Pages

Tuesday, December 20, 2011

Twitter terima pelaburan Putera Alwaleed RM954.3j



GAMBAR fail menunjukkan Twitter dan seorang pengguna laman itu menerusi telefon bimbit. Gambar kecil Putera alwaleed.


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu (UAE) - Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal dan syarikat pelaburannya menyatakan semalam bahawa mereka akan melabur sebanyak AS$300 juta (RM954.3 juta) ke atas laman web perkongsian sosial Twitter.

Pelaburan bersama dengan Syarikat Kingdom Holding (KHC) milik Putera Alwaleed dibuat selepas rundingan selama beberapa bulan dengan ia mewakili kepentingan strategik dalam Twitter.

Putera Alwaleed yang telah lama membuat pelaburan dalam sektor media dan tekonologi berkata, urus niaga berkenaan mencerminkan minat pelaburan dalam perniagaan yang berdaya maju dan memberikan impak global.

Twitter membenarkan penggunanya menghantar mesej pendek hingga 140 huruf.

Ia menjadi alat penting yang menghubungkan penunjuk perasaan dan untuk menyampaikan maklumat semasa kebangkitan rakyat di rantau Arab pada awal tahun ini.

"Kami percaya bahawa media sosial akan membawa perubahan besar dalam lanskap industri media dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Twitter akan menguasai dan menjana keuntungan daripada trend positif ini," kata Pengarah Eksekutif KHC, Ahmed Halawani dalam satu kenyataan.

Putera Alwaleed merupakan anak saudara pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah.

Twitter memiliki lebih 100 juta pengguna aktif yang menghantar sekitar 250 juta mesej yang dikenali sebagai tweets pada setiap hari.

Putera Alwaleed disenarai sebagai orang ke-26 terkaya di dunia oleh majalah Forbes.

Pada September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Dick Costolo menyatakan pelaburan tunai akan membolehkan syarikat itu menentukan hala tuju laman itu. - AGENSI

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Pemimpin Korea Utara meninggal dunia


BEBERAPA penduduk Korea Utara di Pyongyang semalam membongkok semasa mereka menangis ekoran kematian Kim Jong-il.


SEOUL, Korea Selatan - Kematian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il mengejutkan dunia tetapi penganalisis-penganalisis politik menepis kebimbangan akan berlaku ketidaktentuan di negara kuasa nuklear berkenaan.

Mereka berkata, proses pertukaran kepimpinan Korea Utara dirancang dengan teratur dan lancar.

Pengumuman rasmi media Korea Utara semalam mendedahkan bahawa Jong-il meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas ketika berusia 69 tahun.

Ia turut menyatakan anak lelaki bongsu Jong-il yang juga pewarisnya, Kim Jong-un yang berusia lewat 20-an kini mengambil alih tonggak pemerintahan negara, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Namun, perkembangan tersebut mendorong Korea Selatan meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kebimbangan ancaman perang.

Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak pula menggesa orang ramai supaya bertenang.

"Saya berpendapat tiada pergolakan serta-merta dalam politik dalaman atau hal ehwal luar Korea Utara," kata penganalisis politik Institut Sejong, Paik Hak-soon.

Media Korea Utara menggesa rakyat supaya taat setia kepada kepimpinan Jong-un dengan agensi berita rasmi negara berkenaan menggelarnya sebagai pewaris besar.

"Semua ahli parti, petugas awam dan orang kebanyakan perlu setia pada bimbingan Kim Jong-un dan melindungi seterusnya mengukuhkan lagi penyatuan antara parti, tentera dan rakyat," kata agensi berita tersebut.

Para pemerhati politik menepis kebimbangan berlakunya pergolakan kuasa atau rampasan kuasa dalam masa terdekat ekoran kematian Jong-il.

"Tiada pergolakan (sehingga kini) bermakna kuasa Jong-un kini kukuh dan semua pegawai kanan di bawah Jong-il memutuskan sejak dua hari selepas kematiannya untuk menyokong Jong-un sebagai pemimpin baharu," kata Paik.

"Pegawai-pegawai kanan Korea Utara telah menyusun semuanya dan rejim komunis nampak stabil di bawah kepimpinan baharu. Saya tidak nampak pergolakan besar atau pergelutan kuasa berlaku dalam masa terdekat."

"Era Kim Jong-un sudah bermula." tambahnya.

Tidak banyak yang diketahui tentang Jong-un.

Mendapat pendidikan di Switzerland, beliau dilihat akan meneruskan kesinambungan generasi ketiga dinasti Kim.

Berusia lewat 20-an, Jong-un kurang dikenali umum sehingga bapanya mengalami strok pada 2008 sekali gus memaksa pelan pertukaran kepimpinan dipercepatkan.

Jong-un dipercayai boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis.

Namun, pakar-pakar politik memberi amaran beliau tidak semestinya berjiwa reformasi walaupun tinggal di Barat selama beberapa tahun.

"Saya tidak mahu membuat sebarang rumusan walaupun beliau pernah tinggal setahun dua di Eropah ketika masih kanak-kanakI," kata pembantu profesor di Sekolah Graduan Kajian Antarabangsa Universiti Yonsei, John Delury.

"Namun, anda tahu beliau masih muda dan generasi berubah walau apa dan di mana anda berada di dunia termasuk Korea Utara, jadi beliau akan mempunyai orientasi yang berbeza," tambahnya.


KIM JONG-IL


Menurut memoir seorang lelaki yang menyatakan dia pernahbekerja dengan keluarga Kim selama 11 tahun sebagai cef sushi, Jong-un seorang yang keras hati dan bercita-cita tinggi seperti bapanya.

Cef berkenaan yang menggunakan nama pena Kenji Fujimoto, menyifatkan Jong-un sebagai seorang yang suka bersaing malah, tidak berhati perut semasa zaman kanak-kanak.

Memakai seragam tentera, Jong-un yang masih muda ketika itu "merenung saya dengan cara yang menakutkan apabila kami berjabat tangan semasa pertama kali bertemu," kata Fujimoto dalam buku memoir, Kim Jong-il's Chef.

"Saya tidak boleh melupakan renungan tersebut yang seperti menyatakan "inilah orang Jepun yang keji."

Beliau paling minat bermain bola keranjang dan meminati pasukan Chicago Bulls, kata cef berkenaan.

"Beliau juga gemarkan filem seperti bapanya. Dari sudut rupa paras, cita rasa dan personaliti, anak bongsu Jong-il saling tak tumpah seperti bapanya dan ketika itu jelas bahawa dia anak kesayangan bapanya," kata Fujimoto.

Pada September 2010, Jong-un diberikan jawatan kanan dalam parti dan dilantik jeneral empat bintang walaupun beliau tiada pengalaman dalam peperangan.

Sejak dari itu, beliau sering dilihat mengiringi bapanya.

Satu-satunya saudara perempuan Jong-il, Kim Kyong Hui dan suaminya, Jang Song-thaek yang dianggap pemimpin nombor dua tidak rasmi Korea Utara dijangka menjadi mentor Jong-un dan menyokong kepimpinan beliau.

Seorang penganalisis Institut Analisis Pertahanan Korea, Baek Seung-joo berkata, Korea Utara bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi kematian Jong-il sejak beliau mengalami strok pada 2008.

"Buat sementara waktu, tentera dan keluarga Kim akan cuba mendokong Jong-un sebagai ketua mereka dan bersatu di bawahnya," kata Seung-joo.

Namun, Jong-un yang kurang pengalaman dan berdepan pelbagai cabaran termasuk kekurangan makanan, dilihat tidak akan melaksanakan sebarang agenda besar.

"Beliau tidak akan melakukan perubahan dasar drastik ketika cuba mengukuhkan kuasa. Beliau akan cuba berkongsi kuasa atau mewujudkan perikatan strategik dengan pemimpin-pemimpin kanan tentera," kata Baek.

"Pergelutan kuasa mungkin berlaku pada masa depan kerana Jong-un tidak mendapat sokongan penuh rakyat," katanya sambil menambah, tanpa mandat popular kedudukan Jong-un boleh tergugat. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Monday, December 19, 2011

3 Sikap yang menghancurkan ibadat seseorang

http://forum.patoghu.com/images/poti/2008/11/5316.jpg

1- Orang yang sibuk dengan kesalahan orang lain.

2- Orang yang sombong atau bangga diri.

3- Orang riya’ dalam amal perbuatannya.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 953.

3 Sikap yang menghancurkan ibadat seseorang « Blog Peribadirasulullah:

3 Sikap melahirkan Kecintaan dalam jiwa manusia

http://www.masaustu-resimleri.com/d/6581-2/Tabiat+Resimleri.jpg

1- Orang yang berbudi baik.

2- Orang yang Ikhlas dalam amal perbuatannya.

3- Orang yang tawadduk ( merendah diri ).

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 954.

3 Sikap melahirkan Kecintaan dalam jiwa manusia « Blog Peribadirasulullah:

3 Golongan manusia yang akan dinilai di Akhirat kelak

http://www.dana-gulf.net/up//uploads/images/dana-4b11c3936e.jpg

1- Orang yang sibuk urusan Akhirat sehingga melalaikan dunianya – ( Orang yang beruntung dan dan ahli Ibadah ).

2- Orang yang sibuk urusan dunia sehingga melalaikan Akhiratnya – ( Orang yang binasa ).

3- Orang yang sibuk urusan dunia dan Akhiratnya – ( Orang yang cuba mencari nasib dengan harapan beruntung ).

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 954.

3 Golongan manusia yang akan dinilai di Akhirat kelak « Blog Peribadirasulullah:

3 Ciri mereka yang menipu diri sendiri

http://www.l8m.net/uploads/images/l8m6-5bafa8d85b.jpg

1- Memuaskan hawa nafsu dan beranggapan dirinya selamat daripada azab seksaan Allah SWT.

2- Menunda-nundakan saat bertaubat kepada Allah SWT dan panjang angan-angan.

3- Mengharap pahala dan ihsan daripada Allah SWT tanpa beramal soleh.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 955.

3 Ciri mereka yang menipu diri sendiri « Blog Peribadirasulullah:

3 Ciri mereka yang mengharap pertemuan dengan Allah SWT

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/12/26468_379892190492_222059925492_4311185_6506136_n.jpg?w=300

1- Hatinya digunakan untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT.

2- Lidahnya sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

3- Badannya sentiasa melakukan amal soleh.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 955.

3 Ciri mereka yang mengharap pertemuan dengan Allah SWT « Blog Peribadirasulullah:

4 Ciri membuktikan kebodohan seseorang

http://cards.wahty.com/a/data/media/10/tawakol.jpg

1- Marah tanpa alasan.

2- Menurut hawa nafsu dengan bathil.

3- Memboros harta tanpa kepentingan.

4- Tidak dapat membezakan diantara kawan dan lawan.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 966.

4 Ciri membuktikan kebodohan seseorang « Blog Peribadirasulullah:

4 Ciri membuktikan kecerdikan seseorang

http://lazeeez.com/photos/1237324648.jpg

1- Sabar menghadapi kebodohan.

2- Menahan hawa nafsu yang bathil.

3- Mengeluar atau membelanjakan harta pada tempatnya.

4- Dapat membezakan diantara kawan dan lawan.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 966.

4 Ciri membuktikan kecerdikan seseorang « Blog Peribadirasulullah:

10 Jarum Syaitan dan 10 penawar

http://im13.gulfup.com/2011-10-17/1318886362844.jpg

1- Tamak, rakus dan buruk sangka- Penawarnya adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa.

2- Panjang angan-angan- Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu dimanakah kubur kita.

3- Keinginan untuk beristirehat dan nikmat- Penawarnya adalah mengingati segala nikmat akan hilang sekelip mata dan hisab di hadapan Allah SWT amatlah berat.

