Pages

Wednesday, January 5, 2011

Facebook kini bernilai RM151.68 bilion


NEW YORK 4 Jan. - Kekayaan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg meningkat dua kali ganda kepada 9 bilion (RM42.66 bilion) selepas menerima pelaburan daripada firma kewangan, Goldman Sachs.
Akhbar New York Times melaporkan bank berkenaan melaburkan 291 juta (RM1.379 bilion) dalam laman web sosial itu dengan syarikat pelaburan Rusia, Digital Sky Technologies turut melabur sebanyak AS$32 juta (RM99.2 juta).
Facebook kini bernilai kira-kira 32 bilion (RM151.68 bilion), menjadikan kedudukan Zuckerberg yang berusia 26 tahun meningkat daripada tangga 212 ke 40 tempat teratas dalam senarai bilionair Forbes.
Pelaburan terbaru tersebut akan membenarkan Facebook menarik dan mengekalkan kakitangan, menghasilkan lebih banyak produk dan mungkin membolehkan pencarian pemerolehan tanpa diperdagangkan.
Goldman Sachs merancang untuk mewujudkan sebuah entiti khas yang membenarkan pelanggannya yang bernilai tinggi melabur dalam Facebook, menurut akhbar itu.
Pelaburan 32 blion pound menjadikan Facebook bernilai lebih daripada Yahoo!, eBay dan Time Warner.
Zuckerberg yang memiliki satu per empat saham Facebook, menjadikannya seorang daripada bilionair termuda di dunia dan antara yang terkaya di dunia tanpa mengira faktor umur.
New York Times berkata, perjanjian tersebut mungkin meningkatkan sebanyak dua kali ganda harta peribadi Zuckerberg yang dijangka sebanyak 4.5 bilion (RM21.33 bilion pound) apabila Facebook dinilai pada 14.9 bilion (RM70.626 bilion).
Zuckerberg yang tidak gemar menceritakan hal peribadinya baru-baru ini, 'membuka' rumahnya dan memperkenalkan teman wanitanya kepada dunia serta lebih lantang dalam mempertahankan syarikatnya daripada kritikan yang mendakwa ia menyalahgunakan data peribadi pengguna.
Wakil Facebook, Goldman Sachs dan Digital Sky Techologies enggan mengulas lanjut berhubung pelaburan baru itu. - Agensi

No comments: