Pages

Tuesday, January 15, 2013

Tokyo lumpuh dilanda salji



 Salji tebal  sukarkan perjalanan  pemandu.
Salji tebal sukarkan perjalanan pemandu.
Tokyo: Ibu negara Jepun, Tokyo dan kawasan sekitarnya diselimuti salji tebal semalam selepas musim sejuk bermula.

Keadaan itu melumpuhkan lalu lintas selain turut menyebabkan penduduk yang terbabit dalam majlis menyambut usia dewasa, terkandas.
Orang ramai berjalan dengan berhati-hati di kawasan komersial mewah Ginza kerana keadaan licin akibat salji.
Salji mengecewakan saya kerana saya mengharapkan cuaca yang baik," Wanita Jepun

Polis dilihat membantu pemandu selepas kenderaan mereka terkandas di jalan raya bersalji tebal manakala pekerja sibuk membersihkan laluan di hadapan kedai mereka.

Batal penerbangan domestik

Syarikat penerbangan Jepun membatalkan lebih 460 penerbangan domestik terutama dari atau ke Tokyo di lapangan terbang Haneda apabila landasan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan pekerja mengalihkan salji, kata stesen televisyen NHK.

Operasi berpuluh-puluh kereta api yang berkhidmat di ibu negara juga terpaksa dibatalkan.
Lebuh raya juga ditutup di kebanyakan tempat di Tokyo dan kawasan sekitar berikutan salji setebal tujuh sentimeter turun di ibu negara, menurut laporan berita dan pegawai.

Cuaca teruk menjejaskan majlis ‘menyambut usia dewasa’ di seluruh negara Matahari Terbit itu, sambutan hari kebangsaan yang diraikan oleh mereka yang mencecah usia 20 tahun.

“Salji mengecewakan saya kerana saya mengharapkan cuaca yang baik,” kata seorang wanita berusia 20 tahun yang mengenakan pakaian tradisi kimono dan berlindung di bawah payung memberitahu TV Asahi pada satu majlis yang diadakan di daerah barat Oume.

Gadis lain yang turut mengenakan kimono berwarna warni berjalan di jalanan yang dipenuhi salji dalam upacara terbabit. - AFP

No comments: