Pages

Saturday, October 15, 2011

11 GOLONGAN AHLI NERAKA







Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-


"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."


Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:


"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-


1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.


2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.


3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.


5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.


6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.


7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.


8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.


9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.


10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.


11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:


12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."
'via Blog this'

‘Bukan dosa saya’

myMetro | ‘Bukan dosa saya’: "

SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina.
SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina.

 SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina.
TAIPING: “Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah,” ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih.

Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.

Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua.

“Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup,” katanya.



Menurutnya, dia hanya mengetahui status sebagai anak luar nikah pada usia 16 tahun selepas perkara itu didedahkan ibu dan bapa angkat yang juga bapa saudaranya yang memeliharanya sejak kecil."

'via Blog this'

Belaian cinta

myMetro | Belaian cinta:

KENANGAN ...Ismail menunjukkan gambar perahu besar  satu ketika dahulu  tempatnya mencari rezeki.
KENANGAN ...Ismail menunjukkan gambar perahu besar satu ketika dahulu tempatnya mencari rezeki.



KUALA TERENGGANU: “Kami tiada apa-apa rahsia istimewa kecuali kalau bergaduh, kedua-dua pihak perlu menunggu sama ada hati saya atau isteri sudah sejuk terlebih dulu, barulah kami berbincang menyelesaikan perselisihan faham dengan mengenepikan segala rasa ego,” kata Ismail Abas, 94.
Warga emas itu berkata demikian ketika mendedahkan tip kejayaannya mengekalkan perkahwinannya yang kini mencecah 74 tahun.
Di saat statistik perceraian di negeri ini berada pada tahap membimbangkan berikutan 1,454 permohonan cerai diterima Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) tahun lalu, Ismail dan pasangannya, Wan Chik Wan Yahya, 87, hidup harmoni sejak mereka diijabkabulkan pada 1937 meskipun tidak pernah bercinta sebelum berkahwin berikutan pernikahan berkenaan diatur keluarga masing-masing.

Malah, Ismail tidak pernah terlintas untuk mencari wanita lain sepanjang perkahwinannya meskipun pada satu ketika dia sering meninggalkan Wan Chik kerana bekerja sebagai pelayar perahu besar yang menghantar dan mengambil barang dagangan hingga ke Singapura.

“Hati isteri perlu dijaga. Sekiranya tak mampu berpoligami buat apa hendak cari yang lain, cukuplah dengan seorang saja.
'via Blog this'

Bayi pam tandas

myMetro | Bayi pam tandas:

DI SINI...Ina menunjukkan tangki pam air tandas tempat bayi itu disembunyikan.
DI SINI...Ina menunjukkan tangki pam air tandas tempat bayi itu disembunyikan.



CHUKAI: Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.

“Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, rakan serumah suspek mengesyaki sesuatu tidak kena pada gadis itu yang kelihatan tidak bermaya selepas keluar dari tandas di rumah sewa mereka.

Katanya, suspek pada mulanya enggan menceritakan kejadian itu tetapi selepas didesak rakan sebilik yang juga pengadu, akhirnya dia mendedahkan melahirkan bayi di dalam tandas.


“Rakan sebilik mangsa bergegas membawa bayi itu yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan. “Pemeriksaan doktor mendapati bayi itu cedera di bahagian muka dan kesejukan selain kebiruan pada seluruh badan. Bagaimanapun bayi terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Abdullah Sani berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa itu untuk membuang air besar.

'via Blog this'

Jobs patut masih hidup: Pakar

myMetro | Jobs patut masih hidup: Pakar:

JOBS...cuba mengelak jalani pembedahan.
JOBS...cuba mengelak jalani pembedahan.
DR RAMZI...Jobs buat pilihan salah.
DR RAMZI...Jobs buat pilihan salah.
BOSTON: Pengasas bersama Apple Computer, Steve Jobs, mungkin masih hidup hari ini jika dia tidak mengetepikan rawatan perubatan konvensional semata-mata untuk mendapatkan rawatan alternatif.
Pakar kanser dan penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard, Dr Ramzi Amri, berkata penyakit yang dideritai Jobs sebenarnya kurang berbahaya dan jarang membawa maut.

Bagaimanapun, kata Dr Ramzi, pilihan Jobs untuk mendapatkan rawatan melalui kaedah alternatif akhirnya menyebabkan dia maut walaupun sepatutnya ia boleh dielakkan.

Menulis di laman sesawang Quora, Dr Ramzi berkata, Jobs memilih mendapatkan pelbagai rawatan alternatif sebelum mengambil ubat konvensional.

“Berdasarkan keadaan itu, nampaknya boleh diandaikan pilihan Jobs akhirnya membawa kepada kematian yang tidak perlu,” katanya.

Jobs, 56, menghembus nafas terakhir minggu lalu akibat kanser pankreas di samping keluarganya.


'via Blog this'

Iran akan dikenakan sekatan paling berat: Obama

myMetro | Iran akan dikenakan sekatan paling berat: Obama: "WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam memberi amaran kepada Iran, negara itu berdepan dengan sekatan paling berat berhubung rancangan untuk membunuh duta Arab Saudi ke Washington.

Dalam pada itu, Arab Saudi menuduh Iran cuba mencetuskan keadaan tidak stabil dan berikrar untuk mengambil tindakan sewajarnya. Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal yang dalam lawatan ke Austria berkata, bukti menunjukkan Iran bertanggungjawab terhadap rancangan membunuh itu dan berkata, Teheran pernah cuba mencampuri hal ehwal negara Arab sebelum ini. Di Washington, Obama memberitahu satu sidang akhbar, Amerika Syarikat tidak akan menggugurkan apa juga pilihan yang ada dalam menangani Iran, kata-kata yang sering digunakan oleh pegawai Amerika terhadap Teheran, kod diplomatik mengenai kemungkinan mengambil tindakan tentera. - AP"

'via Blog this'

Israel buka penempatan haram baru

myMetro | Israel buka penempatan haram baru: "BAITULMAQDIS: Israel secara rasmi mengemukakan rancangan membina kawasan penempatan baru di timur Baitulmaqdis.

Dalam kenyataannya semalam, kumpulan Peace Now berkata, daerah baru itu, Givat HaMatos, akan dibina di bahagian selatan timur Baitulmaqdis berhampiran bandar Baitullaham di Tebing Barat. Kumpulan pemerhati itu berkata, ia penempatan Yahudi pertama dirancang sejak pembinaan Har Homa pada 1997.


“Penempatan baru itu akan melengkapkan pemencilan antara Baitullaham dan timur Baitulmaqdis,,” kata kumpulan berkenaan.

Anggota Peace Now, Hagit Ofran, berkata, 2,600 rumah yang akan dibina dalam penempatan baru itu mungkin bermula dua tahun lagi.


“Ia sudah cukup untuk memusnahkan kemungkinan ‘penyelesaian dua negara’ jika anda membina 1,700 rumah untuk orang Yahudi di situ,” katanya. - AP"

'via Blog this'

Barat cuba sebar Iranophobia: Ali

myMetro | Barat cuba sebar Iranophobia: Ali:

TEHERAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam menuduh barat cuba menanam Iranophobia (sifat benci terhadap Iran) tetapi gagal.

“Cara yang tidak berkesan dan bodoh yang dilakukan oleh Barat untuk menyebarkan Iranophobia, sekali lagi tidak akan berhasil,” kata Ali ketika berucap di sebuah pangkalan tentera di Kermanshah, barat Iran, lapor agensi berita Irna.


“Mereka sekali lagi akan kecewa.” Ali dipercayai merujuk kepada dakwaan Amerika Syarikat mengenai rancangan tajaan Teheran untuk membunuh duta Arab Saudi ke Washington.

Dalam ucapannya, Ali berkata, Amerika Syarikat terperangkap dalam rancangan jahatnya sendiri.


Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara langsung mengendai tuduhan Washington itu.


Ali berkata demikian sejurus sebelum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menuntut pemimpin tertinggi dalam kerajaan Iran bertanggungjawab terhadap rancangan itu.

Dalam kenyataan berasingan, pemerintah Pengawal Revolusi, pasukan tentera Iran, yang unit khas Pasukan Qudsnya turut didakwa terbabit dalam rancangan berkenaan, berkata kemarahan Barat terhadap Republik Islam itu berpunca daripada hasil pencapaian negaranya.


“Hari ini, Iran berdepan dengan musuh dari dalam dan luar negara. “Tetapi kemarahan ini adalah perkara biasa, kerana pencapaian revolusi Islam dalam pelbagai bidang,” kata Mejar Jeneral Mohammad Ali Jafari di Khoramabad. - Reuters

'via Blog this'

Guru tertekan cuba bakar diri di tengah padang

myMetro | Guru tertekan cuba bakar diri di tengah padang: "BEZIERS (Perancis): Seorang guru matematik yang tertekan membakar dirinya di tengah padang sekolah semalam, tetapi dia dijangka selamat selepas guru dan pelajar segera menyelamatkannya.

Guru wanita berusia 44 tahun itu mencurah petrol ke badannya ketika sesi persekolahan berehat pagi semalam.


Dia kemudian menyalakan api untuk membakar dirinya.

Saksi berkata, kejadian di Sekolah Menengah Jean Moulin di Beziers, selatan Perancis itu berlaku sehari selepas pelajar kelas guru terbabit mengkritik kaedah pembelajarannya yang terlalu tegas.


Pegawai pendakwa berkata, tiada tuduhan jenayah akan dikenakan ke atas guru terbabit kerana dia jelas menghadapi tekanan.


Guru itu mengalami kesan kebakaran tahap ketiga dan dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.


Ibu bapa pula berkata, guru terbabit menghadapi masalah dengan beberapa pelajarnya dan mengadakan pertemuan dengan mereka untuk meleraikan kekusutan. Menurut mereka, guru terbabit datang ke sekolah pagi semalam membawa satu bekas.


Dia kemudian mula mengajar pada jam 9 pagi sebelum berhenti rehat tidak lama kemudian."

'via Blog this'

Wanita ‘buta’ dirakam berbasikal

myMetro | Wanita ‘buta’ dirakam berbasikal: "ROME: Seorang wanita Itali yang menikmati elaun kurang upaya kononnya kerana buta, ditahan semalam selepas disyaki menipu.

Pembohongan wanita berusia 62 tahun itu terbongkar selepas polis merakam aksinya bekerja sebagai pendandan rambut, selain berbasikal di sekitar bandar Lugo, utara Itali.


Pemilik salon rambut itu mula diberikan bantuan pada 1986 apabila tahap penglihatannya merosot. Polis berkata, menjelang tahun ini, wanita terbabit mendakwa “buta sepenuhnya.” Pada 1997, doktor mengesahkan wanita itu mesti ditemani apabila meninggalkan rumah, dan menjelang 2008 dia hanya boleh melihat sesuatu imej yang diletakkan beberapa sentimeter di depan matanya. - AFP"

'via Blog this'

Pelantikan kuat kuasa 13 Disember

pix_gal0

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam.

Pemilihan Sultan Abdul Halim, 83, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Ini kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang.

Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Badlishah.
Baginda yang juga lulusan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam Wadham College Oxford United Kingdom, pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah pada 1950-an.

Sultan Muhammad V, 42, pula dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. – BERNAMA Berita Harian Online | Pelantikan kuat kuasa 13 Disember:

'via Blog this'

12 terbunuh di Syria, angka kematian cecah 3,000 orang

Berita Harian Online | 12 terbunuh di Syria, angka kematian cecah 3,000 orang: "DAMSYIK: Tentera Syria membunuh sekurang-kurangnya 12 orang hari ini ketika anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang rancak membincangkan resolusi mengutuk tindakan tentera kerajaan dalam menangani kekacauan di negara itu.

Setakat ini, lebih 3,000 nyawa terkorban sejak gerakan antikerajaan meletus di negara itu.
"Dua belas orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Britain yang berpangkalan di Syria, Rami Abdel Rahman kepada agensi melalui telefon.
“Pasukan keselamatan membunuh tujuh orang di Deal manakala seorang wanita dan lelaki di bandar bergolak di selatan Syria, Daraa.

“Sementara itu, dua lagi di sekitar Damsyik dan seorang di pinggir Aleppo,” katanya.

Agensi berita tempatan SANA menafikan kehadiran pasukan keselamatan di Deal. - AFP "

'via Blog this'

Banjir terburuk kian menghampiri Bangkok




2011/10/15


  • Foto

    PENDUDUK Ayutthaya timur Bangkok menggunakan bot untuk meredah banjir.

