang dilepaskan," ujarnya.
Senjata laser itu yang dianggarkan menelan kos antara AS$31 juta dan AS$32 juta (RM96.1 juta hingga RM99.2 juta) akan dipasang di atas kapal perang USS Ponce yang digunakan sebagai pangkalan terapung di Asia Barat bermula pada Oktober 2014.
Perkhidmatan Kajian Kongres melaporkan, pancaran laser mungkin tidak akan berfungsi dengan baik dalam keadaan cuaca buruk, selain boleh mendatangkan bahaya kepada pesawat dan satelit. - REUTERS
SEORANG penduduk terbunuh akibat tanah jerlus di Samara, bandar raya keenam terbesar di Russia.
TANAH jerlus yang besar boleh menelan kereta dan mencetuskan kekecohan.
Samara: Gambar ini seolah-olah dirakam dari sebuah filem yang mengisahkan malapetaka yang amat dahsyat.
Tetapi, imej ini sebenarnya adalah realiti harian yang dihadapi penduduk di bandar raya Samara di tenggara Russia.
Penduduk bandar itu kini hidup dalam kebimbangan selepas ‘serangan’ tanah jerlus mula berlaku di seluruh bandar itu.
Kejadian dipercayai berlaku sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan kereta, bas dan sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh.
Tanah jerlus, sebahagiannya cukup besar untuk menelan sebuah lori dipercayai berpunca daripada tanah mendap yang terjadi apabila ais cair dan menyerap ke bumi. Air yang berlebihan menyebabkan tanah di bawah jalan raya di bandar itu jerlus.
Lubang besar dapat dilihat di tempat letak kereta, simpang jalan raya yang sibuk, tepi jalan dan di jalan raya besar mahupun kecil.
Sehingga ini, sekurang-kurangnya seorang penduduk mati akibat ditelan bumi.
Penduduk Samara sudahpun mengambil langkah menandatangani petisyen untuk mendesak pihak berkuasa mencari jalan bagi mengatasi masalah itu.
Kejadian tanah jerlus adalah perkara biasa di kawasan perlombongan.
Bagaimanapun, tanah jerlus semula jadi mengambil ribuan tahun untuk dibentuk dan berbeza dari segi saiz.
Ia terjadi akibat daripada apa yang dikenali sebagai proses Karst yang berlaku apabila lapisan batu batan seperti batu kapur di bawah tanah dilarut oleh air berasid.
Biasanya, hujan menyerap menerusi tanah, menyerap karbon dioksida dan bertindak balas dengan sisa pertanian. Kesannya, air yang sampai kepada lapisan batu batan yang boleh larut itu ialah dalam bentuk berasid.
Air berasid itu kemudian menghakis batu batan di bawah permukaan bumi, sekali gus membentuk ruang berongga.
Kemudian, apabila ia tidak disokong lagi kerana rongga itu, tanah di atas batu kapur akan runtuh menjadi tanah jerlus.
Keruntuhan permukaan itu boleh terjadi tiba-tiba atau mengambil masa beberapa jam. Hujan lebat atau sistem perparitan yang buruk juga boleh menyebabkan keruntuhan. - Daily Mail
SEORANG lelaki melintas di depan rumah yang musnah di bandar Shonbeh, selatan Bushehr, Iran, hari ini. Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang dan beratus-ratus lagi mengalami kecederaan dalam kejadian lewat malam tadi. - Foto AFP
9 April 2013
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda selatan Iran pada 7.52 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa bumi itu berpusat di 140km barat daya Shiraz, Iran dan 5,618km barat laut Langkawi, Kedah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama
GAMBAR yang dirakamkan pada Ahad lalu menunjukkan sebuah bot yang dipercayai dari Jepun yang hanyut ke sebuah pantai dekat bandar Crescent, Amerika Syarikat.
BANDAR CRESCENT, California - Beberapa pegawai kini berusaha untuk memastikan sama ada sebuah bot nelayan yang dihanyutkan ke sebuah pantai dekat sini datangnya dari Jepun selepas tsunami berlaku pada Mac 2011.
Bot yang sepanjang 6.09 meter itu mempunyai tulisan Jepun itu dihanyutkan ke kawasan pantai tersebut di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lalu.
Tulisan itu mungkin merupakan lesen atau nombor pendaftaran bot tersebut.
