Pages

Monday, December 13, 2010

Google musnahkan komputer riba



IMEJ di laman YouTube menunjukkan komputer riba Chrome OS dirosakkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menggunakan alat pembakar roti yang dihempaskan ke arah papan kekunci komputer itu.


LOS ANGELES - Enjin carian Internet terkemuka, Google menyiarkan satu rakaman video di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan sebanyak 25 buah komputer riba Chrome OS keluarannya dirosakkan dengan pelbagai cara, lapor sebuah akhbar semalam.
Komputer riba itu dirosakkan bagi membuktikan bahawa data di dalamnya tidak akan hilang.
Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan melemparkan cawan kopi, terkena aiskrim dan dihempas ke dinding.
Data yang dihasilkan oleh pengguna tidak akan hilang kerana pendekatan yang diaplikasikan dalam komputer tersebut membolehkan data disimpan secara dalam talian.
Seorang pengguna YouTube menulis komen: "OK, saya faham. Saya tahu apa makna dalam talian, sila hentikan perbuatan membunuh komputer riba."
Sebahagian pengguna memuji tindakan Google menggunakan aplikasi itu walaupun keperluan sambungan Internet mungkin menjadi masalah utama. - Agensi

Cuaca buruk landa Asia Barat



SEBUAT bot nelayan berada di Sungai Nil semasa ribut pasir melanda Kaherah, Mesir semalam.


KAHERAH - Ribut pasir, angin kencang dan hujan lebat yang melanda seluruh Mesir semalam menyebabkan beberapa buah pelabuhan ditutup, mengganggu trafik di Terusan Suez selain mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah kilang runtuh di bandar Alexandria.
Lima orang juga dilaporkan cedera parah dalam insiden sama yang melibatkan sebuah kilang tekstil.
Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk membantu ramai pekerja kilang.
Beberapa pegawai memberitahu, 30 orang pekerja mungkin melakukan kerja-kerja menyelamat di bangunan enam tingkat itu.
Sebanyak 26 buah kapal tidak dibenarkan masuk ke Terusan Suez manakala perjalanan 29 buah kapal lagi terpaksa ditangguhkan selama tiga jam.
Laluan yang menghubungi antara Laut Mediterranean dan Laut Merah itu terjejas ekoran tahap penglihatan yang terhad dan angin kencang mencecah 40 knot.
Pegawai-pegawai meteorologi meramalkan cuaca buruk itu akan berlanjutan sehingga hari ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah.
Sementara itu, di Ashdod, Israel, sebuah kapal kargo dari Moldova, karam akibat cuaca buruk.
Namun, 11 orang anak kapal warga Ukraine berjaya diselamatkan, kata seorang pegawai maritim Israel. - Agensi

Gambar mesra William dan Middleton


KEMESRAAN antara William dengan Middleton terserlah dalam gambar yang dirakamkan pada 25 November lalu di Cornwall Room, St James's Palace, - AP


