Pages

Tuesday, February 5, 2013

Budak Dipelihara Anjing Sehingga Berusia 3 Tahun

Kisah tragis Madina bermula apabila dia ditinggalkan kedua ibubapanya sehinggalah ditemui semasa berusia 3 tahun.


Yang menariknya, dia telah dipelihara oleh seekor anjing sebelum itu.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua perkataan, ya dan tidak serta lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal selepas dirawat oleh pasukan perubatan tidak lama selepas ditemui.

Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggalkan, dia beruntung kerana masih kecil.

Seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal apabila dewasa kelak.

-SP

TANGISAN ANAK ADA RAHMAT NYA

Apabila anak kecil kadang suka menangis
Maka janganlah kalian memukul mereka..
Mereka bukan menangis karena semaunya sendiri (suka-suka ).
Melainkan mereka menangis karena TIGA perkara :

Dalam usia SETAHUN anak kita :
4 bulan pertama tangisan mereka adalah untuk MENTAUHIDKAN TUHAN NYA.
4 bulan kedua tangisan mereka adalah untuk BERSELAWAT kepada NABI nya.
4 bulan seterusnya tangisan mereka adalah untuk MENDOAKAN AYAH BUNDA MEREKA dan memohon AMPUN untuk kedua nya.
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Janganlah kamu PUKUL anak-anak kamu di sebabkan mereka MENANGIS dalam masa setahun karena pada 4 bulan pertama dari lahir nya ia BERSYAHADAT LA ILAAHA ILLALLAH.
Pada 4 bulan kedua ia berselawat ke atas ku .
Dan 4 bulan seterusnya ia mendoakan kedua ibu bapa nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar radhiallahu anhu ).

Pada riwayat yang lain Baginda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Tangis anak di waktu kecil adalah pada 4 bulan pertama ia bertauhid dan 4 bulan kedua dia berselawat atas Nabi dan 4 bulan seterusnya ia beristighfar bagi ayah bunda nya.

Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu meriwayatkan bahwa :
Bagida Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Anak-anak SEBELUM sampai BALIGH apa-apa yang di perbuat dari pada KEBAIKAN maka di tuliskan untuk diri nya dan untuk kedua ayah bunda nya.
Dan apa-apa yang di perbuat nya daripada KEJAHATAN maka tiadalah di tuliskan untuk diri nya dan tidak juga untuk kedua ayah bunda nya.

Tetapi apabila telah BALIGH berlaku lah yang di tulis itu atas nya ia itu BAIK dan BURUK NYA.

BACALAH Renungan "PERCAKAPAN BAYI dengan TUHAN,Sebelum DILAHIRKAN" selengkapnya di Toko Keren 

Seorang imam masjid mengisahkan..

Ada seorang anak kecil yang umurnya blm mencpai 10 thn. Dia selalu menjalankan shalat berjamaah di masjid, dan selalunya berusaha menempati shaf plg depan. Anak itu biasa mengeraskan suara saat shalat, terutama tatkala saya selesai membaca al-fatihah, si anak membaca “aamiin” dengan suara sangat keras.

Suatu kali, saya ingin menasihati anak ini agar merubah kebiasaannya. Akan tetapi setiap kali saya selesai shalat dan berdzikir anak itu telah pergi, saya tidak sempat berbicara dengannya.


Hingga suatu kali, setelah
selesai shalat saya langsung memegang tangan anak itu sebelum ia pergi. Lalu saya bertanya, “Nak, mengapa kamu sering berteriak keras sewaktu shalat?”
Anak itu menjawab : Rumah saya dekat dengan masjid, tapi ayah tidak pernah ke masjid sama sekali. Saya mengeraskan suara agar ayah mendengar suaraku melalui loudspeaker masjid. Dengan begitu ayah tahu bahwa saya shalat di masjid. Saya berharap ayah segera menyusul ke masjid setelah mendengar suara saya.

Imam tsb melanjutkan ceritanya, “Berdiri bulu roma ku ketika mendengar jawaban anak ini. Maka saya bersepakat dengan sebagian jamaah untuk mengunjungi ayah dari anak tersebut untuk memberikan nasihat dan menceritakan apa yang dilakukan anaknya di masjid.

Hingga akhirnya sang ayah selalu ia menjalankan shalat jamaah di masjid, Allahu akbar walillahilhamd

Diposkan oleh Muhammad Ismail

Salah bedah paru-paru

London: Satu siasatan dilancarkan semalam selepas pakar bedah di sebuah hospital yang dikecam mengalihkan bahagian salah paru-paru pesakit.
Pembedahan tidak senonoh itu dijalankan di Hospital Basildon di Essex menyaksikan pakar bedah mengalihkan bahagian bawah paru-paru pesakit wanita walaupun mereka sebenarnya perlu memindahkan bahagian atas paru-parunya.

Kesilapan besar itu dikenali sebagai “pembedahan bahagian yang salah” dirujuk sebagai kesalahan dalam nota perubatan pesakit terbabit.
Pesakit wanita berkenaan bagaimanapun terselamat dalam prosedur Disember lalu itu, tetapi siasatan dilancarkan bagi mengetahui bagaimana kesilapan sebesar itu boleh berlaku.

Sumber hospital yang enggan dikenali berkata: “Kelihatannya nota perubatan pesakit dari Hospital Broomfield itu diisi secara salah dan menunjukkan bahagian salah pada paru-paru yang dibedah.

“Hospital Broomfield berkata, itu bahagian yang salah. Kelihatannya kesilapan itu dilakukan di Broomfield, tetapi siasatan akan menentukan sama ada ia dilakukan di Basildon.” Pengarah Perubatan di Basildon dan Hospital Besar Thurrock, Dr Steve Morgan berkata: “Pada Disember lalu terdapat insiden pembedahan bahagian yang salah. Kajian sedang dibuat terhadap insiden serius itu.
Foto
HOSPITAL Basildon dikecam kerana pakar bedahnya dipercayai melakukan kesilapan dalam pembedahan.
“Tiada siapa digantung dan situasi insiden itu agak rumit.” Jurucakap Hospital Broomfield di Chelmsford, Essex, berkata: “Hospital Basildon menyedari insiden itu dan seiring dengan polisi keselamatan dalaman dan pemerintahannya, siasatan penuh akan dilakukan.

“Ia akan mengkaji prosedur klinikal dalaman selepas siasatan itu.” - Daily Mail

Baba pakai serban gergasi di India



BABA memakai serban gergasi di Amritsar semalam.


NEW DELHI - Seorang lelaki, Baba 'Avtar' Singh memakai serban yang panjang kainnya sehingga 500 meter semalam.
Dia memakai serban itu semasa mengunjungi Kuil Emas di Amritsar di India dekat sempadan Pakistan.
Baba merupakan anggota Nihang iaitu kumpulan tradisional panglima beragama Sikh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2JyX5ZhKS 
Hakcipta terpelihara 

Rangka tulang disahkan milik Raja England




GAMBAR menunjukkan lubang kubur yang mengandungi rangka tulang Raja Richard III di Leicester.


LEICESTER - Identiti satu rangka tulang yang ditemui di dalam tanah di sebuah tempat meletak kereta di sini telah disahkan para saintis sebagai Raja Richard III yang pernah memerintah England.
Para penyelidik dari Universiti Leicester mendapati keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada rangka tulang berusia 500 tahun itu sepadan dengan seorang keturunan adik perempuan raja tersebut.
Ujian DNA yang dibuat itu melibatkan seorang pembuat perabot yang dilahirkan di Kanada, Michael Ibsen.
Ibsen merupakan keturunan adik raja itu, Anne of York.
Kesan kecederaan yang didapati pada rangka tulang itu adalah akibat satu pertempuran.
Pengumuman itu dibuat oleh seorang pakar arkeologi, Richard Buckley pada satu sidang akhbar di universiti tersebut semalam.
Rangka tulang itu ditemui pada September 2012.
Raja itu meninggal dunia dalam pertempuran Bosworth yang berlaku pada tahun 1485.
Mayat baginda kemudian diarak dalam keadaan bogel dan berlumuran darah dari medan pertempuran ke Leicester, tengah England sebelum dikebumikan di sebuah kubur tanpa batu nisan di Greyfriars di sini.
Menurut Buckley, rangka tulang tersebut akan dikebumikan di Gereja Leicester di sini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2JyWiNYAR 
Hakcipta terpelihara 

Monday, February 4, 2013

CANGGIH



JET pejuang Qaher (Penakluk) F-313 dipamerkan di sebuah hangar di Teheran, kelmarin. - AGENSI
Jet pejuang buatan Iran yang dikenali sebagai Qaher atau Penakluk F-313 buat pertama kalinya dipamerkan dalam satu majlis di Teheran, semalam. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, menyifatkan Qaher sebagai sebuah jet pejuang paling canggih di dunia yang menggunakan bahan berteknologi tinggi dan mempunyai kebolehan sukar dikesan oleh radar musuh. Qaher juga dilengkapi dengan sistem komunikasi dan penentu kedudukan elektronik yang canggih, selain mampu mendarat di landasan yang pendek. Jet pejuang itu dipamerkan sempena ulang tahun ke-34 revolusi Iran sejak 1979. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130203/lu_04/CANGGIH#ixzz2JwHn0uYu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki buta dapat melihat kembali



Steve William (dua dari kiri) kini dapat melihat dua anak lelaki dan isterinya selepas menjalani pembedahan mata. - AGENSI
LONDON 3 Feb. - Seorang lelaki yang buta sejak 21 tahun lalu dapat melihat kembali selepas menjalani kaedah pembedahan terbaru menggunakan tisu mata penderma yang sudah meninggal dunia.
Steve Williams, 42, menghidap penyakit dikenali sebagai keratoconus, penyakit genetik yang menyebabkan kerosakan mata dan akhirnya menjadi buta, menjalani pembedahan itu untuk memperbaiki kornea dan retinanya di Preston Royal Hospital di sini.
Bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia menjadi buta ketika berumur 21 tahun.
''Saya sudah pasrah untuk melihat dua anak saya dan sedar saya tidak akan dapat menjadi ayah yang sempurna.
''Selepas menjalani pembedahan ini, saya dapat melihat muka saya sendiri. Namun, melihat muka dua anak lelaki saya merupakan perkara paling mengagumkan,'' katanya.
Williams kini menggunakan cermin mata dan merancang menjadi seorang jururawat.
Pakar bedah yang menjalankan pembedahan ke atas mata Williams, Mark Vose berkata, beliau menggunakan teknik terkini dan ubat- ubatan terbaharu untuk mengembalikan penglihatan pesakitnya itu.
Beliau berkata, kejayaan pembedahan itu juga dibantu atas persetujuan penderma untuk menderma organ mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130204/lu_05/Lelaki-buta-dapat-melihat-kembali#ixzz2JwHWdhHC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penembak tepat terhandal AS ditembak mati



WASHINGTON 4 Feb. - Seorang bekas tentera elit Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai penembak tepat paling berbahaya dalam sejarah negara itu, ditembak mati Texas, semalam.
Chris Kyle, 38, yang berkhidmat dalam unit elit tentera laut AS, SEAL, ditemukan mati di sebuah pusat menembak di Texas.
Media AS melaporkan, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan telah pihak polis dan siasatan berhubung motif serangan itu masih dijalankan.
Kyle yang pernah berkhidmat di Iraq, telah membunuh seramai 150 orang, menjadikannya penembak tepat paling berbahaya dalam sejarah AS. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130204/lu_06/Penembak-tepat-terhandal-AS-ditembak-mati#ixzz2JwGownAs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Briged tentera pertama wanita



Tentera wanita Assad.
Tentera wanita Assad.
Tentera wanita Assad.
Tentera wanita Assad.
Tentera wanita Assad.
Tentera wanita Assad.
Unit pertama wanita Angkatan Pertahanan Kebangsaan Nasional Syria, diasaskan di bandar Homs mempunyai 500 anggota dari usia 18 dan 50 tahun.

Pengarah Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, rejim mencipta pasukan separa tentera itu untuk menambah tentera dalam memerangi pemberontak.

“Ia digelar modal revolusi oleh pembangkang.

Homs adalah lokasi pertama kebangkitan rakyat melepaskan serangan di kawasan dikuasai pemberontak sejak 22 bulan lalu hingga menyebabkan banyak bangunan musnah dan kematian,” katanya.

Selain itu, Homs juga adalah kawasan dihuni 1.5 juta penduduk fahaman Sunni, Kristian dan Alawites.

Sebanyak 80 peratus daripada penduduk Homs adalah fahaman Sunni dan menyokong tentera pembebasan manakala 10 peratus adalah Alawites seperti Presiden Assad dan Kristian di lima peratus kebanyakannya menyokong rejim Assad.


Abir Ramadan

Pada usia 40 tahun, Abir Ramadan menyertai unit separa tentera Syria yang merupakan kuasa baru dalam ketenteraan rejim Assad. Beliau berikrar akan terus setia kepada Assad dalam perjuangan bersenjata terhadap cubaan untuk menggulingkan presiden itu.

Berpakaian celorong-celoreng, beliau berarak di sebuah stadium di pusat bandar Homs sambil genggaman tangan dan melaungkan “ALLAH, Syria, Bashar wa ukiran” (ALLAH, Syria, Bashar - itu sahaja), dengan penuh semangat .

Beliau adalah salah seorang pengawal di pintu masuk pusat pemeriksaan ke bandar Homs. Mereka menonjolkan diri sebagai fedayat, dalam bahasa Arab bermaksud orang yang mengorbankan diri mereka bersebab.

“Suami memberikan galakkan untuk menjadi tentera wanita. Beliau menghantar saya ke pusat pengambilan tentera,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya tidak ditugaskan di pusat pemeriksaan, beliau ditempatkan di makmal radiologi di kem tentera yang tidak di beritahu.

“Sebelum ini saya tidak tahu mengendalikan senjata dan tidak berani tinggal di rumah berseorangan. Kini, saya yakin dan lebih berani. Saya mahu belajar dan membantu secara sukarela kerana negara saya kini sedang menderita,” katanya.


Nada Jahjah

Bagi Komander Nada Jahjah yang bertanggungjawab sebagai jurulatih anggota baru berkata, Homs dipilih kerana bandar itu sungguh tragis dan 90 peratusnya musnah akibat dari pertempuran.

“Ini bukan perang biasa. Ia lebih teruk dari peperangan menentang Israel pada 1973 di mana kami tahu siapakah musuh kami. Kali ini, musuh adalah dari keluarga sendiri.

Negara-negara jiran membekalkan senjata dan menyebarkan pemikiran fundamentalis. Mereka membunuh rakyat Syria. Ini adalah perang ganas,“ katanya.

Beliau berkata, wanita di kem ini dilatih menembak dengan senapang Kalashnikovs, mesingan, mengendalikan bom, strategi menyerang pusat pemeriksaan pembangkang, mengawal pos kawalan, menjalankan serbuan
dan menyertai kursus taktik ketenteraan.

“Mereka bertugas mengikut syif iaitu empat jam pada waktu pagi atau pada waktu petang. Selepas waktu bertugas tentera wanita itu boleh menjalankan tugasan mereka sebagai seorang isteri dan ibu.


Etidal Hamad

Etidal Hamad, 34, adalah ibu kepada tiga anak perempuan. Beliau berkata, suaminya mendorong dan memberi motivasi kepadanya untuk menyertai pasukan ketenteraan ini.

“Saya mengikuti latihan selama tiga bulan selepas itu, saya sungguh bersemangat untuk mempertahankan tanah air,” katanya.

Sejak protes anti-rejim pada 2011, pihak berkuasa Syria telah menolak pemberontakan sebagai konspirasi asing yang dibiayai dan dirujuk kepada aktivis pembangkang dan pemberontak bersenjata sama ada sebagai pengganas sekutu Al Qaeda.

'Singa Betina' Assad

Tentera wanita Assad
Tentera wanita Assad.



Pergolakan di Syria boleh dilabelkan sebagai 'tiada penyudah'. Ketegangan semakin memuncak tatkala angka korban terus meningkat melebihi 60,000 nyawa dan lebih 500,000 penduduk menjadi pelarian di negara jiran yang juga mengalami konflik.

Usaha Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menemui jalan buntu. Pemerhati dunia, kumpulan Hak Asasi Manusia dan saranan pemimpin Liga Arab termasuk Eropah tidak diendahkan. Pergolakan terus tercetus saban hari hingga negara itu menjadi padang jarak padang tekukur.

Kumpulan Hak asasi Manusia bagi Syria yang berpangkalan di Britain melaporkan, kematian dicatatkan sekurang-kurangnya satu nyawa melayang setiap sejam terutama kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Ada juga laporan menyebut, ramai rakyat negara itu nekad membunuh diri akibat tekanan perang atau dibunuh beramai-ramai oleh pihak yang tidak diketahui.

Sikap saling tuding jari dan tuduh menuduh adalah rencah utama rejim Presiden Bashar Al Assad mahu pun Kumpulan Pembebasan Syria (FSA) sejak 22 bulan lalu.

Demi mempertahankan agama, nyawa, harta dan kehormatan, majoriti rakyat negara itu bangkit menentang rejim yang disifatkan kejam dan menjengkelkan.

Remaja, pemuda dan warga emas antara mereka yang membarisi barisan hadapan FSA. Tidak terkecuali golongan wanita Muslimah.

Golongan wanita turut sama memegang senjata, mencipta bom, nekad membunuh tentera rejim bagi mempertahankan maruah mereka.

Kecekalan golongan ini sebagai tindak balas rejim yang menangkap wanita dan menyumbat golongan itu ke dalam penjara-penjara rahsia di seluruh pelosok Syria.

Golongan wanita itu rogol. Mereka diseksa dan dipaksa untuk memberikan maklumat tentang ayah, suami, anak dan keluarga yang ikut berjihad.

Kemudiannya, mereka dibunuh dan mayatnya dibuang begitu saja ke jalan raya. Itulah kekejaman rejim Assad.

Bertitik tolak dari perbuatan itu, Assad merasakan kebencian rakyatnya terhadap kerajaan semakin memuncak. Beliau hilang kepercayaan terhadap rakyatnya sendiri hingga terpaksa menagih simpati daripada Rusia untuk menyelamatkan dirinya.

Hakikatnya beliau sudah tidak mengendahkan nyawa rakyatnya. Beliau hanya inginkan ‘kemenangan’ dalam perjuangannya. Beliau sanggup melihat rakyatnya menjadi pelarian dan kanak-kanak bergelimpangan ditembak.

Kenyataan ini dinilai melalui kegagalan puluhan rundingan damai di peringkat antarabangsa.

Sesudah mengetahui usahanya makin gagal beliau mencari alternatif terakhir dengan mempergunakan wanita muda dan remaja sebagai perisai dalam batalion ketenteraannya. Beliau dan Pegawai Kanan Tentera Syria merekrut wanita muda sebagai barisan hadapan dalam unit separa tentera Angkatan Pertahanan Negara dan menggelar kumpulan itu sebagai Singa Betina Pertahanan Kebangsaan  atau ‘Lionesses Syria’.

Pemimpin rejim Syiah Nushairiyah Bashar Assad ini, merekrut briged wanita untuk menjaga pos-pos pemeriksaan dan melakukan operasi ketenteraan sebagai usaha membebaskan dan meringankan beban tentera lelaki.

Unit pertama tentera wanita itu dikerah di Homs. Mereka memakai pakaian seragam tentera lengkap dengan senjata Kalashnikov.

Jurucakap Suruhanjaya Umum Revolusi Syria di Homs, Abu rami berkata, ini adalah kali pertama beliau melihat kumpulan askar wanita itu bertugas di sekitar Tadmour di pinggiran kawasan Alawiyah.

“Saya sangat terkejut, ini pertama kalinya kami melihat mereka. Saya rasa ini adalah alasan untuk membuatkan FSA membunuh wanita dan kemudian menunjukkannya kepada dunia sebagai propaganda bahawa mujahidin membunuh wanita, tetapi siapa saja yang bersenjata adalah sasaran yang sah,” katanya.

Abu Rami juga mengatakan, tentera wanita rejim itu juga kelihatan di kawasan Wadi al-Dahab, di mana sekitar 500 tentera dilaporkan sedang melakukan latihan ketenteraan di sebuah pangkalan.

Seorang aktivis di Homs, Walid al Faris menggambarkan, kumpulan tentera baru ini adalah militan Syiah Shabiha yang menggunakan nama berbeza.

“Mereka bakal digunakan sebagai perisik bagi mengetahui rahsia dan strategi FSA,” katanya.

Manakala seorang profesor di Institut Antarabangsa Kajian Perancangan Perang Syria, Emile Hokayem, berpendapat Assad memerlukan dorongan psikologi sehingga memerlukan pasukan tambahan bagi menghadapi FSA.

“Assad perlu orang-orang untuk menjadi tentera di saat meruncing. Beliau ketandusan tentera lelaki selepas ramai terkorban,” katanya.

Hokayem berkata, dengan meletakkan wanita dalam strategi peperangan, perkara ini akan lebih sulit kerana FSA bercatu untuk membunuh golongan wanita yang disifatkan sangat mulia di sisi agama Islam.

Mayat bangun semasa majlis pengebumian



Guangdong: Sebilangan besar jiran tetangga yang hadir di upacara pengebumian seorang warga emas, Peng Xiuhua semalam terkejut apabila wanita tua itu bangun lalu duduk berbual dengan mereka.

Peng, 101, mengejutkan anggota keluarga dan sahabat handainya apabila dia bangun di kediamannya di Lianjiang di sini. Dia bertanya mengapa terdapat ramai orang di rumahnya sebelum diberitahu bahawa dua anak perempuannya menemukan tubuhnya sudah tidak bernyawa sehari sebelum itu. Dua anak perempuannya yang berusia 70-an itu kemudian memandikan ibu mereka dan meminta pekerja rumah mayat membuat persediaan untuk upacara pengebumian. Bagaimanapun, upacara pengebumian Peng kemudian dibatalkan kerana wanita tua terbabit kini sudah bangun dan berbual seperti sediakala. “Bukan saja saya dapat menyaksikan bahawa ramai orang yang mengambil berat terhadap diri saya, tetapi saya juga sempat bangun sebelum mereka membawa saya untuk upacara pembakaran mayat,” katanya. - metrouk.com

Dua gunung meletus



Manado: Gunung Lokon yang terletak di Tomohon, Sulawesi Utara, kembali meletus kira-kira jam 2 petang semalam (waktu tempatan) dengan mengeluarkan kepulan asap dan debu setinggi 3,000 meter.

Ketua Pejabat Pemantau Gunung Berapi Lokon Dan Mahawu, Farid Ruskanda Bima, berkata siri letusan itu berlangsung dari semasa ke semasa dengan kekerapan harian. Kelmarin, katanya, gunung berapi itu meletus sembilan kali dan pihak berkuasa mengklasifikasikan situasi di situ berada di tahap ketiga. Sementara itu, sebuah lagi gunung berapi, Gunung Rokatenda, di Pulau Palue, Nusa Tenggara Timur, juga meletus kelmarin.


Agensi berita Antara melaporkan, sebahagian besar wilayah di Pulau Flores diselaputi debu dari gunung berapi berkenaan. “Rumah penduduk, terutama di utara Pulau Flores, diselaputi debu setebal kira-kira satu milimeter,” lapor agensi berita rasmi Indonesia itu. Jurucakap badan pemantau gunung berapi itu berkata, ketika letusan kelmarin, hujan turut berlaku menyebabkan debu dari situ menyelubungi sebahagian besar kawasan sekitarnya. “Letusan berlaku diikuti dengan dentuman dan suara gemuruh yang boleh didengar dari pos pemantau yang terletak 17 kilometer ke selatan Gunung Rokatenda,” katanya.

Kejadian itu juga, katanya, menyebabkan lahar gunung berapi mengalir menuruni gunung berkenaan, manakala debu terapung sehingga 4,000 meter dari permukaan laut.


Katanya, pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga kerana debu berkenaan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. “Untuk sementara, orang ramai diminta tidak keluar rumah, atau jika terpaksa, mereka mesti memakai topeng untuk mengelak diserang masalah pernafasan,” katanya. - Lensaindonesia.com

Muhammad Ali tak kenal adik sendiri


pix_gal0“Abang sudah tidak dapat bercakap dan tidak mengenali saya. Dia dalam keadaan teruk. Dia amat sakit.

“Dia mungkin akan pergi beberapa bulan atau beberapa tahun. Mungkin juga sebelum musim panas kali ini berakhir. Nyawanya di tangan Tuhan. Kami harap dia dapat pergi dengan tenang,” katanya.

Namun, Rahman, 69, juga memberitahu penyakit itu bukan faktor utama terhadap keadaan kesihatan Ali.
Beliau menyalahkan Lonnie, isteri Ali sejak 26 tahun lalu kerana memecahbelahkan keluarga mereka.

Ali pasti marah jika tahu apa sudah berlaku, katanya ketika diwawancara akhbar The Sun.

Rahman tidak dapat menahan kesedihan ketika beliau mengakui, dia rela melihat abangnya meninggal dunia sekarang supaya dapat keluar daripada penderitaan.


Capai semua 

“Dia kata kepada saya sebelum dirinya teruk bahawa dia tidak sakit. Dia genggam tangan saya dan bisik, ‘Rah, saya sudah capai segala-galanya yang saya mahu. Jangan menangis, saya tidak berada dalam kesakitan.

“Adalah bagus jika dia pergi sekarang. Lebih lama dia dalam keadaan itu, dia akan terus menderita dan sengsara.

“Dia akan ke syurga, itu tidak syak lagi. Jika pengebumiannya esok, semua negarawan di dunia akan muncul. Dia disayangi semua, yang kaya atau miskin.

“Saya sayangkan abang berbanding orang lain kerana dia yang terbaik. Semua orang kenal Muhammad Ali.”

AGENSI

Air tasik bertukar menjadi hijau




SEORANG penduduk mendayung perahu di Tasik Ypacarai yang berwarna hijau dekat Aregua, Paraguay kelmarin.


AREGUA, Paraguay - Sejumlah ikan mati apabila air Tasik Ypacarai dekat sini bertukar menjadi hijau kelmarin.
Penduduk yang tinggal berdekatan tasik itu terpaksa berdepan bau busuk bangkai ikan tersebut.
Air itu bertukar menjadi hijau adalah kerana kewujudan tumbuhan alga biru hijau yang turut dikenali sebagai cyanobacteria di dalam tasik berkenaan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2JsanlI2T 
Hakcipta terpelihara 

Mumia berusia 4,000 tahun diimbas




MUMIA lelaki berusia 4,000 tahun dialihkan dekat mesin imbasan tomografi berkomputer di Pusat Pengimejan HCA Virginia, Richmond pada Jumaat lalu.


RICHMOND, Virginia - Para kakitangan Muzium Seni Halus Virginia di sini menganalisis mumia lelaki yang berusia 4,000 tahun pada Jumaat lalu.
Pihak muzium itu bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan untuk membuat analisis itu dengan menggunakan mesin imbasan tomografi berkomputer.
Imbasan itu dibuat di Pusat Pengimejan HCA Virginia di sini.
Penggunaan mesin berkenaan akan membolehkan imej tiga dimensi mumia tersebut diperoleh dan membentuk semula wajah lelaki itu.
Pakar-pakar berharap mereka akan dapat mengetahui umur mumia yang bernama Tjeby dengan tepat, diet dan punca kematiannya menerusi data-data pengimejan mesin itu.
Mereka juga mahu mengetahui bahan yang digunakan untuk mengawet mayat lelaki tersebut dan organ-organ badan yang telah dikeluarkan.
Mumia itu ditemui di sebuah kawasan kubur di Sheikh Farag, Mesir dan digali pada tahun 1923.
Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati si mati mungkin berusia antara 23 hingga 40 tahun. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2JsaLQe8S 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, February 3, 2013

Arab Saudi cipta beg sekolah pintar



Arab Saudi cipta beg sekolah pintar
Arab Saudi cipta beg sekolah pintar
RIYADH - Arab Saudi memperkenalkan rekaan inovatif dalam dunia pendidikan apabila berjaya mencipta beg pintar untuk pelajar.

Pereka, Khalid al Jabal, 31, berkata, beg pintar itu berupaya meringankan beban guru dalam pembelajaran seharian apabila ianya lengkap dengan sistem perisian khas terdiri daripada modul pembelajaran.

“Beg ini mengandungi komputer tablet, seberat dua kilogram. Peranti tablet ini mengandungi sistem program

10 tahun tragedi pesawat Columbia



Sudah 10 tahun berlalu selepas tragedi pesawat Columbia
Sudah 10 tahun berlalu selepas tragedi pesawat Columbia
CALIFORNIA - Semalam, 2 Februari genap 10 tahun kecelakaan pesawat angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), Columbia, meletup dan berkecai sehingga mengorbankan kesemua tujuh anak kapalnya.

Kecelakaan itu berlaku ketika pesawat tersebut dalam perjalanan memasuki atmosfera bumi selepas Columbia menyelesaikan misi ke-28.

Kecelakaan terjadi setelah 16 hari anak kapal pesawat Columbia berhasil menyelesaikan misi mereka di stesen luar angkasa.

Tujuh astronaut maut terdiri daripada David Brown, Rick Husband, Laurel Clark, Kalpana Chawla, Michael Anderson, William McCool dan Ilan Ramon.

Siasatan menunjukkan, punca kecelakaan disebabkan oleh sebuah insulator jatuh dari tangki bahan bakar selepas 81 saat Columbia meninggalkan stesen berkenaan.

Insulator itu dipercayai terkena komposit karbon di bahagian sayap pesawat tersebut.

Sisa pesawat Columbia yang hancur bertaburan dengan setiap kepingannya berada di beberapa wilayah AS.

Sebanyak, 84, 000 kepingan pesawat Columbia dikumpulkan dan disimpan di Pusat Angkasa Kennedy, AS daripada sayap hingga enjinnya bagi kegunaan analisa dan penyelidikan.

Pegawai Penyelidikan Agensi Angkasa Lepas AS (Nasa) Micahel Ciannilli mengatakan, kemalangan itu memberi pengajaran tentang pentingnya seseorang astronaut menguasai kepakaran perincian sistem komputer di dalam pesawat.

“Keselamatan penerbangan angkasa memang mudah diperkatakan tetapi ketika memasuki ruangan tersebut, ia amat sulit untuk di selenggara,” katanya.

Beliau berkata, kecelakaan Columbia adalah pengajaran penting untuk dunia angkasa lepas bagi masa hadapan terutamanya dalam penghasilan kapal angkasa," katanya. - Reuters

Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun



􀀵􀁂􀁎􀁂􀁏􀀁􀁕􀁂􀁏􀁑􀁂􀀁􀁂􀁊􀁓􀀁􀁅􀁂􀁏􀀁 􀁖􀁅􀁂􀁓􀁂􀀁􀁔􀁆􀁍􀁂􀁎􀁂􀀁􀀕􀀑􀀁􀁕􀁂􀁉􀁖􀁏
David menunjukkan taman mini dalam botol glob yang boleh bertahan tanpa air dan udara.
SURREY - Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.

David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.

“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.

Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.

“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit. - Daily Mail

Nama saya Osama bin Laden, bapa saya Bill Clinton



New Delhi: Seorang pemohon jawatan guru di Uttar Pradesh, mengisi borang secara online untuk mendapatkan jawatan guru dengan menggunakan nama ‘Osama bin Laden.’

Tidak cukup dengan itu, dia meletakkan Bill Clinton’ sebagai nama bapanya.


Permohonannya sudah pasti ditolak kerana tidak akan ada orang yang mempercayainya.

Tetapi, bukan dia seorang yang berbuat demikian, malah ratusan pemohon turut menggunakan nama palsu yang pelik dengan harapan menarik perhatian pihak berkuasa untuk dipilih mengisi jawatan guru di sekolah di negeri di utara India itu.


Seorang pemohon lain, kerana ingin menunjukkan dia boleh berbahasa Inggeris, meletakkan namanya ‘Abcdefgh’ dan nama bapanya Xyz.


Satu permohonan yang diterima pula, menggunakan nama Tuhan Hindu, Jai Sri Ram., dipercayai mungkin untuk menunjukkan dia dapat membantu meningkatkan ajaran agama Hindu di kalangan pelajar di negeri itu. Ada pula pemohon memberikan namanya Farji yang bermakna ‘palsu’. Dalam ruang nama bapa, dia meletakkan Farji Singh, yang jika diterjemahkan bermakna Singh Palsu.

Dan tidak mengejutkan apabila semua pemohon itu meletakkan kelulusan akademik paling tinggi, dengan markah 100 peratus untuk semua peperiksaan, bagi mencerahkan peluang dipilih mengisi kekosongan jawatan itu. Jurucakap Jabatan Pelajaran Uttar Pradesh berkata, pihaknya menerima jutaan permohonan untuk mengisi 72,825 kekosongan jawatan guru sekolah rendah tetapi hanya 20 peratus daripadanya dipercayai jujur. - Daily Mail

Itu bukan isteri saya!



Capetown: Seorang suami terkejut semalam apabila membuka keranda di majlis pengebumian isterinya di sebuah gereja dan mendapati mayat orang lain di dalamnya.

Keluarga Galant mengatur majlis itu untuk Magdalene Galant, 58, yang mati pada 26 Januari lalu akibat serangan sakit jantung.


Kematiannya bertukar menjadi tragedi berganda apabila pengurusan rumah mayat menghantar mayat lain dan berkeras menyatakan ia mayat Magdalene.

Si suami, Michael Galant berkata, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila membuka keranda itu.


“Kebimbangan saya menjadi kenyataan apabila semua yang hadir juga terkejut.


“Anak saya mendekati saya dan berkata, ‘Itu bukan emak.’ Saya tahu ini kesilapan besar,” kata Galant. Keluarga itu kemudian berkata, mereka bertanya mengenai kesilapan itu kepada pekerja rumah mayat.

Anak Galant, Leota Lakay berkata, pekerja terbabit tidak dapat menjelaskan bagaimana mayat itu boleh tertukar.


“Mereka mulanya bertegas berkata, itu ibu saya. Saya memberitahu mereka, saya kenal ibu saya.

“Mereka kemudian mengaku silap, menarik laci yang salah di rumah mayat,” kata Leota.


Keluarga itu berkata, mereka cuba menghentikan majlis berkenaan tetapi pekerja berkenaan meyakinkan mereka supaya meneruskannya.


Orang semakin ramai datang untuk memberi penghormatan terakhir tetapi berita kemudian tersebar bahawa mayat di dalam keranda itu bukan Magdalene.


“Kami sungguh trauma. Kami hanya mahu memberi penghormatan terakhir kepada isteri saya. Tetapi ini yang berlaku,” kata Galant.


Selepas majlis itu, pekerja membawa keluarga itu ke rumah mayat.


“Apabila tiba, mereka menunjukkan kepada kami mayat Magdalene masih ada di situ dan mereka menghantar mayat orang lain untuk kami kebumi,” katanya. - Daily Mail

Ular jaga anak

Foto
Kanak-kanak itu mencium ular sawa yang enam

 tahun lebih tua daripadanya.
Foto
AZHE bersama ‘penjaganya’ di bilik tidur.



Dongguan: Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa.

Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China.

Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu.

“Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat,” kata Azhe.



Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya.


Chan berkata: “Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan.

“Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah.”

Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka.

“Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya,” kata Chan. - Daily Mail

Terkejut ‘si mati’ jawab telefon



Darlington: Seorang pesara terpaksa meyakinkan rakan dan anggota keluarganya bahawa dia masih hidup dan sihat selepas sebuah akhbar menyiarkan makluman mengenai kematiannya.

Akhbar Northern Echo menyiarkan makluman itu, mendorong kenalan George Simpson menelefon keluarganya untuk mengucapkan takziah. Mereka terkejut apabila yang menjawabnya ialah Simpson sendiri.


Kekeliruan berlaku apabila akhbar berkenaan menerima permintaan untuk menyiarkan makluman mengenai kematian seorang lelaki yang juga bernama George Simpson, 84. Northern Echo yang menyangka lelaki itu Simpson yang memang dikenali penduduk Darlington tetapi berusia 81 tahun, menyiarkan makluman mengenai kematiannya, lengkap dengan gambarnya.

“Saya menerima panggilang hingga dari Australia, mengucapkan takziah atas kematian saya,” kata Simpson. - Daily Mail

Hakim tidur dipecat



Moscow: Seorang hakim dipecat selepas dia tertidur di mahkamah dan kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang defendan.

Hakim Yevgeny Makhno dari Mahkamah Bandar Blagoveshchensk di timur jauh Russia dipaksa melepaskan jawatannya kerana tertidur beberapa kali ketika membicarakan seorang ahli perniagaan atas tuduhan menipu.


Kes berkenaan menjadi skandal kebangsaan selepas peguam defendan memuatnaikkan video dalam Internet yang menunjukkan Makhno tidur ketika perbicaraan. Makhno mendakwa dia tidak tidur, sebaliknya mendengar perbicaraan itu dengan mata tertutup.

Sebuah mahkamah lebih tinggi bagaimanapun enggan menghukumnya, sebaliknya menyuruh dia mengambil ujian sebelum dilantik semula menjadi hakim.


Defendan pula akan dibicarakan sekali lagi. - AP

22 askar veteran AS bunuh diri setiap hari



 
Washington: Seramai 22 askar veteran Amerika Syarikat membunuh diri setiap hari atau secara puratanya seorang setiap 65 minit dalam tempoh lebih satu dekad.

Angka tertinggi kes bunuh diri mencapai tahap tertinggi pada tahun lalu dengan 349 orang.
Lebih 69 peratus kes bunuh diri itu membabitkan bekas askar berusia 50 tahun ke atas.

Ia didedahkan kelmarin oleh Jabatan Hal Ehwal Askar Veteran (VA) yang membuat kajian kes bunuh diri daripada 1999 hingga 2010.

Kajian sebelum ini menganggarkan angka bunuh diri sebanyak 18 orang setiap hari.


Keadaan lebih serius

Perangkaan itu didapati selepas kajian menyeluruh dijalankan oleh kerajaan mengenai kes bunuh diri di kalangan askar veteran menunjukkan keadaan sebenarnya lebih serius.
“Data ini mendedahkan keadaan sebenar kadar kes bunuh diri askar veteran,” kata Senator Patty Murray yang memperjuangkan penjagaan kesihatan lebih baik kepada golongan itu.

Berita itu disiarkan dua minggu selepas pemimpin tentera Amerika mengakui kadar bunuh diri mencapai angka tertinggi pada 2012 iaitu hampir seorang sehari, mengatasi kematian akibat perang.

Keadaan itu berlaku meskipun Pentagon dan VA mempertingkat usaha menanganinya.
Sementara itu, pergerakan Askar Veteran Amerika di Iraq dan Afghanistan yang mempunyai 200,000 anggota, berkata rakyat Amerika sepatutnya marah dengan kadar kematian mereka.

“Laporan bunuh diri VA adalah perkara terpenting untuk disiarkan sejak 2007. Pemimpin di Washington perlu mempercepat usaha menyekatnya perkara itu berlarutan,” kata pengasas IAVA dan Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Rieckhoff. - Agensi

Rongak kian diminati lelaki Afrika Selatan

Gigi ‘ompong’ dianggap simbol kehebatan lelaki di Afrika Selatan.Gigi ‘ompong’ dianggap simbol kehebatan lelaki di Afrika Selatan. Cape Town: Satu amalan tradisi puak yang tidak pernah luntur, malah menjadi gaya yang semakin diminati di kalangan pemuda di Cape Town serta wilayah lain di Afrika Selatan, ialah membuang beberapa gigi hadapan mereka.

Amalan dan gaya ini disifatkan simbol ketampanan dan kehebatan di kalangan lelaki di wilayah ini.
Walaupun kedengaran agak pelik, kebanyakan remaja Afrika Selatan sebenarnya lebih suka jika mereka dilihat rongak ketika senyum selepas mencabut gigi hadapan.


Dengan kebanyakan mereka mengenakan baju panas longgar dan bertopi selain dilengkapi kaca mata hitam, senyuman terbabit disifatkan unik di kalangan remaja Afrika Selatan yang gemar memberi aksi seperti samseng.