4- Ujub dan bangga diri- Penawarnya adalah kita tidak tahu siapakah diri kita sebenar, apakah Allah SWT menyenaraikan kita diantara mereka yang beruntung atau pun kita termasuk dalam golongan mereka yang rugi.

5- Meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka- Penawarnya adalah kita wajib menghormati mereka kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW serta orang mukmin tidak pernah meremehkan sesiapa pun.

6- Hasad dengki- Penawarnya adalah kita wajib berfahaman, sesungguhnya Allah SWT Amat Maha Adil dalam membahagi keperluan rezeki maka kita boleh berdengki dengan harta yang Allah SWT telah kurniakan kepada seseorang dengan penuh keadilan.

7- Riya’ dan pujian seseorang- Penawarnya adalah kita wajib bersifat dengan sifat Ikhlas dan tidak menerima pujian seseorang sehingga menimbulkan sifat yang boleh mensyirikkan Allah SWT kerana Allah SWT berfirman “ Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Allah SWT hendaklah beramal soleh dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun “.

8- Sifat Kikir atau Bakhil- Penawarnya adalah dengan menyedarkan diri bahawa semua ditangan kita akan binasa dan akan hilang, maka hendaklah kita mengimfaqkan harta tersebut kepada Allah SWT yang tidak akan binasa denga harapan harta atau pahala kita akan binasa seperti mana binasanya semua makhluk. Allah SWT telah berfirman ” Apa yang ada padamu akan rosak binasa dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan kekal”.

9- Sifat Sombong- Penawarnya adalah sesungguhnya Allah SWTlah yang menjadikan kita dan semua yang kita miliki maka kenapa kita berbangga dihadapan Allah SWT atau di bumi Allah SWT dengan apa Allah SWT jadikan. Allah SWT telah berfirman ” Sesungguhnya kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku serta berbangsa-bangsa supaya mereka kenal dan mengenali. bahawa sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah mereka yang paling bertaqwa “.

10- Sifat Tamak- Penawarnya adalah kita tidak boleh menaruh harapan untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain, tetapi wajiblah kita menaruh harapan kepada Allah SWT dengan sesuatu yang kita harapkan dan mengambilnya daripada Tangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT telah berfirman ” Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT , maka Allah SWT akan memberi kepada mereka jalan keluar dari segala kesempitan dan Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka “.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 967 & 968.

10 Jarum Syaitan dan 10 penawar « Blog Peribadirasulullah:

15 Musuh Syaitan

http://filaty.com/i/806/816ba2e.rabania.jpg

1-Rasulullah SAW.

2- Imam yang adil.

3- Orang kaya yang merendah diri.

4- Peniaga yang jujur ( benar ).

5- Orang Alim yang khusyuk.

6- Orang Mumin yang suka menasihati.

7- Orang Mukmin yang murah hati ( belas kasih ).

8- Orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya.

9- Orang yang menjauhkan diri daripada segala perkara haram.

10- Orang yang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

11- Orang mukmin yang banyak bersedekah.

12- Orang mukmin yang berakhlak mulia.

13- Orang mukmin yang banyak berjasa kepada manusia.

14- Orang mukmin yang membaca Al-Quran, menghafaznya dan memahaminya.

15- Orang mukmin yang suka bersolat tahajjud di waktu malam.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972.

15 Musuh Syaitan « Blog Peribadirasulullah:

10 Sahabat Syaitan

by peribadirasulullah

http://i53.tinypic.com/512e0l.jpg

1- Raja yang zalim.

2- Mereka kaya yang sombong.

3- Peniaga yang khianat.

4- Pemabuk ( peminum arak ).

5- Tukang adu-domba ( membuat fitnah ).

6- Pelacur ( GRO).

7- Pemakan harta anak yatim.

8- Mereka yang memandang remeh tentang solat.

9- Mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

10- Mereka yang panjang angan-angan.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972-973.