LONDON 12 Dis. - Dua keping gambar baru Putera William dan tunangnya, Kate Middleton yang diambil jurugambar Mario Testino, didedahkan kepada umum semalam sebagai meraikan perkahwinan mereka pada April depan.
Sekeping daripada gambar tersebut menunjukkan Putera William memeluk mesra bakal isterinya, sementara sekeping lagi memaparkan gaya lebih formal pasangan diraja berusia 28 tahun itu yang berdiri berlatar belakangkan sebuah bilik dengan hamparan karpet merah di St. James Palace di London.
Testino, jurugambar kelahiran Peru yang pernah mengabadikan sebahagian gambar ibu Putera William, Puteri Diana berkata, kebahagiaan pasangan diraja itu jelas terpancar di gambar mereka.
Katanya, gambar-gambar tersebut diambil pada 25 November lalu, sembilan hari selepas pertunangan mereka diumumkan. Majlis perkahwinan pasangan itu akan diadakan pada 29 April depan di Westminster Abbey, London.
"Saya sangat gembira kerana berpeluang merakam saat-saat bersejarah ini yang dinanti seluruh dunia.
"Pasangan ini jelas sangat bahagia. Saya tidak pernah berasa begitu gembira melihat mereka bersama," kata Testino yang pernah mengambil gambar ahli keluarga diraja ini termasuk Putera Harry dan Putera Charles.
Gambar formal pasangan itu menyaksikan kedua-dua mereka yang tersenyum berdiri sambil tangan Middleton memegang tangan kanan Putera William, sekali gus memperlihatkan cincin pertunangan bertatahkan berlian dan batu nilam milik Puteri Diana yang dipakai gadis itu.
Dalam gambar itu, Middleton memakai gaun putih formal Reiss, sementara Putera William mengenakan suit gelap yang dipadankan dengan tali leher biru serta kemeja putih dari Turnbull and Asser.
Gambar kedua pula memperlihatkan kemesraan pasangan diraja tersebut apabila Putera William memeluk erat Middleton dengan kedua-dua tangannya, sementara kedua-duanya tersenyum lebar.
Seorang jurucakap kediaman Putera William berkata, Putera itu pernah beberapa kali menggunakan khidmat Testino dan mengatakan jurugambar itu ialah pilihan yang tepat untuk mengabadikan gambar kenangan mereka. - AFP

Sunday, December 12, 2010

5 Ciri hiburan yang Allah SWT izinkan


http://images.alwatanvoice.com/images/topics/9162640082/13.jpg
1-Menyanyi ketika musiam perayaan sekadar di lengkapi alat-alat muzik seperti rebana, kompang dan lain-lain kelengkapan yang tidak menimbulkan kelalaian.
2-Nyanyian sebagai tanda pengistiharan pernikahan.
3-Lirik-lirik yang berunsurkan Islam dan patriotik.
4-Lirik-lirik yang mengajak kepada menyintai Allah SWT, Rasulullah SAW dan selawat ke atas Nabi MuhammadSAW atau bertasbih kepada Allah SWt serta meniupkan semangat jihad.
5-Lagu-lagu nasyid yang diiringi rebana dan kerincing sempena pernikahan yang dikhususkan kepada kaum wanita dan kanak-kanak sahaja.
Kitab Penawar Hati Dan Penenang Jiwa. m/s : 379-386

Selebriti-Selebriti Britain ikrar tetap bertudung


بريطانيا: هجرة الإعلاميات إلى الإسلام ومخاوف من زحف الحجاب إلى الشاشات

بريطانيا: هجرة الإعلاميات إلى الإسلام ومخاوف من زحف الحجاب إلى الشاشات

تاريخ النشر : 2010-10-29

Disaat kempen memerangi tudung di eropah dan amerika, namum selebriti-Selebriti Britain yang telah memeluk Islam tetap bertekad mempertahankan kain tudung di mata dunia eropah. Kini kempen Hijrah Kepada Islam oleh masyarakat Britain telah mendapat sambutan menggalakkan yang dianjurkan oleh wartawan Lauren Booth dan Cheri,  adik isteri bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair - mereka memutuskan untuk komited untuk menutup kepalanya setelah ia masuk Islam di Iran bermular enam minggu lalu.

865 Ribu pelajar amerika mendaftar di Kuliah Bahasa Arab



http://www.hespress.com/_img/americanlearnarabic1.jpg
Pendaftaran untuk mempelajari  Bahasa Arab dari kalangan pelajar amerika sentiasa bertambah, peningkatan sebanyak 46 peratus adalah perkara biasa bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab berbanding dengan lain-lain bahasa seperti bahasa Russia dan Jerman. Peningkatan ini adalah di peringkat pengajian tinggi di universiti-universiti amerika.

