Lucy (kiri) dan Maria mempunyai perbezaan ketara walaupuan mereka adalah sepasang kembar kerana ibu bapa mereka adalah pasangan kacukan. – AGENSI
Tetapi lain pula kisahnya di Britain, apabila sepasang kembar perempuan, Lucy dan Maria Aylmer mempunyai perbezaan ketara dalam tiga perkara tersebut kerana seorang daripada mereka berkulit gelap dan seorang lagi berkulit cerah.
Pasangan kembar Lucy dan Maria dilahirkan dalam keadaan demikian disebabkan ibu bapa mereka daripada bangsa yang berbeza. Ibu mereka, Donna adalah daripada kacukan Jamaica, manakala bapa mereka, Vince merupakan rakyat Britain yang berkulit cerah.
Dilahirkan pada Januari 1997, Lucy yang berkulit cerah juga mempunyai rambut yang lurus dan memiliki sepasang mata berwarna biru berbanding kembarnya, Maria yang berkulit gelap, berambut kerinting serta mata berwarna perang.
Lucy yang kini berusia 18 tahun, berkata, mereka berdua mempunyai dua orang abang dan seorang kakak iaitu George, 23, Chynna, 22, dan Jordan, 21, yang mempunyai kulit berbeza seperti mereka.
“Saya dan Maria dilahirkan dalam keadaan yang sangat berbeza dan ramai orang tidak percaya kami adalah kembar.
“Walaupun memakai pakaian yang sama, mereka masih tidak percaya kami adalah pasangan kembar dan kami terpaksa menunjukkan sijil kelahiran untuk membuktikannya,” katanya seperti yang dilaporkan portal Mail Online.
Tetapi Lucy berasa gembira dengan keadaan itu kerana tiada kesilapan boleh berlaku di sekolah atau mencetuskan kekeliruan pada rakan-rakan mereka.
“Kami belajar di kelas yang sama dan tiada masalah yang timbul yang kebiasaannya boleh berlaku kepada kembar-kembar lain yang seiras.
“Maria lebih banyak bercakap berbanding saya dan dia gemar memberitahu semua orang di kolej bahawa dia mempunyai kembar yang berkulit cerah,” katanya, sambil menambah kata, kedua-dua ibu bapa mereka telah berpisah.