Pages

Saturday, January 8, 2011

Pengemis bersuara emas ditawar jadi pelakon

Kosmo! Online - Dunia




DUA hos Meredith Vieira (kiri) dan Matt Lauer (tengah) mewawancara Ted Williams dalam program televisyen Today di New York kelmarin.


NEW YORK - Pengemis memiliki suara emas, Ted Williams kini ditawarkan untuk berlakon dalam filem terbitan pelakon dan pengarah terkenal, Jack Nicholson, lapor Entertainment Tonight kelmarin.
Tawaran itu adalah yang terbaru selepas dia tiba-tiba menjadi popular di Amerika Syarikat (AS) dan mendapat banyak tawaran untuk menggunakan suara emasnya dengan bayaran lumayan selepas satu klip video menunjukkan dia mengemis disiarkan di Internet.
Nasib Williams yang berusia 53 tahun itu berubah serta-merta selepas seorang jurugambar akhbarColumbus Dispatch merakamkan gelagat pengemis itu bercakap meminta bantuan dengan menggunakan suara emasnya di tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio. Jurugambar itu kemudian menyebarkan rakamannya itu di Internet.
Semasa rakaman itu, pengemis itu meminta bantuan kewangan dengan tangannya memegang cebisan kotak mengandungi ayat yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas juruhebah radio.
Dia kemudian bercakap seperti aksi deejay radio.
Williams kini menimbangkan tawaran untuk menjadi penyumbang suara bagi memberitahu perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA).
Dia juga ditawarkan untuk merakamkan iklan Kraft Macaroni & Cheese yang akan disiarkan di saluran Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN) semasa perlawanan Fight Hunger Bowl pada perlawanan akan datang.
Ekoran penemuan pengemis bersuara emas itu, seorang ejen pencari bakat, Shane Cormier berkata, dia boleh menjadikan Williams jutawan kerana keunikan suaranya.
Menyentuh mengenai tawaran terbaru dalam bidang lakonan, Williams berkata: "Jack Nicholson telah menghubungi seorang ahli keluarga saya yang kebetulan berada di Columbus, Ohio. Mereka akan menerbitkan sebuah filem dengan Jack memainkan watak sebagai seorang deejay. Dia mahu saya berlakon bersamanya," kata Williams.
Berita tersebut didedahkan selepas Williams bertemu semula dengan ibunya, Julia Williams di New York untuk pertama kali selepas 20 tahun.
Dalam pertemuan yang penuh emosi itu, Julia yang berusia 90 tahun berkata: "Anak saya yang suka membazir akhirnya pulang ke rumah."
Pengemis itu turut berkata: "Saya sudah sampai di rumah. Saya pernah beritahu akan pulang pada tahun ini. Saya tidak kelihatan hebat. Tetapi saya sudah ada di rumah," kata Williams.
Kelmarin, dia merakamkan suaranya untuk program promosi penjenamaan terbitan stesen televisyen MSNBC.
Dia tinggal di jalanan pada 1993 selepas kehidupannya musnah akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Beberapa hari lalu, dia hidup di dalam sebuah khemah di tepi lebuh raya di Columbus.
Sebelum menjadi terkenal disebabkan klip video selama 90 saat di Twitter dan YouTube, Williams pernah ditahan di beberapa buah lokap di Ohio atas dakwaan jenayah seperti mencuri dan memiliki dadah.
Semasa diwawancara dalam rancangan televisyen Today, kelmarin, dia mengaku terlibat dalam jenayah untuk memenuhi keperluan ketagihan dadahnya.
Williams pernah menjadi juruhebah radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Namun, dia kini tidak lagi mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun.
Williams turut menyuarakan perasaan terkejutnya apabila banyak pihak memberi perhatian terhadapnya semasa dia muncul dalam program Today terbitan stesen televisyen NBC itu di New York.
"Amat memeranjatkan. Ia merupakan fenomena dan tidak mungkin saya pernah bayangkan semua perkara ini akan berlaku. Saya rasa seperti Susan Boyle atau Justin Bieber," katanya yang dipetik daripada akhbar Columbus Dispatch.
Susan Boyle, 49, menjadi terkenal di dunia kerana suaranya yang merdu semasa menyertai pertandingan bakat nyanyian Britain's Got Talent pada 2009.
Justin Bieber pula menjadi penyanyi amat popular masa kini walaupun dia kini berusia 16 tahun.
Mengulas mengenai pengajaran yang didapati semasa melayan golongan yang tidak berumah Williams berkata: "Jangan menilai manusia secara luarannya. Semua orang mempunyai kisah tersendiri." - Agensi

8,000 burung merpati jatuh dari langit

Kosmo! Online - Dunia

SEBAHAGIAN burung merpati yang jatuh dari langit di bandar Faenza, Itali pada Rabu lalu.