5 Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulamak

by peribadirasulullah

http://sites.google.com/site/altallal/estqfar.jpg

Syaqiq bin Ibrahim berkata :

Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah, maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama,

1- Siapakah orang yang sempurna akal ?

Orang yang tidak cinta pada dunia.

2- Siapakah orang yang cerdik ?

Orang yang tidak tertipu dengan dunia.

3- Siapakah orang kaya ?

Orang yang redha menerima bahagiannya dari Allah SWT ( rela menerima hukum takdir Allah SWT ).

4- Siapakah orang yang mengerti agama ?

orang yang tidak minta berlebih-lebihan.

5- Siapakah orang yang bakhil ?

Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 978-979.

Gempa bumi 5.9 magnitud gegar Kepulauan Sulawesi

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud menggegarkan kepulauan Sulawesi, hari ini, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada laporan kecederaan atau kerosakan serta amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa bumi pada jam 9.23 pagi (8.23 pagi waktu Malaysia) itu berlaku di kedalaman 33 kilometer kira-kira 57 kilometer dari barat daya bandar Palu.
“Terdapat beberapa gegaran tetapi tidak mencetuskan keadaan panik di Palu.

Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini,” kata Ketua Teknikal Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Suharjono. - AFP
Berita Harian Online | Gempa bumi 5.9 magnitud gegar Kepulauan Sulawesi:

Israel buka tender bina 1,000 unit rumah di Baitulmaqdis

19/12/2011 2:25am


BAITULMAQDIS 19 Dis. - Kementerian Perumahan Israel semalam membuka tender untuk pembinaan lebih 1,000 unit rumah di timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Jurucakap kementerian itu berkata, lebih 500 rumah baru dibina di timur bandar Har Homa manakala 528 lagi dibina di dua kawasan Tebing Barat, iaitu 348 di Bietar dan 180 lagi di Givat Ze’ev.

Katanya, pembinaan unit baru itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin memohon keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September lalu. - AFP

Utusan Malaysia Online - Terkini:

Hitler cadang cipta Volkswagen selepas perang


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 19, 2011
Hitler cadang cipta Volkswagen selepas perang

Kereta Volkswagen atau lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug, adalah model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta dari Jerman.

Bermula 1931, Ferdinand Porsche dan ZUndapp mencipta sebuah kereta untuk semua orang yang disebut sebagai Auto für Jedermann dalam bahasa Jerman.

Dalam usaha penciptaan kenderaan itu, Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara, tetapi ZUndapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair. Pada 1932, tiga prototaip berhubung kenderaan model ekonomi itu telah berjaya diuji.

Bagaimanapun, kesemua kereta tersebut telah hilang semasa peperangan dan yang terakhir telah hilang pada 1945 di Stuttgart sewaktu berlaku serangan bom.

Pada 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand Porsche bagi cadangan model ‘Kereta Rakyat’ atau ‘Volks-Wagen’ dalam bahasa Jerman. Ia adalah sebuah kereta asas yang mampu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 km/j (62bsj).

Kereta Rakyat tersebut boleh didapati oleh rakyat Jerman Nazi melalui skim simpanan, dengan harga serendah 990 mark iaitu hampir sama dengan harga sebuah motosikal kecil pada zaman tersebut, dengan pendapatan purata sekitar DM32 seminggu.

Pada Ogos 1967, gelaran Beetle digunakan untuk pasaran Amerika Syarikat. Bagaimanapun, untuk pasaran Britain, Volkswagen tidak pernah menggunakan gelaran Beetle secara rasmi, namun mengenalinya sebagai Type I ataupun 1200, 1300 atau 1500.

Nombor 1200, 1300 dan 1500 yang digunakan itu merujuk kepada saiz enjin dalam sentimeter padu.

Pada 1998, Volkswagen memperkenalkan model New Beetle yang dibina berasas platform Volkswagen Golf, ia menampilkan keserupaan kosmetik kepada rupa bentuk asal.

Model baru tersebut diperkenalkan selepas model asal sudah lama dihentikan pengeluarannya bagi sebahagian besar pasaran dunia. Bagaimanapun, ia masih dikeluarkan di Mexico sehingga 2003.

