Pages

Thursday, July 26, 2012

Ibn Battuta Pengembara Islam yang Gagah



Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد ابن بطوطة) (lahir 24 Februari 1304 - 1369) merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid.Beliau mempelajari mazhab Sunni Maliki di Afrika Utara.Pada Jun 1325,ketika beliau berumur 21 tahun, Ibn Battuta mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu beliau mengembara selama 24 tahun.
Perjalanannya ke Mekah adalah melalui jalan darat mengikuti pantai Afrika Utara menyeberangi Kesultanan Abd al-Wadid dan Hafsid. Beliau melewati Tlemcen, Bejaia dan kemudian ke Tunisia di mana beliau tinggal selama dua bulan. Beliau biasanya memilih untuk bergabung dengan sebuah karavan untuk mengurangkan risiko daripada diserang. Di bandar Sfax, beliau berkahwin untuk pertama kalinya.

Pada awal 1326, selepas perjalanan lebih dari 3.500 km , Ibn Battuta tiba di Pelabuhan Iskandariah semasa pemerintahan kerajaan Mamluk Bahri. Kemudian mengembara ke pedalaman Kaherah , sebuah bandar penting ketika itu.Beliau tinggal di situ selama sebulan. Beliau berpusing-pusing ke Mekah,ke Lembah Nil,ke Laut Merah serta ke Pelabuhan Aydhab.Kemudian beliau berhadapan dengan pemberontakan tempatan.
Beliau kembali ke Kaherah. Seterusnya beliau menuju ke Damsyik yang dikuasai oleh Mamluk. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki alim yang mencadangkan beliau pergi ke Makkah melalui Syria. Perjalanannya melalui Hebron, Baitulmuqaddis dan Betlehem .
Ketika di bulan Ramadhan beliau berada di Damsyik bersama-sama dengan sebuah kafilah dan telah berada sejauh 1500 km dari Damsyik ke Madinah iaitu lokasi makam Nabi Islam Muhammad. Setelah 4 hari berada di bandar, beliau meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Beliau mengerjakan haji di Mekah dan mendapat gelaran Haji. Seterusnya beliau menuju ke Ilkhanate yang terletak di antara Iraq dan Iran.
[sunting]Iraq dan Parsi

Pada 17 November 1326, dia bersama kafilah besar , dari Semenanjung Arab menuju ke Iraq. Mulanya menuju ke utara Madinah. Pada malam hari, menuju ke timur laut di Dataran Nejd / Najaf selama 44 hari perjalanan. Di Najaf dia mengunjungi makam Ali bin Abi Talib iaitu Khulafa Rasyidin ke-4. Tempat ini sangat dihormati oleh penganut mazhab Syiah.
Terus ke Baghdad dengan kafilah. Ibn Battuta menuju ke Parsi. Dari Najaf dia menuju ke Sungai Tigris dan ke Basra. Seterusnya sampai di Kota Isfahan di Banjaran Zagros di Parsi. Dia menuju selatan ke Syiraz, sebuah bandar berkembang dan terhindar dari serangan Mongol di utara. Akhirnya, dia kembali melintasi pergunungan dan tiba di Baghdad pada bulan Jun 1327. Bandar itu rosak teruk akibat serangan tentera Hulagu Khan.
Di Baghdad beliau mendapati bahawa Abu Sa'id bersatu dengan Ilkhanid. Ibn Battuta mengembara lagi ke Tabriz dan menuju ke Jalur Sutra.
Dia kembali lagi ke Baghdad pada bulan Julai. Dia menyusur Sungai Tigris dan tiba di Mosul, kemudian Cizre dan Mardin kini di dalam Turki. Seterusnya melintasi Gurun Arab ke Mekah. Ibn Battuta sakit dan letih untuk mengerjakan haji kedua.
[sunting]Afrika Timur

Ibn Battuta tinggal selama beberapa waktu di Mekah. Dari September 1327 hingga musim gugur 1330. Beliau telah menghabiskan waktu hanya satu tahun dan pergi selepas menunaikan Haji pada 1328.
Pada 1328 (atau 1330) dari Mekah, beliau menuju ke Pelabuhan Jeddah di pantai Laut Merah. Dengan menaiki beliau perahu di sampai di Yaman , melawat Zabid. Kemudian Dataran Ta'izz di mana beliau bertemu dengan Rasulid Malik (raja) Mujahid Nuruddin Ali. Ibn Battuta turut melawat Sana'a tetapi fakta ini diragui. Dari Ta'izz beliau pergi ke Pelabuhan Aden pada 1329. Aden merupakan pusat transit perdagangan antara India dan Eropah.
Di Aden, beliau memulakan kapal pertama menuju ke Zeila di pantai Afrika Teluk Aden . Seterusnya ke Cape Guardafui dan menyusuri pantai Afrika Timur. Menghabiskan masa seminggu di setiap destinasi. Beliau melawat Mogadishu, Mombasa, Zanzibar, dan Kilwa. Dengan kapal itu beliau kembali belayar pulang ke Arab Saudi dan melawat Oman serta Selat Hormuz. Beliau kemudian kembali ke Mekah untuk haji dari 1330 (atau 1332).
[sunting]Empayar Byzantine, Golden Horde, Anatolia, Asia Tengah dan India

