Orang-orang Syiah Lebanon menganut madzhab Syiah Itsna Asyariyah Rafidhiyah. Mereka sama seperti para pendahulu mereka dalam berkhianat dan membenci orang-orang Ahlu sunnah. Apa yang menjadi catatan dalam sejarah modern dengan terjadinya perang saudara di Lebanon tidak lain adalah serial berdarah yang menghimpun lebih dari satu kelompok; rezim Syiria An-Nashiriyah, Syiah Itsna Asyariyah dalam milisi-milisi amal, dan pasukan Lebanon. Mereka semua membenci Ahlu sunnah. "Perang saudara di Lebanon bermula dari peristiwa otobis di Ain Ar-Ramanah pada tanggal 13/4/1975. orang-orang Palestin yang mendiami tenda-tenda pengungsian mendapati diri mereka menjadi bagian dari perang ini. Kekuatan militer Syiria melakukan intervensi dengan mengerahkan pasukan yang berjumlah tiga puluh ribu orang tentera dan mereka terlibat dalam peperangan yang sengit. Pada saat perang terjadi, orang-orang Syiah yang tergabung dalam gerakan amal beraliansi dengan pasukan militer Syiria, begitu juga dengan sebagian brigade pasukan Lebanon dan orang-orang Nasrani Maruniah. Mereka mulai dengan memboikot Tal Za'tar. Pemboikotan itu untuk memaksa mereka agar menderita kelaparan; melarang adanya bantuan roti, dan melarang pengiriman obat-obatan, disertai dengan pengeboman menakutkan yang terus menerus diarahkan pada tenda-tenda pengungsian orang-orang Palestina. Mereka melaju cepat-cepat seperti monster-monster predator di dalam tenda, menyembelih anak-anak dan orang-orang tua, merobek-merobek isi perut dan menodai kehormatan para wanita. Orang-orang Syiria An-Nashiriyah berupaya menutup-nutupi atmosfir pembantaian ini dengan dalih menghentikan perang saudara, sehingga berbagai macam bantuan berdatangan kepadanya dari organisasi-organisasi Arab yang berjanji akan menutupi anggaran pengeluaran militer Syria yang bertugas di Lebanon.... Selesailah sudah penghancuran perkemahan Tal Za'tar secara keseluruhan." Tujuan selanjutnya adalah kepada perkhemahan Ain Al-Hulwah tempat para pengungsi Palestin di luar kota Shaida. Tempat itu dianggap sebagai perkemahan terbesar, kerana dihuni oleh sekitar empat puluh lima ribu orang, setengahnya adalah orang-orang miskin Lebanon. Perkemahan ini menghimpun tempat-tempat pengungsian bawah tanah. Para penduduk menggunakannya sebagai jalan keluar menghindari serangan-serangan udara Israel.... Pengeboman masal dimulai, bahkan di rumah sakit yang telah dihancurkan, di sana terdapat sejumlah kamar yang digunakan oleh para pesakit untuk mengungsi saat pengeboman. Dim lights Embed Apakah ini menghentikan perang saudara? Atau ini adalah rencana jahat orang Syiah, mengadakan pertemuan-pertemuan dan membagi-bagikan tugas dan perannya dengan cerdik dan licik?! Tentu saja, kekuatan An-Nashiriyah melepaskan tanggung jawab atas apa yang telah terjadi, dan mengait-ngaitkannya dengan pertikaian di antara para prajurit. Kita segera berlalu dengan roda zaman. Kerana memikirkan luka-luka itu hanya akan menambah rasa sakit dan kegelisahan. Marilah kita menuju kepada tahun 1982, ketika terjadi invasi Israel ke Lebanon dengan sekitar dua puluh ribu orang tentara. Mereka menginvasi wilayah selatan Lebanon dalam waktu yang sangat singkat. Kemudian meneruskan perjalanannya menuju ibu kota Beirut, di sana mereka mendapatkan sambutan yang sangat hangat dari penduduk Al-Maruniyah dan memberikan mereka bantuan dan nasehat. Kekuatan militer Israel telah membombardir Beirut bahagian barat —Bairut Sunni- melalui darat, laut, dan udara. Air, makanan, dan obat-obatan dilarang bagi kaum muslimin Sunni di Beirut bahagian barat. Salah satu contoh pengeboman yang menakutkan yang dialami oleh kota Beirut bahagian barat, adalah yang terjadi pada hari Ahad 1/8/ 1982, di mana aksi pengeboman Israel melalui darat, laut dan udara, terjadi secara terus menerus selama empat belas jam, jatuh pada saat itu 180.000 proyektil, yakni rata-rata lebih dari 214 proyektil permenit. Pengeboman seperti ini terjadi berulang kali pada hari ke tiga dan keempat, kemudian kesepuluh dan kedua belas di bulan yang sama. Ia telah menghancurkan perumahan, mengintimidasi anak-anak, dan menewaskan orang-orang tua... darah orang-orang muslim Lebanon bercampur dengan darah orang-orang muslim Palestin. Sesudah ini, orang-orang Syiah Rafidhah, Durz, dan orang-orang sekular menuntut Organisasi Pembebasan Palestin untuk keluar dari Beirut, bahkan dari seluruh Lebanon... dan terjadi. Rezim An-Nashiriyah Syiria menyatakan sikap, bahwa mereka tidak terlibat sama sekali atas invasi ini, bahkan mereka mengatakan dengan terang-terangan, "Sesungguhnya militer Syiria masuk ke Lebanon untuk melaksanakan tugas tertentu, yaitu mengakhiri perang saudara... mereka tidak datang untuk memerangi Israel dari sana." Begitu juga dengan sikap Syiah Rafidhah di Lebanon, mereka merestui kemenangan ini, kerana Israel telah mewujudkan impian mereka dengan mengusir orang-orang Palestin dari wilayah selatan Lebanon. Siaran-siaran berita musuh zionis memuat penjelasan para pejabat mereka dalam mendukung Israel. Kesimpulan: Israel terlibat dalam peperangan dengan kaum muslimin sunni selama satu tahun. Ini dikuatkan oleh akhbar Al-Anba` Al-Kuwaitiyah yang terbit pada tanggal 30/4/1985, dengan judul, "Orang-orang Israel menyita persenjataan milik kelompok-kelompok sunni saja." Orang-orang Israel hanya membatasi penyitaan senjata ini pertama-tama kepada orang-orang Palestin, kemudian kepada orang-orang Sunni Lebanon, dan bukan kepada selain mereka. Adapun Durz dan milisi-milisi Gerakan Amal serta AlMaruniyah, tidak ada penyitaan apa pun kepada mereka. Para pimpinan Islam Sunni telah mengetahui, bahwa mereka sedang menghadapi strategi yang lebih luas dari apa yang dilihat oleh mata kasar. Strategi yang terpusat pada teori Israel yang menyamakan antara orang Sunni Lebanon dengan orang Palestin yang tinggal di Lebanon. Daerah-daerah kaum Sunni masih ada dan tanah yang subur akan tetap ada dengan bertambahnya perlawanan orang-orang Palestin. |
Saturday, September 25, 2010
Pengkhianatan Syiah Imamiah Di Lebanon (1): Mengkhianati Orang-orang Palestin
Wahabbi: Apa Yang Perlu Anda Tahu..??
Kali terakhir Daulah Islamiah tertegak di muka bumi adalah kerajaan Uthmaniah dan ianya jatuh di Turki dan setelah itu tiada lagi kerajaan Islam yang tertegak kecuali kerajaan Islamiah Saudiah setelah berkurun lama.Semua ini adalah hasil seorang yang telah berjaya menaikkan semula kerajaan Islam yang telah tumbang itu di mana sebelum tertegaknya kerajaan Islam, Saudi merupakan antara negara yang terkenal dengan ramai pengganas padang pasir. Seorang hamba Allah telah bercampur gaul dengan pembesar-pembesar Saudi dan dalam masa yang sama dia menerangkan Islam dan akhirnya apabila sudah mendapat kepercayaan mereka dia telah dilantik sebagai pembesar dalam pentadbiran. Jawatannya semasa itu sama seperti kita sekarang iaitu menteri penerangan selama 46 tahun.
Seringklali bagi sesiapa yang baru pulang dari umrah mahupun haji pasti akan memperkatakan tentang keharmonian dan kedamaian yang terdapat di Mekah dan juga Madinah. Semua ini adalah kerana Daulah Islamiah yang tertegak di sana menjamin keselamatan harta benda dan segalanya. Hamba Allah yang dimaksudkan ini adalah Syeikh Muhammad Abdul Wahab.
Kalau kita merujuk kepada tokoh ini, pasti ramai akan mengatakan inilah pengasas fahaman wahabi. Di Malaysia, wahabi ini dikategorikan sebagai sesat dan pemecah belah masyarakat. Bagi sesetengah golongan yang bersemangat berkobar-kobar mengatakan memperjuangkan Islam di Malaysia dalam menegakkan hukum hudud, salah satu acuan yang akan diambil adalah dari acuan tokoh inilah dalam membangunkan kerajaan Islam. Sebabnya selain daripada beliau, ulama manakah lagi yang cuba untuk menegakkan hukum Islam. Dua org sahaja ulama Islam sepanjang perjuangan hidup mereka, mereka cuba menegakkan hukum Islam iaitu Imam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab.
Syeikh Muhammad Abdul Wahab semasa berumur 10 tahun merupakan hafiz Quran dan semasa berumur 15 tahun telah menguasai ilmu yang dinamakan masodir tasyriq al islami (ilmu perkakas untuk menjadi ulama mujtahid). Dia juga berguru dalam penguasaan bahasa arab dengan datuk beliau mufti besar waktu itu dan juga berguru dengan bapanya qadi (hakim) dan alim besar waktu itu. Tetapi dalam dirinya, beliau lebih cenderung dalam bidang Tauhid yakni aqidah berbanding bidang feqah.
Dua musuhnya yang paling memusuhi beliau sewaktu itu iaitu orang sufi yakni orang yang menyandarkan diri dengan sufi dan tarekat dan juga orang politik. Beliau menggunakan kaedah cuba menguasai pentadbiran dan cuba membaiki dari dalam bukan secara terbuka. Apa yang diusahakan beliau berhasil sehingga kini. Setelah menguasai pentadbiran, beliau mengeluarkan fatwa yang menggegarkan dunia. Boleh diperolehi di dalam kitab majmu’ at-tawhid yg menghimpunkan dengan fatwa-fatwa ilmu tauhid oleh Imam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Bagi Syeikh Muhammad Abdul Wahab cara untuk memahamkan manusia ini akan agama Allah adalah melalui pintu aqidah. Bagi seorang mujtahid seperti beliau, beliau masih merupakan pengikut Imam Ahmad Ibnu Hambal. Tetapi dalam sesetengah perkara yang mana bila didapati terdapat hadith yang lebih sahih maka beliau akan mengikut hadith dan walau bagaimanapun beliau masih merupakan pengikut Imam Ahmad.
Antara fatwanya ialah apabila kita menyembah Allah, tidak dibolehkan sekali-sekali melakukan thoghut. Thoghut yakni menyerahkan sepenuhnya pengharapan segalanya selain Allah dan ianya terbahagi kpd 5 iaitu mengikut jejak langkah syaitan, hakim yang jahat yang mengubah hukum Allah, semua hukum hakam yang tidak diturunkan Allah andai diikiuti (dengan niat menolak hukum Allah), orang yang mengakui mengetahui benda ghaib dan menyembah sesuatu benda lain dengan iktikad ianya jg mempuyai mempunyai kuasa.
5 fatwa ini bangkit ditentang oleh orang-orang sufi tarekat yang mana sewaktu itu mereka mendewakan guru dgn mengatakan guru-guru mereka menguasai kasyaf (mengetahui perkara ghaib). Beliau mengatakan bahawa fatwanya adalah bersumberkan Quran dan Hadith dan juga hasil pembacaan dari karangan kitab Imam Ibnu Taimiyah. Dua golongan yg paling memusuhi Imam Ibnu Taimiyah ketika itu adalah Syiah dan Muktazilah kerana kitab Imam Ibnu Taimiyah iaitu Manhaj Sirah Nabawiyah serta Aqidah Syiah dan Qadariah telah membongkar segala kesesatan mereka selama ini.
Manakala bagi orang politik semasa itu ramai yang dipecat dan disingkirkan oleh beliau kerana tidak sefahaman dgn beliau. Maka mereka ini menjadi bahan fitnah kepadanya dengan membuka kelas-kelas pengajian dan membukukan kisah pertempuran darah yang dibuat oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab. Berbalik kepada ayat Quran dalam surah Al-Hujurat ayat 6 di mana sepatutnya apabila datangnya sesuatu berita perlulah disiasat kesahihannya sebelum kita terus mempercayai.
Dalam konteks dahulu dan juga kini, antara sumber mudah dalam melakukan fitnah adalah melalui penulisan. Andai yang menulis itu musuh, pastinya segala apa yg diceritakan adalah aib musuhnya. Begitu juga andai yang menulis itu sahabat dan juga seorang yang ikhlas pastinya hasil penulisannya adalah benar tentang apa yang diperkatakannya. Antara ramai-ramai ulama, dua ulama inilah antara yang paling banyak difitnah oleh musuh-musuh mereka. Banyak yang berkarya dalam penulisan kitab menghentam dan mencerca mereka. Ramai di kalangan ulama-ulama dahulu difitnah melalui penulisan dan sebagainya sehingga ada yang menyebabkan hasil penulisan-penulisan itu ulama-ulama ini dibuang negeri dan sebagainya.
Dalam masa yang sama bangkit ulama-ulama silam dan muhaddithin yang membela dua tokoh ini seperti Syeikh Abu Hassan Ali An-Nadwi, Imam Ibnu Kathir, Imam Ibnu Qaiyyim, Imam Zahabi, Ibnu Hajar As-Qalani, Imam Syaukani dan ramai lagi. Imam Syaukani dalam membela Syeikh Muhammad Abdul Wahab mengatakan syeikh tidak pernah memperbincangkan dalam soal furu’ (cabang). Fatwanya hanya melibatkan aqidah sahaja. Kitab yang dihasilkannya adalah lebih kepada penghasilan kitab-kitab tauhid.
Dua tokoh ini juga tidak pernah mengatakan membaca qunut itu bid’ah kerana dalam fatwa Imam Ibnu Taimiyah yang mana mengatakan sekiranya kamu solat dengan seorang imam yang membaca doa qunut angkatlah tanganmu kerana aku tidak melihat qunut itu bid’ah. Tetapi dalam masyarakat kita mengatakan Imam Ibnu Taimiyah membid’ahkan qunut.
Antara jasa Imam Ibnu Taimiyah adalah berjaya mengislamkan kaum Tar-tar (Mongol) yang mana mereka ini di dalam tafsir Qurtubi, Imam Qurtubi mengatakan berkaitan dengan ayat yakjuj dan makjuj, aku berpendapat mereka inilah yang dimaksudkan oleh Nabi saw kerana kekejaman dan keganasan yang terlampau. Tetapi mereka ini telah berjaya diislamkan oleh Ibnu Taimiyah. Betapa besarnya pengorbanan beliau dalam menegakkan agama Allah. Dua org tokoh ini juga iaitu Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhammad Abdul Wahab adalah merupakan tokoh yang menegakkan hukum Islam dan sanggup turun ke medan perang.
Antara isi kandungan surat yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab mengatakan dalam risalahnya iaitu bahawa "Mazhab kami di dalam usul (Tauhid) adalah mazhab ahli sunnah waljamaah dan cara kami memahami ilmu feqah dengan kami mengikut ulama salaf sedang di dalam masalah furu’ kami cenderung mengikut Imam Ahmad Bin Hambal. Kami tidak pernah melarang seseorang bermazhab dengan satu mazhab dari mazhab yang empat dan kami tidak bersetuju dengan seseorang yang bermazhab lain dari yang empat seperti zaidiyah, rafidhah, imamiyah dan lain-lain. Kami tidak membenarkan mereka mengikut mazhab-mazhab yang bathil malah kami memaksa mereka mengikut mazhab empat yang ada.
Kami tidak pernah mengaku yang kami telah sampai ke peringkat mujtahid dan tidak seorang pun dari kami yang berani mendakwa mereka itu mujtahid. Hanya ada beberapa masalah yang mana kalau kami melihat ada nas yang jelas dari segi Quran mahupun Sunnah dan setelah kami periksa dgn teliti tiada yg membatalkan nas itu atau yang mengkhususkannya atau yang menentangnya, lebih kuat daripadanya dan ianya dipegang oleh salah seorang imam yang empat maka kami mengambilnya dan kami meninggalkan mazhab yang kami anuti. Tetapi kami tetap di atas usul mazhab kami seperti di dalam masalah harta pusaka dan yang menyangkut masalah berkaitan datuk dan saudara laki-laki. Dalam hal ini kami tidak bersetuju dengan Imam Ahmad tetapi kami melihat kepada nas yang sangat jelas.
Adapun mereka yang fitnah kami adalah dengan maksud untuk mengutuk-mengutuk dan menghalang yang hak dan mereka membohongi orang ramai dengan mengatakan kami suka menafsir Quran dengan mengikut selera kami tanpa mengindahkan kitab2 tafsir. Kami juga dituduh tidak pandai berbahasa arab. Habis, bahasa apakah yang kami gunakan? Dan kami dituduh tidak percaya kepada ulama. Kami dituduh menghina Nabi Muhammad saw dengan perkataan bahawa jasad Nabi itu buruk di dalam kuburnya dan tongkat kami lebih bermanfaat dari jasad Nabi. Dan sesungguhnya semua itu adalah tuduhan yang bathil.
Mereka menuduh kami melarang menziarahi kubur Nabi. Mereka menuduh kami dengan mengatakan kami mengatakan Nabi tidak memahami maksud kalimah Lailahaillallah. Mereka menuduh dengan mengatakan kami membakar kitab imam-imam mazhab. Malah kami dianggap golongan yang menduakan Allah dan kami dituduh dengan gelaran kafir yakni terkeluar daripada Quran dan Sunnah yakni Islam. Mereka menyatakan kami melarang orang berselawat ke atas Nabi. Mereka mengatakan kami melarang orang membaca qunut di waktu pagi. Mereka mengatakan kepada kami dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Sesungguhnya semua tuduhan-tuduhan ini akan dibentangkan di hadapan mahkamah Allah swt.
Kami pernah melihat seseorang membaca Al-Quran di waktu malam dengan qasadnya yang kami tidak ketahui tetapi tidak kami nyatakan dengan membaca Quran itu perbuatan yang bathil di mana sebaik2 bacaan adalah Quran tetapi kami menyatakan janganlah diperdagangkan ayat Quran. Tetapi kami dituduh melarang orang membaca Al-Quran di malam-malam tertentu. Sesungguhnya kami menyatakan hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim, janganlah kamu khususkan pd suatu-suatu malam itu dgn kamu mewajibkan ibadat-ibadat tertentu. Yang melarang perbuatan itu bukanlah kami, tetapi Nabi saw. Tetapi dengan hadith yang kami beritakan ini kami disandarkan dengan qaul tidak membenarkan orang membaca Quran sedangkan Quran itu diturunkan agar untuk ditadabbur, dibaca dan difahami maknanya.
Kami beriktikad bahawa seseorang yang melakukan dosa besar seperti melakukan pembunuhan atas muslim yang lain tanpa alasan yang benar, zina, minum arak, riba dan sebagainya berulang-ulang kali sekalipun dia tetap Islam tidak keluar dari Islam dan sekiranya dia mati dalam keadaan mengucap dua kalimah syahadah matinya itu masih dalam Islam.
Inilah iktikad kami, tetapi kami dihukum kami mengkafirkan orang yang tidak mengikut kami sehinggakan surat yang kami hantarkan kepada syeikh-syeikh yang menyandarkan diri mereka kepada sufi dan tarekat menyatakan bahawa sesungguhnya Islam ini adalah agama yang besar dan masuklah melalui jalan aqidah. Janganlah mereka-reka cipta jalan yang lain yang tidak ada jalan dan sandarannya daripada Nabi saw. Tiba-tiba kami dihukum oleh syeikh-syeikh tarekat dan sufi ini kononnya kami telah mengkafirkan orang yang tidak mengikut kami hinggakan kami juga dituduh mengkafirkan ulama-ulama dalam mazhab syafie. "
Inilah antara luahan apa yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab semasa hayatnya berkaitan dengan fitnah yang diterimanya. Kenyataan di atas adalah antara isi kandungan yang diceduk dari apa yg diterangkan untuk menyangkalkan apa yang sedang berlaku di zamannya. Semasa hidup lagi semua ini telah berlaku dan apabila meninggalnya syeikh perkara berkaitan ini terus berleluasa dalam penyebaran kepada umum yang tidak tahu punca pangkal sirah yang sebenar tetapi terus menelan bulat-bulat apa yang disebarkan.
Wahabi dengan kekerasan dan menghukum kafir orang lain dengan sewenang-wenangnya dan sebagainya turut terpalit kepada beliau dan ternyata semua itu telah dijawab oleh syeikh semasa hayat beliau lagi. Kini sumber fitnah itulah masih berlegar bermain-main di antara kita bila memperbincangkan tentang perkara ini terutama bagi golongan agamawan yang juga menentang fahaman yang cuba untuk mengembalikan manusia kepada aqidah dan manhaj salafus soleh.
Kenapa kita tidak berbalik pd Al-Quran surah An-Nur ayat 12?
Imam Ahmad Bin Sinan Al-Qatani, seorang muhaditthin mengatakan, "Ketahuilah dalam dunia ini tidak ada orang yang benci kepada hadith kecuali dia adalah orang yang suka mengamalkan bid’ah. Antara mereka yang melakukan ini adalah di kalangan ahli-ahli tarekat dan sufi dan ketika mereka melakukan ini pastinya Allah akan merentap kemanisan hadith dari hati-hati mereka." Mereka ini merujuk kepada yang terlampau taksub sangat dengan tarekat dan zuhud serta dikalangan ahli2 politik.
Allah Ta'ala berfirman: "Hai sekalian orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian banyak dari prasangka itu sebab sesungguhnya sebahagian dan prasangka itu adalah dosa." (al-Hujurat: 12)
'
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Takutlah olehmu semua akan prasangka, sebab sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan." (Muttafaq 'alaih)
Semua pembaca digalakkan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi. Mudah-mudahan ada manfaat untuk bersama. Saya suka untuk mengingatkan diri dan pembaca semua dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 6:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu".
pemburu bunuh ular gergasi
Pemburu di Belaga berjaya bunuh ular sawa gergasi sepanjang 30 kaki 18 March 2009 Gambar-gambar yang diambil oleh pemburu menggunakan kamera telefon bimbitnya. KAPIT: Seorang pemburu Orang Ulu dari rumah panjang di Ulu Belaga berjaya membunuh seekor ular sawa gergasi sepanjang 30 kaki dengan berat lebih daripada 100 kilogram. Beliau yang terjumpa dengan reptilia itu ketika berburu di dalam hutan di Ulu Belaga telah bertindak menembak ular sawa tersebut yang sedang kekenyangan selepas menelan seekor babi hutan sebesar tong gas. Pemburu terbabit sempat merakamkan gambar ular sawa yang dibunuhnya dengan kamera telefon bimbitnya. Beliau yang berusia dalam lingkungan 40-an memberitahu telah terjumpa ular berkenaan di tebing sungai ketika sedang pergi berburu. Beliau memberitahu terpaksa memotong badan ular itu kepada beberapa bahagian sebelum membawanya pulang ke rumah. Berikutan penemuan ular sawa gergasi itu pelbagai spekulasi dan khabar angin bertiup kencang di pekan Kapit, kononnya ular tersebut adalah seekor `nabau` yang kelihatan di Sungai Baleh sebelum ini dan berjaya dirakamkan gambarnya. Bagaimanapun beberapa golongan tua kaum Iban menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu yang mendakwa kononya ada seekor `nabau` muncul di sungai di Kapit dan mengatakan ular yang ditembak pemburu tersebut adalah seekor ular sawa yang sememangnya bersaiz besar. Menurut penduduk terbabit yang berasal dari Baleh dekat sini, `nabau` adalah seekor ular sangat besar malah berpuluh kali ganda lebih besar daripada ular sawa biasa. Ia adalah binatang misteri dan dianggap suci oleh masyarakat Iban serta tidak akan mungkin menunjukkan diri sebarangan kepada manusia. “Nabau adalah legenda kaum Iban dan menurut legenda ia seekor ular yang sangat besar dengan panjangnya lebih 100 kaki, bertanduk satu dan mempunyai sisik seperti `pua kumbu`. “Anda tidak akan dapat menemuinya melainkan dia `mencari` kita dengan tujuan. Malah menurut kepercayaan Iban, seseorang itu akan mati selepas melihat `nabau`, inikan pula menunggu orang untuk membunuhnya. Tidak logik (merujuk kepada khabar angin yang tersebar baru-baru ini dan penemuan oleh pemburu berkenaan),” katanya lagi sambil berharap masyarakat setempat berhenti memainkan khabar angin berkenaan. sumber asal |
Penganut Islam digesa hormati larangan pakai burqa
LUAR NEGARA
PARIS: Para pemimpin Islam Perancis menggesa penduduk Islam setempat agar menghormati larangan pemakaian burqa dan purdah yang telah diluluskan pemerintah.
Pada masa yang sama, mereka berharap pemerintah tidak menggunakan undang-undang itu untuk menyebabkan penduduk Islam distigma.
Para pemimpin Islam berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Nicolas Sarkozy di Istana Elysee, kelmarin.
Minggu lalu, Dewan Senat Perancis meluluskan undang-undang melarang pemakaian purdah dan burqa di tempat awam.
Undang-undang itu akan berkuat kuasa enam bulan mendatang jika ia diluluskan kelak oleh Majlis Perlembagaan.
Perancis merupakan negara pertama di Eropah yang memperkenalkan undang-undang serupa itu.
Pesalah boleh disaman 150 euro ($265) atau diminta menghadiri kelas kewarganegaraan.
Bilangan masyarakat Islam di Perancis sekitar lima juta - terbesar di negara Eropah. Kurang daripada 2,000 wanita Islam di Perancis memakai purdah dan burqa.
Ketua Majlis Islam Perancis (CFCM), Encik Mohammed Moussaoui, berkata pihaknya akan memantau bagaimana undang-undang itu dikuatkuasakan agar ia 'tidak menyebabkan penduduk Islam distigma'. -- Reuters.
PARIS: Para pemimpin Islam Perancis menggesa penduduk Islam setempat agar menghormati larangan pemakaian burqa dan purdah yang telah diluluskan pemerintah.
Pada masa yang sama, mereka berharap pemerintah tidak menggunakan undang-undang itu untuk menyebabkan penduduk Islam distigma.
Para pemimpin Islam berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Nicolas Sarkozy di Istana Elysee, kelmarin.
Minggu lalu, Dewan Senat Perancis meluluskan undang-undang melarang pemakaian purdah dan burqa di tempat awam.
Undang-undang itu akan berkuat kuasa enam bulan mendatang jika ia diluluskan kelak oleh Majlis Perlembagaan.
Perancis merupakan negara pertama di Eropah yang memperkenalkan undang-undang serupa itu.
Pesalah boleh disaman 150 euro ($265) atau diminta menghadiri kelas kewarganegaraan.
Bilangan masyarakat Islam di Perancis sekitar lima juta - terbesar di negara Eropah. Kurang daripada 2,000 wanita Islam di Perancis memakai purdah dan burqa.
Ketua Majlis Islam Perancis (CFCM), Encik Mohammed Moussaoui, berkata pihaknya akan memantau bagaimana undang-undang itu dikuatkuasakan agar ia 'tidak menyebabkan penduduk Islam distigma'. -- Reuters.
Masjid atas baj tiba di Artik
LUAR NEGARA



SETELAH melalui perjalanan darat dan sungai sejauh 4,000 kilometer, bangunan masjid ini yang kelihatan berada di atas sebuah baj, akhirnya tiba di Artik, kelmarin.