Hitler cadang cipta Volkswagen selepas perang - Bisnes - Sinar Harian:

Korea Utara uji peluru berpandu: Yonhap

SEOUL: Korea Utara hari ini mengadakan ujian peluru berpandu jarak dekat di luar pantai timurnya, pada hari sama ia mengumumkan kematian pemimpinnya, Kim Jong-Il, menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Agensi berita itu melaporkan seorang pegawai kerajaan sebagai berkata pelancaran peluru berpandu itu tiada kena mengena dengan pengumuman bahawa Kim meninggal dunia kelmarin akibat serangan jantung.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan enggan mengesahkan laporan pelancaran peluru berpandu itu.
Seoul meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga selepas televisyen Pyongyang mengumumkan kematian pemimpin berusia 69 tahun itu tengah hari tadi. - AFP
Berita Harian Online | Korea Utara uji peluru berpandu: Yonhap:

Iran tahan perisik CIA


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 19, 2011
Iran tahan perisik CIA

TEHERAN - Selepas kejayaan Iran menawan tujuh pesawat pengintip milik Israel dan Amerika Syarikat (AS), kini kerajaan mendakwa mereka telah menahan seorang warga tempatan yang menjadi perisik kepada Agensi Penyiasatan Pusat (CIA), menurut Kementerian Perisikan, kelmarin.

Agensi berita tempatan melaporkan, misi utama perisik CIA itu untuk memperoleh maklumat rahsia kerajaan melalui Kementerian Perisikan telah gagal kerana muslihatnya telah terbongkar dan dikesan lebih awal.

Kementerian tersebut mendedahkan lokasi sebenar ejen CIA itu telah dikesan di pangkalan udara Bagram, Afghanistan sebelum dia ditahan di Iran.

“Dia adalah antara ejen yang terlatih kerana pernah bekerjasama dengan tentera AS yang ditempatkan di Iraq dan Afghanistan,” menurut kenyataan kementerian tersebut lagi.

Sebelum ini, Iran tidak mendedahkan sebarang maklumat berhubung penahanan perisik Israel dan AS tetapi ketegangan yang semakin memuncak antara ketiga-tiga negara tersebut telah menyebabkan Teheran mengambil risiko untuk tidak lagi melindungi identiti mana-mana ejen risikan.

Minggu lalu, ketua pendakwa raya, Abbas Jafari Dolatabi memaklumkan seramai 15 individu telah didakwa atas kesalahan melakukan pengintipan dan sabotaj di negara tersebut.

Iran tahan perisik CIA - Global - Sinar Harian:

Angka korban taufan Washi catat 652 orang


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 19, 2011
Angka korban taufan Washi catat 652 orang

MANILA - Persatuan Palang Merah melaporkan angka korban ribut tropika Washi yang membadai selatan Filipina telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 652 orang, semalam manakala lebih 800 dilaporkan masih hilang.

Bandar pelabuhan Cagayan de Oro dan Iligan di selatan Mindanao itu dilaporkan paling teruk terjejas akibat banjir lumpur yang berlaku sejak kelmarin.

Pihak berkuasa turut melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang telah dihanyutkan ke laut dan setakat ini 60 orang telah diselamatkan dari luar pesisiran pantai El Salvador terletak kira-kita 10 kilometer dari Cagayan de Oro.

Taufan Washi dilaporkan bergerak ke arah barat Pulau Palawan dan pasukan kecemasan turut bersedia untuk menghadapi ancaman banjir kilat di kawasan tersebut.

Angka korban taufan Washi catat 652 orang - Global - Sinar Harian:

Mayat bayi dalam kotak


Oleh : ZUMURNI HAMZAH
Tarikh : December 19, 2011
Buang bayi

MACHANG - Seorang pengutip sampah terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang diletakkan di dalam kotak plastik di tapak pelupusan sampah Bukit Tajul, Banggol Judah dekat sini, kira-kira jam 1.15 petang, semalam.

