al-Nawwas bin Sam'an r.a
Wednesday, January 5, 2011
Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula
al-Nawwas bin Sam'an r.a
Selalu Berdoa Mohon Perlindungan Dari Azab dan Fitnah
Dajjal buta mata sebelah
Nabi Muhammad saw melihat Nabi Isa,Malaikat malik dan dajjal
DAJJAL AKAN MUNCUL DI IRAN
Keutamaan Sedekah
Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka."
(Aishah r.anha)
Sedekah mengandungi 10 kebaikan:
Kebaikan di dunia
1) Membersihkan harta kekayaan
2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa
3) Menolak bala dan penyakit
4) Menyenangkan hati orang miskin
5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki
Kebaikan di Akhirat
1) Sedekah itu menjadi naungan baginya
2) Sedekah meringankan hisab amalnya
3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4) Memudahkan melintasi sirat
5) Bertambah darjat di syurga
Barangsiapa yang menolak lima pekara, maka Allah akan menolak lima pekara daripadanya iaitu:
1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya
2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya
3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya
4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya
5) Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolakdari kalimah syahadah ketika matinya
Nabi Daud & Ulat Merah
Hikayat: Pada suatu hari Nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat seekor ulat merah. Maka dalam hati dia berkata:
'Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?'
Maka dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara, seraya berkata:
'Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'subhanAllahi walhamdulillahi wala ilaha illa Allahu akbar' seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkanku agar membaca 'Allahumma solli ala Muhammadinin nabiyyil ummiyyi wa'ala alihi wasohbihi wasallim' seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil manfaat daripadamu?'
Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa amat takut pada Allah, lalu bertaubat dan bertawakkal kepadaNya..."
Penemuan terbaru saiz otak manusia
2011/01/05
MADISON: Ketika manusia moden begitu bangga dengan kecerdasannya, penemuan terbaru menunjukkan saiz otak manusia hidup 20,000 tahun lalu lebih besar, iaitu hampir sebesar bola tenis.
“Dalam 20,000 tahun terakhir, isi padu otak manusia menyusut daripada 1.500 sentimeter padu menjadi sekitar 1.350 sentimeter padu. Terjadi kepada lelaki mahupun wanita, tidak mengira kumpulan etnik,” kata Pakar Antropologi dari University of Wisconsin, Kathleen McAuliffe, dalam akhbar Britain Daily Mail, semalam.
Pelbagai spekulasi dikembangkan pakar bagi menjelaskan penemuan mengejutkan itu. Antaranya dikaitkan dengan cara hidup masa purba termasuk tempoh zaman batu tua (Upper Paleolithic).
Ketika itu, kegiatan mereka mengalami perubahan besar berikutan tempat penginapan beralih dari dalam gua ke ruang terbuka. – Agensi"
100,000 peluk Islam di Britain
2011/01/05
Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahanLONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.
Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.
Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.
Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya.
“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama.
“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.
“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”
Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi | 100,000 peluk Islam di Britain
Gemuk kerana ditinggal kekasih
| MASON hanya terbaring ketika berat badannya mencecah 444 kilogram |
LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram.
Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan.
Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup.
Sejak itu Mason yang berasal dari Ipswich sudah mengurangkan lebih 190 kilogram dan melepaskan gelaran Lelaki Paling Gemuk di Dunia dipegangnya. Dia juga berharap akan menemui cinta baru.
Mason mendedahkan dia menghadiri makan malam dengan seorang wanita istimewa pada Hari Tinju.
Namun, dia mengakui: “Makanan adalah dadah saya. Ia memerlukan usaha untuk memperoleh saiz sekarang ini. Saya tidak pernah makan begini ketika muda. Saya kurus dan aktif ketika itu.”
“Amalan makan tanpa henti 24 jam sehari disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku ketika saya berusia 20-an. Anda boleh kata yang saya makan untuk menyembuhkan hati saya yang terluka.
“Saya bertemu seorang wanita pada usia 21 tahun dan dia membuatkan hidup saya cukup sempurna.
“Dia berbeza dengan wanita lain yang saya temui sebelum itu. Dia berusia 39 tahun dan lebih tua daripada saya. Saya masih berasa sedih untuk menceritakan apa yang berlaku.
“Saya memanggilnya Char. Saya menyukainya dan berfikir akan meneruskan hidup ini bersamanya.
“Dia mempunyai kediaman sendiri dan saya membantunya untuk menghias rumahnya. Kemudian, secara tiba-tiba dia memutuskan hubungan kami.
“Kejadian itu berlaku pada 1986 ketika saya berusia 26 tahun. Dia bertemu dengan lelaki lain dan kemudian terus bertunang.” - Agensi
Banjir di Australia sebabkan arang batu lebih mahal
SEBUAH lombong arang baru dikelilingi air banjir di Baralaba, Queensland pada Ahad lalu. |
Peminat Bieber ancam bunuh Selena
SELENA GOMEZ |
NEW YORK - Pelakon yang popular di saluran Disney, Selena Gomez menerima ancaman bunuh melalui laman sosial Twitternya apabila gambar-gambar dia bercium dengan penyanyi Justin Bieber, 16, tersebar luas, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam gambar itu Selena dan Bieber bercium semasa mereka memakai pakaian renang di Saint Lucia di Caribbean. Antara komen Twitter yang diterima pelakon siri televisyen Hannah Montana itu adalah: "Saya akan bunuh kamu. Saya berjanji kepada tuhan!"
Selena yang merupakan pelakon dan penyanyi berusia 18 tahun itu juga menerima banyak komen lain termasuk: "Seperti saya mahu membunuh diri apabila melihat kamu bercium dengan Bieber. Terima kasih kerana membuatkan saya ingin membunuh diri."
"Jauhkan diri kamu daripada Bieber. Tunggu, saya akan datang dan membunuh kamu di katil busuk kamu itu pada waktu malam," komen seorang peminat Bieber di laman Twitter milik Selena.
Sebelum ini, Selena menafikan bahawa Bieber merupakan kekasihnya walaupun hubungan mereka kelihatan akrab. - Agensi
Tunang pengasas Playboy dedah cincin pertunangan
HUGH HEFNER dan Crystal Harris mengunjungi resort kasino Palms Casino Resort di Las Vegas, Nevada pada 15 Mei tahun lalu. |
NEW YORK - Bekas model majalah bogel Playboy, Crystal Harris menunjukkan gambar sebentuk cincin dijarinya yang diberi oleh tunangnya yang merupakan pengasas majalah itu, Hugh Hefner, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada 29 Disember lalu, wanita itu menghantar komen di Twitter yang berbunyi: "Kepada sesiapa yang ingin melihat cincin saya, inilah ia. Cincin pertunangan daripada kekasih saya."
Berpandukan gambar di akaun Twitternya itu, pakar-pakar menganggarkan bahawa cincin tersebut bernilai kira-kira AS$90,000 (RM275,940).
Pada Krismas lalu, Hefner, 84, memberikan cincin pertunangannya itu kepada Harris, 24, bersama-sama kotak muzik ikan duyung kerana wanita itu meminati filem ikan duyung, Little Mermaid.
Majalah People melaporkan bahawa Hefner menggunakan kotak muzik bertemakan ikan duyung itu untuk diberikan kepada tunangnya kerana ia kelihatan menarik dan saiznya sesuai untuk diletakkan bersama sebentuk cincin pertunangan.
"Apabila dia mula membuka pembalut hadiah, saya membantu membuka kotak muzik itu. Justeru, dia dapat melihat apa yang berada di dalamnya semasa muzik berbunyi," jelas Hefner. - Agensi
Identiti pelabur Facebook didedah
YURY MILNER
YURY MILNER |
Misteri ikan, burung mati di Arkansas
Maut tak sempat diami rumah baru
| BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Che Esah yang maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu semalam. |
KOTA BHARU - Impian seorang wanita untuk mendiami sebuah rumah baru bersama keluarganya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini semalam.
Mangsa, Che Esah Che Noh, 31, meninggal dunia kira-kira pukul 9.40 pagi ketika dalam perjalanan ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang bagi membuat pembayaran bagi rumah yang dibelinya di Pasir Tumboh di sini.
Dalam kejadian itu, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain sehingga dia tercampak di atas jalan raya."Kosmo! Online - Negara: "
Keluarga tolak lamaran Sanah sebab Ahmad uzur
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my
AHMAD terbaring sambil ditemani dua anaknya, Hamiah (kanan) dan Fatimah di Alor Setar semalam.
ALOR SETAR – Hasrat Sanah Ahmad, 82, untuk mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Md. Isa yang berusia 110 tahun berkemungkinan besar tidak kesampaian.
Ini kerana keluarga Ahmad semalam berubah fikiran apabila menolak sebarang perbincangan mengenai perkahwinan warga emas itu.
Anaknya, Fatimah berkata, keputusan itu adalah hasil perbincangan semua ahli keluarga dan ia adalah muktamad.
“Saya minta maaf kepada keluarga Sanah kerana terpaksa tolak hasrat mereka. Jadi, saya rasa mereka perlu batalkan rancangan ke rumah kami Sabtu ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Alor Mengkudu di sini.
Menurut Fatimah, keputusan itu diambil atas dasar kesihatan ayah mereka yang kerap sakit seperti batuk, lelah dan muntah berkahak selain terpaksa membuang air kecil di dalam bekas kerana sudah tidak berdaya untuk berjalan ke bilik air.
Katanya, anak Sanah, Sabaha ada menghubungi suaminya Sabtu lepas memaklumkan kedatangan mereka.
“Mereka tetap mahu datang sebab hendak melihat sendiri keadaan ayah dan kami mungkin tidak benarkan ayah bersua muka dengan Sanah takut dia bersungguh-sungguh hendak berkahwin,” jelasnya."
Facebook kini bernilai RM151.68 bilion
Konvoi Asia 1 tiba di Gaza
ANGGOTA-ANGGOTA Konvoi Bantuan Asia 1 menyertai tunjuk perasaan mendesak pembebasan tahanan Palestin dari penjara Israel di Gaza City, Palestin, kelmarin. - BERNAMA |
Ular, buaya dalam banjir
ANGGOTA polis menggunakan bot meronda jalan bagi menghindari pencuri-pencuri selepas tebing Sungai Fitzroy pecah dan memaksa penduduk Rockhampton dipindahkan di Queensland, Australia, semalam. - AFP |
Gerhana matahari jelas kelihatan di Eropah
3 Asas utama menjadikan ilmu memberi manfaat
TIGA KALIMAT MUNAJAT ABU SULAIMAN AD-DARANI
3 Golongan akan mendapat gedung kekayaan Allah SWT
- Kepada orang fakir atau tidak punya
- Sakit, yaitu penyakit yang menimpa pada badan sehingga dirasakan tidak enak olehnya
- Sabar, yaitu tidak mengeluh ketika ditimpa musibah kecuali kepada Allah swt dengan cara berdoa. Mengeluh kepada Allah dengan cara berdoa tidak mengatakan bahwa dirinya itu tidak rela terhadap musibah yang menimpa dirinya
3 Benteng penghalang daripada syaitan
- Mesjid menjadi benteng kerana disitu terdapat para malaikat dan orang-orang yang beribadah.
- Dzikrullah (menyebut Asma Allah) juga menjadi benteng pertahanan, terutama dengan membaca Hauqalah:
- Membaca Al-Qur`an juga benteng, terutama membaca ayat Kursy (surah Al-Baqarah ayat 255), sebagaimana yang telah nyata mujarabnya.
7 Wasiat Jibril
Jangan sembahyangkan orang munafik
Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).