Masjid itu adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam di bandar Inuvik, yang terletak di wilayah Northwest Territories, di bawah pemerintahan Canada.Bilangan penduduk Islam di bandar yang didiami 4,000 orang itu telah mencapai sekitar 80 orang.Kos membina masjid di Artik bagaimanapun terlalu mahal.Lantas, bangunan itu dibina di sebuah bandar di selatan Canada, Manitoba, dengan separuh harga. -- AFP.
SETELAH melalui perjalanan darat dan sungai sejauh 4,000 kilometer, bangunan masjid ini yang kelihatan berada di atas sebuah baj, akhirnya tiba di Artik, kelmarin.
Masjid itu adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam di bandar Inuvik, yang terletak di wilayah Northwest Territories, di bawah pemerintahan Canada.Bilangan penduduk Islam di bandar yang didiami 4,000 orang itu telah mencapai sekitar 80 orang.Kos membina masjid di Artik bagaimanapun terlalu mahal.Lantas, bangunan itu dibina di sebuah bandar di selatan Canada, Manitoba, dengan separuh harga. -- AFP.
Gerabak 7 bilion penumpang
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
“SAYA sedang tidur apabila terdengar bunyi kuat seperti satu letupan. Saya tercampak dan terjatuh dari katil tapi segera bangun kerana tidak mahu dipijak. Penumpang lain mula terpekik dan keadaan sangat panik.
“Ada penumpang yang bergelimpangan di lantai. Saya tidak pasti mereka hidup atau mati. Di kepala saya sudah terlintas satu perkara yang sememangnya hampir setiap hari saya berdoa untuk tidak melaluinya, biarpun hakikatnya ia bukanlah asing bagi kami yang sering menggunakan kereta api di India.
“Saya bergegas keluar dari gerabak kereta api. Dalam samar-samar kegelapan awal pagi sekitar pukul 2 itu, saya melihat kereta api berwarna biru tersebut sudah terbalik dan tercampak dari trek. Bahagian depan gerabak paling menyayat hati apabila sudah bersatu dengan kereta api lain akibat pertembungan yang kuat itu.”
Demikian cerita Deshraj Sharma mengimbau detik-detik cemas yang dilaluinya Julai lalu apabila kereta api Ekspres Uttar Banga merempuh tren Ekspres Vananchal yang tidak bergerak di Stesen Sainthia, Bengal.
Seramai 61 orang maut, manakala 165 orang lagi cedera dalam nahas itu.
Kejadian tersebut menyebabkan Menteri Pengangkutan Kereta Api, Mamta Banerjee mengumumkan pampasan sebanyak Rs500,000 (RM34,066) untuk kematian dan Rs 100,000 (RM6,813) untuk kecederaan serius kepada mangsa nahas.
SEPANJANG tiga dekad, trek kereta api India menyebabkan kematian lebih 4,000 orang.
Apa yang pasti, belum pun sempat Mamta nyenyak tidur dan melupakan kemalangan besar di antara Uttar Banga dan Vananchal yang juga kemalangan kereta api ke-13 sepanjang tahun ini sahaja, Isnin lalu menteri itu tersentak lagi.
Biarpun sepanjang Ogos lepas, dua kemalangan kecil sudah terjadi yang mengorbankan empat nyawa, tragedi terbaru melibatkan kereta api ekspres antara bandar dengan sebuah kereta api pengangkut barang menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 50 orang lagi cedera.
Punca nahas
Dengan memberikan beberapa alasan dalam setiap kejadian kemalangan kereta api seperti tren dipandu terlalu laju, sabotaj puak pelampau dan kecuaian pemandu, namun Mamta sendiri tidak dapat menafikan di sebalik gelaran negara kelima yang mempunyai jaringan kereta api terbesar di dunia, namun sistem kereta api negara itu masih ketinggalan terutama dari segi signal moden dan sistem komunikasi canggih.
Sebab itulah, jika di kebanyakan negara lain seperti Malaysia penumpang kereta api hanya menjadi penyumbang kecil kepada angka kematian akibat kemalangan melibatkan pengangkutan awam, namun di India trek kereta api telah meragut banyak nyawa penumpangnya.
Dianggarkan sepanjang tiga dekad ini, trek kereta api India menjadi penyebab kematian lebih 4,000 orang dengan beberapa kemalangan paling teruk termasuklah pada tahun 1981 antara sebuah kereta api pengangkut barang dengan kereta api penumpang Ekspres Narmada yang meragut 700 nyawa.
WALAUPUN Kerajaan India berusaha melakukan pelbagai revolusi dalam sistem pengangkutan kereta api negara itu, namun dengan jumlah penumpang melebihi 20 juta orang setiap hari, ia bukanlah satu tugas yang usaha mudah.
Tahun yang sama menjadi tahun ‘hitam’ bagi sistem pengangkutan awam yang sudah mencecah usia 157 tahun di India itu, apabila tren Bihar terhumban ke sebatang sungai dan membunuh lebih 300 orang.
Sementara itu, pada tahun 1995, pertembungan antara Ekspres Purushottam dengan Ekspres Kalindi di Uttar Pradesh membunuh 350 orang penumpang.
Menurut Vivek Sahay selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Indian Railway, kecuaian manusia dan faktor cuaca antara punca utama kebanyakan kemalangan itu.
“Kereta api penumpang tidak sepatutnya dipandu terlalu laju (90 kilometer sejam) dan gagal berhenti apabila lampu merah menyala. Selain itu, cuaca tidak menentu terutama untuk perjalanan tren jarak jauh turut meningkatkan risiko kejadian kemalangan,” katanya.
Majikan terbesar
India mempunyai lebih daripada 64,015 kilometer panjang trek dan 6,909 stesen kereta api. Ia memiliki rangkaian perkhidmatan kereta api kelima terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, Rusia, Kanada dan China.
KECEKAPAN sistem perkhidmatan kereta api di India dipertingkatkan untuk memberi keselesaan dan mengelakkan lebih banyak nahas berlaku.
Menjadi pengangkutan utama bagi golongan kelas rendah dan sederhana kerana harga tiketnya yang murah, tidak hairanlah setiap hari tren di India membawa lebih 20 juta penumpang dan dua juta tan barang setiap hari. Dianggarkan lebih 7 bilion orang menggunakan khidmat tersebut setiap tahun.
Jelas Vivek, dengan populasi penduduk dunia lebih 6 bilion orang, ini bermakna dalam setahun, kereta api di India seolah-olah membawa hampir seluruh penduduk dunia menggunakan jaringan kereta apinya.
Dengan hampir kesemua perkhidmatan kereta api di India dimiliki oleh organisasi milik kerajaan iaitu Indian Railway di bawah Kementerian Pengangkutan Kereta Api, jelas Vivek, Indian Railway memegang satu lagi rekod iaitu sebagai syarikat tunggal di sebuah negara yang mempunyai bilangan pekerja teramai di dunia iaitu mencecah 1.6 juta orang.