FAENZA - Kematian haiwan secara besar-besaran berlaku lagi tetapi kali ini melibatkan 8,000 ekor burung merpati di bandar ini yang terletak di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.
Burung itu dipercayai mati disebabkan keracunan atau kekurangan oksigen selain cuaca sejuk.
Haiwan itu jatuh ke tanah dan di atas bumbung rumah serta kereta pada Rabu lalu.
Penduduk di sini menyatakan, bangkai burung merpati itu mempunyai tompok biru pada paruhnya yang dipercayai pakar-pakar sebagai tanda hipoksia atau kekurangan oksigen.
"Burung-burung merpati itu jatuh dari langit satu demi satu dan kemudian dalam kumpulan 10 atau 20 ekor serentak," kata seorang penduduk tempatan.
Keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian burung-burung merpati itu hanya akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.
Insiden terbaru itu berlaku selepas dua juta ikan ditemui mati di Teluk Chesapeake, Maryland, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu.
Pakar-pakar percaya ikan-ikan itu mati akibat tertekan cuaca sejuk dan pembiakan berlebihan.
Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan insiden kematian besar-besaran haiwan berlaku di seluruh dunia yang antara lain melibatkan 40,000 ekor ketam setan merah mati di Kent, Britain pada Rabu lalu.
Di AS, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, Florida pada Selasa lepas.
Pada Selasa lalu juga beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di perairan New Zealand dengan 50 ekor burung ditemui mati di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden manakala 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS .
Di Brazil pula, sebanyak 100 tan metrik ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana. - Agensi

Friday, January 7, 2011

Banjir Di Kelantan Semakin Buruk

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Banjir Di Kelantan Semakin Buruk: "


Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kelantan semakin bertambah petang ini kepada 866 orang berbanding 376 mangsa yang dilaporkan pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata sehingga kini 13 pusat pemindahan telah dibuka di lima daerah iaitu Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Meski keadaan cuaca di beberapa kawasan agak cerah, faktor hujan yang masih turun secara renyai-renyai dan sederhana berterusan itu menyebabkan air yang menenggelami kawasan semakin naik.

Enam laluan, membabitkan daerah Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat ditutup kepada kenderaan ringan, manakala satu laluan, iaitu KM2 Jalan Banir-Belikong-Tasik Pauh di Pasir Puteh di tutup kepada semua kenderaan.

Paras air di Sungai Golok kini masih bertahan di paras 9.9 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai-sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga."

Pemandu cedera treler rempuh bangunan lama


KEADAAN treler yang remuk teruk selepas terbabas dan merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini. Dalam kejadian itu, pemandu treler, Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi mengalami cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. - Foto Ikhwan Munir

IPOH: Seorang lelaki cedera selepas treler dipandunya merempuh bangunan lama menempatkan deretan kedai dan ditimpa konkrit simen bangunan itu dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar-Ipoh, pekan Chemor, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, pemandu treler, Mat Lazim Osman, 51, dari Kampung Tunku Husin, Manjoi, cedera di kepala dan beberapa anggota badan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila treler bermuatan batu bata yang dipandu dari Kanthan ke Ipoh hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
Katanya, sebuah kereta jenis Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap runtuhan kedai bagaimanapun tiada pemandu dalam kenderaan.

