Pages

Tuesday, March 2, 2010

Kisah Benar Amityville Horror



Pada Disember 1975 , bermulalah sebuah kisah tragis sebuah keluarga yang menyayat hati.Ronald DeFeo Snr. bersama dengan isterinya, Louise serta lima anak mereka, Ronald, Mark, John, Allison dan Dawn mula berpindah ke sebuah rumah di 112 Ocean Avenue Amityville, Long Island setelah memperolehi kemewahan hasil berkerja disalah sebuah syarikat kepunyaan mertuanya. Disana mereka mempunyai segala-galanya hasil daripada kerja keras Ronald.
Namun, disebalik daripada kemewahan itu, keluarga DeFeo sebenarnya bukanlah satu keluarga yang bahagia. Walaupun berjaya membawa kekayaan kepada keluarganya, Ronald DeFeo Snr. merupakan seorang yang pemarah, ganas serta kejam terhadap isteri dan anak-anaknya. Dia tidak pernah menunjukkan perasaan sebagai seorang ayah kepada anak-anaknya sebaliknya memaksa anak-anaknya berdiri sendiri untuk mempertahankan diri.
Ronald DeFeo Jr., anak lelaki mereka yang paling tua tidak terlepas daripada peraturan ini. Sebagai kanak-kanak, dia sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah. Namun, setelah dipaksa oleh ayahnya sendiri untuk bangun dan mempertahankan kehormatannya, DeFeo Jr. berjaya melakukannya. Setelah sekian lama, sikap berani itu mula mengubah perwatakan DeFeo Jr. daripada seorang kanak-kanak biasa menjadi seorang yang menyerupai ayahnya sendiri. DeFeo Jr. mula memberontak dan bertindak agresif. Dia terlibat dalam pergaduhan disekolah sehinggalah kepada jenayah mencuri, dadah serta memeras ugut.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila DeFeo Jr. memperolehi apa sahaja yang dihajatinya dengan mudah ihsan daripada kekayaan keluarganya. Daripada kekayaan inilah juga menjadikannya lebih agresif dan ganas. Dia sentiasa mahukan wang yang banyak. Sekiranya dia gagal memperolehinya dia sendiri akan mengambil wang itu tanpa sebarang kebenaran. Sikap ganasnya semakin memuncak apabila pada suatu hari DeFeo Jr. mengacukan senapang terhadap ayahnya sendiri yang sedang bergaduh dengan ibunya, Loise. Ayahnya bernasib baik kerana senapang itu tidak meletup.
Bermula daripada sinilah DeFeo Jr. atau lebih dikenali sebagai Butch mula menunjukkan sikap yang akhirnya membawa padah terhadap keluargannya. Marah dan kecewa dengan sikap ayahnya kerana tidak memberikan wang yang secukupnya untuk Butch bersuka ria, dia memutuskan untuk merompak sendiri wang daripada syarikat ayahnya dan mendakwa dia dirompak oleh orang lain sebagai menutup perbuatannya. Ayahnya menjadi berang dengan kejadian itu menyuruh polis segara menjalankan siasatan terhadap anaknya sendiri. Butch terlepas tetapi kejadian itu telah memberikan tamparan yang mendalam terhadapnya.
Perasaan marahnya memuncak sehinggakan pada pagi 14 November 1974, Butch telah membunuh keenam-enam ahli keluarganya dengan kejam sekali dengan menembak mereka tanpa sebarang belas kasihah. Kedua-dua ibu bapanya dan 4 orang adik-beradiknya mati semasa mereka nyenyak tidur di atas katil masing-masing. Tubuh mereka hancur dan terkulai disebabkan ditembak mengunakan selaras senapang daripada jarak dekat, menghancurkan organ-organ dalam badan mereka.
Selepas kejadian itu, Butch melarikan diri daripada rumah itu dengan segala bukti yang menunjukkan dia bertanggunjawab terhadap jenayah itu serta untuk menwujudkan alibi yang beliau tiada dirumah semasa kejadian tersebut berlaku. Keesokannya dia kembali berkerja seperti biasa, berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Namun, setelah pihak polis menemui mayat-mayat dirumahnya serta soal siasat mendalam terhadap Butch, dia akhirnya diberkas oleh polis dan setahun kemudian kesnya dibawa ke mahkamah.
Kes yang mendapat liputan popular ini akirnya selesai apabila Butch dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun atas kesalahan membunuh. Dia sememangnya bernasib baik kerana disabitkan kesalahan membunuh kelas ke-2 walaupun sepatutnya harus diberikan hukuman lebih berat lagi seperti hukumn mati kerana pihak juri beranggapan bawaha Butch mengalami gangguan mental.
Lebih kurang sebulan Butch atau Ronald DeFeo Jr. dijatuhan hukuman atas membunuh kelas ke-2, rumah di 112 Ocean Avenue itu mula didiami oleh pasangan George dan Kathy Lutz. Disinilah bermulanya kisah lagenda mengenai rumah ini yang dikatakan oleh keluarga Lutz sebagai berhantu. Selama 28 hari menetap di rumah ini, ahli keluarga Lutz mendakwa mereka telah diganggu oleh makhluk-makhluk halus sebelum mereka bertindak meninggalkan rumah itu serta-merta.
Mereka mendakwa telah melihat wajah-wajah ahli keluarga DeFeo berlegar-legar di dalam rumah, bayangan wajah perempuan tua di dalam cermin serta jelmaan-jelmaan yang dikatakan sebagai syaitan. Setelah meninggalkan rumah itu, George ada meminta kepada seorang pengkaji kejadian paramormal, Dr. Stephen Kaplan untuk menjalankan kajian terhadap rumah yang didakwa berhantu itu dan melalui penyiasatan, didapati segala dakwaan yang dilemparkan terhadap rumah itu adalah rapuh.
Dengan kata lain segala kejadian yang belaku kepada keluarga Lutz selama 28 hari mereka mendiami rumah itu adalah tidak berasas. Ini ditambah lagi dengan penerbitan buku bertajuk THE AMITYVILLE HORROR yang faktanya banyak bercanggah dan ditokok-tambah. Lama-kelamaan segala dakwaan mengenai rumah ini tenggelam dan menjadi satu misteri walaupun masih ada lagi yang mempercayai bahawa rumah itu sememangnya dikuasai oleh kuasa syaitan.

Mumia Seorang Lelaki Ditemui Selepas 6 Tahun




Begini ceritanya,
Pada 24 Jan 2007 , penduduk di sebuah apartment yang terletak di Tula,Rusia terkejut apabila menemui mumia seorang lelaki yang didapati hilang dari tahun 2000.Pergh!! lama tu , 6 tahun beb!!!.Seorang pegawai polis Mark Ignashin,yang menerima aduan tu pun pergilah kat apartment tersebut.Semasa dia sampai kat rumah tersebut , bau busuk menyelubungi rumah tu , kemudian dia nampak satu mayat yang dah kering berkemeja plaid dlm keadaan duduk di dapur.
Elok je mayat tu macam MUMIA.
Disisinya,ada sebotol vodka kosong dan sebiji gelas yang berdebu.Kemudian beliau menjumpai selonggok suratkhabar lama di dalam bilik tetamu bertarikh pada bulan FEB 2000.
Beliau menemui seorang saksi,Valentina Muradova,yang berjaya mengecam mumia tersebut adalah Vladimir Ledenev,68, yang disangkanya telah berpindah ataupun dimasukkan ke hospital kerana penyakit TB.Pihak polis mendapati Vladimir pernah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mempunyai rekod jenayah.
Selain itu , menurut jirannya , vladmir merupakan seorang kaki botol selepas kematiannya ibunya 10 tahun yang lepas.Beliau tinggal seorang diri selepas bersara dan mengumpul botol-botol kosong.Sejak itu , dia tidak dapat dikesan.
Cerita penuh disini.
Alkisahnya, Vladimir hilang 6 tahun yang lepas dan kini ditemui didalam rumahnya sendiri dalam keadaan seperti MUMIA.Anehnya , jirannya tidak menghidu bau busuk dari kediaman Vladimir.
Boleh tak korang bayangkan ?

Binasa Kaum Pompeiib



Ibarat seperti balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan seks sejenis ( Gay dan Lesbian ) , Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia.
Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain. Tiba-tiba ,satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada peta dunia.Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.
Masa terus berlalu sehinggalah pada 1594,sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan. Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam di dalam tanah.

Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.
Pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.Tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di temui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.

Sejarah Kota Pompeii.
  • Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
  • Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.
  • Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.
  • Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka. bbbbbbb
  • Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ’sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.
  • Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Terbang Di Angkasa



Impian manusia untuk terbang seperti burung kini menjadi kenyataan selepas seorang bekas juruterbang, Yves Rossy menjadi manusia pertama terbang
dengan menggunakan sayap berenjin. Sayap itu bukan sahaja direka dan dimajukan oleh Rossy bagi membolehkannya terbang tetapi dia juga turut menguji alat itu sejak tujuh tahun yang lalu.
Pada Jun 2004, Rossy berjaya menerbangkan sayap berenjin yang diletakkan di belakangnya selepas terjun dari sebuah pesawat Pilatus pada ketinggian 4,000
meter. Beberapa saat selepas itu Rossy mula membuka sayapnya dan menghidupkan enjin serta mengambil masa selama 30 saat untuk menstabilkan badannya.

Selepas berjaya mengawal sayap, Rossy akhirnya berjaya terbang pada ketinggian 1,600 meter dan meluncur beriringan dengan pesawat Pilatus pada kelajuan
180 kilometer sejam. epanjang penerbangan selama empat minit itu, Rossy perlu mengerakkan badannya untuk mengemudi pergerakan sayap sama seperti yang dilakukan oleh seekor
burung.

Sejak penerbangan sulung itu, Rossy telah terbang sebanyak 30 kali dan dengan bantuan rakan-rakannya untuk memajukan sayap itu dia kini boleh terbang selama 390 saat. Pada musim luruh lalu, sayap yang mempunyai empat enjin mini itu berjaya diterbangkan dan Rossy meluncur dengan kelajuan lebih daripada 200 kilometer sejam.
Projek Rossy itu juga memperoleh permit dari Pejabat Persekutuan untuk Penerbangan Awam Switzerland (FOCA) dan dilindungi insurans.

Rayuan Peter Fagat Di Sebalik Ouija Board

Gareth Flink,Andrea Cooke dan Suzanne Collins tersandar keletihan di sofa rumah rakan mereka,John Fitzgerald.Mereka baru sahaja pulang dari bersiar-siar di Otley,Suffolk,England.
Disebabkan masing-masing belum mengantuk , John yang meminati perkara-perkara misteri dan supernatural mencadangkan agar mereka menghabiskan masa terluang itu dengan bermain Ouija Board, iaitu alat pemujaan roh.Lalu John mengambil Ouijanya yang telah lama tidak digunakan didalam stor rumahnya.Diatas Ouia yang diperbuat daripada batu jenis Huw itu tertulis abjad A hingga Z, nombor 0 hingga 9 serta perkataan Ya dan Tidak.Selain itu terdapat alat penunjuk yang akan digerakkan oleh roh yang dipuja.

Selepas menghabiskan segelas air,keempat-empat mereka meletakkan Ouija tersebut diatas meja.Kesemua lampu dipadamkan kecuali yang menerangi meja berkenaan.John,Gareth dan Suzanne kemudiannya meletakkan tangan masing-masing di penjuru Ouija.Setelah itu,jari mereka diletakkan pada alat penunjuk.Suasana sunyi sepi,yang didengari hanyalah buni kenderaan lalu dihadapan rumah berkenaan.Masing-masing menumpukan penuh perhatian kepada pemujaan tersebut supaya roh mudah dihubungi.

John memulakan pemujaan dengan bertanya kepada roh-roh yang diharapkan berada di sekeliling mereka.
Tiada Jawapan.

Ada sesiapa disana ? dia bertanya lagi.Senyap.Penunjuk Ouija tidak beranjak walau seinci pun.

Selepas beberapa kali mencuba tapi masih tiada tindak balas,mereka mengambil keputusan untuk melakukannya dua atau tiga kali lagi sebagai percubaan terakhir.

Tiba-tiba,alat penunjuk beranjak perlahan-lahan ke arah YA.

Siapa kamu ?

F-A-G-A-T

Penunjuk bergerak dengan pantas berbanding jawapan pertama tadi.

Adakah kamu mahu meminta pertolongan daripada kami ? soal John.

Ya

Dari siapa diantara kami ?

G-A-R-Y

Helo, Gareth yang biasanya dipanggil sebagai ‘Gary’ menyapa.

T-O-L-O-N-G

Pertolongan yang bagaimana?

T-O-L-O-N-G

Pertolongan apa? Gary bertanya lagi.

C-A-R-I

Apa yang perlu kami cari ?

S-A-Y-A

kamu dimana ?

D-1-S-I-N-I

Sini ?
Dimana?

T-I-D-A-K-T-A-H-U

Tapi saya tak tahu sama ada saya dapat menolong kamu atau tidak.

W-3-S-T-B-A-Y

Maksud kamu westbay ?

YA

“Apa yang kamu maksudkan?”

C-A-R-I-S-A-Y-A

Kamu dimana?.Senyap
Kamu dimana?.Senyap
Helo!!! . Senyap

Tiba-tiba Gareth ketawa dan menuduh Suzanne sengaja mempermain-mainkan mereka kerana Suzanne tahu rumahnya terletak di pantai West Bay.Bagaimanapun,Suzanne dengan keras menafikan tuduhan itu.Kata Suzanne,tidak mungkin dia mempersendakan kawan-kawannya dengan sedemikian rupa.

TIDAK PUTUS ASA

Memandangkan masih banyak lagi maklumat yang perlu dikorek dari roh berkenaan,upacara Ouija dilakukan sekali lagi pada minggu berikutnya.

Hello,John memulakan pertanyaan.Senyap.

Ada sesiapa disana?,alat penunjuk Ouija masih tidak berganjak.Seperti sebelum ini,tiada sebarang jawapan diterima dalam tempoh beberapa minit.

Suzanne,Gareth,John dan Andrea masih belum berputus asa.Mereka yakin,permainan tersebut pasti akan berhasil menghubungi roh berkenaan.Akhirnya setelah beberapa kali mencuba,alat penunjuk Ouija mula berganjak.Bagaimanapun,ia lebih perlahan berbanding minggu sebelumnya.

Ada sesiapa disana ?

YA

Siapa kamu?

F-A-G-A-T

Boleh saya tolong kamu?

W-3-S-T-B-A-Y

Pernahkah kita berhubungan sebelum ini ?

YA , W-3-S-T-B-A-Y

Boleh saya tolong kamu ?,Gary memulakan pertanyaan. YA.

Kamu dimana ?

P-A-N-T-A-I

Kenapa ?

M-A-T-I

Mereka semua terkejut lantas menarik tangan masing-masing dari penunjuk Ouija.Permainan dihentikan serta merta.Perasaan seram yang menyelubungi menyebabkan ada diantara mereka mencadangkan supaya rog Fagat tidak dihubungi lagi.Bagaimanapun,ada juga yang berkeras supaya diteruskan kerana roh Fagat mengharapkan pertolongan.


PENCARIAN BERMULA

Selepas berbincang panjang,kesemua mereka bersetuju untuk mencari mayat fagat dipantai West Bay,Bridport.Disebabkan terlalu sibuk dengan program yang telah dirancang lebih awal,dua minggu kemudian barulah mereka pergi ke West Bay.Kerja mencari dimulakan pada waktu tengah hari kerana pantai yang lengang ketika itu akan memudahkan mereka mengesan mayat Fagat tanpa ada sesiapa mengesyaki.

Malangnya,laut yang sedang pasang telah menenggelamkan sebahagian besar pantai besar menyebabkan ia terputus kepada tiga kawasan.Ketiga-tiga kawasan itu pula terpisah pada jarak yang agak jauh diantara satu sama lain.Bagi memudahkan pencarian,Suzanne,John,Gareth dan Andrea memutuskan untuk mencari di salah satu lokasi yang dianggap munasabah.Disatu kawasan pantai tersebut,terdapat himpunan ketulan batu-batu besar sementara di hujung satu lagi landai dengan hamparan pasir.Ditengah-tengah kawasan tersebut pula terdapat longgokan kerikil serta bongkah-bongkah batu besar.

Mereka berpecah kepada dua kumpulan,bermula dengan meninjau kedua-dua hujung pantai secara serentak namum hasilnya hampa.Sewaktu duduk berehat dan berbincang,batu yang diduduki oleh Gareth tiba-tiba teranjak.Dia hampir terjatuh.Gareth bangun dan merenung batu tersebut.Dia berasa ada sesuatu yang ganjil pada batu tersebut .Tanpa membuang masa,batu-batu kerikil dibawah dan disekitar batu berkenaan diselongkar.Tidak sampai seminit kemudian,kelihatanlah sehelai jean biru serta kemeja-T hitam dibawan timbunan pasir serta batu-batu tersebut.




Akhirnya mereka menjumpai satu mayat yang sudah reput dan berbau dalam keadaan tertiarap.Gambar dirakan dan kemudian salah seorang daripada mereka membuat laporan polis sementara tiga yang lain menunggu mayat berkenaan.Setengah jam kemudian,polis sampai ke pantai West Bay dan memasukkan mayat berkenaan kedalam bungkusan.Mereka disoal siasat kemudian dilepaskan semula setelah memberitau mereka terjumpa mayat berkenaan semasa berkelah disitu.

Beberapa hari kemudian,mereka mendapat maklumat bahawa mayat tersebut adalah salah seorang nelayan yang hilang sewaktu pergi memancing di perairan Weymouth,berhampiran West Bay.

Nama lelaki itu adalah Peter Fagat!!!

Zombie Itu Abangnya.

PADA SATU HARI dalam tahun 1980, Angelina Narcisse sedang membeli barang di l’Estere, Haiti apabila satu suara membisikkan ke dalam telinganya nama timangan abangnya, Clairvius, yang mati pada 2 Mei 1962 akibat demam teruk, dan dikebumikan pada hari seterusnya di tanah perkuburan di utara l’Estere. Nama timangan ini sepatutnya hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat dan tidak pernah digunakan lagi sejak zaman kanak-kanak mereka, oleh itu Angelina berasa sangat terkejut. Tetapi dia lebih terperanjat apabila dia berpaling ke belakang – dan melihat Clairvius sendiri!
Selepas pulih dari kejutannya, Angelina dapat mengesahkan bahawa lelaki itu adalah sebenar-benarnya Clairvius, abangnya yang dikatakan sudah mati. Ini disahkan juga oleh anggota keluarga dan lain-lain penduduk l’Estere setelah Clairvius mampu menjawab banyak soalan dan menceritakan kembali tentang kehidupannya dahulu di kalangan mereka. Clairvius menjadi terkenal serta-merta apabila dia mendedahkan bahawa dia telah menjadi seorang zombie. Lebih penting lagi, dia dapat menceritakan bagaimana ia berlaku, dan kehidupannya sebagai mayat hidup.

Hollywood memaparkan gambaran seterotaip zombie yang dikenali manusia seluruh dunia; orang yang telah mati yang dibangkitkan dari kuburnya untuk menjadi hamba kepada tuannya. Kepercayaan terhadap zombie begitu meluas di kawasan di mana voodoo mempunyai pengaruh kuat, salah-satunya di Haiti, sebuah negara kecil Karibean. Apabila seseorang itu meninggal dunia, kaum keluarganya akan melakukan apa saja untuk meletakkan batu-batu berat di atas kubur supaya mayat tidak dicuri oleh bokor – bomoh voodoo. Seorang bokor akan memberikan bahan campuran khusus, dipercayai dadah-dadah tertentu, kepada seorang zombie supaya zombie itu kekal sebagai hambanya.
Zombie boleh makan, bernafas dan bergerak, tetapi mereka tidak mampu berfikir sendiri dan mengenang kembali apa-apa tentang diri mereka atau keadaan hidup mereka di waktu silam. Terdapat banyak kes zombifikasi yang disahkan, diselidiki oleh ramai pengkaji terkemuka di dunia Barat, dan kes Clairvius hanyalah satu daripadanya.
Wade Davis, seorang ahli biologi Amerika yang pernah bersama Harvard Botanical Museum telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti identiti bahan-bahan yang digunakan dalam proses zombifikasi. Dia yakin bahawa beberapa komponen tertentu memainkan peranan terbesar.
Satu daripadanya adalah tetrodotoxin, satu racun saraf yang mengakibatkan lumpuh seluruh badan secara pantas, sering diperolehi dari ikan buntal. Seorang bokor yang mahu menukar mangsanya kepada zombie akan memberikan mangsa itu bahan ini, menyebabkan tanda-tanda demam yang seterusnya mengakibatkan keadaan terpukau seolah-olah sudah mati. Dalam keadaan ini, mangsa itu sedar sepenuhnya tetapi lumpuh. Kulitnya sepucat mayat sementara denyutan jantungnya hampir tidak dapat dikesan. Walaupun diperiksa oleh doktor, mangsa itu dengan pantas akan diisytiharkan telah mati. Jelaslah ini adalah apa yang berlaku ke atas Clairvius, di mana dia dipercayai telah mati akibat demam.
Yang kedua adalah sejenis cecair yang mengandungi hallucinogen, suatu pelali kuat yang dirembeskan oleh kelenjar pada kulit katak beracun Bufo marinus.
Manakala untuk membangkitkan semula mangsa yang telah “mati” itu, datura yang diperolehi dari apa yang digelar “timun zombie” (Datura stramonium, juga dikenali sebagai thorn apple dan rumput jimson) digunakan. Datura menyebabkan khayalan, kekeliruan mental, disorientasi, amnesia (hilang ingatan) dan keadaan separuh sedar yang sukar ditembusi, kesemuanya ciri-ciri biasa zombie. Datura perlu diberikan kepada zombie terus-menerus supaya dia kekal sebagai zombie.
Namun, biarpun zombie itu tidak lagi menerima datura, mereka jarang memperoleh semula keadaan mental seperti biasa. Jika dibiarkan di dalam keranda buat satu tempoh masa secukupnya sebelum dikeluarkan, mangsa itu akan mengalami kekurangan oksigen dan mengakibatkan kerosakan otak yang tidak boleh dirawat. Dalam kes Clairvius, dia mengatakan bokornya telah mati dan tiada siapa yang memberikannya dadah, oleh itu bekalannya langsung terhenti. Dia mampu kembali ke keadaan sebenarnya mungkin kerana tidak dibiarkan secukup lama di dalam kerandanya untuk mengakibatkan kerosakan otak.
Satu lagi misteri paranormal yang diselesaikan oleh sains. Mungkin. Dan mungkin juga, di kalangan kita terdapat ramai zombie, sama ada mereka kelihatan seperti zombie atau tidak!

Malim Kundang

Kita pastinya pernah mendengar cerita seorang anak derhaka yang disumpah menjadi batu.Adakah ianya sebuah lagenda atau mitos yang digembar-gemburkan secara turun temurun? Kali ini, blog saya akan membawa anda meneroka kembali kisah Malim Kundang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu.
Tetapi sebelum itu , tahukah anda bahawa kisah Malim Kundang ini mempunyai persamaan dengan Kisah Si Tanggang yang berada dalam lipatan lagenda rakyat negara kita.

Siapa itu Malim Kundang
Malim Kundang adalah anak tunggal sepasang suami isteri nelayan di Desa Air Manis. Sebelum lahir, Malim ditinggalkan ayahnya yang tidak pernah balik ke desanya dan setelah dia dilahirkan terpaksa dipelihara oleh ibunya dengan keadaan hidup yang penuh penderitaan.
Malim Kundang Merantau
Setelah dewasa Malim meminta keizinan daripada ibunya untuk pergi merantau dengan dibekalkan nasi bungkus daun pisang.Sejak pemergian itu, ibu Malim tidak pernah mendengar khabar berita tentang anaknya itu hingga bertahun-tahun lamanya, sehingga usia ibu itu semakin lanjut dan bongkok dan akhirnya ibu tua itu mendapat berita daripada nakhoda kapal yang dahulu membawa Malim mengatakan anaknya telah berkahwin dengan seorang gadis jelita anak seorang bangsawan yang amat kaya.
Kembali Ke Desa
Setelah sekian lama menunggu kepulangan Malim, akhirnya pada satu hari sebuah kapal besar yang cantik belayar menuju ke pantai Desa Air Manis.Dalam kemeriahan penduduk Desa Air Manis menyambut ketibaan kapal itu, ternampak seorang anak muda berdiri di anjung kapal, ibu tua percaya anak muda itu adalah anaknya Malim Kundang.
Ibu tua itu memanggil anaknya:
”Anakku Malim, mengapa kau begitu lama tidak memberi khabar berita.”

Tetapi isteri Malim yang jelita telah meludah sambil berkata:
”Wanita buruk inikah ibumu, mengapa kau membohongi aku?”

Disebabkan terlalu malu kepada isterinya, Malim terus menendang ibunya sambil berkata:
”Hoi perempuan buruk, ibuku bukan seperti engkau.”

Selepas itu Malim bersama isterinya terus belayar dengan kapalnya meninggalkan Desa Air Manis dan setelah melihat kapal kenaikan anaknya semakin jauh di tengah laut, orang tua itu terlalu sedih atas perbuatan anaknya.
Sumpahan Ibu
Dengan linangan air mata, akhirnya dia menadah tangan ke langit sambil berseru dengan hati yang amat sedih dan pilu:
”Oh Tuhanku Yang Maha Kuasa, kalau memang benar dia anakku Malim Kundang, aku sumpah dia menjadi batu.”


Tidak lama kemudian, tiba-tiba datanglah angin kencang dengan ombak besar bergulung-gulung hingga larut malam dan apabila matahari pagi memancar sinarnya, di kaki bukit di pinggir Desa Air Manis ternampak kepingan kapal yang telah menjadi batu.Hingga kini batu Malim Kundang di pinggir bukit Desa Air Manis terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dan bukit Desa Air Manis menjadi saksi peristiwa tersebut.

Sky Burial – Penyempurnaan Mayat Di Tibet


Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet. Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan sering bergelar “Bumbung Dunia.”
Bagi masyarakat tibet yang beragama buddha ini, tanah tempat tinggal mereka terletak di atas gunung di mana tiada tanah lembut. Hampir kesemuanya diliputi batu atau salji/air batu.Oleh kerana tiada tanah perkuburan disebabkan keadaan geografi , mereka memberi mayat untuk dimakan oleh burung.
Disamping itu , dengan cara begitu dipercayai roh si mati akan kekal di gunung bersama burung berkenaan.Tindakan lelaki di dalam gambar di bawah memotong serta menghancurkan mayat adalah untuk memudahkan burung tersebut mempercepatkan proses ini.
Mereka juga tidak mahu burung tersebut membawa anggota badan yang masih separa sempurna(seperti kepala, tangan dll) ke tempat lain.

paksa,nikah,mayat,mati


Dipaksa Menikahi Mayat

Seorang pemuda telah dipaksa berkahwin dengan mayat tunangnya yang meninggal dunia kerana demam denggi.Pemuda tersebut tidak mahu menjalani ritual perkahwinan dengan orang yang telah mati lalu berhasrat untuk melarikan diri.Namun dia ditangkap oleh bapa tunangnya lalu dipaksa berkahwin dengan anaknya yang telah meninggal dunia.
Gambar ini diambil pada tengah malam selepas 6 hari kematian tunangnya.Mereka meletakkan kayu dan papan untuk menegakkan mayat tersebut.Sebelum itu , mayat tersebut di mekap dan dipakaikan pakaian pengantin yang amat indah.

Pengalaman Ganjil Tukang Mandi Mayat


Kisah Seram


Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an tahun itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
“Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,”
pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil untuk menguruskan satu jenazah lain.
“Insya-Allah,”
jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,”
kata penggali kubur tersebut.
“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikuti saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat suci saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah Al-Fatihah, ketiga-tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tiadak lama kemudian gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah, tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah jatuh sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sediakala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah, gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak, wallahu’alam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz Al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
“Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat Al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.”
Cerita asal: Ustaz Haron Ibrahim


Misteri Segitiga Bermuda

JURUTERBANG sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari Florida ke Kepulauan Bahamas baru saja melaporkan ke Pusat Kawalan Trafik Udara bahawa pesawatnya akan mendaki ke paras 10,000 kaki. Pagi itu cuaca sangat baik, dan lautan yang terbentang luas kelihatan tenang. Si juruterbang dapat melihat kapal-kapal, kecil dan besar, di bawah sana. Melihatkan suasana yang cukup baik, dia begitu yakin dapat melakukan penerbangan dengan lancar, dan membawa penumpang yang bakal diambilnya di Bahamas kelak untuk kembali ke Florida.
-
Tiba-tiba dia terganggu, atau begitulah keadaan yang dianggap oleh pegawai trafik udara yang mengawasi penerbangan pesawat kecil itu. Suara si juruterbang seolah-olah dalam kebingungan. Butiran percakapannya agak sukar difahami, tetapi dapat juga pegawai itu menangkap beberapa perkara seperti “tidak pasti arah penerbangan”, “kabus datang entah dari mana”, dan “kawalan pesawat kucar-kacir”. Selang beberapa ketika, suara juruterbang itu terus sunyi dalam talian. Tompokan pada skrin kawalan trafik yang menandakan kedudukan pesawat kecil itu tiba-tiba hilang.
Laporan mengenai kehilangan sebuah kapal terbang dan juruterbang, dengan kemungkinan berlakunya kemalangan kapal terbang terhempas, telah difailkan, dan operasi mencari telah dilancarkan. Pencarian telah melibatkan satu kawasan yang luas, tetapi tiada sebarang kesan kapal terbang kecil dan juruterbangnya, jika dia terselamat dari kejadian terhempas. Kapal-kapal yang lalu di situ telah dihubungi, begitu juga banyak pesawat lain yang turut terbang hampir dengan kawasan itu pada pagi tersebut, tetapi tiada sesiapa pun yang perasan akan kapal terbang kecil itu atau apa-apa perkara ganjil.
Ini adalah situasi yang seringkali digambarkan mengenai kes-kes kehilangan di satu kawasan laut khusus di Lautan Atlantik, berdekatan rantau Karibean, yang pada hari ini dikenali sebagai Segitiga Bermuda. Dalam rekod, berpuluh-puluh kapal terbang dan kapal laut telah hilang tanpa dapat dikesan lagi dalam kawasan ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada kapal-kapal terbang dan kapal-kapal laut itu, serta mereka yang berada di dalamnya? Ini adalah soalan yang masih belum terjawab sepenuhnya.
-


Apakah itu Segitiga Bermuda, dan di manakah lokasinya? Segitiga Bermuda bukanlah satu segitiga fizikal, sebaliknya cuma satu penyempadanan yang membataskan kawasan di mana sering berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut secara bermisteri. Segitiga ini disempadani tiga garis lurus yang menghubungkan Pulau Bermuda ke Miami di Florida, Amerika Syarikat, ke Puerto Rico, kemudian kembali ke Bermuda, seperti dalam peta di sebelah.
Di dalam kawasan berbentuk segitiga inilah berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut tanpa sebarang sebab yang munasabah, dan tanpa dapat dikesan lagi selepas itu, biarpun bangkai pesawat atau kapal, mahupun mayat mereka yang berada di dalamnya – jika hendak dikatakan bahawa pesawat dan kapal itu telah menghadapi kemalangan.
Sebenarnya jumlah bencana pesawat udara dan kapal laut di dalam lingkungan segitiga ini mungkin tidak jauh berbeza dengan kawasan lain di seluruh dunia, tetapi apa yang ganjil adalah bagaimana kes-kes di Segitiga Bermuda berlaku dengan sebegitu bermisteri. Kehilangan sepenuhnya bagi majoriti kes, seolah-olah pesawat udara dan kapal laut itu telah dibawa keluar dari dunia ini bersama-sama anak kapal sekaligus!
-


Antara kes yang sering disebut berkaitan misteri Segitiga Bermuda adalah kehilangan skuadron pesawat pengebom Amerika Syarikat, dipanggil Flight 19 pada tahun 1945. Skuadron itu telah melakukan penerbangan di kawasan Segitiga Bermuda. Seluruh skuadron tersebut telah lenyap dari imbasan radar, tanpa melaporkan sebarang perkara ganjil kecuali masalah menentukan hala penerbangan, yang mungkin menandakan kerosakan kompas. Sebuah pesawat yang dikerahkan untuk mencari skuadron itu turut hilang, tetapi ia kemudiannya telah ditemui terhempas di laut.
Sebuah kapal pengangkut arang batu sepanjang 522 kaki, USS Cyclops, lesap bersama 309 anak kapal pada tahun 1952. Sebuah kapal lain, Sylvia L. Ossa, sepanjang 590 kaki hilang berdekatan Bermuda pada tahun 1976, bersama 37 orang anak kapal.
Berbagai teori telah diutarakan banyak pihak mengenai punca kes-kes kehilangan misteri ini. Ada yang mengatakan kawasan Segitiga Bermuda itu adalah lingkungan kuasa sihir, dan pusat kegiatan syaitan. Sememangnya tidak jauh dari Segitiga Bermuda, iaitu di pulau Haiti, amalan voodoo yang melibatkan ilmu sihir dan pemahaman berkaitan kuasa baik dan kuasa jahat adalah sangat kuat (perhatikan The Tome edisi 5, berkenaan zombie yang ada kaitan dengan amalan voodoo). Ada juga yang mengaitkan Segitiga Bermuda dengan misteri Atlantis, kota purba yang tenggelam ke dasar laut (lihat The Tome edisi 7). Akan tetapi teori-teori sebegini lebih bersifat spekulatif, dan tidak memiliki dasar saintifik atau logik yang kukuh.
Sebaliknya kita akan sentuh di sini berkenaan teori yang lebih saintifik. Banyak laporan menyatakan bahawa kehilangan sering didahului masalah kompas yang gagal menunjukkan arah dengan tepat. Ini mungkin memberi petunjuk kepada kita bahawa terdapat medan magnet, atau medan elektromagnet, yang luar biasa di lingkungan segitiga tersebut. Planet bumi memiliki medan magnet yang mengalir dari Kutub Selatan ke Kutub Utara, dan medan ini seragam di seluruh planet. Kompas yang berfungsi dengan baik akan mengikut arah aliran ini, jarumnya beralih supaya selari dengan arah aliran, justeru setiap hujungnya menghala ke setiap kutub.
-


 Tetapi terdapat situasi tertentu di mana fungsi kompas akan terganggu. Jika terdapat sumber medan magnet yang berasingan, ia akan memaksa kompas patuh kepada aliran medan baru itu. Jika anda meletakkan satu magnet berdekatan sebuah kompas, anda akan perhatikan bahawa jarum kompas akan tertarik kepada magnet itu, dan mengabaikan tarikan medan magnet bumi.
Apakah yang menyebabkan jarum kompas dalam pesawat dan kapal yang hilang itu berputar-putar tanpa dapat memberi penunjuk arah yang tetap? Mungkin terdapat medan elektromagnet yang berubah-ubah dalam kawasan Segitiga Bermuda. Maka apakah pula yang menyebabkan medan tersebut berada di dalam segitiga itu?
-


Medan elektromagnetik boleh mempengaruhi banyak perkara, antaranya keadaan sesuatu bahan. Eksperimen ke atas model skala Piramid Agung di Giza, Mesir (lihat The Tome edisi 1) menunjukkan bahawa suatu medan elektromagnet yang luar biasa terkandung di dalam piramid dan tertumpu pada satu kedudukan tertentu. Sesetengah pihak mengatakan medan elektromagnet inilah yang memelihara mumia sebegitu baik selama ribuan tahun, dan mencetuskan pengalaman aneh di kalangan orang yang masuk ke dalam piramid. Terdapat juga kajian yang menunjukkan medan elektromagnet boleh membuatkan sesetengah objek terawang-awang di udara dan berubah sifat.
Medan elektromagnet turut memberi kesan terhadap saraf dan persepsi deria manusia. Kajian ada menunjukkan bahawa kita boleh menjadi gelisah dan tidak tenang jika didedahkan kepada medan elektromagnet yang kuat, dan kita sedia maklum apa yang boleh berlaku jika kita berasa gelisah dan kacau-bilau semasa melakukan sesuatu yang memerlukan tumpuan. Jika medan ini wujud di Segitiga Bermuda pada magnitud yang luar biasa, ada kemungkinan mereka yang lalu di dalam kawasan tersebut akan nampak atau dengar sesuatu yang aneh, biarpun ia sebenarnya tidak wujud di situ. Ini seterusnya akan mengugat orientasi, dan dengan mudah pengendalian pesawat atau kapal akan terjejas.
-


Perubahan cuaca secara mendadak, dari segi angin, arus laut, tekanan udara dan sebagainya juga boleh menjadi sebab berlakunya sesuatu yang buruk ke atas kapal terbang dan kapal laut. Dalam rekod, terdapat beberapa kejadian yang serius dalam cuaca yang boleh dikatakan baik menimpa beberapa penerbangan komersial, seperti pada 28 Ogos 1991 dan 17 Januari 1996, kedua-duanya melibatkan pesawat Airbus yang digunakan American Airlines. Dalam kedua-dua kejadian, ramai penumpang tercedera akibat pesawat yang ditimpa gelombang udara (air turbulence), kemudian menjunam apabila memasuki poket udara.
-
Poket udara adalah kawasan di mana udaranya bergerak ke bawah atau bertekanan rendah, mengakibatkan kapal terbang yang melaluinya menjunam ke bawah secara tiba-tiba. Juruterbang yang terlatih akan dapat mengawal pesawat dengan baik dalam situasi sebegini, tetapi para penumpang selalunya akan menghadapi keadaan tidak selesa, terkejut atau tercedera akibat lambungan kuat.
Namun ia masih tidak cukup untuk menjelaskan kenapa sebegitu pesawat, kapal dan mereka yang mengendalikannya lenyap secara mendadak tanpa dapat dikesan lagi, tanpa dapat dipastikan sama ada berlakunya kemalangan seperti terhempas atau tenggelam. Tetapi, ya, ia adalah lautan yang luas lagi dalam, dan amat sukar untuk mencari suatu objek yang secara relatifnya sangat kecil di situ. Sebenarnya terdapat juga beberapa kes di mana kapal yang hilang telah ditemui semula, tetapi tanpa anak kapal.
Teori lain pula menyebut tentang vorteks atau gangguan dalam lipatan daya graviti, masa dan dimensi – teori yang lebih rumit dan kedengaran sangat luar biasa, biarpun vorteks sebenarnya wujud, yakni di angkasa lepas. Lubang hitam, atau “black hole” adalah suatu vorteks, di mana daya gravitinya cukup kuat hinggakan cahaya pun tidak dapat lepas daripada tarikannya. Apa jua yang disedut lubang hitam akan musnah dan lenyap. Jika wujud sebuah vorteks seumpama lubang hitam di Segitiga Bermuda, apa jua yang mendekatinya akan disedut dan akhirnya hilang begitu saja. Tetapi sebuah lubang hitam mahupun sebarang fenomena seumpanya tidak pernah dikesan di mana-mana sekalipun di planet Bumi kita ini, dan ia kedengaran agak mustahil untuk berlaku di sini.
Pada masa yang sama, penyiasatan telah mendapati betapa keterangan yang pada mulanya kedengaran penuh dengan kejadian aneh telah berubah-ubah, lalu akhirnya didapati bahawa kemalangan berlaku atas sebab biasa semata-mata. Mungkinkah beberapa kes yang sebelumnya dilaporkan penuh dengan misteri hanyalah akibat ditokok-tambah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab?
Dalam kes Flight 19 yang disampaikan di atas, pada mulanya timbul cerita bahawa juruterbang dalam skuadron itu melaporkan melihat sesuatu yang aneh, tetapi ini kemudiannya disangkal oleh laporan rasmi. Berkemungkinan besar kompas pesawat-pesawat itu telah gagal berfungsi (atas sebab apa?), dan tanpa dapat menentukan hala tuju yang tepat, kesemua pesawat itu mungkin telah kehabisan bahan api dan jatuh menjunam ke dalam laut.
Faktor manusia jika tidak boleh ditolak sepenuhnya. Pada hari ini, di lautan seluruh dunia, kegiatan pengganas dan lanun masih menjadi risiko besar, khususnya di perairan berdekatan rantau Karibean dan Amerika Latin, di manabanyak kumpulan penjenayah, antaranya penyeludup dan pengedar dadah, masih bergiat. Tidak mustahil kapal-kapal yang hilang di dalam Segitiga Bermuda sebenarnya telah diserang lanun atau penjahat, kapalnya ditinggalkan atau dibawa lari bersama untuk digunakan dalam kegiatan haram mereka.
Pada hari ini, kita mendapati bahawa banyak penerbangan dan pelayaran dilakukan merentasi kawasan segitiga ini setiap hari. Para juruterbang, syarikat penerbangan, pelayar dan syarikat perkapalan nampaknya tidak begitu endahkan Segitiga Bermuda

Unexplained Ouija Board – Alat Pemanggil Roh

Ouija Board merupakan salah satu cara untuk menjalankan aktiviti spiritual iaitu dengan memanggil roh si mati dari alam ghaib.Perkataan ‘Ouija’ di petik dari bahasa Jerman dan Perancis yang bermaksud ‘Ya’ – Oui dan Ja.Papan ‘Ouija Board’ terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk tetapi kebiasaannya ia berbentuk papan datar yang mempunyai huruf-huruf abjad,satu siri nombor,beberapa tanda banca, perkataan ‘YA’ dan ‘TIDAK’ serta ‘SELAMAT TINGGAL’.Orang yang menggunakan Ouija Board akan meletakkan tangan mereka tangan mereka di atas satu penunjuk dan soalan akan diberikan kepada Roh.Seandainya komunikasi berjaya , penunjuk akan bergerak ke huruf-huruf abjad di papan Ouija sebagai memberi respon kepada pemain Ouija Board.
Digelar “The Mysterious Talking Oracle“, Ouija Board menjadi kegilaan masyarakat barat pada pertengahan abad ke – 19.Ini berikutan dengan minatnya orang ramai yang ingin menyiasat alam paranormal.Ia kerap digunakan oleh amatur-amatur yang ingin mencuba dan menghubungi roh-roh si mati terutamanya ditempat yang berlakunya bencana dan kes pembunuhan.Kajian saintifik telah dijalankan ke atas papan tersebut dan hasilnya jawapan yang diberikan oleh roh si  mati hampir sama dengan sesuatu kejadian.
Ramai ahli psikik memberi pendapat adalah bahaya menggunakan Ouija Board kerana pemain papan tersebut bukan sahaja berjaya berkomunikasi dengan roh si mati tetapi juga dengan entiti yang tidak dikenali.Malah,ramai mendakwa bahawa papan Ouija Board adalah berhantu.

Ada Yang Lebih Malang Daripada Anda

Pelik Tapi Benar

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.
Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api…….Kesian !!!
MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan…….Anda bayangkanlah sendiri apa yang berlaku seterusnya !! :P
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas… Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki… Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye… (sekali lagi…) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah…
MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?
Ingat! Mungkin ini lebih buruk…
1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai ‘menonton thiller’…. Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.
2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.
“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”
Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye..) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman… patah dua tulang tangan.
3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..
AKHIR SEKALI…
4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka…. menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan…