Digelar sebagai To Sua Ocean Trench atau maksudnya, ‘lubang besar’, kolam itu terletak di Kampung Lofataga, selatan pesisiran pantai Pulau Upolu di Samoa dan keindahannya mampu memberi ketenangan kepada pengunjung.
Menurut laporan portal Mail Online, kolam itu terhasil akibat letusan gunung berapi di pulau tersebut menyebabkan permukaan tanah tenggelam, sekali gus membentuk lubang sedalam 29.8 meter.
Jelas laporan itu, kawasan lands­kap yang hijau bersesuaian dengan kejernihan air kolam selain dihiasi dengan kehadiran ikan tropika dan berlantaikan pasir pantai.
Pengunjung perlu menuruni tangga yang disediakan khas untuk menikmati keseronokan mandi di kolam itu yang bersambung dengan Laut Pasifik Selatan menerusi beberapa tali air menyebabkan airnya tidak akan kering.
“Bagi melindungi kawasan se­mula jadi itu dan mengekalkan tahap keselamatan laluan pengunjung ke kolam, sejumlah bayaran dikenakan iaitu AS$15 (RM45) kepada orang dewasa dan AS$6 (RM18) kepada kanak-kanak.
“Bagaimanapun tiada bayaran dikenakan kepada kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke bawah,” tambah laporan tersebut.