Setelah setahun di Makkah, Ibn Battuta memutuskan untuk dengan Sultan Delhi, Muhammad bin Tughluq. Pada 1330 (atau 1332) beliau sampai di Anatolia, yang berada di bawah kerajaan Saljuk. Dari sana beliau menuju ke India. Beliau sampai ke pelabuhan Syria lathqiyah di Genoa dengan menaiki kapal dan mendarat di Alanya- kini Turki. Dengan menggunakan jalan darat beliau ke Konya dan kemudian ke Sinope di pantai Laut Hitam.
Menyeberangi Laut Hitam, Ibn Battuta mendarat di Caffa (sekarang Feodosiya), di Crimea, dan memasuki tanah-tanah Golden Horde. Beliau membeli sebuah gerabak dan bergabung dengan kafilah Ozbeg milik Golden Horde's Khanmenuju ke Astrakhan di Sungai Volga.
Tiba di Astrakhan, Putri Bayalun telah hamil dianggap haram putri Maharaja Byzantine Andronikos III Palaiologos, untuk kembali ke rumahnya di bandar Constantinople untuk melahirkan.
Tiba di Constantinople pada akhir 1332 (atau 1334) dia bertemu dengan Maharaja Byzantine , Andronikos III Palaiologos. Dia melawat gereja Hagia Sophia. Setelah sebulan di situ, beliau menyelusuri kembali laluan ke Astrakhan kemudian melewati Kaspia dan Laut Aral menuju ke Bukhara dan Samarkand. Dari sana beliau ke selatan dan sampai di Afghanistan untuk menyeberang ke India.
Kesultanan Delhi dari Dar al-Islam. Sultan Muhammad bin Tughluq telah membawa banyak sarjana Muslim dan pegawai untuk mengkonsolidasikan kawalannya. Sementara di Makkah, Ibn Battuta bekerja sebagai kadi ( hakim) atas lantikan sultan.
Ibn Battuta berdalih hendak mengerjakan haji. Tetapi Sultan memintanya untuk menjadi duta ke Dinasti Yuan China.
[sunting]Asia Tenggara dan China

Dalam perjalanan rombongannya telah diserang oleh Hindu. Beliau telah dirompak dan hampir kehilangan nyawa. Beliau meneruskan perjalanan ke Khambhat (Cambay). Dari sana, mereka belayar ke Kozhikode (Calicut) (dua abad kemudian, Vasco da Gama juga mendarat di tempat yang sama). Ibn Battuta melawat sebuah masjid di tepi pantai ketika ribut taufan. Salah satu kapal ekspedisi tenggelam. Beliau telah ditawan oleh seorang raja tempatan di Sumatera beberapa bulan kemudian.
Takut untuk kembali ke Delhi dalam kegagalan, beliau tinggal lama di selatan India di bawah perlindungan Jamal-ud-Din. Jamal-ud-Din penguasa kecil tapi kuat Nawayath kesultanan di tepi Sungai Sharavathi di pantai Laut Arab.Sekarang dikenali sebagai Hosapattana di Honavar Tehsil, Kannada. . Apabila Kesultanan diguling , Ibn Battuta telah meninggalkan India.Beliau memutuskan untuk meneruskan ekspidisi ke China dan dalam perjalanan telah singgah di pulau Maldives.
Beliau telah menetap selama sembilan bulan di Kepulauan Maldive . Penduduk pulau itu baru sahaja meganut ajaranIslam. Beliau juga dilantik menjadi ketua hakim dan berkahwin dengan keluarga diraja Omar dan terlibat dalam politik tempatan .Dilihatnya wanita tempatan tanpa pakaian di atas pinggang .Kemudian beliau pergi ke Sri Lanka dan melawat Puncak Adam.
Dari Sri Lanka, kapalnya hampir tenggelam akibat ribut dan dia diserang oleh lanun.Beliau kembali ke Kozhikode (Calcutta) dan kemudian belayar ke Maldives sekali lagi sebelum sampai ke Dinasti Mongol Yuan China.
Kali ini beliau berjaya sampai di Chittagong, Sumatera, Vietnam, Filipina dan akhirnya Quanzhou di daerah Fujian , China. Dari sana, beliau pergi ke utara Hangzhou, tidak jauh dari Shanghai moden. Dia melalui terusan besar ke Beijing (tapi diragui).
[sunting]Kembali ke rumah dan Black Death

Ketika di Quanzhou, Ibn Battuta mengambil keputusan untuk pulang ke Maghribi. Beliau kembali ke Calicut (Kozhikode sekarang) sekali lagi. Seterusnya meneruskankan perjalanan ke Mekah melalui Selat Hormuz dan Ilkhanate.Pada ketika itu berlaku perang saudara .
Beliau kembali ke Damsyik dan mendapat tahu bapanya telah meninggal dunia. Beliau pergi ke Sardinia, lalu kembali ke Tangier untuk bertemu dengan ibunya yang juga meninggal dunia, beberapa bulan sebelumnya.
[sunting]Andalusia dan Afrika Utara

Setelah beberapa hari di Tangier, Ibn Battuta berangkat ke Andalusia. Alfonso XI dari Kastilia dan León mengancam mengambil Gibraltar.Ibn Battuta bergabung dengan sekelompok umat Islam meninggalkan Tangier untuk berperang demi mempertahankan pelabuhan Gibraltar. Alfonso dapat dibunuh dan ancaman telah surut. Beliau berjalan melalui Valencia dan akhirnya sampai di Granada.
Ketika beliau meninggalkan Andalusia, beliau memutuskan untuk berhenti di Marrakech , yang hampir menjadi bandar hantu akibat beberapa wabak penyakit .Ibukotanya telah dipindahkan ke Fez.
Sekali lagi beliau kembali ke Tangier, dan ia berpindah sekali lagi. Dua tahun kemudian beliau pergi ke Kaherah .Beliau berhasrat mengunjungi kerajaan Muslim di seberang Gurun Sahara.
[sunting]Sahara , Mali dan Timbuktu

Pada musim gugur 1351, Ibn Battuta meninggalkan Fez dan membeli beberapa unta dan tinggal selama empat bulan disana. Pada Februari 1352 , setelah 25 hari perjalanan beliau tiba di lombong garam di Taghaza.Bangunan-bagunan dibina daripada bongkah garam oleh hamba dari suku Masufa, yang bekerja memotong bongkah garam. Garam diangkut dengan menggunakan unta. Taghaza adalah pusat komersil dan memiliki banyak emas .Ibn Battuta tidak tertarik kerana tempat itu hanya ada air payau dihurungi lalat.

Selepas 10 hari tinggal di Taghaza beliau dan kafilah berangkat ke oasis Tasarahla (mungkin Bir al-Ksaib). Beliau berhenti selama 3 hari dan berjalan kaki melintasi gurun pasir yang luas. Dari Tasarahla sampai ke bandar oasis Oualata dan beliau mengambil air untuk kafilah yang dahaga. Oualata terletak di hujung selatan jalan perdagangan ke Empayar Mali. Kafilah beliau menyeberangi 1.600 km selama 2 bulan dari padang pasir dari Sijilmasa.
Kemuian dia berangkat ke barat daya Sungai Nil @(sebenarnya Sungai Niger) dan tiba di ibu negara Empayar Mali.Dia bertemu Mansa Sulaiman, raja sejak 1341. Ibn Battuta melihat hamba perempuan , pelayan, dan bahkan anak-anak perempuan sultan yang masih telanjang bulat. Pada bulan Februari ,dengan menaiki beliau unta sampai di Timbuktu yang pada masa itu kecil sahaja. Ibn Battuta dengan menaiki perahu pergi ke Gao selama satu bulan. Beliau menerima mesej daripada Sultan Maghribi memerintahkan beliau pulang. Beliau berangkat ke Sijilmasa pada September 1353 dan sampai di Maghribi pada awal tahun 1354.
[sunting]Rihla

Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan Maghribi, Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang sarjana yang beliau pernah bertemu di Grenada. Catatan ini adalah sumber maklumat tentang kembaranya dengan tajuk 'Rihla' atau "The Journey".
Ibn Battuta membuat catatan selama 29 tahun berdasarkan ingatan dan naskah terdahulu. Ketika menjelaskan Damsyik, Makkah, Madinah dan beberapa tempat-tempat lain di Timur Tengah adalah berdasarkan catatan Ibn Jubayr.Gambaran tempat di Palestin jelas disalin daripada catatan musafir abad ke-13 Muhammad al-Abdari.
Ramai orientalis tidak percaya bahawa Ibn Battuta melawat semua tempat yang beliau gambarkan. Ibn Battuta bergantung kepada khabar angin dan pengembara dahulu. Contohnya Ibn Battuta melakukan perjalanan di Sungai Volga .Orientalis juga mempersoalkan apakah dia benar-benar melawat China. Namun beliau berjaya menggambarkan seluruh dunia pada abad ke-14.
Ibn Battuta sering mengalami kejutan budaya di banyak tempat yang tidak sesuai dengan dengan latar belakang muslim ortodoks. Di Turki dan Mongol, beliau hairan melihat wanita bebas bercakap. Bahawa lelaki-lelaki adalah pelayan wanita tetapi sebenarnya adalah suaminya.Adat pakaian di Maldives dan di sub-Sahara di Afrika terlalu mendedahkan.

Setelah selesainya Rihla pada 1355, hanya sedikit yang diketahui tentang kehidupan Ibnu Battuta. Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.
Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy . Ketika tentera Perancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemui lima naskah Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali ke Bibliothèque Nationale di Paris dan dipelajari oleh sarjana Perancis, Charles Defrémery dan Beniamino Sanguinetti. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis. Sekarang telah diterjemahkan kepada banyak bahasa lain.
Ibn Battuta melakukan perjalanan hampir 75.000 batu dalam hidupnya.
 —

Merebut Anugerah Terbaik



Ramadhan merupakah hadiah daripada Allah SWT untuk orang-orang beriman selama satu bulan dalam setahun. Hadiah Rabbaniyah agar darjat dan kualiti kemanusiaan kita meningkat sehingga menjadi orang-orang yang bertaqwa. Suatu amal ibadah yang sangat bermanfaat bagi orang-orang beriman pada saat mereka memerlukan kekuatan iman dan ruhiyah untuk menghadapi ujian-ujian sulit dan berat dalam kehidupan mereka. Dengan datangnya bulan Ramadhan, Allah SWT memberikan tambahan gizi kekuatan iman dan ruhiyah, sehingga posisi manusia mukmin meningkat naik jauh melebihi permasalahan yang dihadapinya. Maka, dalam suasana keimanan dan ruhiyah yang kuat, umat Islam mampu mengatasi segala permasalahan hidupnya.
Permasalahan internal umat Islam muncul ketika mereka menuruti hawa nafsu dan tarikan-tarikan syahwat keduniaan. Kemudian syaitan menguatkan dominasi hawa nafsu tersebut dan memprovokasinya, sehingga umat Islam yang lemah imannya tidak berdaya dan jatuh dalam takungan kumbahan syahwat. Selanjutnya umat Islam akan dengan mudah melanggar aturan Islam dan segala sesuatu yang diharamkan. Maka terjadilah pembunuhan, perzinaan, seks bebas, pencurian, pencarian harta secara haram, penipuan dan penyimpangan lainnya.

Sementara permasalahan eksternal umat Islam datang dari orang-orang kafir yang melakukan konspirasi dan makar terhadap mereka. Pada dekad ini umat Islam dihadapkan langsung dengan musuh sejatinya, kuasa-kuasa besar dunia yang bekerjasama dengan Zionis Israel penjajah bumi Palestin. Kuasa-kuasa besar dengan segala kesombongannya juga masuk menjajah langsung dunia Islam seperti di Iraq dan Afghanistan. Pada saat yang sama, kuasa-kuasa besar itu selalu berada di belakang zionisme Israel untuk tetap mempertahankan hegemoni kekuasaannya di Palestin, jantung dunia Islam. Jutaan umat Islam di Iraq dan Palestin sudah menjadi korban kebengisan kejahatan kuasa-kuasa besar dan Israel. Sementara dunia Islam lain menjadi saling bermusuhan dan hidangan yang paling enak untuk memenuhi keperluan para penjajah tersebut.

Ramadhan datang bukan untuk membuat umat Islam lemah, lesu dan takut, kerana melaksanakan ibadah shaum, tilawah Al-Qur’an dan solat tarawih. Akan tetapi Ramadhan datang untuk membuat umat Islam lebih kuat, bersemangat, berani dalam perjuangan membebaskan diri daripada dominasi musuh-musuhnya, baik musuh internal berupa syahwat dan syaitan mahupun musuh eksternal daripada orang-orang kafir yang mengadakan kerosakan di muka bumi. Demikianlah yang semestinya terjadi dalam perjalanan sejarah umat Islam di bulan Ramadhan.

Momentum tahunan Ramadhan ini harus dipersiapkan oleh umat Islam dengan sebaik-baiknya, sehingga visi Ramadhan dapat tercapai, iaitu terealisasinya ketaqwaan. Ketaqwaan yang sebenarnya, ketaqwaan di seluruh lapangan kehidupan. Ketaqwaan di rumah, di masjid, di pejabat, di sekolah dan di kampus. Ketaqwaan di pasar dan di mana sahaja kita berada. Ketaqwaan inilah yang melahirkan barakah dari langit dan bumi, pembuka pintu rahmat Allah SWT dan jalan keluar serta solusi atas segala krisis multidimensional.

Krisis yang menimpa kita hari ini adalah krisis keimanan dan ketaqwaan. Bermula daripada krisis yang fundamental tersebut, maka terjadilah krisis susulan, seperti pembunuhan atas manusia tanpa hak, rogol, zina, seks bebas dan buang bayi, penyalahgunaan dadah dan minuman keras, hipokrit, rasuah dan sebagainya. Oleh sebab itu, penghentian atas krisis tersebut harus dimulai daripada akar krisis dan akar permasalahannya.

Solusi atas krisis secara horizontal harus dimulai dengan mendidik manusia menjadi insan bertaqwa, sehingga mampu menahan diri daripada pelanggaran-pelanggaran dan tunduk pada Allah dan hukum Islam. Solusi krisis secara vertikal dengan menegakkan Syari’ah Islam dalam masyarakat dan pemerintahan, sehingga mereka takut akan hukuman ukhrawi dan tidak melanggar larangan-Nya. Syari’ah Islam memberi rahmat bagi manusia, menjamin hak beragama, hak hidup, hak pemilikan harta, hak berfikir dan berpendapat, hak terpeliharanya kehormatan dan keturunan. Ke sanalah semua langkah harus ditujukan, semua fikiran dicurahkan, gerakan pembaikan umat diarahkan, dan segala tenaga dikerahkan.

Puasa adalah sarana yang paling efektif untuk membina manusia menjadi insan yang bertaqwa. Sehingga mereka memiliki keberanian untuk merealisasikan Syari’ah Islam dalam kehidupan peribadi dan sosial. Oleh sebab itu, marilah kita dalam bulan Ramadhan, terus memperbaiki tekad dan usaha kita untuk melakukan yang terbaik. Semoga tujuan Ramadhan dapat kita raih dengan jayanya. Dalam menyambut Ramadhan, Rasulullah SAW ada menyampaikan taujihat atau khutbah kepada para sahabatnya.

Rasulullah SAW sangat gembira dan memberikan khabar gembira kepada umatnya dengan datangnya bulan Ramadhan. Rasulullah menyebutkan keutamaan-keutamaan Ramadhan dalam pidato penyambutan bulan suci itu:

Dari Salman Al-Farisi RA berkata: “Rasulullah SAW berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban: Wahai manusia telah datang kepada kalian bulan yang agung, bulan penuh barakah, di dalamnya ada malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah menjadikan puasanya wajib, dan qiyamullailnya sunnah. Siapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan, maka seperti mendekatkan diri dengan kewajiban di bulan yang lain. Siapa yang melaksanakan kewajiban, maka seperti melaksanakan 70 kewajiban di bulan lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran balasannya adalah surga. Bulan kesatuan, dan bulan ditambahkan rezeki orang-orang beriman. Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun.”
Kami berkata: “Wahai Rasulullah, tidak semua kita dapat memberi makan orang yang berpuasa?”.
Rasul Saw bersabda: “Allah memberi pahala kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan satu biji kurma atau seteguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan dimana awalnya rahmat, tengahnya maghfirah dan akhirnya pembebasan daripada api neraka. Siapa yang meringankan orang yang dimilikinya, maka Allah mengampuninya dan dibebaskan daripada api neraka. Perbanyakkanlah melakukan empat perkara; dua perkara membuat Allah redha dan dua perkara yang kamu selalu perlu dengannya. Kedua perkara itu adalah Syahadat Laa ilaha illallah dan beristighfar kepada-Nya. Adapun dua perkara yang kamu perlu adalah engkau meminta syurga dan berlindung daripada api neraka. Siapa yang membuat kenyang orang berpuasa, Allah akan memberikan minum dari telagaku (Rasul SAW) satu kali minuman yang tidak akan pernah haus sampai masuk surga” (HR al-‘Uqaili, Ibnu Huzaimah, al-Baihaqi, al-Khatib dan al-Asbahani).
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda:

“Umatku diberi lima kebaikan pada bulan Ramadhan, sesuatu yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya. Pertama, bau mulut seorang yang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi. Kedua, malaikat memintakan ampun sampai berbuka. Ketiga, setiap hari Allah menghiasi syurga milik orang yang berpuasa, kemudian berkata (pada syurga): “Hamba-hambaku yang soleh sebentar lagi akan melepas kepenatan dan kesusahannya dan datang kepadamu”. Keempat, syaitan-syaitan dibelenggu dan tidak dapat bebas berkeliaran sebagaimana bulan lain. Kelima, diampuni dosanya di akhir malam. Di antara sahabat ada yang berkata: “Wahai Rasulullah SAW, apakah itu malam kemuliaan (Lailatu qadr)?” Rasul SAW menjawab: “Bukan, tetapi seorang pekerja akan disempurnakan balasannya ketika pekerjaan selesai” (HR Ahmad, al-Bazzar, Abu Syaikh, al-Baihaqi dan al-Asbahani).

17 tabiat paling buruk untuk jantung anda



Ini adalah 17 tabiat terburuk bagi jantung anda, dan bagaimana untuk mengelakkannya;

1 - Menonton TV

Duduk selama berjam-jam meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke, walaupun jika anda bersenam secara teratur.

"Latihan Intermittent tidak mengganti-rugi masa anda duduk," kata Harmony R. Reynolds, MD, pengarah persatuan dari Cardiovascular Clinical Research Center di NYU Langone Medical Center, New York City.

Mengapa? Kurangnya gerakan boleh mempengaruhi tahap-tahap lemak dan gula dalam darah.

Dr Reynolds menyarankan agar berjalan-jalan secara bertahap dan, jika anda sedang bekerja, berdiri untuk bercakap di telefon.


2 - Membiarkan permusuhan dan kemurungan


Adakah anda merasa stres / tekanan, bermusuh, atau murung? Ini boleh mengambil tol pada jantung anda.

Sementara semua orang merasa cara ini beberapa waktu, bagaimana anda menangani emosi boleh menjejaskan kesihatan jantung anda. "Mereka yang memendam rasa tertekan berada dalam bahaya yang lebih besar, kajian telah menunjukkan manfaat untuk ketawa dan sokongan sosial," kata Dr Reynolds.

"Dan ianya sangat membantu untuk dapat pergi pada seseorang dan berbicara tentang masalah anda."


3 - Mengabaikan mendengkur


Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai risiko yang lebih untuk mendengkur. Tetapi orang yang kurus boleh mengalaminya juga.

Jika anda mendengkur dan sering terbangun dengan keadaan penat, berbicaralah dengan doktor anda, ada cara mudah untuk memantau apnea, kata Robert Ostfeld, MD, profesor perubatan klinikal di Montefiore Medical Center, di New York City.


4 - Tidak flossing gusi

Sementara alasan yang tepat tidak diketahui, ada hubungan kuat antara penyakit gusi dan penyakit jantung, Dr Ostfeld berkata.

Jika anda tidak floss, plak bakteria-sarat yang melekat membiak dari masa ke masa, yang boleh menyebabkan penyakit gusi. Satu teori adalah bahawa bakteria mencetuskan keradangan dalam tubuh.


5 - Keluar dari dunia (tidak bergaul dengan masyarakat)

Setiap orang memerlukan waktu untuk bersendirian, tetapi anda mesti berjumpa juga orang lain dan tetap berhubung bila-bila masa anda boleh.


6 - Bersenam gila-gila kemudian berhenti terus

Dengan senaman, adalah bijaksana untuk tujuan perlahan-perlahan dan mantap. "Adalah lebih penting untuk memiliki komitmen sukan teratur," kata Dr Reynolds. "Berada di dalamnya untuk permainan jangka panjang."


7 - Minum alkohol

Ada kajian terbaru bahawa meminum alkohol walaupun pada kadar yang sedikit dan sederhana, berisiko untuk penyakit kanser. Dan meminum alkohol berlebihan berisiko untuk penyakit jantung pula.

Baca selanjutnya pada tajuk Alkohol masih menyebabkan kanser, walaupun anda minum sedikit


8 - Terlebih makan

Berat badan yang berlebihan adalah faktor risiko utama untuk penyakit jantung.

Cubalah untuk makan lagi sedikit, mengelakkan hidangan besar, dan menggantikan minuman manis dengan air kosong.


9 - Menganggap yang anda tidak ada risiko

"Jangan menganggap anda tidak berisiko," kata Dr Ostfeld.


10 - Makan daging merah kerap

Adalah terbaik untuk berfikir daging merah sebagai makanan sesekali, bukan dasar dari makanan sehari-hari. Daging merah tinggi dengan lemak tepu, dan ada juga bukti bahawa daging proses, seperti daging babi dan hot dog, meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser kolorektal.

Idealnya, kurang dari 10% daripada diet anda harus berasal dari haiwan dan produk haiwan, Dr Ostfeld menasihati.


11 - Menjadi suka menunda-nunda dalam bab kesihatan

Risiko hipertensi berkembang seumur hidup, atau tekanan darah tinggi, untuk orang dewasa di usia pertengahan 50-an mereka adalah sekitar 90%, walaupun mereka tidak pernah punya masalah sebelumnya. "Titik umum adalah bahawa hanya kerana anda tidak memilikinya pada usia 24 tahun tidak bererti anda tidak memilikinya pada usia 54," kata Dr Ostfeld.


12 - Hisap rokok atau tinggal bersama dengan penghisap rokok

"Merokok adalah suatu bencana total bagi jantung anda," kata Dr Ostfeld. Merokok meningkatkan pembekuan darah, yang boleh menyekat aliran darah ke jantung, dan memberikan sumbangan untuk penompokan plak di arteri.

Ia juga merupakan bom pintar yang ditujukan untuk semua orang di sekitar anda, Dr Ostfeld kata. Bahkan, sekitar 46,000 orang yang bukan perokok yang hidup dengan perokok meninggal kerana penyakit jantung setiap tahun kerana perokok pasif.


13 - Berhenti atau melewatkan pengambilan ubat

Maka makan lah ubat-ubatan yang sepatutnya dan usah berhenti atau bertangguh. (Saya syorkan makan lah herba-herba dan makanan-makanan sunnah dalam Islam.)


14 - Tidak makan buah dan sayuran

"Diet yang paling sihat bagi jantung adalah diet yang berasaskan tumbuhan," kata Dr Ostfeld.


15 - Mengabaikan gejala fizikal

Doktor-doktor mengatakan "waktu adalah otot," yang bererti semakin cepat anda mendapatkan rawatan untuk kemungkinan masalah, semakin kecil kemungkinan anda untuk mengalami kerosakan kekal pada otot jantung anda.

Dapatkan rawatan pakar seberapa segera jika ada timbul gejala-gejala yang tidak diingini.


16 - Kuat makan benda-benda masin

Lebih banyak garam yang anda makan, semakin tinggi tekanan darah anda meningkat.

Sebahagian besar dari kita harus menjaga pengambilan natrium di bawah 2,300 miligram per hari. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi atau lebih dari 50, potong sampai 1,500 miligram.


17 - Makan kalori kosong

Makanan tinggi gula, lemak, dan minyak memberikan kalori, tetapi sangat sedikit-jika ada-nutrisi tubuh anda boleh digunakan.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa diet yang penuh kalori kosong meningkatkan risiko obesiti dan diabetes.

Carilah makanan padat nutrisi, seperti sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, makanan laut, telur, kacang dan kacang polong, dan kacang-kacangan dan biji-bijian tawar. Daging yang tidak berlemak dan daging ternakan (seperti ayam dan itik), bersama-sama dengan susu bebas lemak dan rendah-lemak, adalah pilihan yang baik juga.



Sumber - Diolah dari tulisan asal oleh Lisa Zamovsky, dari health.com


* Maka adalah sangat bagus apa yang diajar dalam Islam. Contohnya seperti solat 5 waktu sehari semalam. Di situ ada waktu-waktu tertentu dimana kita mesti berdiri dan tidak selalunya mesti duduk. Maka ia terbukti bagus untuk kesihatan manusia.

* Nabi Muhammad S.a.w juga mengajar kesederhanaan dalam apa jua perkara. Seperti sabdanya yang bermaksud , "Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya". Maka selain dari apa yang nyata telah diharamkan, maka sebaik-baiknya lakukan dalam keadaan sederhana, begitu juga lah dalam bab makan minum. 

Di dalam AlQuran juga ada menegaskan yang maksudnya, "Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." Surah Al A'raaf : Ayat 31

Ikhlaskah Saya?



“…dan tidaklah kalian diperintah kecuali beribadah kepada Allah dengan ikhlas..” (QS 98:5).

Ikhwani fillah, kita telah umumnya mengetahui bahawa syarat diterimanya amal adalah benar dan ikhlas. Benar mencontohi Rasulullah sementara ikhlas ditujukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Kedua-dua syarat itu sudah tentunya perlu mengiringi setiap amal yang kita lakukan agar kita layak menjejaki syurga Allah nanti pada hari akhirat.

Berbicara tentang ikhlas, ada tiga ciri keikhlasan yang perlu kita tahu. Pertama adalah memiliki perasaan sama ketika dipuji atau dicela. Tidak merasa bangga atau gembira ketika dipuji dan tidak sakit hati atau marah ketika dicela. Kedua adalah tidak merasa berjasa atau berprestasi dengan amalnya. “Saya adalah daripada ‘hulu sungai’ dakwah ini. Kamilah wakil rasmi gerakan Islam tersohor di dunia, yang lain semua tak betul. Sayalah yang pertama merintis pembinaan di medan dakwah itu dan ini. Kalau bukan saya yang organize program dakwah ini sudah tentu tak sehebat ni.” Kata-kata seperti ini adalah antara contoh-contoh gangguan syirik yang tersembunyi. Ketiga pula adalah mengharapkan pahala amal itu di akhirat tetapi tidak di dunia. Allah berfirman, “Sesungguhnya upah kami adalah dari Allah yang menciptakan kami.” (QS 11:51).

Dinukilkan beberapa kisah motivasi keikhlasan daripada para pendahulu kita untuk kita terus beringat menjaga kemurniaan amal kita agar kesemuanya diterima oleh Allah yang Maha Teliti.



Kisah pertama: Kisah kejujuran seorang Arab badwi

Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu memberitahu, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah s.a.w. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya.

Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah s.a.w. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka. Ketika beliau datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu bertanya, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah s.a.w.” Orang itu memberitahu, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggoroknya), lalu aku mati dan masuk syurga.”

Rasulullah s.a.w. berkata, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah s.a.w. berkata, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah s.a.w. berkata, “Dia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.”

Lalu Rasulullah s.a.w. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Allaahumma haadza ‘abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi” (Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)



Kisah kedua: Kisah Saahibun Naqab

Ada kisah masyhur Shahibun Naqab (Pemilik Lubang) yang diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah dalam ‘Uyun Al-Akhbar, tentang seorang mujahid ketika peperangan pada masa Umayyah yang dipimpin oleh Maslamah bin Abdul Malik. Saat terjadi pengepungan sebuah benteng musuh, tak ada satupun sahabat yang berhasil membuka benteng itu. Dalam kesempatan itulah mujahid ini masuk dengan melubangi tembok benteng. Melalui lubang itulah tentera Islam yang lain kemudiannya berjaya merempuh masuk dan mengalahkan musuh. Selesai peperangan Maslamah meminta agar tenteranya yang melubangi tembok itu melapor kepadanya. Setelah sekian lama tidak ada yang melapor, sehingga waktu lewat malam akhirnya datanglah seorang yang bertopeng menemui Maslamah. “Aku akan beritahu siapa tentera yang melubangi benteng itu, dengan syarat; pertama, jangan tanya siapa namanya, kedua jangan dicatat dalam sejarah dan ketiga jangan diberi balasan apapun.” Setelah Maslamah menyanggupi, kemudian orang bertopeng itu memberitahu bahwa dialah orangnya dan terus lari ke dalam kumpulan tenteranya sehingga tidak dapat dikenalpasti di antara tentera-tenteranya yang ribuan itu siapakah sahibun naqab tadi. Sehingga Musailamah kemudian tidak akan meninggalkan selepas solatnya melainkan doa untuk menjadi orang yang bersama dengan sahibun naqab.



Kisah ketiga: Kisah Imam Syafi’e

Pernah Imam Syafi’e mengingatkan kepada murid-muridnya agar tidak menyebut namanya atau menghubungkan satu hurufpun kepada dirinya sebagai penguat hujjah kebenaran. Maksudnya “ini menurut Imam Syafi’e”…“ini diambil dari Kitab Al Umm karya Imam Syafi’i.” Bahkan Imam Syafi’i mengatakan,”..dan saya tidak saling bertukar pandangan dengan seseorang melainkan saya mengharapkan Allah menampakkan kebenaran atas lisanku atau lisannya”(Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam kitab Hilyatul Awliyaa’ (118/9).

Moga Allah melindungi kita daripada tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam hadith ini;

“Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)



Kisah keempat: Kader yang berjuang atas asobiyyah

Soga Allah sentiasa mengikhlaskan niat kita dalam perjuangan ini agar tidak kerana jenama harakah kita berjuang. Adakah terlalu penting jenama harakah itu sehingga menafikan, merendah-rendahkan bahkan memburuk-burukkan usaha gerakan dakwah yang lain? Adakah dengan merasakan ‘izzah dengan label tertentu dapat menghindarkan diri kita daripada azab Allah dan masuk ke dalam Jannah-Nya. Walhal, kita sedar setiap daripada kita akan datang seorang demi seorang untuk dihisab oleh Allah ta’ala.

“Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.” (Maryam:95)

Kisah Quzman mudah-mudahan sebagai iktibar agar kita tidak terjerumus menjadi pejuang yang berjuang atas asobiyah kita. Sebagaimana yang diceritakan oleh Qatadah radiallahu ‘anhu;

Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah s.a.w. setiap kali disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat. Lalu ia terluka dan dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)

Ikhwani fillah, keinginan kita untuk sentiasa ikhlas hendaknya jangan menjadi penghalang kita untuk menjadi pasif atau takut beramal. Syeikh Fudhail bin Iyadh memberikan batasan:

“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’ dan beramal untuk manusia adalah syirik.”

