Pages

Sunday, January 20, 2013

KISAH SEORANG LELAKI TIDAK PERNAH BERSELAWAT KEPADA RASULLAH SAW



Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

Taubatnya Seorang Wanita Penggoda



AR RABI’ BIN KHUTSAIM adalah seorang ulama shalih, hingga ada kaum yang mencoba menguji keimanan beliau. Akhirnya kaum itu meminta kepada seorang wanita yang amat cantik, untuk menggoda Ar Rabi’. Jika itu berhasil, maka mereka menjanjikan imbalan sebesar 1000 dinar untuk wanita tersebut.

Akhirnya wanita itu memakai pakaian yang laing bagus dan bersolek sebaik-baiknya, kamudian menyongsong Ar Rabi’ tatkala beliau keluar dari masjid. Melihat hal itu, Ar Rabi’ pun memintanya mendekat, dan perempuan itu pun menemui beliau.

Lantas Ar Rabi’ pun menyampaikan,”Bagaimana jika sakit menimpamu, hingga ia merubah apa yang terlihat dari badanmu saat ini? Bagaimana jika turun kepadamu malaikat maut? Dan bagaimana pula jika Munkar dan Nakir datang kepadamu?”

Setelah mendengar pertanyaan-pertanyaan Ar Rabi’, wanita itu pun berteriak histeris lalu pingsan. Dan setelah peristiwa itu, ia pun menjadi ahli ibadah yang amat bersungguh-sungguh dalam ibadahnya, hingga seakan-akan ia sedang menghadapi kematian di hari itu (Shifat Ash Shafwah, 3/191).

Akibat Buruk Bagi Orang Yang Mencela Shahabat Nabi, Mati Seakan Disembelih



Imam Ibnul Qayim Rahimahullah menceritakan dari Al-Qairuwani di dalam kitab Al-Bustan, ada seorang dari kaum salaf yang me­ngisahkan:

“Aku memiliki tetangga yang suka mencela Abu Bakar dan Umar Ra­ dhiyallahu Anhuma. Suatu kali dia semakin menjadi-jadi dalam men­cela mereka, lantas aku memukulnya dan ia juga memukulku.

Kemudian aku pulang ke rumah dengan penuh kecewa dan sedih. Aku langsung tidur dan tidak sempat makan malam. Tiba-tiba aku bermimpi melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, aku pun mengadu kepada Beliau, “Wahai Rasulullah, si fulan telah mencela para sahabatmu.” Beliau bertanya, “Sahabatku siapa yang kau maksud?” Aku menjawab, “Abu Bakar dan Umar.” Lalu beliau berkata, ‘Ambillah pisau ini lalu sembelih orang itu dengannya.”

Dengan segera aku mengambilnya lalu kubaringkan orang itu dan aku sembelih. Aku melihat seakan-akan tanganku bersimbah darah. Kemudian aku lemparkan pisau tersebut dan langsung ke tanah untuk mengusapnya. Tak lama kemudian aku terbangun dari tidur, secara bersamaan aku mendengar suara teriakan dari rumah orang tersebut. Aku bertanya, “Suara teriakan apa ini?” Orang-orang mengatakan, “Si fulan telah mati mendadak!” Pagi harinya aku mendatangi rumahnya, aku amati orang tersebut, ternyata di lehernya ada garis bekas sembelihan.

Aku katakan, “Maha benar Allah ketika berfirman dalam hadits qudsi [1], “Barangsiapa yang memusuhi wali (kekasih)-Ku, maka Aku akan umumkan peperangan dengannya.”

Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Takutlah kepada Allah mengenai para sahabatku, janganlah kalian menjadikan mereka sasaran sepeninggalku. Siapa pun yang mencintai mereka, maka dengan cintaku aku akan mencintai mereka. Siapapun yang membenci mereka, maka dengan kebencianku, aku akan membenci mereka. Siapa pun yang menyakiti mereka, berarti menyakitiku juga. Siapapun yang menyakitiku, berarti menyakiti Allah. Dan barang siapa menyakiti Allah, dikhawatirkan Dia akan mengadzabnya.” [2]

Ayyub As-Sikhtiyani berkata, “Siapa yang mencintai Abu Bakar berarti telah menegakkan. menara Agama, barangsiapa yang mencintai Umar berarti telah memperjelas jalan agamanya, siapa yang mencintai Utsman berarti telah memperoleh penerangan dari Allah. Siapa yang mencintai Ali berarti telah berpegang pada tali agama yang kokoh. Dan siapa yang menyatakan kebaikan dalam diri para sahabat berarti telah terbebas dari kemunafikan.”

Imam Adz-Dzahabi berkata, “Barang siapa yang mencela para sahabat berarti telah keluar dari Agama serta melenceng dari millah kaum muslimin.” [3]
====================

Foot Note:

[1] Hadits Shahih disriwayatkan oleh al Imam Bukhari dan Muslim

[2] Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan at-Tirmidzi (5/696) beliau mengomentari: hadits ini hasan shahih

[3] Lihat al-Kaba’ir, hal.293, karya adz-Dzahabi.

Sumber: Kisah Orang Zhalim, Hamid Ahmad ath-Thahir, Penerbit Darussunnah

Sumber:kisahislam.net

http://inilah-bukti-kesesatan-syiah.blogspot.com/

Menghapus dosa di Sungai Gangga

Jutaan penganut Hindu mengambil peluang untuk
'membasuh' dosa di Sungai Gangga, India. - AGENSI
ISNIN lalu, jutaan penganut Hindu berkumpul di sepanjang Sungai Gangga di India yang dipercayai sungai suci bagi penganut agama itu untuk menebuskan segala kesilapan yang pernah dilakukan selama ini.
Ketika menyambut festival yang dipanggil Kumbh Mela itu, ada kalangan mereka yang bertelanjang bulat serta melumurkan badan mereka dengan abu dan ada juga yang berpakaian seperti biasa.
Bagi mereka merendamkan diri di Sungai Gangga yang terletak di utara Bandar Allahabad di negara itu merupakan proses membersih diri daripada segala dosa.
Penganjur festival tersebut, Mani Prasad Mishra berkata, hampir tiga juta penganut Hindu telah mandi di sungai tersebut pada hari pertama festival itu dan 11 juta lagi dijangka memasuki sungai itu sehingga berakhir festival pada 10 Mac ini.
Katanya, lebih 110 juta dijangka mandi di Sangam, satu kawasan yang menghubungkan tiga sungai iaitu Sungai Gangga, Sungai Yamuna dan Sungai Saraswati yang dipercayai bersambung di Allahabad yang terletak di utara negara ini.
Mereka percaya mandi di Sungai Gangga bukan sahaja mampu membasuh dosa-dosa silam tetapi juga memberi kerahmatan dalam kehidupan.
Dalam ritual tersebut, upacara mandi akan dimulakan dengan ‘orang kuat' penganut Hindu memasuki sungai tersebut terlebih dahulu.
Ketuanya kemudian melemparkan bunga ke arah penganut lain sambil melaungkan 'har har Gangga’.
Dalam perhimpunan penganut Hindu terbesar di dunia itu, kira-kira 50,000 anggota tentera dikerahkan untuk mengawal keselamatan penganut yang berkumpul di sungai tersebut.
Menurut mitos Hindu, perayaan Kumbh Mela disambut sebagai meraikan kejayaan dewa yang berlawan dengan roh jahat untuk mendapatkan semangkuk madu.
Mereka percaya satu daripada dewa mereka melarikan diri ke langit, sebelum madu tersebut tertumpah di empat bandar iaitu di Allahabad, Nasik, Ujjain dan Haridwar.
Penganut Hindu percaya dosa-dosa silam akan gugur sekiranya mereka menyucikan diri di sungai tersebut.
Keadaan itu memberikan semangat kepada mereka untuk 'berkampung' di sungai tersebut demi mendapat kerahmatan.
Malah ada dalam kalangan mereka yang sanggup mendirikan khemah di persekitaran sungai tersebut, semata-mata untuk mengambl peluang ‘membersihkan' dosa-dosa mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130120/lu_07/Menghapus-dosa-di-Sungai-Gangga#ixzz2ITUinE8s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita tak boleh mengajar di sekolah lelaki