AHLI NERAKA YANG PALING RINGAN SIKSANYA


127. An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW. bersabda: Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka di hari kiamat, ialah orang yang di bawah telapak kakinya diletakkan bara api yang dapat mendidihkan otaknya. (Bukhari, Muslim).

amerika bimbang dengan perkembangan Islam di Perancis


أمريكا تخشى تحول فرنسا إلى دولة ضعيفة بسبب تهميشها المسلمين
http://www.hespress.com/_img/islamfrance2010.jpg
عامر واعلي
Friday, December 03, 2010
amerika amat bimbang dengan perkembangan Islam di negara Perancis sehingga membuat fitnah kepada penduduk negara Perancis bahawa negara mereka akan mundur jika umat Islam semakin bertambah setiap hari.
Kerajaan amerika telah menghantar faks kepada kerajaan Perancis dan telah memberi amaran bahawa agama Islam akan menduduki tangga pertama dalam masyarakat Perancis dalam masa terdekat sekiranya perkembangan agama Islam begini  berterusan di Perancis…,
Kerajaan amerika juga menuduh Kerajaan Perancis tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam menangani permasalahan agama seperti mana yang dilakukan oleh amerika terhadap penduduk Islan di amerika, sehingga penduduk Muslim mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan Perancis

Jepun tempatkan peluru berpandu




2010/12/12

GAMBAR fail diambil pada 31 Mac 2009 menunjukkan  askar Jepun berkawal depan alat pelancar  PAC-3 di  Akita, utara Jepun.
GAMBAR fail diambil pada 31 Mac 2009 menunjukkan askar Jepun berkawal depan alat pelancar PAC-3 di Akita, utara Jepun.
Senjata canggih hadapi ancaman Korea Utara 

TOKYO: Jepun akan menempatkan peluru berpandu pemintas paling canggih di pangkalan udaranya di seluruh negara bagi menangani ancaman peluru berpandu balistik Korea Utara, lapor Kyodo News semalam.
Akhbar itu yang memetik sumber kerajaan dan pegawai pertahanan Jepun menyatakan keputusan menempatkan peluru berpandu Patriot Advance Capability-3 (PAC-3) itu, akan dilaksanakan di bawah garis panduan dasar pertahanan lima tahun yang baru dan bakal diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.“Sistem perluru berpandu PAC-3, direka untuk menembak jatuh peluru berpandu yang dilancarkan dari daratan, akan ditempatkan di semua enam pangkalan Pasukan Pertahanan Udara, berbanding tiga saja yang ada sekarang,” kata Kyodo. 

Jepan membuat keputusan terbaru itu berikutan keadaan tegang di Semenanjung Korea yang semakin meningkat berikutan serangan meriam yang dilakukan Pyongyang ke atas Pulau Yeonpyeong di Korea Selatan bulan lalu, selain peningkatan aktiviti angkatan laut China di wilayah itu. 

Kelmarin, Jepun dan Amerika menamatkan latihan ketenteraan bersama terbesar dalam usahanya menunjukkan kekuatan ketenteraan kedua-dua negara, selepas Washington dan Korea Selatan mengadakan latihan serupa dalam usahanya mengenakan tekanan ke atas Pyongyang. 

Di bawah garis panduan baru itu juga, semua enam kapal pemusnah Aegis akan dilengkapkan peluru berpandu pemintas Standard Missile-3, manakala jumlah kapal selamnya akan ditambah daripada 16 kepada 22 buah di perairan barat daya Jepun. – AFP 

Obama berjaya henti merokok




2010/12/12

WASHINGTON: Selepas berusaha sedaya-upaya selama 30 tahun, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya berjaya menghentikan tabiatnya yang suka merokok. 

“Saya tidak lagi melihat beliau merokok sejak hampir sembilan bulan lalu,” kata jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs, ketika ditanya wartawan.
Obama sebelum ini dikenali sebagai seorang yang suka merokok walaupun hanya satu atau dua batang sehari. Isteri beliau, Michelle dan pasukan perubatan Rumah Putih berusaha berulang kali untuk menghentikan tabiat beliau.Presiden itu dilaporkan mula berusaha bersungguh-sungguh menghentikan tabiatnya, selepas seorang pakar bedah mengemukakan laporan mengenai risiko yang terpaksa dihadapi perokok, sebagai sebahagian daripada kempen antimerokok yang dilaksanakan pentadbiran beliau. 

