'via Blog this'
Saturday, January 14, 2012
Identiti askar Amerika kencing mayat Taliban dikenal pasti
'via Blog this'
Keganasan agama di Nigeria, 2 maut masjid dibakar
'via Blog this'
Liga Arab bimbang perang saudara di Syria
| Penunjuk perasaan antikerajaan mengusung mayat Sadeq Mudiaha, yang mereka dakwa terbunuh semasa berlaku pertempuran dengan askar kerajaan untuk dikebumikan di Deir Balaba dekat bandar Homs, kelmarin. - REUTERS |
KAHERAH 13 Jan. - Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby melahirkan kebimbangan akan berlaku perang saudara di Syria yang boleh memberi kesan kepada negara-negara jirannya, ketika kredibiliti misi pamantau badan tersebut dipersoalkan selepas anggotanya mula meninggalkan Syria.
'via Blog this'
Bahana suntikan uri kambing kerana mahu cantik
MANDY menunjukkan kesan bengkak dan nanah akibat suntikan
uri kambing biri-biri pada punggungnya di Pejabat Biro
Pengaduan Awam (MCA), Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.
|
KUALA LUMPUR - Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.
Pejabat baharu Facebook
| BANGUNAN baharu Facebook di Taman Menlo, California yang dirakamkan pada Rabu lalu. |
TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California.
Mahmoud temui Fidel Castro
| MAHMOUD AHMADINEJAD berdiri di sebelah Fidel Castro di Havana pada Rabu lalu. |
HAVANA, Cuba - Dua seteru utama Amerika Syarikat, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan bekas pemimpin Cuba Fidel Castro berbincang tentang isu dunia selama dua jam dalam satu pertemuan di sini.
Iran tuduh Mossad, CIA
| SEJUMLAH orang membawa keranda dan poster Mostafa Ahamadi Roshan semasa perarakan jenazah saintis Iran itu di Teheran semalam. |
TEHERAN - Iran semalam menuduh Israel dan Amerika Syarikat (AS) membunuh seorang saintis nuklearnya dalam komplot untuk menghalang program nuklear negara berkenaan.
Friday, January 13, 2012
Budak mandi asid
| DERITA...badan, muka dan tangan Ali berbalut akibat terkena percikan kimia. |
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera di muka, dada, tangan dan leher akibat terkena percikan sejenis bahan kimia yang ada dalam satu tin logam ditendang kakaknya ketika dua beradik itu melalui sebuah kilang dipercayai beroperasi secara haram di Jalan Meranti 7, Taman Rinting, Masai, di sini.
Wakil masyarakat Sabah di Johor, Alex Puspah yang dimaklumkan kejadian itu oleh keluarga dan jiran mangsa yang menyaksikan insiden berkenaan berkata, akibat percikan cecair berkenaan, muka, dada, tangan dan leher Ali menjadi kehitam-hitaman seolah-olah terbakar.
“Melihat Ali sedemikian rupa, abang mangsa, Ishak yang berusia sembilan tahun segera menyimbah adiknya menggunakan air paip di luar rumah menyebabkan wajah Ali bertukar kemerah-merahan,” katanya,” semalam.
Menurut Alex, saksi kejadian memaklumkan mengenai kejadian itu. Katanya, ketika itu Ali tidak berhenti menangis menyebabkan keluarganya panik manakala bapa kanak-kanak itu, Baser Maid, 33, pergi ke kilang berkenaan untuk menyiasat.
“Pekerja warga asing di kilang itu berkata, cecair itu adalah minyak hidrolik,” katanya.
Ali ditahan di wad HSA selama seminggu sebelum dibenarkan pulang Isnin lalu dan kecederaan dialaminya menyebabkan Ali tidak boleh bercakap selama tiga hari. “Doktor membenarkan Ali pulang namun dia perlu ke HSA setiap hari untuk mencuci kecederaannya. Setahu saya, sejak kejadian sehingga hari ketiga, pemilik kilang dipercayai berusia lingkungan 40-an baru sekali bertemu keluarga mangsa,” katanya.Menurut Alex, selepas kejadian kecoh diperkatakan, barulah pengurusan kilang terbabit datang dan berjanji menanggung semua perbelanjaan, sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah pun melawat Ali di HSA, seolah-olah mahu lepas tangan. Alex turut mempertikaikan bagaimana premis itu boleh beroperasi menggunakan bahan kimia berbahaya sedangkan kedudukannya berhampiran kediaman.
'via Blog this'
FPI mahu kerajaan haramkan alkohol
'via Blog this'
Pendakwa mati ditembak dalam mahkamah
Katanya, pegawai pendakwa itu disahkan mati di hospital tidak lama kemudian.
Jurucakap polis pula berkata, lelaki terbabit ditahan di tempat kejadian.
“Setakat ini, kami tidak diberitahu ada orang lain cedera,” katanya.
'via Blog this'
Pencuri ‘ditangkap’ komputer riba penuntut
Perisian dikenali sebagai Prey itu menghantar e-mel kepada penuntut terbabit bagi memaklumkan lokasi komputer riba berkenaan.
Polis menahan Rastin keesokan harinya dan menemui komputer riba serta pelbagai barang curi lain di rumah pemuda terbabit.
Semalam, mahkamah diberitahu, komputer riba berkenaan dicuri di Bristol pada 20 Ogos tahun lalu.
'via Blog this'
Jepun tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat
'via Blog this'
2 kapal perang AS ke Teluk
Peralihan dalam aset tentera laut Amerika Syarikat itu dilakukan ketika ketegangan dengan Iran semakin meningkat.
Amerika Syarikat berkata ia akan bertindak jika selat berkenaan ditutup.
Pegawai tentera Amerika berkata, USS Carl Vinson tiba di Laut Arab kelmarin untuk menggantikan USS John C Stennis yang diberi amaran oleh Iran supaya tidak kembali ke Teluk selepas meninggalkannya Disember lalu.
Sebuah lagi kumpulan kapal pengangkut pesawat yang diketuai oleh USS Abraham Lincoln menamatkan lawatan ke Bangkok Selasa lalu dan kini berada di Lautan Hindi.
'via Blog this'
Teheran mungkin diserang: Russia
“Ada kemungkinan peningkatan aktviti ketenteraan di Iran dan Israel mendorong Amerika Syarikat ke arah itu,” kata Patrushev dalam temuramah yang disiarkan akhbar Kommersant.
'via Blog this'
0xOmar ancam godam 200 kad kredit Yahudi sehari
Dia berbuat demikian sehari selepas penggodam Yahudi mendedahkan lebih 200 maklumat kad kredit yang didakwa milik warga Saudi.
Tiga hari kemudian, dia berkata, dia mendedahkan 11,000 lagi kad tetapi menyebabkan risiko ancaman virus kepada sesiapa saja yang cuba memuat naik maklumat berkenaan.
Syarikat kad kredit utama Israel berkata, kira-kira 20,000 kad masih sah digunakan terjejas.
'via Blog this'
Janda serumah dengan kuda
| LADY GREY TOO yang berusia tiga tahun, diberi minuman oleh Stephanie di ruang tamu rumah wanita itu di Back, Scotland. |
EDINBURGH: Seorang wanita bertegas enggan berpindah atau mengubah cara hidupnya walaupun tindakannya hidup bersama seekor kuda kecil dibantah jiran.
Janda penggemar haiwan itu berkata, kuda berkenaan - dinamakannya Grey Lady Too terpaksa menginap di ruang tamu rumah selepas jiran mengadu haiwan berkenaan memakan tanamannya.
Stephanie juga menyediakan 60 kilogram pasir dan empat guni tahan lasak untuk membolehkan kuda berkenaan membuang najis.
Disebabkan cara hidupnya yang luar biasa itu, Stephanie berdepan dengan pelbagai rungutan daripada penduduk berhampiran.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan berkata, mereka tidak boleh bertindak kerana Grey Lady Too tinggal di rumah Stephanie.
“Ini harta saya. Jika saya mahu menyimpan gajah di sini pun, tiada siapa boleh melarang,” katanya.
Menurut Stephanie, dia tidak melihat perbuatannya memudaratkan kudanya.
“Sebenarnya, tidak normal untuk seseorang memelihara burung dalam sangkar, kerana burung sepatutnya terbang bebas.
'via Blog this'
30 minit detik cemas keluarga Wardina disamun
| Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. semalam. - BERNAMA |
KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot bersyukur keluarganya terselamat dalam detik-detik cemas 30 minit mereka disamun tiga lelaki bersenjata di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi tadi.