Beliau berkata, antara kedai yang terbabit ialah kedai menjual alat memancing, kedai gunting rambut dan sebuah kedai kosong, bagaimanapun pemilik kedai tidak berada di premis berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."
Berita Harian Online | Pemandu cedera treler rempuh bangunan lama: "

New York lumpuh akibat ribut salji

Kosmo! Online - Rencana Utama



KEMERIAHAN sambutan Hari Natal pada penghujung tahun lalu di New York agak suram ekoran ribut salji yang melanda kota metropolitan itu.
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, ribut salji yang melanda New York disifatkan sebagai yang terburuk pada abad ini.
Ekoran ribut salji itu, New York yang mencatatkan sebagai salah sebuah bandar yang paling ramai penduduk di dunia itu lumpuh sehingga tahun 2010 melabuhkan tirainya.
Jika sebelum ini New York dihiasi dengan pencakar langit yang gah, keindahan tersebut bagaimanapun lenyap ditelan salji. Apa yang kelihatan, hanyalah lautan kawasan berwarna putih. Lebih memburukkan keadaan, sistem pengangkutan seperti jalan-jalan raya dan landasan kereta api akibat dilitupi salji tebal dan membeku.
Bencana alam itu mengundang seribu satu masalah baik kepada pelancong mahupun kepada penduduk New York sendiri.
Ribut salji yang berpanjangan sejak Krismas lalu menyebabkan pengangkutan udara di pantai timur Amerika Syarikat (AS) terjejas kerana beratus-ratus penerbangan terpaksa dibatalkan.
Ruang legar di lapangan terbang juga dipenuhi dengan ribuan penumpang yang terkandas. Pelbagai ragam dapat dilihat, ada yang sibuk dengan telefon bimbit, komputer riba, tidak kurang pula yang mencuba untuk membuat tempahan penerbangan lain dan tempahan hotel sebagai alternatif.
Ribut salji itu merupakan antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh beberapa tahun ini hingga melumpuhkan kawasan pinggir laut di bahagian timur di Carolina utara dan selatan sehingga ke wilayah maritim Kanada.
SEORANG pekerja membersihkan timbunan salji di atas jalan raya.




Penduduk New York juga tidak menjangkakan ribut salji itu menyebabkan timbunan salji setebal 80 sentimeter (sm), sekali gus menyebabkan ramai penumpang yang menaiki pesawat terkandas. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan sebelum itu meramalkan kemungkinan salji setebal 7.5 hingga 12.5 sm sahaja bagaimanapun ketebalan itu meningkat saban hari.
Keadaan itu menyebabkan jalan-jalan di New York dipenuhi dengan salji tebal. Beratus-ratus bas dan berpuluh-puluh ambulans terperangkap di bawah timbunan salji.
Perkhidmatan kereta api bawah tanah dan tren komuter menjadi lembap kerana masalah isyarat dan litar pintas yang berlaku akibat salji.
Terjejas teruk
Akibatnya, pengangkutan udara dan darat di timur laut AS lumpuh pada 27 Disember lalu. Ribut yang bermula pada malam 26 Disember itu berterusan selama dua hari.
Ribut salji itu menyebabkan jalan raya menjadi licin dan menjejaskan perjalanan kereta api. Dalam pada itu, aktiviti di beberapa buah kawasan teruk terjejas terutamanya di bandar raya New York, di bahagian timur New Jersey dan barat Long Island.
BASIKAL dan kereta antara pengangkutan yang ditenggelami timbunan salji.
"Ribut kali ini amat luar biasa berbanding sebelum ini.




"Keadaan ini menyebabkan situasi menjadi buruk dan kami bekerja keras untuk memulihkan keadaan," kata Datuk Bandar New York, Michele Bloomberg.
Tambahnya, kelajuan angin sehingga 89 kilometer (km) sejam memburukkan lagi keadaan kerana jalan raya dan tanah menjadi licin.
"Sebanyak 1,000 kenderaan telah dialihkan dari lebuh raya di tiga buah kawasan utama di New York. Kerja-kerja pembersihan lebuh raya, laluan bas dan jalan raya sepanjang 9,656 km dibersihkan oleh lebih 2,400 pekerja pembersihan.
"Jentolak salji tidak boleh digunakan sehingga kita dapat mengalihkan semua ambulans, jentera bomba dan kereta yang terkandas di bawah timbunan salji tebal," ujarnya dalam satu temu ramah dengan agensi berita.
Datuk Bandar Newark, New Jersey, Cory Booker secara peribadi membantu sebahagian penduduk menggali timbunan salji untuk mencari kenderaan masing-masing dan menggunakan Twitter bagi membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
"Saya masih menerima banyak tweets yang mahukan bantuan. Nampaknya saya perlu membantu mereka juga," katanya.
Dalam pada itu, salji yang makin menebal menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty ditutup. Lantaran itu sebanyak 1,400 penerbangan dibatalkan.
SALJI tidak menghalang orang ramai membeli-belah di Union Square, New York.
"Penghantaran kapal terbang oleh syarikat penerbangan ke Lapangan Terbang John F. Kennedy tanpa pintu atur siap menyebabkan sistem sokongan alternatif terpaksa dilakukan," kata jurucakap pihak berkuasa Lapangan Terbang New York, Steve Coleman.




Gigi Godfrey dari Belize, Amerika Tengah terperangkap selama 10 jam di dalam kapal terbang Cathay Pacific sehinggalah para penumpangnya dibenarkan turun dari kapal terbang tersebut.
"Ia sangat mengecewakan. Kami terpaksa duduk di dalam kapal terbang berjam-jam lamanya sambil menerima lebih banyak berita buruk.
"Saya sangat letih dan tidak ingat hari apakah semalam," katanya yang baru pulang dari Thailand meraikan Hari Natal.
Ribut salji mula reda selepas dua hari mengganas. Kelihatan banyak kenderaan terperangkap di jalan raya dan pengangkutan awam terjejas dek salji yang tebal.
Mula beroperasi
Lebih malang, ribut salji kemudiannya beralih ke Kanada dengan angin kuat dan salji tebal yang menyebabkan masalah yang sama seperti di New York.
Amaran ribut di pantai timur AS ditarik balik oleh Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan kerana ribut yang membawa salji tebal dan angin kencang menghala ke Kanada hingga pantai Atlantik.
Angin kencang yang melanda Carolina utara hingga Maine berkelajuan 150 km sejam menyebabkan lebih 5,000 penerbangan dibatalkan.
Pada masa yang sama, beratus-ratus bandar, pekan dan lebuh raya lumpuh.
Beratus-ratus pemandu kenderaan yang terkandas akibat salji tebal dan penumpang kereta api bawah tanah di New York berjaya diselamatkan oleh krew penyelamat selepas terpaksa bermalam di dalam pengangkutan awam yang gagal beroperasi akibat cuaca sejuk.
Ribut turut membawa salji setebal 80 (sm) di beberapa bahagian New Jersey dan menyebabkan ketebalan salji meningkat 50 sm di Central Park, New York.
Bagaimanapun, urusan perniagaan, operasi dewan bandar raya dan aktiviti seharian di New York kembali normal beberapa hari lalu. Serentak dengan itu, tiga lapangan terbang terbesar beroperasi seperti biasa.
LAPANGAN terbang juga lumpuh ekoran ribut salji yang melanda New York.




Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, Lapangan Terbang La Guardia dibuka lewat petang 28 Disember diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark di New Jersey.
Syarikat-syarikat penerbangan menyambung semula operasi dengan jumlah penerbangan yang terhad. Sungguhpun begitu, kelewatan dijangka berlaku rentetan beribu-ribu penerbangan telah dibatalkan sejak ribut mula melanda pada 26 dan 28 Disember lalu.
Jentolak bagi membersihkan salji sukar digunakan kerana ketebalan salji mencecah hingga ke paras lutut di jalan-jalan raya di Manhattan.
Kelumpuhan dijangka berlaku untuk beberapa hari lagi sebelum kota New York dan pengangkutan utama beroperasi seperti biasa selepas melalui episod buruk amukan salji.

Arkitek cipta simen lut cahaya

Kosmo! Online - Dunia: "
SEBUAH bangunan yang dibina dengan menggunakan simen lut cahaya dipamerkan di Ekspo Dunia di Shanghai, China pada tahun lalu.


SEBUAH bangunan yang dibina dengan menggunakan simen lut cahaya dipamerkan di Ekspo Dunia di Shanghai, China pada tahun lalu.

ROM - Sekumpulan arkitek firma Itali, Italcementi mencipta simen lut cahaya dikenali sebagai i.light, lapor sebuah akhbar semalam.

Simen itu memiliki puluhan lubang halus yang membolehkan cahaya menembusinya tanpa menjejaskan kekuatan strukturnya.

Bahan tersebut berupaya menjimatkan kos elektrik kerana ia dapat menerangi bangunan pada waktu siang.

Setakat ini, satu-satunya bangunan yang dibina dengan menggunakan simen i.light adalah Pavilion Itali di Ekspo Shanghai, China pada tahun lalu. - Agensi"

Pemilik kedai makan terkejut cicak dalam sos

Kosmo! Online - Terkini: "
07/01/2011 11:17am

ALOR SETAR - Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.

Nor Hashima Mohd. Noor, 29, berkata, bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

'Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak.

'Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak,” katanya.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. - Bernama"

Trak terperangkap di 'pulau' kecil

Kosmo! Online - Dunia



BEBERAPA buah trak terperangkap di sebuah 'pulau' selepas sebuah kawasan di Queensland dilanda banjir yang masih belum surut sehingga semalam.


CANBERRA, Australia - Sejumlah trak ditinggalkan di sebuah 'pulau' yang terbentuk akibat limpahan air banjir di negeri Queensland, lapor sebuah akhbar semalam.
Setakat ini, sekitar 11,000 kediaman di bandar-bandar seperti Rockhampton digenangi air bah dengan pihak tentera mengambil alih kawalan.
Banjir yang melanda kawasan timur laut Australia telah menjejaskan kehidupan lebih 200,000 orang. - Agensi

Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara emas

Kosmo! Online - Dunia





COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbarColumbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.

Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.

Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.

"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.

"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi

Lagi misteri burung, ikan mati

Kosmo! Online - Dunia



RATUSAN ikan yang mati ditemui di tepi pantai Semenanjung Coromandel, New Zealand pada Selasa lalu.


STOCKHOLM - Kematian ikan dan burung kini merebak selepas penemuan awal 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit secara misteri yang pada teori awalnya disebabkan letupan bunga api di bandar Beeba, negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, pada Selasa lalu, bangkai 50 ekor burung ditemui di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden.
Pada hari yang sama juga, kira-kira 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS yang tanggapan awal dipercayai dilanggar kereta.
Sebelum ini, lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di Sungai Arkansas, di negeri Arkansas, AS yang dipercayai mati akibat perubahan cuaca pada minggu lalu.
Pada Isnin lalu, gambar yang dirakamkan Jabatan Alam Sekitar Maryland, AS menunjukkan dua juta ekor ikan terdampar di Teluk Chesapeake.
Alasan jurucakap jabatan itu, Dawn Stolzfus menyatakan, ikan itu mati pada minggu lalu disebabkan cuaca sejuk.
Namun apa yang menjadi misteri ialah kenapa ikan itu tidak berenang ke kawasan yang suhunya lebih panas.
Di Brazil, sebanyak 100 tan ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana, berhampiran Nicaragua.
Presiden Persekutuan Koloni Nelayan Parana, Edmir Manoel Ferreira berkata, bangkai-bangkai ikan itu ditemui sejak Khamis minggu lalu.
Beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di New Zealand pada Selasa lalu.
Di Britain, sebanyak 40,000 ekor ketam setan merah turut mati di Kent kelmarin.
Sementara itu, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, negeri Florida pada Selasa lepas.
Terdapat juga golongan yang percaya kematian pelbagai spesies haiwan itu merupakan petanda ketibaan hari kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan tamadun kuno Maya di Mexico.
Di Internet pula, heboh mengenai teori konspirasi tentang eksperimen-eksperimen rahsia oleh kerajaan sebagai penyebab fenomena misteri itu.
Setakat ini, saintis-saintis masih melakukan satu siri ujian bagi mengenal pasti punca sebenar pelbagai spesies haiwan itu mati. Keputusan ujian tersebut bagaimanapun, hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi

Thursday, January 6, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

By: Othman Tahir


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Sifat-sifat orang yang mendapat amalan batin

www.news-all.com (67).JPG


Telah kita katakan bahwa kita mesti beribadah kepada Allah zahir dan batin. Ibadah zahir disebut syariat. Ibadah batin disebut hakikat. Orang yang sudah melaksanakan syariat akan terlihat oleh kita tandanya yaitu mengucap dua kalimah syahadah, shalat, puasa, zakat, haji, membaca Al Quran, selawat, zikrullah, menutup aurat, menuntut ilmu, bersilaturrahim dan cara hidup lainnya yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan meninggalkan (tidak melakukan) segala sesuatu yang dilarang oleh Allah.
Begitu juga orang yang melakukan ibadah batin, terlihat juga tanda-tandanya. Tanda-tanda itu tidak dapat dilihat oleh mata lahir kita, sebab tersembunyi di dalam hati.
Hal itu hanya dapat dilihat oleh orang itu sendiri dengan merasakan gerak dan arah perjalanan hati kita. Hati yang sudah melakukan ibadah berbeda dengan hati yang masih durhaka.
Untuk mengetahui perbezaan itu supaya kita dapat mengenal hati kita, apakah sudah taat atau masih derhaka, saya akan tunjukkan tanda-tanda atau sifat-sifat hati yang tinggi kedudukannya, yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan ibadah batin.
1. SYARIATNYA KUAT
Orang yang kuat beribadah batin pasti akan kuat pula ibadah lahirnya (syariat). Tetapi perlu diingat bahwa orang yang kuat syariat lahir saja belum tentu kuat ibadah batinnya.
Hal itu disebabkan pada diri kita, hati (jasad batin) adalah pemimpin sedangkan anggota-anggota lain (jasad zahir) sebagai pekerja. Kita makan kerana hati kita menyuruh kita makan. Kaki dan tangan pun bekerja untuk mencari makanan. Kita hendak ke masjid adalah kerana amalan hati kita. Kaki kita hanya menurut saja. Tetapi kalau hati tidak mau pergi walau masjid di sebelah rumah pun, kaki tidak akan melangkah pergi.
Begitu besarnya kuasa dan peranan hati dalam menentukan corak hidup kita. Sebab itu kalau hati sudah baik, taat memperhambakan diri pada Allah, hati akan mengarahkan semua anggota zahir untuk tunduk menyembah kepada Allah SWT. Semua perintah Allah akan ditaati tanpa tanya jawab lagi. Semua larangan Allah akan ditinggalkan tanpa ragu-ragu.
Firman Allah : Terjemahannya : Dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat." (Dan mereka berdoa), "Tuhan, kami mohon keampunanMu, dan kepadaMulah tempat kembali" (Al Baqarah : 285)
Shalat fardhunya baik, shalat sunat hajat dan lain-lain tidak ditinggalkan. Puasa sunat dianggap penting dan selalu dilakukan dengan senang hati. Membaca Al Quran, selawat, wirid, zikir, tahlil, tasbih dan tahmid dan lain-lain telah menjadi nyanyian rutin yang mengasyikkan. Berjuang untuk menyebarkan agama Allah terasa satu kewajiban yang mesti dilakukan sehingga tidak pernah jemu dan letih kerana perjuangan.
Kuat berkorban harta, fikiran, waktu dan tenaga untuk membantu Islam dan umat Islam. Tidak bermewahan dengan rezeki pemberian Allah sekalipun halal dan hanya diambil sesuai keperluan saja. Kelebihannya diserahkan untuk jihad. Sebab itu rumahnya sederhana, pakaian, dan makan minum juga sederhana. Kerana hatinya menyuruh tutup aurat maka ia akan melakukannya tanpa peduli apa yang dikatakan orang. Hatinya menyuruh berderma dan bersedekah maka ia akan melakukannya tanpa takut miskin dan bimbang pada hari depan. Hatinya menyuruh ia berjemaah sesama kaum muslimin maka ia pun ikut berjemaah tanpa ragu meninggalkan alam dan kawan di luar jemaah.
Karena hatinya menyuruh menghentikan pergaulan bebas maka ia akan berhenti tanpa takut kehilangan jodoh. Dan apa saja yang disuruh oleh hatinya, ia akan taat.
Hati yang taat dan takut pada Allah akan menyuruh kita mengikuti semua suruhan Allah. Tidak pernah terlintas dalam hati orang-orang soleh satu keinginan untuk durhaka pada Allah. Hatinya tidak pernah berencana untuk melakukan larangan Allah.
Sebab itu orang yang kuat ibadah batinnya, cukup kuat meninggalkan hal-hal yang haram, makruh dan syubhat. Tidak melakukan zina, tidak menipu, tidak minum arak, tidak berjudi, tidak mengambil pinjaman riba (bank) untuk membeli rumah atau mobil, tidak terlibat dengan suap, tidak berkhianat, tidak merokok, tidak mengumpat, tidak memfitnah, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak mubazir dan bermewah-mewah, tidak berfoya-foya, tidak terlibat dengan muzik-muzik haram, tidak bercintaan antara lelaki perempuan secara haram dan lain-lain.
Hati yang kuat dengan Allah akan melarang keras untuk terlibat dengan pekerjaan yang dikutuk oleh Allah. Hati yang sempurna ibadahnya akan menolak semua perkara yang dibenci Allah.
Tegasnya hanya hati kita yang bisa membetulkan diri kita dan hati juga yang bisa menjahanamkan kita. Kalau hati baik, tindakan kita akan baik. Dan kalau hati jahat, tindakan kita akan jahat juga.
Konsep 'hati baik' itu pun jangan disalah artikan. Jangan kita katakan, ''Tidak shalat pun tidak apa-apa, asalkan hati kita baik. Tidak menutup aurat pun tak apa, asal hati kita baik.''
Kalau kita katakan begitu, maka kita telah membuat dua kejahatan. Pertama kita telah berani membantah suruhan Allah karena shalat dan tutup aurat itu suruhan Allah. Kedua, kita menganggap hati kita baik, padahal hati kita masih durhaka pada Allah.
Hati yang tidak mau shalat atau tutup aurat itu adalah hati yang durhaka pada Allah. Hati yang baik adalah hati yang taat dan takut pada Allah. Bila hati taat maka kita akan mentaati seluruh perintah Allah. Bila hati kita baik kita akan kuat bersyariat.
2. MENDAPAT KEJERNIHAN ATAU KERINGANAN BATIN
Apabila seseorang hamba itu sudah mendapat kerohanian yang tinggi, hatinya (batinnya) akan menjadi suci dan ringan. Allah SWT berfirman :
Terjemahannya : Yaitu mereka yang memenuhi janji Allah dan tidak pula merusakkan perjanjian.(Ar Raad : 20)
Terjemahannya : Dan mereka menghubungi apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (silaturrahim) dan mereka takut pada Tuhan mereka dan takut pada hisab yang buruk. (Ar Raad : 21)
Terjemahannya : Dan mereka juga bersabar dalam mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan pada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan. Dan mereka menutupi kejahatan dengan kebaikan. Mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).(Ar Raad : 22)
Terjemahannya : (Yaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh di kalangan bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedangkan malaikat-malaikat masuk menemui mereka di semua pintu masuk. (Ar Raad: 23)
Terjemahannya : (Sambil mengucapkan) "Salam sejahtera kerana kesabaran kamu", maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar Raad : 24)
Apabila ruh sudah suci dan ringan maka hati terasa ringan untuk mentaati Allah. Nafsu kita akan berubah dari nafsu yang rendah kepada nafsu mutmainnah. Di waktu itu kita akan senantiasa merasa kita adalah hamba Allah, ingin hidup sebagai hamba dan rela menerima apa saja qada dan qadar Allah tanpa mempertanyakan lagi atau resah gelisah.
Untuk lebih jelas akan saya paparkan sifat-sifat hati yang saya maksudkan:
  1. Rasa malu kepada Allah karena sentiasa merasa diawasi oleh Allah SWT.
  2. Rasa takut dan hebat pada Allah kerana terasa diri selalu berada dalam kuasa Allah, sehingga Allah bisa berbuat apa saja seperti sakit, miskin, mati dan lain-lain.
  3. Selalu merasa berdosa pada Allah, bukan hanya di depan manusia kerana ada kesalahan tersembunyi yang tidak dapat diketahui seperti dosa-dosa hati. Sebab itu dia selalu menangis seorang diri, bukan di depan orang, karena takut dosanya tidak terampuni.
  4. Tidak menunda-nunda urusan dengan Allah karena hati selalu merasa kedatangan maut itu bisa terjadi kapan saja.
  5. Setiap kali membuat kesalahan yang kecil hatinya merasa takut dan terhina di depan Allah, sehingga cepat-cepat meminta ampun kepada Allah SWT.
  6. Setiap kali selesai beramal, hati merasa itu adalah kurnia Allah, bukan kemampuan dirinya. Dia tidak merasa bangga kerana merasa amalannya tidak sempurna. Kerana itu ia mengharapkan belas kasihan dari Allah agar menerima amalannya.
  7. Kalau Allah menentukan satu peristiwa terjadi pada dirinya, hatinya akan redha dengan apa yang terjadi tanpa kesal dan keluh-kesah. Dia sedar dirinya yang rendah layak menerima apa pun takdir Allah.
  8. Setiap kali melihat pemandangan alam yang indah, hati segera merasakan kebesaran Allah.
  9. Kalau dia mendapat kejayaan atau nikmat, hatinya segera merasakan bahwa itu adalah pemberian dari Allah bukan kemampuan sendiri. Kerana itu dia merasa takut pada Allah, kerana menyalahgunakan atau kurang mensyukuri nikmat yang diperoleh.
  10. Kalau dia menderita kemiskinan atau tidak memperoleh nikmat, hatinya terasa tenteram kerana dia merasa bebas dari tanggungjawab untuk menjaga amanah Allah.
  11. Kalau mendapat musibah seperti sakit, hati bisa merasa tenang kerana merasakan bahwa bencana (musibah) adalah kifaraf (balasan) dosanya. Dia merasa lebih baik dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah pengampunan dosa di akhirat.
  12. Bila mendapat pujian, hati merasa tidak senang sebab pujian itu tidak layak baginya dan bisa merosak rasa kehambaannya.
  13. Kalau dikeji atau dihina orang, hatinya merasa kasihan pada orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu tanpa diminta. Dia merasa bahwa dosanya telah menyebabkan dia dihukum seperti itu. Kalau tidak begitu dia tidak akan mendapat pahala dari penghinaan itu. Sebab itu dia tidak berniat sama sekali untuk membalas perbuatan orang itu.
  14. Dia selalu berlapang dada berhadapan dengan aneka ragam manusia dan kesusahan yang manusia timpakan ke atasnya.
  15. Dia tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan musibah, tidak merasa tenang dengan pujian dan tidak menderita dengan cacian. Hatinya selalu merasa sebagai hamba yang serba kekurangan dan sangat memerlukan Allah SWT dalam setiap keadaan.
  16. Kalau dia melihat atau mengetahui orang membuat maksiat, dia bersyukur pada Allah kerana dirinya selamat dari maksiat. Sebab itu dia tidak menghina orang itu bahkan dia merasa kasihan, ingin menolong dengan memberi nasihat. Bahkan dia tidak menaruh sangka jahat pada orang itu. Dia menganggap kesalahan itu adalah kerana tidak tahu, lupa ataupun tidak sengaja.
  17. Ketika berhadapan dengan orang yang memarahinya, dia tidak ikut marah dan tidak melawan berdebat sekalipun dia benar.
  18. Bila berhadapan dengan kepandaian orang lain, dia akan menerima ilmu atau kebenaran sekalipun dari seorang kanak-kanak. Kalau bermuzakarah dia tidak memperlihatkan bahwa dirinya pandai sehingga tidak merasa bangga diri Kalau ada yang memuji orang lain di hadapannya dia tidak sakit hati sebab dia faham bahwa kuasa hak Allah yang melebihkan dan mengurangkan nikmat pada hamba-hamba-Nya.
  19. Kalau ada orang lain menyelesaikan kerjanya, dia tidak menggerutu sebab dia merasa dia dibantu.
  20. Kalau dia digemari oleh banyak orang, dia tidak merasa bangga sebaliknya dia bimbang kalau hal itu membuat dirinya riya'.
  21. Dia tidak makan seorang diri. Kalau memberi bantuan pada seseorang, tidak di hadapan orang lain.
  22. Beramal dan betul-betul beribadah kerana Allah bukan lagi kerana Syurga atau Neraka.
Directions:
Irdy