“Tabiat merokok bukanlah sesuatu yang dibanggakan Obama. Ia sudah menjadi satu tabiat, walaupun beliau tahu perbuatan itu tidak baik. Malah beliau juga tidak mahu anaknya melihat beliau merokok. Beliau cuma merokok untuk mengurangkan tekanan. 

“Bagaimanapun saya tahu beliau berusaha dengan gigih dan saya rasa beliau akan memberitahu semua orang bahawa beliau akan melakukannya,” katanya. – Agensi 

Kisah penari bogel tua




LEBIH tiga dekad lalu ketika umurnya baru 16 tahun, dia ialah penari bogel paling popular di ibu negara yang sangat digilai lelaki berhidung belang.
Pun begitu, pekerjaannya itu sebenarnya berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menganiaya dan mengeksploitasi dirinya demi wang dan nafsu serakah.
Namun, ketika umurnya kini sudah di ambang senja, Mak Uda (bukan nama sebenar), 54, menganggap dirinya ibarat sisa buangan yang tidak lagi diingini oleh mereka yang pernah mendambakan tubuhnya.
Justeru, dia sentiasa menguatkan hati dan tidak kisah jika hidupnya kini dicemuh segelintir masyarakat yang tidak pernah cuba memahami keperitan hidup yang dilaluinya.
Mengimbas punca dia terjebak ke kancah maksiat, Mak Uda memberitahu, segala-galanya bermula selepas dia melarikan diri dari rumah di Terengganu kerana tidak tahan didera ibu kandungnya sendiri.
“Saya tidak dibenarkan ke sekolah dan dipaksa melakukan macam-macam kerja tetapi semua wang upah saya bekerja diambil ibu.
“Selepas bekerja, kaki pula dirantai. Saya juga selalu dipukul oleh ibu dan ayah tanpa sebab.
Dirantai
“Mak saya pasang rantai besi di kaki supaya saya tidak dapat bergerak jauh dari kawasan rumah. Saya tidak tahu kenapa emak dan ayah sangat benci kepada saya.
“Tetapi suatu hari, rantai itu yang sudah berkarat dapat saya putuskan, jadi saya terus melarikan diri.
“Selepas keluar dari kampung, seorang lelaki tidak dikenali datang menegur semasa saya duduk di tepi jalan dan membawa saya pergi bersamanya menaiki kereta,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.
Tambah Mak Uda, sejak itu hidupnya berubah 360 darjah. Lelaki tersebut membawanya ke sebuah bangunan usang di Klang, Selangor dan Mak Uda dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki. Dia juga didera secara seksual.
“Selepas itu saya diserahkan (dijual) kepada sebuah kelab bogel di Kuala Lumpur. Saya menjadi penari bogel mengikut rentak cha-cha serta dipaksa melacur selama beberapa bulan.
“Apabila polis menyerbu kelab itu, saya ditangkap dan dipenjarakan. Setelah bebas, saya tiada tempat bergantung dan terpaksa melacur sebagai cara untuk menyara hidup.
“Selama beberapa bulan, saya pergi dari satu negeri ke negeri yang lain untuk melacur.
“Saya berpindah-randah kerana tidak mahu ditangkap lagi,” katanya.
Pada usia 21 tahun, Mak Uda menemui seorang lelaki di Pulau Pinang yang kelihatan baik pada matanya. Mak Uda berasa selamat apabila berada di sampingnya. Mereka kemudian berkahwin.
Dia penagih
“Rupa-rupanya dia (bekas suami) penagih dadah dan kami bercerai tanpa anak.
“Hidup saya terdesak semula dan kembali menjadi pelacur sehingga hari ini dengan harga diri semurah RM30 sahaja,” jelasnya. Matanya berkaca menahan air mata apabila mengenangkan nasibnya itu.
Mak Uda merupakan sebahagian daripada kisah wanita pekerja seks di Kuantan, Pahang yang mengikuti program Pusat Singgah Masuk Wanita (PSMW) kendalian Komuniti Pencegahan Dadah (DIC) Pahang bagi membantu golongan tersebut memilih cara hidup sihat.
Menurut Pengurus Program PSMW-DIC Kuantan, Sazura Sarif, seramai 157 wanita pelbagai peringkat umur di sekitar Kuantan yang berisiko dijangkiti virus HIV mengikuti program tersebut termasuk pekerja seks seperti Mak Uda.
“Daripada jumlah itu, seramai 61 orang adalah pasangan kepada penagih dadah jenis suntikan, 57 pekerja seks, 22 wanita berisiko yang bukan pekerja seks, lapan wanita penagih dadah jenis suntikan dan seorang pengguna dadah sintetik.
“Selain itu, seramai 27 orang disahkan sebagai pembawa virus HIV.
“Manakala sembilan anak pekerja seks dan wanita penagih dadah itu dirujuk ke rumah-rumah perlindungan untuk diberikan kemudahan persekolahan,” katanya.
MAK UDA bergelar pelacur setelah melarikan diri dari rumah di Terengganu kerana tidak tahan didera ibu kandungnya sendiri.


Berisiko
Tambah Sazura, pihaknya menyediakan bantuan termasuk makanan berkhasiat, kemahiran asas, rawatan kesihatan oleh pihak perubatan sukarela dan sesi terapi bagi memulihkan semangat golongan tersebut.
“Kami memberi bantuan kepada wanita-wanita ini kerana mahu mereka hidup dengan cara yang lebih sihat.
“Kami tidak memaksa mereka berubah dan jika mereka memilih untuk meninggalkan cara hidup sekarang, kita sangat menggalakkannya.
“Kami juga membantu mereka mencari pekerjaan yang lebih baik jika mereka mahu berubah,” katanya sambil memberitahu program itu menerima bantuan dana daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Malaysia.
Sementara itu, Kaunselor PSMW-DIC Kuantan, Wan Norizan Wan Othman berkata, kebanyakan wanita berisiko yang diberi bantuan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai tempat bergantung.
“Ada juga kes melibatkan perceraian, berisiko atau sudah dijangkiti HIV kerana suami menjadi penagih dadah dan banyak lagi.
“Kita bersikap terbuka dan menerima setiap wanita berisiko seperti itu untuk datang ke pusat ini.
“Masyarakat tidak wajar mencemuh kerana ia tidak membantu, sebaliknya mereka perlu ditolong supaya berubah,” kata beliau semasa ditemui di PSMW-DIC di No.14 Jalan Bukit Ubi berhampiran Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.

Pasangan 80 tahun temui cinta di Facebook



MOORE dan Brocklesby kini bahagia menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri selepas berkenalan di laman sosial Facebook.


WEST YORKSHIRE - Pasangan warga emas, Barbara Moore, 77, dan Laurence Brocklesby, 82, menemui cinta menerusi laman sosial Facebook dan bakal meraikan perayaan Krismas sebagai suami isteri.
Moore dikatakan mula menggunakan komputer selepas suaminya meninggal dunia empat tahun lalu. Bekas jururawat pediatrik itu kemudian tertarik dengan profil Brocklesby yang menduda sejak 16 tahun lalu.
Bermula dengan meminta tip-tip mengenai berkebun daripada Brocklesby, pasangan itu akhirnya berbual dalam talian dan telefon selama beberapa jam setiap hari.
"Kami berbual tentang semua perkara. Sungguh mengagumkan bahawa kami mempunyai banyak persamaan dan lebih terbuka apabila berbual di Internet," kata Moore.
Pasangan itu juga meneliti profil gambar masing-masing di laman Facebook supaya dapat tahu apa yang ingin dijangkakan.
Selepas tiga bulan berkenalan dan mengalami patah pergelangan tangan, Brocklesby akhirnya dapat berjumpa dengan Moore.
"Barbara (Moore) menawarkan diri untuk membawa saya berjumpa doktor kerana saya tidak lagi boleh memandu akibat kecederaan itu.
"Dari situlah segalanya bermula," cerita Brocklesby yang mempunyai empat orang cucu.
Sebelum mengambil keputusan berkahwin, Moore menjemput Brocklesby untuk tinggal di rumahnya. - Agensi

