Rumah agam tiga tingkat milik Jordan Maron, 23, itu atau lebih dikenali di YouTube sebagai CaptainSparklez terletak di Sunset Strip di Hollywood Hills, lapor portal Business Insider.
Kediaman itu turut mempunyai tiga bilik tidur, lima bilik air serta sebuah kolam renang.
Rumah seluas lebih 380 meter persegi itu terletak berhampiran dengan kediaman Marcus Persson, pencipta permainan Minecraft yang membeli sebuah kediaman di situ pada 2014 dengan harga AS$70 juta (RM295 juta).
Maron, menerusi saluran CaptainSparklez yang ditonton seba­nyak 1.9 bilion orang, mempunyai lebih 8.8 juta pelanggan.
Saluran CaptainSparklez memaparkan video menampilkan Maron sendiri yang bermain Minecraft sebelum dia menandatangani kontrak bersama Polaris, sebuah rangkaian pelbagai saluran Maker Studios, yang juga anak syarikat, The Walt Disney Company.
Semua permainan video itu jelas membawa tuah kepada Maron yang menerima hasil lumayan menerusi pekerjaan berkenaan.