Rusmi Shafie, 30 berkata, mayat bayi tersebut dijumpai ketika dia bersama lapan rakan yang lain mencari bahan terpakai daripada timbunan sampah tersebut.
Katanya, sebaik sahaja sebuah lori sampah milik Majlis Daerah Machang masuk ke kawasan tersebut, dia dan rakannya terus mengerumuninya.
“Semasa sedang mencari barangan dalam longgokan sampah itu, saya menarik se­buah kotak plastik yang me­nyerupai beg lalu membukanya dan menemui baju kemeja T perempuan yang dipenuhi darah.
“Saya kemudian menarik kain batik perempuan yang diletak di sebelahnya dan ternampak telinga manusia. Saya terus menjerit dan mem­beritahu rakan-rakan namun mereka tidak per­caya dan menganggap saya bergurau sehingga mereka melihatnya sendiri. Mayat bayi lelaki itu cukup sifat dan masih bertali pusat. Kami percaya ia baru sahaja me­ninggal dunia tidak lebihi 24 jam,” katanya.
Tambahnya, ini kali pertama di­alaminya sejak mencari bahan terpakai di tapak pelupusan tersebut.
Ketua Polis Daerah Ma­chang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, mayat bayi tersebut yang ditemui dalam keadaan cukup sifat, dipercayai telah dibuang di salah sebuah tong sampah di kawasan Machang sebelum diangkut ke tapak pelupusan itu.
“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kes ini,” katanya.
Mayat bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.
Mayat bayi dalam kotak - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Wanita tua mati dibakar dalam lif

NEW YORK: Seorang wanita mati semalam selepas seorang lelaki berpakaian seragam pekerja pemusnah serangga menyemburnya dengan minyak sebelum membakarnya dalam lif sebuah bangunan.

New York Daily News melaporkan, wanita itu, Delores Gillespie, hendak melangkah keluar dari lif di kediamannya di Prospect Heights, Brooklyn apabila bertembung dengan lelaki itu Kamera keselamatan merakam gambar penyerang menyembur Delores dengan minyak dan kemudian menyalakan api serta membakar mangsa.


Delores yang berusia 64 tahun, disahkan mati di tempat kejadian. - AP

myMetro | Wanita tua mati dibakar dalam lif:

Pelajar asing disaring

ANGGOTA imigresen membawa warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan untuk di bawa ke Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin Lenggeng dalam operasi di Nilai.
ANGGOTA imigresen membawa warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan untuk di bawa ke Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin Lenggeng dalam operasi di Nilai.
Visa hanya untuk permohon yang diterima masuk IPT tempatan, tangani penipuan khusus warga Afrika

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan Malaysia akan memperkenalkan sistem tapisan bagi menyaring kemasukan pelajar asing ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bagi menangani masalah kebanjiran pelajar asing 'palsu' terutama warga Afrika yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Berita Harian Online | Pelajar asing disaring:

Dua beradik derita sering dicabul abang

KULIM: Dua beradik perempuan termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) yang tidak tahan menanggung derita apabila kerap dicabul abangnya bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum suspek ditahan, Jumaat lalu.

Sumber berkata, dua gadis berusia 17 dan 20 tahun berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kulim selepas tidak tahan dengan perbuatan terkutuk abang mereka yang berusia 21 tahun yang didakwa sering mencabul mereka ketika berada di rumah.


Menurutnya, abang mangsa didakwa sering mengambil kesempatan terhadap adik-adiknya itu, tetapi perkara berkenaan hanya didiamkan sahaja kerana mereka bergantung harapan kepada lelaki terbabit termasuk menanggung keperluan hidup seperti makan dan tempat tinggal.

“Bagaimanapun, akibat sudah tidak tertahan dengan kekerapan perbuatan sumbang abang mereka, kedua-dua mangsa nekad membuat laporan polis kejadian itu sebelum suspek berjaya ditahan bagi membantu siasatan selanjutnya.


“Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

myMetro | Dua beradik derita sering dicabul abang:

'via Blog this'