Sekeping gambar seekor kucing sedang mengambil selfie sambil ditemani tiga ekor anjing di sebuah padang menjadi viral sehingga mendapat perhatian seluruh dunia dengan lebih sejuta ‘like’ serta dikongsi ribuan pengguna Internet.
Daily Mail melaporkan, gambar tersebut yang dimuat naik oleh individu tidak dikenali dalam laman sosial Instagram kelmarin, turut mendapat pelbagai reaksi melucukan dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sehingga kini siapa menyebarkan gambar tersebut dan milik siapakah kucing yang pandai mengambil selfie itu.
Seorang pengguna Instagram dari Kuala Lumpur dengan nama Official Ganesh menulis, ‘Kepada semua, ini bukan latihan tarian. Semua tolong beri aksi pada kamera’.
Pengguna lain, Eklesia Divka pula menyatakan gambar tersebut sangat comel, sementara Skocz US dan btbyard begitu teruja dengan aksi selfie haiwan itu.
Seorang pengguna Ki Yi pula berkata, ‘Ini adalah gambar terbaik untuk muka depan album’.