MANAMA: Keputusan mengejut melarang wanita bekerja di sekolah lelaki di Qatar menyebabkan institusi perguruan menghadapi masalah.

Pihak berkuasa pendidikan menyuruh semua pekerja wanita ditukarkan dari sekolah lelaki ke sekolah perempuan dan menamatkan kontrak bukan warga tempatan.
Ia turut membabitkan semua wanita yang bekerja di pentadbiran sekolah, perakaunan, perkhidmatan sosial dan perhubungan awal, lapor akhbar Al Watan.

Guru dan pentadbiran Qatar ditempatkan semula di kawasan asal mereka manakala bukan penduduk Qatar diberikan surat tamat kontrak dan sijil membenarkan mereka mencari kerja baru di Qatar.

Di bawah sistem tajaan kontroversi di beberapa negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), tiada pekerja asing boleh bertukar kerja atau mendapat jawatan baru tanpa kelulusan bertulis bekas majikan mereka.

Berdasarkan laporan Al Watan, pemilik lesen sekolah terkejut dengan keputusan diumumkan pertengahan tahun akademik dan menjelang peperiksaan pertengahan tahun.

Menggantikan guru dan kakitangan pentadbiran dan memastikan penyerahan fail sempurna selain tugas dan tanggungjawab antara kebimbangan utama. AGENSI

Hobbit pernah wujud di Pulau Flores

Pakar arkeologi Indonesia,  Thomas Sutikna  turut mengkaji  spesies Hobbit.Pakar arkeologi Indonesia, Thomas Sutikna turut mengkaji spesies Hobbit. Penyelidik AS buat kajian tulang fosil Homo Floriensis 


Flores: Manusia kerdil digelar ‘Hobbit’ mungkin pernah tinggal di kepulauan ini di Indonesia, demikian menurut kajian terbaru.
Namun, adakah itu benar? Hobbit, banyak diceritakan sebagai makhluk fiksyen dalam filem Lord of The Ring.


Mereka cenderung digambarkan sebagai bertubuh kecil dan berukuran separuh daripada ketinggian manusia. Mereka juga memiliki telinga runcing seperti Elf atau Dwarf (bunian atau orang katik).

“Makhluk kerdil itu berukuran tiga kaki enam inci atau kira-kira 100 sentimeter (1 meter), banyak menyerupai Hobbit. Penduduk dengan fizikal kecil di Flores bukan manusia moden yang berpenyakit,” kata Caley Orr, seorang penyelidik daripada Jabatan Anatomi Universiti Midwestern Amerika Syarikat kepada DiscoveryNews.

Penyelidik menemui tulang fosil yang dikaitkan dengan fenomena baru Hobbit (Homo Floriensis). Bersama penemuan baru lain yang akan membantu mendedahkan jenis fizikal makhluk, bagaimana tabiat dan asal usul mereka.

Penemuan baru itu diceritakan dalam Journal of Human Evolution berdasarkan penemuan tulang pergelangan tangan di Pulau Flores, Indonesia.
AGENSI

Saturday, January 19, 2013

Permintaan Misteri Presiden Organisasi Zionis Dunia

Chaim Azriel Weizmann lahir pada tahun 1874. Dia merupakan seorang pakar kimia yang menjadi Presiden Organisasi Zionis Dunia dan Presiden Israel pertama yang terpilih pada pertengahan Mei 1948. Dia juga menubuhkan institut penyelidikan Israel yang akhirnya menjadi Lembaga Ilmu Pengetahuan Weizmann.
Setelah mempelajari biokimia di Switzerland dan Jerman, Weizmann berhijrah ke England pada tahun 1905 dan dipercayai sebagai Juru cakap Zionis Eropah. Dalam perang dunia pertama, Jerman selangkah lebih maju dalam teknologi persenjataan berbanding pihak Bersekutu. Namun berkat penemuan Weizmann, yang berjaya mensintesiskan aseton melalui proses penapaian yang digunakan dalam menghasilkan cordite iaitu bahan pembakar yang berguna bagi pemangkin peluru, British berjaya bersaing dengan Jerman.
Banyak kalangan berkata tanpa penemuan Weizmann, British akan menderita kekalahan dalam perang dunia pertama. Sebab itulah, Weizmann sangat dihormati dikalangan elit Inggeris dan menjadi rakyat dihormati. Sejak itu lobi Weizmann menjadi sangat kuat di England.
Permintaan Weizmann
Selepas perang dunia pertama, PM Britain David Lloyd George secara khas mengundang Weizmann. George memberi Weizmann sejumlah wang dan berjanji bahawa British akan memberikan apa saja permintaan Weizmann.
Pucuk dicinta ulam mendatang. Sebagai salah seorang tokoh gerakan Zionis ini merupakan kesempatan terbaik bagi dirinya untuk meminta tanah air bagi bangsa Yahudi yang ketika itu masih berselerak di beberapa negara dan benua.
Weizmann menjawab, “Tuan, hanya satu yang saya inginkan… Hal itu adalah ‘rumah’ bagi saudara-saudara saya…”
Lloyd George faham. Permintaan khusus Weizmann itu menjadi perhatian utama Kabinet British. Menteri Luar Negeri Balfour setengah tidak percaya dengan apa yang diminta Weizmann.
Balfour bertanya kembali kepada Weizmann, seolah ingin mendengar melalui telinganya sendiri, “Tuan Weizmann, mengapa harus Palestin?”
“Tuan Balfour, jika pun saya mahukan Paris atau London apakah anda akan berikan?” Weizmann bertanya.
Balfour mengangguk, “Mengapa tidak?”
Weizmann tersenyum. “Saya percaya Tuan Balfour. Namun sayang, kami telah mempunyai Jerusalem, ketika London masih berupa kawasan paya.”
Balfour terdiam. Dia sangat faham bahawa permintaan Weizmann tersebut sangat dilema. Di pihak British sangat berterima kasih kepada Weizmann dan juga tokoh-tokoh Yahudi Antarabangsa lain namun jika permintaan itu dituruti maka Dunia Arab akan memusuhi British.
Sebab itulah, draft Deklarasi Balfour yang dikeluarkan pada tarikh 2 November 1917 ditulis dengan sangat berhati-hati dan tidak secara jelas menyenaraikan kata “tanah air”. Namun demikian, pihak Zionis tetap menterjemah deklarasi ini sebagai surat sakti untuk menjajah Tanah Palestin yang ketika itu memang dikuasai British.
Deklarasi Balfour dianggap sebagai mandat British kepada gerakan Zionis Antarabangsa untuk mendirikan sebuah negara Israel di Palestin. Pada 1918, Weizmann diangkat sebagai ketua Suruhanjaya Zionis dan dihantar ke Palestin oleh pemerintah British untuk menganjurkan pembangunan masa depan di negera itu. Di sana, dia meletakkan batu asas Universiti Ibrani.
Pada tahun yang sama Weizmann bertemu di Aqaba dengan Emir Feisal, putra Syarif Husain dari Mekah iaitu orang Arab yang telah bersekongkol dengan Perancis dan British menumbangkan khilafah Turki Uthmaniyah untuk rundingan untuk penubuhan negara Arab dan Yahudi yang ‘merdeka’.
Selepas itu, Weizmann mengetuai delegasi Zionis pada Persidangan Keamanan di Versailles. Pada tahun 1920, dia menjadi pimpinan Organisasi Zionis Dunia (WZO) dan mengetuai Agen Yahudi yang ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun 1930-an, Weizmann meletakkan dasar Institut Penyelidikan Daniel di Rehovot, yang kemudian menjadi Institut Weizmann iaitu tenaga penggerak utama di belakang penyelidikan ilmiah Israel.
Pada tahun 1937, dia membina rumahnya di Rehovot. Chaim Weizmann kembali semula menjawat jawatan sebagai pemimpin WZO pada tahun 1935-1946. Sepanjang zaman Perang Dunia ke II, dia menyumbang banyak usaha dalam membentuk angkatan bersenjata Israel.
Selepas berakhirnya Perang Dunia II dan konspirasi Barat yang kemudian membentuk “negara” Israel pada 29 November 1947, Weizmann diangkat sebagai presiden pertama Israel hingga si laknatullah ini meninggal dunia pada tahun 1952.
sumber: detikislam.blogspot.com

