Pages

Wednesday, March 24, 2010

Kisah silam Takeshi Kitano



TAKESHI KITANO


JIKA tidak kerana ibunya, pelakon dan pengarah filem Jepun, Takeshi Kitano yang membawa kehidupan gengster yakuza ke mata dunia melalui filemnya, telah lama terjerumus ke dalam dunia samseng.
Bintang filem Violent Cop,Sonatine dan HANA-BI itu membuat pendedahan menerusi buku, Kitano par Kitano (Kitano dari Kitano) yang ditulis oleh wartawan Perancis, Michael Temman.
"Jika tidak kerana ibu saya yang tegas dan mementingkan pelajaran, saya dapat bayangkan saya akan menjadi seorang yakuza. Ramai rakan saya waktu itu menjadi ahli yakuza.
"Tetapi tak ada seorang pun yang berjaya. Jadi, saya rasa mungkin saya tidak pergi jauh dan mati di pertengahan jalan," katanya.
Dia memberitahu, semua rakan-rakan yang membesar bersamanya menjadi samseng. "Saya tidak rasa mencuri wang adalah sesuatu yang istimewa dan membanggakan. Semua kanak-kanak di sekitar kawasan saya membesar dengan aktiviti tersebut," kata Kitano.
Diiktiraf di luar negara menerusi filem-filem aksinya yang memaparkan kehidupan dan perhubungan manusia, Kitano juga dikenali sebagai ahli komedi dengan gelaran Beat Takeshi. Hakikatnya, sebelum bergelar anak seni Kitano membesar dalam persekitaran yang sukar.
Lahir selepas perang Jepun pada 1947, Kitano dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin di timur laut Jepun. Bapanya, seorang tukang cat rumah merupakan kaki judi dan pemabuk, selain kurang meluangkan masa dengan empat orang anaknya.

SEORANG pengunjung muzium kagum melihat hasil lukisan Kitano.


Hanya kerana usaha keras ibunya yang memaksa dia dan adik-beradiknya untuk belajar, Kitano terus berada di sekolah. Dengan kecenderungan pada mata pelajaran Matematik dan Sains, Kitano mendaftar ke universiti. Namun, minatnya terhadap bidang seni membuatkan dia mengabaikan pengajian di universiti.
Pesona Kitano
Selepas membuat penampilan pertama di pentas teater French Theatre di Asakusa, Kitano mendapat tempat dalam satu rancangan televisyen dengan nama Beat Takeshi.
Sejak itu, nama Kitano tersiar dalam lapan rancangan televisyen mingguan di Jepun.
Pesona Kitano sering berlawanan dengan watak yang dilakonkan dalam filemnya. Daripada watak seorang gangster, Kitano membawa karakter kanak-kanak lucu yang menyerlahkan sisi komedi dirinya.
Membalas kepada kritikan mengatakan dia seorang yang ganas. Kitano memberitahu: "Saya sangat sedih tetapi sejak awal penglibatan sebagai pelawak, saya memberitahu diri bahawa kritikan tidak boleh dipercayai," katanya.
Kitano membuktikan kepada pengkritik menerusi pengarahan pertamanya yang mana dia juga berlakon dalam filem tersebut iaituViolent Cop.
Beliau mula mendapat perhatian antarabangsa menerusi filem keempatnya iaitu Sonatine pada 1993 yang mengisahkan tentang yakuza.
Tahun berikutnya Kitano hampir berhadapan dengan maut apabila terlibat dengan satu kemalangan motosikal di Tokyo. Kemalangan tersebut meninggalkan parut dan menyebabkan sebahagian daripada mukanya lumpuh.
"Saya sepatutnya sudah mati tetapi secara kebetulan, saya terselamat daripada kemalangan dahsyat itu," katanya.
KITANO melancarkan koleksi hasil lukisan dan buku kisah hidupnya di Perancis.


Kitano bagaimanapun kembali bekerja tidak lama selepas menjalankan pengambaran filem Kids Return (1996) yang mengisahkan anak muda di kawasan kejiranan miskin diikuti filem HANA-BI (1997). Kisah cinta di tengah-tengah perbalahan kumpulan gangster itu telah memenangi Venice's Golden Lion Award.
Pada 2003, filem Zatoichi, mengenai kisah klasik ahli pedang buta Jepun berjaya mendapat kritikan positif dari dalam dan luar negara.
Menariknya selain pelancaran bukunya Kitano pat Kitano, beberapa acara diaturkan di Georges Pompidou Center, Perancis termasuklah hasil lukisan Kitano.
"Saya lebih suka menggelarnya sebagai lukisan kanak-kanak. Sekiranya saya memberitahu orang ramai bahawa melukis adalah salah satu hobi saya mereka pasti tertawa," katanya. - AFP

Kenangan Masjid Ihsaniah Iskandariah






SENJA itu Mohamad Anuar Abu Bakar, 60, seperti biasa ke Masjid Al-Wahidiah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak untuk mengimamkan solat Maghrib.
Tatkala hampir ke pintu pagar masjid, beliau merenung bangunan kayu unik berwarna kuning, putih dan hitam tersergam indah terletak bersebelahan masjid berkenaan.
Itulah Masjid Ihsaniah Iskandariah. Unik kerana ia satu-satunya rumah ibadah Islam di negara ini dan di dunia yang mempunyai dinding tepas iaitu diperbuat daripada kelarai atau anyaman buluh.
Kisah masjid itu cukup dramatik. Suatu ketika ia pernah menjadi nadi utama kerukunan dan simbol agama penduduk Kampung Kuala Dal.
Keadaan masjid tersebut agak uzur dalam tempoh lebih tiga dekad.

MASJID Ihsaniah Iskandariah semasa ia mula-mula ditinggalkan pada 1976 di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.


"Namun ketika ia hampir menyembah bumi, Jabatan Warisan Negara melakukan kerja-kerja konservasi untuk membaiki kerosakan struktur bangunan tersebut dan 'menghidupkan' masjid yang berusia 74 tahun ini.
"Terasa macam mimpi, saya dan beberapa warga emas Kampung Kuala Dal cukup bertuah kerana dapat menyaksikan tiga frasa masjid ini iaitu dari 1930-an sehingga 1976, zaman kesuraman dari lewat 1970-an hingga 2009 dan kini zaman kebangkitan semula," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui.
Mohamad Anuar yang juga Pengerusi Masjid Al-Wahidiah antara individu yang begitu dekat dengan Masjid Ihsaniah Iskandariah dan Masjid Al-Wahidiah.
Datuknya, Abdul Wahid Abdul Daud dan ayahnya, Abu Bakar Ismail juga pernah diamanahkan untuk menjadi imam di masjid kampung tersebut.
Abu Bakar lebih beruntung kerana berpeluang menjadi imam di kedua-dua buah masjid.
Masjid Ihsaniah Iskandariah dibina di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang bangsawan, Juragan Abdul Shukur Mohammmad Ali dan pembiayaannya sebanyak 8,000 pound sterling (RM40,000) ditanggung oleh Sultan Perak ke-30, Sultan Iskandar Shah pada 1936.
Sebelum itu, Sultan Iskandar telah bernazar untuk membina sebuah masjid jika salah seorang daripada anakanda baginda yang gering sembuh.

WAJAH baru Masjid Ihsaniah Iskandariah yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Kuala Dal.


Kampung Kuala Dal dipilih selepas baginda terlihat penduduk kampung berkenaan bersolat di sebuah madrasah yang usang ketika dalam perjalanan pulang berkelah di Lata Bubu tidak jauh dari situ.
Seni bina masjid tersebut diilhamkan sepenuhnya oleh Sultan Iskandar. Masjid tersbeut diinspirasikan daripada seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Kenangan manis
Masjid yang diabadikan sempena nama baginda bercirikan seni bina tradisional Melayu Perak. Kesemua dindingnya diperbuat daripada panel kelarai bercorak intan yang dikenali sebagai dinding tepas atau tepus.
Antara keunikan lain masjid dua tingkat itu ialah reka bentuk binaannya yang menyerupai sangkar burung dan tingkapnya dihiasi ukiran serta bumbungnya kelihatan rata.
Masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Lama Kampung Kuala Dal itu berbentuk empat segi dan tidak mempunyai kubah seperti masjid-masjid lain di seluruh dunia.
Semua struktur bangunan termasuk ragam dan kelarai dibina dan diukir oleh tukang-tukang kayu tempatan terkenal seperti Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulup Ngah.
Masjid tersebut dirasmikan oleh Sultan Iskandar pada 11 Februari 1938 iaitu beberapa bulan sebelum kemangkatan baginda pada Oktober tahun sama.
Mohamad Anuar berkata, tingkat atas masjid tersebut dijadikan dewan solat yang boleh memuatkan 200 jemaah pada satu-satu masa manakala tingkat bawah dijadikan dewan perjumpaan, aktiviti kemasyarakatan serta persidangan pembesar negeri Perak.
Apakah kenangan manis Mohamad Anuar? Sebagai anak dan cucu bekas imam, sebahagian besar zaman kanak-kanaknya dihabiskan di sekitar masjid tersebut.
"Selain menjadi tempat beribadat hampir setiap masa, masjid tersebut memang sentiasa sibuk dengan aktiviti seperti kelas agama, kelas mengenal huruf dan membaca untuk golongan dewasa.
Kelas memasak, menjahit dan kraftangan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) juga diadakan di situ.
KERJA-KERJA konservasi Masjid Ihsaniah Iskandariah siap sepenuhnya pada Julai 2009.


Sebuah pondok pengawal pernah dibina di perkarangan masjid tersebut pada zaman Darurat bagi memastikan keselamatan penduduk kampung daripada ancaman Komunis.
"Masjid semakin diimarah apabila tiba Ramadan. Kami berbuka puasa, bertilawah al-Quran dan solat tarawih bersama-sama.
"Selepas solat tarawih, sebahagian penduduk kampung akan meneruskan ibadat sunat seperti qiyammulail dan berzikir sehingga Subuh dengan cahaya pelita.
"Menjelang Syawal, arwah datuk dan beberapa penduduk kampung akan memasang panjut yang diperbuat daripada buluh dan tin susu di sekeliling perkarangan masjid bagi memeriahkan suasana," katanya.
Sepanjang ingatannya, Mohamad Anuar pernah berhadapan dengan satu pengalaman misteri semasa menemani ayahnya dan beberapa penduduk kampung lain berzikir dan beratib pada awal pagi Ramadan.
Katanya, ketika mereka asyik berzikir di tingkat atas Masjid Ihsaniah Iskandariah tiba-tiba lantai yang diduduki beralun-alun dan mengeluarkan bunyi seolah-olah turut berzikir.
"Saya terkejut dan ketakutan terus berlari mendapatkan ayah. Namun beliau dan beberapa penduduk kampung cuma bersenyum dan meneruskan aktiviti beratib. Peristiwa itu kekal misteri hingga sekarang," katanya.
Namun kegemilangan Masjid Lama Kampung Kuala Dal pudar apabila sebahagian strukturnya rosak teruk akibat dihempap dahan pokok durian sekitar 1976.

PEMANDANGAN tingkap Masjid Ihsaniah Iskandariah selepas kerja-kerja konservasi.


Kejadian itu menyebabkan sebuah masjid baru yang lebih besar dibina bersebelahannya di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh datuk Mohamad Anuar, Abdul Wahid.
Sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Abdul Wahid yang juga pernah menjawat Ketua Kampung Kampung Kuala Dal, masjid baru itu dinamakan Masjid Al-Wahidiah.
Mohamad Anuar memberitahu, biarpun sudah mempunyai masjid baru, kenangan penduduk kampung terhadap Masjid Ihsaniah Iskandariah tidak pernah pudar.
Pelbagai ikhtiar dilakukan bagi menyelamatkan warisan kebanggaan penduduk kampung itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Profesor Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid berkata, masjid berkenaan telah digazetkan sebagai bangunan warisan negara. Kerja-kerja konservasi dimulakan pada Disember 2008.

Tembak diri di depan pengantin



LELAKI yang memetik picu pistol di kepala rebah selepas terkena peluru getah.


ASTRAKHAN, Rusia - Seorang lelaki bernasib baik kerana masih hidup selepas dia melepaskan tembakan di kepalanya dalam satu permainan pada majlis perkahwinan di depan pengantin di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Bagaimanapun, pistol itu cuma mengandungi peluru getah yang mengenai tengkoraknya, menyebabkan dia cedera parah dan dirawat di sebuah hospital, baru-baru ini.
Insiden itu berlaku apabila seorang rakan pengantin lelaki mengajak tetamu lain bermain permainan memetik picu pistol Russian Roulette di kepala bagi memeriahkan acara berkenaan.
Lelaki itu yang menyangka pistolnya tidak berpeluru, menyerahkan senjata kepada si mangsa setelah gilirannya selesai.
Mangsa kemudian mengacu pistol itu ke kepalanya dan memetik picu sebelum dia rebah ke lantai akibat terkena tembakan.
Namun, polis kemudiannya menangkap lelaki yang menganjurkan permainan memetik picu pistol itu. - Agensi

Foto panas aktres Indonesia




GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com semalam menunjukkan seorang lelaki memeluk Rahma.


JAKARTA - Model terkenal Indonesia, Rahma Azhari sekali lagi mencetuskan sensasi apabila foto seksi dirinya disebarkan lagi di Internet, lapor akhbar Kompas.com semalam.
Namun pada kali ini, gambar Rahma yang juga aktres filem Suami-suami Takut Istri itu menunjukkan seorang lelaki yang tersenyum meramas payu dara kirinya.
Rahma, 28, semasa dihubungi menganggap foto itu sebagai biasa yang dirakamkan selepas dia menyanyi dalam satu program di sebuah kafe di Senayan manakala lelaki tersebut ialah seorang saudaranya.
"Saya cuma ketawa apabila melihat foto itu dan mungkin ada pihak yang mahu isu ini disensasikan tetapi saya tidak berasa terganggu," kata Rahma.
Pada November 2008, gambar bogel Rahma dan kakaknya, Sarah, 32, disebarkan menerusi Internet.
Seorang lagi kakak mereka, Ayu, 40, juga mencetuskan kontroversi pada 2007 apabila berasmara dengan seorang lelaki, Frank Zagarino menerusi filem Without Mercy. - Agensi

Bullock akan tinggalkan suami




GAMBAR fail menunjukkan Bullock bersama suaminya.


LOS ANGELES - Mekanik motosikal, Jesse James dianggap sudah 'mati' oleh isterinya, pelakon Sandra Bullock, kata seorang rakan aktres berkenaan kelmarin.
Menurut rakan Bullock, situasi itu berlaku selepas kecurangan suaminya bersama seorang model yang merupakan penari bogel dibongkar media baru-baru ini.
"Saya menganggap amat tipis bagi Bullock menerima James kembali," katanya kepada saluran berita Fox News.
"Sukar baginya untuk pulih akibat kecurangan lelaki itu," tambah sumber berkenaan.
Menurut sumber, Bullock, 45, berada di Austin sejak penari bogel itu, Michelle "Bombshell" McGee membuat pendedahan terbuka tentang skandal seksnya selama 11 bulan dengan suami aktres tersebut pada minggu lalu.
Pendedahan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap Bullock yang baru memenangi anugerah Aktres Terbaik pada Anugerah Academy kerana lakonannya dalam filem The Blind Side, lima tahun selepas berkahwin dengan James.
Laman hiburan Hollywood Radar Online melaporkan baru-baru ini, penari bogel itu merakamkan satu klip video lucah yang menampilkan dirinya, seorang rakan wanitanya yang membawa watak Bullock manakala watak James dilakonkan oleh seorang lelaki mirip mekanik itu. - Agensi

Bapa dakwa bercakap dengan roh Irwin



STEVE IRWIN


BRISBANE - Bob Irwin, bapa pemburu buaya dari Australia, mendiang Steve Irwin yang meninggal dunia hampir empat tahun lalu mendakwa bercakap dengan roh anaknya itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Bob, perbualan dengan anaknya itu berlangsung hasil bantuan seorang pakar psikik ternama, Deb Webber.
Dia memberitahu sebuah majalah Australia, Webber yang menjadi perantara dengan roh itu memberitahunya bahawa Steve bertanya, apakah yang dilakukan oleh Bob terhadap sepasang stoking lama dan topinya yang direnyuk.
"Dia (Steve) menyatakan semuanya baik dan meminta saya tidak bersedih tetapi terus berjuang menjaga nasib haiwan," kata Bob yang juga pengasas Zoo Australia bersama Steve dan kini mengurus sebuah pusat penjagaan haiwan.
Pakar psikik itu berkata, roh Steve bersemadi dekat jeram di Sungai Burdekin, tempat dua beranak itu menghabiskan masa bersama dengan duduk di sekeliling unggun api dan menangkap buaya.
Steve meninggal dunia semasa berusia 44 tahun selepas jantungnya tertusuk ekor ikan pari di perairan Terumbu Besar Australia di Queensland pada 2006. - Agensi

Tentera India guna senjata cili




SEORANG petani menunjukkan cili bhut jolokia di India.


GAUHATI, India - Tentera India kini memiliki senjata baru bagi menentang pengganas iaitu cili paling pedas di dunia.
Beberapa pegawai pertahanan semalam berkata, pihak tentera akan menggunakan cili yang dinamakan bhut jolokia atau cili hantu itu untuk menghasilkan gas pemedih mata dalam bentuk bom tangan bagi menumpaskan suspek.
"Grenad bhut jolokia akan menjadi senjata tanpa toksik yang berkesan kerana bau pedasnya membuatkan pengganas tercekik sekali gus memaksa mereka keluar dari tempat persembunyian," kata Pengarah Jabatan Sains Hayat Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO), R. B. Srivastava.
Cili itu disenaraikan Guinness World Records pada 2007 sebagai cili paling pedas di dunia yang dimakan untuk merawat masalah perut dan cuaca panas.
Ia yang ditanam di timur laut India jauh lebih pedas berbanding sos Tabasco atau lada jalapeno. - AP

Rupa bumi Marikh




GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan imej rupa bumi planet Marikh.


WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) semalam menyiarkan imej beberapa bentuk bumi bergunung-ganang di planet Marikh.
Gambar-gambar itu dihasilkan berdasarkan rakaman kamera Resolusi Tinggi Pengimejan Eksperimen Sains (HiRISE) pada sebuah kapal angkasa penjelajah Marikh miliknya.
Ia turut menunjukkan permukaan Kawah Mojave di bahagian yang dikenali sebagai Xanthe Terra, di tenggara planet itu.
Kawah berkenaan mempunyai keluasan 60 kilometer dan merupakan antara kawah paling baru di Marikh. - AFP

Teksi terbabas pemandu diserang sakit jantung




2010/03/23

IPOH: Orang ramai yang berada di persimpangan Jalan Sultan Iskandar/Jalan Raja Muda Aziz di sini hari ini gempar apabila sebuah teksi tiba-tiba terbabas melanggar tiga kereta dan terperosok ke dalam sebuah kedai.
Pemandu teksi berkenaan, seorang warga emas, Kok Ah Kow, 67, dipercayai diserang sakit jantung dan gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas.

Kok meninggal dunia sejurus selepas kejadian kira-kira jam 3 petang.

Jurucakap polis berkata tiada penumpang menaiki teksi berkenaan dan tiga kereta yang dilanggar Kok hanya mengalami kerosakan kecil dan pemilik sudah membuat aduan polis.

Seorang pekedai berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata pemandu teksi berkenaan sempat keluar dari keretanya selepas terbabas tapi terus rebah. - Bernama

Keseorangan ketika di serang sakit jantung?

Anda bersendirian di rumah, secara tiba-tiba anda dapat rasakan kesakitan yang amat sangat di bahagian dada. Ia mula melarat hinga ke rahang dan menular ke tangan sebelah kiri. Tahukah anda apa puncanya kesakitan ini? Apa yang pasti anda kini sedang diserang serangan sakit jantung yang serius.

Anda ada lebih kurang 10 saat sahaja yang  tinggal. Jantung anda akan mula berhenti dan anda akan rebah tidak sedarkan diri. Anda perlu lakukkan sesuatu sekarang. Tapi apa yang perlu anda lakukkan?

Batuk!.. Ya batuk.

Mulakan batuk secara berulang kali dan bertenaga. Tarik nafas sedalam yang mungkin, kemudian batuk… Batuk seperti yang anda lakukan untuk mengeluarkan kahak. Lakukan berulang kali tanpa berputus asa sehingga bantuan tiba atau degupan jantung kembali pulih. Batuklah walaupun sehingga ia menyakitkan.

Sekarang masa anda untuk membuat keputusan. Secepat mana anda boleh mendapatkan bantuan perubatan atau CPR.

           1) Buat panggilan kecemasan semasa batuk.
           2) Jerit minta bantuan jika ada sesiapa tahu tentang CPR.

Nafas yang panjang akan membekalkan oksigen ke dalam paru-paru, sementara gerakan batuk pula akan memberi tekanan kepada jantung untuk tetap mengepam darah. Kadangkala cara ini dapat memulihkan serangan jantung dan membuatkan ia berdegup seperti rentak asal semula.

Satu kes yang dilaporkan, dengan mengaplikasi cara ini, seorang mangsa telah berjaya memandu selama 5 minit untuk mendapatkan bantuan. Ia adalah masa yang amat berharga, jadi lakukan sesuatu. Anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda sendiri.

Pelajarilah CPR dan anda mungkin menjadi salah seorang yang dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Ia akan memberikan anda satu kepuasan yang tiada nilainya. CPR adalah mudah dan hampir semua orang boleh mempelajarinya.

Pelajarilah CPR dan lakukan dengan selamat dan berkesan.

LUBANG HITAM




H
ARUN YAHYA


Kirim artikel ini


Abad ke-20 menyaksikan banyak sekali penemuan baru tentang peristiwa alam di ruang angkasa. Salah satunya, yang belum lama ditemukan, adalah Black Hole [Lubang Hitam]. Ini terbentuk ketika sebuah bintang yang telah menghabiskan seluruh bahan bakarnya ambruk hancur ke dalam dirinya sendiri, dan akhirnya berubah menjadi sebuah lubang hitam dengan kerapatan tak hingga dan volume nol serta medan magnet yang amat kuat. Kita tidak mampu melihat lubang hitam dengan teropong terkuat sekalipun, sebab tarikan gravitasi lubang hitam tersebut sedemikian kuatnya sehingga cahaya tidak mampu melepaskan diri darinya. Namun, bintang yang runtuh seperti itu dapat diketahui dari dampak yang ditimbulkannya di wilayah sekelilingnya. Di surat Al Waaqi'ah, Allah mengarahkan perhatian pada masalah ini sebagaimana berikut, dengan bersumpah atas letak bintang-bintang:
Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui. (QS. Al Waaqi'ah, 56: 75-76)
Istilah "lubang hitam" pertama kali digunakan tahun 1969 oleh fisikawan Amerika John Wheeler. Awalnya, kita beranggapan bahwa kita dapat melihat semua bintang. Akan tetapi, belakangan diketahui bahwa ada bintang-bintang di ruang angkasa yang cahayanya tidak dapat kita lihat. Sebab, cahaya bintang-bintang yang runtuh ini lenyap. Cahaya tidak dapat meloloskan diri dari sebuah lubang hitam disebabkan lubang ini merupakan massa berkerapatan tinggi di dalam sebuah ruang yang kecil. Gravitasi raksasanya bahkan mampu menangkap partikel-partikel tercepat, seperti foton [partikel cahaya]. Misalnya, tahap akhir dari sebuah bintang biasa, yang berukuran tiga kali massa Matahari, berakhir setelah nyala apinya padam dan mengalami keruntuhannya sebagai sebuah lubang hitam bergaris tengah hanya 20 kilometer (12,5 mil)! Lubang hitam berwarna "hitam", yang berarti tertutup dari pengamatan langsung. Namun demikian, keberadaan lubang hitam ini diketahui secara tidak langsung, melalui daya hisap raksasa gaya gravitasinya terhadap benda-benda langit lainnya. Selain gambaran tentang Hari Perhitungan, ayat di bawah ini mungkin juga merujuk pada penemuan ilmiah tentang lubang hitam ini:
Maka apabila bintang-bintang telah dihapuskan (QS. Al Mursalaat, 77: 8)
Selain itu, bintang-bintang bermassa besar juga menyebabkan terbentuknya lekukan-lekukan yang dapat ditemukan di ruang angkasa. Namun, lubang hitam tidak hanya menimbulkan lekukan-lekukan di ruang angkasa tapi juga membuat lubang di dalamnya. Itulah mengapa bintang-bintang runtuh ini dikenal sebagai lubang hitam. Kenyataan ini mungkin dipaparkan di dalam ayat tentang bintang-bintang, dan ini adalah satu bahasan penting lain yang menunjukkan bahwa Al Qur'an adalah firman Allah:
Demi langit dan Ath Thaariq, tahukah kamu apakah Ath Thaariq? (yaitu) bintang yang cahayanya menembus. (QS. At Thaariq, 86: 1-3) 
PULSAR: BINTANG BERDENYUT
Demi langit dan Ath Thaariq, tahukah kamu apakah Ath Thaariq? (yaitu) bintang yang cahayanya menembus. (QS. At Thaariq, 86: 1-3)

Pulsar adalah sisa-sisa bintang padam yang memancarkan gelombang radio teramat kuat yang menyerupai denyut, dan yang berputar pada sumbunya sendiri dengan sangat cepat. Telah dihitung bahwa terdapat lebih dari 500 pulsar di galaksi Bima Sakti, yang di dalamnya terdapat Bumi kita.
Kata "Thaariq," nama surat ke-86, berasal dari akar kata "tharq," yang makna dasarnya adalah memukul dengan cukup keras untuk menimbulkan suara, atau menumbuk. Dengan mempertimbangkan arti yang mungkin dari kata tersebut, yakni "berdenyut/berdetak," "memukul keras," perhatian kita mungkin diarahkan oleh ayat ini pada sebuah kenyataan ilmiah penting. Sebelum menelaah keterangan ini, marilah kita lihat kata-kata selainnya yang digunakan dalam ayat ini untuk menggambarkan bintang-bintang ini. Istilah "ath-thaariqi" dalam ayat di atas berarti sebuah bintang yang menembus malam, yang menembus kegelapan, yang muncul di malam hari, yang menembus dan bergerak, yang berdenyut/berdetak, yang menumbuk, atau bintang terang. Selain itu, kata "wa" mengarahkan perhatian pada benda-benda yang digunakan sebagai sumpah – yakni, langit dan Ath Thaariq.
Melalui penelitian oleh Jocelyn Bell Burnell, di Universitas Cambridge pada tahun 1967, sinyal radio yang terpancar secara teratur ditemukan. Namun, hingga saat itu belumlah diketahui bahwa terdapat benda langit yang berkemungkinan menjadi sumber getaran atau denyut/detak teratur yang agak mirip pada jantung. Akan tetapi, pada tahun 1967, para pakar astronomi menyatakan bahwa, ketika materi menjadi semakin rapat di bagian inti karena perputarannya mengelilingi sumbunya sendiri, medan magnet bintang tersebut juga menjadi semakin kuat, sehingga memunculkan sebuah medan magnet pada kutub-kutubnya sebesar 1 triliun kali lebih kuat daripada yang dimiliki Bumi. Mereka lalu paham bahwa sebuah benda yang berputar sedemikian cepat dan dengan medan magnet yang sedemikian kuat memancarkan berkas-berkas sinar yang terdiri dari gelombang-gelombang radio yang sangat kuat berbentuk kerucut di setiap putarannya. Tak lama kemudian, diketahui juga bahwa sumber sinyal-sinyal ini adalah perputaran cepat dari bintang-bintang neutron. Bintang-bintang neutron yang baru ditemukan ini dikenal sebagai "pulsar." Bintang-bintang ini, yang berubah menjadi pulsar melalui ledakan supernova, tergolong yang memiliki massa terbesar, dan termasuk benda-benda yang paling terang dan yang bergerak paling cepat di ruang angkasa. Sejumlah pulsar berputar 600 kali per detik.1
Kata "pulsar" berasal dari kata kerja to pulse . Menurut kamus American Heritage Dictionary, kata tersebut berarti bergetar, berdenyut. Kamus Encarta Dictionary mengartikannya sebagai berdenyut dengan irama teratur, bergerak atau berdebar dengan irama teratur yang kuat. Lagi menurut Encarta Dictionary, kata " pulsate ", yang berasal dari akar yang sama, berarti mengembang dan menyusut dengan denyut teratur yang kuat.
Menyusul penemuan itu, diketahui kemudian bahwa peristiwa alam yang digambarkan dalam Al Qur'an sebagai "thaariq," yang berdenyut, memiliki kemiripan yang sangat dengan bintang-bintang neutron yang dikenal sebagai pulsar.
Bintang-bintang neutron terbentuk ketika inti dari bintang-bintang maharaksasa runtuh. Materi yang sangat termampatkan dan sangat padat itu, dalam bentuk bulatan yang berputar sangat cepat, menangkap dan memampatkan hampir seluruh bobot bintang dan medan magnetnya. Medan magnet amat kuat yang ditimbulkan oleh bintang-bintang neutron yang berputar sangat cepat ini telah dibuktikan sebagai penyebab terpancarnya gelombang-gelombang radio sangat kuat yang teramati di Bumi.
Di ayat ke-3 surat Ath Thaariq istilah "an najmu ats tsaaqibu," yang berarti yang menembus, yang bergerak, atau yang membuat lubang, mengisyaratkan bahwa Thaariq adalah sebuah bintang terang yang membuat lubang di kegelapan dan bergerak. Makna istilah "adraaka" dalam ungkapan "Tahukah kamu apakah Ath Thaariq itu?" merujuk pada pemahaman. Pulsar, yang terbentuk melalui pemampatan bintang yang besarnya beberapa kali ukuran Matahari, termasuk benda-benda langit yang sulit untuk dipahami. Pertanyaan pada ayat tersebut menegaskan betapa sulit memahami bintang berdenyut ini. (Wallaahu a'lam)
Sebagaimana telah dibahas, bintang-bintang yang dijelaskan sebagai Thaariq dalam Al Qur'an memiliki kemiripan dekat dengan pulsar yang dipaparkan di abad ke-20, dan mungkin mengungkapkan kepada kita tentang satu lagi keajaiban ilmiah Al Qur'an.
BINTANG SIRIUS (SYI'RA)

Bintang Sirius [Syi’ra] muncul di Surat An Najm (yang berarti "bintang"). Bintang ganda yang membentuk bintang Sirius ini saling mendekat dengan sumbu kedua bintang itu yang berbentuk busur setiap 49,9 tahun sekali. Peristiwa alam tentang bintang ini diisyaratkan dalam ayat ke-9 dan ke-49 dari Surat An Najm.
Ketika pengertian-pengertian tertentu yang disebutkan dalam Al Qur'an dikaji berdasarkan penemuan-penemuan ilmiah abad ke-21, kita akan mendapati diri kita tercerahkan dengan lebih banyak keajaiban Al Qur'an. Salah satunya adalah bintang Sirius (Syi'ra), yang disebut dalam surat An Najm ayat ke-49:
… dan bahwasanya Dialah Tuhan (yang memiliki) bintang Syi'ra (QS. An Najm, 53: 49)
Kenyataan bahwa kata Arab "syi'raa," yang merupakan padan kata bintang Sirius, muncul hanya di Surat An Najm (yang hanya berarti "bintang") ayat ke-49 secara khusus sangatlah menarik. Sebab, dengan mempertimbangkan ketidakteraturan dalam pergerakan bintang Sirius, yakni bintang paling terang di langit malam hari, sebagai titik awal, para ilmuwan menemukan bahwa ini adalah sebuah bintang ganda. Sirius sesungguhnya adalah sepasang dua bintang, yang dikenal sebagai Sirius A dan Sirius B. Yang lebih besar adalah Sirius A, yang juga lebih dekat ke Bumi dan bintang paling terang yang dapat dilihat dengan mata telanjang. Tapi Sirus B tidak dapat dilihat tanpa teropong.
Bintang ganda Sirius beredar dengan lintasan berbentuk bulat telur mengelilingi satu sama lain. Masa edar Sirius A dan B mengelilingi titik pusat gravitasi mereka yang sama adalah 49,9 tahun. Angka ilmiah ini kini diterima secara bulat oleh jurusan astronomi di universitas Harvard, Ottawa dan Leicester.2 Keterangan ini dilaporkan dalam berbagai sumber sebagai berikut:
Sirius, bintang yang paling terang, sebenarnya adalah bintang kembar… Peredarannya berlangsung selama 49,9 tahun. 3
Sebagaimana diketahui, bintang Sirius-A dan Sirius-B beredar mengelilingi satu sama lain melintasi sebuah busur ganda setiap 49,9 tahun. 4
Hal yang perlu diperhatikan di sini adalah garis edar ganda berbentuk busur dari dua bintang tersebut yang mengitari satu sama lain.
Namun, kenyataan ilmiah ini, yang ketelitiannya hanya dapat diketahui di akhir abad ke-20, secara menakjubkan telah diisyaratkan dalam Al Qur'an 1.400 tahun lalu. Ketika ayat ke-49 dan ke-9 dari surat An Najm dibaca secara bersama, keajaiban ini menjadi nyata:
dan bahwasanya Dialah Tuhan (yang memiliki) bintang Syi'ra (QS. An Najm, 53: 49)
maka jadilah dia dekat dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). (QS. An Najm, 53: 9)
Penjelasan dalam Surat An Najm ayat ke-9 tersebut mungkin pula menggambarkan bagaimana kedua bintang ini saling mendekat dalam peredaran mereka. (Wallaahu a'lam). Fakta ilmiah ini, yang tak seorang pun dapat memahami di masa pewahyuan Al Qur'an, sekali lagi membuktikan bahwa Al Qur'an adalah firman Allah Yang Mahakuasa.

LEBAH MADU




H
ARUN YAHYA


Kirim artikel ini



Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An Nahl, 16:68-69)
Madu dihasilkan dalam jumlah yang jauh lebih banyak daripada kebutuhan lebah. Jelaslah bahwa minuman berkhasiat obat ini diciptakan agar bermanfaat bagi manusia.
Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyadari sifat-sifat luar biasa dari sang penghasilnya, yaitu lebah madu.
Sebagaimana kita ketahui, sumber makanan lebah adalah sari madu bunga (nektar), yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh karena itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru -yaitu madu- dan menyimpannya untuk musim dingin mendatang.
Sungguh menarik untuk dicermati bahwa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya mereka butuhkan. Pertanyaan pertama yang muncul pada benak kita adalah: mengapa lebah tidak menghentikan pembuatan dalam jumlah berlebih ini, yang tampaknya hanya membuang-buang waktu dan tenaga? Jawaban untuk pertanyaan ini tersembunyi dalam kata "wahyu [ilham]" yang telah diberikan kepada lebah, seperti disebutkan dalam ayat tadi.
Lebah menghasilkan madu bukan untuk diri mereka sendiri, melainkan juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia; sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebutir setiap hari kendatipun tidak membutuhkannya dan sapi yang menghasilkan susu jauh melebihi kebutuhan anak-anaknya.
PENGATURAN YANG LUAR BIASA DALAM SARANG LEBAH
Kehidupan lebah di sarang dan pembuatan madunya sangatlah menakjubkan. Tanpa membahas terlalu terperinci, marilah kita amati ciri-ciri utama "kehidupan masyarakat" lebah. Lebah harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua ini dengan pengaturan yang luar biasa.
Rancangan segienam dari petak-petak sarang lebah memungkinkan penyimpanan madu dalam jumlah terbanyak dengan bahan baku pembuatan sarang, yakni lilin, dalam jumlah paling sedikit. Lebah hanyalah serangga berukuran 1-2 cm dan ia melakukan perhitungan itu dengan apa yang telah diilhamkan Tuhannya.
Pengaturan kelembapan dan pertukaran udara: Kelembapan sarang, yang membuat madu memiliki tingkat keawetan yang tinggi, harus dijaga pada batas-batas tertentu. Pada kelembapan di atas atau di bawah batas ini, madu akan rusak serta kehilangan keawetan dan gizinya. Begitu juga, suhu sarang haruslah 35 derajat celcius selama sepuluh bulan pada tahun tersebut. Untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada batas tertentu, ada kelompok khusus yang bertugas menjaga pertukaran udara.
Jika hari panas, terlihat lebah sedang mengatur pertukaran udara di dalam sarang. Jalan masuk sarang dipenuhi lebah. Sambil menempel pada kayu, mereka mengipasi sarang dengan sayap. Dalam sarang yang baku, udara yang masuk dari satu sisi terdorong keluar pada sisi yang lain. Lebah pengatur pertukaran udara yang lain bekerja di dalam sarang, mendorong udara ke semua sudut sarang.
Perangkat pertukaran udara ini juga bermanfaat melindungi sarang dari asap dan pencemaran udara.
Penataan kesehatan: Upaya lebah untuk menjaga mutu madu tidak terbatas hanya pada pengaturan kelembapan dan panas. Di dalam sarang terdapat jaringan pemeliharaan kesehatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan berkembangnya bakteri. Tujuan utama penataan ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteri. Prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing memasuki sarang. Untuk itu, dua penjaga selalu ditempatkan pada pintu sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang walau sudah ada tindakan pencegahan ini, semua lebah bertindak untuk mengusirnya dari sarang.
Kehidupan lebah di dalam sarang serta pembuatan madu oleh mereka sangatlah menakjubkan. Lebah melakukan banyak "pekerjaan" dan mereka berhasil melakukannya dengan baik melalui pengaturan (pengorganisasian) yang luar biasa.
Untuk benda asing yang lebih besar yang tidak dapat dibuang dari sarang, digunakan cara pertahanan lain. Lebah membalsam benda asing tersebut. Mereka menghasilkan suatu zat yang disebut "propolis" (yakni, getah lebah) untuk pembalsaman. Getah lebah ini dihasilkan dengan cara menambahkan cairan khusus yang mereka keluarkan dari tubuh kepada getah yang dikumpulkan dari pohon-pohon seperti pinus, hawwar, dan akasia. Getah lebah juga digunakan untuk menambal keretakan pada sarang. Setelah ditambalkan pada retakan, getah tersebut mengering ketika bereaksi dengan udara dan membentuk permukaan yang keras. Dengan demikian, sarang dapat bertahan dari ancaman luar. Lebah menggunakan zat ini hampir dalam semua pekerjaan mereka.
Sampai di sini, berbagai pertanyaan muncul dalam pikiran. Propolis mencegah bakteri apa pun hidup di dalamnya. Ini menjadikan propolis sebagai zat terbaik untuk pembalsaman. Bagaimana lebah mengetahui bahwa zat tersebutlah yang terbaik? Bagaimana lebah menghasilkan suatu zat, yang hanya bisa dibuat manusia dalam laboratorium dan menggunakan teknologi, serta dengan pemahaman ilmu kimia? Bagaimana mereka mengetahui bahwa serangga yang mati dapat menimbulkan tumbuhnya bakteri dan bahwa pembalsaman akan mencegah hal ini?
Sudah jelas lebah tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang ini, apalagi laboratorium. Lebah hanyalah seekor serangga yang panjangnya 1-2 cm dan ia melakukan ini semua dengan apa yang telah diilhamkan Tuhannya.