Bot tersebut kini diperiksa oleh sekumpulan pakar termasuk dari Kumpulan Kerja Tsunami Redwood, Universiti State Humboldt, beberapa pegawai agensi persekutuan dan negeri.
Seorang jurucakap Pentadbiran Kelautan Kebangsaan dan Atmosfera turut menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Jepun bagi menentukan sama ada ia merupakan bot yang hanyut dari negara tersebut.
Tsunami pada 11 Mac 2011 itu telah menyebabkan 15,882 orang mati di timur laut Jepun selepas berlakunya gempa bumi kuat berukuran 9.03 pada skala Richter. - Agensi
GAMBAR fail menunjukkan sebuah robot da Vinci di sebuah hospital di Pittsburgh, Amerika Syarikat pada 13 Jun 2008.
CHICAGO - Beberapa buah robot bedah yang mempunyai banyak tangan dan dikenali sebagai Sistem Pembedahan Da Vinci pernah digunakan untuk melakukan hampir 400,000 pembedahan di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.
Bagaimanapun, peralatan pembedahan yang hebat itu sejak awal tahun lalu menghadapi beberapa masalah kerana ia telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima pesakit mati.
Menurut data Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), terdapat hingga 500 laporan masalah berhubung penggunaan robot bedah Da Vinci sejak 1 Januari 2012.
Sistem robot bedah Da Vinci itu dipasarkan sejak tahun 2000.
Hampir 1,400 buah hospital di AS memiliki sekurang-kurangnya sebuah robot bedah Da Vinci.
Setiap sebuah robot itu berharga sekitar AS$1.45 juta (RM4.4 juta) dengan kos penyelenggaraan melebihi AS$100,000 (RM303,699) setahun.
Robot bedah Da Vinci sering digunakan dalam pembedahan prostat, rahim, membaiki injap jantung dan pembedahan beberapa organ lain. - AP
SEBAHAGIAN daripada 6,000 guru yang berbaris di tepi sebatang jalan raya yang menghubungkan Copenhagen dan Roskilde di Denmark semalam.
COPENHAGEN - Seramai 6,000 orang guru di sini sanggup berbaris di tepi sebatang jalan sepanjang 35 kilometer di Denmark semalam.
Guru-guru tersebut berbaris di sebatang jalan utama di antara bandar raya Copenhagen dan bandar Roskilde bagi membantah keputusan pihak majlis perbandaran yang tidak membenarkan mereka mengajar di sekolah-sekolah.
Pihak majlis perbandaran tempatan melaksanakan larangan itu selepas kata sepakat gagal dicapai berhubung jumlah jam yang diperuntukkan untuk guru-guru mengajar di sekolah.
Kerajaan Denmark mahu guru-guru diperuntukkan jumlah jam yang lebih banyak untuk mengajar.
Bagaimanapun, kesatuan guru menolak tuntutan tersebut.
Larangan terhadap 52,000 guru untuk mengajar itu menjejaskan kira-kira 875,000 pelajar di kebanyakan sekolah rendah dan menengah. - AP
Wasiat Habib Ali bin Ja'far Al-Idrus *BATU PAHAT* - JOHOR
Antara Johor dan Kuala lumpur, terdapat sebuah desa terpencil yaitu "Batu pahat" yanggdi wilayah tersebut tinggallah seorang shalih yang Doanya tak pernah ditolak oleh Allah swt, Al Habib Ali bin Ja'far Alaydrus, seorang lanjut usia yang waktunya habis untuk menemui tamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan sederhana, namun para Habaib dan Ulama ulama Dunia bila berkunjung ke kuala lumpur, pastilah harus berkunjung untuk mendatangi beliau, telah banyak para habaib besar yang mengunjungi beliau, diantaranya
Al Habib Umar bin Hafidh Hadramaut, Al habib Muhammad bin Alwi Al Maliki Makkah, Al Habib Zein bin Ibrahim bin Smeith Madinah, Al Habib Hasan bin Abdullah As Syathiri Hadramaut, Al Habib Salim bin Abdullah As Syathiri Hadramaut, Al Habib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf dan banyak lagi para Habaib besar yang selalu mengunjungi beliau, dan ayah beliau adalah salah seorang yang Luhur dan Agung disisi Allah, Al Habib Ja'far Alaiydrus yang termasyhur dihampir seluruh Dunia sebagai orang yang shalih dan telah dikelompokkan dalam kumpulan ahli Shiddiqiyyatil Kubra, dan putranya Alhabib Ali bin Ja'far yang tampak tak memiliki apa-apa, dan selalu menunduk dan dipenuhi kerendahan diri dan kesopanan pada para tamu tamunya ini, bersuara lembut dan penuh kasih sayang ini.. ah..beliau bagaikan Intan berlian yang bersinar ditengah-tengah gelapnya suasana malam.
nasihat-nasihat beliau :
Nasihat pertama:
Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran.
Nasihat kedua:
Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat2, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat2lah berbaik2 antara satu sama lain.
Nasihat ketiga:
Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda2 besar Kiamat.
Nasihat keempat:
Allah swt itu adalah Khalik iaitu sang Pencipta. Manusia hanyalah Makhluk iaiatu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa sahaja perintah2 Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia. Takutlah pada Allah swt dengan bertaqwa pada Allah swt. Jika manusia tidak taku pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah swt, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah2 Allah swt dan juga Nabi Muhammad s.a.w yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah solollah alahi wassalam.
Nasihat kelima:
Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah swt telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali2 tinggalkan Solat2 fardhu.
Nasihat keenam:
Anak2 kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun selambat2nya
Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”
Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”
Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”
Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.
Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburudan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”
Kali ini kita akan bercerita tentang hidup susah payah seorang lelaki yang kini bergelar jutawan muda di Thailand. Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan sering mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaannya.
Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.
Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu,Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.
Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.
Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.
Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.
Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk.Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.
Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.
Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.
Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.
Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.
Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.
Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.
Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.
Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.
Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.
Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.
Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.
Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.
Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.
Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.
Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.
Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.
Ngeri! Lelaki Ini Menderita Akibat Jilatan Serigala | Haiwan seperti serigala bagi kita mungkin ia agak asing kerana ia bukan mudah ditemui seperti anjing dan kucing. Selain itu, serigala juga turut dikaitkan dengan serigala jadian yang akan muncul pada waktu malam bulan mengambang. Biarpun ia seakan cerita khayalan, serigala juga boleh dianggap merbahaya. Kami ingin berkongsi dengan anda tentang penderitaan seorang lelaki yang dikatakan menghidap penyakit misteri selepas dijilat oleh seekor serigala. Mengapa boleh jadi begitu?
Di Guizhou China, seorang lelaki berusia 64 tahun kelihatan mempunyai gigi seperti tumbuh diluar bibirnya malah bahagian bibir atasnya juga kelihatan hilang. Berdasarkan kisahnya, lelaki tersebut pernah mendaki gunung ketika berusia 11 tahun dan terserempak dengan seekor serigala. Serigala tersebut tidak menjadikannya makanan tetapi hanya menjilat bibirnya.
Atas insiden itu, dia dipercayai terkena jangkitan penyakit dan terpaksa mendapatkan rawatan. Kesannya adalah seperti mana yang berlaku padanya hari ini. Keadaan mulutnya yang sebegitu menyukarkan kehidupan sehariannya seperti untuk makan atau bercakap dengan orang ramai.
HONG KONG - Sebuah mangkuk merah dihiasi corak bunga teratai memecahkan rekod dunia barangan seramik pada era Dinasti Kangxi di China dalam satu lelongan oleh firma Sotheby’s semalam.
Berlangsung di sini selama lima hari, lelongan tersebut melibatkan koleksi wain, barang kemas, hasil seni, seramik dan jam tangan dari Asia serta China.
Mangkuk yang dinamakan Falangcai dari era Kangxi antara tahun 1662 hingga 1722 itu dilelong pada harga HK$74 juta (RM29.1 juta).
Artifak tersebut dibeli oleh seorang penjual seramik di sini, William Chak.
Lebih daripada 400 pembeli hadir pada sesi pagi lelongan itu untuk membida 57 barangan seramik. - Reuters
GAMBAR menunjukkan kubu purba Gonur-Tep di gurun Kara Kum pada 2 April lalu.
MARY, Turkmenistan – Sekumpulan ahli arkeologi mencari artifak yang tertanam di sebuah kubu purba di gurun Kara Kum di barat negara ini.
Kubu itu sebeum ini ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi dari
Kesatuan Soviet sebelum empayar komunis itu runtuh.
BENTUK dinding yang terdapat di kubu tersebut.
Ahli-ahli arkeologi Soviet itu menemui kubu tersebut pada abad ke-20 yang tertanam di bawah pasir di gurun tersebut.
Bangunan kubu tersebut yang seluas 30 hektar dipenuhi dengan dinding dan terletak 50 kilometer dari bandar purba Mary.
Kubu Gonur-Tepe itu terletak di sebuah kawasan penempatan manusia yang wujud kira-kira 2,000 Tahun Sebelum Masihi.
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kawasan kubu itu pada 5 Julai 2004.
Setakat ini, kerja-kerja menggali di kawasan tersebut menemui barang-barang kraf tangan yang dihasilkan pada zaman gangsa.
Seorang ahli arkeologi Rusia, Viktor Sarianidi yang berumur 84 tahun berkata, sebuah objek mozek yang cantik telah ditemui pada tahun ini di kawasan itu. – AFP
KAWASAN di Trafalgar Square di London dipenuhi dengan sekumpulan orang yang bergaduh dengan menggunakan bantal.
LONDON - Sejumlah penduduk di dunia menyambut hari bergaduh dengan menggunakan bantal yang berlangsung kelmarin.
Para peserta perlu mematuhi syarat semasa mereka menyertai pergaduhan itu.
Syarat itu ialah para peserta tidak boleh memukul seseorang dengan menggunakan sebuah kamera.
Para peserta juga tidak dibenarkan memukul seseorang yang tidak memegang bantal.
Antara bandar raya yang menjadi lokasi sambutan itu ialah London, England; Brasilia, Brazil; New York, Amerika Syarikat dan Vienna di Austria. - Agensi
Anggota JPAM mengangkat ular sawa yang berjaya ditangkap itu.
BALING, Kedah - Seorang penduduk nyaris ditelan ular sawa ketika dalam perjalanan ke kebun getahnya di Kampung Lanai, kira-kira jam 7.45 petang, kelmarin.
Mangsa, yang berumur 50-an itu terkejut setelah mendapati seekor ular sawa itu cuba menyerangnya sebelum bertindak menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Baling.
Ketua Skuad JPAM Baling, Mohd Fadly Abu Hassan berkata, seramai empat anggota dikerahkan ke tempat kejadian bagi menangkap ular itu.
“Ular sepanjang kira-kira lima meter itu tidak bertindak agresif seterusnya memudahkan anggota ketika operasi menangkap ular itu.
“Mempunyai berat kira-kira 50 kilogram dan merupakan tangkapan ular sawa terbesar bagi tahun ini,” katanya.
Beliau berkata, tindakan cepat penduduk menghubungi JPAM ternyata dapat membantu dalam memastikan ular itu ditangkap.
“Ular bersaiz ini bukan sahaja mampu menelan manusia, tetapi juga haiwan berbadan besar dan jika dibiarkan kemungkinan akan mengancam keselamatan penduduk,” katanya.
Katanya, ular itu akan disimpan di Pejabat JPAM terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada menyerahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) ataupun dilepaskan.
Sebahagian otak Meena hancur akibat ditetak abang kandung dengan kapak.
KABUL - Akibat melarikan diri daripada perkahwinan paksa, seorang wanita Pakistan dikapak sebanyak 15 kali oleh abang kandung sebagai hukuman yang digelar pembunuhan kehormat.
Dipetik CNN, Gul Meena, 17, bagaimanapun masih hidup selepas insiden pada pertengahan 2008 yang turut mengorbankan teman lelakinya.
Menurut Pengarah Eksekutif Kebajikan Kabul, Manizha Naderi, wanita itu kini tidak mampu untuk menyuap makanan sendiri dan terpaksa memakai lampin kerana kecederaan otak.
"Meena dipaksa berkahwin pada umur 12 tahun dengan seorang warga emas berumur 60 tahun sepanjang perkahwinan, dia dipukul," katanya.
Jelas Naderi, Meena turut dipukul oleh ibu bapanya selepas mengadu tindakan suaminya itu.
Pada November lalu, Meena bertindak melarikan diri bersama kekasihnya sebelum ditemui oleh abang kandung Meena di Jalalabad, Aghanistan, lima tahun kemudian.
"Mereka dikapak dan sebahagian otak Meena hancur," kata Naderi.
Setakat ini, seramai 14 wanita Afghanistan berlindung di pusat perlindungan kerana dibuang keluarga.