Misteri! Siapakah Jemaah Kenit Di Masjidil Haram Itu?

Setiap apa yang berlaku di Tanah Suci, semuanya terkandung seribu hikmah sama ada ada sebagai pengajaran mahupun peringatan. Oleh kerana itulah kita diingatkan supaya memperbetulkan niat apabila mahu ke sana. Bukan bertujuan membeli belah semata-mata, tetapi mahu beribadah kepada Allah SWT. Kisah di bawah ini tentang kisah seorang ustaz yang dipilih Allah untuk bertemu dengan seorangjemaah kenit ketika berada di Masjidil Haram. Persoalannya, siapakah lelaki kenit itu?
Sejak dahulu, saya sudah biasa dengar pelbagai cerita tentang perkara aneh yang menimpa para jemaah di Tanah Suci. Misalnya, ada jemaah semasa di Malaysia waras tapi apabila sampai di Tanah Suci jadi gila. Ada jemaah yang sesat sampai berhari-hari bermulut celupar dan bongkak.
Ada juga jemaah yang semasa di Malaysia sakit tak boleh berjalan bertahun-tahun. Tapi apabila sampai di Tanah Suci, jemaah ini terus sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Pendek kata di Mekah pelbagai perkara yang tak masuk akal dan stabil boleh berlaku. Itulah yang terjadi kepada saya ketika menjadi mutawif membawa rombongan umrah pada tahun 2008. Ketika itu, saya baru sahaja bertugas dengan De Mawardah. Seingat saya, baru tiga kali saya membawa rombongan jemaah ke Tanah Suci. Kali itu, saya membawa rombongan seramai 40 orang terdiri daripada lelaki dan wanita. Setibanya di sana segala proses dan urusan menempatkan jemaah berjalan lancar. Semua jemaah berpuas hail dengan tugas saya lakukan. Saya gembira.
Suatu hari, saya bersama jemaah masuk ke Masjidilharam untuk melakukan ibadah. Kami sembahyang sunat, berzikir dan berdoa mengikut kemampuan masing-masing. Entah kenapa hari itu tiba-tiba saja, saya seperti bersifat kebudak-budakan. Saya kata begini di dalam hati. “Eh, bagilah tengok benda ajaib. Selama datang Mekah tak pernah tengok benda-benda ajaib lagi!” detik di hati saya. Saya kata begitu sebab saya biasa dengar cerita-cerita aneh dari mutawif-mutawif lain sebelum ini. Mudah-mudahan dapatlah saya bertemu benda-benda aneh yang tidak penah terfikir melihatnya. Waktu itu saya lihat semua jemaah melakukan ibadah masing-masing.
Ada yang bersolat sunat dan ada yang membaca al-Quran. Saya dan pembantu saya bernarna Iskandar pula pergi ke suatu kawasan di dalam Masjidilharam dan kami terus bersolat sunat. Ketika kepala saya berpusing ke kanan untuk memberi salam pada tahiyat akhir, saya terkejut. Betul-betul di hadapan saya sedang berdiri seorang lelaki berjubah putih. Apa yang paling mengejutkan saya ialah saiz jemaah lelaki berjubah putih itu hanya sebesar botol air mineral 500 mililiter. Lelaki kenit berusia 40-an itu persis pelakon Bollywood. Wajahnya kacak, kulitnya putih, hidung mancung dan matanya bersinar. Sebaik melihatnya, saya terpaku tanpa dapat berkata apa-apa. Hanya mata saya yang bergerak memandang jemaah kenit itu. Wajah jemaah kenit itu berseri-seri. Mukanya seperti bercahaya. Cantik sungguh.
Saya lihat jemaah kenit itu melangkah setapak demi setapak ke arah saya. Manusia kenit itu lalu berdiri betul-betul di hadapan saya yang masih duduk di antara dua sujud. Jemaah kenit itu tiba-tiba mengangkat tangannya ke arah muka saya lalu berdoa. Entah apa yang didoakannya saya tidak tahu sebab tidak mendengar sebarang kata-katanya. Saya hanya nampak mulutnya terkumat-kumit. Waktu itu juga secara spontan saya tidak berhenti-henti memuji kebesaran Allah. Ya Allah siapa bawa jemaah kenit ini. Ya Allah terlalu kecil makhluk ciptaanMu ini. Ya Allah, ya Tuhanku, siapa manusia ini? Ya Allah Engkau Maha Besar. Aku bersyukur. Engkau telah tunjuk kepada aku perkara ajaib begini di Tanah SuciMu!
Selepas lelaki kenit itu habis berdoa, saya terus mendepakan tangan sebab hajat saya mahu memeluknya. Anehnya, sebaik saya mendepakan tangan, jemaah kenit itu terus ghaib dari pandangan. Saya terpinga-pinga. Pelik sungguh apa yang saya lihat tadi. Mustahil manusia kenit itu boleh ghaib begitu saja. Cepat-cepat saya tanya pembantu saya, Iskandar adakah dia nampak jemaah kenit tadi.
Pelik. Iskandar yang berada di sebelah saya hanya menggeleng-gelengkan kepala. Bagaimana pula Iskandar tidak nampak. Jemaah-jemaah lain di sebelah saya juga begitu, mereka tidak melihat makhluk kenit tersebut. Selepas diperlihatkan jemaah kenit yang kacak itu, saya tidak habis-habis memuji kebesaran Allah. Saya tidak menyangka walaupun impian saya itu hanya terdetik di dalam hati, Allah terus tunjukkan kepada saya apa yang saya hajati. Itulah kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Sampai hari ini saya tidak pernah ceritakan kisah ini kepada jemaah khuatir menakutkan mereka pula. Saya juga tertanya-tanya siapakah jemaah kenit kacak itu, manusia atau jin? Perkara ini saya sendiri tidak dapat menjawabnya. Bagi saya inilah tanda-tanda kebesaran Allah.
Selain kisah jermaah kenit tadi, ada satu lagi kisah melibatkan seorang jemaah lain yang mengikut rombongan saya mengerjakan umrah. Hari itu, saya dan rombongan mendarat di Karachi, Pakistan sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah. Dalam rombongan itu, saya bawa 12 orang keluarga mamak. Ada antaranya yang saya kenal. Semasa menunggu di Lapangan Tcrbang Karachi itu, datang seorang lelaki dari kalangan keluarga mamak ini. Cukuplah saya namakannya sebagai Zul, berusia 40-an dan bekerja sebagai kontraktor. Zul juga sudah berkahwin clan isterinya juga turut sena dalam rombongan itu.
“Ustaz, saya nak batal pergi Mekah. Saya tak nak pergi. Saya nak balik,” beritahu Zul pada saya. Wajah Zul kelihatan muram dan resah. Gaya Zul seperti berada di dalam keadaan ketakutan. Mendengar kata-katanya saya terus geleng kepala.Saya beritahunya tidak lama lagi kami akan benolak ke Jeddah. Mana boleh Zul batalkan pemergiannya pada saat-saat akhir.
Saya bertanya kepada Zul kenapa tiba-tiba saja dia membatalkan hasrat hendak ke Mekah? Apa masalahnya? Lalu Zul membawa saya ke satu sudut yang tidak rarnai orang dan membuka cerita. Cerita Zul pada saya, selama dia hidup ini sudah jenuh dia berzina dengan pelbagai perempuan. Ada antara perempuan itu sudah berzina dengannya sampai berpuluh-puluh kali.
“Salah seorang dah jadi isteri kedua saya. Kami nikah di Siam. Tapi sebelum itu kami selalu berzina, ustaz…” cerita Zul pada saya dengan penuh kesal. Akibat takut banyak dosa, selepas mendaftar untuk ke Mekah, Zul memberitahu dia tidak dapat tidur selama sebulan. Zul mengaku depan saya dia merasa amat takut apabila tiba di Mekah nanti, dia akan terima balasan dari Allah. Apabila mendengar ceritanya saya hanya tersenyum dan terus memberi semangat kepadanya.
“Alhamdulillah. Kalau sebulan tak tidur kerana takut akan dosa-dosa lalu itulah taubat namanya. Awak dah bersih. Kalau awak tak tidur sebab takut dosa-dosa lalu, awak orang yang balk. Kalau orang jahat tak akan rasa takut,” kata saya memberi semangat pada Zul. Bagi saya, Zul hanya jahat berkaitan perempuan saja. Selama saya mengenalinya, Zul seorang yang pemurah. Setiap kali tiba bulan Ramadan, Zul banyak bersedekah di masjid. Malah Zul juga banyak membantu orang-orang susah. Pendek kata duitnya banyak digunakan untuk berseclekah.
Bagi meyakinkan Zul, saya berdoa di hadapannya memohon doa agar Allah mempermudahkannya melakukan ibadah di Mekah nanti. “Ya Allah, biarlah dosa Zul berzina itu aku yang tanggung. Kalau bala tu tiba, biar aku yang terima,” kata saya penuh redha clan berharap Zul akan terus ke Mekah. Bila mendengar doa saya begitu, Zul terus bersetuju membatalkan hasratnya balik ke tanah air. Suatu malam, semasa berada di Masjidilharam semua jemaah tidak dibenarkan bersembahyang berdekatan Kaabah.
Sebabnya waktu itu kawasan lantai sekeliling Kaabah sedang dicuci dan dibersihkan. Sekitar kawasan itu dikawal oleh anggota polis yang garang dengan rotan. Sesiapa yang ingkar akan ditangkap, dirotan sebelum dihalau keluar. Saya dan Zul tanpa sedar, termasuk ke dalam kawasan yang dilarang masuk kerana lantainya belum kering sebab ia baru dicuci. Baru hendak sembahyang tiba-tiba saya ditarik oleh seorang anggota polis yang mengawal sebelum dihalau dari kawasan itu. Tapi apa yang peliknya waktu itu saya lihat hampir empat lima orang anggota polis berdiri mengelilingi Zul yang sedang bersembahyang.
“Mereka jaga Zul supaya tak ada jemaah lain yang mengganggu Zul ketika bersolat. Malah orang yang membersihkan lantai juga ada di sebelah Zul. Setiap kali air mengalir masuk ke kawasan tempat Zul bersolat, pekerja itu cepat-cepat mengeringkannya dengan mop. Selepas habis bersolat, Zul berdoa. Dia juga tidak diganggu oleh anggota keselamatan yang bertugas. Itulah kebesaran Allah. Zul yang sebelum itu dihantui dosa-dosa silam mendapat kemuliaan semasa bersolat di Masjidilharam berbanding jemaah lain. Mungkin disebabkan Zul benar-benar telah bertaubat di atas kesilapan lampau, Allah merahmati-nya semasa berada di Tanah Suci. Jemaah-jemaah lain yang cuba masuk dan sembahyang berdekatan Zul ketika itu semuanya dihalau tennasuk saya sendiri. Allah benar-benar memuliakan Zul sebagai tetamuNya. Malah segala urusannya di Mekah, Allah permudahkan tanpa sebarang masalah. Syukurlah Zul dapat beribadah dengan tenang meskipun orang lain tidak mendapat keistimewaan sepertinya.
Saya mendapat tahu, selepas balik ke Malaysia, Zul sudah banyak berubah.Sikap pemurahnya dahulu diteruskan dan tabiat berzina ditinggalkan. Malah sejak balik dari Mekah, rezeki Zul sebagai kontraktor juga semakin mencurah-curah. Akhir kalam, ingatlah renungan ini. Kecemerlangan yang mesti kita cari, bukan saja sewaktu kita bernafas di atas muka bumi, malah setelah sekujur menjadi mayat. Kehidupan sebenar adalah di akhirat sana.

Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua

Pihak NASA mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian,  bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan  kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400  tahun yang lalu. Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian.  Wallahu’alam.
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar – 1 & 2)
bulan1
bulan2
bulan3
bulan4
Menurut pihak NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”
Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.

Wanita Yang Melahirkan 69 Orang Anak

Siapakah gerangan wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri?


Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.

Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua, bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu) dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!

[Sumber]

Gadis Yang Memiliki Mata X-Ray

Jika kita menonton filem superhero, ada yang dikurniakan kelebihan penglihatan mata untuk menembusi sesuatu benda. Namun itu cerita fantasi. Tetapi yang realitinya ia benar-benar wujud apabila seorang remaja yang berusia 14 tahun Laura Castro yang dilahirkan normal seperti orang lain telah dikejutkan dengan perubahan pada matanya.


Pada usia 10 tahun matanya menjadi putih semuanya dan bahagian hitam sudah tidak kelihatan. Hal ini juga pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak kecil yang memiliki mata seperti kucing (LINK). Doktor masih tidak dapat memberi penjelasan mengenai penyakit ini.

Menurut ibunya, anaknya dapat melihat semua di kawasan terang mahupun gelap tanpa ada masalah. Selain itu lebih menakjubkan adalah anaknya boleh Tembus Pandangannya pada benda yang padat seperti dinding, melihat dalam kereta dari jauh macam seorang superhero.

Dia boleh tahu apa yang berlaku disebalik dinding atau bahan yang digunakan untuk membuat dinding tersebut seperti bata dan kayu. Semuanya berlaku pada satu pagi apabila dia bangun , dia terkejut kerana dia dapat tembus pandang tubuhnya sendiri dan melihat jantung serta bahagian bahagian lain.

-Melayukini.net

Tertidur Selama 2 Bulan

Seorang gadis berusia 17 tahun tidur selama 64 hari kerana mengalami gangguan tidur yang sangat luarbiasa.


Nicole Delien mengalami gangguan tidur luarbiasa yang juga dikenali dengan “Sleeping Beauty Syndrome” atau sindrom “Puteri Tidur”. Remaja berusia 17 tahun itu akan tidur 18 hingga 19 jam sehari.

Ditemani ibunya, Vicki, keluarga Delien muncul di kaca tv yang dihoskan oleh Jeff Probst. Mereka menceritakan gangguan tidur yang dideritai oleh Nicole.


Vicki Delien mengatakan dirinya sangat kecewa ketika berusaha mendapatkan diagnosis penyakit yang dideritai puterinya itu. Akhirnya, seorang doktor di Allegheny General Hospital di Pittsburgh, Pennsylvania, berjaya menemui punca gangguan dan menawarkan beberapa nasihat dan panduan bagaimana untuk mengatasi masalah tidur yang pelik itu.

Selain tidur berlebihan, gejala disorientasi, halusinasi dan hiper-seksualiti adalah gejala-gejala yang ditunjukkan oleh orang-orang yang menderita gangguan tidur luarbiasa ini, menurut laporan Jurnal Oxford.

Dan sehingga kini, penyebab 'Kleine-Levin Syndrome' tidak diketahui.
http://sentiasapanas.blogspot.com/

Misteri Serangan Hujan Cacing

Pada tahun 2007, dua orang pegawai polis dari Jennings, Florida Amerika Syarikat telah berhadapan dengan satu situasi mencemaskan. Pada hari kejadian, kedua-dua pegawai tersebut iaitu Eleanor Beal dan Martha Amie dikejutkan dengan satu fenomena hujan cacing sewaktu melakukan rondaan disebatang jalan.


Menurut saksi pertama, Beal, gara-gara kemunculan hujan aneh itu, dia terpaksa menghentikan kenderaan yang dipandunya secara mengejut sekaligus menimbulkan rasa panik seketika.

Ingin melihat apa sebenarnya yang berlaku, dia dan rakannya bertindak keluar daripada kenderaan yang mereka naiki.

Sebaik keluar, dua orang pegawai polis berkenaan cuba mendongak ke atas. Didapati, terdapat beribu-ribu ekor cacing sedang jatuh dari langit. Begitu juga di kawasan sekitar, turut dipenuhi dengan hidupan tersebut.

Menurut saksi kedua, Amie, semua cacing berkenaan menunjukkan reaksi seperti terkejut tetapi kembali normal selepas beberapa ketika. Ada juga yang telah mati, malah sesetengahnya masih bergumpal antara satu sama lain.

Persoalannya, bagaimana fenomena aneh ini boleh terjadi?

Mengikut laporan sebuah portal berita online WAFB, sehingga hari ini, misteri kejadian hujan tersebut masih belum terungkai sepenuhnya kerana tiada kajian lanjut dilakukan oleh penyelidik-penyelidik tempatan mahupun antarabangsa.

Ekoran dari itu, sesetengah penduduk tempatan mengemukakan beberapa tanggapan mengenai kewujudan fenomena tersebut. Keba-nyakan daripada mereka mendakwa kemunculan hujan pelik itu mempunyai kaitan dengan sebuah lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian. Lokasi yang dimaksudkan adalah Lacassine Bayou yang mana dilaporkan beribu-ribu ekor cacing turut dijumpai.

-Sentiasapanas.blogspot.com

Misteri Hujan Ikan di Ethiopia

Kes yang paling menarik berlaku ketika musim panas 2000 di Ethiopia apabila berjuta-juta ikan tiba-tiba jatuh dari langit. Ini pernah direkodkan oleh pengkaji paranormal, Charles Fort yang turut merekodkan kejadian hujan katak, siput malah buaya yang pernah berlaku.


Fenomena ini dikatakan berpunca dari angin yang kuat telah menarik haiwan kecil dari kawasan berair sebelum dijatuhkan di tempat yang berbatu-batu jauhnya.

Cuma yang menjadi persoalan, mengapa hanya sejenis haiwan sahaja yang ditarik oleh angin tersebut bagi setiap kes?

Kanak-kanak Misteri Banjos

Penduduk kampung di Banjos, Sepanyol gempar apabila mereka dikunjungi oleh dua orang kanak-kanak misteri pada Ogos,1887.


Kanak-kanak lelaki dan perempuan itu datang dari gunung berhampiran kampung mereka. Kulit dua orang kanak-kanak itu berwarna hijau dan bentuk mata mereka menyerupai penduduk dari asia. Apa yang pasti mereka bukan penduduk tempatan kerana tidak tahu berbahasa Spanish.

Kanak-kanak lelaki misteri itu mati kerana diserang penyakit manakala budak perempuan itu sempat belajar bahasa Spanish dan menceritakan pengalaman serta asal-usulnya. Budak itu menceritakan, mereka berasal dari sebuah tempat yang gelap dan tidak mempunyai cahaya. Angin yang kuat menerbangkan mereka dan mereka terjatuh di pergunungan Banjos.

Sampai ke hari ini, misteri mengenai kanak-kanak hijau banjos masih lagi belum dapat di selesaikan.

[Sumber]

Nenek tak terima mel angkara najis


Seorang wanita menggunakan payung bagi mengelak terkena tahi burung merpati ketika melalui laluan Wheelbarrow Lane yang dipenuhi najis haiwan itu. - AGENSI

LONDON 18 Jan. - Seorang nenek berumur 63 tahun mengadu dia tidak menerima surat sejak Oktober lalu ekoran pekerja pos enggan menghantarnya kerana laluan ke rumahnya di Heston, Cornwall 'terlalu licin' akibat tahi burung yang terlalu banyak.
Heather Rogers berkata, dia menyedari keadaan itu selepas sebuah syarikat telekomunikasi, BT menghubunginya pada Oktober lalu, memaklumkan bahawa mereka tidak menerima bayaran bil telefon daripada warga emas itu.
''Saya juga dihubungi bank kerana penyata akaun saya turut dikembalikan semula ke bank.
''Saya pergi ke pejabat pos dan mereka memaklumkan bahawa pekerja mereka tidak menghantar surat ke rumah saya kerana laluan ke rumah saya terlalu licin ekoran tahi burung,'' katanya.
Heather kemudian dimaklumkan oleh syarikat pos, Royal Mail bahawa tahi burung di rumahnya terlalu banyak di laluan dikenali sebagai Wheelbarrow Lane, sehingga ia membahayakan kesihatan dan keselamatan pekerja pos.
Jurucakap Royal Mail berkata, pihaknya menggantung perkhidmatan di dua alamat di Helston kerana pekerja melaporkan terdapat serpihan gelas dan laluan yang licin.
''Kami telah memaklumkan kepada pelanggan kami itu tentang perkara itu dan meminta pihak berkuasa membersihkan laluan tersebut,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130119/lu_07/Nenek-tak-terima-mel-angkara-najis#ixzz2IOL97Sra
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumpa ketulan emas dalam semak

Seorang penggali emas amatur telah menjumpai seketul emas seberat 5.5 kilogram
 yang didakwa bernilai AS$318,761 di bandar Ballarat, Australia.


BALLARAT, Australia – Seketul emas bernilai AS$318,761 (RM960,364) ditemui di satu kawasan semak di Ballarat, Australia, kelmarin, lapor akhbar The Sun semalam.
Ketulan emas gergasi itu ditemui oleh seorang penggali yang menggunakan sebuah alat pengesan logam berteknologi tinggi.
Logam bernilai tinggi itu dipercayai terlalu besar sehinggakan sebaik sahaja lelaki yang menemuinya mula mengorek tanah, dia menyangka ia adalah sebahagian daripada komponen bonet sebuah kereta lama.
Ketulan emas berbentuk Y itu seberat 5.5 kilogram dan berukuran 60 sentimeter panjang.
Ukuran itu merupakan yang terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah cari gali emas di Ballarat, Victoria yang menjadi pusat pengeluaran emas pada tahun 1850.
“Saya telah melakukan cari gali sejak 20 tahun dan penemuan emas sebesar ini amat luar biasa,” kata seorang peniaga emas tempatan, Cordell Kent.
Sehingga malam kelmarin, berpuluh-puluh orang pencari gali datang ke lokasi emas itu ditemui untuk mencuba nasib mereka. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2IMoQiuSi 
Hakcipta terpelihara 

Warga emas bersenam dalam salji

GAO yang berusia 77 tahun kelihatan masih bertenaga untuk bersenam
 walaupun tanpa berbaju dalam keadaan cuaca sejuk yang melanda China
baru-baru ini. - AFP

GAO yang berusia 77 tahun kelihatan masih bertenaga untuk bersenam walaupun tanpa berbaju dalam keadaan cuaca sejuk yang melanda China baru-baru ini. - AFP JILIN, China – Seorang lelaki warga emas yang berusia 77 tahun sanggup meredah musim sejuk yang melanda China baru-baru ini dengan hanya memakai seluar pendek untuk bersenam demi kesihatan badannya.
Gao Yinyu yang juga merupakan seorang pesara guru bersenam setiap pagi di sepanjang tebing sungai Shonghuajiang.
Suhu di kawasan Jilin kini mencecah di bawah paras negatif 25 darjah celsius.
Selain bersenam, Gao juga dilihat turun ke dalam sungai Shonghuajiang untuk mandi dan tidak memakai pakaian.
Gao berkata, dia telah bersenam setiap pagi dengan hanya memakai seluar pendek setiap pagi sejak sedekad lalu selepas bersara. Gao tidak pernah terlepas walaupun sehari untuk melakukan rutin senamannya itu.
Sejak melakukan rutin tersebut, Gao didapati jarang diserang demam atau selesema. Pekerja lelaki di China biasanya akan bersara pada usia 60 tahun. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2IMoKffNb 
Hakcipta terpelihara 

Hotel kapsul terbesar di China dibuka

SHANDONG, China – Sebuah hotel kapsul paling besar di China telah dibuka di Qingdao pada 15 Januari lalu dan mula mendapat perhatian pengunjung yang singgah ke wilayah Shandong.
Hotel itu menyediakan 100 bilik yang dilengkapi televisyen LCD, perkhidmatan WiFi, sebuah meja komputer, almari dan katil yang selesa.
Setiap kapsulnya direka dan dibina dari saiz 1 hingga 2 meter lebar dan 1.2 meter tinggi.
Pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak 45 yuan (RM21.68) sehari pada hari biasa dan 80 yuan (RM38.75) pada waktu puncak. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2IMo6DQpP 
Hakcipta terpelihara 

100 lagi orang awam mati di Syria

BEBERAPA orang pasukan penentang Presiden Bashar Al-Assad membuat rondaan di Homs. Kejadian pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim terus berlaku sehingga sekarang.


DAMSYIK - Lebih 100 orang awam terbunuh dalam satu kejadian pembunuhan beramai-ramai terbaharu di Syria, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia negara itu.
Pemerhati sama berkata, kematian berlaku apabila pasukan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad pada Selasa lalu menggempur kawasan ladang di utara bandar Homs.
Bandar tersebut dipercayai menjadi lokasi kepada kira-kira 1,000 orang mencari perlindungan daripada pertempuran di tengah Syria.
"Tentera rejim melakukan pembunuhan beramai-ramai Selasa lalu menyebabkan 106 mangsa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak," kata pemerhati yang beribu pejabat di Britain.
Beberapa orang saksi memberitahu mangsa mati akibat terbakar, ditikam dan ditetak.
"Tentera datang sebelum menyembelih wanita dan kanak-kanak. Mereka juga membakar tubuh mangsa," kata seorang wanita tidak dikenali yang dilihat dalam satu rakaman video amatur dan diedarkan oleh oleh penentang Bashar di Homs.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 60,000 orang terkorban, sementara pasukan pemerhati pula menyatakan lebih 48,000 orang maut akibat konflik di Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0119&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2IMnVsXO7 
Hakcipta terpelihara 

Friday, January 18, 2013

Bilik lepas marah

Novi Sad (Serbia): Savo Duvnjak memerhatikan sekeliling bilik, mengangkat pemukul besbol dan memukul apa saja dilihatnya dari katil, meja, laci, kerusi sehingga tidak ada lagi yang tinggal untuk dimusnahkan.

Ia bukanlah perbuatan jenayah, sebaliknya Bilik Melepaskan Kemarahan.


“Sungguh lega,” kata Duvnjak yang berpeluh dan tercungap-cungap sambil melihat kemusnahan dilakukannya.

“Saya sudah melepaskan segala tenaga negatif saya. Tahun lalu sungguh mencabar dan saya mahu mengakhirinya dengan melepaskan geram,” kata pemuda berusia 18 tahun itu.


Sejak dibuka di bandar Novi Sad, utara Serbia pada Oktober lalu, bilik itu menarik banyak perhatian di negara Balkan berkenaan. Peperangan selama dua dekad, krisis politik, kesukaran ekonomi menyebabkan ramai penduduknya berdepan dengan tekanan.


Didorong oleh ‘Bilik Melepaskan Kemarahan’ yang serupa seperti di Dallas, Texas, bilik versi Serbia itu diasaskan dua remaja belasan tahun yang melihat bilik asal di Amerika Syarikat itu di Internet dan berpendapat ia boleh dijadikan sumber kewangan.

“Secara purata, kami mempunyai seorang pelanggan sehari, cukup untuk kami meneruskan perniagaan ini,” kata Nikola Pausic, pemuda berusia 18 tahun yang menguruskan bilik berkenaan dengan seorang rakan.


Versi Dallas mengenakan bayaran RM225 bagi setiap sesi dan mempunyai pelbagai objek untuk dimusnahkan, termasuk komputer dan perabot pejabat. Bilik versi Serbia itu menggunakan garaj yang sudah diubah suai dan hanya menempatkan barang asas untuk dimusnahkan dan lebih murah.

Dengan mengenakan bayaran kira-kira RM18, pelanggan boleh memecahkan kerusi, meja, rak baju dan rak buku bersama-sama dengan barangan lain seperti bingkai gambar, tin kosong serta kontena plastik. Pelanggan disyaratkan memakai topi keledar, pelindung mata dan sarung tangan.


Selepas itu, mereka akan dihiburkan dengan muzik sebelum meninggalkan tempat itu untuk dibersihkan oleh pekerja sebelum menerima pelanggan lain.


“Puluhan pelanggan sudah datang ke sini terdiri daripada pelbagai peringkat umur.


“Ia juga popular di kalangan wanita,” kata Pausic.


Menurutnya, pelanggan kebiasaannya memerlukan masa lima minit untuk memusnahkan segala-galanya di dalam bilik itu.


Meskipun ia cara mudah untuk melepaskan geram, pakar memberi amaran yang projek seperti ini tidak boleh menggantikan terapi menguruskan kemarahan yang sebenarnya. - AP

Terseliuh 10 kali sehari

pix_topright
London: Menghidap sindrom Ehlers-Danlos, seorang wanita mengalami kesakitan dari semasa ke semasa pada bahunya hanya kerana pergerakan tubuh yang mudah.
Menurut Lauren Harry, pada hari tertentu sendinya boleh terseliuh sehingga 10 kali.

Antara lain, kata Lauren, 20, ia berlaku akibat bersin atau terhenjut di dalam kenderaan akibat brek mengejut.
Minggu lalu saja, katanya, dia pergi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sebanyak empat kali. Doktor percaya, Lauren menghidap sindrom Ehlers-Danlos yang menyebabkan kolagen wanita itu terlalu lemah memastikan anggota badannya berada di tempat yang betul. Lauren - dari Wrexham, Wales - berkata, dia sakit pada kakinya ketika berusia 11 tahun tetapi menyangka ia masalah biasa akibat proses tumbesaran.

“Ketika berusia 15 tahun, saya terjatuh menyebabkan bahu cedera. “Sejak itu, bahu dan sendi saya yang lain, termasuk lutut dan jari, sering terseliuh,” katanya. Keadaan itu menyebabkan dia gagal menamatkan pendidikan peringkat AS.

Kata Lauren, setakat ini dia menjalani lima pembedahan berasingan di Hospital Wrightington Lancashire, untuk memberi kestabilan pada bahunya.
Bagaimanapun, katanya, masalah itu masih berterusan. “Bahu saya terseliuh 10 kali sehari kerana saya terbatuk, bersin atau tersepak sesuatu,” katanya.

Lauren yang kini bertugas sebagai kakitangan restoran makanan segera di Chester berkata, baru-baru ini semua jari tangannya terseliuh kerana membuka pintu tempatnya bekerja. Di rumah, kata Lauren, dia juga tidak boleh bergurau dengan adik-beradiknya tanpa mengalami kesakitan akibat terseliuh. - Daily Mail

'Bilik tidur angkasawan' berbentuk seperti belon

LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Sebuah 'bilik tidur angkasawan' yang berbentuk seperti belon akan diuji di Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (ISS).
Bilik untuk para angkasawan itu dihasilkan sebuah syarikat swasta, Bigelow Aerospace.
Ia akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2015.
Bilik tersebut sepanjang empat meter.
Syarikat itu telah melabur sebanyak AS$250 juta (RM753 juta) untuk menghasilkan bilik tersebut.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menjalin kerjasama dengan syarikat itu untuk menghasilkan bilik tidur tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2IIUajDoU 
Hakcipta terpelihara 

Bandar-bandar diselaputi permaidani putih

KEADAAN iklim di Asia Barat sememangnya mudah dijangka. Cuacanya terik pada musim panas dan dingin serta sesekali diselangi hujan lebat pada musim sejuk.
Bagaimanapun pada minggu lalu, iklim di rantau itu berubah mendadak. Hujan lebat berterusan selama beberapa hari disusuli salji tebal.
SALJI tebal tidak menghalang remaja ini untuk melakukan aktiviti di luar.
SALJI tebal menyelimuti Istanbul, Turki sekali gus menjejaskan 
15 juta orang penduduk, melumpuhkan rutin harian dan trafik udara serta di darat.
Fenomena yang disifatkan terburuk dalam tempoh dua dekad oleh pakar-pakar metereologi menyebabkan ribut salji dan banjir yang melumpuhkan beberapa bandar utama dari Semenanjung Gaza sehingga ke Istabul termasuk Syria yang terjejas teruk akibat konflik yang berlaku hampir dua tahun lalu.
Penduduk Syria tersepit dalam perang saudara antara puak pemberontak dan tentera yang setia dengan Presiden Bashar al-Assad, terpaksa membakar buku-buku dan perabot untuk memanaskan badan disebabkan
kekurangan bahan bakar seperti minyak dan elektrik.
Situasi itu bertambah meruncing bagi ribuan pelarian yang kini berlindung di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan serta lebih sejuta penduduknya yang terperangkap di negara itu.
Bagaimanapun, kejadian ribut salji disusuli banjir besar yang melanda tidak menghentikan pertempuran antara kedua-dua pihak. Kini lebih 60,000 nyawa terkorban.
Abu Othman, seorang aktivis puak penentang berkata, serangan darat masih berterusan biarpun cuaca buruk menyebabkan tentera Assad terpaksa menghentikan serangan udara buat sementara waktu.
"Keadaan semakin buruk sejak ribut melanda. Semua orang kesejukan, tiada apa yang boleh digunakan untuk memanaskan badan kami.
"Kekurangan bekalan makanan juga berlaku kerana hujan dan salji menyebabkan keadaan jalan raya sangat berbahaya," katanya sambil memberitahu suhu di Damsyik kini mencecah negatif enam darjah Celcius.
Di utara Syria, ribuan pelarian kini berlindung di dalam gua, kata Fadi Yasin, aktivis dari wilayah Idlib, kawasan tercetusnya protes aman sebelum bertukar kepada penentangan bersenjata.
Sebahagian daripada ribuan penduduk yang kehilangan rumah ekoran pertempuran itu telah berpindah ke Bandar Mati Syria iaitu kawasan penempatan lama era Byzantine, katanya.
Misi bantuan
"Mereka terpaksa menggunakan plastik dan surat khabar untuk menutup bahagian tingkap bangunan berkenaan serta tinggal di dalamnya biarpun menyedari ia sangat berbahaya terutama dalam keadaan ribut seperti sekarang ini.
"Ramai yang tidak mempunyai apa-apa untuk memanaskan badan, hanya segelintir yang bernasib baik," katanya.
Seorang aktivis dari Republik Chech, Michal Przedalcki daripada pertubuhan People In Need yang menjalankan misi bantuan di utara Syria, menjangkakan ramai pelarian tidak mampu bertahan dalam situasi berkenaan.



"Kekurangan makanan sejak beberapa bulan lalu mendedahkan mereka terhadap penyakit, lebih-lebih lagi dalam cuaca sejuk yang ekstrem."
Di Lembah Bekaa, kem sementara yang menempatkan lebih 400 pelarian di Lebanon musnah selepas banjir dan ribut yang melanda kawasan itu.
"Ribut dan hujan sebelum ini menyebabkan banyak khemah rosak, kini salji tebal mula melanda Bekaa menyebabkan penduduk dan pelarian di sini sangat memerlukan bantuan," kata pegawai perhubungan luar Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) Cecile Fradot.
Penempatan baharu
Menurut Fradot, agensi bantuan itu kini giat memindahkan pelarian ke penempatan baharu. "Kami akan memindahkan setiap keluarga yang terjejas selepas khemah mereka dilanda banjir di utara. Situasi semakin buruk, ia merupakan permulaan musim sejuk di rantau ini," katanya.
Keadaan sama turut berlaku di kem Zaatari di Jordan, yang menempatkan lebih 30,000 pelarian Syria apabila mereka terpaksa menjadikan bangunan sekolah karavan pasang siap sebagai penempatan sementara.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan terdapat lebih 600,000 pelarian memerlukan bantuan termasuk makanan, selimut dan pakaian.
Sekurang-kurangnya sebanyak AS$1.5 bilion dolar (RM4.5 bilion) diperlukan dalam tempoh enam bulan lagi bagi tujuan itu, menurut PBB.
Ribut salji turut menjejaskan seluruh Asia Barat. Beberapa bandar seperti Baitulmuqaddis, Ramallah, Amman dan Damsyik kini diselaputi salji tebal.
Ekoran itu, kebanyakan negara kini telah menghentikan sistem pengangkutan awam dan menutup sekolah-sekolah. Banyak perniagaan terpaksa ditutup kerana pekerja tidak boleh keluar bekerja.
"Kawasan pusat bandar kini kelihatan seperti hamparan permaidani putih," kata jurucakap bagi pihak berkuasa Baitulmuqaddis, Elisha Peleg kepada Jurusalem Post.
"Golongan warga emas di sini juga tidak mampu mengingati bila kali terakhir mereka berdepan dengan ribut salji," jelasnya.
Lebuh raya utama di Israel di luar Baitulmuqaddis telah ditutup, begitu juga kebanyakan laluan ke arah utara negara itu dan Bukit Golan.
Pihak berkuasa Palestin di Ramallah, Tebing Barat turut mengumumkan situasi darurat di seluruh negara.
Di Semenanjung Gaza, beberapa terowong yang menghubungkan wilayah itu dan Mesir ditutup akibat banjir.
Ketua pasukan bantuan di bandar Nablus, utara Tebing Barat, Ghassan Hamdan berkata, penduduk di wilayah itu bakal terjejas disebabkan kekurangan infrastruktur.
"Mereka tidak mampu berhadapan dengan cuaca ekstrem seperti ini. Banjir dan ribut menyebabkan banyak kemusnahan," katanya.
Dianggarkan sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh akibat fenomena itu sehingga kini.
Di Lebanon, Pertubuhan Palang Merah melaporkan enam orang terbunuh akibat kemalangan jalan raya manakala beberapa orang lagi dipercayai lemas dihanyutkan banjir. Seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan maut di Taalabaya, wilayah Bekaa, selepas kenderaanya terperangkap di dalam salji tebal. Sementara itu, di Ramallah pihak berkuasa Palestin melaporkan dua wanita mati lemas dihanyutkan arus deras. Mangsa dikenali sebagai Samah Kanan, 36, dan Hana Al Sarawi, 24, berasal dari Nablus.
Timbalan gabenor Ramallah, Annan Atirah berkata, air yang melimpah di atas jalan raya menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan sebelum dihanyutkan air ketika cuba menyelamatkan diri. Seorang lagi mangsa, yang juga pemandu kenderaan berjaya diselamatkan, namun keadaannya kritikal. Di Mesir pula, usaha sedang dilakukan untuk mencari 10 nelayan yang dilaporkan hilang di Marsa Matruh selepas bot mereka dibadai ribut.





Agensi berita negara itu, Mena melaporkan jarak penglihatan yang terhad, angin kencang dan hujan lebat menyebabkan pihak berkuasa menutup beberapa pelabuhan termasuk di Alexandria dan Dakhila di mana ia turut menjejaskan operasi di Terusan Suez.
Sementara itu, di Turki, syarikat penerbangan Turki Arlines turut membatalkan ratusan penerbangan.
Banyak sekolah ditutup khususnya di bahagian utara negara itu termasuk Istanbul, selepas sebuah bas tergelincir di atas jalan raya licin yang mencederakan 30 penumpang.
Biarpun ia mengundang pelbagai bencana di sesetengah kawasan di Asia Barat, namun ada juga penduduk yang menganggap ribut salji sebagai satu peristiwa yang jarang berlaku dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk bermain bola salji dan membina orang salji.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2IIVwXPYs 
Hakcipta terpelihara