Di bawah rancangan kelima India (2007 sehingga 2012), Kementerian Pengangkutan Kereta api bakal membina Koridor Pengangkutan Khusus (DFC) yang meliputi dua laluan jalan sepanjang 2,762 kilometer panjang. Jalan tersebut meliputi koridor timur dari Ludhiana ke Sone Nagar dan koridor barat dari Jawaharlal Nehru di Nhava Sheva, Mumbai ke Tughlakabad.
Teknologi menaik taraf pengangkutan itu akan menaikkan produktiviti dan mengurangkan kos unit pengangkutan. Mengikut anggaran, projek tersebut bakal menelan perbelanjaan sebanyak AS$5 bilion (RM15.5 bilion).
Persoalannya adakah usaha menaik taraf sistem kereta api itu akan dapat mengurangkan jumlah tragedi nahas maus di rel kereta api India.
Di minta mengulas mengenai kekerapan kemalangan kereta api di India, Pengurus Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Noordin Kimi berpendapat, kejadian tersebut bukanlah bermakna sistem kereta api di sana tidak maju.
“Jaringan sistem pengangkutan di sana sangat luas. Bayangkan jumlah pekerja kereta api di India sahaja sudah mencecah lebih sejuta orang. Dari situ kita dapat menganggarkan berapa banyak pengangkutan tersebut dan berapa kerap ia digunakan oleh masyarakat di sana,” ungkap Noodin.
Rompak bank sebelum jemput anak di sekolah
Erica Anderson dikatakan merompak sebuah bank di Grants Pass dan melarikan diri menaiki kereta dipandu seorang remaja berusia 19 tahun, Joshua Tseu.
Saksi mencatat nombor kereta berkenaan dan melaporkannya kepada polis.
Apabila Erica, 37, tiba di rumahnya bersama dua anaknya kira-kira sejam kemudian, polis menahannya, manakala Tseu diberkas tidak lama kemudian.
Polis turut menemui kereta yang digunakan ketika bersubahat dengan Erica di rumah remaja terbabit. - Agensi
Penarik beca dipenjara 14,400 tahun kerana rogol anak
MANILA: Seorang lelaki dihukum penjara 14,400 tahun kerana merogol anak remajanya hampir setiap malam selama setahun, kata pegawai perundangan, semalam, selepas mahkamah menolak rayuan dikemukakan tertuduh sebelum ini.
Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina.
Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol.
Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.
Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian.
Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP
Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina.
Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol.
Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.
Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian.
Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP
Novel mengenai Nabi Muhammad SAW
Novel Muhammad A Story of the Last Prophet: (2010) lahir selepas novel :Buddha: A Story of Enlightenment: (2007) dan Jesus A Story of Enlightenment: (2008) yang mendapat sambutan masyarakat antarabangsa daripada pelbagai kaum dan agama berikutan kemampuan Chopra mengangkat kisah kehidupan, perjuangan, pengajaran dan nilai-nilai positif secara positif melalui gaya penulisan kreatif.
Sebagaimana buku mengenai Siddhartha Gautama dan Nabi Isa, Chopra menekankan bahawa buku mengenai Nabi Muhammad SAW bukan sebuah biografi, sebaliknya sebuah karya fiksyen naratif berdasarkan fakta dan kajian.
Pengarang menggunakan sudut pencerita orang pertama yang berlainan bagi setiap bab; misalnya puteri-puteri baginda, seorang katib Yahudi yang bekerja dengan baginda di Madinah, seorang abdi warga Afrika bernama Barakah dan Abu Sufyan iaitu pemimpin Quraisy di Mekah yang pada awalnya menentang baginda.
Kisah dalam novel ini bukan sahaja membantu pembaca mengenali sifat-sifat mulia Nabi Muhammad SAW, malah membantu memahami keadaan sosial, politik dan ekonomi pada zaman baginda.
Novel ini juga boleh didapati dalam versi cakera padat (CD) audio yang terdiri daripada tujuh CD dan dibacakan sendiri oleh pe-ngarang.
Chopra yang lahir pada 22 Oktober 1946 pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Perubatan dan Kardiologi di Hospital Mool Chand Khairati Ram, New Delhi, India selama lebih 25 tahun.
Beliau turut menghasilkan buku-buku seperti :Peace Is the Way: Bringing War and Violence to an End (2005), Why Is God Laughing? The Path to Joy and Spiritual Optimism: (2008) dan :The Ultimate Happiness Prescription: 7 Keys to Joy and Enlightenment :(2009).
Pengasas Facebook beri sumbangan
Sumbangan itu adalah sebagai sebahagian usaha membaiki sistem pendidikan di negara itu.
Pengumuman rasmi mengenai penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh Zuckerberg dalam rancangan :The Oprah Winfrey Show:, semalam.
Turut hadir dalam rancangan bicarawara itu ialah Datuk Bandar Newark, Cory A Booker dan Gabenor New Jersey, Chris Christie.
Pengumuman awal mengenai sumbangan itu turut disiarkan di akhbar :New York Times: pada 22 September lalu sebelum :Forbes: menyiarkan maklumat terkini bahawa pengasas :Facebook: itu berada pada tangga ke-35 orang paling kaya di AS.
Zuckerberg yang lahir pada 14 Mei 1984 di White Plains, New York dan membesar di Dobbs Ferry, New York menjadi terkenal apabila dia bersama-sama rakan sekuliahnya di Universiti Harvard, Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes melancarkan :Facebook: pada 4 Februari 2004.
Sumbangan derma AS$100 juta yang diumumkan oleh jutawan muda itu turut dikritik dan dikatakan sebagai suatu usaha terdesak Zuckerberg untuk membersihkan imejnya yang dilaporkan tidak begitu baik dalam filem :The Social Network: yang akan ditayangkan pada 1 Oktober ini.
Dalam filem berkenaan, watak Zuckerberg dilakonkan oleh Jesse Eisenberg yang pernah berlakon dalam :Zombieland: (2009) dan :Solitary Man: (2010).
Filem itu yang diarahkan oleh David Fincher dibuat berdasarkan buku :The Accidental Billionaires: The Founding of Facebook, A Tale of Sex, Money, Genius, and Betrayal :(2009) tulisan Ben Mezrich.
Perenang tanpa kaki, tangan
Philippe Croizon, 42, berenang menggunakan kaki palsu yang direka khas dan dipasang sirip getah untuk membolehkannya berenang.
"Saya berjaya dan saya amat gembira. Pada mulanya saya menjangkakan akan mengambil masa 24 jam tetapi berjaya berenang dalam 13 jam 30 minit," katanya dengan gembira di Wissant, lewat petang Sabtu lalu.
Bapanya, Gerard Croizon turut melahirkan rasa gembira dan bangga atas semangat yang dimiliki serta kejayaan yang dicapai anaknya.
Lelaki cacat anggota itu berenang dari Folkestone, Britain pada jam 6.45 pagi dan merentas Selat Inggeris sejauh hampir 34 kilometer sebelum sampai di Wissant, Perancis pada jam 8.13 malam.
Kedua-dua kaki dan tangan Croizon terpaksa dibuang melalui pembedahan pada 5 Mac 1994 selepas dia terkena renjatan elektrik semasa berdiri di atas tangga besi di atas bumbung rumahnya di Vienne untuk membetulkan antena televisyen.
Lelaki itu mendapat perhatian media di negara-negara Kesatuan Eropah dan antarabangsa pada 2007 selepas melakukan terjunan menggunakan payung terjun dari kapal terbang.
Croizon turut menghasilkan buku berjudul :J’ai d�cid� de vivre: (:I Decided to Live:) menggunakan sistem komputer yang menterjemah suaranya ke dalam bentuk teks.
Misteri bahasa asing
Surat itu ditemui sekumpulan pakar kaji purba antarabangsa di bawah runtuhan Gereja Magdalena de Cao Viejo di tapak kajian arkeologi kurun ke-17 berhampiran Trujillo di bahagian utara negara itu pada 2008.
Maklumat dan foto mengenai surat itu diedarkan kepada wakil media pada 22 September lalu.
Pakar kaji purba di Muzium Arkeologi dan Etnologi Universiti Harvard, Jeffrey Quilter menjelaskan bahawa kompleks gereja itu dihuni paderi Dominican selama dua kurun.
"Kajian awal kami mendapati bahawa tulisan yang terdapat pada surat itu adalah sistem nombor dalam suatu bahasa yang dipercayai sudah pupus ratusan tahun dahulu," katanya.
Bahasa itu bagaimanapun dipercayai ada sedikit persamaan dan pengaruh bahasa kuno Quechua yang masih dituturkan jutaan penduduk di Andes.
"Namun, bahasa yang tercatat pada surat yang ditemui adalah struktur bahasa yang tidak pernah digunakan dan tidak dituturkan sejak kurun ke-16 dan ke-17," kata Quilter.
Ada juga pandangan yang mengatakan bahasa itu adalah versi bertulis bagi Bahasa Pescadora yang pernah dituturkan nelayan di pantai bahagian utara Peru.
Menurut Quilter, tiada sebarang rekod mengenai versi bertulis Bahasa Pescadora
Ucapan Presiden Iran diboikot
BEBERAPA diplomat bertindak keluar semasa Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York kelmarin.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mencetuskan kemarahan perwakilan Barat apabila 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dewan pada satu mesyuarat PBB di New York kerana tidak puas hati dengan ucapannya yang mendakwa ramai orang percaya pemerintah Amerika Syarikat (AS) yang merancang serangan pengganas pada 11 September 2001 di AS.
Perwakilan AS turut bertindak keluar selepas Mahmoud membuat komen mengenai serangan pengganas itu yang dipercayai Washington dilakukan oleh anggota-anggota kumpulan Al-Qaeda di bangunan World Trade Centre (WTC) di New York yang kini musnah dan terletak enam kilometer dari ibu pejabat PBB.
Presiden Iran itu menyatakan terdapat teori bahawa beberapa pihak di dalam pentadbiran AS merancang serangan itu bagi memulihkan kemerosotan ekonomi Amerika dan meletakkan cengkaman ke atas Asia Barat sebagai usaha untuk menyelamatkan rejim Zionis yang memerintah Israel.
"Majoriti penduduk Amerika sama seperti ahli-ahli politik dan negara lain bersetuju dengan pandangan ini (AS merancang serangan pengganas pada 11 September 2001)," kata Presiden Iran itu.
Kira-kira 3,000 orang terbunuh dalam serangan yang berlaku di New York apabila anggota-anggota Al-Qaeda merampas dua buah jet dan merempuh dua bangunan WTC pada 11 September 2001.
Dua pesawat lagi merempuh bangunan Jabatan Pertahanan (Pentagon) di Washington dan di sebuah padang di Pennsylvania.
Perwakilan AS membidas pemimpin Iran itu menerusi satu kenyataan sebelum ucapan Mahmoud berakhir.
"Berbanding mewakili aspirasi dan muhibah penduduk Iran, Mahmoud memilih untuk menyampaikan teori kontroversi dan kenyataan anti-Semitik yang sama seperti kebencian serta kepercayaan palsu," kata jurucakap perwakilan AS, Mark Kornblau.
Presiden AS, Barack Obama tidak membuat sebarang komen tetapi seorang pegawai kanan AS berkata: "Presiden (Obama) mendapati komen itu menjadi sangat mengejutkan dan mengaibkan terutamanya apabila mengambil kira betapa dekatnya kita dengan Ground Zero (panggilan untuk tapak bangunan WTC yang musnah diserang pengganas)."
Perdana Menteri Kanada, Lawrence Cannon menganggap komen Mahmoud itu sebagai satu perlanggaran standard antarabangsa secara terang-terangan semangat PBB. - AFP
Jepun bebaskan kapten kapal nelayan China
GAMBAR fail menunjukkan sebuah kapal nelayan China yang dikendalikan Kapten Zhan Qixiong diiringi sebuah bot pengawal pantai Jepun pada 8 September lalu.
TOKYO - Pihak pendakwa raya Jepun semalam mengambil keputusan untuk membebaskan seorang kapten sebuah kapal nelayan China yang terlibat dalam satu pelanggaran berhampiran kawasan pulau yang menjadi perbalahan antara kedua-dua buah negara di Laut China Timur.
Pembebasan itu dibuat selepas pemerintah China memberi reaksi keras berhubung penangkapan tersebut selain mengancam untuk bertindak balas.
Insiden yang berlaku pada 8 September lalu itu telah mencetuskan ketegangan paling buruk antara kedua-dua buah negara yang berjiran itu.
Pembebasan itu dilihat mampu mengendurkan sedikit ketegangan apabila Jepun menahan kapten kapal nelayan itu yang berlanggar dengan dua buah bot peronda Jepun.
Sebelum ini, ekoran penahanan itu, Beijing menggantung dialog peringkat menteri dengan Tokyo selain menangguhkan rundingan untuk membangunkan tapak-tapak gas di lokasi yang menjadi rebutan kedua-dua negara.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao sebelum ini mengancam mengenakan 'tindakan lanjut' jika Jepun tidak membebaskan kapten itu serta-merta.
Pada Khamis lalu, pemerintah China menyatakan ia sedang menyiasat empat rakyat Jepun yang disyaki merakamkan imej beberapa sasaran ketenteraan secara haram dan memasuki satu zon tentera tanpa kebenaran.
Terdapat juga laporan bahawa China telah menggantung penghantaran logam-logam ke Jepun yang penting untuk proses pengilangan.
Penangkapan kapten dan ditambah dengan perbalahan wilayah telah mencetuskan sentimen nasionalisme di China dan Jepun.
Ia turut mengancam hubungan perniagaan melibatkan dua kuasa ekonomi dunia itu.
Pendakwa raya di Okinawa, lokasi Kapten Zhan Qixiong ditahan selama dua minggu memberitahu, rakyat China itu dibebaskan kerana dia didapati tidak berniat merosakkan bot peronda Jepun selain alasan-alasan diplomatik.
Namun, Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara menyelar kerajaan Jepun kerana pembebasan itu menunjukkan ia telah tunduk kepada tekanan China. - AP
Kesesakan trafik makin teruk di Beijing
GAMBAR fail menunjukkan kesesakan jalan raya yang berlaku di Beijing, China pada 3 September lalu.
BEIJING - Masalah kesesakan jalan raya bukan perkara baru di bandar raya Beijing, China yang mempunyai jumlah penduduk seramai 17 juta orang.
"Saya tidak pernah mengalami satu pengalaman yang teruk (kesesakan jalan raya)," kata seorang pemandu kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Liu.
Menurutnya, kenderaan bergerak terlalu perlahan tetapi dia tidak boleh melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kesesakan itu diburukkan lagi dengan kenaikan jumlah jualan kereta sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Secara puratanya, sebanyak 1,900 unit kereta baru dijual pada setiap hari pada tahun ini. Penjualan itu menjadikan jumlah kenderaan di Beijing mencecah 4.5 juta unit sehingga bulan Julai lalu.
Pusat Penyelidikan Pengangkutan Beijing menganggarkan bahawa pemilikan kereta mencecah tujuh juta unit menjelang tahun 2015.
Jumlah itu boleh menyebabkan purata kelajuan pemanduan di bandar cuma 15 kilometer sejam (km/j).
Bilangan kenderaan di Beijing meningkat kepada 415,000 unit kenderaan pada tahun lalu dan lebih 600,000 unit lagi pada tahun ini.
"Di Beijing, bilangan kereta yang dimiliki oleh keluarga, pertumbuhan kadar pemilikan kereta dan kekerapan penggunaan kereta adalah lebih tinggi berbanding bandar-bandar lain seperti Tokyo dan New York," kata Ketua Pusat Penyelidikan Pengangkutan Beijing, Guo Jifu. Berdasarkan satu kaji selidik global, Beijing dan Bandar Raya Mexico dianggap sebagai bandar yang paling sukar untuk bergerak pada tahun ini.
Kesesakan jalan raya di China mendapat perhatian masyarakat antarabangsa pada bulan lalu apabila masalah itu berterusan selama 10 hari di sepanjang sebuah lebuh raya utama sejauh 100 kilometer di pinggir bandar Beijing. - AP
Nasib malang penjamin hutang
Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my
zulkifli.manzor@kosmo.com.my
WAN HANAPI menunjukkan dokumen bank sebagai penjamin dan foto rakan sekerjanya yang didakwa menyebabkan dia diisytiharkan muflis di Kuala
Lumpur semalam.
Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Niat baik seorang pekerja syarikat keselamatan menjadi penjamin kepada seorang rakan sekerja yang mahu membeli sebuah kereta Proton Iswara berharga RM26,000 kira-kira 13 tahun lalu mengundang padah apabila dia kini diisytihar muflis oleh pihak bank.
Lebih teruk, wang hasil jualan rumah pusaka milik keluarganya di Setapak yang sepatutnya dibahagi sama rata dengan tujuh adik-beradik baru-baru ini turut dirampas pihak bank bagi melunaskan hutang itu yang meningkat sehingga RM70,000 selepas beberapa tahun tertunggak.
Pengawal keselamatan terbabit, Wan Hanapi Wan Salleh, 57, berkata, dia berasa terkilan kerana pihak bank tidak mengambil tindakan terhadap rakannya yang masih bekerja bagi melunaskan hutang tersebut, sebaliknya merampas wang hasil jualan rumah pusaka keluarganya.
"Saya juga mengalami masalah untuk pulang ke kampung keluarga isteri saya di Indonesia kerana dilarang keluar negara selepas diisytihar bankrap," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Wan Hanapi berkata, lebih membingungkan, dia telah memaklumkan kepada pihak bank tentang lokasi dan pekerjaan rakannya di Jerteh, Terengganu tetapi pihak bank tetap mengambil tindakan terhadapnya.
Dia yang merupakan seorang pesara tentera percaya pihak bank bertindak demikian kerana mahu mengambil jalan mudah memperoleh semula hutang kereta tersebut meskipun pembeli sebenar kereta berkenaan masih bekerja.
Jelasnya, lebih membebankan, meskipun hutang RM70,000 itu sudah dijelaskan tetapi dia masih perlu membayar RM4,000 jika mahu dilepaskan daripada pengisytiharan bankrap.
Friday, September 24, 2010
Pakar PBB akui Israel langgar undang-undang
GENEVA - Satu serangan oleh komando-komando Israel ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan Palestin ke Gaza yang menyebabkan sembilan orang terbunuh pada Mei lalu merupakan satu pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, kata satu panel pakar antarabangsa kelmarin.
Tiga pakar itu yang dipilih oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekatan pergerakan dan barang yang dilakukan Israel ke atas Gaza telah mencetuskan krisis kemanusiaan dan menyalahi undang-undang.
Pakar-pakar itu dari Britain, Trinidad dan seorang yang memperjuangkan hak asasi dari Malaysia menyatakan dalam laporan tersebut bahawa tindakan ketenteraan Israel ke atas kapal Mavi Marmara didapati menggunakan keganasan yang tidak munasabah.
Menurut pakar-pakar itu, Israel enggan bekerjasama semasa mereka melakukan siasatan.
Pakar-pakar itu yang tidak dibenarkan memasuki Israel menyatakan pihak berkuasa negara tersebut perlu mengenal pasti dan menghukum pihak yang melakukan keganasan tersebut. - Reuters
Gates paling kaya di AS
NEW YORK - Pengasas firma Microsoft, Bill Gates (gambar) kekal menjadi individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ke-17 berturut-turut dengan anggaran kekayaan AS$54 bilion (RM167 bilion).
Senarai terbaru 400 individu terkaya di AS yang diterbitkan majalah Forbes kelmarin menunjukkan anggaran kekayaan Gates, 54, meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) daripada tahun lalu.
Paras minimum kekayaan untuk seseorang individu menyertai senarai 400 orang kaya itu pada tahun ini kembali kepada syarat AS$1 bilion (RM3.1 bilion) berbanding hanya AS$950 juta (RM2.9 bilion) yang ditetapkan untuk tahun lalu.
Berada di tempat kedua ialah pelabur Warren Buffett yang mempunyai anggaran kekayaan berjumlah AS$45 bilion (RM139.29 bilion) meningkat sebanyak AS$5 bilion (RM15.47 bilion).
Pengasas Oracle yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Larry Ellison berada di tangga ketiga dengan anggaran kekayaan AS$27 bilion (RM83.57 bilion).
Pewaris rangkaian pasar raya Walmart, Christy Walton menduduki tempat keempat dengan anggaran kekayaan AS$24 bilion (RM74.29 bilion). - Reuters
AS hukum penjara 86 tahun saintis Pakistan
24/09/2010 3:07am
NEW YORK 24 Sept. - Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun terhadap seorang saintis warga Pakistan, Aafia Siddiqui atas dakwaan merancang pembunuhan tentera AS di Afghanistan.
“Saya menjatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun terhadap Dr. Siddiqui di atas kesalahan yang dilakukannya itu,” kata hakim mahkamah itu, Richard Berman.
Siddiqui berusia 36 tahun mengecam hukuman yang dikenakan ke atasnya itu tetapi enggan membuat rayuan.
“Saya tidak akan membuang masa untuk membuat rayuan. Saya hanya akan merayu dan memohon pengampunan kepada Tuhan,” katanya. - AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)