Pages

Wednesday, September 21, 2016

Remaja paling tinggi di dunia semakin membesar


21 SEPTEMBER 2016
Remaja paling tinggi di dunia semakin membesar

Remaja paling tinggi di dunia semakin membesar   Broc Brown (tengah) bersama ahli keluarganya.
MICHIGAN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja yang baru berusia 19 tahun sudah mempunyai ketinggian 7 kaki 8 inci dan dijangka akan semakin tinggi.

Menurut laporan Mirror, Broc Brown telah diakui oleh World Guinness Book of Records 2016 sebagai remaja paling tinggi di dunia.

Ketika di tadika, Broc sudah memiliki ketinggian 5 kaki 2 inci.

"Anak saya mempunyai ketinggian 7 kaki ketika di sekolah menengah," kata ibu Broc, Darci.

Kata Darci, anaknya mengalami gangguan genetik yang menyebabkan tumbesarannya tidak berhenti.

"Beliau telah disahkan menghidap Sotos Syndrome yang juga dikenali sebagai Cerebral Gigantism.

"Doktor pada awalnya memberitahu Broc tidak akan melepasi umur remaja akibat gangguan genetiknya,' Jelas Darci.

Broc kini sudah mengalami kesukaran untuk belajar, tekanan pada jantung dan tulang belakang yang semakin bengkok.

Beliau juga dilahirkan dengan hanya satu buah pinggang.

"Bila saya lakukan sesuatu, ia sangat menyakitkan, rasa seperti dicucuk jarum. Saya hanya mampu berharap doktor dapat mengurangkan kesakitan yang saya alami," kata Broc penuh harapan.

No comments: