Pages

Thursday, January 17, 2013

Wanita ditanduk badak selepas bergambar




BEYER (kanan) dan suaminya bergambar di depan dua ekor badak sumbu di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat Johannesburg baru-baru ini.


JOHANNESBURG - Seorang wanita, Chantal Beyer ditanduk seekor badak sumbu selepas dia bergambar dengan suaminya, Sven Fouche di depan dua ekor haiwan itu baru-baru ini di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat sini.
Sebelum gambar itu dirakamkan, seorang pemandu pelancong mengarahkan mereka berdiri di depan haiwan berkenaan.
Beyer yang berusia 24 tahun ditanduk dari arah belakang menyebabkan tulang rusuk dan parunya patah.
Dia kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2IB4oiNZS 
Hakcipta terpelihara 

87 orang maut di universiti Syria



BEBERAPA kakitangan keselamatan dan orang awam meninjau kemusnahan di universiti itu kelmarin.



ALEPPO - Angka kematian akibat dua letupan kuat yang memusnahkan kampus sebuah universiti di sini meningkat kepada 87 orang, kata sebuah kumpulan pemerhati semalam sekali gus menjadikan serangan tersebut antara paling berdarah dalam konflik 22 bulan di Syria.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan letupan itu ketika para pelajar menduduki peperiksaan kelmarin dengan pemerintah dan pihak penentang kini saling menuding jari.
"Jumlah mangsa dalam letupan berkembar kelmarin meningkat kepada 87 orang," kata kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia.
"Angka kematian juga dijangka meningkat kepada 100 orang berikutan proses mengenal pasti cebisan badan manusia yang berkecai masih dilakukan," tambahnya.
Menurut kumpulan tersebut, sekitar 150 orang cedera dalam serangan itu dengan sebahagian mereka kini kritikal.
Universiti berkenaan terletak di kawasan yang dikuasai tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad di sini, utara Syria.
Lokasi tersebut menjadi medan pertempuran sengit melibatkan kedua-dua belah pihak sejak musim panas tahun lalu apabila tentera Bashar melancarkan serangan besar-besaran untuk mengekang kemaraan pihak penentang.
Aktivis-aktivis penentang memberitahu, beberapa jet pejuang pemerintah membedil kampus tersebut tetapi seorang pegawai tentera berkata, letupan berkembar itu berpunca daripada peluru-peluru berpandu penentang yang tersasar daripada sasaran.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan, lebih 60,000 orang dengan kebanyakan mereka orang awam terbunuh dalam konflik di Syria setakat ini.
Konflik di Syria berlaku sejak Mac 2011 selepas para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bertempur dengan tentera Bashar bagi menuntut beliau meletakkan jawatan.
Bashar dituduh penduduk gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi dan kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2IB4e1vg0 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, January 16, 2013

MEMELUK ISLAM Kerana Mengkaji Wudhu... SUBHANALLAH...

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. 


Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh. Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka. 

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki. 

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’). 

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu. 

Cara Wuduk Rasulullah S.A.W
Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”



Huraian
Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.
Wallahu’alam….sumber

Wanita gergasi meninggal dunia

5

Lansing (Michigan): Seorang wanita yang mengalami penyakit ganjil yang menyebabkan dia membesar luar biasa, meninggal dunia pada usia 34 tahun, lapor media semalam.

Tanya Angus, dari Las Vegas, menghabiskan masa sejak 12 tahun lalu untuk mencari penawar kepada masalah badannya yang tidak berhenti membesar.


Ketika berusia 21 tahun, Tanya cuma setinggi 1.76 meter dan beratnya 59 kilogram. Dalam keadaan begitu, Tanya mampu menunggang kuda, belajar menari dan memiliki teman lelaki.

Namun, kewujudan tumor di sekeliling kelenjar pituitari di otak wanita itu menyebabkan hormon tumbesarannya terus dihasilkan secara besar-besaran.



Kes Tanya dianggap paling ekstrem berlaku setakat ini apabila tubuhnya membesar sehingga 2.1 meter dan seberat lebih 181 kilogram. Dia dipecat daripada tugasnya sebagai penyelia di pasar raya Walmart di Michigan apabila masalah badannya menjadi semakin serius. Tanya juga ditinggalkan kekasih apabila dia disalah anggap sebagai lelaki oleh keluarga teman lelakinya. Namun, Tanya tidak pernah berputus asa mencari penawar. Ogos tahun lalu, doktor mendapati hormon tumbesarannya mula menurun menjadi normal untuk kali pertama. Dia juga pernah menjalani tiga pembedahan untuk membuang tumor berkenaan, tetapi gagal kerana badannya masih kekal membsar. - DM

349 askar AS bunuh diri



Washington: Jumlah kematian akibat bunuh diri di kalangan tentera Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod baru tahun lalu dengan 349 anggota bertindak demikian.

Jumlah itu adalah lebih tinggi daripada angka kematian akibat pertempuran di Afghanistan pada 2012 yang menyaksikan 310 askar AS maut, menurut kiraan oleh badan bebas, icasualties.org.


Bilangan kes bunuh diri di kalangan anggota tentera itu meningkat berbanding 301 orang yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Laporan kematian bintang Hollywood dibuka semula

Laporan kematian bintang Hollywood dibuka semulaWagner dipanggil untuk siasatan.
LOS ANGELES - Laporan kematian bintang Hollywood, Natalie Wood dibuka semula bagi mencari punca sebenar kematian beliau pada tahun 1981.

Jurucakap Koroner Los Angeles berkata, kes itu pernah dibuka pada 2011 selepas timbul persoalan baru.

“Kami memanggil suaminya, Robert Wagner dan pelakon yang berada di lokasi kejadian pada malam peristiwa itu.

Aktres  filem The West Side Story dan Rebel Without A Cause itu dilaporkan lemas di Pulau Catalina, California selepas makan malam bersama suaminya dan pelakon Christopher Walken.

Kematian beliau bagaimanapun menimbulkan misteri kerana ia disifatkan sebagai kemalangan mengejut. - AFP

Syria disiasat lakukan jenayah perang

Syria disiasat lakukan jenayah perangAngka korban kanak-kanak terus meningkat di Syria.
DAMSYIK – Sekurang-kurangnya 26 kanak-kanak terbunuh sepanjang konflik perang di Syria  sejak Mac 2011.

Angka kematian itu sekali gus membolehkan pihak antarabangsa menjalankan siasatan jenayah perang terhadap rejim Presiden Bashar Al-Assad di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, antaranya lapan kanak-kanak termasuk lima wanita terbunuh dalam serangan udara di bandar Moadamiyat al-Sham, barat daya Damsyik, kelmarin.

Menurutnya, semua kanak-kanak itu adalah dari keluarga yang sama berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun.

“Serangan itu amat dahsyat kerana ia dilakukan melalui udara. Semua kemudahan kesihatan di bandar itu turut musnah,” katanya.

Beliau berkata, amat mustahil bagi kakitangan perubatan memberikan rawatan dengan cepat kerana kemudahan terhad dan mangsa korban terlalu ramai.

Presiden Syria itu dikatakan memperluaskan penggunaan bom berangkai yang diharamkan.

Pemerhati beribu pejabat di Britain itu melaporkan, lebih daripada 3,500 kanak-kanak terbunuh, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencatatkan 60,000 orang terkorban sejak konflik berlanjutan selama 22 bulan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia mengeluarkan laporan kematian kanak-kanak itu ketika tuduhan dibuat ke atas Presiden negara tersebut.

Sebanyak 15 anggota termasuk Eropah, Libya dan Tunisia menggesa Majlis Keselamatan mengecam tindakan Presiden itu tanpa kompromi. - AFP

Iraq bebas 300 tahanan pengganas



BAGHDAD - Lebih 300 tahanan yang dipenjara di bawah undang-undang anti keganasan dibebaskan oleh kerajaan Iraq susulan penunjuk perasaan puak Sunni melancarkan bantahan terhadap Perdana Menteri, Nuri Al-Maliki.

Menurut pegawai, seramai 335 tahanan dibebaskan selepas jawatankuasa semakan kes mendapati tempoh pemenjaraan mereka telah tamat atau kes ditutup kerana kekurangan bukti.

"Saya selaku jawatankuasa akan menyemak semua kes dan mempercepatkan pembebasan tahanan dengan sempurna," kata Timbalan Perdana Menteri, Hussein Al-Shahristani di pekarangan penjara sejurus tahanan dibebaskan. - Al-Jazeera

Krisis Kashmir: Seorang tentera Pakistan maut



ISLAMABAD 16 Jan. - Tentera Pakistan hari ini mendakwa serangan ‘bukan provokasi’ tentera India telah mengorbankan seorang anggotanya di sekitar sempadan Kashmir, meningkatkan lagi ketegangan kedua-dua negara berhubung krisis pertikaian wilayah di situ.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini, tentera Pakistan berkata, anggotanya maut berdekatan Garisan Kawalan (LoC), sempadan tentera sebenar yang memisahkan wilayah Kashmir.
Serangan terbaharu itu berlaku malam tadi dan merupakan kematian keempat yang dilaporkan sepanjang bulan ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130116/lu_12/Krisis-Kashmir-Seorang-tentera-Pakistan-maut#ixzz2I9RAvlB2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bantahan anti kerajaan Pakistan



Bantahan anti kerajaan Pakistan
Kumpulan wanita Pakistan ini adalah sebahagian daripada ribuan penyokong anti-kerajaan yang bermalam di jalan raya sejak dua hari lalu.
ISLAMABAD - Ribuan penyokong anti kerajaan menyertai perhimpunan di sepanjang jalan utama bandar Pakistan, walaupun kumpulan itu dihalang pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka, semalam.

Bantahan digelar sebagai Tahir-ul-Qadri sempena nama ulama yang memperjuangkan kepentingan nasional sejurus pulang dari Kanada, sekali gus mencetuskan kebencian di kalangan rakyat terhadap kerajaan, tahun lalu.

Sementara itu, kumpulan pengkritik menyuarakan kebimbangan mengenai tuntutan pembentukan semua pilihan raya berdemokrasi oleh Qadri yang dianggap bakal tersasar.

Semasa protes, Qadri turut menyampaikan ucapan dengan menggesa pembubaran kerajaan dan meminta pengikutnya terus berada di atas jalan raya sehingga semua permintaan mereka ditunaikan.  - AP

Iraq bebas 300 tahanan pengganas



BAGHDAD - Lebih 300 tahanan yang dipenjara di bawah undang-undang anti keganasan dibebaskan oleh kerajaan Iraq susulan penunjuk perasaan puak Sunni melancarkan bantahan terhadap Perdana Menteri, Nuri Al-Maliki.

Menurut pegawai, seramai 335 tahanan dibebaskan selepas jawatankuasa semakan kes mendapati tempoh pemenjaraan mereka telah tamat atau kes ditutup kerana kekurangan bukti.

"Saya selaku jawatankuasa akan menyemak semua kes dan mempercepatkan pembebasan tahanan dengan sempurna," kata Timbalan Perdana Menteri, Hussein Al-Shahristani di pekarangan penjara sejurus tahanan dibebaskan. - Al-Jazeera

Kubu etnik Kachin diserang

Kubu etnik Kachin diserangPetugas paramedik mengeluarkan mangsa cedera bagi mendapatkan rawatan di hospital.
YANGON - Kumpulan ketenteraan Myanmar dilapor membedil kawasan kubu etnik Kachin di tengah bandar Laiza, menyebabkan tiga penduduk tempatan terbunuh serta mencederakan enam yang lain, kelmarin.

Jurucakap Tentera Pembebasan Kachin (KIA), James Lum Dau berkata, tiga bom disarsarkan ke kawasan sempadan utara berdekatan China yang menempatkan ibu pejabat KIA.

Rakaman video agensi Al-Jazeera menunjukkan, orang awam berlari untuk mencari tempat dan mangsa termasuk kanak-kanak yang masih berada di bangunan sasaran maut sejurus terkena letupan bom.

Serangan dipercayai tercetus sejurus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat mengutuk tindakan tentera Myanmar yang melancarkan serangan udara sejak Disember lalu.

Sementara itu, jurucakap presiden Myanmar, Ye Htut berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai serangan itu dan yakin tenteranya tidak akan menyasarkan serangan terhadap penduduk awam. -  Al-Jazeera

Perancis tingkat serangan di Mali



 
Foto
Askar Perancis meninggalkan pangkalan tentera Mali di Bamako untuk melancarkan serangan ke atas pemisah, semalam. - Foto REUTERS]

Foto
Kumpulan Islam mengadakan tunjuk perasaan mendesak tentera Perancis meninggalkan Mali, di hadapan kedutaan Perancis di Ankara semalam. - Foto AFP]

Rancangan hantar tentera Afrika makin hampir untuk usir al-Qaeda

Bamako: Perancis meningkatkan serangan udara terhadap pemisah Islam di Mali ketika rancangan menghantar tentera Afrika semakin hampir, disebalik kebimbangan penangguhan boleh membahayakan lagi misi untuk mengusir al-Qaeda dan sekutunya.
Perancis menghantar tentera ke Mali dan melancarkan serangan udara sejak Jumaat di kawasan padang pasir yang dirampas puak Islam tahun lalu.
Kami akan teruskan penghantaran tentera darat dan udara," Francois Hollande, Presiden Perancis

Puak Islam menggabungkan Sayap Afrika Utara al Qaeda (AQIM) dengan kumpulan pemisah Mali, Pergerakan Untuk Perpaduan dan Jihad di Afrik Barat (MUJWA) dan Ansar Dine.

Ketua pertahanan Afrika Utara bertemu di Bamako semalam, untuk meluluskan rancangan mempercepatkan penghantaran 3,300 tentera serantau untuk memantau dalam rancangan campur tangan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diketuai Afrika.

Hantar 2,500 tentera

Bercakap dari pangkalan tentera Perancis di Abu Dhabi, Presiden Francois Hollande berkata tentera Perancis di Mali menjalankan serangan tengah malam yang mengenai sasaran mereka.
“Kami akan teruskan penghantaran tentera darat dan udara. Kita mempunyai 750 askar yang dihantar pada masa sekarang dan akan terus ditingkatkan secepat mungkin untuk membolehkan kita menyerahkan tugas kepada Afrika,” kata Hollande.

Perancis merancang untuk menghantar sejumlah 2,500 tentera di bekas jajahan mereka bagi menguatkan tentera Mali dan kerja campur tangan oleh Kesatuan Ekonomi Afrika Barat (ECOWAS) membabitkan kumpulan negeri Afrika Barat.

Menteri Luar, Laurent Fabius mengiringi Hollande dalam lawatan bertujuan untuk menguatkan lagi hubungan dagangan dan mempercepatkan penjualan 60 jet pejuang Perancis Rafale, berkata beliau yakin negara Teluk Arab juga membantu dalam kempen Mali. - REUTERS

Songhao tunjuk kebolehan tahan sejuk




ORANG ramai menyaksikan Songhao berdiri di dalam timbunan salji.


YANJI, China - Seorang lelaki, Jin Songhao duduk di dalam timbunan salji paras pinggang di sini pada Sabtu lalu.
Songhao, 55, menunjukkan kebolehannya itu tanpa memakai baju di depan orang ramai.
Lelaki itu juga berdiri di dalam timbunan salji.
Dia sebelum ini mencipta rekod Guinness World Records apabila duduk di dalam sebuah bekas yang mengandungi ais selama dua jam pada 7 Januari 2011. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2I5MFUCnk 
Hakcipta terpelihara 

Aktivis haiwan selamatkan lebih 1,000 ekor kucing




BEBERAPA aktivis haiwan mengangkat kurungan kayu yang mengandungi kucing di sebatang jalan raya di Changsa kelmarin.


CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin.
Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan.
Kira-kira 50 aktivis haiwan dan sukarelawan kemudian bertindak menyelamatkan kucing tersebut daripada disembelih untuk dijadikan makanan.
Kucing-kucing itu kelihatan lapar semasa para aktivis tersebut melihat haiwan berkenaan.
Para aktivis itu kemudian menghantar kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan untuk dirawat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2I5M0s588 
Hakcipta terpelihara 

Subhanallahu ...Salji di Saudi



Sesuatu yang janggal berlaku Rabu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menurunkan berita bahwa -Tabuk- salah satu lokasi perang yang berlaku di zaman Rasulullah diguyur salju yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam badai yang sangat dahsyat.

Pada hari Minggu, tanggal 13 January 2013 yang lalu, di Arab Saudi yang merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas dimana matahari bersinar sepanjang hari, telah terjadi suatu fenomena alam yang langka, yaitu dengan turunnya salju dengan lebatnya. Tepatnya di darah Tabuk 1500 km dari Riyad (Ibukota Arab Saudi) dengan ketebalan salju mencapai 20 cm, dan di Yordania suhu mencapi titik beku (0 derajat celcius).Subhanallahu

Allah Subhanahuwata'ala telah memberitahukan tanda-tandanya kepada Rasulullah Shalallahu'alaihi wasallam, antara lain sebagaimana diterangkan dalam salah satu Hadist: “Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai” (HR. Muslim)

by: lagkah menuju kebahagiaan
 

Tuesday, January 15, 2013

Mali: Jerman berhasrat tolong Perancis



BERLIN 14 Jan. - Kerajaan Jerman semalam menyatakan hasrat untuk membantu Perancis dalam operasi di Mali serta menyediakan beberapa keperluan.
“Sokongan itu boleh diteruskan menerusi bantuan logistik, perubatan dan juga bantuan kemanusiaan,’’ kata jurucakap Menteri Luar, Andreas Peschke.
Katanya, bagi kerajaan persekutuan, pihaknya tidak akan meninggalkan Perancis bersendirian dalam keadaan yang kritikal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130115/lu_08/Mali-Jerman-berhasrat-tolong-Perancis#ixzz2I3WVA8nO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thailand janji hantar pulang etnik Rohingya



BANGKOK 15 Jan. - Polis Thailand menahan dan berjanji untuk mengusir lebih daripada 150 pendatang etnik Islam Rohingya yang bersembunyi di sebuah kem di selatan negara ini.
Menurut polis tempatan, kolonel Krisakorn Pleetanyawong, kesemua mereka yang terdiri daripada 71 lelaki dan 85 wanita itu ditemui di sebuah ladang getah di wilayah Songkhla.
“Kesemua mereka akan dibicarakan sebagai pendatang tanpa izin dan akan dihantar pulang,’’ katany


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130115/lu_09/Thailand-janji-hantar-pulang-etnik-Rohingya#ixzz2I3WPk0gn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Palestin kecam pemimpin Israel kempen di masjid



HEBRON 15 Jan. - Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengecam tindakan pemimpin parti nasionalis Israel, Avigdor Lieberman yang mengadakan lawatan ke sebuah masjid di Tebing Barat, semalam sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum rejim Zionis itu pada minggu depan.
Jurucakap PA, Nour Odeh berkata, lawatan Lieberman yang merupakan pemimpin Parti Yisrael Beitenu itu merupakan satu tindakan provokatif dan tidak boleh diterima oleh penduduk Palestin.
“Lawatan ke masjid oleh mana-mana pemimpin politik Israel itu memang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dilakukan oleh Lieberman yang pernah menyuarakan penentangannya terhadap rakyat Palestin dan menyokong penempatan haram Yahudi," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130115/lu_13/Palestin-kecam-pemimpin-Israel-kempen-di-masjid#ixzz2I3WKKUEz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera darat Perancis mula bergerak ke Mali



BAMAKO 15 Jan. - Tentera Perancis mula menggerakkan pasukan darat ke Mali selepas menggempur kedudukan kubu-kubu kuat kumpulan pemberontak yang diketuai militan al-Qaeda di utara negara ini semalam.
Menurut Kementerian Pertahanan Perancis, kira-kira 650 askar negara itu telah tiba di Mali untuk menyerang kumpulan-kumpulan pemberontak yang berundur dari kubu kuat mereka di Timbuktu, Douentza dan beberapa pekan lain.
Menurut saksi, sekurang-kurangnya 30 kereta kebal Perancis dan sejumlah lori tentera dilihat menyeberangi Ivory Coast menuju Mali, diiringi sebuah helikopter penggempur semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130115/lu_14/Tentera-darat-Perancis-mula-bergerak-ke-Mali#ixzz2I3WEN6l9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perang di Syria: 60,000 penduduk terkorban



DAMSYIK 14 Jan. - Sekurang-kurang 13 orang wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan udara oleh pemberontak di bandar ini, semalam.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, beberapa buah rumah di bandar Moadamiyat al-Sham barat daya Damsyik musnah akibat serangan tersebut dan menyebabkan lapan kanak-kanak serta lima wanita terbunuh.
Badan pemerhati berkata, lebih daripada 3,500 kanak-kanak menjadi mangsa keadaan sepanjang 22 bulan konflik melanda di Syria.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula memberitahu jumlah keseluruhan yang terkorban adalah melebihi 60,000. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130115/lu_10/Perang-di-Syria-60000-penduduk-terkorban#ixzz2I3VVlmqq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pesawat AS masuki ruang udara Somalia



Pesawat AS masuki ruang udara Somalia
Tentera AS didakwa tidak akan terbabit dalam pertempuran di Somalia.
WASHINGTON - Pesawat pejuang Amerika Syarikat (AS) didakwa memasuki ruang udara Somalia dalam menyokong usaha Komando Perancis untuk membebaskan ejen tebusan warga itu yang ditawan kumpulan militan Al Shabab di Somalia.

Presiden Obama berkata, AS hanya memberikan sokongan teknikal terhadap kepada tentera Perancis.

“Pesawat pejuang tidak melakukan serangan dan tidak terlibat dalam operasi ini,” katanya ketika mesyuarat Kongres, kelmarin.

Menurutnya, tujuan pesawat itu memasuki ruang udara Somalia adalah sebagai memenuhi keperluan di bawah Resolusi Kuasa Perang.

Terdahulu, misi gempur ke bandar Bulomarer, Somalia itu dilancarkan serentak dengan serangan udara tentera Perancis ke kubu kuat pemberontak di Konna, Mali.

Media melaporkan, Perancis dikatakan mempunyai misi di Afrika iaitu membantu kerajaan Mali menangani pengganas dan membebaskan seorang tebusan.

Pergerakan Al-Shabbab didakwa menahan Denis Allex sejak tiga tahun lalu yang dikatakan masih hidup dan kini berada dalam tahanan.

Lima helikopter penggempur tentera Perancis terbabit dalam misi itu.

Allex diculik di Somalia pada 14 Julai 2009 dan kali terakhir rakaman videonya dipaparkan adalah pada Oktober lalu merayu Presiden Perancis membebaskannya. - AP

Militan Islam tawan Diabaly



Tentera Perancis bersiap sesia menaiki pesawat di N'Djamena, Chad pada 12 Januari lalu menuju ke Mali. - REUTERS
BAMAKO, Mali 14 Jan. - Kumpulan militan Islam berjaya menawan pekan Diabaly di tengah Mali, hari ini walaupun dihujani dengan pengeboman oleh pesawat-pesawat pejuang Perancis.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian, sambil berkata, ''Pemberontak diketuai al-Qaeda menawan Diabaly selepas berlaku pertempuran sengit dengan tentera kerajaan Mali.''
Katanya, kumpulan militan Islam turut berjaya menawan beberapa wilayah di Mali dan sedang menuju menghampiri ibu kota Bamako.
Tentera Mali gagal bertahan dan banyak pekan telah jatuh ke tangan pemberontak sejak pemberontakan berlaku di negara barat laut Afrika ini.
Pasukan tentera Perancis yang mula menyertai perang di Mali pada Jumaat lalu memperluaskan serangan udara ke atas militan Islam yang menguasai wilayah utara Mali, termasuk serangan udara pertama di tengah Mali.
Seorang komander Mali dekat bandar Niono berkata, pengebomanan oleh pesawat pejuang Perancis tidak menghalang militan Islam mara dan menawan pekan Alatona, dan hari ini mereka berjaya sampai ke jalan utara-selatan yang menghubungkan pekan Diabaly ke Segou, pusat pentadbiran tengah Mali.
Dalam perkembangan lain, Le Drian berkata, seorang komander tentera Perancis yang hilang dalam operasi menyelamatkan tebusan warga Perancis di Somalia pada Jumaat lalu dilaporkan terbunuh.
Pertubuhan perubatan kemanusiaan antarabangsa Doctors Without Borders berkata, 12 orang cedera dalam konflik itu dan sedang dirawat oleh pasukan itu di sebuah hospital di Timbuktu, kira-kira tujuh jam dari zon konflik.
Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, Perancis menghantar 550 anggota tentera Perancis ke Mali, yang kini diumpamakan seperti 'Afghanistan Afrika'.
Perancis menggunakan jet pejuang Mirage yang berpangkalan di Chad, yang mampu membawa bom 250-kilogram.
Perancis juga menggunakan helikopter Gazelle dan jet Rafale yang berpangkalan di Perancis.
Britain turut menghantar beberapa pesawat pengangkut C-17 untuk membantu Perancis membawa lebih banyak anggota tentera.
Amerika Syarikat pula menghantar pesawat drone, serta bantuan sokongan komunikasi dan logistik.
Jerman turut menyatakan akan menghantar tentera untuk membantu Perancis dalam operasi di Mali. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130115/lu_01/Militan-Islam-tawan-Diabaly#ixzz2I3Ry4QUL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Syria guna bom berangkai



PENDUDUK Syria berkumpul di lokasi yang menjadi sasaran serangan jet pejuang tentera kerajaan Syria di utara bandar Aleppo, kelmarin. - REUTERS
BEIRUT 14 Jan. - Tentera Syria meningkatkan serangan ke atas kubu pemberontak dengan melancarkan roket membawa bom berangkai, walaupun penggunaan senjata itu dikutuk badan antarabangsa.
Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) hari ini berkata, sebelum ini Syria menggunakan bom yang sama dalam serangan udara, dan serangan itu kini diperhebatkan lagi melalui pelancaran roket dari darat.
"Syria kembali meningkatkan serangan menggunakan bom berangkai yang lebih berbahaya dan mengancam penduduk awam, walaupun tindakan itu dikutuk badan antarabangsa," kata pengarah HRW, Steve Goose dalam satu kenyataan.
Berdasarkan wawancara dengan saksi, menganalisis rakaman video yang dirakam oleh aktivis dan wartawan antarabangsa, Goose berkata, pihaknya menyimpulkan bahawa tentera Syria telah menggunakan senjata buatan Mesir itu sejak awal Disember lalu.
Menurutnya, bukti menunjukkan tentera Syria menggunakan pelancar roket pelbagai laras BM-21 Grad yang berupaya membawa senjata berangkai dalam serangan dekat bandar Idlib pada bulan lalu dan di Latamneh, barat laut Hamas pada 3 Januari lalu.
"Ini merupakan bukti pertama penggunaan bom berangkai yang dilancarkan dari darat oleh tentera Syria," katanya.
Dalam perkembangan terbaru, sekurang-kurangnya 20 terbunuh hari ini, selepas tentera Syria melancarkan serangan udara ke atas kubu pemberontak di barat daya ibu negara Syria, Damsyik.
Aktivis yang tidak mahu dikenali berkata, mangsa terkorban terdiri daripada dua buah keluarga, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Satu rakaman video aktivis tersebut menunjukkan mayat seorang budak lelaki yang dikeluarkan daripada runtuhan kediamannya, dengan badan diselimuti debu dan berlumuran darah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130115/lu_02/Tentera-Syria-guna-bom-berangkai#ixzz2I3RFvB00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

cantik

cantik

cantik

 

cantik

 

kita minum dulu

Peristiwa pahit wanita Syria



Peristiwa pahit wanita Syria
Bandar Syria kini bagaikan kawasan larangan yang mengundang ketakutan kepada wanita serta kanak-kanak.
Peristiwa pahit wanita Syria
Langkah mereka sentiasa diperhati kumpulan penyerang yang tidak bertanggungjawab.
Peristiwa pahit wanita Syria
Wanita Syria bukan sahaja berhadapan serangan berpeluru tetapi keganasan oleh lelaki bersenjata.
Peristiwa pahit wanita Syria
Mereka terpaksa merawat luka fizikal dan mental sendirian kerana kekurangan bantuan daripada kumpulan antarabangsa.
GOLONGAN wanita dan gadis Syria bukan sahaja perlu melindungi diri dari serangan berpeluru serta mortar, tetapi mereka juga terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa serangan seksual.

Sejak kebangkitan rakyat lebih 21 bulan lalu, golongan yang dilabelkan sebagai tidak berdaya ini, terpaksa melarikan diri ke negara jiran kerana tidak sanggup menjadi mangsa perang yang memusnahkan maruah diri.

Pengarah Lokasi Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC), Sanj Srikanthan melaporkan, sebahagian wanita dan gadis Syria mengaku telah diserang sekumpulan lelaki bersenjata di rumah termasuk diperkosa di hadapan khalayak ramai.

"Kebanyakan mangsa mengaku diperkosa lebih daripada seorang penyerang dan ia sering berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa.

"Semua pengakuan yang kami peroleh daripada wanita Syria betul-betul menakutkan. Ramai antara mereka melalui pengalaman diperkosa dan diseksa oleh lelaki bersenjata.

"Oleh kerana berstatus pelarian, mereka tidak mampu mendapatkan bantuan fizikal dan emosi," katanya.

Sewaktu menemu bual 240 wanita dan gadis Syria di Lubnan dan Jordan, petugas-petugas IRC diberitahu bahawa kesemua mangsa terlibat dengan jenayah penculikan, penderaan dan pembunuhan dalam sekatan jalan raya tertentu.

"Amat mustahil untuk kita mendapatkan jumlah sahih mangsa serangan seksual ini, tetapi ia jelas menunjukkan serangan yang memusnahkan maruah golongan wanita mahupun kanak-kanak Syria,  salah satu strategi peperangan," kata Srikanthan.

Keganasan seksual dilaporkan menjadi isi utama dalam setiap krisis kemanusiaan seperti yang pernah berlaku sewaktu peperangan Balkan dan konflik di Afrika termasuk Syria.

Pada Jun lalu, kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan melaporkan tentera kerajaan Syria dengan sewenang-wenangnya mengguna tindakan keganasan seksual terhadap golongan lelaki, wanita dan remaja yang ditahan sepanjang konflik kebangkitan rakyat sejak Mei 2011.

Tahun lalu, Program Inisiatif Mengelak Serangan Seksual diketengahkan Setiausaha Luar Britain, William Hague bagi menangani masalah yang berlaku di Syria.
Seramai 70 doktor, peguam, pakar forensik dan psikologi dihantar ke kawasan konflik.

"Beberapa pakar dari Britain dihantar dan akan menyalurkan latihan untuk mangsa bertindak terhadap serangan seksual, meningkatkan siasatan dan pendakwaan," kata Hague.

Tambah Hague, Britain akan menggunakan kuasa G8 mereka pada tahun ini bagi menolak beberapa protokol antarabangsa baru yang menyekat siasatan terhadap isu serangan seksual dalam negara bergolak.

Setakat ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah kematian sejak konflik Syria tercetus melebihi 60,000 orang. Lebih 2.5 juta orang daripada 22.5 juta rakyatnya melarikan diri dengan 612,000 orang didaftarkan sebagai pelarian di negara-negara jiran.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan, musim sejuk melampau sejak pada Jumaat lalu, termasuk hujan telah menyukarkan keadaan pelarian Syria yang berlindung kem Zaatari, Jordan.

Sementara itu, Program Makanan Sedunia PBB turut mengingatkan bahawa keadaan musim sejuk melampau termasuk kekurangan bahan bakar mengekang usaha penghantaran bekalan makanan kepada lebih 1 juta pelarian Syria yang kelaparan.

PBB pula mendedahkan, mengalami masalah kekurangan dana dan mengaku telah membuat rayuan meminta sebanyak AS$1.4 bilion (RM4.52 bilion) bagi enam bulan pertama tahun ini.

"Sebahagian penduduk Syria yang tidak melarikan diri berlindung di rumah-rumah keluarga dalam keadaan yang cukup sempit dan tiada kemudahan asas. Selainnya menghuni bangsal, kandang dan bilik bawah tanah yang terbiar," kata jurucakap IRC.

Lapor IRC, kemudahan pendidikan, perubatan dan sumber air di bandar musnah dibom sekali gus menambah tekanan terhadap pelarian.

"Keganasan antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak turut menyekat kemudahan perubatan awam kepada penduduk di mana hospital kerajaan terpaksa ditutup kerana ancaman bom," katanya.

IRC yang memperjuangkan hak kemanusiaan mangsa konflik Syria menegaskan, negara-negara penderma dana sepatutnya mengiktiraf keganasan seksual sebagai salah satu ciri konflik perang saudara negara.   -  TheGuardian

Tokyo lumpuh dilanda salji



 Salji tebal  sukarkan perjalanan  pemandu.
Salji tebal sukarkan perjalanan pemandu.
Tokyo: Ibu negara Jepun, Tokyo dan kawasan sekitarnya diselimuti salji tebal semalam selepas musim sejuk bermula.

Keadaan itu melumpuhkan lalu lintas selain turut menyebabkan penduduk yang terbabit dalam majlis menyambut usia dewasa, terkandas.
Orang ramai berjalan dengan berhati-hati di kawasan komersial mewah Ginza kerana keadaan licin akibat salji.
Salji mengecewakan saya kerana saya mengharapkan cuaca yang baik," Wanita Jepun

Polis dilihat membantu pemandu selepas kenderaan mereka terkandas di jalan raya bersalji tebal manakala pekerja sibuk membersihkan laluan di hadapan kedai mereka.

Batal penerbangan domestik

Syarikat penerbangan Jepun membatalkan lebih 460 penerbangan domestik terutama dari atau ke Tokyo di lapangan terbang Haneda apabila landasan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan pekerja mengalihkan salji, kata stesen televisyen NHK.

Operasi berpuluh-puluh kereta api yang berkhidmat di ibu negara juga terpaksa dibatalkan.
Lebuh raya juga ditutup di kebanyakan tempat di Tokyo dan kawasan sekitar berikutan salji setebal tujuh sentimeter turun di ibu negara, menurut laporan berita dan pegawai.

Cuaca teruk menjejaskan majlis ‘menyambut usia dewasa’ di seluruh negara Matahari Terbit itu, sambutan hari kebangsaan yang diraikan oleh mereka yang mencecah usia 20 tahun.

“Salji mengecewakan saya kerana saya mengharapkan cuaca yang baik,” kata seorang wanita berusia 20 tahun yang mengenakan pakaian tradisi kimono dan berlindung di bawah payung memberitahu TV Asahi pada satu majlis yang diadakan di daerah barat Oume.

Gadis lain yang turut mengenakan kimono berwarna warni berjalan di jalanan yang dipenuhi salji dalam upacara terbabit. - AFP

Karavan dalam hotel


pix_topright
Berlin: Jika dulu peminat aktiviti perkhemahan banyak bergantung kepada cuaca, pembukaan taman karavan tertutup pertama di dunia kini memberi lebih banyak kemudahan untuk sesiapa yang berminat.
Pengalaman dalam hotel unik itu boleh dirasai sendiri di Berlin, apabila pelbagai jenis karavan klasik serta pondok kayu ditawarkan untuk pelanggan, termasuk di kalangan mereka yang cerewet.

Dikenali sebagai Huttenpalast (Istana Pondok) menampilkan semua ciri klasik yang ada pada sesebuah karavan, termasuk kawasan bersantai di luar dan lampu gantung di ‘pokok’ yang membantu penyewa bergerak di kawasan sekitar perkhemahan. Huttenpalast lahir daripada idea Silke Lorenzen dan pereka hiasan dalaman, Sarah Vollmer, yang ingin membina sebuah hotel yang mengekalkan suasana serta pengalaman asal seperti tapak perkhemahan.
Ia terletak di bekas kilang pencuci hampa gas dan ditukar Silke dan Sarah sebagai ‘tapak perkhemahan’ menggunakan karavan serta kabin kayu.

Kata Silke, walaupun mahu mengekalkan ciri asal bangunan itu, mereka juga mencipta suasana yang mesra bagi membolehkan penghuninya saling bertemu. Pada asalnya, kata Silke, mereka memikirkan bilik dengan konsep “bilik di dalam bilik” dengan menyediakan kabin kayu kecil di ruang tamu.

“Tetapi kami juga mahukan ruang luas bagi membolehkan ia dijadikan tempat pelbagai aktiviti.
“Kami memikirkan memasang roda di bawah kabin, tetapi kemudian tersedar bahawa memang ada kabin yang beroda, iaitu karavan,” katanya. Tanpa membuang masa, kata Silke, mereka membeli tiga unit karavan.

Setiap kemudahan dalam karavan berkenaan ditanggalkan sebelum dihias semula dengan tema unik. Satu daripadanya kini bertukar menjadi seperti kepompong yang hiasan dalaman kayu.
Satu lagi karavan pula dihias dengan begitu cantik dan dilengkapi katil yang bersaiz besar. Seseorang yang ingin merasai pengalaman “perkhemahan bandar” itu dikenakan bayaran kira-kira RM250 satu malam. - Daily Mail

Lubang besar di sawah padi




LUBANG besar yang terbentuk di sawah padi di China pada Sabtu lepas.


BEIJING - Pihak berkuasa China menyiasat kejadian 20 lubang besar yang terbentuk di sebuah kawasan sawah padi di negara berkenaan.
Setakat ini lebih 20 lubang misteri itu terbentuk di daerah Fukou, dalam wilayah Hunan sejak empat bulan lalu.
Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati fenomena itu berpunca daripada industri perlombongan setempat yang menyebabkan sistem saliran bawah tanah di kawasan berkenaan musnah.
Keadaan itu membawa kepada tanah jerlus yang membentuk lubang-lubang besar tersebut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2HzUaLtlE 
Hakcipta terpelihara 

Lebih 100 juta dijangka sertai festival agama terbesar




BERPULUH-PULUH ribu penganut Hindu berkumpul di sebuah padang di tebing Sungai Ganga sempena festival Kumbh Mela semalam.


INDIA - Berjuta-juta penganut Hindu beramai-ramai berkumpul di Sungai Ganga semalam untuk memulakan festival agama terbesar di dunia.
Dikenali sebagai Kumbh Mela, upacara berkenaan yang diadakan di bandar Allahabad itu disertai oleh 100 juta penganut agama Hindu.
Mereka akan berkumpul selama 55 hari untuk menyertai upacara mandi di Sungai Ganga bertujuan membersihkan dosa dan mendapatkan keberkatan.
Menurut Pegawai Maklumat Negeri, Ashok Kumar, seramai enam juta orang telah tiba di Kumbh Mela setakat pukul 2 petang semalam dengan 10 juta lagi dijangka tiba pada hari yang sama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2HzUlrl6Q 
Hakcipta terpelihara 

18 wanita maut di Syria



SEORANG lelaki meraung kesedihan selepas ahli keluarganya terbunuh dalam satu serangan udara rejim Syria di Azaz, utara Aleppo, kelmarin.


DAMSYIK - Satu serangan udara di kawasan yang ditawan para penentang rejim Presiden Bashar Al-Assad berhampiran bandar ini semalam telah mengakibatkan 13 orang wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria.
Pemerhati sama berkata, serangan turut berlaku di bandar Moadamiyat Al-Sham, barat daya Damsyik yang membunuh sekurang-kurangnya lapan orang kanak-kanak dan lima wanita.
"Semua kanak-kanak yang terbunuh daripada keluarga yang sama dan berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun," kata pengarah badan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman.
Pemerhati yang beribu pejabat di Britain itu berkata, lebih daripada 3,500 kanak-kanak dilaporkan terbunuh sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011.
Penentangan terhadap pentadbiran Bashar sehingga kini telah mengorbankan lebih 43,000 nyawa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula melaporkan lebih 60,000 orang terkorban. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2HzUBXnLQ 
Hakcipta terpelihara 

Monday, January 14, 2013

Cacat, tapi dapat lesen dengan sekali ujian

Dave Watson yang kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan
kanannya berjaya mendapat lesen memandu dengan
 hanya sekali ujian. - AGENSI
LANCASHIRE 13 Jan. - Seorang bekas askar Britain yang kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan kanannya ketika berkhidmat di Afghanistan, berjaya mendapatkan lesen memandu dengan hanya sekali ujian sahaja.
Dave Watson, 26, kehilangan ketiga-tiga anggota badan berkenaan selepas terpijak bahan letupan yang diubah suai ketika sedang melakukan rondaan rutin di Afghanistan.
Namun, kecacatan yang dialaminya tidak menghalang Watson untuk mendapatkan lesen L selepas lulus dalam ujian pemanduan dan hanya melakukan tiga kesilapan kecil sahaja.
Lelaki yang berasal dari Walton-le-Dale, Lancashire, berkata, dia telah menjalani sebanyak 38 kali kelas pembelajaran memandu selama tiga bulan dengan menggunakan kereta Range Rover Sport miliknya yang telah diubah suai mengikut kemampuan fizikalnya.
“Dengan lesen yang saya perolehi ini, saya boleh pergi ke mana-mana yang saya suka, sekali gus menjadikan diri saya lebih bebas bergerak," katanya.
Kereta Watson yang diubah suai itu mempunyai kotak khas di bahagian pintu pemandu, membolehkan dia meletakkan tangan kanannya yang kudung tersebut.
Kotak berkenaan mempunyai fungsi brek dan pedal minyak yang boleh dikawal menggunakan tangan kanannya itu.
Satu tombol kecil juga dipasang pada stereng untuk memudahkan tangan kanannya memegang pengawal tayar itu, yang turut dilengkapi butang penunjuk arah, pengelap cermin dan lampu.
“Saya dapat mempelajari cara memandu dengan cepat walaupun fizikal saya tidak sempurna.
“Saya tidak akan hanya duduk diam dan membaca buku, sebaliknya saya akan berusaha untuk mempraktikkan apa yang saya pelajari," jelasnya.
Ekoran kejayaan Watson memperoleh lesen memandu berkenaan, dia kini merancang untuk belajar menunggang motosikal dan mengambil lesen motosikal pula. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130114/lu_05/Cacat-tapi-dapat-lesen-dengan-sekali-ujian#ixzz2HxkSxyUN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita tertua meninggal pada usia 115 tahun

Okubo
Okubo
TOKYO - Koto Okubo dari Jepun diisytiharkan sebagai wanita tertua di dunia meninggal dunia semalam, pada usia 115 tahun.

Agensi berita Kyodo melaporkan, Okubo meninggal di Rumah Kejururawatan Kawasaki, Timur Jepun kelmarin dan punca kematiannya tidak didedahkan.

Okubo dilahirkan pada 24 Disember, 1897, hanya dua bulan selepas wanita tertua di dunia Dina Manfredini di Amerika Syarikat meninggal juga pada usia yang sama.

Berita kematian itu turut disahkan oleh Datuk Bandar Tokyo dan beliau merasakan pemergian Okubo sebagai kehilangan besar buat negara.

“Beliau menghabiskan masa bersama anak perempuannya yang juga tinggal di rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ketika hayat mendiang, Okubo menjadi tarikan orang ramai untuk melawatnya selepas dinobatkan sebagai wanita tertua di dunia. -AFP

Kanak-kanak didakwa diculik 1994 tinggal bersama datuk

Michael LandersMichael Landers yang dikesan semula baru-baru ini. Foto kecil wajah Michael ketika dia hilang pada tahun 1994. - Foto ihsan
BROWERVILLE - Seorang ibu tunggal Indiana yang mendakwa anaknya diculik hampir 20 tahun lalu menemui semula anaknya baru-baru ini.

Bagaimanapun kanak-kanak itu 'dilarikan' oleh datuk dan nenek sebelah bapanya selepas ibu bapanya bercerai sehingga tidak disedari oleh mereka.

Ekoran dakwaan ia diculik, pihak berkuasa terpaksa mencari kanak-kanak berusia lima tahun itu yang dikenali sebagai Richard Wayne Landers Jr selama bertahun-tahun, tetapi kes itu senyap begitu saja.

Mereka akhirnya mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapanya di bandar kecil Minnesota, Browerville dan telah menukar namanya pada tahun 2006 kepada Michael Jeff Landers.

Lisa Harter dan bapa kanak-kanak itu, Richard Wayne Landers Sr mendakwa kehilangan anaknya pada tahun 1994.

Lisa dan Richard kemudian bercerai, dan datuk dan neneknya mendapat hak penjagaan anak mereka selepas memfailkan tuntutan penjagaan cucu mereka.

Selepas Lisa berpindah ke sebuah apartmen dan mendapat jagaan anaknya pada hujung minggu. Dia memfailkan petisyen untuk mendapatkan hak jagaan penuh apabila dia berkahwin.

Pegawai Richard Muntz kemudian memberitahu pihak media bahawa hakim memberi hak penjagaan sementara kepada ibunya sebelum anaknya dibawa lari oleh datuk dan neneknya sendiri.
Pegawai polis, Sherif Peter Mikkelson berkata, siasatan sedang dijalankan untuk kes itu yang bakal dikemukakan kepada pihak berkuasa persekutuan membabitkan kes penculikan.

Michael Landers pula seperti memahami keadaannya dan rela tinggal dengan datuk dan neneknya.

749 orang sertai cabaran buru ular sawa



SEEKOR ular sawa Burma dipamerkan sebelum cabaran menangkap haiwan itu bermula di Taman Negara Everglades Florida di selatan Florida pada Sabtu lalu. -AFP


MIAMI, Florida – Seramai 749 orang menyertai cabaran memburu ular sawa Burma selama sebulan yang bermula kelmarin di Taman Negara Everglades Florida, Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa hidupan liar negeri Florida menawarkan wang tunai sebanyak AS$1,000 (RM3,020) kepada para peserta yang berjaya membunuh ular sawa yang paling panjang.
Wang tunai sebanyak AS$1,500 (RM4,530) ditawarkan kepada peserta yang berjaya membawa ular yang paling banyak.
Ramai peserta itu menghadiri latihan tentang cara untuk mengendalikan haiwan tersebut yang diadakan pada waktu pagi di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Fort Lauderdale, Universiti Florida di Davie, dekat sini sebelum cabaran tersebut bermula.
Seorang peserta, Dan Keenan yang juga bertugas sebagai jurutera membawa pisau dan pistol sebagai persediaan untuk menangkap ular sawa Burma.
Ular itu boleh membesar sehingga enam meter panjang.
Pihak berkuasa hidupan liar tersebut berharap, bilangan ular sawa itu akan berkurangan bagi memulihara ekosistem di selatan Florida.
Beberapa saintis berkata, ular sawa itu hampir membunuh semua haiwan kecil seperti rakun di taman tersebut.
Lebih 1,800 ular gergasi telah ditangkap dan dibunuh di kawasan itu sejak tahun 2001 hingga 2011. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2HwInQEFW 
Hakcipta terpelihara