Jumpa rangka gladiator Rom kuno



MORRISON bersama rangka gladiator yang ditemui 30 sentimeter di bawah lantai Muzium Yorkshire, England.


YORK - Rangka seorang gladiator zaman Rom Kuno setinggi 1.77 meter berjaya ditemui oleh seorang ketua kurator, Andrew Morrison sewaktu kerja-kerja membaik pulih Muzium Yorkshire, England dilakukan baru-baru ini.
Bagi seorang lelaki Rom, rangka itu cukup tinggi dan memiliki tubuh yang tegap. Purata ketinggian manusia yang hidup pada waktu itu ialah 1.6 meter.
Gladiator merupakan lelaki yang dilatih untuk bertarung menggunakan senjata dalam pertunjukan di gelanggang seperti yang digambarkan dalam filem Gladiator lakonan Russell Crowe.
Rangka itu ditemui hanya 30 sentimeter di bawah lantai muzium. Analisis yang dibuat membuktikan rangka itu milik seorang lelaki yang kuat tetapi mati ditikam secara bertubi-tubi, termasuk satu kesan tikaman pedang di bahagian belakang kepalanya.
"Bukti fizikal menunjukkan gladiator ini tidak dikebumikan sebagaimana sepatutnya.
"Memang mustahil untuk disahkan, tetapi dia mungkin seorang gladiator yang dibunuh secara kejam dan dibiarkan mati begitu sahaja," kata Morrison.
Pakar dari Osteo Arkeleologi York merumuskan bahawa lelaki itu berusia antara 36 hingga 45 tahun. Menurut pengarahnya, Malin Holst, jangkaan umurnya diperoleh menerusi analisis kemerosotan bahagian sendi dan keadaan giginya.
Berikutan penemuan itu, pakar arkelogi semakin yakin mengenai kewujudan gelanggang sukan berbahaya itu di bandar tersebut. Pada 1,600 tahun lalu, York yang kini sebuah bandar di England merupakan ibu negara Rom untuk wilayah utara.
Bahagian bawah tanah Muzium Yorkshire juga sudah lama dijangka menjadi salah satu lokasi utama perlawanan itu.
Rangka itu kini dipamerkan untuk tatapan umum di muzium yang sama.

Allah menyesatkan orang zalim

يُثَبِّتُ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللّهُ مَا يَشَاءُ
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Surah Ibrahim, Ayat 27

Saturday, December 11, 2010

Bandar di Sepanyol larang pakai purdah dan burqa di 130 lokasi

BARCELONA: Sebuah bandar di utara Sepanyol kelmarin menguatkuasakan larangan pemakaian purdah dan burqa di bangunan-bangunan majlis bandaran.
Bandar Lleida, yang mempunyai 120,000 penduduk, meluluskan larangan itu pada Julai lalu.Pemakaian burqa dan purdah dilarang di 130 lokasi, termasuk pusat sivik dan kolam renang.Undang-undang berkaitan larangan itu merupakan yang pertama dikuatkuasakan di Sepanyol.'Saya percaya burqa dan purdah, serta pakaian serupa yang menutup seluruh muka, bertentangan dengan dasar hak sama rata di antara wanita dengan lelaki. Ia juga satu serangan ke atas maruah wanita.'Saya percaya hak sama rata ini merupakan satu perkara yang diperjuangkan oleh masyarakat kami sejak beberapa tahun lalu dan tidak ada sebab, sama ada agama atau budaya, yang boleh menentang prinsip asas ini,' kata Datuk Bandar Lleida, Encik Angel Ros.Undang-undang tersebut melarang pemakaian 'purdah atau pakaian-pakaian lain yang menutup muka' yang menyukarkan identiti seseorang itu dikenal pasti di 'bangunan dan prasarana majlis bandaran'.Pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga 600 euro ($1,041).Pemakaian purdah dan burqa telah mencetuskan perdebatan hangat di banyak negara Eropah.Pada Oktober lalu, Perancis turut meluluskan larangan pemakaian purdah dan burqa di tempat-tempat awam.Sebahagian besar daripada 47 juta penduduk Sepanyol merupakan penganut Roman Katolik.Jumlah pendatang yang menetap di Sepanyol telah meningkat daripada setengah juta pada 1996 kepada 5.7 juta tahun lalu. -- AFP.

Ayu Azhari disepina anak sendiri


GAMBAR yang disiarkan akhbar Kompas menunjukkan Ayu Azahari di sebuah pejabat polis di Jakarta Selatan pada bulan November lalu.


JAKARTA - Dua orang anak aktres terkenal Indonesia, Ayu Azhari, Axel Djody Gondokusumo, 20, dan Sean Azad Taito Azhari, 15, mengemukakan sepina terhadap ibu mereka sendiri untuk hadir ke sebuah mahkamah berhubung tuduhan dia melakukan kekerasan fizikal serta mental terhadap mereka, lapor akhbar Kompas semalam.
"Mereka datang berjumpa saya untuk mendapatkan perlindungan menerusi undang-undang," kata peguam adik-beradik itu, Dwi Ria Latifa.
Menurut Dwi, Axel dan Sean terpaksa membuat laporan kerana mereka tidak tahan dengan kelakuan Ayu sejak kebelakangan ini.
"Sebagai peguam, saya mahu masalah ini diselesaikan secara baik. Ini masalah antara ibu dan anak. Sebab itulah kami kemukakan sepina itu dahulu," tambah Dwi.
Ayu sepatutnya hadir menemui anak-anaknya semalam. Namun, dia tidak dapat hadir kerana menjalani sesi penggambaran.
Mereka berdua mengaku kerap diperlakukan dengan kasar sejak kecil.
"Mama panas baran. Dia selalu mencakar, memukul kami," kata Axel yang merupakan anak Ayu dengan bekas suaminya, Djody Gondokusumo.
Menurutnya, seorang lagi adik tiri mereka, Suleiman Atiq Azhari ditendang kemaluannya oleh Ayu.
"Kalau masuk ke dapur pun akan dimaki hamun. Kami tidak ada kebebasan," tambah Sean yang merupakan anak Ayu dengan seorang lagi bekas suaminya, Temuu yang sudah bercerai dengan Ayu. - Agensi

Pasangan kekasih dirotan selepas ditangkap bercium



KIKI HANAFILIA dirotan di pekarangan sebuah masjid di Jantho, Aceh semalam.


JANTHO, Indonesia - Sepasang kekasih, Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17, dikenakan hukuman rotan lapan kali di sebuah masjid di bandar Jantho, Banda Aceh semalam selepas mereka ditangkap kerana bercium.
"Mereka berdua sudah berkahwin. Ada orang menangkap mereka sedang bercium di kawasan hutan daerah Aceh Besar pada Oktober lalu. Mereka juga baru hendak melakukan hubungan seks ketika ditangkap," kata pendakwa raya, Deby Rinaldi.
Menurutnya, isteri Anis yang hamil tujuh bulan berada di tempat lain ketika kejadian berlaku manakala Kiki sudah berkahwin selama dua tahun.
Aceh yang terletak di bahagian utara pulau Sumatera merupakan salah satu daerah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah Islam.
Pada Oktober lalu, dua orang wanita dirotan di Aceh kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan. - AFP

zikir menenangkan hati

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 "(Iaitu) orang-orang yang berlman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
 Surah Ar-R'ad, Ayat 28