'via Blog this'
AS pantau laman web popular
WASHINGTON 12 Jan.- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS) menjalankan pemantauan rutin ke atas laman-laman web popular termasuk yang melaporkan berita dan gosip seperti Facebook, Twitter, Hulu, WikiLeaks, Huffington Post dan Drudge Report.
Menurut dokumen kerajaan, satu 'penelitian mematuhi privasi' yang dikeluarkan jabatan tersebut pada November lalu menyatakan, sejak Jun 2010, pusat operasi DHS telah mengendalikan program 'Jaringan Sosial/ Kemampuan Media'.
Ia berperanan menjalankan pemantauan ke atas forum-forum dalam talian yang boleh diakses semua pengguna, blog, laman-laman web awam dan mesej-mesej.
Pemantauan itu dilaksanakan bagi mengumpul maklumat yang boleh digunakan bagi membangkitkan kesedaran tentang situasi tertentu dan mewujudkan satu gambaran operasi umum.
Dalam kata lainnya, tugas itu dilakukan bagi membantu DHS dan agensi-agensi seperti Perkhidmatan Rahsia AS dan Agensi Pengurusan Sulit Kecemasan Persekutuan yang menguruskan respons kerajaan terhadap kejadian tertentu contohnya gempa bumi di Haiti pada 2010.
Seorang pegawai bertanggungjawab dalam tugas itu berkata, pemantauan tersebut dibuat bagi membolehkan pegawai pusat operasi sentiasa berhubung dengan media Internet supaya mereka tahu tentang peristiwa yang berlaku kerana ia mungkin memerlukan respons jabatan.
Dokumen menggariskan program pemantauan itu menjelaskan, semua laman web yang dipantau merupakan yang boleh diakses semua pengguna dan semua data yang diperoleh dalam Internet digunakan untuk mewujudkan kesedaran bagi satu-satu kejadian.
Pegawai DHS itu berkata, peraturan program pemantauan juga menetapkan jabatan tidak akan menyimpan salinan kekal trafik Internet yang dipantaunya.
Bagaimanapun, pusat operasi akan menyimpan maklumat yang diperolehi untuk masa tidak lebih lima tahun. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
Demonstrasi sempena genap 10 tahun kem Guantanamo
WASHINGTON 12 Jan. - Aktivis hak asasi manusia berpakaian jingga dan berselubung kepala berwarna hitam seperti tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba berarak di hadapan bangunan White House, semalam dalam protes menandakan hari ulang tahun ke-10 pembukaan kem tahanan tentera Amerika Syarikat (AS) itu.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan tanpa mempedulikan hujan lebat mengutuk penjara tersebut sebagai mencemari nilai-nilai hidup Amerika sambil membawa gambar-gambar tahanan dan sepanduk.
"Tutup Gitmo" dan "Siasat serta Dakwa Kes Penyeksaan AS", menurut sepanduk itu.
Washington menubuhkan kem tahanan di pangkalannya di Cuba itu selepas tentera AS menyerang Afghanistan berikutan insiden serangan militan pada 11 September 2001.
Kumpulan pertama seramai 20 orang tahanan tiba di Guantanamo pada 11 Januari 2002.
"Hari ini menandakan hari yang sangat memalukan, 10 tahun penahanan tanpa perbicaraan, 10 tahun penyeksaan, 10 tahun pencabulan kedaulatan undang-undang," kata penganjur protes, Frida Berrigan daripada pertubuhan hak asasi manusia, Witness Against Torture kepada beberapa ratus aktivis di Lafayette Park, di seberang jalan White House.
Profesor undang-undang City University of New York yang mewakili tahanan di Guantanamo, Ramzi Kassem berkata, tahanan memperingati hari ulang tahun itu dengan melancarkan mogok lapar selama tiga hari dan dengan tidak kembali ke bilik kurungan masing-masing.
Penunjuk perasaan itu terus berarak ke bangunan Mahkamah Agung dan berhimpun di sana sebelum bersurai.
Sejumlah 779 tahanan asing ditempatkan di Guantanamo dan sebahagian besarnya telah dibebaskan tetapi 171 orang masih ditahan.
Belum ada tahanan yang dibebaskan dalam tempoh setahun ini. - REUTERS
UFO banyak dilihat minggu pertama 2012
COLORADO 12 Jan. - Dalam tempoh seminggu pertama tahun baru ini, lebih 200 laporan mengenai kelibat objek terbang yang tidak dikenal pasti (UFO) disaksikan di pelbagai lokasi di seluruh dunia.
Ia sama ada dalam bentuk gelembung-gelembung di udara, pesawat konvensional atau objek astronomi yang tidak dikenal pasti, jumlahnya meningkat setiap hari, tambahan pula proses rakaman menjadi lebih mudah dengan adanya kamera video digital dan telefon bimbit terkini.
Pertubuhan penyiasatan UFO terbesar di dunia, Mutual UFO Network (MUFON) yang berpangkalan di sini menerima banyak laporan tentang objek aneh di angkasa pada minggu pertama tahun baru ini daripada saksi di 36 buah negeri di negara ini.
"Januari tahun lalu, MUFON mencatat sekitar 500 laporan, namun untuk tahun ini kami menerima sehingga 233 laporan untuk tempoh minggu pertama sahaja," kata Pengarah Antarabangsa, Clifford Clift.
Begitu juga dengan catatan pada Disember lalu dengan 810 laporan berbanding 500 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
"Tahun lalu, terdapat lebih 6,000 objek aneh dilihat dan jika melihat kepada trend ini, angkanya akan meningkat hingga 50 peratus dengan kira-kira 10 peratus daripada laporan berakhir dengan keputusan buntu selepas penyiasatan dijalankan," katanya.
Merujuk kepada sebuah lagi badan penyiasat WeatherWatch.co.nz yang berpangkalan di New Zealand, dalam masa sehari pertama 2012 mereka menerima 80 laporan dan berterusan hingga kini dengan kira-kira 10 laporan setiap jam.
"Ramai yang keluar rumah pada sambutan tahun baru. Di Amerika Syarikat misalnya, cuaca kering dan sederhana di kebanyakan tempat menyebabkan ramai yang mengambil keputusan keluar rumah untuk melihat objek aneh," kata pakar analisis cuaca, Philip Duncan.
Menurut tolatestufosightings.net, sekumpulan cahaya berbentuk silinder berkilau-kilau dirakamkan di Campinas, Brazil pada 3 Jan. Seterusnya pada hari yang sama dua objek terbang berwarna cerah bergerak dalam keadaan perlahan dirakamkan di Sinaloa, Mexico.
Clift berkata, semakin ramai yang ingin tahu tentang UFO dan mereka akan keluar rumah untuk menyaksikan sebarang keganjilan di ruang angkasa, sekali gus menjadikan laporan tentang objek aneh tersebut meningkat. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
Boko Haram: Serangan memang wajar
ABUJA 12 Jan. - Pemimpin kumpulan radikal, Boko Haram di Nigeria, Abubakar Shekau mempertahankan serangan-serangan yang dilancarkan kumpulannya di utara negara ini menerusi satu video yang disiarkan semalam.
Dalam video yang dimuat naik di YouTube itu, Shekau dilihat memakai jubah putih, jaket kalis peluru dan berserban.
"Kerajaan tidak akan dapat menumpaskan Boko Haram. Semua serangan itu memang wajar dilancarkan," katanya.
Kumpulan itu yang mula aktif sejak 10 tahun lalu, menggandakan kempen serangannya beberapa minggu kebelakangan ini, meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa sejak Krismas lalu apabila beberapa serangan bom serentak menggegar gereja-gereja di seluruh negara ini.
Kelmarin, lapan maut dalam satu serangan di sebuah bar di bandar Yobe, timur laut Nigeria.
Tiada pihak tampil bertanggungjawab di atas serangan tersebut, tetapi sumber polis berkata, ia mungkin didalangi pihak yang mempunyai kaitan dengan Boko Haram.
Sementara itu, Palang Merah Nigeria semalam berkata, seramai 8,000 penduduk di selatan negara ini telah meninggalkan kota purba Benin, selepas satu serangan di sebuah masjid mengorbankan lima orang kelmarin.
Bahagian selatan Nigeria didominasi penduduk Kristian sementara masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di bahagian utara negara ini.
Boko Haram sebelum ini menggesa kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang Syariah di Nigeria. - DPAUtusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
Pemantau Arab di Syria kecewa
KAHERAH 12 Jan. - Delegasi pemantau Liga Arab ke Syria berdepan kesukaran, dengan dua anggota mengancam untuk menarik diri dalam masa 24 jam kerana misi mereka dilihat gagal memberi kesan kepada proses perdamaian di negara itu.
Seorang pemantau yang tidak mahu namanya dikenali, semalam berkata, beliau sudah bersedia menarik diri, sekali gus menjejaskan usaha damai misi tersebut sehari selepas anggota pemantau dari Algeria, Anwar Malek memberitahu TV Al-Jazeera bahawa beliau menarik diri kerana misi keamanan itu hanya sandiwara.
Kedua-dua mereka jelas terkejut dengan situasi dahsyat yang berlaku di Syria dan berkata, pertumpahan darah tidak reda walaupun dengan kehadiran misi pemantau Liga Arab.
Keputusan menarik diri oleh Malek menjadi satu tamparan kepada misi tersebut, yang sememangnya dikritik oleh pembangkang Syria sebagai boneka yang hanya berkhidmat untuk memenangi hati Presiden Bashar al-Assad.
Tugasnya dikejutkan dengan serangan ke atas pemantau di pelabuhan barat Latakia pada minggu ini yang mencederakan 11 mangsa, menyebabkan Liga Arab mengambil keputusan menangguhkan sementara penghantaran pemantau baru dengan bilangan yang lebih ramai daripada 165 anggota sedia ada.
Peletakan jawatan terbaru itu dilihat akan lebih menjejaskan kredibiliti badan itu.
Ditanya sama ada beliau bersetuju tindakan Malek itu berpunca daripada misi tersebut yang dianggap gagal, pemantau itu menyokong.
"Saya sendiri akan cuba keluar esok. Saya mahu ke Kaherah atau tempat lain kerana misi ini tidak jelas. Ia tidak berkhidmat untuk rakyat di situ, ia sebenarnya tidak berbuat apa-apa," katanya.
Menurutnya, pihak berkuasa Syria mengeksploitasi kelemahan delegasi dan ia jelas kelihatan melalui beberapa peralatan tentera yang masih wujud termasuk di dalam masjid.
"Kami meminta peralatan tentera dikeluarkan dari masjid Abu Bakr al-Siddiq di Deraa dan hingga kini ia masih berada di situ," katanya. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
Askar AS kencing mayat militan Taliban
WASHINGTON 12 Jan. - Kor Marin Amerika Syarikat (AS) akan melancarkan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan askar AS di Afghanistan dipercayai membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban yang disiarkan di YouTube dan laman web lain.
Dalam video itu, empat lelaki berpakaian seragam tempur celorong-celoreng kelihatan membuang air kecil ke atas mayat tiga pejuang Taliban.
Seorang daripada mereka secara bergurau berkata, 'selamat jalan, kawan', manakala seorang lagi membuat jenaka lucah mengenai mandi di bawah pancuran.
Rakaman video itu boleh disaksikan di http://www.youtube.com/watch?v-TMq3m-Oli4
"Walaupun kami belum mengesahkan asal-usul atau kesahihan video itu, tindakan yang ditunjukkan tidak selaras dengan prinsip-prinsip utama kami dan tidak menggambarkan keperibadian askar Marin dalam Kor kami.
"Perkara ini akan disiasat secara terperinci," menurut Kor Marin dalam satu kenyataan.
Seorang pegawai tentera yang enggan disiarkan namanya berkata, topi dan senjata yang dibawa oleh seorang askar itu menunjukkan mereka berempat mungkin anggota sepasukan penembak tepat elit.
Sebuah pertubuhan hak-hak sivil Islam di AS dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta mengutuk perbuatan mencemarkan mayat itu.
"Mana-mana pihak bersalah mesti dihukum sekeras-kerasnya di bawah Kanun Seragam Kehakiman Tentera dan di bawah undang-undang Amerika yang relevan," menurut Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) dalam sepucuk surat, yang salinannya dihantar kepada beberapa pertubuhan media.
Kira-kira 20,000 askar marin AS ditempatkan di Afghanistan, kebanyakannya di wilayah Kandahar dan Helmand di selatan negara itu. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
Pengetua dan 6 pelajar pesantren didakwa lakukan keganasan
JAKARTA 12 Jan. - Pengetua pesantren, Umar bin Khatab di Bima, Nusa Tenggara Barat, Abrori M. Ali, semalam dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan keganasan selepas sekolah berasrama itu didakwa menjadi kilang membuat bom.
Pendakwa raya Bambang Suhardi memberitahu Mahkamah Daerah Tangerang, defendan didakwa memiliki bahan letupan dan mencetuskan keganasan, tuduhan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Julai lalu, seorang kakitangan pesantren maut dalam satu insiden letupan yang tidak disengajakan.
Kejadian itu berlaku sebulan selepas seorang pelajar pesantren tersebut menikam sehingga mati seorang anggota polis.
"Satu serbuan di sekolah itu menemui 27 bom buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk menyerang polis.
"Abrori merancang untuk melatih lima pelajar setiap bulan untuk menjadi pengebom berani mati," kata Suhardi.
Selain pengetua itu, enam yang lain semuanya pelajar turut dihadapkan ke mahkamah kerana 'melakukan aktiviti boleh mencetuskan keganasan' yang juga memperuntukkan hukuman mati.
Seorang daripada mereka, Syakban A. Rahman didakwa membunuh seorang anggota polis menggunakan pisau.
Polis tahun lalu berkata, pesantren itu mempunyai hubungan dengan guru agama radikal Abu Bakar Bashir, yang kini menjalani hukuman penjara sembilan tahun kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan ke atas warga Barat dan ahli politik. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
'Pihak asing' bunuh saintis Iran
NEW YORK 12 Jan. - Iran mendakwa memiliki bukti kukuh 'pihak asing' mendalangi pembunuhan pakar-pakar nuklear Iran dan menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk 'perbuatan keganasan' itu.
Duta Iran ke PBB, Mohammad Khazaee, semalam menggesa Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Majlis Keselamatan dan Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Nassir Abdulaziz al-Nasser mengutuk pembunuhan itu 'dengan sekeras-kerasnya'.
Khazaee dalam surat kepada ketiga-tiga pihak itu, menyifatkan pembunuhan itu sebagai 'kejam, tidak berperikemanusiaan dan perbuatan keganasan'.
"Terdapat bukti kukuh pihak-pihak asing mendalangi pembunuhan itu.
"Perbuatan keganasan sedemikian dilakukan sebagai usaha untuk menggendalakan program nuklear Iran, berdasarkan andaian palsu diplomasi semata-mata tidak memadai untuk mencapai tujuan tersebut," katanya.
Timbalan pengarah loji pengayaan uranium Natanz di Iran, Mostafa Ahmadi Roshan, kelmarin menjadi pakar nuklear Iran keempat yang dibunuh.
Pihak berkuasa Iran yang menuduh Israel dan Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu berkata, kesemua mereka dibunuh dengan bom magnet yang dilekatkan pada kereta yang mereka naiki.
Surat Khazaee kepada PBB tidak menyebut mana-mana negara tetapi beliau berkata, pihak-pihak asing melakukan apa sahaja untuk memastikan Republik Islam Iran dinafikan haknya yang mutlak untuk menghasilkan tenaga nuklear bagi kegunaan awam.
"Iran tidak akan bertolak-ansur berhubung haknya yang mutlak untuk menggunakan tenaga nuklear bagi kegunaan awam dan sebarang tekanan politik atau ekonomi atau serangan pengganas ke atas saintis nuklear Iran tidak akan menghalang negara kami daripada menunaikan hak itu," katanya.
Sungguhpun AS dan Israel lantang mengutuk program nuklear Iran, Washington menafikan peranannya dalam pembunuhan itu manakala Israel mendakwa tidak mengetahui siapa terlibat. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
Ribuan mangga kunci cinta diletakkan di pagar
COLOGNE, Jerman - Ribuan mangga kunci yang diletakkan pada pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne kelmarin.
Mangga itu diletakkan oleh pasangan kekasih di Jerman.
Menurut agensi berita AP, pasangan itu akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine.
Mangga itu turut ditulis perkataan cinta dan dilukis dengan gambar hati. - AgensiKosmo! Online - Dunia:'via Blog this'
Model unik Metropolis II
LOS ANGELES - Seorang artis terkenal, Chris Burden (gambar kecil) mencipta model bandar raya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini dan pelbagai bentuk bangunan.
Burden menunjukkan hasil kerjanya itu di Muzium Seni Los Angeles di sini dalam satu pameran yang diadakan sehingga 14 Januari depan.
Model itu mempunyai 25 buah bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya dan seorang pengendali manusia.
Kereta mini itu bergerak pada kelajuan kira-kira 386 kilometer sejam di sistem laluan jalan raya.
Burden berkata kepada stesen televisyen ABC baru-baru ini bahawa kereta itu boleh berlanggar sesama sendiri.
Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet. - AgensiKosmo! Online - Dunia:'via Blog this'