Bagi Yazeed Adam, 21, aliran fesyen ini dikenali sebagai ‘Cape Flats Smile.’

“Ia adalah fesyen di mana semua orang mengamalkannya,” katanya.

Nama ‘Cape Flats Smile’ datangnya dari sebuah kejiranan popular tempat pengubahsuaian tubuh yang pelik dilakukan oleh ramai remaja.

Tekanan rakan sebaya

Jacqui Freidling dari Jabatan Biologi Kemanusiaan Universiti Cape Town yang turut membuat kajian terhadap fenomena itu pada 2003 berkata, beliau mendapati fesyen dan tekanan rakan sebaya adalah punca utama remaja membuang gigi mereka, selain sebab perubatan dan juga gangsterisme.

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan.

“Saya dapati ia adalah tarikan fesyen ketika zaman ibu bapa saya,” katanya.
Amalan ini dikatakan sudah diterima sejak kira-kira 60 tahun lalu.


Keluarga miskin

Secara tradisinya, pengubahsuaian pergigian seperti tampalan gigi dan hiasan didapati hanya di kalangan kaum tertentu. Bagi masyarakat Cape Town yang moden, ia dilihat sebagai kelengkapan bagi remaja, paling berleluasa adalah di kalangan keluarga miskin. Sesetengah cerita mengatakan bahawa tradisi ini bermula daripada kalangan nelayan yang tidak dapat berkomunikasi sesama mereka di atas bot.

Jadi mereka mencipta ‘jurang wisel’ sebagai cara berkesan dalam komunikasi. Malah golongan lelaki merasakan ia juga satu tarikan kepada wanita dan sebaliknya. - Agensi

Gempa bumi 6.9 magnitud gegar utara Jepun



 
TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegar utara Jepun malam tadi menyebabkan gegaran di seluruh pulau Hokkaido tetapi tidak mengakibatkan tsunami atau laporan mengenai kerosakan, kata pihak berkuasa.

Data Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu didahului dengan amaran awal menerusi televisyen dan radio melanda bandar Obihiro pada kedalaman
103 kilometer pada jam 11.17 malam (waktu tempatan). Agensi Meteorologi Jepun pula berkata, tiada amaran tsunami akibat daripada gempa berkenaan dan stesen televisyen NHK melaporkan polis di Hokkaido memaklumkan tiada laporan kerosakan atau kecederaan.


Gangguan bekalan elektrik turut berlaku di beberapa kawasan dan sejumlah laluan lebuh raya ditutup. - AFP

Kehidupan pengantin kanak-kanak di India




2 Februari 2013
Pengantin kanak-kanak
Perkahwinan pada usia kanak-kanak menjadi tradisi biasa di India.
KETIKA kanak-kanak seusianya sedang berseronok bermain dan menelaah pelajaran, dia terpaksa menamatkan zaman itu untuk bergelar isteri.

Kini, selepas tiga tahun melayari kehidupan berumah tangga, nasibnya kian parah kerana dibelenggu kemiskinan berpanjangan.

Itulah nasib menimpa Krishna, 14, dari sebuah perkampungan di Rajasthan, India.

Pada usianya 11 tahun, dia dipaksa berkahwin dengan remaja bernama Kishan Gopal berusia 13 tahun.

Kini, setelah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata kehidupannya menjadi lebih tertekan kerana suaminya diberhentikan kerja akibat masalah ketagihan arak.

Krishna berkata, sejak suaminya menjadi kaki botol, dia berasa tidak selamat setiap kali suaminya memegang anak mereka yang kini berusia empat bulan bernama Alok.

“Tidak mustahil suatu hari nanti dia sanggup memukul bayi kesayangan saya ini ketika dalam keadaan mabuk,” katanya.

Menurutnya, kini suaminya tidak lekang dari memegang botol arak dan merokok bersama rakan-rakannya di hujung kampung.

“Saya mahu meninggalkan kampung ini dan berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Kehidupan Alok adalah masa depan saya,” katanya.

Mungkinkah kehidupan pasangan ini akan berubah atau bakal mewarisi tradisi ibu bapa mereka yang menjodohkan anak ketika usia kanak-kanak?

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pernah mencatatkan, kira-kira 40 peratus perkahwinan di India bermula pada usia tersebut. - DailyMail

Saturday, February 2, 2013

Pengukir berkarya guna tulang haiwan



UKIRAN berbentuk burung yang dihasilkan daripada tulang haiwan oleh pengukir di Bali. - AGENSI
JAKARTA - Tulang-tulang haiwan tidak lebih daripada sampah yang mesti dibuang bagi sesetengah orang. Namun, tahukah anda masih ada unsur-unsur kesenian boleh digarap daripada tulang haiwan ini dan hasilnya kelihatan amat cantik sekali.
Liputan6.com melaporkan, di kawasan tumpuan pelancong Tampak Siring di Gianyar dekat Bali, ramai pengukir yang berkarya dengan mengukir tulang haiwan.
Bagi seorang pengukir yang mahu dikenali sebagai Nano, dia menjadikan tulang-tulang haiwan sebagai karya seninya.
Tulang yang digunakan pula bermula daripada tulang ikan, tulang lembu, kerbau, tanduk hingga ke gading gajah.
Bagi pengukir ini, kualiti tulang haiwan lebih baik dibandingkan dengan kayu kerana ia mempunyai tahap kekerasan yang berbeza.
Malah, antara kayu dan tulang turut mempunyai kerumitannya sendiri.
Bagi Nano, sejak kecil lagi, dia telah 'bergelumang' dengan tulang, justeru ukiran tulang bukanlah asing baginya.
Bagi Nano, dia memperolehi kepuasan mengukir tulang kerana tidak perlu khuatir karyanya akan mengalami kerosakan mahupun patah.
Bagaimanapun pasaran ukiran tulang masih dikuasai pelancong daripada Amerika Syarikat dan Eropah. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130202/lu_09/Pengukir-berkarya-guna-tulang-haiwan#ixzz2JkWIZmWX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sindrom Langka, Alami Kebutaan Jika Terkena Cahaya

VIVAlife - Anak usia lima tahun ini harus mengenakan kacamata dalam setiap aktivitasnya. Bukan untuk bergaya, tapi ini karena serangan kebutaan yang akan dialaminya secara tiba-tiba. Pasalnya, paparan sinar yang mengenai matanya akan membuatnya mengalami kebutaan.

Leo
Leo Danau, memiliki kondisi langka yang dikenal sebagai sindrom Joubert. Kondisi dimana ia pantang berhadapan dengan cahaya terang. Saat ia berhadapan cahaya terang, justru ia tidak akan bisa melihat atau mendadak menjadi buta. Matanya sangat sensitif terhadap silau cahaya matahari. Ini juga yang membuatnya merasa sakit setiap berhadapan dengan cahaya.

Dengan menggunakan kacamata hitam, Leo dapat melihat jarak satu meter di hadapannya. Ibunya, Hannah mengatakan, putranya tidak dapat bertemu dengan sinar matahari, bahkan lampu. Semuanya, hanya akan membuatnya menjerit dan menangis karena sakit.

"Saya berharap akan suatu hari nanti akan ada penawar untuk Leo," ujarnya, seperti dilansir Daily Mail.

Hannah juga menjelaskan, saat berusia lima bulan, Leo telah menunjukkan keanehan. Setiap diajak berbicara, ia selalu tersenyum dan mengarah pada arah yang salah. Saat dibawa ke dokter dan menjalani tes, Leo dinyatakan terancam buta karena kondisinya yang tak mampu berhadapan dengan cahaya.

Untuk mendapat pengobatan lebih lanjut, Leo yang tinggal di Afrika Selatan ini akhirnya pindah ke Inggris. Hannah menginginkan putranya mendapatkan pengobatan lebih lanjut. Meski begitu, hingga Leo berusia dua tahun dan menjalani tes tidak ada diagnosis pasti tentang penyakit anaknya tersebut.

Dan di saat Leo berumur tiga tahun, Hannah kembali membawanya ke rumah sakit. Ia memeriksakan putranya di Rumah Sakit Mata Moorfields,Inggris. Di sana Leo didiagnosis menderita sindrom Joubert. Kondisi genetik langka otak kecil, di mana bagian otak yang mengatur keseimbangan tidak berfungsi dengan baik.

Gejala dari kondisi ini, ditunjukkan dengan adanya penglihatann yang buruk, masalah gerakan dan kepekaan terhadap sinar matahari dan lampu terang. Hingga saat ini, belum ada obat penawar untuk sindrom Joubert. 

Untuk membantu pengobatan putranya, Hannah mendirikan sebuah yayasan yang bernama Viskid, tahun lalu. Ia berharap uang yang terkumpul dalam yayasan tersebut dapat membantu penyembuhan putranya.

Kulit menggelupas seperti serangga



London: Kanak-kanak kecil yang berani ini masih mampu tersenyum di depan kamera meskipun berdepan dengan masalah kesihatan yang teruk.

Kulit tubuh Maisy Keetch, tujuh, akan melecur walaupun dengan sentuhan paling lembut.


Maisy menghidap Epidermolysis Bullosa, yang bermakna lapisan teratas kulitnya tidak bercantum dengan betul.

Walaupun dengan dakapan daripada ibunya, Amy, akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu merah menyala, kelihatan seperti melecur.


Kerana itu Maisy terpaksa berhati-hati ketika bermain dengan kanak-kanak lain dan jangka hayatnya hanya 30 tahun.


Kanak-kanak itu yang penyakitnya dikenali sebagai sindrom kupu-kupu kerana kulitnya begitu mudah menggelupas, sama seperti serangga itu. Ini menyebabkan lengannya sentiasa dibalut dan memerlukan rawatan perubatan sepanjang hayat.

Amy dari London Tenggara berkata: “Sebaik dia dilahirkan, saya tahu ada yang tidak kena. Dia meraung sekuat-kuat hati. Tangannya dilitupi tanda gelap dan lidahnya merah menyala. Mulanya saya terkedu. Akhirnya, saya menyedari, bayi saya memerlukan saya untuk menjadi kuat.” Amy belajar daripada jururawat cara-cara menjaga Maisy, termasuk membalutnya serta memberitahu anak sulungnya, Harry yang ketika itu berusia empat tahun supaya berlembut dengan adiknya.


Bagaimanapun, wanita itu mengaku, setiap pagi dia bergelut apabila Maisy bangkit dari tidur dengan lecuran baru dan menjerit kesakitan. “Saya terpaksa memeluknya dengan begitu berhati-hati. Saya akan mandikannya dengan salap khas,” katanya kepada majalah love it! Amy juga menceritakan bagaimana kecederaan Maisy bertambah teruk apabila dia membesar.

“Mulanya dia cuba menggosok kulitnya yang melecur, tetapi ia menyebabkannya sakit. Merangkak juga membuatnya sakit. Saya terpaksa meletakkannya di dalam ‘walker’ yang dialas dengan kapas. “Satu hari ketika berjalan di luar dengan memimpin tangannya, dia jatuh. Saya menarik tangannya tetapi kulitnya mengelupas, tergantung seperti sarung tangan.” Bagaimanapun, Maisy yang sering menggunakan kerusi roda kerana kakinya terlalu sakit untuk berjalan, sudah tahu untuk menjaga keadaannya. Dia memberitahu kanak-kanak lain di tadika supaya mereka lebih berhati-hati apabila bermain dengannya.

Mati jika makan buah lagi



Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.

Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.


Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.



Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.


Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.


Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.

“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.


Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.

“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.

Gigi taring berlapis jadi kegilaan wanita Jepun




Agensi
LELAKI Jepun sukakan gadis yang mempunyai gigi taring berlapis.


TOKYO - Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.
Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.
Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan.
Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.
Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.
Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka.
Menurut Masuoka, 'yaeba' memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2Jgya0wo9 
Hakcipta terpelihara 

Hujan air batu landa tujuh kampung di India




Agensi
DUA orang wanita sedang membersihkan bongkah air batu yang bertaburan di sekitar rumah mereka di sini semalam.


ANDHRA PRADESH - Seramai sembilan orang terkorban dalam satu kejadian ribut hujan air batu yang melanda beberapa buah kampung di selatan India, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Ribut yang berlangsung selama 20 minit itu memusnahkan tanaman, rumah dan menyebabkan haiwan ternakan mati. Ia turut memberi implikasi kewangan yang buruk kepada penduduk terlibat.
Kejadian ribut hujan air batu itu berlaku secara tiba-tiba pada hari Selasa lalu di tujuh buah kampung. Ia pertama kali berlaku serta memberi pengalaman berbeza kepada para penduduk di kampung Chevella, Moinabad dan Shankarpally.
Pengarah Pusat Meteorologi Hyderabad, India, Dr. K. Sitarama berkata, ribut hujan air batu berlaku disebabkan oleh ribut petir yang kuat.
"Kejadian seumpama ini biasanya berlaku di satu-satu kawasan yang kecil sahaja," kata Sitarama. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2JgyE3sZ6 
Hakcipta terpelihara 

Friday, February 1, 2013

Gempa bumi 6.7 magnitud gegar utara Chile



Gempa bumi 6.7 magnitud gegar utara Chile
Orang ramai cemas selepas merasai gegaran gempa bumi.
SANTIAGO - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud di utara Chile mengakibatkan suasana panik di bandar itu.

Pegawai Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 4.15 petang (waktu tempatan) dan berpusat 44 kilometer utara Vallenar, Chile.

“Gegaran itu mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan sistem telekomunikasi tergendala,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tiada laporan kematian atau kecederaan.

Seorang saksi berkata, gegaran dapat dirasai kira-kira satu minit. - AP