Maksudnya janganlah kerana takut riya’ kemudian kita enggan beramal. Seharusnya kita terus perbanyakkan amal tanpa peduli dilihat atau tidak dilihat manusia dan pada masa yang sama berusahalah untuk tidak terjatuh dalam riya’. Jadikanlah keikhlasan kita sebagai pemangkin keaktifan dan kegigihan kita dalam berdakwah sehingga kita mengorbankan apa sahaja yang kita punyai demi menegakkan agama di atas muka bumi ini. Sebagaimana yang disebutkan dalam Al Qur’an akan keikhlasan yang bersifat aktif yang dimiliki oleh para salafus soleh terdahulu:

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (Al-Baqarah: 207)

Asbabun Nuzul ayat ini seperti yang diketengahkan oleh Harits bin Abu Usamah dalam musnadnya dan Ibnu Abu Hatim dari Said bin Musayyab, katanya, “Shuhaib (dari Romawi) pergi berhijrah kepada Nabi s.a.w. lalu beliau diikuti oleh orang-orang Quraisy, beliau turun dari atas kenderaannya dan mengeluarkan semua isi kantung anak panahnya, lalu beliau berkata, “Hai mana golongan Quraisy? Tuan-tuan telah mengetahui bahwa aku ini adalah orang yang paling ahli dalam memanah. Demi Allah, belum lagi tuan-tuan sampai kepada saya di sini, saya telah berhasil melepaskan semua anak panah dari kantung ini, kemudian aku tebas dengan pedang sisa tuan-tuan yang masih hidup. Terserah tuan-tuan apa yang akan tuan-tuan pilih! Tetapi jika tuan-tuan mahu, saya akan menunjukkan tempat simpanan harta saya di Mekah dengan syarat tuan-tuan tidak akan menghalangi saya dan biarkan saya pergi!”. “Baiklah, kalau begitu!”, ujar mereka. Dan ketika beliau datang ke Madinah untuk menemui Nabi s.a.w. maka baginda bersabda, “Beruntung perdagangan Abu Yahya (nama panggilan Shuhaib), dan beruntunglah usahanya!” Ketika itu turunlah ayat, “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.” (Al-Baqarah: 207). Diketengahkan pula oleh Hakim dalam Mustadrak yang sama dengan itu, yakni dari jalur Ibnu Musayyab dari Shuhaib secara mausul. Dan dikeluarkannya lagi seperti itu dari mursal Ikrimah juga dari jalur-jalur Hamad bin Salamah dari Tsabit dan Anas di mana ditegaskan turunnya ayat. Katanya pula, hadith ini sahih menurut syarat Muslim. Diketengahkan lagi oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah, katanya, “Ayat ini turun buat Shuhaib, Abu Dzar dan Jundub bin Sakan yakni oleh seorang keluarga Abu Dzar.”



Ikhwatul ahibba’, ketahuilah bahawa semerbaknya amal dilatarbelakangi oleh keikhlasan. Tersebarluasnya dakwah ke seluruh penjuru dunia adalah contoh nyata hasil kerja peribadi-peribadi yang ikhlas. Mereka tidak menyalahkan kelemahan dan kekurangan saudara mereka yang lain sebagai alasan untuk kurang beramal dalam dakwah dan tarbiyah. Bahkan mereka terlebih dahulu melihat kesulitan yang dihadapi mereka adalah daripada kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri. Lihatlah bagaimana murabbi agung, Rasulullah s.a.w. bersikap ketika dakwahnya ditolak dengan kekerasan oleh para penduduk Taif. Ketikamana baginda berteduh di bawah sepohon anggur, baginda mengadu kepada Sang Pencipta;

“Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau juga Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripadaMu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajahMu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahanMu atau kemurkaanMu terkena kepadaku. Engkau berhak untuk mencela aku sehingga Engkau redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan denganMu.” (Petikan dari kitab Sirah Nabawiah – Ibnu Hisyam).

Subhana Allah, betapa tawadhu’nya doa Nabi s.a.w. yang langsung tidak menyalahkan penduduk Taif yang telah membaling batu kepadanya bertubi-tubi sehingga berdarah dan sesekali rebah ke tanah. Bahkan Zaid bin Haritsah r.a. yang menjadikan dirinya sebagai perisai Nabi s.a.w. turut berdarah di kepalanya. Hasilnya, bumi Taif menjadi wilayah Islam dan majoriti penduduknya sehingga ke hari ini adalah muslim.



Sebagai penutup, Ustaz Hasan Al Banna rahimahullah menjelaskan tentang ikhlas. “Ikhlas adalah seorang muslim dengan perkataannya, amalnya, jihadnya dan semuanya diniatkan kerana Allah s.w.t., mengharapkan redhaNya dan balasan yang baik tanpa melihat keuntungan mahupun label penampilan, gelaran di depan atau di belakang namanya. Dengan demikian itu, dia menjadi perajurit aqidah dan fikrah, bukan perajurit atau pejuang kepentingan dan manfaat.

“Sesungguhnya amal seseorang bergantung pada niat, dan dia akan memperoleh apa yang dia niatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)