Sumbangan itu adalah sebagai sebahagian usaha membaiki sistem pendidikan di negara itu.
Pengumuman rasmi mengenai penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh Zuckerberg dalam rancangan :The Oprah Winfrey Show:, semalam.
Turut hadir dalam rancangan bicarawara itu ialah Datuk Bandar Newark, Cory A Booker dan Gabenor New Jersey, Chris Christie.
Pengumuman awal mengenai sumbangan itu turut disiarkan di akhbar :New York Times: pada 22 September lalu sebelum :Forbes: menyiarkan maklumat terkini bahawa pengasas :Facebook: itu berada pada tangga ke-35 orang paling kaya di AS.
Zuckerberg yang lahir pada 14 Mei 1984 di White Plains, New York dan membesar di Dobbs Ferry, New York menjadi terkenal apabila dia bersama-sama rakan sekuliahnya di Universiti Harvard, Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes melancarkan :Facebook: pada 4 Februari 2004.
Sumbangan derma AS$100 juta yang diumumkan oleh jutawan muda itu turut dikritik dan dikatakan sebagai suatu usaha terdesak Zuckerberg untuk membersihkan imejnya yang dilaporkan tidak begitu baik dalam filem :The Social Network: yang akan ditayangkan pada 1 Oktober ini.
Dalam filem berkenaan, watak Zuckerberg dilakonkan oleh Jesse Eisenberg yang pernah berlakon dalam :Zombieland: (2009) dan :Solitary Man: (2010).
Filem itu yang diarahkan oleh David Fincher dibuat berdasarkan buku :The Accidental Billionaires: The Founding of Facebook, A Tale of Sex, Money, Genius, and Betrayal :(2009) tulisan Ben Mezrich.
No comments:
Post a Comment