  • Foto

    SEORANG remaja meninjau keadaan di benteng beg pasir di sebuah kawasan Ayutthaya yang dilanda bah.

  • Foto

    PENGUNJUNG ke kedai tepi Chao Phraya (kanan) menggunakan jambatan kayu yang dibina selepas air sungai melimpah.

Mesej berbeza ancaman bencana kelirukan penduduk

BANGKOK: Sembilan juta penduduk di tengah kota Bangkok takut dan keliru selepas menerima mesej bercampur baur daripada pihak berkuasa khususnya sama ada banjir terburuk dalam sejarah Thailand akan memecahkan benteng penebat di ibu kota metropolitan terletak di kawasan rendah itu.
Laporan terbaru menyatakan, paras air Sungai Chao Phraya meningkat kepada 2.13 meter, melepasi rekod tahun lalu 2.10 meter manakala 230 lebuh raya, kebanyakannya di wilayah utara dan Dataran Tengah, tidak boleh dilalui kerana banjir.
Kerajaan Thailand memberi jaminan kepada penduduk bahawa ibu kota ini akan terselamat daripada banjir yang menenggelami keseluruhan bandar di seluruh Dataran Tengah selain memusnahkan sawah padi dan menutup beratus-ratus kilang.

Ia berasaskan keyakinan kota itu terletak di balik tembok banjir kukuh yang diperkuatkan sejak beberapa hari lalu.

“Saya menegaskan banjir hanya akan menjejaskan kawasan luar Bangkok dan tidak akan masuk ke kawasan lain,” kata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu memberi amaran banjir mencapai tahap krisis dan air yang mengalir dari utara mungkin bercampur dengan hujan dan air pasang dalam beberapa hari lagi menyebabkan bah melanda Bangkok.
Ada pihak lain mengatakan aliran air mungkin amat kuat dan tiada apa dapat dilakukan untuk menahan kota itu tenggelam.

Mesej berbeza daripada sesetengah agensi, jabatan dan pihak berkuasa membawa kekeliruan, kadangkala ia berlaku dalam sidang media sama.

Ia ditambah dengan kesilapan pengumuman kelmarin mengatakan banjir memecahkan satu tembok utama, menyebabkan seorang menteri mengarahkan penduduk di satu kawasan segera dipindahkan.

Kerajaan kemudian memohon maaf atas kesilapan itu mengatakan arahan dibatalkan kerana kerosakan itu disalah tafsir.

Maklumat bertentangan itu menyebabkan ramai penduduk di ibu kota ini menggaru kepala dan tertanya-tanya sama ada tempat mereka benar-benar terancam dan bagaimana cara segera pindah.

Ada penduduk membeli bekalan tambahan air minuman, beras, mi segera, ubat dan keperluan lain, menyebabkan kekurangan bekalan di sesetengah kawasan.
Yang lain memindahkan kereta ke tempat lebih tinggi di kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah di bandar ini.

Bangunan di kebanyakan tempat di ibu kota menyimpan beg pasir, sementara yang lain membina pelindung daripada simen dan blok simen berlubang. Petugas sistem kereta api bawah tanah bandar itu bergegas memasang penghadang banjir keluli.

“Secara terus terang, saya benar-benar tidak tahu apa akan terjadi kepada Bangkok,” kata Kuealapat Atsawasiramanee, 26, yang tinggal satu kilometer dari Sungai Chao Phraya.

“Sama ada ia akan banjir atau tidak, saya tidak pasti. Ada banyak maklumat dan berita di luar sana dan saya tidak tahu mana satu untuk dipercayai.”

“Jika terjadinya banjir, kerajaan perlu mengatakannya. Jangan melindungi kebenaran kerana ia hanya akan menyebabkan lebih banyak huru-hara.”

Kekeliruan itu tidak terhad di Bangkok. Sebuah organisasi perdagangan Jepun semalam menyelar kerajaan kerana mendakwa gagal menyediakan maklumat sebenar dan tepat mengenai situasi di wilayah tengah Ayutthaya, yang menyebabkan beratus-ratus kilang musnah.

Seiya Sukegawa dari Organisasi Perdagangan Luaran Jepun (JETRO) Thailand berkata, banyak maklumat kerajaan sebelum air banjir menenggelami kawasan itu sudah lewat, bertentangan atau sukar difahami kerana ia tidak dikeluarkan dalam bahasa Inggeris.

“Syarikat Jepun tidak tahu apa yang berlaku atau maklumat mana benar atau salah. Mereka menerima amaran namun tidak cukup maklumat dan tidak cukup masa untuk membuat keputusan,” katanya.

Selain itu, lebih 300 kilang milik Jepun, termasuk pembuat elektronik dan bahagian pembekal automotif, rosak atau musnah akibat banjir.

Sukegawa juga mengadu, kerajaan Thailand tidak melakukan apa-apa untuk membantu syarikat dan kilang mereka dari segi menyelamatkan peralatan dan teknologi yang tidak rosak. – AP
Berita Harian Online | Banjir terburuk kian menghampiri Bangkok:

'via Blog this'

Guna anjing kesan anai-anai

Kosmo! Online - Dunia:



SEEKOR anjing pengesan cuba mengesan kehadiran anai-anai di sebatang tiang di Istana Kyeongbok, Korea Selatan.


SEOUL - Sebuah jabatan pentadbiran di Korea Selatan menggunakan kaedah unik dan berkesan untuk menjejaki anai-anai iaitu dengan menggunakan anjing pengesan.

Bagi tujuan tersebut, Pentadbiran Warisan Budaya Korea Selatan menggunakan tiga ekor anjing baka spaniel yang berasal dari Britain.

"Anjing-anjing ini jauh lebih hebat berbanding kaedah-kedah lain. Haiwan ini dapat mengesan anai-anai dengan amat tepat," kata seorang pakar di jabatan Pentadbiran Warisan Budaya, Jang Young-Ki.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya menggunakan khidmat tiga ekor anjing yang diberi nama Bobae, Woori dan Boram.

Khidmat haiwan itu digunakan untuk mengesan anai-anai yang mengancam istana dan kuil bersejarah di Korea Selatan. Kebanyakan bangunan tersebut dibuat daripada kayu.

"Baru-baru ini, Bobae berjaya mengesan anai-anai pada sebatang tiang istana Gyeongbokgung yang sebelum ini gagal dikesan," katanya. - AFP

'via Blog this'

Lelaki 100 tahun mahu catat rekod dunia

Kosmo! Online - Dunia:

TORONTO, Kanada - Seorang lelaki, Fauja Singh (gambar) bertekad untuk memecahkan rekod dunia semasa menyertai larian Toronto Waterfront Marathon di sini esok, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, tidak seperti 5,000 peserta lain, Singh tidak berhasrat untuk menjuarai atau mencatat masa peribadi terpantas dalam larian tersebut.
Beliau sebaliknya mahu mencatat rekod dunia sebagai manusia berumur 100 tahun pertama di dunia yang berjaya menamatkan larian marathon.
Larian esok merupakan penyertaan marathon kelapan buat Singh. Pada 2003, dia mencatat rekod dunia kategori individu berusia 90 tahun dan ke atas dalam perlumbaan sama apabila menamatkan larian sejauh 42.1 kilometer itu dalam masa lima jam, 40 minit dan satu saat.
Bagaimanapun, jurulatihnya mengakui larian kali ini agak sukar kerana Singh belum pernah menamatkan sebarang acara marathon sejak lapan tahun dulu.
Pelari warga emas itu mengamalkan petua makan dalam jumlah sedikit untuk mengekalkan staminanya.
"Dia gembira dan tidak sabar mahu menyertai marathon ini," kata jurulatihnya, Harmander Singh.
Singh yang memiliki kewarganegaraan Britain dilahirkan di sebuah ladang di India pada April 1911.
Dia memiliki berat 52.1 kilogram, manakala ketinggiannya adalah 1.72 meter. - Agensi
'via Blog this'

Kereta termurah mahal di Bangladesh

Kosmo! Online - Dunia:

TATA Nano dijual pada harga tiga kali ganda lebih mahal di Bangladesh berbanding harga asalnya di India.


DHAKA – Kereta buatan India, Tata Nano yang dilabel sebagai kereta termurah di dunia mula dijual di Bangladesh hari ini.
Namun, kereta kompak itu dijual pada harga hampir tiga gali ganda lebih mahal berbanding harga jualan di India.
Pengarah syarikat Nitol Motors yang merupakan pengedar tunggal Tata Nano di Bangladesh, Abdul Matlub Ahmad berkata, harga model asas Tata Nano di negara itu ialah AS$7,900 (RM24,707) kerana cukai import yang dikenakan oleh pemerintah.
Sedangkan di India, model sama cuma berharga sekitar AS$2,870 (RM8,975).
Tata Nano dianggap kereta yang amat ekonomi kerana menggunakan hanya satu liter minyak untuk perjalanan sejauh 25 kilometer. – AFP
'via Blog this'

Swift derma 6,000 buah buku

Kosmo! Online - Dunia:

PENNSYLVANIA - Penyanyi country terkenal, Taylor Swift (gambar) mahu kanak-kanak di bandar Reading di sini gemar membaca buku. Justeru, dia mengambil keputusan untuk menderma sebanyak 6,000 buah buku kepada perpustakaan tempatan.
Pustakawan mengumumkan sumbangan buku daripada penyanyi yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu kelmarin.
Swift yang dibesarkan di bandar berdekatan iaitu Wyomissing bagaimanapun tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Dia telah bekerjasama dengan penerbit Scholastic Inc. untuk menderma buku kepada kanak-kanak dan golongan dewasa. Tajuk-tajuk buku dipilih oleh pustakawan.
Wakil penyanyi itu memberitahu pegawai perpustakaan bahawa Swift mahu membantu perpustakaan yang berdepan masalah ekonomi.
Menurut pustakawan, buku yang diderma oleh Swift akan ditanda dengan bintang berwarna putih di bahagian belakang dan diletakkan pelekat di dalamnya.
Mereka berharap populariti Swift akan mendorong lebih ramai kanak-kanak dan remaja supaya minat membaca. -Agensi
'via Blog this'

Penembak California mahu bunuh bekas isteri

Kosmo! Online - Dunia: "LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki bersenjata yang dituduh membunuh lapan orang di sebuah salon rambut di negeri California terlibat dalam pertikaian berhubung hak penjagaan anak mereka dengan bekas isterinya, menurut beberapa laporan kelmarin.

Wanita terbabit turut terkorban dalam kejadian amuk tersebut.

Polis berkata, lelaki berusia 42 tahun itu, Scott Dekraai sudah menetapkan sasarannya apabila dia melepaskan tembakan bertubi-tubi dengan menggunakan sepucuk pistol di Salon Meritage, Seal Beach di selatan bandar raya ini pada tengah hari Rabu lepas.

"Ia bukan keganasan rambang," kata pemangku ketua polis Seal Beach, Tim Olson.

Akhbar Los Angeles Times memetik beberapa saksi sebagai menyatakan, Dekraai mahu membunuh bekas isterinya, Michelle Fournier yang merupakan seorang juru gaya rambut yang ceria tetapi dibenci bekas suaminya.

Lelaki tersebut ditangkap tidak lama selepas insiden tembakan tersebut berlaku. Serangan berkenaan turut menyebabkan seorang cedera parah. - AFP"

'via Blog this'

Tuah remaja AS tipu hamil

Kosmo! Online - Dunia:


GABY RODRIGUEZ

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Menipu bahawa dirinya hamil untuk satu projek sekolah membawa keuntungan berterusan kepada seorang remaja AS, Gaby Rodriguez.
Berasal dari Washington, Rodriguez mendedahkan mengenai penipuannya pada sesi perhimpunan sekolah, April lalu semasa dia berusia 17 tahun.
Menurut Rodriguez, dia bertindak demikian untuk melihat reaksi masyarakat berhubung kehamilan dalam kalangan remaja.
Projek tersebut menaikkan nama Rodriguez sehingga dia menjadi tajuk utama media antarabangsa, selain berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara beberapa stesen televisyen.
Kini, dia turut ditawarkan kontrak filem dan buku. Peguamnya, Anne Bremner berkata, setiap kontrak bernilai sekitar AS$100,000 (RM314,744).
Pada minggu ini, Bremner dan Rodriguez berkunjung ke bandar raya Vancouver, Negeri British Columbia untuk melihat sendiri penggambaran filem yang diolah berdasarkan pengalamannya, The Pregnancy Project.
Dibintangi aktres Spykids, Alexa Vega, ia akan ditayangkan di saluran Lifetime awal tahun depan, serentak dengan penjualan bukunya.- Agensi
'via Blog this'