Pages

Friday, February 10, 2012

Gambar protes di Yaman menang anugerah berprestij dunia





2012/02/10

Foto Samuel Aranda yang menjuarai anugerah World Press Photo 2011.
Foto Samuel Aranda yang menjuarai anugerah World Press Photo 2011.
AMSTERDAM: Jurugambar Sepanyol, Samuel Aranda dinobat sebagai pemenang anugerah World Press Photo 2011 untuk New York Times menerusi gambar yang dirakam mengenai seorang wanita berpurdah memaut seorang ahli keluarga yang cedera ketika demonstrasi di Yaman.

Juri anugerah berprestif dunia dunia hari ini memilih gambar berkenaan yang menunjukkan kesan pergolakan akibat 'kebangkitan dunia Arab" yang melanda Asia Barat, tahun lalu.

Gambar itu dirakamkan di sebuah tempat rawatan yang dijadikan hospital di dalam sebuah masjid di Sanaa pada 15 Oktober tahun lalu.
Kejadian tsunami yang melanda Jepun juga antara tema gambar yang bertanding dengan The Associated Press (AP) muncul pemenang untuk tiga anugerah.

Untuk pertandingan itu, semua 57 jurugambar dari 24 negara terpilih ke peringkat akhir daripada penyertaan lebih 100,000 gambar membabitkan lebih 5,000 jurugambar di seluruh dunia.

Aranada akan menerima wang tunai 10,000 Euro atau AS$13,300 dalam satu majlis khas yang akan diadakan selepas ini. - AP Berita Harian Online | Gambar protes di Yaman menang anugerah berprestij dunia:

'via Blog this'

Trak sarat bom meletup




2012/02/10

ANGGOTA keselamatan memeriksa kawasan letupan yang berlaku di Wilayah Pattani, Selatan Thailand, semalam.
ANGGOTA keselamatan memeriksa kawasan letupan yang berlaku di Wilayah Pattani, Selatan Thailand, semalam.
YALA: Seorang pesara guru terbunuh, manakala 13 penduduk kampung cedera apabila sebuah trak dipenuhi bom meletup semalam di selatan bergolak majoriti Islam Thailand, terbaru dalam satu gelombang keganasan pemisah di rantau bersempadan Malaysia.

Polis menyalahkan pemisah etnik Melayu atas pengeboman di hadapan sebuah pejabat kesihatan awam di Pattani, satu daripada tiga wilayah dilingkari kekacauan pemisah sejak lapan tahun lalu.

Bom itu disembunyikan dalam trak pikap dan merosakkan 10 kenderaan lain, kata polis.
Daripada 13 yang cedera, tiga mangsa parah. Dalam satu serangan berasingan di wilayah Narathiwat yang berhampiran, dua anggota tentera cedera apabila sebuah bom tepi jalan meletup ketika satu rondaan rutin.

Peningkatan keganasan muncul di tengah perasaan berang di kalangan penduduk Islam tempatan apabila renjer tentera di Pattani menembak mati empat penduduk kampung yang disyaki pemberontak 29 Januari lalu.

Lebih 5,000 penduduk dibunuh sejak pemberontakan samar-samar, berdekad lamanya muncul semula Januari 2004 di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat majoriti penduduk Islam.

Rantau itu yang sebahagiannya kesultanan Melayu Islam bebas sehingga dirampas Thailand pada 1909, dilingkari hampir pengeboman setiap hari dan kejadian tembakan sejak itu dan tentera membuat perkembangan dalam mematahkan pergolakan itu. – Reuters Berita Harian Online | Trak sarat bom meletup:

'via Blog this'

Trak sarat bom meletup




2012/02/10

ANGGOTA keselamatan memeriksa kawasan letupan yang berlaku di Wilayah Pattani, Selatan Thailand, semalam.
ANGGOTA keselamatan memeriksa kawasan letupan yang berlaku di Wilayah Pattani, Selatan Thailand, semalam.
YALA: Seorang pesara guru terbunuh, manakala 13 penduduk kampung cedera apabila sebuah trak dipenuhi bom meletup semalam di selatan bergolak majoriti Islam Thailand, terbaru dalam satu gelombang keganasan pemisah di rantau bersempadan Malaysia.

Polis menyalahkan pemisah etnik Melayu atas pengeboman di hadapan sebuah pejabat kesihatan awam di Pattani, satu daripada tiga wilayah dilingkari kekacauan pemisah sejak lapan tahun lalu.

Bom itu disembunyikan dalam trak pikap dan merosakkan 10 kenderaan lain, kata polis.
Daripada 13 yang cedera, tiga mangsa parah. Dalam satu serangan berasingan di wilayah Narathiwat yang berhampiran, dua anggota tentera cedera apabila sebuah bom tepi jalan meletup ketika satu rondaan rutin.

Peningkatan keganasan muncul di tengah perasaan berang di kalangan penduduk Islam tempatan apabila renjer tentera di Pattani menembak mati empat penduduk kampung yang disyaki pemberontak 29 Januari lalu.

Lebih 5,000 penduduk dibunuh sejak pemberontakan samar-samar, berdekad lamanya muncul semula Januari 2004 di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat majoriti penduduk Islam.

Rantau itu yang sebahagiannya kesultanan Melayu Islam bebas sehingga dirampas Thailand pada 1909, dilingkari hampir pengeboman setiap hari dan kejadian tembakan sejak itu dan tentera membuat perkembangan dalam mematahkan pergolakan itu. – Reuters Berita Harian Online | Trak sarat bom meletup:

'via Blog this'

Ketua al-Qaeda Pakistan terbunuh serangan Amerika




2012/02/10

ISLAMABAD: Ketua al-Qaeda di Pakistan, Badr Mansoor, terbunuh dalam serangan peluru berpandu Amerika di Miranshah, bandar utama di Waziristan Utara, kata pegawai.

Mansoor dikatakan menghantar pejuang ke Afghanistan dan mengendalikan kem latihan di Waziristan Utara, terbunuh dalam serangan sebelum subuh berdekatan sempadan Afghan, kata pegawai Pakistan dan anggota kumpulannya memberitahu AFP.

“Beliau mati dalam serangan peluru berpandu di Miranshah. Kematiannya menjadi tamparan hebat keupayaan al Qaeda menyerang di Pakistan,”kata seorang pegawai kanan Pakistan.
Kematiannya disahkan seorang pengikut kuatnya.

“Badr Mansoor terbunuh dalam serangan peluru berpandu,” kata pejuang kumpulannya yang mengesahkan menerusi telefon.

Pegawai perisikan di Miranshah, berkata Mansoor sudah terbunuh tetapi pegawai Pakistan lain masih berbelah bahagi.

“Kami tidak yakin. Kami tidak boleh memberi pengesahan begitu saja,” seorang daripada mereka memberitahu AFP.
Empat pejuang dilaporkan terbunuh dalam serangan sebelum subuh yang mensasarkan perkarangan di Miranshah, pekan utama Waziristan Utara.

Pegawai perisikan kanan Pakistan menggambarkan Mansoor sebagai pemimpin al Qaeda di Pakistan selepas pemimpin sebelum ini, Ilyas Kashmiri dilaporkan terbunuh dalam serangan pesawat kawalan jauh Jun lalu.

Tidak seperti Kashmiri, yang ditawarkan AS$5 juta (RM1.4 bilion) ganjaran untuk nyawanya, Mansoor tidak disenaraikan oleh Jabatan Ganjaran Untuk Keadilan Negeri, Amerika.

Tiada sebarang pengesahan serta merta mengenai kematiannya dari Amerika.

Tetapi seorang pakar antipengganas Barat menggambarkan Mansoor sebagai ketua tempatan al Qaeda dan seorang daripada sasaran ketua Amerika di Pakistan.

“Jika ia benar, ia menjadi berita gembira bagi perjuangan menentang keganasan dan ia menjadi penting untuk Amerika dan Pakistan,” kata pegawai.

Beliau menggelarkan pergerakan al-Qaeda di bawah Mansoor berada antara pergerakan Taliban di bawah payung Pakistan dan seorang anggota kepemimpinan Syura al-Qaeda di Pakistan. – AFP Berita Harian Online | Ketua al-Qaeda Pakistan terbunuh serangan Amerika:

'via Blog this'

Asid borik sejukkan loji nuklear




2012/02/10

PEGAWAI memantau keadaan reaktor No.4 di Fukushima Daini, kelmarin.
PEGAWAI memantau keadaan reaktor No.4 di Fukushima Daini, kelmarin.
TOKYO: Syarikat pengendali loji nuklear, Tokyo Electric Power (Tepco) terpaksa menggunakan asid borik di loji jana kuasa nuklear yang lumpuh di Fukushima semalam untuk menghalang rangkaian tindak balas yang boleh mengakibatkan keadaan di situ menjadi kritikal semula selepas suhu meningkat di dalam salah sebuah reaktor sejak minggu lalu.

Suhu di reaktor Nombor 2 adalah 68.5 darjah Celsius hingga jam 4 petang Selasa, satu penurunan daripada 72.2 darjah jam 5 pagi, kata Osamu Yokokura, jurucakap kemudahan itu.

Suhu reaktor perlu berada di bawah 93 darjah Celsius untuk diklasifikasikan sebagai penutupan sejuk, atau keadaan selamat, yang menurut Tepco dicapai Disember tahun lalu.
Jurutera nuklear menyoal sama ada penutupan sejuk dapat dilaksanakan di Fukushima kerana ia adalah satu proses yang digunakan apabila reaktor ditutup untuk penyelenggaraan biasa atau tujuan lain. Di Fukushima, tiga teras bahan api uranium reaktor terbabit mencair menyebabkan penyebaran radiasi.

“Masih terlalu awal menyatakan loji itu selamat Disember lalu. Mereka mengisytiharkan penutupan sejuk walaupun tiada siapa pasti mengenai di mana lokasi bahan api mencair,” kata Ketua Institut Penyelidikan Tenaga Atom di Universiti Kinki di barat Jepun, Tetsuo Ito.

“Satu insiden sama mungkin berulang semula,” katanya merujuk kepada peningkatan suhu reaktor.

Sejak 1 Februari lalu, suhu di bahagian bawah reaktor No. 2 meningkat lebih 20 darjah Celsius, menurut data syarikat.
Tepco berkata, ia meningkatkan kadar air penyejukan yang disuntik ke dalam unit itu kepada 13.5 meter padu sejam berbanding 10.5 meter padu sejam jam 4.24 pagi Selasa.

“Tepco berada di dalam dilema kerana ketika ia menyuntik lebih banyak air, maka lebih banyak air radioaktif akan terkumpul dalam ruangan bawah tanah bangunan loji terbabit,” kata Ito

Bencana itu menyebabkan sistem penyejukan gagal, menyebabkan pencairan bahan api reaktor, mengeluarkan radiasi dan memaksa pemindahan kira-kira 160,000 penduduk. – Agensi Berita Harian Online | Asid borik sejukkan loji nuklear:

'via Blog this'

Seleweng pasir: 2 ADUN PKR didakwa terlibat


KUALA LUMPUR 9 Feb. - Seperti dijanjikan dalam usahanya membela kematian Datuk Patrick Wong Kie Yik, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendakwa pembabitan dua wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Shari dalam skandal rasuah pasir di Selangor.

Dakwanya, pembabitan Shuhaimi dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.

Jelasnya, memandangkan syarikat itu memerlukan bekalan pasir yang banyak, Shuhaimi telah meminta kertas kerja dihantar kepada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dan wakil rakyat itu berjanji akan memberi senarai kawasan pasir yang akan ditender KKSB kepada syarikat berkenaan.

Seterusnya dakwa Raja Petra, pada 2 Julai 2009, Shuhaimi meminta wakil syarikat berkenaan menubuhkan syarikat baru dan melantiknya serta Amiruddin iaitu ADUN Batu Caves sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan elaun bulanan sebanyak RM5,000.

Beliau mendakwa, pada 18 Januari 2010, syarikat baru itu mengemukakan permohonan melombong pasir di kawasan seluas 18 hektar di Dengkil.

"Salinan surat turut diserahkan kepada Shuhaimi dan Amirudin. Bagi tujuan tersebut, Amirudin telah memberi sokongan bertulis (tulisan tangan).

"Satu perkara penting, Shuhaimi dan Amirudin didaftarkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat baru itu pada hari yang sama iaitu 18 Januari 2009 dan ini bukan satu kebetulan," dakwa Raja Petra sebagaimana dipetik dari portal http://www.malaysia-today.net hari ini.

Semalam, beliau mendakwa Patrick dibunuh bagi menutup penyelewengan pasir di Selangor kerana bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu yang juga rakan baiknya semasa hayatnya sedang mengumpul maklumat pembabitan pemimpin pakatan pembangkang dalam skandal tersebut.

Ini kerana dakwa Raja Petra, sebulan sebelum kejadian itu, Patrick dan isteri datang menemuinya di United Kingdom dan memohon tempoh sebulan untuk mendiang mengumpul maklumat sebelum segala penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang didedahkan dalam Malaysia Today.

Patrick sebelum ini dilaporkan terbunuh akibat terjatuh dari balkoni selepas rumahnya dimasuki perompak pada 19 November 2009, tetapi penjenayah hanya melarikan dompet berisi wang tunai AS$300 (RM1,018) serta telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.

Dalam perkembangan berkaitan Raja Petra mendakwa, pada 15 Ogos 2009 Shuhaimi meminta RM3,000 untuk kempen pilihan raya dan sehari selepas itu wang tersebut diserahkan sebelum tambahan RM2,000 dibayar pada 25 Ogos 2009 di Hotel Pearl View, Seberang Prai.

Kemudian dakwanya lagi, pada 9 September 2009 Shuhaimi meminta pula RM35,000 dan pada 10 September 2009, pukul 11.25 malam di sebuah restoran nasi kandar di USJ, bayaran tunai sebanyak RM10,000 (permulaan) dibuat.

Raja Petra mendakwa, semua bayaran adalah sebagai dorongan untuk membantu syarikat baru itu mendapat tender pasir daripada KSSB.

"Pada 16 September 2009 pula Shuhaimi meminta supaya elaun beliau sebanyak RM5,000 disediakan dan bayaran perlu dibuat pada majlis berbuka puasa.

"Pada 17 September, majlis berbuka puasa diadakan di Hotel Legend Kuala Lumpur dan sekitar pukul 8.45 malam, bayaran RM5,000 kepada Shuhaimi dan Amirudin dijelaskan sebelum RM10,000 lagi dibayar beberapa hari kemudian," dakwanya.

Sementara itu, Shuhaimi dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysiamemberitahu beliau akan membuat kenyataan lengkap setelah mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung dakwaan penulis blog itu.

Bagaimanapun dalam entri terbaru seperti disiarkan laman blognya, srimuda.blogspot.com hari ini, beliau menyifatkan blog yang menyiarkan dakwaan tersebut amat popular sebagai blog spin atau dalam bahasa kasarnya putar alam.

Blog itu dakwanya, diingati kerana gaya penulisannya yang sudah bertentangan daripada sebelumnya.

''Ada sesuatu yang dikejar penulisnya mungkin. Duit? Kebebasan? Free thinker? Freemason?.

''Kredibiliti penulisnya sudah tidak dipercayai lalu apa perlu saya menjawab pertanyaan yang dikemukakan,'' katanya.

Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen Amirudin gagal. Pegawai khas beliau, Saharudin Abu Bakar ketika dihubungi juga enggan memberi sebarang ulasan.

Kerajaan Negeri Selangor pula menggesa polis menyiasat secara profesional dakwaan Raja Petra yang disifatkan serius dan mencurigakan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin ketika dihubungi berkata, ia penting bagi memberi keadilan kepada mangsa dan kerajaan negeri atas pembabitan tidak langsung yang cuba dilakukan Raja Petra.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

Rayuan Saudagar Maut ditolak


NEW YORK 9 Feb. – Mahkamah Daerah Manhattan semalam mengekalkan keputusan bersalah yang diputuskan juri ke atas pedagang senjata api Rusia dikenali sebagai Saudagar Maut, Viktor Bout tetapi menyatakan tempat tahanannya kelihatan ‘teruk’ dan ‘kejam’.

Hakim Shira Scheindlin menolak permohonan peguam bela Bout, 44, untuk membatalkan keputusan bersalah pada November lalu di atas empat tuduhan konspirasi menjual senjata kepada pengganas Amerika Selatan untuk digunakan menembak juruterbang helikopter AS.

Beliau berkata, alasan digunakan dalam permohonan tersebut termasuk dakwaan AS tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan Bout, adalah yang sama digunakan dalam perbicaraan sebelum ini.

Bagaimanapun, hakim melahirkan simpati terhadap aduan mengenai keadaan Bout ditahan lebih setahun sejak dia diekstradisi dari Thailand pada lewat 2010 bagi dibicarakan selepas ditangkap dua tahun sebelum itu.

Beliau yang kemudian menetapkan perbicaraan pada Rabu depan berhubung perkara itu, membacakan surat daripada pihak pembelaan menyatakan Bout ditahan dalam satu tempat berasingan tanpa udara segar atau cahaya matahari dan hanya seorang ahli keluarga dibenarkan melawatnya satu kali seminggu serta satu panggilan telefon dalam sebulan.

‘‘Ia kedengaran seperti bukan perkara baik. Ia dilihat sebagai teruk dan kejam. Ia tidak perlu dilakukan. Sesuatu perlu dilakukan mengenainya,’’ katanya.

Penolong Pendakwa Raya AS, Guruanjan Sahni berkata, beliau akan membincangkan isu itu dengan Biro Penjara AS esok untuk melakukan persiapan berhubung perbicaraan tersebut.

Peguam beliau, Albert Dayan berkata, beliau mahu menyelesaikan isu tersebut sebelum keputusan hukuman ke atas anak guamnya itu dibacakan pada 12 Mac ini.

Bout menghadapi hukuman penjara minimum 25 tahun atau paling berat, seumur hidup. – AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Pemberontak perlu senjata



TIGA mayat pemberontak yang didakwa dibunuh oleh tentera Syria dibawa ke atas kenderaan untuk dikebumikan di daerah masyarakat Sunnah di Bab Amro, bandar Homs, kelmarin. – REUTERS


WASHINGTON 9 Feb. – Pemberontak di Syria berkata, mereka bukan mengharapkan bantuan tentera asing tetapi memerlukan lebih banyak senjata untuk dibekalkan kepada puluhan ribu pejuang termasuk askar rejim yang berpaling tadah bagi menewaskan ‘jentera maut’ Presiden Bashar al-Assad.

Rayuan bantuan daripada pemberontak itu disuarakan ketika tentera rejim Assad terus membedil bandar raya Homs di Syria, menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam serangan terbaru hari ini.

Para komander yang beroperasi di bawah Tentera Syria Bebas (FSA) berkata, Amerika Syarikat (AS) terutamanya patut mengambil dasar lebih keras terhadap Assad dan mencari jalan untuk menyalurkan senjata api, pelancar roket dan senjata berat yang lain kepada pemberontak.

Mereka membuat seruan itu dalam siaran secara langsung menerusi laman web dari beberapa lokasi rahsia di sekitar Damsyik dan disiarkan di ibu negara AS ini, semalam.

“Perkara utama ialah bantuan bekalan lojistik kerana kami mampu meneruskan perjuangan ini sendiri, kami tidak meminta bantuan askar asing,” kata komander yang dikenali dengan nama Mohammad kepada kira-kira 50 orang termasuk wartawan dan pakar Asia Barat yang berkumpul untuk menonton siaran itu di pejabat sebuah badan penganalisis keselamatan negara.

Kata Mohammad, pemberontak memerlukan sokongan ketenteraan dan bantuan bekalan kerana ‘bilangan kami mencukupi, cuma kami tidak memiliki senjata’.

“Kami berdepan dengan jentera maut paling kejam di dunia, dan pemberontak hanya menggunakan senjata ringan untuk bertempur dengan kereta kebal,” katanya.

Kelmarin, Senator Republikan, John McCain berkata, masanya telah tiba untuk menimbangkan langkah membekalkan senjata kepada penentang rejim Assad kerana hampir segala usaha diplomasi sudah menemui jalan buntu.

Bagaimanapun White House dan Jabatan Negara AS menyambut dingin cadangan McCain itu.

“Kami belum menimbangkan langkah itu buat masa ini,” kata jurucakap Presiden Barack Obama, Jay Carney.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland pula berkata, menyalurkan lebih banyak senjata ke Syria bukanlah jawapannya. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Mesir tetap teruskan siasatan ke atas NGO


KAHERAH 9 Feb. - Mesir tidak akan menghentikan siasatan ke atas dakwaan badan-badan bukan kerajaan (NGO) menerima dana asing untuk mencetuskan huru-hara di negara ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) mengancam akan menarik balik bantuan kewangan kepada negara ini.

Perdana Menteri, Kamal al-Ganzouri berkata, Mesir akan terus melaksanakan undang-undang.

''Berhubung kes NGO, kami tidak akan berhenti (melakukan siasatan) kerana bantuan atau apa jua alasan,'' katanya pada satu sidang media.

Washington, sebelum ini memberi amaran tindakan Mesir itu membawa risiko bantuan ketenteraan berjumlah AS$1.3 bilion (RM4.03 bilion) yang disalurkan oleh Amerika Syarikat (AS) setiap tahun akan dihentikan.

Seramai 43 aktivis asing dan tempatan diharamkan meninggalkan Mesir ekoran kes berkenaan yang telah dirujuk ke mahkamah jenayah.

Mesir berkata, pegawai tentera utama AS akan melawat Kaherah dalam tempoh terdekat ini bagi menyelesaikan perkara itu.

Di Washington, Jabatan Negara AS menyatakan pihaknya menerima dokumen rasmi pendakwaan ke atas kumpulan prodemokrasi dan NGO yang menerima dana asing.

AS mahu Mesir membatalkan larangan perjalanan ke atas sekurang-kurangnya 19 rakyat AS yang terlibat dalam kes itu tetapi kerajaan Mesir menyatakan mereka tidak boleh campur tangan dalam siasatan tersebut.

Maklumat terperinci individu dan tuduhan yang dikenakan masih belum diketahui. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Usaha mencari mangsa gempa semakin sukar


MANILA 9 Feb. - Usaha pasukan penyelamat Filipina mencari sekurang-kurangnya 71 orang yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di selatan Manila ekoran gempa bumi Isnin lalu, semakin sukar ekoran kekurangan peralatan dan terpaksa berdepan cuaca hujan.

Seramai 30 orang disahkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat dan gempa bumi berukuran 6.9 skala Ricther pada Isnin lalu.

Operasi mencari 29 penduduk yang hilang di perkampungan Planas yang terletak di Guihulngan City, kira-kira 570 kilometer di selatan Manila, terpaksa dihentikan buat sementara waktu ekoran kebimbangan hujan lebat yang boleh menyebabkan berulang kejadian tanah runtuh.

Kapten Tentera, Anacito Naz berkata, peralatan berat digunakan berdekatan pekan La Libertad untuk mengorek tanah sedalam tiga meter dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Solongon, untuk mencari 42 orang yang masih hilang.

Katanya, pasukan penyelamat setakat ini hanya menemui satu mayat dan bangkai binatang.

Ketua Jabatan Pertahanan Awam, Benito Ramos berkata, empat mayat dikeluarkan dalam satu lagi kejadian tanah runtuh di pekan Jimalalud, menjadikan angka rasmi kematian meningkat kepada 30 orang.

Ramos sebelum ini turut menyuarakan kebimbangannya terhadap peluang tipis untuk mencari mangsa yang terselamat. - DPA

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Bekalan makanan mula dihantar



BANJIR di perkampungan Ormenio di barat laut sempadan Bulgaria, selepas air Sungai Evros melimpahi tebing beku akibat cuaca sejuk melampau. Ramai penduduk kampung tersebut terpaksa dipindahkan, kelmarin. – AGENSI


SARAJEVO 9 Feb. – Bantuan makanan dan ubat-ubatan mula dihantar menggunakan helikopter ke kawasan perkampungan di sekitar Eropah semalam, yang dilanda cuaca sejuk melampau sejak 12 hari yang lalu serta menyebabkan lebih 400 orang maut.

Negara-negara di bahagian timur Eropah seperti Poland dan Ukraine mencatatkan lebih separuh daripada jumlah kematian itu dan berpuluh-puluh orang lagi meninggal dunia akibat kesejukan kerana menggunakan alat pemanas yang kurang bermutu.

Salji lebat mulai reda di Bosnia namun cuaca sejuk masih berterusan terutamanya di kawasan selatan dan tenggara dengan suhu menurun sehingga -20 darjah Celsius.

Beribu-ribu penduduk terjejas ekoran bekalan elektrik yang putus termasuk di bandar bersejarah Mostar yang menempatkan kira-kira 15,000 penduduk.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Bosnia, Uma Sinanovic berkata, kawasan sekitar Nevesinje dan Berkovici di selatan negara paling teruk terjejas.

“Bekalan elektrik dan talian telefon terputus sejak dua hari lalu di wilayah ini,” katanya.

Pihak berkuasa Bosnia menghantar helikopter awam dan tentera ke kawasan dusun berdekatan Mostar dan Kalivonic, dengan membawa bekalan keperluan seperti tepung, minyak serta membawa penduduk yang sakit ke hospital.

Sementara itu, pasukan pemecah ais bertungkus-lumus membersihkan bahagian Danube, satu daripada laluan utama air di Eropah, selepas laluan antara Croatia dan Bulgaria membeku.

Serbia turut melarang sebarang aktiviti perkapalan di sepanjang laluan air itu termasuk di Danube, Sava dan Sungai Tisa yang membeku.

Agensi berita Beta berkata, lebih 70,000 penduduk masih bergelap di Serbia dan beberapa bahagian di Balkan.

Ukraine paling terjejas teruk dengan beratus-ratus kenderaan terkandas di semenanjung Crimea dan sekurang-kurangnya 131 kematian dicatatkan setakat ini.

Di Rusia pula, pihak berkuasa berkata, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh sepanjang tahun ini, dengan 44 daripadanya maut pada minggu pertama bulan ini. – AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Berpuasa bantu pesakit kanser


WASHINGTON 9 Feb. - Penyelidikan awal terhadap tikus yang menghidapi kanser menunjukkan berpuasa boleh melemahkan tumor dan membantu meningkatkan keberkesanan kemoterapi.

Belum diketahui sama ada pendekatan sama boleh memberi kesan kepada manusia, atau sama ada ia selamat atau tidak, tetapi penyelidik menganggap keputusan tersebut menggambarkan fokus kajian baru yang berpotensi meningkatkan respons terhadap rawatan kanser.

Dalam eksperimen terhadap tikus, 'gabungan kitaran berpuasa serta kemoterapi menunjukkan ia lebih berkesan atau jauh lebih berkesan berbanding kemoterapi semata-mata', kata penulis laporan, Valter Longo yang juga profesor gerontologi dan sains biologi di Universiti Southern California (USC), semalam.

Longo dan rakan-rakannya pada 2008 menyiarkan hasil penyelidikan yang menunjukkan berpuasa melindungi sel normal daripada kesan kemoterapi.

Penyelidikan itu tertumpu kepada sejenis kanser dan sejenis ubat kemoterapi.

Kajian terbaru yang disiarkan dalam jurnal Science Translational Medicine meluaskan skop penyelidikan tersebut untuk menunjukkan berpuasa menjadikan sel kanser lebih lemah dan merangkumi beberapa jenis kanser pada tikus.

Jenis kanser yang dikaji termasuk kanser payu dara, melanoma, glioma dan neuroblastoma manusia.

Semua kanser yang dikaji menunjukkan berpuasa digabungkan dengan kemoterapi meningkatkan peluang untuk hidup, memperlahankan pertumbuhan tumor dan/ atau membataskan penyebaran tumor.

"Kami tidak tahu sama ada berpuasa berkesan pada manusia atau tidak, tetapi buat masa ini, pesakit kanser harus dilarang berpuasa meskipun mereka boleh meminta nasihat doktor mengenai kemungkinan itu," kata Longo.

Pada 2010, kajian terhad melibatkan 10 pesakit kanser yang cuba menggabungkan kitaran berpuasa dengan kemoterapi mendapati mereka merasakan mereka kurang mengalami kesan sampingan daripada rawatan itu. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Serangan babit orang Islam di AS berkurangan


WASHINGTON 9 Feb. - Bilangan serangan keganasan melibatkan penganut Islam Amerika di negara ini didapati menurun dalam tempoh dua tahun berturut-turut, menurut satu kajian oleh Pusat Segi Tiga Keganasan dan Keselamatan Dalam Negeri.

Kajian itu, sekali gus bercanggah dengan amaran yang dikeluarkan anggota Parti Republikan di Kongres berhubung komplot keganasan yang kononnya dirancang masyarakat Islam di negara ini.

Menurut kajian tersebut, hanya 20 individu Islam Amerika yang melancarkan serangan telah ditahan atas dakwaan jenayah keganasan pada tahun lalu, berbanding 26 orang pada 2010 dan 49 individu pada 2009.

Laporan itu menyatakan bahawa sejak peristiwa serangan pada 11 September 2001, seramai 193 penganut Islam ditahan atau disabit kesalahan di bawah akta keganasan.

Penemuan itu menyusul selepas pendedahan tentang pemantauan Jabatan Polis New York terhadap masyarakat Islam di bandar raya itu.

Ia juga dilihat menyokong kritikan yang memberi amaran, pemantauan terhadap penganut Islam Amerika adalah satu tindakan tidak produktif dan ia boleh membuatkan negara ini kurang selamat.

"Keganasan melibatkan orang Islam Amerika didapati hanya mendatangkan ancaman kecil kepada keselamatan awam pada tahun lalu.

"Malah, tiada satu pun daripada 14,000 pembunuhan di Amerika pada tahun lalu disebabkan oleh orang Islam," kata pakar sosiologi Universiti North Carolina, Charles Kurzman, yang menulis kajian tersebut.

Pengarah Pusat Segi Tiga Keganasan dan Keselamatan Dalam Negeri, David Schanzer berkata, kajian itu membuktikan ramalan oleh sesetengah pihak yang menyatakan keganasan melibatkan penduduk Islam Amerika semakin meningkat adalah salah sama sekali.

"Walaupun fahaman radikal dalam negara masih merupakan ancaman utama, individu bersalah pada tahun lalu tidak mempunyai kemahiran dan kurang berhubung dengan organisasi keganasan antarabangsa, berbanding tahun-tahun sebelum itu," katanya. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Sikap Israel boleh bawa petaka



IMEJ fail Tentera Udara AS pada 12 Mac 2003 merakamkan dua juruterbang memeriksa peluru berpandu GBU-28 seberat 2,268kg senjata yang dikawal laser dengan jarak sasaran lebih 9.65 kilometer yang dikatakan akan digunakan untuk menyerang kemudahan nuklear Iran. Namun, tentera AS menyatakan bom konvensional terbesar milik AS itu tidak mampu memusnahkan kemudahan nuklear bawah tanah Iran, Wall Street Journal melaporkan pada 27 Januari lalu bahawa tentera AS sedang mencipta bom berkuasa tinggi seberat 13.6-tan dikenali sebagai Massive Ordnance Penetrator, yang direka khas untuk memusnahkan kemudahan nuklear Iran dan Korea Utara. - AFP


MOSCOW 9 Feb. - Pendirian keras Israel terhadap spekulasi berhubung program senjata nuklear Iran boleh membawa malapetaka besar, kata seorang pegawai kanan Kementerian Luar Rusia, hari ini.

Spekulasi berhubung kemungkinan Iran membangunkan senjata nuklear 'meningkatkan ketegangan dan boleh menggalakkan langkah ke arah tindakan ketenteraan yang membawa malapetaka besar', kata ketua jabatan keselamatan dan pelucutan senjata di Kementerian Luar Rusia, Mikhail Ulyanov kepada agensi berita Interfax.

Sebahagian daripada spekulasi yang meningkat sejak beberapa minggu lalu berpunca daripada kenyataan pegawai rejim Zionis Israel mengenai kemungkinan Israel melancarkan serangan ke atas Iran.

Israel dan kuasa Barat mendakwa program nuklear Iran sebenarnya mempunyai motif sulit untuk membina senjata atom, dakwaan yang dinafikan oleh Teheran.

Dakwaan mengenai motif program nuklear Iran 'mempunyai objektif politik dan propaganda yang sangat jahat', kata Ulyanov.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada bulan lepas berkata, Israel masih 'sangat jauh' sebelum membuat keputusan sama ada hendak menyerang Iran bagi menyekat program nuklearnya.

Bagaimanapun, ketua perisikan tentera Israel, Jeneral Aviv Kochavi memberitahu satu persidangan keselamatan pada minggu lalu, Iran memiliki cukup banyak bahan radioaktif untuk membina empat bom nuklear.

Rejim Zionis menyokong sekatan ketat ke atas Iran tetapi turut mempertahankan haknya untuk mengambil tindakan ketenteraan bagi menghalang aktiviti nuklear Teheran.

Israel dipercayai merupakan satu-satunya kuasa nuklear di Asia Barat walaupun rejim Zionis Israel itu enggan mengakuinya. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Cahaya aurora hijau di Kanada



IMEJ yang dirakamkan angkasawan yang menunjukkan cahaya aurora pada 25 Januari lalu.


FLORIDA - Satu cahaya hijau yang dikenali sebagai Aurora Borealis dirakamkan oleh angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 25 Januari lalu.

Imej itu dirakamkan dekat sempadan British Columbia dan negeri Washington berhampiran Pulau Vancouver di selatan Alberta berhampiran Calgary.

Cahaya itu terjadi akibat perlanggaran partikel yang telah dicaj. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Ikan yu gergasi jadi bahan pameran



DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.


KARACHI - Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.

Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar.

Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribunebahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.

Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Lelaki paling pendek dunia enggan berkahwin



Chandra BAHADUR DANGI (kiri) duduk di sebelah seorang kanak-kanak di daerah Jhapa, Nepal pada 6 Februari lalu.


SURUNGA, Nepal - Seorang warga emas yang didakwa lelaki terpendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi menyatakan, dia berharap kehidupannya menjadi lebih baik selepas mendapat pengesahanGuinness World Records.

Dangi mendakwa dia memiliki ketinggian cuma 56 sentimeter (sm) dengan berat badan hanya 12 kilogram.

Pada minggu ini, sepasukan pegawai Guinness World Records dijangka tiba di kampung halaman Dangi di Purandhara, selatan Nepal bagi mengukur ketinggian lelaki berusia 72 tahun itu.

Dalam wawancara pertama bersama agensi berita AFP, Dangi berkata, pengesahan Guinness World Records amat bermakna buat dirinya selepas dia hidup susah selama bertahun-tahun.

"Saya percaya hidup saya akan menjadi lebih baik. Saya berharap saya akan menjadi terkenal di seluruh dunia," kata Dangi ketika ditemui pada satu acara keagamaan di Surunga, bandar yang terletak di tebing sungai Kankai, 280 kilometer ke tenggara ibu kota Nepal, Kathmandu.

"Saya mahu melawat negara-negara luar dan bertemu orang ramai di seluruh dunia."

Dangi yang memiliki lima adik-beradik yang mempunyai ketinggian normal kini menjalani kehidupan sebagai pesara.

Menurutnya, dia belum pernah bercinta dan masih belum berumah tangga.

"Saya pendek sejak zaman kanak-kanak. Justeru, saya tidak dapat mencari seorang wanita untuk berkahwin semasa saya muda. Kemudian saya meninggalkan terus idea mengenai perkahwinan.

"Pada peringkat umur ini, saya tidak berminat untuk berkahwin lagi," katanya.

Punca dia tidak membesar masih lagi menjadi misteri walaupun ramai pemegang gelaran lelaki terpendek dunia sebelum ini disahkan menghidap sindrom pembesaran terbantut yang mempunyai tanda-tanda sejak dalam rahim ibu lagi.

Dangi menyatakan, beberapa saudaranya akan mengaraknya pada festival semasa dia masih muda.

Menurutnya, dia tidak berkongsi sebarang bayaran yang diperoleh daripada saudaranya itu.

"Mereka melayan saya sebagai alat permainan," katanya kepada akhbar Republica.

Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sm.

Namun, jika dakwaan Dangi disahkan, dia bukan sahaja merampas gelaran Balawing tetapi turut diisytihar sebagai lelaki terpendek di dunia yang pernah direkodkan.

Seorang lagi rakyat Nepal, Khagendra Thapa Magar memegang rekod sebagai lelaki paling pendek di dunia selama setahun ketinggiannya dengan 67sm pada 2010.

Magar muncul di televisyen di Eropah dan di Amerika Syarikat selain menjadi duta pelancongan Nepal.

- Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

PBB kutuk keganasan tentera Syria


GAMBAR yang diperoleh di Shaam News Network semalam menunjukkan sebuah masjid dikelilingi asap ekoran pertempuran tentera Syria di Homs.


AMMAN - Tentera Syria mengebom kawasan kejiranan penduduk yang dikuasai kumpulan penentang antipemerintahan Presiden Bashar Al-Assad di bandar Homs semalam, kata beberapa aktivis.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon turut mengutuk serangan tentera Syria ke atas kumpulan penentang itu.

Pertempuran itu berlaku sejak tahun lalu dan ia kini semakin menyebabkan ramai kematian.

"Saya bimbang keganasan yang sangat dahsyat yang kita saksikan di Homs dengan senjata-senjata berat melepaskan tembakan ke arah kawasan kediaman penduduk," kata Kim-moon.

Para aktivis dan penduduk melaporkan ratusan penduduk terbunuh sejak tentera Bashar cuba untuk mengusir para penentangnya di Homs pada minggu lalu. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Nasheed beri amaran rejim diktator terus hidup




2012/02/09

NEW YORK: Bekas pemimpin Maldives, Mohamed Nasheed yang meletak jawatan selepas rampasan kuasa, memberi amaran hari ini bahawa pemerintahan diktator akan kembali menular ke dalam dunia Islam selepas kebangkitan demokrasi.

Mohamed Nasheed yang memberitahu AFP bahawa beliau dipaksa untuk meletak jawatan semalam selepas ancaman daripada polis dan pegawai tentera, melaporkan kepada The New York Times bahawa pemerintahan diktator ‘tidak akan berkubur walaupun pemimpinnya meletakkan jawatan’.
"Gelombang revolusi yang menumbangkan autokrat di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman tahun lalu pastinya mengakibatkan harapan tipis," menurut kenyataan yang dikeluarkan Nasheed. - AFP
Berita Harian Online | Nasheed beri amaran rejim diktator terus hidup:

'via Blog this'